Hari ini nak cerita pasal Sophea Ridza, seorang pelajar Malaysia yang famous di Korea. Dia masuk program MISUDA atau CHIT CHAT WITH BEAUTIFUL LADIES yang mengumpulkan ramai gadis-gadis cantik dari seluruh dunia yang pandai berbahasa Korea. Seluruh dunia tak la kot..mungkin yang tinggal di Korea atas sebab kerja atau belajar la. Rancangan ni saya ada tengok dalam tahun 2008 dahulu, masa tu menjerit juga la sebab laki hensem Korea tu pilih Sophea. Jadinya, cari punya cari nasib baik ada di youtube dan download part Sophea ni dan upload semula atas nama Korean guy who confess his love to a Malay girl dalam akaun Youtube. Sambutannya menggalakkan...dan biasalah kalau glamor skit..mesti KBS leh track nya. Hhahahah. Akhirnya KBS klaim video tu as depa punya. Huh. Tak pasal2 kena ambil test copyright yang youtube suggestkan untuk teruskan akaun. 

Apapun.. blogger Justkhai ada review tentang video yang saya upload ni..thanks ya. So ini hasil review blogger famous d'amous ni.

Khai terima email dari gadis bernama Zafirah berceritakan mengenai kisah cinta seorang pelajar Malaysia di Korea bernama SOPHIA SURAYA BT RIDZA ABDUH. Kisah cintanya gadis bertuah ni pasti akan buat korang tersenyum atau mungkin cemburu gile bagi korang yang perempuan. Boleh dikatakan, kisah cinta seperti Sophia hanya satu dalam sejuta, atau mungkin inilah satu buat selama-lamanya. Bertuahnya gadis melayu ni ya? 





Sophia Ridza di Malaysia hanya gadis biasa tetapi bukan di Korea. Di sana, Sophia adalah gadis yang gadis yang sebaris dengan selebriti. Sophia Ridza adalah rakyat Malaysia yang telah berada di korea lebih 5 tahun untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang Engineering. Entah bagaimana, Sophia boleh terjebak menjadi seorang panel dalam sebuah rancangan tv di korea bertajuk Chit Chat of Beautiful Ladies. Sebuah rancangan yang mengumpulkan gadis-gadis cantik dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia berceritakan tentang pengalaman mereka dengan kebudayaan yang ada di Korea tetapi yang lebih dibincangkan, adalah mengenai lelaki di Korea. Ianya ada ditayangkan di KBS World, CH 303 Astro setiap Khamis jam 6:10 Petang.

Selepas dua tahun Sophia bersama rancangan tersebut, tanpa diduga, pada suatu hari rancangan tersebut di datangi seorang jejaka ‘gentleman’ Korea bernama Jang Dong Ock yang melamar Sophia secara LIVE. Diulangi, secara LIVE yang membuatkan Sophia tersipu-sipu kebingungan. Siapa pembaca Justkhai yang berani buat muka tebal macam tu sila angkat tangan? Hehehe. Dong Ock sebenarnya dah jatuh cinta pada si Sophia ni sejak pertama kali Sophia terlibat dalam rancangan tersebut. Kira cinta pandang pertama tanpa diketahui Sophia. Samalah macam cinta pandang pertama korang kat Lisa Surihani cuma yang bezanya, korang takkan berani ngadap muka Lisa tu untuk propose dia. Hehehe. Melihat gelagat lelaki se’gentle’ Dong Ock melamar Sophia dengan teramatlah berani, membuatkan sesiapa sahaja lelaki di dunia ini pasti tercabar.

Dengarnya, Sophia kini sudah pun pulang ke Malaysia tetapi hubungan antara mereka berdua still on. Harapanya agak berkekalan la. No wonder kerana cinta kepada Sophia, perlahan-lahan akan mengeluarkan rasa cinta jejaka Korea tersebut kepada Allah dan mengubahnya menjadi seorang Muslim sejati.



Nantikan sahaja perkembangan kisah cinta pasangan cinta terhebat di abat ini. Sebuah kisah cinta paling mahal bagi Khai yang jarang-jarang kita lihat. Sophia Ridza dan Jang Dong Ock. Huhuhu..now Sophea dah balik Malaysia dan kerja di syarikat LG. Dia ada pernah muncul dalam radio area carta hitz k-pop sebagai tetamu. Di bawah ini adalah dia dan seorang lagi girl melayu yang fasih berbahasa Korea. Ada yang komen Sophea ni macam muka Maria Ozawa..cesss..sungguh contoh yang tidak memberansangkan..hahahah.. 




                        Adess gambar ni...memang buat dia nampak cam MARIA OZAWA...ish ish..

Pokoknya, kisah Sofea dan lelaki korea ini..boleh dikatakan 1 dalam sejuta dan ermmm..membuatkan diriku berfikir adakah lelaki melayu di luar sana yang se 'berani' dan se gentlemen lelaki korea hensem ni?...erm...tepuk dada....tanya iman....

Apa pun...tiba-tiba ada mood nak nyanyi lagu gadis melayu....SIAPA BILANG GADIS MELAYU TAK TERTAWAN...TAK MENARIK HATI..TIADA MEMIKAT...KALAU LAH MEMANG TAK MUNGKIN LELAKI KOREA NI TERPIKAT...LALALALLALA

P/S: Kalau Sophea popular kerana program Misuda...salah seorang adik dia pun popular jugak oooo. Nak tahu siapa adik dia?..sila angkat idong..hehehe JENG JENG JENG...ini dia...



Siapa kenal dia?...heheheheh....sila beri komen....

8 awesome commentator:

  1. wah untungnya dia dapat jejaka korea.. betul2 mungkin ini hidayah dan jodoh buat sang lelaki tu masuk islam.. macam najwa latif pun ada muka dia.. la adik dia ke tu.. baru aida tahu.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. hehehe..anak dato' yang very the humble dia ni....
    Kan nama pelakon laki tu Aiman redza...si vanilla coklatnya hero..

    ReplyDelete
  3. akk mia...hahah...sapa yg ckp muka dia cam Maria Ozawa?? cam ku kenal jek.... ahahha

    ReplyDelete
  4. ermmm ape pekembangan terbaru cinta mereka ni ehh..amat teringin nk tauu...

    ReplyDelete
  5. ada dgr hearsay.. kata sophia ni dah kawen.. tp xpasti la dgn jejaka ni atau bukan..

    nak tau jgk perkembangan..

    ~m.a~

    ReplyDelete
  6. sofia dah kawin dgn org Melayu Malaysia dan sekarang mereka suami isteri sedang menyambung pelajaran di England

    ReplyDelete
  7. Lepas tu mamat korea tu macam mana pulak? Nk tahu lebih jelas tentang hubungan mereka ni.. siapa tahu??

    ReplyDelete
  8. Mamat korea tu dah masuk Islam kawin dgn awek indon d KL kerja kt kedai mamak mane ntah..ceta org ler..diorg dah bahagia..

    ReplyDelete

terima kasih berikan komen ya.

 
Back To Top