Salam hangat buat pembaca sekalian. Artikel ini saya ambil daripada http://www.squidoo.com/kahwinpaksakontrak.Saya juga penulis dan sebagai penulis saya mengambil tulisan ini sebagai garis panduan menulis untuk masa akan datang. Maaf sangat-sangat pada penulis-penulis yang terasa dengan inti pati tulisan ini.

Menurut sebuah gedung buku terkenal, pembaca novel paling besar adalah remaja dan tidak hairanlah mengapa permintaan pada tema kahwin kontrak sangat besar. Sebelum itu saya ingin berkongsi nota kuliah Puan Ainon sebagai Presiden Universiti Terbuka PTS. Rujukannya boleh di rujuk disini http://universitipts.com/index.php/site/comments/trend_terbaru_penulis-penulis_perempuan_menguasai_pasaran_novel_cabul_/

Trend Terbaru: Penulis-Penulis Perempuan Menguasai Pasaran Novel Cabul dalam Bahasa Melayu

Permintaan untuk novel-novel cabul dalam apa-apa jua bahasa memang sentiasa ada, dan saiz pasaran itu besar. Kuasa duit sedang mendorong industri novel cabul membesar dengan rancaknya. Semakin banyak penulis novel cabul muncul dalam pasaran. Semakin banyak penerbit yang menceburi sektor novel cabul. Semakin banyak kedai buku menjual novel cabul.

Bagi membaca contoh novel genre cabul, baca di sini

Laporan risikan pasaran yang kita lakukan menunjukkan pada masa ini novel-novel cabul menguasai pasaran fiksyen dalam Bahasa Melayu. Angka jualan novel-novel cabul itu mengatasi jualan novel-novel cinta romantis. Novel-novel itu dijual di semua kedai buku utama. Laporan yang kita terima daripada petugas sebuah cawangan kedai buku berangkaian menunjukkan jualan kategori novel cabul mengatasi jualan lain-lain kategori buku.

Kedai-kedai buku yang selama ini sangat dihormati sebagai kedai buku bermutu pun kini menjual novel-novel cabul, malah novel-novel cabul itu diiktiraf dalam senarai bestseller mereka, serta dinobatkan dengan diberi hadiah dan anugerah.

Ada suatu fenomena baru yang sedang berlaku dalam industri novel cabul hari ini. Pada masa-masa yang lalu, penulis-penulis novel cabul adalah terdiri daripada penulis lelaki. Tetapi pada saat ini, penulis-penulis perempuan mendominasi pasaran buku cabul. Maklumat daripada pasaran mengatakan ada antara penulis-penulis novel cabul itu adalah perempuan-perempuan muda yang belum berkahwin.

Seterusnya, mari kita telusuri apa yang dikatakan isi artikel yang jelas-jelas tidak telah membedah rahsia yang menyebabkan novel seperti ini laris dipasaran.

Novel Kahwin Paksa/Kontrak: Di Mana Nilainya?

Salah satu genre novel-novel dengan tema cinta terkini ialah trend kahwin paksa/kontrak yang kian berleluasa di pasaran mainstream mahupun di alam maya. Secara amnya, garapan novel-novel seperti ini dimulakan dengan situasi di mana watak heroin & hero 'terpaksa' mengikat tali perkahwinan tanpa wujud perasaan cinta berahi terhadap pasangan. Motif ceritanya untuk menyajikan bagaimana heroin & hero akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain.

Ada apa dengan tema

Tema novel cinta ini jelas hebat bunyinya, tapi amat mendukacitakan apabila kita melayari novel sebegini, kita yang gagal dibawa untuk menghayati keindahan 'bernikah tanpa cinta' yang diamalkan oleh generasi nenek moyang kita termasuklah yang berlaku pada zaman Rasulullah saw. Apakah matlamat perkahwinan bagi seseorang Islam? Semata-mata untuk merasai cinta, gelora nafsu & perasaan romantik yg membuak-buakkah?

Amat malang sekali kerana unsur itulah elemen utama yang diterapkan begitu kukuh dalam novel2 genre kahwin paksa/kontrak ini. Penulis genre ini rata-ratanya wanita(malah ada juga yang masih bujang!) memberi lebih fokus menggambarkan betapa unggulnya cinta duniawi/berahi dibandingkan dengan nilai, tanggungjawab & realiti perkahwinan itu sendiri. Seperti sedia maklum, sasaran novel ini adalah pembaca-pembaca berbangsa Melayu & mengakui menganuti Islam. Maka, artikel ini bertujuan mengupas isu2 hukum, sosial dan penulisan kreatif dalam novel genre kahwin paksa/kontrak.

Unsur lazim dalam novel kahwin paksa/kontrak

1) Perlakuan seks pertama tidak akan berlaku antara heroin & hero yang telah pun melangsungkan penikahan selagi kedua-duanya belum saling jatuh cinta berahi antara satu sama lain. Ataupun dalam 'kontrak', pasangan 'dilarang' bersenggama sehingga tempoh tertentu. Kerap kalinya, watak heroin sangat mementingkan gelora cinta yang melimpah-limpah sebelum bersedia berjimak dengan sang hero. Maka, heroin menggunakan segala cara bagi menolak ajakan seks dari suaminya sendiri tanpa mengambil endah hukumnya. Biarpun ini terang-terangan satu dosa besar di sisi seorang Muslim, tetapi dalam novel Melayu, ianya dikupas sehingga menjadi suatu yang ideal, boleh diterima, dimaafkan & romantik

2) Heroin & hero terpaksa berkahwin atas alasan berikut padahal ada seribu satu cara lain (tak perlu pun berkahwin) bagi menyelesaikan masalah yang disenaraikan:

  • Masalah Kewangan - keluarga/kenalan terdekat sakit & perlu pembiyaan besar, syarikat koorporat keluarga bakal lingkup, hutang dll. Jadi, untuk 'menyelamatkan' keadaan, heroin & hero 'terpaksa' berkahwin 
  • Cabul - heroin telah dirogol oleh orang lain. Maka, hero pun 'terpaksa' berkahwin dgn heroin demi melindungi sesuatu. Dalam novel Melayu sahaja, seorang 'Pak Sanggup' boleh bertindak sebagai individu yang hebat. 3) Fitnah - heroin dituduh berzina dengan orang lain. Bagi membuktikan dia masih dara, maka heroin 'terpaksa' berkahwin. Alasan ini paling kelakar sebenarnya 
  • Hilang ingatan - salah seorang sama ada heroin atau hero sedar dari koma/pengsan mendapat khabar dia sudah bernikah. Maka, heroin/hero ragu-ragu untuk sambung menjalani hidupan suami isteri yang sah. Ini mengakibatkan seks tidak berlaku & memberi penderaan mental kepada pasangan 
  • Wasiat Keluarga - heroin & hero 'terpaksa' kahwin. Sangat menghairankan apabila wasiat yang sepatutnya digunakan untuk memudahkan urusan, berfungsi sebagai alat zalim & berbentuk paksaan/penganiayaan. Kami memerlukan pandangan yang lebih arif adakah 'kahwin paksa' adalah valid dalam wasiat si mati 
  • Kembar - bakal isteri hero meninggal dunia/hilang. Maka, adik/kakak kembarnya(sang heroin) 'terpaksa' berkahwin dengan hero 
  • Jasa - demi membalas jasa seseorang, heroin & hero 'terpaksa' berkahwin dengan calon bukan pilihan hati. Ini termasuklah menjadi pengganti cerai talak 3 dan sebagainya 
  • Dicabar Kenalan- heroin/hero dicabar rakan untuk 'kahwin paksa' untuk membuktikan sesuatu. Mungkin dicabar konon tidak akan jatuh cinta, tidak teruja dengan pasangan dan lain-lain alasan tidak masuk akal 
  • Maruah - Pasangan hero / heroin lesap. Demi mengalakkan aib keluarga kerana tidak mahu membatalkan majlis, hero / heroin terpaksa berkahwin dengan calon bukan pilihan hati. Novel Melayu mengajar kita menjaga maruah keluarga dengan meneruskan kenduri lebih penting daripada berkahwin demi menunaikan tanggungjawab sebagai orang Muslim 
  • Lain-lain - anda dialu-alukan untuk menyumbang pengetahuan anda di ruangGuestbook kami. 
3) Walaupun hero mempunyai sifat ego yang terlalu tinggi menggunung, tapi mampu pula dia melafazkan akad tanpa rela. Hebat kuasa hero ideal dalam novel.

4) Ibu hero(ibu mertua heroin) paling sporting dalam pernikahan paksa anaknya. Jika dalam novel cinta genre lain ibu mertua sering digambarkan sebagai kejam & busuk hati, tetapi dalam novel kahwin paksa/kontrak, watak-watak ibu hero ditulis secara positif bagi membantu proses jatuh cinta antara hero dan heroin.

5) Banyak adengan bercumbuan. Kebanyakan novel genre lain, watak-watak belum bernikah. Maka, perlakuan asmara adalah terkawal. Namun, dalam novel kahwin paksa/kontrak, status heroin & hero sebagai suami isteri ibarat memberi lesen halal kepada penulis untuk menyajikan aksi berbaur seks & lucah kepada pembaca. Berdasarkan klise pertama(seks tidak berlaku tanpa cinta), maka adengan 'ringan-ringan' dimuatkan dalam novel seperti bercium-cium, quick kiss, kucupan curi-curi, sentuhan berahi, berpelukan sambil menghayati nafas pasangan, usap-usap kulit, gesel-gesel tubuh dan seterusnya. Aksi-aksi ini diselitkan untuk 'merangsang' watak melakukan hubungan seks pertama yang sentiasa tertangguh. Biarpun bermesra secara fizikal antara suami isteri ini secara faktanya adalah halal, tetapi adakah ianya wajar untuk tatapan umum? Elemen dikarang secara fun & seronok-seronok ini menjadi daya tarik kepada pembaca bujang & bukan bujang sebenarnya kerana ia menimbulkan dan menjana hawa nafsu masing-masing. Bak kata orang barat- sex sells! Tanggungjawab sebagai penulis untuk pembaca Islam ditolak tepi.

6) Sesetengah novelis berusaha menyelitkan nilai dakwah dalam karya, tetapi ia gagal menandingi 'kehebatan' cinta berahi/aksi berbaur seks dalam novel cinta paksa/kontrak. Jika aksi 'ringan-ringan' ini terus menjadi sajian lazim, tidak mustahil novel-novel cinta akan datang akan cenderung untuk sarat dengan unsur seks yang lebih 'proaktif' lagi.

7) Heroin / hero 'terpaksa' berlakon mesra sebagai suami isteri di hadapan ibu bapa, mertua atau rakan-rakan. Di belakang, masing-masing mendaulatkan ego konon menidakkan cinta dengan bertekak tidak bertempat bercampur alasan remeh, meleret-leret dan dibuat-buat.

8) Unsur romantism & fantasi berlebihan. Sebenarnya ini berlaku dlm novel genre lain juga. Ungkapan cinta, usikan 'nakal' yang berulang2 oleh hero terutamanya bagi mengkhayalkan pembaca wanita. Feedback lazim dari pembaca "Sweetnya diorang ni..", "Their marriage memang seronok & fun," "Hero ni pakwe aku." "Couple ni sweet!" "I nak hubby macam ni." "Comelnya luv story diorang ni" "Bestnya.. kalau hubby I buat macam tu" menguatkan pemerhatian ini. Masalahnya, apabila 'fantasi' ini terbawa-bawa ke alam nyata, pasangan mengharapkan 'kaedah bercinta' selebat novel hingga ke akhir hayat. Mungkin kes terpencil, tapi statisik penceraian, buang bayi, zina di kalangan Melayu yang meruncingkan membuatkan kita tertanya-tanya ; adakah puncanya adalah disebabkan oleh mereka ini tidak sedar hidup mereka di alam benar atau dibuai fantasi? 

9) Klimaks - Selepas jatuh cinta sisusuli dengan seks yang berbunga-bunga(tidak terperinci tetapi diolah dengan hint penuh 'kenikmatan'), heroin & hero akhirnya mencapai kebahagian dengan kelahiran anak mereka. Nama bayi mereka sebombastik dan fancy seperti nama heroin & hero itu sendiri. Selepas kelahiran bayi pengikat cinta, ia merupakan petanda puncak kebahagian dalam novel cinta paksa/kontrak. Lain-lain perkara dalam alam perkahwinan seperti mengasuh anak, saling bantu-membantu, beribadat di 'skip' , mungkin tidak diukur sebagai anugerah yang paling manis dan membahagiakan

Rumusan

Apa yang anda SEBENARNYA cari dari novel-novel sebegini?

Ada yang mengatakan, jika tak suka, jangan baca. Hakikatnya, memang kebanyakan dari kami sudah berhenti membaca novel kahwin paksa/kontrak. Maka, kami memerlukan anda untuk berkongsi di sini sekiranya anda mengetahui mana2 judul novel genre kahwin paksa/kontrak yang lari dari klise-klise di atas. Kami sangat harapkan anda akan bakal menjadi penulis yang hebat & memberi ispirasi yang positif dalam dunia penulisan novel Melayu. Selamat Maju Jaya!

Bilangan novel bertemakan kahwin paksa/kontrak wajar ditambah lagi. Setuju atau tidak?. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA.

Artikel ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dari anda di ruang Guestbook kami. Tujuan artikel bukanlah untuk menjatuhkan hukuman terhadap sesiapa, tetapi sekadar renungan untuk para penulis Melayu agar memperbaiki mutu penulisan, peranan dan perjuangan mereka sebagai penulis yang menggelarkan mereka seorang Muslim. Janganlah disebabkan novel kahwin paksa/kontrak mendapat sambutan hangat dari pembaca yang gemar berkhayal, penulis-menulis baru terikut-ikut untuk menghidangkan unsur-unsur seperti yang disenaraikan di atas demi merebut populariti dalam jangkamasa yang singkat. Kita tidak memerlukan lagi karya-karya yang memaksa pembaca merendahkan intelek mereka demi menghayati watak yang masih terperangkap dalam minda kategori masyarakat Melayu kuno seperti malu berlebihan-lebihan/memudaratkan akibat difitnah, berkiblatkan cinta sebagai destinasi kebahagiaan, Islam hanya pada imej/nama dll. Janganlah menjadi salah seorang novelis yang mempengaruhi penulis-penulis lain untuk menulis novel genre kahwin kontrak/paksa ini dengan elemen yang tidak berkembang.

19 awesome commentator:

  1. hmmm.... banyak yang terbalik daripada asal... patut la novel macam nie laku....
    penulis diluar sana khasnya yang beragama islam patut sedar hubungan suami dan isteri tidak wajar dijadikan tatapan umum(dalam penulisan) kerana ia adalah rahsia bagi setiap pasangan...
    pelbagai alasan digunakan untuk mengharuskan kahwin kontrak/paksa tidak sepatutnya berlaku kerana kita sebagai manusia telah diberikan akal dan fikiran untuk berfikir ke arah yang lebih baik dan bernas disamping mendapatkan keredhaan daripada-Nya...

    ini hanyalah pendapat daripada zam..., zam berharap penulis yang membaca komen ini akan memahaminya...

    oleh itu fikir-fikirkan lah....=))

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, Cik/Pn.Rahimah. Terima kasih kerana sudi berkongsi artikel kitorang. :) Wow, Rahimah ada tulis novel Islamik? Mana link nya? Boleh saya tumpang2 baca.

    Kitorang pun sangat kecewa dgn hakikat sebenar dunia penulisan Melayu. Novel tema kahwin paksa/kontrak ni la yg paling digilai pembaca(sbb banyak adengan manja2 dll) & lebih sedih, penulis makin 'berani' & syok menulis sbb menerima pujian sweet2 tanpa henti.

    Dan baru2 ni, saya perasan makin banyak cerita2 org kahwin ni ditulis oleh gadis2 bujang! Seolah2 penulis sedang berangan alam rumahtangga mereka yg romantik. Penulis belum kahwin, tapi dlm novel ditulis babak2 buka butang baju suami, detik2 'berlayar', sentuh2.. Tak tau nak kata apa. Ditegur, mereka kata ini bukan genre yg sesuai utk kami baca. Alahai...

    ReplyDelete
  3. huhuuuuuuuuuuuuu..........tacingggggggg ngan akak...... T_T

    ReplyDelete
  4. boleh teruskan tp tak perlu ada kontrak n terapkan nilai islam yg baik yg boleh d jadikan teladan utk readers n tak payah ada adigan romantik

    ReplyDelete
  5. Saya pembaca novel tegar, dan telah membaca kesemua novel2 yang disenaraikan. Bagi saya sama sahaja dengan novel2 genre2 lain. Ada sikit2 adengan panas atau hints2 seks tapi tidak melampaui batas dan SAMA saja dengan novel lain. Bezanya novel2 bertema kahwin paksa ini menjadi BESTSELLER, sebab itu orang lebih pukul canang kata itu tak betul yang ini tak elok.

    Adakah yang memukul canang tu baca setiap isi novel yang dia kata cabul tu? Bagi saya, kebanyakan penulis2 bukanlah calang2 orang dari segi kelulusan, ada lawyer, manager, pensyarah, researcher dan sudah tentu mereka tahu limit2 dalam berkarya.

    Jangan suka menunding jari pada satu kelompok, dan melupakan kelompok yang lain, takut juga kelompok yang lagi satu akak lagi teruk merosakkan masyarakat...

    ReplyDelete
  6. Saya juga pembaca novel tegar tetapi mula meninggalkan novel cinta beberapa tahun kebelakangan ini. Ia bukanlah semata mata disebabkan isu kahwin kontrak/paksa melainkan novel-novel cinta ini hanya ada satu aliran. Mula benci,kemudian sayang dalam diam,berlaku salah faham,ditinggalkan dan akhirnya bersama semula bila kedua-dua pihak tahu perkara yang sebenar.

    Sangat membosankan bila membaca cerita dengan konflik yang sama. Mungkin penulis-penulis muda sekarang lebih teruja untuk melariskan jualan buku daripada nilai sesuatu karya itu sendiri. Terpulang pada pembaca kerana saya sendiri pun tidak menghadkan bacaan saya kepada sesuatu yang berbentuk islamik sahaja. Selagi buku itu tidak terikat dengan kisah cinta yang melewah, saya akan layan.

    Hanya pendapat saya sahaja. Peace...

    ReplyDelete
  7. saya juga seorang pembaca novel.kadang2 rasa bosan juga ngan novel berunsur kahwin kontrak. bukannye apa dah terlalu banyak novel yang berunsur itu.kadang2 dah beli novel itu saya tak habiskan untuk membaca sebab dah tahu jalan ceritanye macam mana.tapi saya suka gaya tulisan hlovate kerna bagi saya gaya dia lain dari penulis yang lain.

    ReplyDelete
  8. "Jangan suka menunding jari pada satu kelompok, dan melupakan kelompok yang lain, takut juga kelompok yang lagi satu akak lagi teruk merosakkan masyarakat.."

    Kesimpulannya, kalau nak tegur, biar SEMUA kelompok.

    So, kalau sorang member buat kesalahan spesifik, jangan tegur dia.
    Tegur SEMUA kengkawan dulu.

    Kalau anak buat buat kesalahan spesifik, jangan tegur dia.
    Tegur SEMUA adik beradik sekali dulu.

    Kalau jiran ni buat kesalahan spesifik, jangan tegur dia.
    Tegur SEMUA jiran kat blok tu sekali dulu.

    Kalau pemimpin politik ni buat kesalahan spesifik, jangan tegur dia.
    Tegur SEMUA pemmpin & ahli2 politik sekali dulu.

    Susah betul nak menegur zaman skrg ek?

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian artikel ini. Membuatkan saya kembali menilai diri. Saya juga merupakan salah seorang penulis, dan pernah menjadikan konsep yg dibincangkan sbg tema utama. Di sini saya memohon maaf secara terbuka sekiranya karya saya tidak dapat memberikan sebarang ilmu untuk dimanfaatkan. Apapun, amat bersetuju bahawa setiap yang ditulis bakal dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Terima kasih kepada semua. Insya'ALLAH saya akan lebih berhati-hati pada masa hadapan. Terima kasih atas teguran yg amat benar. Menerima dengan hati yg terbuka.

    ~Berkatalah benar walaupun ianya pahit~ :)

    Salam Ukhwah
    Adah Hamidah

    ReplyDelete
  10. Salam 1 Malaysia,

    Lambakan novel cabul dalam masyarakat kita semakin menjadi-jadi. Mahukah kita melihat generasi anak-anak kita kelak ‘kenyang’ dengan kandungan wacana begini? Nauzubillahi min zalik.

    Karya begini ‘sedap’ dikhatam dan ‘mudah’ dijual, lalu penjual juga seronok menjualnya dengan pulangan yang tinggi. Bagaimana pula dengan pembangunan sahsiah dan sosial masyarakat?

    Penulis dan pengkarya bertanggungjawab pada apa yang mereka hasilkan (saham akhirat), dan pembaca bertanggungjawab pada apa yang mereka pilih. Kita pada masa sekarang, mencorakkan generasi kita pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  11. Hai..

    NOvel2 begini memang barah dalam masyarakat. Penulis karya romantik ni adalah penulis wanita..bagi yg dah berkahwen itu ibarat menunjuk kt org ramai segala benda dalam kain diorg...bagi penulis bujang, mana diorg dapat idea tuk tulis adegan romantik tersebut...adakah pi tanya org yg kawen, tgk citer blue ke atau ko buat ekperimen sendiri...

    Itu la pelarisnya...pelaris yang secara tidak langsung menjahanamkan anak bangsa sendiri dengan sogokan cerita tak bermoral begini. Hubungan intim di ranjang dizahirkan terang-terangan. Memualkan betul...geli giler bila baca.

    pastu bagi remaja pulak, sesudah baca takut diorg buat ekperimen dgn pasangan diorg...inikah pengajaran yg penulis nak tunjukkan penerbit skrg hanya pentingkan keuntungan semata2 tanpa memikirkan kesan yg akan berlaku kelak....

    Dulu boleh dikatakan penulis mendidik masyarakat melalui karya2 diorg, sekarang ni tidak boleh diguna pakai lagi...kita sebagai pengguna terpaksa memilih yg mana terbaik bagi diri kita dan anak2 kita

    ReplyDelete
  12. Kak mairaaaaa camne plak kalau kita buat yg dia dah jatuh cinta kat laki tu melalui mimpi selepas buat solat sunat istikharah..kira macam petunjuklaa

    ReplyDelete
  13. tahniah kerana anda berani memperkatakan tentang isu ini. ada yang takut untuk memabngkitkan isu ini kerana:
    = takut dipanggil ketinggalan zaman kerana tidak membaca buku yang 'bestseller'
    = takut nanti ada yang kutuk
    = n others yang saya tak dapat fikirkan.
    jujur saya katakan bahawa sebenarnya saya agak BOSAN dengan novel2 skarang.. kerana sy sudh muak dengn cerita2 sbgitu, sy mnulis novel brkenaan family n kawan2 krana bg sy novel love+marriage trlalul complicated mmandangkan sy bru brumur 15 tahun.. slh satu cerpen sy tlh dpublish dlm penulisan2ul.my... tp sy x tahu sama ada cerpen itu dikira sbgai cerpen ap? yg brguna atau x?
    cuba kita tengok novel2 dahulu sprti Sesuci Cinta drpd Aina Emir, Seredup Kasihmu drpd Nia Azalea, Ria Qistina drpd Bikash Nur Idris, Hatimu Untuk Siapa drpd HM Tuah Iskandar... adkh novel2 itu brteraskn kahwin paksa tnpa cinta, brgaduh, bnci, bru sdar prasaan, accident or pape, brcinta, lastly berbaik?
    THINK! 0kay?

    ReplyDelete
  14. Menulis novel-novel cabul terbukti boleh membawa keuntungan yang banyak dan segera. Jualan novel-novel cabul sangat rancak sekarang ini. Kedai buku besar dan kecil, terkenal dan tidak terkenal, semuanya sedia menjadi agen jualan novel-novel cabul.

    Semua perkara ada baik dan buruknya, ada untung dan ruginya, ada plus dan minusnya.

    Risiko paling besar menjadi penulis novel cabul adalah dosa yang berpanjangan. Meskipun kita sudah berhenti menulis, malah sudah bertaubat, namun kesan buruk akibat daripada pembacaan novel-novel itu tetap berjalan terus ke atas mereka yang pernah membacanya.

    Meskipun kita menggunakan nama-nama samaran, orang tetap akan tahu juga siapa kita yang berselindung di sebalik nama-nama samaran itu. Nama baik kita rosak sampai bila-bila. Masyarakat tidak akan memaafkan kita.

    Risiko menjual novel-novel cabul pun begitu juga. Meskipun sudah berhenti menjualnya, kesan kerosakan daripada jualan novel-novel cabul itu yang lalu tetap berlaku terus. Tidak dapat dihapuskan.

    ReplyDelete
  15. Apa gunanya karya itu laris jika pada akhirnya tidak mencerdikkan pembaca, menggalak dan menampilkan mediocrity dan pandirisme, malah menggalakkan muda-mudi terus berkhaya

    ReplyDelete
  16. slm... mmg btul cerita2 picisan mcm ni trlaris di pasaran bak pisang goreng panas n yg seangkatan dgnnya.. artikel ini bnyk mmberi ksedaran. soalnya:
    -adakah generasi brminda kelas prtama mmpu dibntuk dgn trus mmbaca 'kitab2' ini?
    -benarkah cinta itu syok?sdgkn cinta hakiki hnya kpd ALLAH.
    hrp kita sama2 muhasabah.... :)

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum nak menyampuk. hee. semua yg sy nak kata sudah ada yg awal2 sampaikan...

    tp sebenarnya, sy xfaham lg novel mcm mana yg boleh dikategorikan as a 'novel cabul' tu? takat yg sy baca n sy beli ni, xde lg yg keintimannya diperincikan overdose [alhamdulillah ].tp kalo dekat blog, memang xdinafikan. byk.

    sy ada jugak cuba menulis sikit2, harap2 cerita yg sy tulis tu tidaklah ada ciri2 cabul. mohon dilindungiNYA.

    #awak, sekadar pesanan... kalau boleh, xperlulah disertakan contoh dlm n3 ni novel mana yg boleh digelar novel cabul tu... kdg2 seseorang penulis tu, x sedar pun novel yg ditulis tu digelar org 'novel cabul'. malah, ada yg x berniat pun nak tulis ciri2 yg org gelar 'cabul' itu...

    kalau awak rasa novel dia tu ada unsur2 cabul, elok awak tegur seseorang penulis tu sendiri...

    peace.

    ReplyDelete
  18. Ya ampun..novel2 sebegini begitu membosankan dan sudah boleh diteka pengakhirannya yg sgt sweet xbertempat n live happily ever after tu.frankly ms I remaja pon suke jgk bc novel2 cinta n cabul n lucah ni.but after a while bile I da cerdik n matang sket I boleh nilai yg novel2 yg I pnh bc dulu sume cerita sampah..ceritanya oh my..sgt sweet mendayu2 xingat dunia.realitinya bile da kawen n beranak pinak cerita camtu sekadar indah khabar sj dari rupa.drpd sy bc novel cerita sampah ni rela lg sy bc novel islamik..penyiasatan-ramli awang murshid atau cerpen klasik ttg kehidupan cthnye cerpen nasinya tumpah, meniti ranjau, ranjau sepanjang hidup.lebih ada value dan lebih realiti drpd sentiasa nk disuap dgn citer kawen kontrak yg hipokrit yg endingnya ya Allah mcm fantasi gile. Let your brain move on a bit la. Asyik2 cinta manusia.nk muntah.tak kan I nk suapkan ank2 I dgn bacaan sampah murahan yg menjual aksi berbaur lucah ni. Bc novel murahan fikiran pon murahan

    ReplyDelete
  19. Kami memang bersetuju dengan apa yang ditulis di entry ini.Blog kami juga sebenarnya masih baru dan banyak yang perlu diperbaiki.Blog kami membuat review novel-novel yang kami baca dengan jujur dan adil.Kami keluarkan kebaikan dan keburukan novel tanpa mengira siapa pun penulisnya.Singgah-singgahlah blog kami dan tinggalkan pendapat anda mengenainya ya :) segala keburukan datang daripada kami dan segala kebaikan nikmatnya semuanya daripada Allah S.W.T

    http://polisnovelis.blogspot.my/2015_04_01_archive.html

    ReplyDelete

terima kasih berikan komen ya.

 
Back To Top