“Hebatnya!” getus Zharif sambil mendongak ke arah pangkal pokok kelapa gading. Zafuan dilihatnya benar-benar cekap memanjat pokok kelapa gading hingga ke pangkal dalam waktu yang singkat. Satu keistimewaan yang jarang-jarang dilihat pada anak muda masa kini.  
             Zafuan mencantas setandan buah kelapa muda lalu jatuh berdebuk ke atas tanah. Parang dicampakkan ke bawah. Tiada rasa takut atau pun gayat dalam dirinya. Dia pernah memanjat pokok petai yang dipenuhi sarang kerengga merah dan mendapat upah yang banyak semasa remaja. Membesar sebagai anak kampung banyak mengajarnya kemahiran-kemahiran yang amat bernilai. Pantas dia turun dari pokok kelapa setinggi tiga puluh kaki itu.
            Zharif terkebil-kebil melihat kepantasan Zafuan turun daripada pokok kelapa gading. Tidak gayatkah lelaki ini? Desis hatinya.
            “Zharif boleh kupas buah kelapa?” soal Zafuan seraya menyeka peluh yang merinding didahi.
            Zharif mengangguk. Parang pendek di atas tanah segera dicapai.
            “Bagus. Zaf ambil nanas di sana dulu.” Zafuan terus menapak ke arah kawasan kebun yang dikhususkan tanaman nanas. Nanas yang cukup masak ranum dipetik lalu merendam ke dalam sungai buat beberapa ketika. Dia tersenyum lebar melihat lelaki sama baya dengannya itu mengupas kelapa gading dengan tangkas. Sengaja dia mengajak Zharif datang ke rumahnya untuk berkenalan dengan lebih lanjut. Pada pandangan pertama sahaja dia sudah menyenangi Zharif. Dalam hatinya berbisik bahawa Zharif satu-satunya lelaki yang tulus ingin melindungi Zawin. Kini dia tidak risau lagi dengan keselamatan Zawin dengan adanya lelaki seperti Zharif disisi adiknya itu. Nanas yang sudah bersih itu dibawa ke atas pangkin yang dibina di bawah pokok rambutan.
            “Ini nanas sarawak?” soal Zharif usai Zafuan mengupas kulit nanas dan menghiris kecil-kecil.
            Zafuan menggeleng. “Nanas Josephine. Ini nanas kacukan Johor dan Sarawak. Bila ada pihak yang kata nanas Josephine didapati sesuai ditanam di tanah negeri Perak, Zaf cuba tanam. Tak sangka menjadi malah menghasilkan buah yang lebih manis. Ada yang kata tanah di Perak dipercayai mengandungi mineral sesuai untuk tumbesaran nanas yang baik,” ceritanya bersungguh.
            Zharif mengangguk. Kemajuan teknologi memungkinkan segala yang mustahil. Dia membawa dua kelapa gading muda yang telah siap dikupas ke tengah pangkin. Zharif menelan liur melihat Zafuan menaburkan sedikit garam halus bersama serbuk lada putih pada hirisan buah nanas. Ini makanan dan minuman yang tepat dinikmati kala cuaca panas begini.
            “Zawin dah beransur pulih. Syukur sangat. Nasib baik bukan denggi,” ujar Zafuan sambil menikmati air kepala muda.
            “Syukur. Tak tahu pula air kelapa muda boleh ubati keracunan makanan.” Zharif mengambil sepotong nanas dan dikunyah perlahan.
            “Air kelapa muda banyak khasiat untuk kesihatan. Racun dalam badan akan neutral bila air kelapa muda diminum,” ujar Zafwan. Isi kelapa muda dinikmati penuh selera. Manis dan harum baunya.
            Zharif merenung bersungguh wajah jernih Zafuan. Dia bersyukur. Bertambah lagi seorang kenalan dalam kalangan mukmim yang baik. Walaupun Zafuan menjalani hidup biasa, mengajar di Mahad Tahfiz, tetapi dia yakin amat Zafuan seorang lelaki yang luar biasa. Berada disisi lelaki ini, dia dapat merasakan aura positif yang sangat kuat. “Zaf, boleh tanya sesuatu?” soalnya tiba-tiba.
            “Ya. Silakan.”
            “Tak ada niat untuk kahwin lagi?” soal Zharif berhati-hati.
            Zafuan tersenyum lebar. “Tentunya ada. Jodoh itu akan hadir bila tiba masanya,” balasnya penuh yakin. Wajah Zharif disisi ditatap lama. “Semoga berjaya,” ucapnya selamba.
            Zharif terpinga-pinga. “Untuk apa?”
            Zafuan tersenyum penuh makna. Dia menepuk lengan lelaki itu beberapa kali. “Mari pulang,” ajaknya seraya mengemas sisa-sisa kotoran di atas pangkin.
            Zharif akur biarpun hatinya tertanya-tanya dengan kata-kata Zafuan.
            Menjelang petang mereka pulang ke rumah membawa pelbagai jenis buah yang dipetik dari kebun. Zharif tersenyum manis apabila berpapasan dengan Puan Dahlia yang sedang membelai bunga orkid. Matanya terlalu seronok melihat bunga-bunga yang hidup subur di sekeliling rumah kayu dua tingkat itu. Pokok bunga orkid dikhususkan khas dalam sebuah bangsal. Dalam banyak-banyak pokok bunga orkid, matanya berkenan pada bunga orkid yang mempunyai lima kelopak warna yang unik. Empat daripadanya berwarna putih manakala satu kelopak berwarna ungu. Maha suci Allah! Cantiknya!. Desis hatinya. Lama matanya tidak beralih daripada bunga orkid tu.
            “Zharif suka bunga orkid?” tegur Puan Dahlia. Hatinya berkenan amat dengan anak muda asal Kedah itu. Akhlaknya sangat baik. Hatinya terasa sejuk menatap wajah lelaki itu. Lawa orangnya. Hatinya memuji.
            “Suka. Tapi tangan Zharif tak rasi dengan bunga. Puas tanam tapi tak menjadi,” balas Zharif sopan. Wajah wanita separuh baya itu ditatap penuh kasih. Terasa ada bayangan arwah ibunya pada wajah wanita  itu.
           
            Puan Dahlia tersenyum. “Pokok bunga ini agak sukar dijaga. Kena selalu jaga. Tak boleh kena panas sangat, tak boleh terlebih air sangat. Tambah pula pokok berbunga sensitif sikit. Apa yang penting selalulah kena jaga, kena siram setiap pagi atau malam sahaja sebab pokok akan mati kalau siram pada waktu matahari tegak diatas kepala,” jelasnya.
             “Susah juga,” getus Zharif. Tangannya membelai bunga orkid berwarna kuning pula.
            “Ya. Pokok perlukan kasih sayang seperti manusia. Kena belai selalu dan selalu bercakap dengan pokok. Disitu akan wujudnya rasi tangan kita dan pokok akan tumbuh dengan baik. Seperti bunga orkid ini, cuaca hujan dan lembab menyebabkan bunga-bunga orkid yang berkembang cepat rosak tapi kalau kita selalu belai, kudup bunga yang baru pasti terus tumbuh,” tambah Puan Dahlia lagi.
            “Begitu?” Zharif benar-benar kagum dengan pengetahuan Puan Dahlia. Sesuai amat dengan namanya. Matanya terpaku pada dua kuntum bunga matahari yang tumbuh dalam satu bekas panjang. “Bunga matahari itu, makcik tanam juga?”
            “Tidak lah. Zawin yang tanam. Banyak juga letak benih tapi yang menjadi hanya dua. Itupun daripada benih dwarf sunflower.” Puan Dahlia menunduk, mengambil air basuhan beras lalu menyiram pada pokok-pokok bunga yang berada di dalam pasu.
            Zharif terus mendekati dua kuntum bunga matahari dalam senyuman menguntum dibibir. Diperhati dalam-dalam. Bunga itu kecil berbanding bunga matahari yang pernah dihadiahkan pada Zawin, lagi pula tingginya lebih kurang dua kaki. Namun apa yang menarik perhatiannya kelopak bunga berwarna kuning itu mempunyai kelopak-kelopak yang berlapis dan agak tebal.
            “Pokok rambutan...semoga terus berbuah.  Keraplah berbuah sehingga cucu dan cicit aku nanti ya.”         
            Zharif menahan senyum mendengar Puan Dahlia berkata-kata dengan pokok rambutan. Matanya dialihkan pada pohon teduh bersebelahan pohon rambutan. Buaian kayu yang dibina pada salah satu dahan pohon teduh menarik perhatiannya. Tempat duduk buaian itu diperbuat daripada kayu yang kukuh, diikat pula dengan tali sauh. Tanpa sedar Zharif mendekati buaian itu. “Berapa lama buaian kayu ini dibina makcik,” soalnya ingin tahu lalu menyentuh tali buaian. Dihayun perlahan.
            “Sejak Zawin berusia lima tahun,” beritahu Puan Dahlia. “Ayah dia yang bina,” lanjutnya lagi. Sejenak mindanya mengimbau kenangan indah semasa keluarga mereka menikmati bahagia dahulu. Buaian itu sering menjadi tempat bermain Zawin dan ayahnya kala petang merangkak tiba. Dia dan suaminya akan bergilir-gilir menghayunkan buaian itu bersama. Saat itu hanya gembira dan ria yang mengisi suasana. “Selepas makcik bercerai dengan pakcik, Zawin tidak pernah menyentuh buaian itu lagi. Memandang sekilas pun dia tidak mahu,” ceritanya lagi membuka kisah silam.
            Zharif hanya mengangguk. Dia faham amat mengapa Zawin menjadi sedemikian. Melihat wajah sayu wanita dihadapannya itu membuatkan dia rasa bersalah. Sudahnya dia menukar topik. “Cantik bunga-bunga makcik. Ada orang datang beli?”
            Puan Dahlia tersenyum lebar. Dia mengangguk. Tangannya lincah mencucuk batang muda pokok bunga ke dalam paket-paket tanah dikawasan tapak semaian. “Pelanggan tetap makcik seperti Jabatan Pertanian dan sekolah-sekolah yang nak tanam bunga di sekolah. Kadang-kadang orang cina yang lalu lalang depan rumah pun ada datang beli. Biasanya golongan cina kaya suka beli bunga kertas yang macam bonsai besar macam ini,”ceritanya lagi sambil mengunjukkan pada bunga kertas bonsai yang berwarna-warni di atas tanah. 
            Zharif benar-benar kagum dengan kemahiran Puan Dahlia. Dia sedar, bangsa Melayu adalah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga bagaikan terlalu sinonim dengan bangsa melayu. Bahunya ditepuk perlahan. Dia berpaling.      Zafuan tersenyum manis dalam baju melayu kuning cair dipasangkan dengan kain pelekat petak-petak.
            “Mari makan petang,” ajak Zafuan.
            Zharif tersenyum segan apabila membandingkan dirinya yang masih kotor dan belengas. “Zharif mandi dulu. Tak selesa pula,” ujarnya.
            “Ok. Silakan.” Zafuan terus mendekati ibunya yang sedang sibuk menyusun paket-paket hitam dibawah pohon rambutan.
            “Jangan sentuh. Kamu dah mandi,” larang Puan Dahlia sebaik anak lelakinya itu ingin menyentuh paket plastik hitam berisi tanah.
            Zafuan tersengih. “Apa yang Zaf boleh tolong?” 
            “Tolong tengok,” balas Puan Dahlia seraya menyeka peluh didahi.
            Zafuan ketawa kecil. “Amboi mak, pandai melawak sekarang ya?”
            Puan Dahlia tersenyum lebar. Wajah Zafuan ditatap sejenak. “Apa pendapat Zaf tentang Zharif?”
            Zafuan tersenyum penuh makna. “Zaf suka dia,” balasnya seraya mendekati buaian kayu lalu melabuhkan punggung disitu.   
            Puan Dahlia tersenyum senang. Bila anak lelakinya berkata begitu, dia tahu gerak hatinya tidak salah kali ini.    
            “Kau dikampung Zawin?” soal Fuad dihujung talian. Ada kejutan pada nada suara itu.
            “Ya. Semalam lepas isyak aku tertidur macam orang mati. Punyalah letih. Tengah hari tadi baru aku bertolak ke sini.” Zharif menghela nafas dalam-dalam. Semalam dia keletihan minda dan juga fizikal. Seharian dia bersengkang mata dan bertegang urat berunding dengan beberapa ahli korporat berbangsa Jepun. Menjelang petang pula, Khalid meminta dia meneliti serta menjadi saksi kepada urusan jual beli sebuah kapal mewah milik jutawan Arab. Kembali ke kondominium miliknya menjelang senja, dia berfikir alangkah indahnya jika yang menyambutnya pulang adalah isteri dan anak-anak yang comel dan petah bercerita. Namun yang menyambutnya sehingga kini adalah kesepian. Apabila Zafuan menelefonnya, mengajak bercuti ke Perak, tanpa berfikir panjang dia terus bersetuju.
            “Bagus juga tu. Dapatlah kau berehat di sana. Seronok?”
            Zharif tersenyum sendiri. “Sangat seronok. Rumah yang ada kasih sayang seorang ibu, bagaikan berada dalam syurga dunia.”
             “Baguslah. Baik kau tawan hati bakal mak mertua kau. Nak tawan anak wajib tawan orang tuanya dulu,” saran Fuad bersulam tawa halus.
            Zharif turut tergelak. “Pandailah kau. Macam mana dengan convention?”
            “Ok. Isu berbangkit tentunya pencemaran laut daripada kebocoran minyak kapal. Nanti aku cerita pada kau bila kau balik.”
            “Ok. Aku nak mandi. Jumpa nanti. Assalamualaikum.” Sejurus mematikan talian, Zharif terus mencapai tuala dan pakaian, menuruni tangga menuju ke bilik mandi. Melintasi Zawin yang sedang duduk dihadapan mesin jahit, kakinya berhenti melangkah. “Zawin pandai menjahit?” soalnya dalam tidak percaya.
            Zawin ketawa halus. “Tak pandai. Jahit tepi macam ini boleh la,” balasnya dalam tangannya cekap menjahit tepi kain polka dot hijau.
            “Jahit tepi pun, dikira menjahit.” Zharif memang memandang tinggi pada mana-mana gadis yang miliki kemahiran menjahit. Merasa ada sesuatu yang mengelilingi kakinya, Zharif terus melompat. “Eee...kucing!.” Dia berusaha mengelak apabila anak kucing berwarna oren itu tidak jemu mencuba untuk menggesel kakinya.
            Zawin membundarkan matanya. “Zharif tak suka kucing?” soalnya dalam tawa yang tertahan melihat wajah Zharif yang terzahir tidak menggemari haiwan itu. Jahitan ditinggalkan seketika lalu mendukung anak kucing berbulu lebat itu.
            “Bukan tak suka. Tapi geli.” Zharif berdehem beberapa kali, cuba mengawal rasa geli-geleman yang menguasai dirinya.
            “So sweet,” getus Zawin bersulam senyum nakalnya.
            Zharif terasa wajahnya membahang. Dia hanya lelaki biasa yang punya banyak kelemahan. “Zharif mandi dulu,” pintanya lalu melangkah pantas menuju ke bilik mandi.
             Zawin tersenyum panjang. Tangannya lincah menyudahkan jahitan tepi kain polka dot itu. Wajah Zharif sebentar tadi benar-benar menggeletek hatinya namun puas ditahan daripada tawanya terhambur. Siapa sangka lelaki hebat itu punya kelemahan-kelemahan yang tidak pernah terlintas dimindanya. Usai menjahit, Zawin melangkah ke dapur, membuka tudung periuk pengukus. Bau pandan semerbak mewangi, menebar ke seluruh rumah. Kuih sampan telah masak. Teh bunga dibancuh dalam teko lalu meletakkan ke dalam dulang bersama sepinggan kuih sampan.
            “Wah! Dah lama mak tak buat kuih sampan,” tegur Zafuan sebaik adiknya meletakkan dulang dihadapannya. Mindanya sudah membayangkan kuih yang dimasak dalam kelongsong daun pisang berbentuk sampan itu akan cair dalam mulut apabila gabungan lapisan kepala santan dan tepung hijau berair gula dimakan sekali. Ada gabungan lemak, masin dan manis bersatu. Kecur liurnya!.
            “Bukan mak yang buat. Zawin yang buat,” nafi Puan Dahlia. Dia membetulkan duduk di atas beranda.
            “Zawin yang buat? Habislah. Sampan ini pasti kurang manis,” usik Zafuan.
            Zawin menjeling sekilas. “Tambahkan manis dalam senyuman...kurangkan manis dalam makanan,” sahutnya selamba.
            Puan Dahlia dan Zafuan ketawa serentak.
            “Ada sahaja nak dijawabnya,” komen Zafuan lalu menyentuh kepala adiknya.
            Zharif yang baru sahaja bersiap selepas mandi terus menuju ke beranda yang luas. Pemandangan pohon-pohon bunga yang tumbuh subur di sekeliling rumah dari beranda amat menenangkan jiwanya. Paling dia suka melihat pohon kekabu yang menerbitkan warna-warna putih dipokok. Apabila angin menderu kencang, kekabu berterbangan dan bertaburan di atas tanah. Sungguh indah!.
            “Mari makan Zharif,” ajak Zafuan sebaik melihat Zharif dalam baju melayu merah, berkain pelekat hitam merah petak-petak berdiri dihadapan pintu.  
            Zharif mengangguk bersulam senyuman manis. Dia mengambil tempat disebelah Zafuan.
            Zafuan membaca doa makan dan diaminkan beramai-ramai.
            “Ini kuih tako?” soal Zharif pada Puan Dahlia. Bentuk sampan yang dibentuk daripada daun pisang itu menarik perhatiannya.
            “Bukan. Ini kuih sampan atau tepung pelita. Kuih tako dibuat mengggunakan tepung jagung, kuih sampan pula guna tepung beras,” jelas Puan Dahlia. Air teh bunga dihirup perlahan.
            Zharif mencedok isi kuih menggunakan sudu. Dia mengangguk. Beza amat dengan kuih tako. Kuih tako tiada air bergula dan ada sengkuang cina. Kuih sampan ini pula tekstur kuih lembut dan berair gula. “Sedap!” getusnya teruja.
            Zafwan mengangguk. “Memang sedap,” sokongnya.
            Zawin tersenyum lebar melihat kuih yang dimasaknya itu dihabiskan satu demi satu.
            “Mak ingat lagi masa Zawin kecil dulu. Bila makan kuih sampan, Zawin selalu kata yang dia nak beli sampan bila dah besar nanti.” Puan Dahlia membuka cerita tiba-tiba.
            Zawin menahan merah wajahnya. “Ala mak ni, itu cerita lama.”
            Zafuan ketawa kecil. “Betul tu mak. Zawin selalu kata nak berlayar ke seluruh dunia guna sampan. Bila lah agaknya Zawin nak beli sampan sendiri ya?” sokongnya.
            Zharif ketawa kecil melihat wajah Zawin yang semakin merah.
            “Zawin beli betul, baru tahu...” Zawin menceceh seraya menjeling abangnya.
            Zafuan tergelak besar melihat telatah adiknya.
            Zharif menahan nafas apabila merasa ada sesuatu berbulu menggesel belakang tubuhnya. Sejurus mendengar bunyi mengiau, mendadak Zharif terbangun. Kenapalah kucing ini malukan aku depan semua orang? Rungutnya didalam hati.
            Puan Dahlia dan Zawin hanya mampu tersenyum.
            “Mak nak pergi mandi,” pinta Puan Dahlia lalu beredar ke dalam rumah.
            “Kucing ini makhluk yang tiada najis. Kenapa menghindari kucing?” soal Zafwan lalu membelai kepala kucing oren baka scottish fold itu.
            “Err...geli. Itu sahaja.” Zharif kembali duduk bersila apabila Zawin memangku kucing itu.
            Zafuan tersenyum penuh makna. “Malam ini Zaf ada latihan di gelanggang silat. Nak ikut?”
            “Silat gayong?” soal Zharif apabila teringat tentang cerita Iskandar sewaktu mereka berlatih boxing dahulu.
            Zafuan mengangguk. “Zharif mesti ada seni pertahankan diri bukan?”        
            “Tomoi,” balas Zharif.
            “Lagi?” Zafwan mengangkat keningnya.
            “Kenapa? Ada keraguan?” Zharif pula mengangkat sebelah keningnya.
            Zafuan mengangguk. “Ceritalah.”
            Zharif menatap dalam-dalam wajah tenang lelaki itu. Hatinya mula tertanya-tanya. Pandangan lelaki ini padanya seperti pandangan guru silatnya dahulu. Pandangan basyirah yang mampu menembus hijab diri seseorang. Apakah lelaki ini juga...
            “Kalau tak nak cerita, tak apa,” pintas Zafuan tiba-tiba.
            “Zharif ada berlatih silat tekpi,” beritahu Zharif pantas. Dia yakin sudah mendapat jawapan pada persoalan hatinya. Padanlah berada disisi lelaki itu dia merasakan tenaga positif yang sangat kuat. Sama seperti guru silatnya dahulu.
            Zafuan tersenyum lebar. “Selepas isyak nanti kita pergi,” putusnya.
            Zharif mengangguk. Teh bunga dihirup sehingga kering.
            “Dah nak maghrib. Mari ke surau,” ajak Zafuan lalu bangun.
            Zharif turut bangun, menuruni tangga kayu, menyarung sandal dan mengikut langkah Zafuan.
            Zawin mendukung kucing oren itu sambil ekor matanya menghantar langkah kedua lelaki itu ke surau. Matanya membundar luas sebaik melihat sebuah mercedez hitam meluncur masuk ke halaman rumah.
            Zharif terpaku melihat kelibat yang keluar dari perut kereta mewah itu. “Dato’ Zawawi?”
            Dato’ Zawawi membuka cermin mata hitam. “Zharif?” soalnya dalam tidak percaya.
            Zafuan terus menyalami ayahnya. Matanya sempat menangkap kelibat adiknya yang terburu-buru masuk ke dalam rumah.
*******         
             
        “Kenapa pandang Zawin macam tu?” Zawin menjeling Zharif yang sedang memandu disebelahnya.
            “Mana ada,” nafi Zharif dalam senyuman tertahan.
            Zawin menjeling tajam. “Nak kena cungkil mata tu?”
            “Cubalah cungkil,” cabar Zharif.
            Zawin mendengus geram. Dia malas melayan lelaki itu lantas melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta. Dia benar-benar lega apabila Zharif bersetuju untuk bertolak pulang ke Shah Alam usai solat subuh. Hatinya sentiasa panas bila berada berdekatan dengan ayahnya. Melihat wajah lelaki itu sahaja, mengingatkannya kembali pada memori silam yang benar-benar memedihkan.  
            Zharif tersengih. Matanya kembali ditumpukan kehadapan. Mujur jalan tidak sesak sepanjang perjalanan pulang ke Shah Alam. Sesekali dia menjeling wajah muram Zawin. “Zawin sangat beruntung,” ujarnya tiba-tiba lantas memecahkan keheningan antara mereka.
            “Kenapa?” Zawin memangku dagu. Tumpuannya masih pada pemandangan di sepanjang perjalanan. Tanpa sedar, kereta Honda City itu mula memasuki bandaraya kuala Lumpur.
            “Zawin ada keluarga yang lengkap,” balas Zharif tenang.
            Zawin menghela nafas berat. “Ibu bapa yang bercerai pun dikira lengkap juga?”
            Zharif mengangguk. “Sekurang-kurangnya wajah mereka Zawin boleh tatap, tangan mereka Zawin dapat cium. Setidaknya doa seorang ibu itu masih ada. Itupun Zharif tidak ada. Terus terang...Zharif cemburu,” luahnya bersungguh.
            Zawin terkedu. Lama dia menatap wajah Zharif dari sisi tepi. Kata-kata itu membuatkan dia muhasabah diri. Benar sekali. Jika dibandingkan dengan diri Zharif, dia jauh lebih beruntung. Dia punya ibu yang sentiasa menyayangi. Dia punya abang yang sentiasa melindungi. Apabila wajah ayahnya  muncul dalam laut fikirnya, luka lama dalam hatinya terasa berdarah kembali. “Tapi...menjadi anak yang menyaksikan keruntuhan keluarganya sendiri, itu jauh lebih perit. Lebih menyakitkan menyaksikan orang tua yang tidak pernah berubah!” luahnya penuh emosi. Terasa kemarahan yang tersimpan, menyerbu keluar daripada ruang hati yang terluka. Matanya mula berkaca-kaca.
            “Buruk macam mana pun, Dato’ Zawawi tetap ayah Zawin.” Zharif bersuara lambat-lambat.
             “Tak. Dia bukan ayah Zawin!” Zawin menyeka air matanya yang gugur tiba-tiba. Ternyata, membenci ayah sendiri tidak pernah memberikannya ketenangan namun luka bertahun-tahun yang disimpannya sendiri itu membuatkan hatinya membeku.  
            Zharif menelan liurnya beberapa kali. Tidak menyangka gadis itu menjadi emosi begitu. Sudahnya dia terus mengunci kata-kata. Pada pandangannya, Dato’ Zawawi seorang ayah yang baik. Lelaki itu terus balik ke Perak sebaik mengetahui keadaan kesihatan Zawin. Biarpun begitu, dia juga tidak menyalahkan Zawin. Hanya insan yang pernah melalui sesuatu dugaan itu sahaja yang mengerti. Mungkin Zafuan dan Puan Dahlia telah lama redha dengan segala yang berlaku kerana itu mereka boleh tersenyum  dan melayan Dato’ Zawawi dengan baik. Mengingati wajah Puan Dahlia, Zharif tersenyum sendiri. “Baru nak menumpang kasih ibu, Zawin dah ajak balik awal.” Zharif memuncungkan bibirnya, membuat mimik merajuk.
            Zawin tersenyum lebar. Rasa marah sebentar tadi terus hilang melihat wajah lucu itu. “Nanti ada masa lain, ikutlah Zawin balik,” ujarnya tenang.
            Mata Zharif bersinar penuh teruja. “Betul?”
            Zawin mengangguk bersungguh. Dia sedar ibunya menyenangi lelaki itu. Begitu juga abangnya yang sering tersenyum merenung Zharif. Paling dia tidak menyangka, guru silatnya Cikgu Kamil begitu mesra dengan Zharif semasa latihan digelanggang silat. Berbeza amat dengan renungan tajam Cikgu Kamil terhadap Daniel Iskandar beberapa bulan lalu.
            “Zharif dah lama sangat rindukan masakan ibu. Makan malam semalam betul-betul mengubat rindu Zharif pada arwah ibu,” beritahu Zharif dalam mata berkaca.  
            Zawin menghela nafas pendek. Wajah Zharif ditatap sejenak. Dia juga hairan melihat Zharif yang begitu berselera menikmati kari ikan sembilang hasil air tangan ibunya. “Zharif kata dulu tak berapa gemar ikan air tawar.”
            Zharif tersengih. Dia memperlahankan kelajuan kereta sebaik melihat lampu isyarat sudah bertukar kuning. “Memang. Itu yang pelik. Biasanya Zharif cepat muak bila makan ikan air tawar. Tapi kari ikan sembilang mak Zawin memang sedap sampai Zharif ada masalah nak berhenti makan.”
            Zawin tergelak kecil. “Itu masakan istimewa kawasan utara Perak terutama di Kuala Kurau. Sehingga kini, Zawin masih tak jumpa kari ikan sembilang yang lebih sedap daripada masakan mak. Walaupun merantau ke ceruk dunia mana sekalipun, kita akan sentiasa merindui masakan ibu.”
            “Sangat setuju,” sokong Zharif. “Air tangan ibu tiada tandingan. Ada roh, ada belaian kasih sayang. Ada aura yang sangat positif yang mengukuhkan tautan kasih sayang ibu dengan anak-anak. Zharif tengok semalam, cara mak Zawin masak sama dengan arwah mak Zharif. Potong bawang, basuh ikan sampaikan menghidang tak lekang mulut daripada bacaan selawat dan zikir. Air tangan ibu takkan dapat ditandingi mana-mana chef terkenal dunia!” hujahnya penuh semangat.
            Zawin tersenyum melihat Zharif yang begitu bersemangat. Alunan zikir Asma Ul Husna menemani perjalanan mereka. Hatinya merasa tenang dan damai. Dia melemparkan pandangan ke luar cermin tingkap. Sejurus melihat kereta berwarna biru firus yang berada disebelah kereta Honda City itu, mata Zawin bersinar penuh teruja. “Akhirnya...jumpa juga.”
            “Jumpa apa?” soal Zharif. Pandangannya masih ditumpukan pada lampu isyarat dihadapan. Kereta itu meluncur semula di atas jalan raya selepas lampu isyarat bertukar hijau.
            “Itu Toyota Paso!” Zawin bersuara penuh teruja.
            Zharif mengeling sekilas kereta yang dimaksudkan Zawin. “Ya. Kenapa Zawin?”
            “Dah lama Zawin dengar tentang kereta Myvi adalah rebadge daripada Toyota Paso dan Daihatsu Boon. Akhirnya jumpa juga. Memang sebiji Myvi.”
            “Ya. Myvi bererti My six memandangkan keluaran produk keenam dalam usahasama Perodua dengan Daihatsu dan Toyota. Apa yang menarik tentang Myvi adalah usahasama kerjasama yang sempurna antara Malaysia dan Jepun. Perodua Myvi dilancarkan pada tahun 2005 dan dalam tempoh hanya dua tahun, telah menjadi Malaysia Car of the Year. Melalui kaji-selidik yang dijalankan oleh J.D. Power Asia Pacific 2009, untuk tiga tahun berturut-turut, Myvi dinobatkan sebagai Kereta Compact paling berkualiti di Malaysia.
            Zawin terangguk-angguk mendengar cerita Zharif. Dia tidak hairan dengan pengetahuan Zharif memandangkan Fuad pernah memberitahunya lelaki ini penggemar kereta yang tegar. “Zharif macam tahu banyak tentang kereta. Berapa banyak dah koleksi kereta Zharif?”
            Zharif menahan senyum. “Zharif ada muka cop kereta ke?”
            “Oh, malangnya memang ada.” Zawin memangku dagu, menatap sisi wajah lelaki itu.
             Zharif ketawa kecil. Dia terdiam sejenak sebelum membalas. “Zharif tak ingat berapa banyak kereta yang dah pernah guna. Boleh kata Zharif penah guna hampir semua model daripada jenama kereta tempatan dan luar negara. Erm...berdasarkan pengalaman Zharif, lebih bagus kualiti kereta nasional kita,” ujarnya bersungguh.
            “Kenapa?” Zawin benar-benar ingin tahu.
            Zharif mencemberutkan mulutnya. “Tiga tahun lepas, sebelum Zharif ke England, Zharif guna Ferrari,” beritahunya. 
            “Ferrari? Memang Zharif ni citarasa tinggi betul,” komen Zawin.
            Zharif menahan senyum. “Bukan begitu tapi...ermm malas nak komen. Zawin tahu kan semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin tinggi kualiti.”
            “Ya. Ok. Berbalik pada Ferrari tadi. Ceritalah,” saran Zawin.
            “Dulu memang Zharif suka bawa Ferrari datang ke pejabat.  Ramai pekerja boleh tahu bila Zharif datang sebab bunyi enjin Ferrari jenis menderum. Zharif baru guna enam bulan kalau tak silap dan sekali ada banjir kilat berlaku. Tersangkut ditengah jalan. Tenggelam dalam banjir.
Walhal air baru paras tayar Toyota Camry disebelah Zharif. Masa tu saing dengan Fuad yang bawa Camry. Zharif memang bengang la sebab tak jangka langsung berlaku macam tu.”
            “Kenapa? Apa yang berlaku?” sampuk Zawin tidak sabar.
            “Ferrari tak boleh gerak langsung. Enjin mati. Rupanye enjin dah kaput. Air dah masuk sampai throttle.
            “Erm... macam sensitif saja kereta import ni.”
            “Bukan sensitif tapi tak sesuai dengan environment kita. Ferrari direka bentuk mengikut kesesuaian jalan raya dan musim di negara Eropah. Pengguna Ferrari tak boleh nak lenjan di Malaysia sebab design Ferrari tak sesuai dijalan Malaysia. Zharif takkan lupa sampai hari ini bila masa itu, ada sorang hamba Allah lalu sebelah. Dia cakap...untunglah aku pakai motor buruk, boleh lalu air. Kalau rosak pun, tak sakit hati. Bawa kereta mahal-mahal pun tenggelam dalam banjir juga,” cerita Zharif lagi.
            Zawin membundarkan mata. “Sentap tu!”
            Zharif tergelak kecil. “Memang sentap. Insaf terus. Ada hikmah jua. Selepas peristiwa tu, Zharif tak guna kereta import dah. Jadi, tiap enam bulan sekali tukar-tukar kereta. Ada juga tak sampai tiga bulan. Jadi ikut pengalaman, memang kereta tempatan lebih baik.”
            “Macam tu...” Kepala Zawin terangguk-angguk. “Perodua ke Proton yang lebih baik?”
            “Jika membandingkan kualiti dan kepuasan antara Perodua dan Proton, erm...pendapat peribadi Zharif, Proton yang menang. Walaupun ikut penjualan kereta Myvi lebih laris jualannya berbanding proton, namun gearbox Myvi selalu sangkut, susah nak masuk gear. Bawa pergi servis pun sama juga. Harga mahal sepuluh ribu daripada Proton tapi Proton lagi sedap bawa. Superb handling, cornering memang A+. Kalau Myvi laju sikit sahaja dah goyang, terbang. Kalau Proton steady saja sebab berat Kerb adalah mencukupi terhadap jumlah rintangan, jadi lebih baik dan lebih luas pusat graviti maka jadi lebih stabil.”
            “Kalau Proton lebih baik, kenapa pengguna memilih Myvi?” soal Zawin.
            Zharif tersenyum lebar. “Seperti yang Zawin tahu, Myvi adalah rebadged Toyota Passo. Pengguna nak beli kereta yang diimport dari Jepun. Design Myvi agak stylo as compared to sedan car. Myvi memang untuk wanita dan gadis asia, jadi memang ramai beli. Lagi pula, kereta Myvi adalah kategori kereta compact dan senang parking. Girls suka kereta kecil, sebab itu dulu kancil laris. Girls la otainye. Lepas ambil lesen takut bawa kereta panjang sebab tak pandai parking, jadi pilihan terbaik, beli kancil. Bila Myvi keluar, ramai beralih arah pada Myvi sebab yang penting kereta compact yang sama. Proton pun ada keluarkan compact car. Sekarang ramai juga girls yang beli Saga Flx dan Persona. Catchy design and safe for ride.”
            “Tapi banyak rungutan pengguna tentang kualiti kereta tempatan. Kalau perasan kereta Malaysia bila kemalangan sah-sah kemik teruk,” sampuk Zawin.
            Zharif mengangguk. “Yes. We too need some times to prosper. We are doing great and we should keep up the good job. Toyota itself took more than 60 years to build the brand. Kia took more than 40 years to penetrate external markets with Sangyong and Hyundai. So do Proton. People never know that the Mitsubishi they’ve been praising for was the culprit behind Proton's misery and suffer. Yet Proton still crawl its way up slowly through all the hurdles and stones. So, lets support our true national car!”
            Zawin merenung wajah Zharif lagi. “Kalau Zharif kata begitu, kenapa guna Honda City?. Mana kereta buatan tempatan?”
            Zharif tersengih. “Jangan tak tau, Zharif guna Proton Saga BLM di England sebelum balik sini. Kajian kualiti untuk kereta segmen pertengahan tahun lepas,  Honda City berada di tempat teratas, diikuti oleh Toyota Vios dan Proton Saga BLM ketiga. Zharif guna Honda City sebab ramai kata bagus. Jadi, jangan kata Zharif hanya pandai cakap sahaja. Lagi pula, kereta yang paling Zharif sayang adalah Proton Perdana V6. Zharif tak pernah jual kereta itu dan masih ada di Langkawi, rumah nenek.”
            “Kenapa tak bawa sahaja Perdana ke Shah Alam?” Zawin berpeluk tubuh, menahan sejuk penghawa dingin kereta.
            “Sejuk ke? Ambil jaket Zharif di belakang,” saran Zharif apabila melihat gadis itu menggigil kesejukan.        
             “Tak apa,” larang Zawin.  
            Zharif tidak menghiraukan keengganan gadis itu, lantas tangan kirinya meraba-raba ruang tempat duduk belakang.
            “Zharif, bahaya!” tegur Zawin dalam cemas.
            “Zawin tak nak dengar cakap,” sahut Zharif selamba.
            “Ya la. Zawin ambil. Drive elok-elok.” Zawin mengalah juga akhirnya lantas mencari jaket jeans di tempat duduk belakang. Seingatnya itu jaket jeans yang sama disarungkan Zharif pada tubuhnya pada saat dia pulang ke rumah sewa dalam basah kuyup dahulu.  
            Zharif tersengih menang melihat muncung gadis itu dan jelingan manja Zawin sebaik mengenakan jaket jeans itu pada tubuh.
            “Jadi jawablah soalan tadi. Kenapa tak bawa Perdana ke Shah Alam?” Zawin membuka plastik keropok ikan, mencapai keropok ikan langsung memasukkan kedalam mulut.
            “Nak juga,” pinta Zharif.
            Zawin menghulurkan plastik keropok itu kepada Zharif. “Nah.”
            “Zharif kan memandu. Suapkanlah.” Zharif membuat mimik wajah manja.
            Zawin mengetap bibirnya. Mengada-ngada!. Rungutnya didalam hati. Biarpun begitu, dia hanya akur menyuapkan keropok ikan ke dalam mulut Zharif.
            “Memang sedap kalau orang tersayang yang suap,” usik Zharif.
            Zawin menjeling tajam. “Tersayang la sangat.” Keropok ikan itu disuapkan lagi ke dalam mulut Zharif. Dia tersenyum mengejek menatap wajah Zharif.
            Zharif membulatkan mata. Mulutnya penuh dengan keropok ikan apabila Zawin menyumbat dua ketul keropok sekaligus. “Air....air.” Zharif menekan butang signal, memberhentikan kereta dibahu jalan. Tangan kanannya menepuk-nepuk dadanya dalam mata terpejam.
            Mendadak Zawin diserbu panik. Laju tangannya menghulurkan sebotol air mineral pada Zharif. “Cepat minum,” sarannya lantas membuka penutup botol.
            Zharif menahan senyum melihat wajah cemas gadis itu. “Sayang juga ya pada Zharif,” usiknya usai meneguk air mineral.
            Zawin terpana. Dia kena tipu? “Zharif!” Tajam matanya mencerlung, merenung wajah nakal lelaki disebelahnya.
            “Zawin...jangan renung begitu. Kelak Zawin akan jatuh cinta dengan Zharif,” usik Zharif lagi.
            Zawin mendengus geram. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Tidak ada apa yang menarik diseberang jalan. Hanya projek-projek pembangunan yang masih tidak selesai dijamu matanya. Keropok ikan dimasukkan kedalam mulut, mengunyah pantas dalam rasa geram tidak bertepi.
            Zharif tersenyum melihat wajah merah gadis itu menahan marah. Air mineral diteguk lagi. “Zharif tak bawa Perdana ke Shah Alam...sebab kereta itu banyak kenangan dengan kedua orang tua Zharif,” beritahunya tenang. Matanya sayu merenung jalan dihadapan. Kenangan bersama kedua ibu bapanya terimbau kembali.
            Zawin pantas berpaling merenung wajah sayu lelaki itu. Rasa marah dan tidak puas hati yang menggunung sebentar tadi terus sirna. “Kenapa?”
            Zharif menelan liur beberapa kali. Dia tersenyum menutup rasa sebak didada. “Arwah ayah sangat sayangkan Perdana V6. Dia tak pernah beli kereta lain selepas guna Perdana sebab mak yang pilih kereta itu. Setiap kali Zharif tengok Proton Perdana memang akan terbayang wajah arwah mak dan ayah. Sebab itu, Zharif memang takkan bawa Perdana ke Shah Alam,” jelasnya dalam suara bergetar.
            Zawin mengetap bibirnya. Keadaan sudah terbalik. Lelaki ini pula yang dihimpit dengan emosi. Zawin memandang keropok ditangan. Sudahnya dia mengambil sekeping keropok ikan lalu menghulurkan ke mulut Zharif.
            Zharif terkebil-kebil seketika sebelum tersengih lebar. “Nak pujuk ke ni?” usiknya.
            Zawin sudah tergelak. “Makan sajalah,” gesanya. 
            Zharif ketawa anak sebelum akur disuap gadis itu. Matanya tidak jemu menatap seraut wajah dihadapannya itu. “Kalau la Zawin suap hari-hari, terasa dunia ini ana yang punya,” ujarnya selamba.
            Zawin menahan senyum. Dia malas melayan karenah Zharif lantas menukar topik. “Zharif beli apa tadi di 7 Eleven?”
            “Oh itu. Japanese Crispy Seaweed.” Zharif mengambil bungkusan plastik ditempat duduk belakang dan membuka beg berwarna putih hijau itu. “Ini snack kegemaran Zharif. Cuba lah. Can’t stop eating it once you’ve opened the bag!” Zharif menghulurkan sekeping rumpai laut itu kepada Zawin.
            Zawin mengunyah rumpai laut rangup itu perlahan.
            “Sedap tak?” soal Zharif.
            “Sedap juga,” sahut Zawin sambil meneliti bungkusan pek ditangan Zharif. Berwarna putih dan ada imej rumpai laut berwarna hijau berrsama kartun comel lelaki cina didepan bungkusan. Matanya meneliti tulisan pada plastik rumpai laut itu. “Tao Kae Noi?. Bahasa apa ni?”  
            “Bahasa Thai. Ertinya usahawan muda,” jelas Zharif sambil mengunyah rumpai laut.
            Zawin meneliti tulisan dibelakang pek yang dipegang Zharif. “Oh made in Thailand. But wait, then why is it called Japanese Seaweed? Shouldn’t it be called Thai Seaweed?”
            Zharif tergelak besar. “Ini orang la. Banyak tanya betul. Makan sahajalah.”
            Zawin mencebirkan bibirnya. “I guess Thailand seaweed is not that popular around the world,” ujarnya menjawab sendiri persoalan mindanya.
            Zharif tergeleng-geleng dalam tawa. “Zawin beli apa selain keropok ikan?” soalnya pula.
            “Ini.” Zawin mengeluarkan bungkusan snek dari dalam tas tangan. “Roasted Sunflower seed with honey.”
            “Oh lupa. Sunflower lady right?” Zharif mengangkat keningnya.
            Zawin tergelak kecil. “Mungkin sahaja, bunga matahari paling tepat menggambarkan siapa Z         awin. Tidak secantik bunga Ros, jauh daripada ciri eksotik pada bunga Orkid dan tentu saja tidak seharum bunga Magnolia. Cukup biasa. Itulah Zawin.”
            Zharif merenung wajah ayu itu dalam senyum lebar. “Sebab itu Zharif suka Zawin dan juga bunga matahari.”
            Zawin memincingkan pandangannya. “Bila masa pula Zharif suka bunga matahari?”
            Zharif tersenyum penuh makna. “Bunga matahari tumbuhan yang sangat positif, menyinari suasana dengan keindahan, membuat semua orang bahagia di sekitar mereka dan membantu dunia dalam setiap cara sendiri. Apabila bunga matahari telah tua, hanya meninggalkan benih dan menguburkan dirinya dalam tanah. Namun yang menakjubkan adalah setelah jatuh ditanah, akan keluar sebagai tanaman baru dalam beberapa hari lantas menunjukkan pada serata alam sikap positif dalam menjalani kehidupan dan untuk membantu dunia lagi. Kita tidak boleh menafikan keindahan bunga matahari, terapi menenangkan mata manusia dengan memberikan kita begitu banyak manfaat sehinggakan bunga matahari dijadikan bunga negeri Kentucky dan juga bunga bandar Kitakyushu di Jepun.”
            Zawin tersenyum lebar. Dia memasukkan biji bunga matahari bersalut madu itu kedalam mulut. “Bunga matahari sering dikatakan rapuh oleh ramai orang tetapi ramai yang tidak menyedari, bunga matahari boleh tumbuh di tempat berbatu yang mana bunga lain tidak pernah boleh berkembang. Bunga matahari dapat hidup tanpa air selama berhari-hari. Semua yang diperlukan untuk bertahan hidup adalah matahari.”
            Zharif bertukar pakej bungkusan snek dengan Zawin. Dia turut tersenyum semasa mengunyah biji bunga matahari. Terasa manis madu pada biji bunga matahari yang dipanggang.
            Zawin menyandarkan belakang kepala pada kerusi kereta. Dia mengunyah rumpai laut sambil merenung jalan dihadapannya. Lama mereka terdiam sebelum Zawin bersuara. “Semasa di Edinburg dulu...Zawin selalu pulang ke rumah seorang kawan, namanya Taylor. Rumah itu sangat cantik dan ada taman bunga yang agak luas. Zawin ada tanam bunga matahari dikebun tapi malangnya tumbuh hanya sekuntum. Semasa ribut salji, semua tanaman terkambus dalam salji termasuk bunga matahari. Zawin ingat lagi masa itu bulan November. Molly, kucing kesayangan keluarga Taylor ditemui mati. Mayat Molly kami tanam dalam taman. Menjelang musim panas, semua terkejut melihat bunga matahari mulai tumbuh tepat di atas kubur Molly. Apa yang menghairankan, bunga matahari itu tidak tumbuh hanya satu tapi banyak pada satu pohon. Maha suci Allah. Bunga Matahari memang ajaib. Biarpun mati dan pudar di bawah timbunan salji, sebenarnya bunga matahari masih hidup dan tumbuh lagi.”
            Zharif terangguk-angguk. Matanya merenung sisi wajah gadis itu. “Zawin juga begitu. Zawin akan mampu mencintai kembali. Zawin mampu membuka hati yang terkunci. Percayalah...”
            Zawin terdiam. Dia tidak mahu melayan soal hati kala ini. Sudahnya dia mengunyah rumpai laut. Satu demi satu rumpai laut dalam pek bungkusan itu masuk kemulutnya.
            Zharif memahami tanda kebisuan itu. Dia tidak mahu memaksa namun dia yakin hati gadis itu akan terbuka kembali bila sampai waktunya kelak. Dia juga mendiamkan diri sambil menikmati snek biji bunga matahari. Keadaan yang sunyi menerbitkan rasa bosan dihatinya lalu memasang IPod melalui sistem audio. Lagu it’s my life bergema. Zharif turut menyanyikan lagu kumpulan kegemarannya itu.
            Zawin mengerutkan keningnya. “Bingitlah lagu ni,” komennya selamba. Dia memang tidak suka lagu genre sebegitu.
            “Ala...lagu ini ok apa,” balas Zharif.
            “Tukarlah lagu lain,” saran Zawin. Tangannya mencari-cari rumpai laut yang berbaki dalam bungkusan. Mata Zawin membulat setelah melihat bungkusan itu telah kosong. Tanpa sedar dia telah menghabiskan snek kegemaran Zharif itu.
            “Ya la. Zharif tukar.” Zharif menekan butang sistem audio. Lagu lain pula dimainkan alat pemain MP3 itu. Keningnya berkerut melihat wajah Zawin yang kelihatan serba salah. “Kenapa?”
            Zawin mengunjukkan isi bungkusan ditangan dalam rasa bersalah. “Dah habis...”
            Zharif tergelak besar. “I’ve told to you right? Can’t stop eating it once you’ve opened the bag.
            Zawin terkebil-kebil sendiri.
            “Makan saja lah. Zharif beli banyak.” Zharif mengambil dua bungkusan snek ditempat duduk belakang lalu menghulurkan sebungkus snek rumpai laut kepada Zawin.   
            Zawin tersenyum segan seraya menggigit bibir bawahnya. “Lagu apa ni?” soalnya apabila lagu inggeris irama balada pula kedengaran.
            “Thank you for loving me.”
            “Siapa nyanyi?”
            “Bon Jovi.”
            “Tadi kan lagu Bon Jovi juga?”
            Zharif mengangguk. “Zharif memang peminat Bon Jovi sejak kecil. Dengar sahaja ada konsert Bon Jovi, memang Zharif akan pergi,” ceritanya.
            Zawin mengangguk. Dia cuba melayan lagu retro itu namun lagu itu juga tidak kena dengan citarasanya. “Tak suka,” ujarnya lagi.
            Zharif memuncungkan bibirnya. “Habis tu lagu apa yang Zawin suka?”
            “Backstreet Boys, Nsync, Linkin Park...”
            “Bosan la muzik macam tu,” komen Zharif pula.
            Zawin tersenyum lebar. “Filem hindi layan tak?”
            Zharif menggeleng. “Kurang.”
            Zawin mengangguk-anguk berapa kali. “Ok. Noted.”
            “Kenapa?” Zharif merenung wajah Zawin dalam hairan.
            “Tak ada apa.” Zawin membuka bungkusan snek, mengambil rumpai laut lalu memasukkan kedalam mulut.
            “Apa yang ada dalam fikiran Zawin tu?. Cuba cakap dengan Zharif.”
            Zawin berfikir sejenak sebelum menatap wajah Zharif. “Tadi Zharif ada cakap Mitsubishi membuatkan Proton suffer. Kenapa?”
            Zharif mengangguk. “Memang. Mitsubishi dan Proton bekerjasama dalam keluarkan kereta nasional. Dari Proton Saga sehinggalah Proton Perdana. Proton Perdana adalah model terakhir Mitshubishi Eterna yang Proton dan Mitsubishi bekerjasama. Selepas itu Mitsubishi ambil semua maklumat dan tak nak renew partnership dengan Proton.”
            “Kenapa berlaku begitu?"
            “Zharif boleh cakap benda ini atas pengalaman sendiri dan juga cerita jurutera-jurutera Proton. Zharif pernah bekerja dengan orang Jepun dan Korea dan mereka inilah yang paling kedekut ilmu tetapi bab cari ilmu mereka yang paling rajin. Zawin jangan terkejut, idea Proton pun banyak Jepun curi. Proton nak minta salinan lukisan teknikal zaman dulu pun, mereka caj beribu. Bila berlaku begitu, kita pandang teknologi barat pula. Untuk pengetahuan Zawin, Kereta barat lebih kepada teknologi, manakala kereta Jepun lebih kepada design. Sebab itu Proton beli Lotus, sebuah syarikat engineering dari UK yang dah nak bankrap. Kita mula tidak hirau dengan Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik, laju sahaja ada pihak yang hantar balik maklumat pada Mitsubishi. Sebab itu Proton mula bersikap berahsia sehingga Mitsubihi fed-up dan minta keluar. ”
            “Maknanya orang Malaysia pun hebat juga dalam design?” soal Zawin tidak percaya.
            Zharif mengangguk bersungguh. “Proton Wira adalah co-design antara engineer Mitsubishi dan engineer Proton. Disini berpuluh-puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta Wira. Semasa Wira keluar dulu, disenaraikan antara design kereta paling cantik dunia. BMW pula selama sepuluh tahun dapat anugerah kereta paling buruk dalam dunia. Itu pun baru BMW ambil tindakan  keluarkan design BMW 3 series mata belalang tahun 2005. Berbalik pada hal tadi, orang kita bukan sahaja bagus dari segi design tetapi selepas Proton beli Lotus engineering, engineer kita berjaya buat enjin sendiri. Camp pro ejin yang keluar bersama Proton Gen2 memang terbukti buatan tempatan memang setanding buatan luar. Semasa banjir kilat dulu, banyak kereta Jepun yang overhaul selepas masuk air tapi kereta Proton masih steady lagi. Kalau Zawin kaji tentang perkembangan industri automatif di Malaysia, Zawin akan sedar hanya Proton kereta nasional kita, buatan anak tempatan. Mengapa? Zawin akan jumpa nanti.”
            Zawin benar-benar kagum mendengar cerita Zharif. Terasa baru terjaga dari lena dengan kehebatan anak bangsa sendiri. “Apa yang Zharif akan kata pada golongan-golongan yang masih merasa kereta luar lebih baik daripada kereta tempatan?”
            Zharif tersengih. “Ramai yang tidak sedar, dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysialah yang paling kurang melindungi industri automotif. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri.  Cuba lihat dalam drama Korea, susah nak nampak kereta import bukan? Zharif pergi Korea dua tahun lalu, nak cari kereta yang bukan dari Korea sangat susah sebabnya memang mereka patriotik. Selain itu Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta import sebab kata mereka tentu banyak duit. Di Jepun, kerajaan mereka menetapkan polisi setiap lima tahun, rakyat Jepun wajib tukar kereta. Kalau yang mampu tak kisah la, ini ada yang tak mampu. Sebab itu setiap tahun ada sahaja kes-kes bunuh diri di Jepun berpunca daripada tekanan ekonomi begini. Rakyat Malaysia sahaja yang beruntung tetapi tak pernah sedar akan keberuntungan itu.”
            Zawin mengangguk lagi. Zharif benar-benar telah membuka matanya besar-besar mengenai industri automotif tempatan yang tidak pernah diambil kisah sebelum ini. “Terima kasih Zharif. Banyak sungguh yang Zawin tak tahu.”
            Zharif tersenyum manis. Dia meneguk air mineral perlahan. “Asyik Zharif sahaja yang bercakap tentang kereta. Zawin tak nak cerita pengalaman Zawin pula.”
            Zawin menahan senyum. “Mulut Zharif kalau dah bercakap memang macam bertih jagung,” komennya selamba.
            “Eleh, dia tu apa kurangnya.” Zharif memulangkan paku buah keras semula.
            Zawin menjeling sekilas. Dia turut meneguk air mineral. “Sampai sekarang Zawin masih tak boleh lupa kejadian banjir kilat yang berlaku di Bangsar interchange ke Mahameru. Mujur Zawin sempat berhenti sebab nampak lapang sahaja di depan. Hati rasa macam ada yang tak kena, jadi berhenti awal. Masa itu juga ada sebuah BMW Z3 M series berdesup potong kereta Zawin di highway. Sekali sampai depan dah tak boleh nak buat apa dah. Terus masuk air. BMW yang laju nak meredah banjir potong orang keliling itu akhirnya sangkut juga dalam air, hanyut
dalam banjir kilat dengan pemandu didalam kereta sekali.”
            Zharif membundarkan matanya. “Ya rabbi. Selepas itu apa jadi?”
            “Pakcik-pakcik motor yang selamatkan hamba Allah dalam kereta itu. Air melintas, terbabas la juga sampai bawah flyover nak ke Mahameru. Jadi, pakcik-pakcik motor ni dalam baju hujan, mereka redah air yang sampai paras dada, pergi pecahkan cermin dengan helmet tapi cermin kereta tu tinted baik punya. Susah nak pecahkan. Akhir sekali ada sorang pakcik pecahkan cermin kereta guna Stearing Lock, baru boleh. Betapa ujian Allah tak mengenal harta dan darjat,” cerita Zawin bersungguh.
            Zharif menghela nafas panjang. “Ya. Memang benar. Pengalaman terkandas dalam banjir kilat dengan Ferrari dulu sudah cukup menginsafkan. Enjin kereta dah overhaul, lebih baik jual. Kalau guna pun mesti kaput. Sesungguhnya kita semua sama sahaja. Tidak ada yang kita punya melainkan milik Allah belaka.”
             Zawin mengangguk, bersetuju dengan kata-kata itu. “Kenapa Zharif masih guna Honda City? Dah lebih enam bulan bukan?” soalnya sengaja membangkitkan persoalan yang pernah diujarkan Fuad kepadanya.
            Zharif tersenyum menyeringai. “Zharif dah kata. Nak tahu semua tentang Zharif, be my real baby.”
            Zawin mendengus geram. “Bosan la Zharif ni!”
            Zharif sudah ketawa besar.
            

8 awesome commentator:

  1. betul akak tentang khasiat air kelapa penawar racun tu, ingat saat di kampung saat sya kecika lg, , keluarga jiran sebelah rumah keracunan makanan,wkt it makan tumis jamur so(so adalah daun melinjo,jadi orang panggilnya jamur so,ada jg yg panggil jamur melinjo,)kejadianya saat tu ibu saya minta ke jiran bunga melinjo serta so mudanya niat nak masak lemak cili api(sedap ),lalu mak cik yg da pohon so itu mengikut mak saya ,,sambil beborak ringan, eh mak saya nampak jamur,kat bwah pohon tu bulat2 kekuning2 an, mak saya kata ni jamur sedap tapi berbahaya jika tak tau cra masak, saya tak berani masak. . Eh mak cik kata tak lah ibu saya pnah masak tak ada masalah, lah mak cik it ambil bnyak2 jamur tu,trus di masak lah. Eh malam nya kita dngar ribut2 maklum kampung jdi jika ad msalah pasti jiran2 lain pda kumpul tuk melihat tau membnt pa yang patut. . Ternyata 1 keluarga pada keracunan mak saya crita pasal td siang, cepat2 lah kakek saya memanjat pokok kelapa , , buat mereka minum, semua! ! Alhamdulilah tak terjadi apa2. . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg lain nya tentang! ! ! Sepupu saya ,dlu dia berkawan ngan lelaki kampung sebelah, , stlah nya berpisah kat tngah jalan, sepupu saya membwa dri,merantau! ! Stlah 3 thun balik ke kampung, bertemu ngan ex boyfrend,, kata nak pinang saya lah, tp sepupu sya kata tak nak sebap ex dia dah pnah kahwin sthun bercerai,dngar kata dia main kasar suka mukul istri, ke 2 sepupu sya tu dah ada kawan lg bru 1 thun berjalan! ! Tak tau knpa ye sepupu saya kat perut dia sakit bukan main bdan kta terbakar tp kita pegang dia dingin je mcm ais pun ada, ,sepupu saya jerit2 kata sakit kat perut mcm orang kerasukan, bwa ke klinic kata tak da pnyakit,tp dah 2 minggu jg tak sembuh2, so keluarga dia bwa kat pndok haji umar .haji umar kata cepat crikan kelapa hijau, dan kelapa gading (kuning) air kelapa hijau dalam gelam sudah di bca doa trus di suruh sepupu saya minum, dan dngan lafash bismillah kelapa gding di truh di perut sepupu saya smbika hji umar membcatdoa ntah apa tak tau saya, stelah agak lama sepupu say melemas, kita semua panic,haji umar kata tak apa biar dia istirahat, dan haji umar menyurh untk memech kelapa gading jd, ASTAHFIRULOHALZIM kelapa gading yg bru di petik td trnyata isinya jdi busuk! ! Haji umar kata sepupu saya kna bomoh, tp tak usah di cri biar ALLAH yang memblas,,

      Delete
  2. Wah...besar manfaat kelapa kan? Terima kasih berkongsi cerita. Semoga kita semua dijauhkan dari sihir...

    ReplyDelete
  3. banyak sekali info berkenaan industry automotive negara. tq 4 sharing.

    ReplyDelete
  4. hmmm...bru tau bnyak kelbihan kereta temptan...terima ksih bnyak2..

    ReplyDelete
  5. as salam tuan tanah...

    first.. im proud to be a malaysian.. cayalah zhariff.. kiteorg leh jd geng kot.. saga BLM.. ehehe.. p siyes.. bru ku taw.. hebatnya otomotif mesia.. juz but body kete mmh kna improve g... cpat je kemiknya.. jopunn mmg kodokuttt.. ska curi idea org thn inovasi.. xdo apo pun yg MADE JOPUN yg real sbnarnyaa.. nway, great job again mya.. a lot of facts..

    ReplyDelete
  6. bila la nak sambung cerita ni, tak sabar la, nak tengok zarif ngan zawin!

    ReplyDelete
  7. Cite best sgt n bnyk info & pengajaran...harap2 dpt smbung cpt2 cite nie..

    ReplyDelete

terima kasih berikan komen ya.

 
Back To Top