green tea


"Lebih baik berlapar 3 hari dari sehari tidak minum teh hijau.."

pepatah orang cina ini cukup kuat untuk jadikan teh hijau sebahagian dari hidup mereka . Berdasarkan sumber dari pakcik google , teh hijau atau green tea telah diamalkan oleh masyarakat Cina sejak 4000 tahun yang lalu !. Masyarakat Cina percaya dengan meminum teh hijau , teh hijau dapat merawat pelbagai jenis penyakit seperti magrain sehinggalah kemurungan. Istimewanya teh hijau ni ia memiliki paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). ECCG ni antioksidan yang saaaaaaaaaangat hebat . Fungsi antioksidan adalah untuk melindungi badan kita dari serangan radikal bebas.

Antioksidan yang terkandung dalam teh hijau 100 kali lebih berkesan dari vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari vitamin E dari segi pelindungan sel dan DNA dari kerosakan oksidan. Antioksidan juga berfungsi melawan virus-virus cinta merbahaya dan melambatkan penuaan. Cik Duyung lebih gemar pilih teh hijau dari jenama cina..berbanding jenama yang korang sendiri tahu kan. Kenapa?. Nanti la kongsi cerita. Teh hijau memang dah jadi satu minuman wajib dalam rutin harian. Kalau tak minum sehari, memang akan rasa bersalah terutamanya selepas makan.

Jangan tak tahu, saya minum teh hijau ni tanpa dimasukkan sebutir gula pun. Kata ahli pemakanan,jika dicampur bersama gula, khasiatnya hilang. Jadi, nak tahu khasiat-khasiat teh hijau...mari baca selanjutnya. Lepas dikaji dan dikaji lebih saintifik mengenai kelebihan minum teh , para saintis telah memutuskan bahawa teh hijau adalah salah satu minuman berkhasiat di dunia . No wonder orang Cina dan Jepun nampak sihat-sihat belaka kan ? Jom baca kelebihan minum teh hijau ! .

  • Membantu menurunkan paras kolestrol & menjaga tekanan darah (sama seperti Oat)
  • Menyembuhkan lelah & batuk . Membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh badan untuk melawan penyakit 
  • Menghancurkan bakteria yang menyababkan plak dan kerosakkan gigi 
  • Membantu mencegah dan menghancurkan sel-sel kanser 
  • Mencegah penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung 
  • Mampu mengurangkan stress dan membantu mengendurkan saraf 
  • Boleh cegah penyakit seperti amnesia & demensia . Mampu menyihatkan kulit wajah menjadi lebih berseri , rambut sihat , dan mengurangkan tanda-tanda penuaan 
  • Mengurangkan ruam & alergi 
  • Melindungi payudara dari serangan kanser 
  • Menggalakkan pembakaran lemak . Mengekalkan kecergasan memori dan fungsi otak . (Pelajar digalakkan amalkan minum teh hijau) 
  • Mencegah mulut berbau 
  • Melidungi paru-paru dari racun rokok 
Banyakkan khasiat teh hijau ? Bagi yang tidak biasa minum teh hijau , korang cuba la campurkan siiiikit je kuantiti gula untuk kurangkan rasa pahit teh hijau .Lama-lama dah minum biasa la tu . Selalunya benda tak sedap tu la berkhasiat, kan?. Mai jadi muda macam Cik Duyung. Ahaks. Sering ditegur muda tiga tahun daripada usia..erk...tiga tahun je?..Bagi la sepuluh tahun tahun ke....nak la jadi si manis 17 semula ...hik hik hik.. Ok all..selamat beramal...HAKUNAMATATA 

P/S: Ini jenama teh hijau yang saya suka. mai secawan.....




2 awesome commentator:

  1. waaa patut la akak maira kelihatan lebih muda dari zam....ahaks...=))

    ReplyDelete
  2. Apa sebabnya pilih teh hijau jenama tu ye?

    ReplyDelete

terima kasih berikan komen ya.

 
Back To Top