BAB 34

            “Setahu saya tujuan utama kos Master of Business Administration dibuka di universiti seluruh dunia adalah untuk mengajar pelajar memulakan perniagaan. Saya harap selepas ini anda semua yang mengambil kos MBA ini akan memulakan perniagaan sendiri.”
            Para pelajar yang terdiri daripada pelajar sepenuh masa dan golongan yang bekerja itu ada yang mengangguk, ada juga yang terpinga-pinga.
            “Berapa lama Encik Zharif terlibat dalam dunia perniagaan? Bagaimana Gemleo Corporation bertahan dalam ekonomi yang tak menentu sekarang?” soal seorang lelaki 40-an berkaca mata tebal.
            Zharif melonggarkan ikatan tali leher putih pada kemeja hitamnya. “Saya sudah terlibat dalam perniagaan sejak kecil lagi. Sebelum arwah ayah saya memulakan perniagaan kapal antarabangsa, beliau bermula daripada perniagaan perahu tambang. Boleh kata saya memang terlibat dalam setiap proses perkapalan dipelabuhan sejak remaja. Jatuh bangun dalam dunia perniagaan memang dah jadi asam garam. Sejak Gemleo Corp ditubuhkan pada 1994, saat paling sukar semasa 1997 lalu semasa ekonomi dunia merundum. Resesi ekonomi tahun 2008 dahulu memang ada kesan pada Gemleo Corp tetapi back-up plan banyak membantu selain mencari peluang lain seperti joint venture dengan beberapa syarikat antarabangsa. Untuk bertahan dalam dunia perniagaan wajib pandai melihat peluang dalam cabaran yang datang.”
            Seorang lelaki awal 30-an mengangkat tangannya. “Pada pandangan saya, Encik Zharif sudah mencapai taraf jutawan muda. Adakah memang impian sejak kecil ingin menjadi jutawan?”
            Zharif berdehem beberapa kali sebelum membalas. “Sejak kecil, saya nak sangat jadi tentera.”
            Zawin dan Najla saling berpandangan sebelum kembali menumpukan perhatian pada wajah Zharif yang kelihatan tenang.
            Anas yang turut berada dalam kelas pagi ahad itu tersenyum lebar. Sebagai lelaki, dia juga pernah bercita-cita menjadi tentera.
            “Tentera? Menarik. Saya ada kaji latar belakang Encik Zharif sebelum ini. Dengar cerita, Encik Zharif hampir-hampir jadi doktor perubatan. Betul ke?”   
            Zharif tersenyum nipis. Matanya tepat memandang wajah ingin tahu lelaki 30-an berkaca mata itu. “Betul. Arwah ibu inginkan saya menjadi doktor perubatan. Arwah ayah pula menyuruh saya memilih kerjaya yang saya miliki bakat dan minat. Sebagai anak, saya ikutkan keinginan ibu tetapi semasa semester pertama kursus perubatan, saya mula sedar yang bidang perubatan bukan minat saya. Alhamdulillah ibu saya akhirnya redha dengan tindakan saya. Saya tinggalkan Ireland dan terbang ke Jepun untuk sambung belajar dalam kejuruteraan elektrik. Disana juga saya sambung belajar  International Trade disebuah syarikat kapal. Saya sempat bekerja disebuah syarikat automotif di Tokyo sebelum kedua orang tua saya meninggal. Pada ketika itu Gemleo Corporation memerlukan khidmat saya, jadi saya pulang ke Malaysia. Menjadi ketua pada sebuah syarikat besar memerlukan fokus yang tinggi dan pengalaman yang banyak. Merasakan perlunya untuk saya mencedok pengalaman sebanyak mungkin, saya terbang ke England untuk bekerja disyarikat penerbangan Britain. Saya sangat bernasib baik kerana ada kumpulan pengurusan professional yang setia dalam Gemleo Corp dan mereka menguruskan Gemleo dengan baik dibawah pantauan saya dari jauh.” 
            “Apa yang membuatkan Encik Zharif pulang ke Malaysia?”
            Zharif terdiam sejenak. Dia merenung wajah lelaki awal 30-an yang menyuarakan persoalan itu. “Sebab peribadi. Saudara nama apa? Bekerja dimana?” soalnya semula. Hatinya tertanya-tanya bagaimana lelaki itu mengetahui banyak tentang latar belakang dirinya.
            “Saya Yusuf, jurutera di TNB. Saya ada nampak Encik Zharif buat pemantauan di TNB jumaat lepas. Tak sangka pula Encik Zharif akan beri talk hari ini. Saya kagum sangat sebab Encik memang jenis berterus terang.”
            Zharif tersenyum simpul. Dia terlupa pelajar kelas MBA biasanya terdiri daripada golongan dari pelbagai bidang. Lelaki ini pasti ada semasa dia memberikan syarahan pada ketua jurutera TNB. “Saya bercakap yang benar sahaja. Mungkin budaya kerja di England banyak pengaruhi cara saya bekerja. Tidak ada kata-kata berlapik atau kiasan.”
            “Encik Zharif ambil peperiksaan IR di England juga?”
            Zharif mengangguk. “Ya. Saya teruskan dengan sistem operasi Gemleo Corp.” Zharif menekan alat kawalan ditangan sekaligus muncul slide baru dihadapan kelas.
            “IR? Apa tu Anas?” bisik Zawin.
            Title yang melayakkan seorang jurutera menjadi konsultan pada mana-mana syarikat yang memerlukan nasihat kepakaran. TNB ambil Zharif sebagai konsultan minggu lepas. Nak tahu apa Zharif buat sampai ketua jurutera malu besar?” Anas tersengih penuh makna. 
            “Apa dia?” bisik Zawin. Matanya mengerling Zharif yang petah bercakap dihadapan.
            Najla menahan senyum. Anas sudah bercerita kepadanya apa yang berlaku.
            “Di TNB, ada banyak mesin-mesin overhaul yang besar. Kami akan shut down plant dan hidupkan back up plant untuk proses maintenance. Bila Zharif lihat proses maintenance dilakukan oleh griss lubricant machine, apalagi terus keluar ayat-ayat power dia. Mesin pelincir gris ambil masa dua tiga hari untuk cuci sebuah mesin yang besar, jadi memang banyak buang masa. Habis keluar ceramah Zharif tentang pengurusan yang efektif sampai merah muka ketua jurutera.”
            Zawin membundarkan matanya. “Really? Lepas tu apa berlaku?” soal Zawin teruja ingin tahu.
            “Zharif bukan cakap sahaja tetapi dia buat. Zharif pakai sarung tangan, sauk minyak griss dan cuci mesin besar guna tangan. Setiap inci komponen mesin Zharif keluarkan dan pasangkan semula selepas siap. Dalam tempoh sehari, enam mesin besar Zharif  siapkan. Zharif kata juga dia bukan nak menunjukkan dia hebat, tetapi dia nak berkongsi ilmu dan pengalaman yang dia dapat sepanjang bekerja di negara-negara maju. Memang dahsyat la Zharif Zahir,” cerita Anas panjang lebar.
            “Memang dahsyat,” sampuk Najla yang berada ditengah antara Zawin dan Anas.
            Zawin menganggukkan kepalanya. Zharif Zahir memang lelaki yang berkarisma. Bisik hatinya. Sama seperti Wan Zaidi dan Daniel Iskandar. Seketika dia mula sedar persamaan Zharif dengan dua lelaki yang pernah singgah dalam hidupnya.
            “Agak-agak bila Encik Zharif akan tersenarai dalam senarai orang-orang kaya Malaysia?”
            Zharif berusaha menahan senyum sebaik mendengar lontaran soalan itu daripada seorang wanita bertudung putih. “Pendapatan sepuluh orang terkaya Malaysia mencapai nilai billion. Untung bersih syarikat saya masih million, dan bukan billion. Saya tiada visi ke arah billionaire. Bersyukur dengan rezeki yang dapat dari-Nya.”    
            “Boleh Encik Zharif berkongsi tip-tip menjadi kaya?”
            Zharif  mengumam sejenak, mengerling wajah wanita bertudung putih itu sekilas. “Terus terang saya tidak ada tip menjadi kaya kerana saya sendiri mewarisi harta tinggalan arwah ayah. Apa yang saya boleh kongsikan, arwah ayah menurunkan ilmu kewangan supaya saya mampu kekalkan harta warisan keluarga untuk generasi akan datang. Sejarah telah membuktikan berapa banyak keluarga kaya tidak dapat mengekalkan harta keluarga pada generasi baru kerana tiada kemahiran pengurusan dan butanya ilmu mengenai kewangan. Saya tahu, bukan mudah untuk membina syarikat sendiri tetapi saya tetap ingin galakkan anda semua memulakan perniagaan. Siapa setuju dengan fakta yang semakin tinggi pendapatan seseorang itu, semakin tinggi cukai yang dikenakan?”
            “Setuju!”
             Zharif tersenyum lebar. Nampaknya sebahagian besar pelajar MBA yang bekerja sambil belajar bersetuju dengan penyataan itu. “Siapa setuju cukai sepatutnya dikenakan pada golongan kaya sahaja?” soalnya lagi.
            “Setuju!”
            Zharif memasukkan tangannya didalam poket seluar, berjalan mundar mandir dihadapan kelas kemudian berpaling kehadapan semula. “Cukai pada asalnya memang dikenakan pada golongan kaya tetapi sedarkah anda, pada masa kini, golongan pertengahan juga dikenakan cukai?”
            “Betul!”
            “Pelik atau tidak bila golongan kaya tidak pula dikenakan cukai yang tinggi setimpal dengan jumlah wang dan harta kekayaan yang mereka miliki?” soal Zharif lagi.
            “Pelik!”
             Zharif merenung sejenak wajah-wajah teruja dihadapannya sebelum menyambung bicara. “Ini kerana golongan kaya mempunyai satu rahsia paling besar. Mereka bertindak bijak dengan menggunakan empayar yang dinamakan corporation. Berbalik pada soalan tip-tip untuk jadi kaya, saya sarankan supaya anda tubuhkan sebuah corporation. Jika anda faham dengan kelebihan cukai dan perlindungan yang disediakan dalam sebuah corporation, seseorang itu akan lagi cepat kaya berbanding seorang pekerja atau pemilik perniagaan persendirian. Orang kaya menyembunyikan kekayaan mereka dengan menggunakan corporation dan saham untuk melindungi aset mereka daripada creditors. Apabila seseorang menyaman seseorang individu kaya, biasanya terpaksa berhadapan dengan beberapa lapisan perlindungan guaman dan seringkali menemui yang orang kaya sebenarnya tidak memiliki sebarang harta. Golongan kaya kawal segalanya tetapi dilihat tidak memiliki apa-apa. Realitinya, golongan kaya tidak dikenakan cukai sebaliknya golongan pertengahan yang  terpelajar dan berpendapatan tinggi dikenakan cukai yang tinggi.”
            Zawin, Najla dan Anas serentak mengangguk. Itu realiti kehidupan yang tidak disedari ramai orang.
            “Golongan kaya melihat peluang dan mereka tidak terperangkap dalam peraturan yang sama sebaliknya mengetahui tentang kelebihan corporation. Golongan kaya tidak membenarkan mereka dikenakan cukai dengan sewenangnya malah menentang semula pihak yang cuba untuk mengenakan mereka dengan menggunakan kuasa dan duit untuk ubah banyak perkara termasuk undang-undang dan peraturan. Secara ringkasnya, corporation bukan bangunan, kilang yang besar dan lain-lain yang orang sangkakan tetapi adalah satu dokumen perundangan yang terdiri daripada badan perundangan dan didaftarkan dibawah agensi kerajaan negeri. Oleh sebab itu, golongan kaya menggunakan corporation untuk melindungi harta kekayaan, tambah pula potongan cukai yang dikenakan jauh lebih rendah daripada kadar yang dikenakan terhadap cukai pendapatan seseorang individu,” lanjut Zharif lagi.
              Bibir Zawin menguntum senyum. Tidak menyangka Zharif akan mendedahkan banyak rahsia yang tersembunyi disebalik dunia korporat. Merenung sejenak saat mengambil kursus MBA setahun yang lalu, dia mengakui yang banyak rahsia ilmu perniagaan yang tidak diajarkan di business school. Mengenali Anas sebagai rakan sekelas yang kini menjadi suami kepada rakan karibnya itu banyak membuka matanya tentang dunia perniagaan yang sebenar. Biarpun Anas bertugas sebagai jurutera, namun Anas berpengetahuan luas dalam bidang perniagaan malah mempunyai perniagaan real estate yang diuruskan adiknya. Zawin tersedar dari lamunan apabila seorang lelaki 30-an berkemeja biru disebelahnya bersuara.
            “Sebagai pemilik sebuah corporation, tidakkah ada kebimbangan pekerja akan berhenti bila Encik Zharif galakkan pekerja untuk membuka perniagaan mereka sendiri?”
            Zharif pantas menggeleng. “Tidak. Bagi saya dengan menggalakkan pekerja untuk bina perniagaan mereka sendiri, pekerja akan memberikan produktiviti yang lebih baik sebab mereka ada matlamat bekerja. Ramai majikan yang tidak mahu berbuat demikian sebab jiwa mereka sepenuhnya kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis itu sendiri membuatkan golongan kaya akan terus menjadi kaya manakala golongan miskin akan terus menjadi miskin, jadi mana mungkin mereka akan memberikan peluang pada pekerja untuk menjadi seperti mereka. Arwah ayah ada berpesan supaya tidak menjadi majikan seperti itu kerana sejarah lalu telah menunjukkan berapa banyak tamadun yang runtuh disebabkan besarnya jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin. Sebab itu dengan memberikan bantuan dana kepada golongan miskin bukan tindakan yang terbaik tetapi tindakan paling bijak adalah mengajar mereka untuk mengubah minda mengenai ilmu kewangan.”
            “Zharif memang majikan contoh,” getus Anas tiba-tiba.
            Zawin terus memandang Anas. “Ya ke? Mana Anas tahu? Berapa lama Anas kenal Zharif?” bisiknya perlahan. Seingatnya Anas pernah menyatakan mengenali Zharif semasa Annual Dinner di hotel Blue Wave dahulu namun dia tidak pernah bertanya sejarah perkenalan dua lelaki itu. 
            Anas tersenyum manis. “Empat tahun lalu, sebelum Zharif bekerja di England. Anas kenal Zharif disebuah bengkel kereta semasa sedang menunggu kereta siap service. Perbualan dengan Zharif hari itu memang banyak sedarkan Anas...”
            “Syss...”
            Zawin dan Anas tersenyum segan apabila seorang wanita bertudung hijau memberikan isyarat menyuruh mereka diam.
            “Maaf,” ucap Najla mewakili Zawin dan Anas.
            “Untuk menjadi usahawan yang hebat, kita tidak boleh bergantung pada satu kemahiran sahaja tetapi kita perlu belajar banyak kemahiran. Sejak remaja, arwah ayah galakkan saya bekerja dalam lapangan bidang yang berbeza untuk mempelbagaikan kemahiran diri. Pergelutan kewangan terjadi pada golongan professional apabila mereka hanya fokus pada satu kemahiran sahaja. Hari ini, saya nampak kesan pada rakan-rakan yang hanya fokus pada satu kemahiran sahaja. Kerjaya doktor perubatan sering dilihat kerjaya yang memberikan gaji yang lumayan tetapi sering juga saya mendengar keluhan rakan-rakan yang bekerja sebagai doktor tentang masalah kewangan. Mereka mula mencari jalan untuk meraih pendapatan yang lebih tinggi dengan menjadi doktor pakar. Begitu juga peguam, arkitek, juruterbang dan sebagainya. Ramai orang bijak dan berbakat disekeliling kita tetapi kerana mereka percaya pada dogma yang sama iaitu fokus pada satu kemahiran sahaja dan bekerja untuk duit, itu yang menghalang mereka daripada kebebasan kewangan,” jelas Zharif panjang lebar.
            “Jadi apa perlu dilakukan untuk mendapatkan kebebasan kewangan?” soal lelaki berkemeja merah dengan teruja.  
            “Seperti yang saya terangkan tentang corporation tadi, golongan kaya bayar untuk diri mereka dahulu manakala golongan pertengahan dan miskin membayar bil dahulu. Anda kena tukar cara berfikir kerana pada penghujung hari anda akan sedar yang andalah aset terbesar dan juga liabiliti terbesar. Anda harus jadikan tabiat membayar untuk diri dahulu kemudian baru bayar untuk bil,” balas Zharif.
            Lelaki berbaju merah itu tiba-tiba berdiri dalam wajah yang keliru. “Saya tak faham.”        “Begini...” Zharif berpeluk tubuh sambil memandang tepat pada wajah lelaki awal 30-an itu. “Saya tidak mahu menyinggung sesiapa, tetapi apa yang bakal saya katakan adalah realiti yang berlaku dalam masyarakat diseluruh dunia. Satu kesilapan paling besar yang dilakukan golongan pertengahan dan miskin adalah membeli liabiliti untuk membuatkan mereka nampak kaya. Barang kemas, rumah, TV LCD, kereta, kad kredit, sofa dan macam-macam lagi yang pada akhirnya semua barang-barang ini menjadikan mereka berada dalam kemelut kewangan. Semua pendapatan mereka akan mengalir dalam akaun bil dan lebih malang jika terpaksa mengikat perut sementara menunggu gaji seterusnya. Penyelesaian pada masalah kewangan begini, anda harus berhenti membeli liabiliti, dan mula menjadikan tabiat membayar pada diri dahulu...”
            “Apa contoh membayar pada diri dahulu?”  
            “Beli aset yang akan generate income. Hartanah, bond, stock, notes, dan sebagainya yang membawa masuk duit kedalam poket. Orang bijak mengupah orang yang lebih bijak dengan bekerja untuk mereka. Sebagai contohnya, Tony Fernandes bukan seorang juruterbang, tetapi dia dapat menubuhkan syarikat penerbangan Air Asia tanpa kemahiran penerbangan. Anda juga boleh berbuat demikian. Bina perniagaan yang tidak memerlukan kehadiran anda dan diuruskan orang lain,” terang Zharif.     
            “Encik kata bayar untuk diri dahulu kemudian bayar bil, namun kalau saya buat begitu, saya masih tak mampu untuk beli aset malah bil collector akan bising. Saya bertugas sebagai pengurus jualan dan saya cuba membuat jualan lebih banyak setiap hari namun saya kecewa kerana duit saya tetap mengalir pada bil.” Lelaki baju merah itu masih tidak berpuas hati dengan jawapan Zharif. 
            “Ini yang saya ingin mengajar anda. Berhenti membeli liabiliti dan kurangkan jumlah bil yang perlu dibayar, jadi anda akan ada lebihan pendapatan untuk beli aset. Jika anda kekal menjadi pekerja, anda akan berfikir dengan bekerja lebih keras akan dibayar lebih banyak gaji, sedangkan cukai yang dikenakan pula seiring dengan kenaikan pendapatan. Tetapi dengan memiliki perniagaan sendiri, anda akan dikenakan cukai yang rendah. Jika sekadar meletakkan duit dalam bank untuk tujuan pelaburan, itu masih tidak mencukupi. Mindset begitu harus dihapuskan. Jika anda tidak gembira dengan kewangan anda, anda harus buat sesuatu secara drastik untuk mengubahnya,” jelas Zharif.
            Dr.Nurin bangun daripada tempat duduknya dan memandang secara rawak pelajar dalam dewan kuliah. “Kita ada mentaliti yang untuk mendapatkan pendapatan lebih tinggi adalah dengan bekerja dengan lebih keras. Saya juga sering merasa kecewa melihat slip gaji saya. Saya sangka dengan memiliki pendidikan yang lebih tinggi, saya akan perolehi pendapatan yang lebih tinggi tetapi baru saya sedar yang potongan cukai juga sama tinggi. Jujur saya katakan yang golongan pertengahan dan miskin mengagungkan pekerjaan yang membawa banyak kelebihan seperti bayaran yang tinggi, kebaikan perubatan, percutian, dan sebagainya. Ini yang kita diajar dirumah dan kita ikut langkah dan tindakan berdasarkan ajaran ibu bapa kita. Mentaliti begini yang menyebabkan ramai orang bergelut dengan masalah kewangan. Sistem pendidikan tidak mengajar pelajar tentang kad kredit, liabiliti, aset, pinjaman pelajaran, saham tetapi golongan kaya belajar tentang ilmu kewangan dirumah. Bukan begitu Encik Zharif?” Dr.Nurin mengalihkan pandangan pada wajah lelaki muda itu.
            Zharif pantas mengangguk. “Ya. Biasanya arwah ayah akan bincangkan ilmu kewangan dimeja makan. Walaupun begitu, ilmu kewangan masih boleh dipelajari dan amat mudah untuk dikuasai. Hanya perlukan kesanggupan untuk mengubah pemikiran tentang cara duit bekerja untuk anda.”
            “Boleh saya berkongsi sesuatu?” pinta Anas sejurus berdiri.
            “Silakan,” balas Zharif.
            “Saya percaya golongan pertengahan dan miskin diajar oleh ibu bapa dengan kepercayaan, belajar rajin-rajin untuk dapatkan kerja yang menjamin gaji yang tinggi. Saya sangat sokong penyataan Encik Zharif mengenai golongan pertengahan membeli liabiliti untuk menampakkan mereka kaya. Bila pendapatan besar, kita ada selera yang besar juga pada barang-barang mewah dan mahal. Realitinya, biarpun pendapatan saya sebagai jurutera agak lumayan, namun saya masih dibelenggu masalah kewangan. Semuanya berubah setelah saya kenal Encik Zharif empat tahun lalu. Terima kasih Zharif kerana mengajar ilmu kewangan pada saya.” Anas tersenyum lebar seraya memberikan isyarat tabik pada Zharif.
            Zharif mengangkat tangan kanan, turut membalas isyarat tabik itu.
            Dr.Nurin membundarkan mata. “Wah! Encik Anas kenal Encik Zharif? Pasti perkongsian ilmu yang sangat menarik hari ini!” ujarnya teruja.
            “Mengambil tindakan itu lebih besar impaknya daripada sekadar tahu tetapi tiada tindakan yang diambil. Saya betul-betul maksudkan kata-kata itu. Saya bertemu dengan Zharif beberapa kali selepas pertemuan pertama dibengkel kereta. Setiap kali bertemu, Zharif pasti akan tanya persoalan yang sama. Untuk siapa anda bekerja? Untuk siapa anda buatkan semakin kaya? Apabila kerap kali disoal begitu, persoalan itu sentiasa berlegar dalam minda saya dan akhirnya saya mengambil tindakan dan berguru dengan Zharif. Saya tahu pekerja kerajaan tidak dibenarkan menjalankan perniagaan, jadi tindakan yang paling bijak adalah bina perniagaan dari rumah. Saya melihat peluang dalam bidang hartanah dan saya melabur disitu. Sejurus mendapat untung, saya letakkan duit dalam saham dan membeli lebih banyak aset seperti bond dan notes. Hari ini saya boleh kata yang saya menikmati kebebasan kewangan. Anda juga boleh lakukan perkara yang sama,” saran Anas bersungguh.
            “Kenapa real estate? Bagaimana nak mulakan? Bukan ke real estate ini berkaitan dengan rumah yang kita beli?” soal lelaki berbaju merah bertalu-talu.
            “Saya memilih real estate kerana cukai yang dikenakan adalah rendah,” balas Anas. “Ramai orang menyangka real estate adalah rumah yang anda akan tinggal. Salah sama sekali. Real estate adalah rumah yang anda beli untuk disewakan. Anda boleh bermula dengan hanya modal yang kecil. Saya sarankan anda baca buku berkaitan real estate untuk maklumat lebih lanjut. Seperti saya kata tadi, ambil tindakan itu lebih berkuasa daripada tahu tapi tiada sebarang tindakan. Encik Zharif hanya memberi garis panduan dalam pelaburan tetapi tindakan susulan adalah bergantung pada diri saya.”
            “Tahniah Encik Anas,” ucap Zharif. “Apa nasihat Encik Anas kepada bakal-bakal usahawan dalam dewan kuliah ini?”
            “Terima kasih.” Anas tersenyum lebar melihat banyak pasang mata tertumpu padanya kini. “Tentulah semua tindakan kita ada risiko, namun begitu saya galakkan anda melabur terlebih dahulu dalam pendidikan kewangan sebelum melabur dalam real state atau pasaran saham. Gali ilmu kewangan melalui bahan bacaan untuk menambah pengetahuan dan melatih minda kerana saya percaya yang peluang tidak dilihat oleh mata tetapi dilihat menggunakan minda,” tambah Anas lagi.
            “Terima kasih Encik Anas atas perkongsian itu. Nampaknya masa memang mencemburui kita...” Zharif melihat jam tangannya.
            Suara-suara tidak puas hati mula terbit, mengapung didalam dewan kuliah itu.
            “Jangan bimbang. Ada kesempatan, kita berjumpa lagi bukan? Sila lah ambil slide perbentangan saya. Ada semua maklumat tentang syarikat saya. Anda boleh hubungi saya jika ingin berurusan lebih lanjut. Saya sangat alu-alukan pelajar MBA bekerja disyarikat Gemleo kelak. ” Zharif tersenyum manis apabila melihat wajah-wajah pelajar yang muram sebentar tadi bertukar gembira. “Dr.Nurin, terima kasih kerana menjemput saya,” ucap Zharif seraya menundukkan sedikit kepalanya pada wanita anggun berjubah hijau itu.
            Dr.Nurin turut menganggukkan kepalanya bersulam senyuman puas dibibir. “Terima kasih juga sebab sudi luangkan masa untuk kelas hari ini.” Dr.Nurin berdiri sekali lagi dan menghadap para pelajar. “Saya rasa ini talk paling bermakna dan penuh inspirasi sepanjang saya mengajar dalam kelas MBA. Semoga kita semua mendapat manfaat bersama.”
            Para pelajar memberikan tepukan bergemuruh. Senyuman puas terpancar pada wajah masing-masing.
            “Sebelum beredar, saya ingin berikan hadiah kepada anda semua.” Zharif memberikan isyarat matanya kepada dua orang pembantu lelaki yang duduk dibarisan hadapan kelas.
            Dua lelaki bersut hitam putih itu mengedarkan beg kertas berwarna kuning berjalur
putih kepada para pelajar.      
            Suara-suara sorakan gembira mengapung disegenap ruang kelas.
            “Dalam beg ini ada kupon diskaun berbuka puasa di Restoren Miyako. Insyaallah, ada umur panjang, jumpalah kita disana.” Zharif mengambil bungkusan snek dari dalam beg kertas dan mengunjukkan kehadapan kelas. “Snek crispy seaweed keluaran Tao Kai Noi adalah snek kegemaran saya. Saya nak anda cari sejarah Tao Kai Noi, kisah penuh inspirasi seorang anak muda thai yang menjadi jutawan pada umur dua puluh enam tahun. Siapa tak puasa...jangan makan sekarang ya?” usik Zharif.
            Lautan tawa bergema dalam dewan kuliah itu.
            Zharif bersalaman dengan pelajar-pelajar lelaki yang turun mendekatinya. Dalam keriuhan suasana kelas pagi ahad itu, matanya menangkap seraut wajah gadis yang sedang tersenyum manis kearahnya. Lama matanya bertentangan mata dengan gadis bersut hitam putih itu. Tiba-tiba bibirnya menguntum senyum nakal. “Zawin tak puasa ya?”
            Zawin membulatkan matanya. “Mana ada!” nafinya bersungguh.
            “Ada!. Zawin tak puasa!” tuduh Zharif penuh yakin dalam nada berbisik. Zharif ketawa besar melihat sinaran tajam dari pandangan mata Zawin. “Nantikan malam ini ya?”
            Zawin mengerutkan keningnya. “Ada apa?”
*******         
            “Jurutera Elektrik,” jawab Wan Ezza.           
            “Jurutera Sivil,” ujar Alina.
            “Jurutera Mekanikal.” Amira pula menceritakan tentang pekerjaan teman lelakinya.
            “Jurutera memang hot ke?” soal Damia sambil mengunyah kuih beras Jepun kegemarannya.
            Zawin ketawa halus seraya menampar manja lengan Damia. “Mia anti dengan jurutera ke?”
            Damia menggeleng. “Bukan tapi selama Mia perhatikan orang yang bekerja dengan mesin biasanya boring. Tak macam orang seni. Penuh kejutan dan romantik,” hujahnya bersungguh seraya mengerling wajah Zawin.
            “Ya rabbi. Betullah. Macam mana Mia tahu?” soal Mira dalam mata membulat. Dia mengambil remote control lantas menekan butang silent pada peti telivisyen. Tidak mahu perbualan mereka diganggu sebarang bunyi.
            Zawin mengalih pandang pada wajah gadis berdahi jendul itu. “Cuba Mira cerita,” pintanya.  
            “Jamal, teman lelaki Mira tu selalu tak ada masa untuk Mira. Seminggu sekali berjumpa. Itu pun boring. Hanya keluar makan sahaja. Berborak pun lebih pada kerja. Kerja, kerja, kerja! Sangat boring,” rungut Amira.
            “Pakwe Lina pun sama!. Sakitnya hati tuhan sahaja yang tahu. Masa lapang yang ada pun dia lebih pentingkan kawan-kawan. Susah dia nak berikan komitmen dalam hubungan kami. Asyik-asyik gaduh perkara yang sama sahaja.” Alina pula meluahkan rasa.
            “Agaknya semua lelaki Aquarius memang begitu,” ujar Amira tiba-tiba.
            Zawin membundarkan matanya. Merenung wajah Amira dalam-dalam. “Aquarius? Mira tahu dari mana?”           
            “Pernah baca tentang zodiak dalam sebuah majalah,” balas Amira. “Boyfriend Lina pun Aquarius,” tokoknya lagi.
            Alina mengangguk. “Rasa macam nak tinggalkan Alif saja. Geram sangat bila hanya kita yang bersungguh untuk beri komitmen pada hubungan. Dulu sebelum dapat, pandai pula dia mengayat, ambil berat...sekarang? Macam Lina ni tak wujud saja!” rungut Alina lagi.
            “Aquarius? Bintang dua belas tu ke?” soal Wan Ezza yang dari tadi hanya memasang telinga mendengar perbualan itu.
            “Ya,” balas Zawin pantas. “Lelaki Aquarius lahir sekitar 20 januari sehingga 19 febuari.”
            “Aizat lahir 23 Januari. Aquarius juga kan?” soal Wan Ezza.
            “Betul la tu,” balas Zawin. “Aizat macam tu juga ke Kak Wan?” soal Zawin balik.
            Wan Ezza terdiam sejenak sebelum menjawab. “Mungkin. Tapi akak memang beri kebebasan pada dia selama ini. Dia pun beri kebebasan pada akak. Tak ada masalah pula,” beritahunya.
            “Kak Wan pun bintang Aquarius. Sebab itu Kak Wan boleh memahami lelaki Aquarius kot,” komen Alina.
            “Mungkin,” balas Wan Ezza. “Tapi...akak tak nafi la, memang kami jarang berjumpa. Karier jadi keutamaan buat masa sekarang. Kadang-kadang bila datang boring, akak layan juga lelaki lain,” beritahunya selamba.
            “Wah, akak playgirl ke?” usik Amira.
            Wan Ezza ketawa besar. “Ramai lelaki-lelaki hensem yang goda. Siapa dapat tahan? Lapar rokok la,” ujar Wan Ezza lalu beredar dari ruang tamu itu.
            Ruang tamu menjadi sunyi tiba-tiba.
            “Ada orang pindah ke rumah sebelah ke?” soal Zawin apabila dia mendengar bunyi barang dialihkan dari arah rumah sebelah.
            Damia mengangguk. “Ada la tu. Petang tadi masa Mia balik, Mia nampak ada barang-barang depan rumah sebelah,” beritahunya.            
            “Jangan lah tuan rumah sebelah ni buat hal lagi. Cukuplah kawan kami dihalaunya dulu,” ujar Alina.
            Amira ketawa halus. “Kalau lelaki yang pindah, bagus juga kan? Ada juga orang yang kita nak minta tolong kalau ada kes-kes kecemasan.”
            “Ya. Bagus juga,” sokong Zawin.
            “Makanlah kuih beras ni. Banyak Mia beli tadi di 7 Eleven,” pelawa Damia. 
            Alina dan Amira sama-sama mencapai kuih beras berinti pandan.
            “Kuih beras inti apa paling sedap?” soal Zawin sambil meneliti kuih beras yang diletakkan dalam pinggan.
            “Mia paling suka inti coklat dan kacang merah,” balas Damia.
            “Damia tak ada boyfriend ke?” soal Amira tiba-tiba.
            Damia pantas menggeleng. “Tak ada. Senang hidup single ni. Pergi mana pun tak ada orang nak ambil tahu,” balasnya.
            “Betul tu Mia,” sokong Zawin. “Walaupun kadang-kadang rasa sunyi tapi hati tenang,” tokoknya lagi sambil menyuap kuih beras inti kacang merah.
            Amira mengangguk tanda faham. “Bagus juga begitu. Macam Mira, erm...Jamal adalah cinta pertama. Walaupun selalu rasa diabaikan, rasa sayang itu yang membuatkan Mira bertahan sampai sekarang,” luahnya.
            “Betul tu,” sokong Alina. “Mungkin Lina patut jadi macam Kak Wan untuk fahami Alif. Bila hati kata sayang, bila lelaki yang kita cintai adalah cinta pertama, memang susah nak beralih arah pada lelaki lain.”
            Damia mengangguk. “Hati perempuan takkan tipu. Bila dia dah sayang seseorang, tak ada siapa boleh ubah perasaan dia walaupun datang lelaki yang jauh lebih sempurna.”
            Zawin terkedu mendengar kata-kata Damia.
            Masing-masing terdiam, melayan lamunan masing-masing sambil menikmati kuih beras.
            “Nasiblah dapat lelaki Aquarius.“ Damia memulakan bicara. “Mia ada beberapa kawan lelaki Aquarius. Memang mereka pentingkan kerjaya dan kawan-kawan. Jenis lelaki yang sukar memberikan komitmen dalam perhubungan cinta. Lagi satu, lelaki Aquarius sukakan perempuan cantik dan berbangga memiliki ramai pasangan cantik,” tambahnya lagi.
            Zawin membundarkan mata. Gadis Sagitarius itu rupanya turut mengkaji ilmu metafizik dalam diam.  
            Alina menepuk lantai beberapa kali. “Sangat setuju! Sebagai Cancer, memang Lina lebih suka lelaki yang pandai jaga hati Lina. Alif memanglah pandai jaga hati tapi tak suka bila dia tak hargai Lina. Dia suka berbangga pada kawan-kawan dia yang ada hati pada Lina sebab dapat Lina. Cakap saja lebih tapi tak pandai jaga Lina!” Alina melepaskan ketidakpuasan hatinya lagi.
            “Dah Lina memang cantik pun. Tinggi macam model. Mana lah Alif tu tak tergilakan Lina. Tengok Alif tu pun dah tahu taste macam mana,” komen Amira selamba.
            “Hensem ke Mira?” celah Damia.
            “Lelaki ada rupa, suara sedap pula dan pandai main gitar. Mana tak menjadi rebutan,” jelas Amira mengenai lelaki yang turut dikenalinya semasa mengambil diploma dahulu.
            “Alif lahir bila?” soal Zawin.
            “1 Febuari. ”
            “O...padanlah.” Kepala Zawin terangguk-angguk. “1 tambah dua akan jadi tiga. Nombor 1,2,3 dalam metafizik mewakili personaliti golongan selebriti. Pandai menyanyi, berlakon dan berdebat. Kata-katanya menusuk kalbu tapi selalu cakap tak serupa bikin.”
            “Eh, betul sangat!. Macam mana kira tu?” soal Alina begitu teruja.
            “Macam ni...” Zawin berdehem beberapa kali. “Bulan Febuari adalah mewakili nombor dua bukan? Nombor pangkal lahir Alif adalah 1 dan dicampurkan dengan 2 dan hasil tambah jadi 3. Nombor ini membentuk rangkaian 1,2,3 yang memberikan maksud nombor selebriti. Kalau ikutkan kiraan sebagai contoh, tahun lahir 1981, 1983, 1992, akan membentuk rangkaian nombor selebriti juga.”
            Amira dan Alina saling berpandangan.
            “Tapi kan Kak Zawin...ada tengok ceramah beberapa ustaz tersohor yang kata kiraan tarikh lahir, ramalan zodiak semua ini...haram,” luah Amira tiba-tiba.
            “Apa pendapat Mira?” soal Zawin semula.
            “50-50 la. Mira cuma ambil ilmu-ilmu ini sebagai rujukan semata. Ada yang kena tepat pada batang hidung, ada yang tak kena pun.”
             Zawin mengangguk. “Kalau akak kata ilmu metafizik ini berasal dari ulama islam, percaya tak?”
            “Percaya,” sahut Damia tanpa ragu.
            Amira dan Alina masing-masing mengangkat bahu tanda tidak pasti.
            “Kenapa Mia percaya?” soal Zawin.
            “Mia pernah baca buku Mengenal Lelaki tulisan Ibnu Yusof. Ibnu Yusuf ini sahabat nabi yang menguasai ilmu metafizik. Sayangnya ilmu-ilmu mengenai zodiak yang dikarang Ibnu Yusuf telah diambil dan dijadikan hak milik orang bukan islam. Sudahnya orang barat dianggap pelopor dalam bidang metafizik, siap ada bab ramalan lagi,” cerita Damia bersungguh.
            “Buku itu ada lagi? Masih dicetak?” soal Alina dalam teruja.
            Damia mengangkat kedua belah bahunya. “Tak pasti.”
            Bunyi loceng pintu kedengaran nyaring.
            Zawin melihat jam didinding. Sudah hampir pukul 12 malam. “Siapa pula datang ni?” rungutnya lalu menapak ke arah pintu. Sejurus melihat wajah Zharif dihadapan pagar grill melalui lubang kecil, Zawin menggigit bibir bawahnya. “Sekejap!” laung Zawin apabila loceng ditekan lagi dari luar. Zawin terus berlari ke dalam bilik, menyarung baju panas kuning dan tudung hitam, mencapai gugusan kunci lalu menapak keluar dari bilik. “Ada apa Zharif?” soal Zawin sebaik pagar grill dibuka. Dia benar-benar hairan melihat lelaki itu dalam pakaian tidur biru laut.
            “Tak nak ucap selamat datang pada jiran sebelah ke?” soal Zharif sambil tersenyum penuh makna.
            Zawin benar-benar terkejut. Rupanya lelaki itu jiran barunya! “Kenapa...?” soalnya.
            “Kenapa apa?” soal Zharif semula.
            Zawin memincingkan pandangannya. “Kenapa sewa rumah sebelah?”
            “Sewa? Tak lah,” nafi Zharif.
            “Habis tu?” Zawin berpeluk tubuh merenung wajah tenang lelaki itu.
            “Zharif beli. Salah ke?” Zharif turut berpeluk tubuh, menatap renungan sangsi gadis itu.
             Zawin menjuihkan bibirnya. “Tak salah. Erm...ada apa yang nak Zawin tolong ke?”
            Bunyi bip beberapa kali kedengaran dari jam tangan  Zharif. “Ya. Tolong diam sekejap. Dah masuk pukul 12 malam.” Zharif mengenyetkan mata kiri sebelum mengeluarkan botol kecil dari dalam poket baju tidur.
            Zawin hanya memerhatikan tindakan Zharif tanpa bersuara sepatah pun. Sejurus lelaki itu meniup lubang kecil dari batang comel berwarna kuning itu, buih-buih sabun menerpa ke arahnya. Zawin benar-benar terpana.
            “Sekali lagi,” ujar Zharif bersulam senyum manisnya. Tangannya mencelupkan batang kecil itu kedalam botol air sabun, meniup perlahan lubang kecil batang itu lantas menerbitkan buih-buih sabun yang berterbangan di ruang udara. “Selamat Hari jadi...Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi Zawin Az-Zahra. Selamat Hari Jadi...”
            Zawin menahan nafas buat seketika. Dia cuba mengawal emosi yang mula luluh. Entah mengapa hatinya benar-benar tersentuh dengan cara Zharif mengingati hari lahirnya. Matanya jadi berkaca-kaca. Dia ingin bersuara namun sepatah perkataan pun dia tidak berjaya lafazkan. Terasa tersekat dikerongkong. Dia jadi bingung apabila Zharif menyuakan kek berwarna biru laut yang diatasnya terdapat replika kapal berwarna coklat beserta tiga watak kartun spongebob squarepants.
            Are you ready kids?” Zharif melafazkan bait-bait lirik itu penuh semangat.
            Zawin tergelak sambil menyeka air mata yang gugur dipipi. “Aye aye Captain!
            I can’t hear you!”
            “Aye Aye Captain!”
            “Ohhhhhh!!!”
            Zharif dan Zawin ketawa serentak sejurus mata mereka saling bertembung.
            “Pegang kek,” arah Zharif.
            Zawin akur melihat Zharif menyalakan lilin diatas. Dia benar-benar teruja dengan keunikan kek harijadi itu. “Ini adegan Spongebob, Patrick dan Mr.Krab pergi tresure hunt,” ujarnya apabila mengingati salah satu episod kartun kegemarannya itu.
            Zharif tergelak kecil. “Tahu tak apa. Sila tiup lilin,” arahnya.
            Zawin tersenyum lebar lalu meniup api lilin.
            Zharif menepuk tangannya beberapa kali. Dia merenung tepat pada mata gadis itu. “I asked ALLAH to make you  happy, make you smile, guide you safely through every mile, grant you wealth, give you health and most of all, grant you paradise. Happy Birtday, Zawin Az-Zahra.”
            “Terima kasih,” ucap Zawin dalam rasa terharu amat.
            “Mari kita makan kek,” ajak Zharif dalam senyuman manis.
            Zawin akur mengikut langkah Zharif ke arah sofa yang diletakkan ditepi koridor berhadapan rumah Zharif. “Zharif memang nak letak sofa ni diluar ke?” soalnya.
            Zharif mengangguk lalu melabuhkan punggung diatas sofa jenama Lorenzo itu.
            “Budak-budak rumah ada cerita. Tahun lepas depa letak sofa di sini,seminggu selepas tu dah kena ambil dengan pihak pengurusan. Kalau sayang sofa ni, baik Zharif masukkan dalam rumah,” nasihat Zawin.  
            “Ya ke ?” Zharif melurut bawah dagunya beberapa kali. “Ambil sahaja la kalau nak,” putusnya selamba lalu mengeluarkan pisau plastik untuk memotong kek.
            Zawin memincingkan pandangannya. Lelaki ini memang tak sayang barang. Sejurus melihat Zharif hendak memotong kek itu, Zawin cepat-cepat menahan. “Sekejap.” Zawin mengeluarkan telefon pintar dari poket baju panasnya lalu menekan punat kamera. “Ok. Sila potong,” ujarnya sambil tersenyum puas meneliti beberapa gambar kek itu.  
            “Sayang pula nak potong kapal ni,” getus Zharif.
            “Betul tu. Potong bahagian biru tu sahaja la,” saran Zawin.
             Zharif tersengih. “Ok.”
            “Zharif buat sendiri kek ni?” soal Zawin .
            Zharif menatap wajah Zawin. “Apa pendapat Zawin?”
            “Zawin rasa...”
            “Apa Zawin rasa?”
            “Zawin rasa...Zharif beli,” balas Zawin.
            Zharif menghulurkan piring berisi potongan kek keju itu kepada Zawin. “Kalau Zawin rasa begitu, apa boleh buat.”
            Zawin tersengih. Matanya merenung potongan kek itu kemudian dialihkan pada kapal atas kek itu. Kenangan membuat kek bersama Iskandar menggamit memorinya. “Is pandai buat kek,” getusnya tiba-tiba. Zawin menggigit bibir bawahnya. Entah mengapa barisan ayat yang melintas dihatinya itu meluncur keluar dari mulutnya. 
            “Oh, begitu ke?” Zharif tersenyum tawar. Dia sedar amat minda gadis itu penuh dengan kenangan yang tercipta bersama Iskandar. Siapa la dia dihati Zawin. Kerana itu juga dia mengambil sikap berdiam diri selama ini. Zharif menikmati kek keju itu tanpa bicara lanjut.
            Zawin turut diam, menikmati kek itu dalam rasa bersalah. Dia meneliti wajah kecewa lelaki itu. “Zharif...buat kek ni kan?” soalnya lambat-lambat.
            Zharif tersenyum nipis lalu mengangkat bahunya.
            “Pandai Zharif buat kek. Sedap. Ini kek harijadi paling cantik pernah Zawin dapat. Tahun depan buat lagi ya?” Zawin cuba mengambil hati lelaki itu.   
            Zharif tersenyum lebar. Matanya bersinar gembira. “Betul?”
            Zawin mengangguk bersungguh. “Sangat sedap. Terima kasih sebab ingat harijadi Zawin.”
            Zharif menatap mata bening gadis itu. “Zharif takkan pernah lupa. 16 Ogos tarikh orang paling istimewa dalam hidup Zharif dilahirkan. Zharif terfikir tadi, pada hari lahir Zawin, ada begitu ramai orang yang memikirkan tentang Zawin tapi Zharif harap tidak satu pun daripada mereka yang boleh mencintai Zawin seperti yang Zharif lakukan. Zharif tamak kan?”
            Zawin mengetap bibirnya, menatap sayu pada wajah tenang lelaki itu. “Betul-betul Zharif sayang pada Zawin?”
            Zharif mengangguk bersungguh. Bibirnya diketap kuat. “Ada orang kata, kita akan benar-benar jatuh cinta sekali sahaja tapi Zharif tak percaya...”
            “Kenapa?” soal Zawin berselang dehem perlahan. Dia cuba menahan rasa sebak dalam dadanya.
            “Sebab setiap kali Zharif pandang Zawin, Zharif jatuh cinta berkali-kali,” balas Zharif tenang.
            Zawin menunduk, menyuap kek kedalam mulut. Kata-kata itu membuatkan dadanya terasa ingin pecah.
            “Zawin...” panggil Zharif.
            Zawin mengangkat wajahnya, merenung tepat pada sepasang mata menawan lelaki itu.
            “Hadiah untuk Zawin.” Zharif menghulurkan sebuah kotak berbalut bungkusan biru putih itu kepada Zawin.
            Zawin terpana. “Untuk Zawin?” soalnya tidak percaya.
            Zharif mengangguk. “Buka la.”
            Zawin menarik nafas dalam-dalam. Sekejapan isi dalam kotak itu dikeluarkan. Mata Zawin membulat luas sebaik botol empat segi jernih dalam kedudukan horizontol itu berada ditangannya. Dibawah botol itu dilekatkan kepingan kayu yang diukir cantik manakala lubang muncung botol itu disumbat dengan gambus putih bersama tali biru yang dililit sekeliling hujung muncung itu. Apa yang menarik pandangan matanya adalah kehadiran replika kapal layar kecil didalam botol itu. 
            “Zawin suka?” soal Zharif sebaik menyedari gadis itu tidak berkelip mata menatap hadiah buatan tangan itu.
            Zawin mengangguk laju. “Sangat suka!” balasnya teruja. “Sejak kecil, perkara yang paling mengagumkan Zawin adalah kapal didalam botol.  Selalu Zawin fikir, macam mana buat benda ni, macam mana kapal dimasukkan dalam botol. Orang yang buat benda ni memang bijak!”
            Zharif tersengih nakal. “Terima kasih atas pujian itu,” ujarnya selamba.
            Zawin terus menatap seraut wajah kacak itu. “Zharif yang buat?” soalnya dalam rasa tidak percaya.
            Zharif mengangguk. “Zharif belajar buat dengan seorang kelasi kapal di Jepun dulu. Cuba tengok nama pada layar kapal tu.”
            Zawin meneliti layar-layar kapal yang dimaksudkan Zharif. Zawin benar-benar teruja melihat salah satu layar daripada enam layar itu ada lukisan bunga matahari. Dia mengerutkan keningnya sebaik membaca satu tulisan pada layar tengah. Perkataan itu juga ada tertulis pada kayu pelapik botol itu. “Sunship? Nama apa ni?”
            “Nama kapal Zawin.”
            Zawin terus memusatkan pandangan pada wajah Zharif. “Kapal Zawin?”
            “Ya. Bukan ke mak Zawin pernah cerita yang Zawin sejak kecil nak miliki sebuah sampan? Katanya nak merentas tujuh lautan.Tapi nak merentas tujuh lautan mana cukup dengan sampan bukan? Kapal layar yang paling tepat untuk tugas itu. Nah! Kapal layar yang Zharif bina untuk Zawin. Sunship...mengambil nama awal bunga kegemaran Zawin, sunflower,” jelas Zharif panjang lebar.
            Zawin terdiam. Lama matanya bertembung dengan mata lelaki itu tanpa sepatah kata.
            “Kenapa? Zawin tak suka?” soal Zharif sedikit resah dengan pandangan gadis itu.
            Zawin menggeleng lambat-lambat. Dia terasa segala yang terjadi sekarang bagaikan sebuah mimpi. Wajah Zharif ditatap bersungguh.
            “Kalau Zawin tak suka, kita tukar nama ya? Erm...” Zharif menggosok bawah dagunya. “Ha!Memandangkan Zawin suka sangat makan sushi, kita namakan Sushiship. Ok tak?”
            Zawin tergelak besar mendengar nama itu. “Sunship is much better,” komennya dalam sisa tawa.
             Zharif turut ketawa. Hatinya gembira melihat gadis itu kembali ceria. “Apa yang Zawin biasa buat pada hari lahir?”
            Zawin merenung kapal dalam botol kaca itu sebelum menatap wajah Zharif. “Sebelum tu...Zawin nak tanya sesuatu.”
            “Ok. Apa dia?” Zharif merenung lembut pada wajah gadis itu.
            “Kenapa err...Zharif kata...err...Zawin tak puasa dalam kelas pagi tadi?” soal Zawin bersulam dehem beberapa kali. Dia segan untuk bertanya namun persoalan itu kerap menyerang mindanya sehingga dia tak dapat lagi untuk berdiam diri.
            Zharif tersenyum nakal, mengangkat keningnya, menyeluruhi raut wajah gadis itu sejenak. “Betul kan?”
            “Betul apanya?” soal Zawin kembali.
            “Zawin tak puasa kan?” usik Zharif lagi.
            Zawin mengetap bibir menahan geram. “Ya. Memang Zawin tak puasa pun!” balasnya selamba. Malas dia ingin berdolak dalih dengan lelaki itu.
            Zharif tergelak melihat wajah cemberut Zawin. “Jangan la buat muka macam tu. Dah ada iras spongebob tau tak?”
            Zawin membulatkan matanya. “Zharif pun apa kurangnya! Macam Mr Krab, si ketam moncet tu!” balasnya dengan geram.
            Zharif ketawa mengekek. “Ish...ish...ish. Fitnah semata. Ada ke perut six pack macam ni dikatakan moncet.” Zharif menggosok-gosok perutnya.
            “Eleh kalau dah perut buncit tu, selamanya buncit!” Zawin tidak mahu mengalah.
            Zharif berdiri mendadak. “Nak tengok bukti ke?” cabarnya.
            “Macam la berani...”
            “Betul ni?” Zharif mengangkat keningnya. Apabila gadis itu turut mengangkat kening seakan mencabar dirinya, dia terus menyelak baju tidurnya ke atas.
            “Argh!” jerit Zawin lalu terus menutup matanya. “Zharif gila!”
            Zharif ketawa terbahak-bahak melihat reaksi gadis itu. “       Ingat Zharif tak berani ke?”
            “Dah la tu! Tutup perut tu,” pinta Zawin dalam tangan kanan masih menutup matanya.
            Zharif ketawa lagi lalu membetulkan kedudukan baju tidurnya dan kembali duduk mendepani Zawin. “Dah. Buka la mata tu.”
            Zawin mencemberutkan bibirnya usai melihat senyuman nakal pada bibir lelaki itu. “Tak senonoh betul Zharif ni.” Zawin menceceh.
            “Apa yang tak senonoh? Zawin kan yang cabar? So? Lagi pula sila ingat ya cik adik manis, aurat lelaki dari bawah perut sampai ke lutut. Perut ni masih halal ditengok buat tatapan cik adik manis...”
            Whatever...” balas Zawin.  Kek yang masih berbaki banyak, disumbat kedalam mulut.
            Zharif menggelengkan kepalanya, senyuman masih terukir dibibirnya. Wajah Zawin ditatap lama. “Betul ni Zawin nak tahu kenapa Zharif tahu Zawin tak puasa?”
            Zawin terus menatap anak mata coklat lelaki itu. Dia mengangguk bersungguh.
            “Kening Zawin berserabut,” balas Zharif ringkas.
            “Hah?!” Zawin membundarkan matanya. “Apa kaitan pula?”
            “Kening perempuan akan berserabut bila datang bulan,” balas Zharif selamba. Dia menyuap baki kek kedalam mulut. Bibirnya menguntum senyum melihat wajah terkejut gadis itu.
            Zawin terkedu mendengar penjelasan lelaki itu. Apakah Zharif tahu membaca wajah perempuan seperti abangnya? Hatinya berbisik cemas. “Err...Zharif tahu daripada mana?”
            “Zharif pernah belajar daripada seorang guru silat,” ujar Zharif.
            Hati Zawin berdetak kencang. Dia jadi segan tidak semena-mena. Zawin berdehem beberapa kali sambil menyentuh kedua pipi yang entah kenapa terasa membahang.
            “Kenapa?” soal Zharif dalam riak pelik.
            “Maknanya...Zharif tahu...yang...”
            “Yang Zawin masih dara?” potong Zharif.
            Zawin terasa darah menyerbu kewajahnya. Dia berdehem lagi untuk mengawal rasa malu yang menggunung. Dia tidak ingin lari, dia ingin mendengar ulasan lanjut lelaki itu. “Apa tanda-tanda seseorang itu masih dara?” soalnya lambat-lambat. Dia benar-benar segan namun rasa ingin tahu itu mengatasi rasa malunya.
            Zharif tersenyum lebar. “Bukan mudah untuk seseorang yang hilang dara ingin menyembunyikan identitinya daripada diketahui lelaki yang pandai meneliti. Betul ni nak tahu?”
            Zawin mengangguk bersungguh. Pipinya terasa membahang namun dia tidak peduli. Dia harus tahu tidak kira apa terjadi sekalipun.




8 awesome commentator:

  1. Assalamualaikum kak maira !!!!!! yeayy zawin dh tme zharif! eija ngs skli mse part zharif nyanyikn lgu permata yg dicari tu kt zawin..tacingnyee..zharif ngs.. congrates kak..skee agtt...love u..muah.hehe..

    ReplyDelete
  2. terima kasih cik penulis kerana tidak lagi meleret-leretkan kisah penerimaan zawin terhadap cinta zharif

    bagus kisahnya, tahniah

    jika karya ini dibukukan insya Allah saya tidak teragak-agak untuk membeli

    ReplyDelete
  3. ari2 menunggu new entry....akhirnya zawin accept gak zharif....

    ReplyDelete
  4. as salam... r u ready kidsss??? hak2.. nway.. entry kali ni pnuh dgn senyuman.. permata yg dcari.. sila2 new entry.. hehe...

    ReplyDelete
  5. wah best giler kak mya... ni kitty >_o

    ReplyDelete

terima kasih berikan komen ya.

 
Back To Top