Saya dah lama pasang angan-angan nak pakai produk terhad lagi mahal ini. Tunggulah kerja dulu. SOON. iNSYA-ALLAH. Aku tengah sakit hati ni dengan kulit muka yang cantik (perasan!, hahahah) telah menjadi kawah bulan. Gara-gara produk yang disyorkan ramai orang BIO-OIL. Rupanya kulit saya tak sesuai dengan produk ni. Habis jerawat batu naik. Ya Rabbi. Tuhan je yang tahu apa yang saya rasa. Cam nak buat pembedahan plastik pun ada. Jerawat ni pelik tol. tak nak hilang dan tersangatlah degilnya. Tapi kalau la banyak duit pun, tak tergamak eh nak ubah ciptaan Allah. 

Anyway, berbalik pada ZBF ni, Walaupun tak pernah cuba, tapi daripada testimoni, macam sangat berkesan sebab tak de chemical yang merosakkan kulit dan mendatangkan penyakit dimasa akan datang, pelanggan Dr. Tunku Zaidar (Pengasas) ni pun ada yang sampai tiga generasi turun temurun mengamalkan produk ni. Tak ke ada sesuatu yang hebat kan? produk ni sebenarnya dulu target market dikalangan orang kenamaan, tapi sebab produk kat pasaran banyak dah yang rosakkan orang awam, so..Dr keturunan diraja ni pun perkenalkan lah kat orang awam. Salah satu kempen kecil yang dibuat adalah memberikan artikel dalam majalah NO 1 kat Malaysia ni..MASTIKA...tentang produk ZBF, bahan kimia yang terdapat dalam produk kecantikan masa kini, testimoni-testimoni serta banyak lagi la ilmu dan fakta menarik yang turut diselitkan. Apa pun, aku suka dengan tagline produk ni.." PENJELMAAN SEMULA KECANTIKAN KEKAL ABADI"...

Jom tengok produk2 'miracle' ni sebab dibuat menggunakan cara penapaian. ambik masa berbulan2 tu baru dapat pati nya.









P/S: Siapa yang pernah pakai produk ZBF dialu-alukan untuk berkongsi pengalaman ya....

Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

23 awesome commentator:

  1. salam,so awk da cube ke dear produk ni?nk jgk tau,sbb nk try =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dh dkt dua tahun produkni..setakat ni alhamdulillah..dulu jerawat teruk penuh kt muka..sekarang dh licin n parut berlekuk dh rata..

      Delete
  2. sy dh cuba..sy dh pakai produk ni satahun lebih..alhamdulillah kulit yg mcm kawah bulan dulu dh jd licin..syukur sgt2.

    ReplyDelete
  3. betul ke parut berlekuk boleh jadi rata?

    ReplyDelete
  4. sy buat facial tretment kt ZBF saloon every two weeks,ambik pakej.

    ReplyDelete
  5. I pon dah guna produk zbf. Alhamdulillah la even slalu x sempat tepek kt muka ni sbb bz tp jerawat x naik. Muka maintain licin dan yg paling best x racun. If anak2 main pun or tertelan xde masalah.

    ReplyDelete
  6. @Anonymous pakej produk tu cmne ye? harga plak mampu milik x?

    ReplyDelete
  7. @Anonymous

    camane nak beli yer ? htr emel ke enquiry@zaimal.com tak berbalas lagi..sgt2 teruja ni

    ReplyDelete
  8. Semalam i dah full set zai formula ni..price die kat RM800.i beli coz nak hilangkan milia..kulit xde problem jerawat pun..but sadly baru pakai sehari pipi naik jerawat!!argh..rase menyesal pun ade ni..so nak continue ke x ye?aduhai...

    ReplyDelete
  9. Adakah produk zai's beauty formula masih lagi di jual?Adakah sangat mujarab produk zai's beauty formula?

    ReplyDelete
  10. @adlinnabakriSaya nak bertanya,adakah produk zai's beauty formula sangat berkesan?Awak masih menggunakan produk zai's beauty formula?

    ReplyDelete
  11. I'd like to find out more? I'd care to find out more details.


    My web blog; http://www.onhiddencam.Info

    ReplyDelete
  12. Jgn risau adlinabakri..saya dulu pun pakai untun first time..memg jerawat naik. Saya pun ada masalah milia..tp alhamdulillah slpas bbrp bulan kulit jadi ok

    ReplyDelete
  13. Salam. Terjumpa article ni. Sekadar berkongsi pengalaman.. Saya dh guna produk ni dalam dua tahun. Alhamdulillah, masalah jerawat dh takda. Saya mmg agak kurang bajetnya, jujur sahaja dengan jururunding di Zai, Insyallah mrk akan syorkan produk yg bersesuaian dan dalam lingkungan bajet kita. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  14. Utk kulit sensitive boleh guna x, boleh menghilangkn wajah banyak jeragat x ..
    Wajah sy gatal2, panas, merah2 ....
    Tapi ada sedikit sembuh ..

    ReplyDelete
  15. Betul ke bkesan produk zbf?sy cm nk try, tp tkut mkin teruk tumbuh jrwt..jrwt sdia ada ni pun dh byk..biasanya brp lama dh nmpk perubahan?

    ReplyDelete
  16. Hai, produk zbf ni ok sangat2... tapi harga nak maintain tu yg tak tahan.. tapi boleh je bgtau beauty therapist dia, brapa bajet kita..nti diorg syorkan produk ikut bajet.. tapi, zbf ni sangat2 tak sesuai untuk org yg kurang sabar nak tgk result dlm masa yg singkat sbb zbf bantu pulihkan muka secara natural, jd amik masa untuk tgk kesan.. lagipun zbf bebas dari unsur kimia sbb dibuat dr proses penapaian yg memakan masa berbulan2... paling penting, istiqamah pakai produk ni n kena sabar untuk dpt hasil yg superb...

    ReplyDelete
  17. As salam.. Saye pakai produk ni sejak taun 2006.. dah nk masuk 8 tahun.. sgt bagus w/pn kesan lmbat.. dulu muka sy selalu naik jerawat besar2.. sekarang dah x de. Adik sy tegur lekuk kawah kat muke ni pn dah makin rata.. kami 2 bradik mmg gune zai.. adik sy muka lg teruk.. sekarang dah ok.. lepas bersalin, dlm pntang pn kami guna zai tuk dlaman.. jgn risau tentang budget.. mereka akan suggest produk ikut budget kite.. mula2 mmg kene pakai byk produknye, tp bile dah ok, saye gune ape yg perlu je.. Zbf sgt bagus..

    ReplyDelete
  18. Trigin nk cuba...tuk muka jerawat dan parut...bajet dalam bpe ye...

    ReplyDelete
  19. saya pakai produk ZBF semenjak 2007.
    Alhamdulillah produk terbaik dalam semua produk yang pernah saya cuba.
    Satu anugerah dan rezeki tidak ternilai dalam hidup ini kerana berpeluang mengenali produk ini.
    Kini produk ZBF ini tidak lagi dijual kecuali kepada customer vvip yang kekal lama dengan ZBF.


    Semoga YM DR TUNKU ZAIDAR DI PANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI UNTUK TERUS MENGHASILKAN PRODUK TERBAIK INI.

    Aaaminn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamua'laikum..kak..saya pun pernah pakai zai's beauty formula.Sangat mujarab.Tapi mana nak beli produk tu?kat website tak ada lagi.

      Delete
    2. @qisya khadeeja
      Saya pernah guna produk zais ne,memang memuaskan..tapi nak repeat order dah xdapat sebab contact number hilang. Cik qisya taw x cara contact tu,saya dulu pergi salon dorg kat shah alam..produk zais lambat kesannya tapi die x mngelupaskan kulit,xmacam produk sekarang,byk kimia tapi said non-chemical..huhu..sayangnye tengku zai dah bersara,semua salon dah ditutup..������

      Delete

terima kasih berikan komen ya.

 
Back To Top