BAB 32

            Hakunamatata,” ujar Zharif tiba-tiba. Dia mengelap peluh diwajah menggunakan tuala berwarna kuning.
            Zawin mengerutkan dahinya. “Macam pernah dengar.” Zawin melunjurkan kakinya diatas gelanggang squasy.
            Hakunamatata. Jangan bimbang,” ulang Zharif lagi bersulam senyuman manis.
            Still don’t get it.” Zawin mengangkat keningnya.
            The Lion King? Pernah tengok kartun tu?” Zharif merenung sepasang mata bening itu.
            “Oh ya. Lupa pula. Simba bukan?” Mata Zawin tiba-tiba bersinar gembira. Sudah lama dia tidak menonton kartun yang popular semasa zaman kanak-kanaknya itu.
            Zharif tersenyum lebar. “Lion king. Leo lady. Same right? Hakunamatata Zawin. Jangan bimbang. Semuanya akan menjadi baik.”
            Zawin turut tersenyum. “Harap begitulah.” Zawin merenung penampilan Zharif. Baju sukan Nike berwarna kuning cair, seluar panjang berwarna putih, kasut Nike kuning hitam, tuala muka berwarna kuning juga beg sukan Nike berwarna kuning putih. “Sejak bila pula Zharif suka warna kuning? Bukan ke Zharif selalu guna warna biru?” soalnya ingin tahu.
            Zharif menggoyangkan jari telunjuknya. “Zharif dah kata bukan, Zharif suka warna kuning selepas jumpa Zawin.”
            “Ya la tu.” Zawin menjuihkan bibirnya lalu meneguk banana shake perlahan.
            “Tengok tu...tak pernah percaya kata Zharif.”
            Zawin mengangkat bahunya. Apabila menyedari renungan Zharif masih terarah pada wajahnya, Zawin membalas renungan itu. “Apa?”
            “Zharif sangat sayangkan Zawin,” luah Zharif penuh perasaan. Dia benar-benar tidak dapat menanggung lagi rasa yang sarat dijiwa.
            Zawin mengetap bibirnya. Dia tidak membalas kata-kata itu lantas hanya membiarkan matanya berlawan pandang dengan lelaki itu.
            Zharif merenung mata Zawin lebih lama. Gadis itu seperti tiada rasa menatap renungannya. “Zharif nampak cahaya dalam mata Zawin. Adakah itu refleksi cahaya dari mata Zharif sendiri?” soalnya lembut.
            Zawin memanggung dagunya, merenung wajah lelaki itu bersungguh. Hatinya mengakui lelaki di hadapannya ini mampu menggoncang hati mana-mana gadis yang memandangnya. Apatah lagi tatkala Zharif Zahir mengukir senyuman manis. Tetapi entah kenapa hatinya begitu keras sekali untuk cair dengan renungan menggoda itu. “Adakala cinta yang mati turut mengheret hati. Hati yang mati pasti membunuh perasaan dalam nubari,” balasnya dalam suara bergetar. Zawin melontarkan bola squash pada dinding putih itu. Bola melantun kembali, pantas tangannya menyambut kembali bola hitam itu. Bola itu kembali dilontar ke dinding putih itu, bola melantun ke arahnya namun dia terpana apabila tangan Zharif menangkap bola itu terlebih dahulu. 
            Zharif merenung bola di tangannya, kemudian memandang wajah gadis itu. “Di mana ada kesedihan atau kegembiraan, angin pantai timur pasti terus bertiup. Begitu juga dalam kisah hati. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Jadi, mengapa perlu menutup pintu hati?”
            Zawin tersenyum kelat. “Bukan diri ini yang menahan hati. Tetapi ditutup oleh hati ini sendiri.” Zawin menyentuh tengah dadanya. “Terkadang hati ini bertanya, apa sebenarnya tindakan yang betul atau adakah tindakan ini yang salah?” lanjut Zawin lagi seraya menatap wajah Zharif, berharap ada jawapan pada persoalan itu.
            Zharif tersenyum nipis.. “Dunia ini sangat indah, penuh warna-warni. Ini sahaja kebenaran yang diketahui oleh hati.”
            Zawin mengukir senyum tawar.
            “Untuk hidupkan semula hati, wajib diisi dengan warna-warni.”
            Really? Macam mana tu?” soal Zawin kembali.
            Zharif sudah tersengih nakal. “Cintai diri ini. Pasti hati Zawin dipenuhi warna-warni.”
            Zawin menarik  muka. Bola ditangan Zharif dirampas kembali lalu melontarkan ke arah dinding putih. Berulangkali bola itu dilontar dan disambut kembali.
            “Kenapa Zawin sukar buka pintu hati untuk Zharif?” Air muka Zharif berubah serius.
            Zawin mengangkat bahunya.
            “Atau Zawin ada sesuatu yang masih tidak selesai dengan Iskandar?” tebak Zharif.
            Gerakan tangan Zawin serta-merta terhenti. Dia tidak jadi melontarkan bola ditangan sebaliknya menggenggam kuat bola kecil itu. Pandangannya tajam menatap wajah Zharif yang kelihatan tenang. “Susah sangat ke lelaki nak minta maaf atas kesilapan lalu? Kenapa susah sangat ayat lafaz maaf itu diucapkan?” luahnya dalam geram. Telah lama rasa itu dipendamnya. Rasa tidak puas hati yang bersarang dalam nubari itu telah menjadi duri dihatinya.
            “Zawin nak Iskandar lafazkan kata maaf. Begitu?” soal Zharif inginkan kepastian.
            Zawin mengangguk bersungguh. Wajahnya masih lagi keruh. “Wan dan Is...masing-masing tidak pernah meminta maaf kepada Zawin. Zawin nak sangat dengar lafaz maaf dari mulut dua lelaki itu. Kalau mereka berdua meminta maaf pada Zawin, mungkin hati Zawin yang terluka akan terubat. Luka semalam pasti akan pulih biarpun ada parutnya,” ujarnya tegas. Bola squasy kembali dilemparkan ke arah dinding putih.
            Zharif cepat-cepat menyambut bola lontaran itu. “Kalau Zharif mampu buatkan Iskandar dan Wan lafazkan maaf pada Zawin, adakah Zawin akan memberikan peluang pada Zharif?”
            Zawin mengangguk tanpa ragu-ragu. “Zawin hanya akan beri peluang pada Zharif pada saat dua lelaki gemini itu meminta maaf kepada Zawin,” ulangnya lagi.
*******
            “Sihat? Apa cerita?” soal Zharif sambil meneliti penampilan kemas doktor perubatan dihadapannya. Kemeja jingga ditubuhnya menaikkan seri wajah lelaki kacak itu. 
            Iskandar mengangguk. Matanya menyeluruhi dekorasi restauran jepun itu. Teh jepun yang dihidang disisip perlahan. “Yup. Baik-baik saja. Kenapa kau ajak aku keluar bro? Ada sesuatu yang kau nak beritahu ke?”
            Zharif tersenyum lebar. “Sesuatu? Apa? Aku ingat kau yang nak beritahu. Apa cerita kau sekarang? Cuba cerita sedikit,” balasnya kembali.
            “Cerita aku bro?” Iskandar ketawa kecil.
            “Ceritalah bro,” pinta Zharif lagi.
            “Kau nak tahu tentang patient aku kah? Dah buang tebiat ke apa kau ni bro?” Iskandar tergelak lagi.
            Zharif tersengih. “Kalau cerita tentang pesakit kau memang buang tabiat la tu. Cerita tentang kau lah. Apa dah jadi selama ini. Tak ada lah aku main terjah saja meneka.”
            “Ok sahaja hidup aku bro. Cuba kau terus terang bro. Cerita apa yang kau nak tahu? Kau beri soalan, aku jawab. Kan senang.” Iskandar berpeluk tubuh, merenung wajah Zharif.
            Zharif menghela nafas. Dia paling tidak suka dengan adengan tarik menarik begini. Dia lebih selesa berterus terang. “Ok. Bagaimana hubungan kau dengan Zawin?” soalnya.
            Iskandar terdiam. Dia terus meneguk air teh hijau yang telah suam. “Hubungan kami ada masalah,” ceritanya dalam suara perlahan.
            Zharif mengangguk tanda faham. “Jemput makan,” pelawanya sambil mendekatkan pinggan berisi sushi ikan salmon pada pinggan Iskandar.
            Iskandar menggeleng. “Aku tak suka makanan jepun.”
            “Oh ya. Lupa pula.” Zharif terus memasukkan sushi ikan salmon kedalam mulut, dikunyah perlahan. Sushi Nigiri pula diambil, dicicah kedalam kicap soya dan menikmatinya bersungguh.
            Iskandar memerhatikan segala tingkah laku Zharif dalam rasa cuak. “Bro...apa tujuan sebenar kau nak jumpa aku? Kalau tak ada perkara penting, aku nak balik,” luahnya dalam air  wajah bosan.
            Zharif menyembunyi senyum. Dia berdehem beberapa kali sebelum merenung wajah lelaki berambut terbelah itu. “Baru-baru ni aku lamar Zawin Az-Zahra...” beritahunya.
            Iskandar terus memusatkan pandangannya pada wajah lelaki thai-cina dihadapannya itu. “Err...dia terima?” soalnya lambat-lambat. Terasa lemah lututnya mendengar luahan Zharif.
            Zharif menggelengkan kepalanya. “Dia tak terima. Kau tahu kenapa?”
            “Kenapa?”
            “Sebab kau.”
            “Hah...apa kaitannya dengan aku?” Mata Iskandar membundar luas.
            “Sangat berkaitan.”
            “Aku tak faham.”
            “Susah sangat ke untuk kau minta maaf pada dia?”
            “Err...maaf? Untuk apa?”
            “Zawin tolak lamaran aku kerana hati dia masih terluka. Zawin kata...selagi kau tak minta maaf pada dia, selagi itu dia tidak akan buka hati dia pada sesiapa termasuk aku.”
            Iskandar terdiam. Tangannya menguis-nguis udang tempura didalam pinggan.
            Zharif berpeluk tubuh merenung wajah kacak dihadapannya. “Minta maaf sahaja. Kita tidak akan menjadi rendah, tidak hina jika meminta maaf pada orang lain. Lebih-lebih lagi kepada orang yang pernah kita lukai. Ayah saya cakap...orang yang meminta maaf adalah orang yang berlapang dada dan orang yang memaafkan adalah orang yang mempunyai jiwa yang besar. Zawin...dia seorang gadis yang berjiwa besar. Dia sentiasa memaafkan cuma dia nak dengar ucapan maaf kau kepada dia. Itu sahaja.”
            Iskandar masih lagi diam.
            “Kau benar-benar sayang pada Zawin kan?” tebak Zharif.
            Iskandar mengangkat wajahnya, membalas renungan lelaki dihadapannya. “Aku...”
            “Kau sayang dia...tapi kau tak pernah ucap kata-kata cinta pada Zawin bukan?”
            Mata Iskandar mencerlung tajam. “Kau tak perlu tahu. Kau siapa untuk masuk campur dalam urusan aku!”. Iskandar bangun dari kerusi.
            Zharif masih bersikap tenang dan ikut bangun juga. Wajah lelaki yang berubah keruh itu ditatap lembut. “Minta maaf pada Zawin. Kalau tidak...”
            “Kalau tidak...apa yang kau nak buat?” Cabar Iskandar dengan berani.
            Zharif tersenyum sinis. Telefon pintarnya dikeluarkan, tangannya cekatan menekan butang mencari gambar yang telah lama disimpannya. Zharif mengunjukkan gambar yang tertera kepada Iskandar.
            Mata Iskandar membuntang luas, bibirnya terketar-ketar. Wajahnya jelas dalam gambar yang menunjukkan dia sedang berkucupan dengan seorang wanita Jepun  dalam bilik di sebuah hotel. Wanita itu sering menjadi teman tidurnya semasa menuntut di negara matahari terbit itu.  “Kau...kau...mana kau dapat gambar ni?” soalnya dalam tergagap-gagap.
            “Aku siasat kau. Aku upah penyiasat peribadi aku untuk gali maklumat hidup kau. Kenapa? Kau tak puas hati?” Zharif mengangkat-angkat keningnya dalam sengih sinisnya.
            “Memang aku tak puas hati!” Iskandar menggenggam penumbuknya. “Kenapa kau siasat tentang aku? Kita bukan bermusuh selama ini pun”.
            “Memang,” balas Zharif sepatah. “Memang kita tidak bermusuh, tetapi kita menyintai gadis yang sama.”
            Daniel Iskandar menghela nafas dalam-dalam. Cuba menghindar jauh-jauh perasaan marah. Hatinya benar-benar sakit apabila menyedari Zharif benar-benar berusaha untuk memikat Zawin.
            “Bila aku mengetahui kau dan dia kembali menjadi pasangan, terus terang aku memang kecewa, namun aku bersyukur kerana aku boleh melihat Zawin didepan mata, gelak tawa dia, senyuman dia. Semua itu sentiasa mengubat hati aku. Bagi aku...tidak apa jika tidak dapat memiliki hati Zawin asalkan Zawin bahagia. Kerana itu juga, aku menyiasat latar belakang kau untuk memastikan kau lelaki yang benar-benar layak memiliki Zawin. Tetapi...apa yang aku jumpa adalah rekod yang buruk. Sangat-sangat buruk khususnya sebagai seorang muslim. Masa Zawin kata kau ada medical convention di Jepun, aku menghantar penyiasat yang  sama ke sana. Mizako...seorang wanita Jepun yang sangat mudah disogok dengan wang. Dia memasang hidden camera yang diberikan penyiasat aku didalam bilik hotel...”
            Iskandar benar-benar terpempan. Bagaikan ada sebuah batu besar dihempapkan ke atas kepalanya.  “Apa...apa...yang kau nak aku buat?” soalnya dalam suara terketar-ketar.
            Well...aku nak kau buat satu sahaja. Minta maaf dengan Zawin secara lisan, bukan menghantar mesej atau e-mail. Kalau tak...kau sendiri tahu, apa akan jadi pada kau. Aku tidak teragak-agak untuk bertindak, memanfaatkan maklumat yang aku ada untuk menjatuhkan kau jika kau tak lakukan apa yang aku pinta. Minta maaf pada Zawin Az-Zahra. Itu sahaja,” ujar Zharif berbaur amaran.
            Iskandar menggigit bibir bawahnya. Kedua buku limanya digenggam kemas. Dia terduduk semula diatas kerusi.  
*******
            “Kenapa Mia suka warna kuning?” soal Zawin sambil meniarap dan merenung cahaya lilin yang menerangi bilik sederhana besar itu. Dua lilin kuning sebesar penumbuk orang dewasa itu sengaja dinyalakan sambil melayan drama jepun, Hana Kimi daripada lap-top milik Damia. Bau lavender semerbak menebar ke serata bilik.
            “Kalau Mia cerita mesti Kak Zawin gelak,” balas Damia. Patung spongebob dipeluknya erat.
            “Cerita lah. Mesti menarik bukan?” Zawin terus duduk dari kedudukan meniarap lantas memeluk bantal peluk berwarna kuning.
            Damia ketawa kecil. “ Ok. Kisahnya...Mia memang suka warna kuning sejak kecil lagi. Nak tahu sebab apa?”
            Zawin mengangguk bersungguh.
            “Dulu Mia dan adik beradik selalu main jadi Power Rangers. Memandangkan tak ada siapa nak ambil watak Power Rangers kuning, jadi Mia lah yang ambil. Selepas itu, setiap kali main Power Rangers, Mia jadi ranger kuning. Lama-lama, Mia suka warna kuning.  Macam entah apa-apa sajakan?” Damia ketawa besar usai bercerita.
            Zawin membundarkan matanya. “Mia! Kisah dan puncanya sama dengan akak!” beritahunya teruja.
            Mulut Damia sudah terlopong luas. “Biar betul?”
            Zawin tergelak besar. Sungguh-sungguh dia ketawa. Mengenali Nur Damia membuatkannya merasa seperti memasuki dunia baru yang sangat indah. Penuh dengan kejutan yang mencengangkan. “Itulah punca yang sama akak suka warna kuning. Ingatkan akak seorang saja dalam dunia ini suka warna kuning sebab power rangers kuning!”
            “Ya rabbi. Boleh pula sama kan?” Damia sudah lelah dalam tawa.
            Zawin berdiri dan mengambil sikat yang didekatkan dimulut lalu bersuara dalam tawa tertahan. “Wahai Rangers Kuning, berapa ramai lagi budak di luar sana yang terkena pengaruh kau seperti kami ya?”
            Damia sudah terguling-guling ketawa diatas tilam.
            Pintu bilik diketuk beberapa kali.
            Zawin mengesat air mata yang keluar dipipi sambil cuba meredakan tawa yang masih berbaki. Sebaik pintu bilik dibuka, wajah Wan Ezza yang penuh tanda tanya muncul didepan pintu.
            “Ya rabbi korang ber candle light dinner? Siap bawa turun tilam ke lantai lagi,” tegur Wan Ezza selajur tawanya meletus.
            Damia terus ketawa lagi.
            “Ala Kak Wan, seronok juga sekali sekala begini,” balas Zawin.
            Wan Ezza menggelengkan kepalanya. “Ingatkan korang berdua kena rasuk tadi. Terkejut akak. Ok. Akak nak keluar ni. Jaga-jaga lilin tu. Prevention is better than cure.” Pesan Wan Ezza seraya membetulkan ikatan rambutnya.
            Yes sir!” Damia dan Zawin serentak menjawab sambil membuat tabik hormat.
            Wan Ezza tersenyum lebar dan berlalu pergi.
            “Weh, hangpa buat apa ni?” tegur Amira. Dia tercengang melihat suasana romantik dalam bilik itu bertemankan cahaya lilin.
            Zawin terus mengukir senyum  pada gadis berdahi luas yang berasal dari Penang itu.
            Candle light dinner.” Damia tersengih menyeringai.
            “Banyaklah kau candle light dinner. Jom makan pizza. Bos kami belanja tadi,” pelawa Amira.
            Junior Masterchef Australia sedang on air. Perfect time baby,” sokong Alina yang muncul di belakang Amira.
            “Ok,” sahut Damia lalu menutup kuasa desktop dan meniup api lilin disebelah katilnya.
            “Rumah sebelah ini, tak ada orang ke?” soal Zawin melontarkan persoalan yang telah lama bermain-main difikiran.
            “Tak ada,” balas Amira. Dalam mulut penuh dia menyambung kata. “Tuan rumah sebelah halau kawan kami yang tinggal situ semester lepas. Kes gaduh dengan tuan rumah.”
            “Kes tu ok lagi la. Kes kami dulu lagi teruk,” tokok Alina pula.
            “La...kes apa pula?” Zawin mengunyah perlahan pizza dominos. Dia mengerling Damia yang tekun menumpukan perhatian pada rancangan masakan pada peti televisyen.
            “Dulu kami serumah dengan seorang budak accounting di blok 2. Berlagak gila. Mentang-mentanglah keluarga kerabat dan pelajar tajaan JPA, suka hati sahaja nak condemn pelajar kos lain,” cerita Amira bersungguh.
            “Tengku Azura nama budak tu. Kalau jumpa lagi, siap la budak tu.” Alina mengepal penumbuknya.
            “Cuba cerita,” pinta Zawin. Mendengar nama itu disebut, dia sedikit tersentak. Takkanlah pelajarnya itu? Desis hatinya. Tumpuannya bukan lagi pada rancangan dipeti televisyen tetapi pada cerita dua gadis yang mengambil kos Pengurusan Hotel itu.
             “Macam ni Kak, kami bertiga satu bilik. Suatu hari seorang akak yang duduk di bilik hujung cerita pada kami yang Tengku Azura bawa balik lelaki dalam bilik kami. Bila kami tanya Tengku Azura tak mengaku padahal bukti memang ada. Habis tilam kami busuk dengan tinggalan yang tak senonoh!” luah Amira dalam geram.
            Alina mengangguk. “Sebab perangai segelintir pelajar universiti macam ini lah banyak cemarkan nama baik institusi pengajian tinggi!”
            “Eh kejap. Adakah Tengku Azura rambut perang, tinggi lampai...” Zawin mencelah.
            “Ha...betullah. Nama penuh dia Tengku Azura binti Tengku Amir,” beritahu Alina.
            Zawin terasa seperti lehernya dicekik kala ini. Benarlah pelajarnya! Kecilnya dunia.
            “Kenapa kak Zawin?” tegur Alina.
            Zawin pantas menggeleng. “Hangpa keluar dari rumah dulu sebab kes itu ke?”
            Amira menggangguk. “Salah satu punca la. Lain-lain punca, Tengku Azura tu fitnah kami macam-macam pada kawan serumah lain. Mira betul-betul geram! Sebelum Mira keluar daripada rumah itu, Mira gunting wayar hair dryer Tengku Azura,” ceritanya penuh emosi.
            Mata Zawin membundar luas. “You did what?”
            Alina ketawa mengekek. “Mira memang berani!” getusnya seraya menepuk bahu Amira. “Semalam Tengku Azura marah kami bila terserempak depan library. Tengku Azura ungkit pasal wayar hair dryer dia yang Mira potong. Kami buat bodoh saja la. Biar dia membebel sorang. Sudahnya, Tengku Azura yang sakit hati balik. Padan muka!”
            Zawin ketawa kecil. Manusia memang penuh dengan pelbagai ragam. Nada dering hey ladies kedengaran nyaring dari arah biliknya. Pantas sahaja Zawin bangun, menuju ke dalam bilik. Melihat nombor asing yang tertera pada skrin I-Phone, Zawin mengerutkan keningnya. Dalam teragak-agak, Zawin menyambut panggilan itu.
            “Zawin...err...ini Wan.”
            “Wan Zaidi?” Zawin benar-benar terkejut.
            “Ya...erm...Zawin. Wan nak minta maaf...”
            Zawin terdiam lama. Kenangan pahit lalu mula terhimbau kembali. Masih segar dalam ingatannya pada saat Wan Zaidi menghulurkan kad perkahwinan tertera nama lelaki itu bersama Yasmin. Zawin mula menilik hati sendiri. Adakah dia sudah benar-benar memaafkan lelaki itu atau dia sudah memaafkan cuma sukar melupai perbuatan Wan Zaidi kepadanya?
            “Zawin...dengar tak ni?” panggil Wan Zaidi dihujung talian.
            “Err...ya,” sahut Zawin lambat-lambat. Terasa bagaikan baru sahaja terbangun daripada mimpi yang menyedihkan.
            “Wan minta maaf sangat. Wan tak sedar, sehingga kini Wan tak pernah meminta maaf pada Zawin kerana melukakan hati Zawin dulu. Wan harap, Zawin akan memaafkan Wan.”
            Zawin memejamkan matanya. Wajah Zharif muncul dalam laut fikirnya. Ternyata lelaki itu tidak memberikan janji kosong. Jika Daniel Iskandar turut meminta maaf kepadanya, haruskah dia memberikan peluang kepada Zharif? “Wan...Zawin dah maafkan Wan. Semoga bahagia bersama Kak Puteri,” luah Zawin akhirnya.
            “Terima kasih Zawin. Wan tak pernah buang Zawin dalam hidup Wan. Lagi pula Zawin baik dengan Puteri. Wan harap, kita dapat berkawan seperti dulu.”
             “Ok,” balas Zawin ringkas. Dia benar-benar kehilangan kata-kata. Lama dia duduk termenung usai panggilan itu tamat. Lamunan Zawin tersentak apabila I-Phone menjerit sekali lagi. Melihat nama Iskandar pada skrin telefon pintar itu, hati Zawin bergetar hebat.
*******

            Kalau pergi Kuala Kubu
            Tulis nama atas batu
            Saban hari ku menanti waktu
            Pulanglah segera kepadaku
            P/S: Boleh saya jumpa saudari? Kalau ingin mengetahui siapa saya, datang ke Restoren Agehan Japanes, Hotel Blue Wave malam ini.
            Zawin mencampakkan kad berwarna merah itu diatas meja kerja. Matanya merenung jambanganbunga mawar merah itu dalam sangsi. Sudah lama dia tidak mendapat jambanganbunga mawar, tetapi hari ini bunga itu muncul kembali. Siapa dia? Pelbagai wajah muncul dilaut fikirnya namun satu wajah pun tidak kekal dalam menyimpul gerangan pemberi bunga. Apabila wajah Zharif melintas dibenak, Zawin pantas menggeleng. “Tak...bukan dia...” bisiknya perlahan. Hati kecilnya turut bersuara begitu. Tapi siapa dia? Zawin terus mencapai telefon pintar dan mencari nombor telefon Najla dalam senarai kenalan.
            “Ganggu tak ni?” soal Zawin usai berbalas salam.
            “Tak. Al-Fateh baru saja tidur. Aku pun baru ingat nak telefon kau.”
            “Kenapa?”
            “Tentang rumah kau di Seksyen dua tu. Dah ada pembeli. Kau tunggu sahaja durian runtuh. Harga rumah di Shah Alam ikut pasaran memang tinggi.”
            “Syukur. Aku harap pemilik rumah yang baru boleh jaga rumah tu sebaik mungkin.” Zawin menghela nafas lega. Dia tidak mahu lagi ada kaitan dengan rumah yang banyak memberikan dia kenangan menyedihkan itu. Bayang arwah Zeyra sudah tidak menghantuinya lagi. Benarlah masa mengubat segalanya.
            “Anas dah uruskan semuanya. Kau jangan bimbang.”
            “Erm...kamu berdua memang bijak la. Bidang hartanah kalau kena gaya...memang bawa pulangan menguntungkan.”
            Najla ketawa halus. “Nak berjaya dunia...wajib dengan ilmu. Begitu juga akhirat. Uit. Sudah cukup cerita pasal aku. Apa cerita kau?”
            Zawin memainkan pen dihujung jarinya. “Is...” Zawin berhenti berkata.
            “Kenapa dengan Is?”
            “Semalam dia call...” Zawin memejamkan matanya.
            “Dia nak apa?”
            “Is minta maaf...” jawab Zawin lambat-lambat.
            “Ha? Betul ke? Daniel Iskandar minta maaf? Ini dah dikira pecah rekod dunia!”
            Zawin menahan tawa mendengar kata-kata Najla. “Kan? Aku macam tak percaya semalam dia minta maaf.”
            “Aku lagi tak percaya. Sejak kecil aku kenal Is, susah amat dia nak minta maaf.  Dia dah buang tebiat ke?”
            “Wan Zaidi pun ada call aku, minta maaf atas perbuatan dia yang dulu,” beritahu Zawin lagi.
            “Aik? Pelik saja. Ada sesuatu yang aku tak tahu?”
            “Zharif...aku beritahu Zharif kalau dia berjaya buatkan dua lelaki itu minta maaf daripada aku...”
            “Kau akan buka hati kau untuk Zharif?” sampuk Najla.
            Zawin terdiam. “Peluang. Hanya peluang. Hati...aku tak beri jaminan.”
            “Aku tak nak cakap lebih-lebih Zawin. Semuanya terserah pada kau. Kau gadis matang. Kau tahu apa yang perlu dilakukan bukan?”
            Zawin menghela nafas dalam-dalam. Dia tidak mahu memikirkan tentang Zharif pada saat ini. “Najla...aku dapat bunga mawar merah hari ini,” beritahunya seraya mengambil sekuntum bunga mawar merah lalu membawanya kehidung.
            “Apa? Dah lama kan kau tak dapat bunga?”
            “Itu yang aku pelik. Tiba-tiba sahaja...err...orang misteri ni nak jumpa aku la Najla.”
             “Ya rabbi. Habis tu...kau nak jumpa dengan dia lah?”  
            Zawin mengambil semula kad merah tadi. Dia merenung bait-bait kata yang tertulis. “Aku tak tahu tapi kan...dalam kad yang dia beri ni...ada bait-bait lirik lagu sudirman. Joget kenangan manis.”
            Najla terdiam. Cuba memikirkan klu yang diberi dan perkaitan dengan diri Zawin. Matanya membundar luas tiba-tiba apabila seraut wajah melintas dibenaknya. “Aku rasa aku tahu siapa!”
*******
            “Mana dia ni?” Zawin mengerling jam tangannya. Sudah lima minit lelaki pemberi bunga misteri itu lambat. Dia memang tidak suka orang memungkiri janji dan tidak biasa dimungkiri janji. Zawin menghela nafas dalam-dalam. Sesekali matanya menyeluruhi hiasan dalaman Restauran Agehan Japanese yang terletak didalam Hotel Grand Blue Wave itu. Lampu berwarna oren ternyata berjaya membawa kehangatan dalam ruang restoren yang banyak menggunakan perabot kayu tradisional. Warna coklat perang tanah menjadi latar warna bagi logo restoren itu. Tumbuhan buluh pula ditanam dan diletakkan di satu sudut bahagian pintu masuk.
            Wajah Zharif melintas dibenaknya. Dia cuba membandingkan hiasan dalaman restoren jejaka itu dengan restoren jepun didalam hotel Grand Blue Wave. Hati kecilnya lebih menyukai hiasan dalaman Restoren Miyako milik Zharif. Mata Zawin melilau mencari kelibat insan yang ditunggu. Benarkah tebakan Najla mengenai lelaki misteri itu?  Zawin malas untuk memikirkan persoalan itu lantas membuka buku motivasi tulisan Jack Canfield sambil menghirup teh jepun yang dihidangkan.
            Seorang lelaki tinggi lampai, berkaca mata hitam dan berkemeja kuning cair melangkah masuk ke dalam restoren jepun itu. Ditangannya terdapat jambangan bunga mawar pelbagai warna yang dibungkus cantik bersama reben kuning. Bibirnya menguntum senyum apabila matanya menangkap wajah ayu yang tidak jauh berubah semasa remajanya malah wajah itu kelihatan lebih matang. Perlahan dia mengatur langkah mendekati tubir meja kayu itu.
            Zawin mengangkat kepalanya apabila menyedari satu kelibat disisi mejanya. Mata Zawin terus membulat luas, sebaik mengecam wajah lelaki yang pernah dikenalinya semasa zaman remaja dulu. Wajah tampan itu, hanya seorang sahaja yang memilikinya. Dia terus berdiri mendadak. Benarlah tebakan Najla!
            “Hai...kenal saya lagi tak?” Lelaki itu menghulurkan jambangan bunga ditangan kepada gadis yang mengenakan blouse kuning cair itu. Tudungnya juga dari rona warna yang sama bersulam warna krim yang menaikkan seri wajah gadis itu.
            Kepala Zawin terangguk-angguk dalam riak wajah yang masih terkejut. Zawin menyambut  jambangan bunga itu dalam keadaan masih kaget. Terasa kakinya tidak berpijak dibumi nyata. Sungguh dia tergamam bersulam kejutan yang tidak langsung dijangkanya. “Vi...nod?” soalnya meminta kepastian dalam gugup gagap yang sukar dikawalnya. Tanpa sedar buku ditangan melurut jatuh dari pegangannya.
            Vinod mengangguk dalam senyuman manis. Kaca mata hitam ditanggalkan. Kedua belah pipi menyerlahkan lesung pipit. Dia menunduk, mengambil buku berwarna merah itu lalu dihulurkan kepada gadis melayu itu.
            “Ya Allah. Kau benar-benar Vinod?” Air mata bergenangan dikelopak mata. Mata Zawin berkaca-kaca. Vinod, si lelaki berlesung pipit itu telah kembali. Dia sudah terduduk diatas kerusi kembali apabila terasa kakinya benar-benar tidak dapat berpijak dibumi.
            Vinod mengangguk bersungguh lalu menarik kerusi dan duduk mendepani.
            Zawin sudah tidak dapat menahan empangan daripada pecah. Air matanya gugur jua biarpun puas ditahan. Cekatan kura tangannnya mengelap air mata dipipi. “Vinod...lama sungguh kita tidak berjumpa,” ujarnya lagi sambil terus menerus menatap wajah lelaki india itu.
            Vinod tersenyum lebar. “Sangat lama. Hampir sepuluh tahun. Apa khabar Zawin Az-Zahra, si Puteri Walinong Sari?”
            Zawin ketawa halus dalam rasa sendu. “Hanya Vinod seorang sahaja yang panggil Zawin begitu. Bukan kah sejak dulu Zawin cakap, Zawin adalah puteri Perak. Bukan puteri Pahang itu. Zawin tinggal di Bagan Serai, bukan di puncak Gunung Tahan,” sangkalnya dalam nada berseloroh.
            Vinod menggoyangkan jari telunjuknya sambil menggelengkan kepalanya. “Walinong la yang sari, puteri yang cantik, pandai menyabung pandai, bersilat gayung, pandai melambung lembing.Walinong la yang sari, puteri bestari, datang membawa turun, membawa payung. Payung berwarna kuning. Semua ciri-ciri puteri ini ada pada Zawin,” tegasnya lagi.
            Zawin tersenyum lebar. Ternyata berjumpa lelaki india ini bagaikan mengulang kembali kenangan zaman remaja yang begitu indah.
            “Zawin...dah lupa kenangan manis antara kita?” soal Vinod.
            “Tak.  Zawin tak pernah lupa,” sangkal Zawin.
            Vinod tersenyum manis. “Baru-baru ini, Vinod lalu di sekolah lama kita dulu. Vinod lihat bangku putih tempat kita selalu lepak bersama. Sungguh Vinod rindukan kenangan kita dahulu. Kita selalu bersama. Vinod main gitar dan Zawin akan menyanyikan lagu yang Vinod mainkan.”
            Zawin terangguk-angguk dalam rasa sebak didada. “Joget kenangan manis. Itu lagu yang sering kita nyanyikan bersama.”
            Vinod menyeka air matanya yang turut gugur. “Saya tak pernah lupakan kenangan manis antara kita dulu. Zawin banyak mengajarkan saya erti hidup, erti gembira...kasih sayang...kerana itu saya mencari Zawin semula. Maaf, saya membuatkan Zawin tertanya-tanya siapa gerangan pemberi bunga-bunga mawar selama ini.”
            “Tak apa. Akhirnya, ketahuan juga kan.”
            Pelayan datang membawa buku menu. Vinod dan Zawin sepakat memilih Sashimi Moriawase, Nigiri Sushi Moriawase, Agedashi Tofu, Tori Katsu, Saba Shioyaki, dan pencuci mulut Green Tea Ice-cream.
            “Jadi...apa perkembangan Vinod sekarang?” soal Zawin sebaik pelayan pergi. Dia menatap bersungguh wajah jejaka itu. Memang hatinya merindui rakan rapat semasa zaman remajanya itu.
            Vinod menyatukan jari jemarinya. Mata bundar gadis itu direnung lama. “Pertama sekali, Vinod nak minta maaf,” ucapnya tiba-tiba. “Maaf sebab berhenti daripada mengutus surat. Kita tak pernah gagal berutusan surat selama enam bulan selepas Vinod berpindah ke Scotland kan?”
            Zawin mengangguk. Memang surat menjadi penyambung hubungan persahabatan mereka selama Vinod berpindah ke luar negara, namun tiba-tiba tiada lagi surat yang kunjung datang. Dia sentiasa tertanya-tanya apa puncanya.
            “Sebenarnya...” Vinod menarik nafas pendek. “Keluarga kami berpindah ke Perancis selepas ayah tiri mendapat tawaran kerja yang lebih menjanjikan pulangan lumayan. Semua surat, gambar kenangan kita, alamat dan segala maklumat tentang Zawin dan rakan-rakan kita yang lain...hilang semasa tiba di Paris. Sebuah bagasi yang Vinod letakkan semua barang-barang peribadi telah hilang di lapangan terbang  Charles de Gaulle. Bagai nak gila Vinod mencari, tapi sudahnya memang tidak ditemui. Vinod sangat sedih. Betul betul sedih,” luah Vinod lagi dalam suara sayu.
            “Oh...begitu.” Zawin mula memahami punca yang menyebabkan terputusnya utusan surat lelaki itu. “Tak apa Vinod. Semuanya sudah tertulis dalam takdir. Sebenarnya...semasa Zawin belajar di Scotland dahulu, ada juga Zawin cuba mencari maklumat tentang Vinod,  cuba mengesan wajah Vinod pada wajah setiap lelaki berbangsa india yang terserempak dimana-mana...tetapi semuanya tidak membuahkan hasil,”cerita Zawin pula.
            Mata Vinod bersinar tiba-tiba. “Zawin cari Vinod? Vinod istimewa ya?”
            “Mestilah istimewa. Vinod kan kawan Zawin,” sahut Zawin bersungguh.
            Pelayan datang membawa hidangan Sashimi Moriawase, kombinasi ikan salmon, mackerel, tuna, mentega ikan dan sotong kurita yang disajikan dengan wasabi.
            “Jemput makan,” pelawa Vinod. Vinod memasukkan sushi ikan tuna ke dalam mulutnya.
            Zawin tersenyum sendiri. “Vinod masih ingat dengan makanan kegemaran Zawin?” soalnya lalu menguyah perlahan Nigiri Sushi Moriawase bersama sedikit kicap dan wasabi.
             “Tentu saya ingat. Segala tentang Zawin...semuanya masih segar dalam ingatan.” Vinod terus memasukkan sushi ikan salmon ke dalam mulut. “Kicap dan wasabi memang kombinasi yang sempurna bersama sushi!” ujarnya teruja.
            “Kan?” Zawin terus menikmati hidangan yang dipesan. Seronok juga bila sesekali menikmati hidangan Jepun ditempat yang bukan menjadi kebiasaannya. Isi pinggan yang penuh warna-warni dengan pelbagai jenis sushi termasuk telur ikan salmon di atas sushi membuatkan kecur liurnya. Cara menyedia hidangan itu jelas mempamerkan kemahiran tukang masak dalam memotong kepingan ikan dengan sempurna.
            “Zawin masih bermain gitar? Melukis?Menyanyi?” soal Vinod tiba-tiba.
            Zawin mengangkat kedua bahunya.
            “Apa maksudnya itu?” Vinod mengangkat kening kirinya.
            Zawin merenung udang tempura pada kayu penyepit. “Banyak perkara yang berlaku selepas Vinod pergi. Mak ayah Zawin bercerai. Cikgu Zarifah meninggal. Banyak ujian yang mendatangi dalam tahun itu juga. Gitar, muzik, lukisan...semuanya telah mati dalam hidup Zawin.”
            Well...” Vinod mengelap bibirnya menggunakan tisu, menatap wajah Zawin bersungguh. “Vinod pasti ada sebabnya semua itu berlaku. Dalam diri Zawin ada darah seni yang mengalir. Zawin takkan mampu buang bukan?”
            Zawin hanya mampu tersenyum. “Macam mana Vinod boleh cari Zawin? Lebih spesifik, macam mana boleh kerja di Malaysia?” 
             Vinod menghirup teh hijau perlahan. Dia mengalihkan pandangan pada wajah Zawin yang masih sabar menunggu jawapannya. Syarikat Vinod di Perancis hantar Vinod ke Pelabuhan Klang. SDV France ada buat joint venture dengan Gemleo Corp.”
            Zawin terpempan. “Gemleo Corp? Jadi...err...Vinod kenal Zharif Zahir?”
            Vinod merenung wajah gadis dihadapannya. “Vinod sayangkan Zawin,” ucapnya tanpa berselindung lagi.
            Zawin menahan nafasnya. Buat seketika dia mati akal, mati kata. Luahan perasaan itu membuatkan dia benar-benar terasa terawang-awang diudara. “Takkanlah...”
            “Vinod serius...” Vinod menegakkan badannya, bersuara penuh yakin. “Vinod memang serius dengan perasaan sayang Vinod pada Zawin. Sejak dulu lagi perasaan ini telah ada,” lanjut Vinod lagi.
            Zawin merenung sepasang mata indah dihadapannya. Telinganya tergiang-giang usikan Najla mengenai perasaan jejaka itu dan ternyata telahan rakannya itu benar.  “Err...Zawin tak tahu nak cakap apa...cuma...kenapa tidak berdepan saja dengan Zawin?” soalnya kembali.
            Vinod menghela nafas pendek. “Vinod tiba-tiba dilanda perasaan takut dan cemburu. Takut...Vinod tak boleh jadi kawan Zawin seperti dulu...dan cemburu dengan perhubungan Zawin dengan Wan Zaidi ketika itu.”
            Zawin terkedu mendengar jawapan itu. “Vinod tahu...tentang Wan Zaidi?”
            Vinod mengangguk. “Tentang Daniel Iskandar...juga Vinod tahu.”
            Zawin benar-benar terpempan.
            “Tapi...masa tu Vinod lihat Zawin dari jauh. Vinod tak berani dekat sebab Vinod takut tak mampu jadi kawan Zawin. Hati ini tidak merelakan orang yang Vinod sayang bersama lelaki lain,” ulas Vinod panjang lebar.
            Zawin memandang hidangan didalam pinggan. Dia menghela nafas dalam-dalam kemudian mengangkat wajahnya. “Vinod...Zawin  memang tak tahu nak cakap apa. Terima kasih atas perasaan sayang untuk Zawin. Zawin...memang tak akan mampu mencintai lagi...”
            Vinod mengangguk tanda faham. Dia telah lama mengulati hakikat antara meraka memang tiada kisah bersama. Lagi pula kepercayaan agama yang berbeza pasti menyukarkan mereka kelak.
            Zawin menjamah Agedashi Tofu yang entah bila hidangan itu diletakkan di atas meja. Dia memejamkan mata menikmati isi tauhu yang lembut dan licin seperti sutera. Beralih pada hidangan Saba Shioyaki, tangannya cekatan memerah jus lemon di atas  ikan kembung panggang itu lalu menikmati isi ikan yang begitu lembap dan enak bersama kulit yang rangup diluar.
            “Zawin...” panggil Vinod perlahan.
            “Ya.” Zawin mengangkat wajahnya.
            “Boleh Vinod kata sesuatu?”
            Zawin mengangguk lambat-lambat. Dia menolak ke tepi hidangan Saba Shioyaki itu lalu menatap wajah rakannya itu.  
            Vinod tersenyum. “Tak apalah. Mari makan,” ujarnya lalu memerah jus lemon ke atas hidangan Tori Katsu. Rasa ayam goreng yang rangup bersama perahan jus lemon itu memang enak.
            Mereka bersama-sama menikmati hidangan tanpa sepatah kata sehinggalah giliran pencuci mulut green tea ice cream dihantar pelayan.
            Zawin menikmati pencuci mulut yang dihidangkan lambat-lambat. Biarpun dia kurang menggemari ais krim, namun ais krim berwarna hijau yang ditambah dengan kacang merah dan sekeping cracker di atas ais krim itu berjaya membuka seleranya. Matanya terpandang sejambak bunga mawar yang diberikan Vinod di bahagian tubir meja. “Vinod kata...Vinod ingat segalanya tentang Zawin kan?”
            Vinod ketawa halus. “Ya. Ada keraguan?”
            Zawin mengangguk. “Bunga mawar bukan bunga kegemaran Zawin...”
            “Vinod tahu...”
            “Jadi?”
            “Zawin suka bunga matahari bukan?”
            Zawin mengangguk dalam senyum. Benarlah lelaki ini tidak pernah melupakan dirinya.
            “Pada Vinod, Zawin seperti bunga mawar.”
            “Oh ya ke? Kenapa?” Zawin menyuap aiskrim kedalam mulut.
            Vinod menyatukan kesemua jari jemarinya. “Bunga mawar sangat unik. Cantik dan juga mekar ditengah-tengah duri. Untuk mendapatkan Zawin, bukan mudah. Ada halangan dan ujian yang perlu dilalui.”
            Zawin tergelak. “Merepek sahaja.”
            “La...Vinod serius ini.”    
            Zawin menggoyangkan jari telunjuknya dihadapan wajah Vinod. “Tolong tukar topik.”
            Vinod tersengih. “Bunga ros juga ada maksud pada setiap warna. Nak dengar apa maksudnya?”
            “Mestilah nak tahu,” balas Zawin dengan teruja. Dia merenung jambangan bunga yang diberikan Vinod. Baru dia perasan, kali ini mawar yang diberi terdiri daripada pelbagai warna. Zawin  mengambil satu kuntum mawar berwarna kuning, dibawa ke hidung lalu dihidu dalam-dalam.
            “Bunga mawar digunakan untuk menyampaikan mesej daripada hati,” beritahu Vinod.
            “Oh? Macam mana tu?” Zawin semakin berminat.
            “Pilih sahaja mawar mengikut warna dan itu sahaja yang perlu dibuat.”
            “Ok. Mawar kuning, apa mesejnya?” pinta Zawin seraya mengunjukkan bunga mawar ditangan kepada Vinod.
            Vinod sudah tersenyum. “Your favorite color right? Mawar kuning melambangkan isyarat satu langkah dalam membina persahabatan.”
            Zawin ketawa halus. Mawar hitam pula dicapai dari dalam jambangan. “Ini pula?”
             “Bunga mawar hitam ini melambangkan isyarat kebencian atau kekecewaan. Sebab itu bunga mawar hitam turut terselit hari ini...melambangkan Zawin telah mengecewakan hati ini,” terangnya dalam nada berseloroh.
            Zawin menjeling manja. “Mawar putih pula?”          
            “Mawar putih  sebagai isyarat untuk memujuk hati yang sedang panas. Ingin menyatukan semula dua hati yang terluka,” terang Vinod.
            Zawin menganggukkan kepalanya. “Bagaimana pula mawar merah jambu?” Zawin menarik keluar bunga mawar merah jambu.
            Vinod mengambil bunga itu daripada Zawin. Lama dia meneliti bunga itu. “Warna merah jambu membawa isyarat...saya sangat suka awak,” terangnya penuh perasaan sambil merenung bunga mawar itu.
            Zawin menahan senyum. “Vinod suka warna merah kan? Pasti Vinod sangat menyukai mawar merah kan?” tebaknya.
            “Wah...Zawin masih ingat ya?” Mata Vinod bersinar tiba-tiba.
            “Mestilah Zawin ingat. Apa pula isyarat melalui mawar merah?”
            Vinod terdiam seketika. “Mawar merah...membawa maksud kisah hati yang ingin diberitahu pada satu dunia iaitu ‘I Love You’.”
            “Wah! Menarik!” Zawin menepuk tangannya. “Antara semua mawar, mawar mana yang Vinod nak hadiahkan pada Zawin?”
            Vinod tersenyum lebar. “Kenapa? Ada keraguan?”
            “Malangnya memang ragu.”
            “Erm...kalau Vinod beri Zawin mawar merah, menangis Zawin nanti,” seloroh Vinod.
            “Vinod...” Zawin memincingkan pandangannya.
            “Gurau saja. Ini dia...” Vinod mengambil bunga mawar dari dalam kot hitamnya lalu menghulurkan kepada Zawin. “Mawar oren. Khusus untuk Zawin.”
            Zawin benar-benar gembira. Seingatnya bunga mawar oren tidak pernah diberikan jejaka itu kepadanya. “Apa mesej yang diberikan mawar oren?” soalnya sambil meneliti bunga ditangan.  
            Lucky. Membawa mesej tuah kepada penerimanya.”
            “Kalau begitu...” Zawin menghulurkan semula mawar oren ditangan kepada Vinod. “Zawin berikan mawar oren ini kepada Vinod. Zawin harap, Vinod akan mendapat tuah terutamanya dalam menemui pasangan hidup yang sebenar.”
            Vinod tersenyum lebar. Lambat-lambat dia menyambut sekuntum bunga mawar oren itu. “Ok. Tapi...Vinod mengharapkan Zawin lebih bertuah dalam mendapat pasangan hidup yang baik...dan kerana itu, Vinod beri semula mawar oren ini pada Zawin.” Vinod menghulurkan kembali mawar oren ditangan kepada gadis itu.
            Zawin menggelengkan kepalanya. “Zawin nak Vinod lebih bertuah...”
            Vinod tetap menghulurkan sekuntum mawar oren itu kepada Zawin. “Ambillah. Bila sahabat Vinod ini mendapat tuah dalam bercinta...pasti tuah akan turut datang dalam hidup Vinod,” tegasnya tidak mahu mengalah.
            Zawin mencemberutkan bibirnya.
            “Ambillah.” Vinod masih tidak berputus asa. “Kalau Vinod ambil bunga ini balik...buruk siku namanya tau,” selorohnya.
            Zawin tersenyum nipis. “Ok. Terima kasih.”
            “Zawin...” panggil Vinod.
            “Ya...”
            “Semoga bahagia.”
            “Vinod juga.”
            “Ini mungkin pertemuan terakhir kita,” beritahu Vinod.
            “Kenapa? Kita baru sahaja berjumpa.” Wajah Zawin mendadak berubah sedih.
            “Tempoh Vinod bekerja di Malaysia telah tamat. Sebab itu Vinod tekad jumpa Zawin sebelum bertolak pulang. Vinod telah menjadi sebahagian warganegara Perancis. Kalau ada sumur diladang...dapat hamba menumpang mandi.”
            Zawin menahan rasa sayu. “Kalau ada umur yang panjang...dapatlah kita berjumpa lagi.”
            Vinod menundukkan wajahnya. Cuba menyembunyi pilu dihati. “Boleh Vinod minta sesuatu?”
            “Apa dia?”
            Vinod merenung mata bening gadis itu. “Boleh Vinod dengar Zawin nyanyi lagu Joget Kenangan Manis?”  
             Zawin menggeleng laju. “Maaf. Zawin tak boleh. Permintaan lain?”
            Vinod berpeluk tubuh, merenung bersungguh wajah gadis itu.








BAB 33

            “Seoul FM?” tegur Zawin sejurus melihat satu laman web yang tertera pada skrin lap-top  Damia. Dia meletakkan tas tangan dan menanggalkan tudung ungu daripada kepala.
            “Radio dari Korea. Online,” balas Damia sambil kepalanya tergoyang-goyang, melayan lagu-lagu dari Korea.
            Zawin tersengih. Gadis berwajah chinese-look itu begitu obses dengan muzik k-pop sehinggakan meja belajarnya ditampal poster sebuah kumpulan boy band dari Korea. Zawin memasang telinga mendengar lagu korea sambil menukar pakaian. Zawin mengerutkan keningnya apabila lagu yang didengari itu seakan pernah didengarinya. “Timeless. Bukan ke ini lagu asal Kelly Clarkson dan Justin Guarini?” tegurnya.    
            “Eh ya ke?”  Damia benar-benar terkejut.
            Zawin mengangguk bersungguh. “Mia pernah tengok video klip Timeless versi korea?” soalnya. Dia tiba-tiba teringat video lagu Timeless yang pernah diberikan Najla padanya.                          “Ada video ke?” soal Damia terpinga-pinga.
            “Ya. Kawan akak pernah beri. Kisah perompak bank yang jadikan awek seorang FBI sebagai tebusan dan nanti dia tertembak FBI tu dan FBI tu koma. Nak jadi cerita, perompak tu sakit jantung, dan jantung FBI tu didermakan pada perompak yang tembak FBI tu. Lebih haru bila perompak tu asyik terbayang wajah awek FBI tu,” cerita Zawin sambil mengemaskan ikatan tuala. Dia berkira-kira untuk menyejukkan badan dulu sebelum mandi.
             “Menarik! Mia nak cari di youtube!” Damia benar-benar teruja lalu menaip kata kunci timeless pada laman web youtube.
            Zawin menghidupkan MacBook Pro. Matanya terpandang pada jambangan bunga mawar yang diberikan Vinod diatas almari pakaian. Matanya beralih pada pasu bunga lutsinar berwarna biru yang terdapat sekuntum bunga matahari yang telah layu. Permintaan Vinod supaya dia menerima Zharif, masih tidak ditunaikan. Zharif pula tidak menghubunginya langsung selepas hari Wan Zaidi dan Daniel Iskandar meminta maaf padanya. Apa yang perlu dia lakukan? Bisik hatinya.
            “Jun Suh!” jerit Damia dalam teruja amat.    
            Zawin terkejut lantas mengurut dadanya. “Kenapa Mia?” soalnya dalam hairan.
            “Siwon!” Jeritan Damia semakin kuat.
            Zawin bertambah terpinga-pinga.
            “Ya rabbi. Hang Geng pun ada!” Damia benar-benar teruja apabila mengenali sebahagian wajah dalam video klip Timeless itu.
            “Mia kenal ke?” soal Zawin.
            Damia mengangguk bersungguh. Matanya bercahaya penuh gembira. “FBI tu...Hang Geng dan perompak tu Siwon. Dua-dua daripada kumpulan Suju,” ceritanya dengan teruja.
            “Suju?”
            “Super Junior!”
            Zawin menggelengkan kepalanya. Dia memang tidak tahu menahu langsung nama-nama yang disebut Damia. Sudahnya dia mengalihkan perhatian pada laman Facebook. Melihat nama Zharif dalam senarai online, hatinya diserang seribu macam perasaan. Lelaki itu tidak menegurnya, sudahnya dia hanya membiarkan sahaja tanpa melakukan sebarang tindakan waima bertanya khabar.
            “Sedihnya! Siwon jahat!” komen Damia sambil menghentakkan kakinya diatas lantai.
            Zawin menahan tawa melihat mimik muka Damia. “So adorable.” Zawin mencuit dagu gadis itu. “SiWon? Perompak yang hensem tu ke?” soalnya.
            Damia mengangguk bersungguh. “Itulah. Ada ke lelaki hensem macam tu diberi watak perompak? Haiya...”
            Zawin ketawa halus. “Cuba cerita pada akak sejak bila Mia jadi peminat k-pop?”
            Damia bersila menghadap gadis dalam tuala kuning itu. “Sejak tahun 2002. Lelaki yang nyanyi lagu Timeless tadi, Junsu, seorang ahli boy band DBSK.”
            Zawin membulatkan matanya. “Hah? Bukan ke masa tu zaman Backstreet Boys, Linkin Park, Nsync sedang naik? Masa tu muzik k-pop mana ada orang ambil tahu sangat kan?”
            Damia mengangguk. “Memang betul tapi Mia dah minat k-pop sebelum k-pop jadi fenomena lagi.”
            “Dahsyat la Mia ni. Kumpulan apa lagi yang Mia minat?” soal Zawin ingin tahu. Dia cuba memahami mengapa golongan remaja begitu obses dengan muzik k-pop.
            “DBSK dah berpecah. Tiga orang ahli dah tinggalkan DBSK dan bentuk kumpulan baru nama JYJ. DBSK ni boleh kata antara kumpulan awal yang otai la dalam muzik Korea. Selain itu bawah SM entertainment ada dua kumpulan yang Mia minat, Super Junior dan Girl Generation. Dua kumpulan ini ada ahli ramai untuk seimbangkan tarian dan nyanyian. Wondergirl kenal tak?” soal Damia semula.
            I want nobody...nobody but you!” Zawin ketawa kecil usai menyanyikan lagu popular itu.
            Damia turut ketawa . “Tahu pun. Wondergirl dibawah JYP entertainment. JYP ada dalam video klip nobody...lelaki yang tak dapat keluar dari tandas sebab tisu tandas dah habis... ”
            “Ooo...dia ke JYP?” Zawin semakin berminat.
            Damia mengangguk. “JYP ini la yang buat Wondergirl, 2PM, 2AM termasuk RAIN.”
            Zawin menggosok bawah dagunya. “Antara semua itu, yang mana Mia paling suka?” soal Zawin.
            Damia mengumam seketika. “Mia paling suka 2PM. Ada enam lelaki hot!. Salah seorang itu Nikhun, lelaki thai-cina yang JYP jumpa di Amerika Syarikat dan dibawa ke Korea. Nikhun boleh dikatakan dari zero kepada hero. Dia bermula dari bawah, tak pandai menari dan tak pandai cakap korea tapi dia mampu hadapi semua halangan tu.”
            Zawin mengangkat keningnya. “Lelaki thai-cina?” Wajah Zharif melintas dalam laut fikirnya. “Mana Nikhun? Tunjuk pada akak,” pintanya.
            “Ok. Mia pasang video I’ll be back. Lagu ini khusus untuk awek-awek korea yang pakwe depa pergi military service selama dua tahun.” Damia memberi ruang Zawin duduk disebelah menghadap lap-top nya.
             Kepala Zawin terangguk-angguk mendengar lagu catchy itu. Dia suka tarian shuffle yang menjadi koreografi lagu itu.
            “Ha...ini Nikhun.” Damia mengunjukkan jarinya pada lelaki berambut tegak yang pada kepalanya dililit dengan kain.
            Cute,” komen Zawin dalam teruja. Dia mendadak bangun dan cuba meniru tarian shuffle itu.
            Damia ketawa besar melihat Zawin menari shuffle dengan memakai tuala. “Kalau tuala tu tercabut, tayangan percuma sungguh,” selorohnya.
            Zawin meletakkan jari telunjuknya pada bibir. “Syss...jangan beritahu pada bakal mak mertua akak, comfirm kena reject nanti,” ujarnya selamba.
            Damia ketawa mengekek. Dia turut berdiri dan menari bersama Zawin.
            “Uih...buang tebiat ke apa?” tegur Wan Ezza dihadapan muka pintu apabila melihat Zawin dan Damia menari bersama.
            “Buang tebiat memang indah la kak Wan,” sahut Zawin sambil terus menari.
            Wan Ezza tergelak besar. Dia melabuhkan punggung di atas katil Damia. “Mia pinjam gitar sekejap. Nak buang tebiat juga.”
            Damia menghulurkan gitar kuningnya kepada Wan Ezza yang hanya memakai tuala biru itu. Dia terus menghentikan video yang dipasang.
            Zawin berhenti menari. Dia melabuhkan punggung di atas katilnya lalu menumpukan perhatian pada Wan Ezza yang sedang memangku gitar Damia.
            Are you ready kids?” Wan E zza memetik beberapa kod gitar.
            Damia dan Zawin saling berpandangan kemudian serentak menjawab. “Aye aye Captain!
            “I can’t hear you!”
            “Aye Aye Captain!”
            “Ohhhhhh!!!”
*******
            “Kau masih tak hubungi Zharif?” soal Najla tidak percaya. Dia tidak jadi memasukkan hirisan epal ke dalam mulut sebaliknya merenung wajah selamba Zawin.
            Zawin mengangkat kedua bahunya. “Macam itulah.” Zawin mengunyah perlahan bihun goreng yang disediakan Najla untuk majlis baby shower itu. Rakan-rakan Anas dan Najla yang tidak dapat hadir semasa majlis kenduri aqiqah dan cukur jambul di Pahang sebelum ini dijemput ke rumah teres dua tingkat itu untuk melawat Al-Fateh.
            “Dah hampir sebulan Zawin.” Najla merenung lembut.   
            “Kau nak aku buat apa?” soal Zawin semula.“Kalau dia betul-betul serius, kenapa dia senyap sahaja.”  
            Najla menepuk lengan Zawin. “Cik kak, Zharif dah buat tugas dia dengan baik. By that logic, kini giliran kau pula. Zharif dah berikan jalannya, tinggal kau sahaja yang perlu ambil langkah.”
            “Sedap juga mihun kau buat ni. Ada resepi rahsia?” soal Zawin lalu menyuap bihun kedalam mulut.
            Najla menggelengkan kepalanya. Dia sudah malas masuk campur. Gadis ini memang keras kepala. “Anas yang masak,” sahutnya tidak acuh.
            “Anas masak? Untunglah kau Najla. Seronok berpantang di Pahang?” Zawin mengerling Anas yang sedang memangku Al-Fateh sambil melayan beberapa rakan berbual diruang tamu.   
            “Kau tahu...” Najla separuh berbisik. “Sepanjang aku berpantang, Anas mandikan aku, masak untuk aku, dia pakaikan bedak untuk aku. Pendek kata, Anas jaga aku lebih daripada mak mertua aku,” cerita Najla bersungguh.
            Subhanallah. Mana lagi nak cari lelaki macam ni Najla?” Zawin benar-benar kagum dengan Anas.
            Najla menggangguk. “Mak mertua aku ada cakap, apa yang Anas buat memang itu yang dilakukan ayah Anas dulu. Abang-abang Anas juga buat perkara yang sama pada isteri mereka. Anak-anak tidak akan ikut kata-kata nasihat mak ayah, tapi akan ikut apa yang dilakukan mak ayah. Kan?”
            Zawin mengangguk, turut bersetuju. “Ada pengalaman berpantang yang kau nak kongsikan dengan aku?”
            Najla tersenyum nakal. “Kenapa? Dah rancang nak menimang anak sendiri ya?”
            Zawin menjuihkan bibirnya. “Ceritalah,” pintanya.
            “Tidak selamanya hidup ini indah kan? Aku turut diuji semasa berpantang,” cerita Najla.
            “Macam mana tu?” Zawin menghirup air teh hijau yang telah suam. 
            “Gangguan perasaan selepas bersalin. Aku rasa kebanyakan ibu bersalin memang mengalami gangguan perasaan sebab itu kena jaga betul-betul semasa berpantang. Pada bulan pertama berpantang, aku selalu rasa sakit dibahagian pinggang, aku diserang perasaan aneh, tertekan, sehingga aku bercakap seorang diri. Aku jadi tak faham kenapa bila Al-Fateh menangis, aku tak dapat pujuk sedangkan bila Anas ambil Al-Fateh, terus tak menangis. Aku ditimpa kemurungan tanpa sebab yang kukuh. Aku rasa diri tak sempurna, tak guna, tak disayangi bila orang datang melawat hanya tanya tentang Al-Fateh. Aku rasa sangat tertekan bila kena ikut disiplin mandi air daun, bertangkas dan menghidu bauan herba selama lebih sebulan. Sudahnya aku sedar sendiri. Wanita dalam nifas dan dalam keadaan kotor memang mudah dihampiri syaitan. Nasib baik Anas dan keluarga banyak membantu.”
            Zawin menelan liurnya berulang kali. “Takut aku dengar. Padanlah ada ibu bersalin yang jadi meroyan.”
            Beberapa orang kanak-kanak berlari berkejaran sehingga ke ruang dapur, mengelilingi meja dapur sambil terjerit-jerit.
            Najla dan Zawin hanya membiarkan sambil meneruskan perbualan.
            “Jangan takut. Hidup bukankah sebuah proses pembelajaran? Apa yang penting macam mana kita hadapi ujian yang mendatang. Tapi ibu bersalin memang wajib ada sifat positif, kalau tidak...tiada siapa mampu tenangkan perasaan aneh dan tak tentu arah yang datang.”
            Kanak-kanak yang mengelilingi meja dapur itu tadi berlari keluar dari dapur.
            “Bisingnya...” rungut Najla apabila suara jeritan kanak-kanak semakin kuat kedengaran dari ruang tamu. Najla menarik nafas dalam-dalam lalu mengembangkan kelima-lima jari kanannya ke arah ruang tamu. “Ambil tenaga sekejap!” bisiknya dan cepat-cepat menarik tangannya seakan menggenggam sesuatu.
            Bunyi bising diruang tamu serta merta hilang.
            Zawin membundarkan matanya. “Kau buat apa Najla?”
            Najla tersengih. “Pergi la siasat,” sarannya.
            Zawin menapak keluar dari ruang dapur sambil menatap penuh sangsi senyuman bermakna wanita itu. Zawin benar-benar terkejut melihat empat kanak-kanak terbaring di atas karpet. Dada masing-masing berombak kencang, nafas termengah-mengah. Seolah-olah sedang merehatkan diri selepas kepenatan yang amat. Laju sahaja langkah Zawin diatur masuk kedalam dapur semula. Matanya dipincingkan kearah Najla yang kelihatan santai menghirup teh hijau.
            Master your mind.That it.” Najla memberitahu tanpa sempat Zawin menyoalnya.
            “Maksud kau...semuanya berlaku dengan kuasa minda?” Zawin terus duduk mendepani Najla.
            Najla mengangguk bersungguh. “Kan aku pernah cakap. Minda kita ada dua. Minda sedar dan minda bawah sedar. Ramai orang membiarkan minda bawah sedar tertidur sehingga tidak sedar potensi diri dan tidak tahu guna minda paling berkuasa ini. Kebanyakan ahli silap mata menggunakan minda bawah sedar untuk membuat sesuatu yang kelihatan ajaib.”
            “Contohnya macam mana? Kau boleh buat?” cabar Zawin. 
            Najla mengangguk lalu mengambil sudu bersih diatas meja. “Membengkoklah...membengkoklah,” arah Najla sambil menumpukan sepenuh perhatian pada sudu ditangan. Perlahan-lahan kepala sudu itu membengkok kebelakang.”
             Zawin membundarkan matanya. “Weh, macam mana kau buat?” soalnya tidak percaya.
            Najla menghulurkan sudu yang telah bengkok kepada Zawin. “Kuasa minda yang membengkokkan sudu ini. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Kau nak aku buktikan kata-kata itu?”
            Zawin meneliti sudu yang bengkok sebelum menatap wajah Najla. “Kau dah buktikan tapi aku...”
            “Sebab itu aku nak kau yang buat kali ini,” pintas Najla.
            “Hah?”
            Najla tersenyum lebar. “Kau pejamkan mata sekarang dan pastikan fikiran kau kosong seperti cawan yang kosong. Jangan fikir apa-apa yang menganggu fikiran kau. Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan.” Usai melihat Zawin memejamkan mata, Najla menyambung lagi. “Depakan kedua tangan kau kehadapan, tapak tangan dibuka menghadap ke arah langit,” arah Najla lagi. “Bayangkan kau kini berada ditepi air terjun. Kau mendengar bunyi air yang mengalir, rasa nyaman, sejuk, kicauan burung...”
            Zawin benar-benar telah tenggelam dalam satu dunia lain yang dibayangkan laut fikirnya. Dia terasa benar-benar berada di air terjun. 
            “Seketul batu yang besar diletakkan diatas tangan kiri...memberatlah...”
            Zawin mengerutkan keningnya apabila terasa tangan kirinya memberat.
            “Satu batu lagi ditambah, semakin berat...dan berat...”
            Zawin mengetap bibir dalam mata masih terpejam. Tangan kirinya terasa ada beban yang berat sehingga dia bergelut untuk melawan daya yang menolak tangannya ke bawah.
            “Satu batu lebih besar, diletakkan atas tangan kiri, berat dan semakin memberat...”
            Mendengar kata-kata Najla itu, bagaikan ada daya tolakan yang kuat lantas menolak tangan kiri Zawin terus jatuh ke atas peha. Mendadak matanya terbuka. Mulutnya terlopong melihat perbezaan kedudukan tangan kanan yang masih pada tempat asal dan tangan kiri yang telah berada diatas pehanya. “Subhanallah,” ucap Zawin dalam kepala tergeleng-geleng.
            “Anda apa yang anda fikirkan,” ulang Najla lagi dalam senyum penuh makna.
            “Kau belajar dari mana ilmu minda ini?” soal Zawin teruja.
            “Anas yang ajar,” sahut Najla.
            “Dinda...mereka dah nak balik.” Anas muncul dihadapan pintu dapur.
            “Ok...kanda.” Najla bangun daripada kerusi dan menapak kearah suaminya. “Al-Fateh mana?”
            “Dah tidur.” Anas mengalih pandangan pada Zawin. “Jemput makan Zawin. Banyak lagi makanan tu.”
            Zawin tersipu segan. “Ya. Terima kasih.”
            “Nak hantar tetamu sekejap ya,” beritahu Anas bersulam senyuman manis.
            “Silakan...”
             Anas memeluk bahu Najla sambil berjalan beriringan menuju ke arah pintu hadapan rumah.
            Zawin menyambung makan baki bihun yang masih banyak dalam pinggannya. Sudu yang dibengkokkan Najla diatas meja itu direnung bersungguh. Sebaik tangan kirinya ingin mencapai sudu itu, Zawin mengetap bibir. Terasa ngilu seluruh bahagian tangan kiri sehingga kebahu. “Aduh...lenguh tangan!” rungutnya lalu mengibas-ngibaskan tangan kirinya.
*******
            “Assuming that you paid RM 1000 every year at 15% interest per annum. Please calculate your income at the end of 45th year.” Najla meletakkan marker pen biru pada papan putih. Dia berjalan melihat pelajarnya mengira soalan itu untuk topik money valuation.
            Zawin tersenyum sendiri melihat penampilan anggun Najla. Kemeja labuh berwarna jingga dipadankan dengan seluar slack putih. Wajah Najla berseri-seri dalam tudung jingga-putih. Tubuhnya masih langsing seperti dulu biarpun baru habis tempoh berpantang. 
            Wow! Almost four million!”
            Zawin terkejut  mendengar suara pelajar lelaki bermisai nipis dihadapannya begitu teruja. Dia memang gemar duduk ditengah-tengah kelas untuk melihat reaksi pelajar dalam kelas Najla.
            “Kalau macam ini, kau kawin dengan aku la Jaja. Boleh kita jadi pasangan kaya raya empat puluh lima tahun akan datang!”
            “Syss...bisinglah kau ni Faizi. Tak ada makna aku nak kahwin dengan kau.” 
            Zawin menahan tawa mendengar perbualan dua pelajar yang duduk sebelah menyebelah itu.  
            “Faizi, riuh semacam saja tu. Dah dapat jawapan?” tegur Najla dari hadapan kelas. 
            Yes madam.”  
            Ok. How much money you gonna earn at the end of 45th year?”
            4122897.729 millions at the end of 45th year.
            Good.” Najla mengambil marker pen dan menulis jumlah itu pada papan putih. Najla berpaling menghadap pelajar. Dia melihat seorang gadis disebelah Faizi mengangkat tangannya. “Yes Jaja. Any question?
            Yes madam. Have any bank in Malaysia give customers 15 percent interest for saving?”
            Good question. Indeed, yes. Bank Rakyat give customers 15 percent.”
            Really? Why most of our people didnt know about this?”
            Najla tersenyum lebar. “Because of malay people doesnt know about it pluss they are less awareness about financial knowledge. When Bank Rakyat was opened, chinese people line up to saving their money. I think nowadys Bank Rakyat already close this kind of saving.”
            But madam, is it halal? I heard from many ustaz that any income related to interest it gonna be haram.” 
             Najla tetap tersenyum mendengar kata-kata pelajar bernama Jaja itu.  If i’m wrong please correct me back. Life is a learning process, right?I’m not sure either, however, investment is done persistently over that 45 years considering that the investor never take the money out...so we have compounding interest of 15 percent per annum as agreed by both parties over the investment...so it is considered as profit and once it complies with shariah rulings...it will be halal.”
            “Macam mana tu madam. Kurang jelas.”
            “Begini...kalau ikut inflasi dan perkadaran nilai mengikut peredaran masa maka halal asalkan mengikut syariah. Halal apabila kadar keuntungan dipersetujui bersama dan pelaburannya mengikut lunas syariah yang ditetapkan islam. Riba adalah untung yang berlebihan. Kalau melabur hanya RM1000 pada awal tahun pertama dan goyang kaki...kemudian dapat RM 4 juta pada tahun kelima...maka itu jatuh riba, sebab keuntungan melampaui 100 peratus tanpa kos yang munasabah. Jelas?” soal Najla kembali pada pelajar perempuan bertudung biru itu.
            “Ya. Terima kasih madam.”
            Najla mencemberutkan bibirnya. “Rasa macam dalam rancangan Tanyalah Ustazah pula kan?”
            Zawin ketawa halus mendengar kata-kata Najla.
            Gelak tawa memenuhi ruang dalam kelas itu.
            “Madam, apa pendapat madam tentang menjadi kaya dan mengumpul harta didunia?”
            Zawin memasang telinga mendengar soalan itu dari belakang kelas.
            “Apa pendapat awak pula?” soal Najla semula pada pelajar lelaki berkemeja hitam, berambut ikal itu.
            “Pada pendapat saya, harta bukan boleh bawa mati pun. Banyak keburukan menjadi kaya. Ramai orang sekeliling saya yang lupa diri bila jadi kaya.”
            Najla mengangguk. “Ya. Mungkin betul tetapi kekayaan itu tidak pernah salah. Kekayaan dan kuasa tidak pernah mengubah manusia tetapi membuka topeng sebenar seorang manusia. Sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W juga ramai golongan kaya dan berharta. Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Affan dan Anas bin Malik antara sahabat nabi yang kaya raya. Mereka ini banyak membantu dakwah Nabi Muhammad S.A.W menggunakan harta mereka pada jalan ALLAH. Sekarang saya nak tanya satu soalan. Orang kaya ke orang miskin yang mudah beli tiket ke syurga? Ini analogi. Sila fahamkan betul-betul.”
            “Saya rasa orang miskin.”
            “Sila terangkan,” pinta Najla pada pelajar lelaki berbaju merah.
            “Semasa perjalanan israk mikraj, Nabi Muhammad S.A.W masuk kedalam syurga dan melihat golongan ahli syurga terdiri daripada ramai orang miskin.”
            Najla mengangguk. “Ya benar itu...tetapi...”
            Zawin menjungkitkan keningnya. Dia menanti penjelasan Najla seterusnya.
            “Kebanyakan orang kaya tidak membelanjakan harta yang ada pada jalan ALLAH sedangkan dengan harta, mereka boleh membeli tiket ke syurga dengan mudah. Mereka ada kelebihan untuk bersedekah, menderma, berdakwah malah mengukuhkan ekonomi islam. Orang miskin, mereka nak sedekah dengan apa? Sebab itu islam galakkan kita jadi kaya. Kita boleh bantu ekonomi islam dan kita boleh menyumbang dalam dakwah. Cuba tengok MPH bookstore. Sebelum ini, buku dan novel melayu sangat susah masuk ke sana tapi selepas seorang taikun businessman islam beli saham MPH, tengok apa yang terjadi sekarang? Nampak kan dengan kekayaan itu boleh membeli tiket ke syurga namun orang-orang kaya yang tidak mahu mengambil peluang.”
            Zawin termanggu mendengar kata-kata Najla. Benar sekali. Hidup adalah proses pembelajaran yang berterusan. Samada proses itu kita belajar daripada orang sekeliling atau orang yang kita tidak kenali langsung. Mindanya terasa terbuka tiba-tiba. Dia merenung wajah Najla yang sedang asyik melayan soalan demi soalan yang ditujukan para pelajar padanya. Najla telah bermetamorfosis setelah berkahwin. Jika dulu..Najla mudah naik angin, tetapi lepas berkahwin Najla lebih matang dan tenang. Najla bagaikan orang yang baru dikenalinya. Ternyata Anas telah berjaya mendidik Najla dengan baik. Kata-kata abangnya terasa bergema disetiap sudut ruang kelas.
            “Suami itu sebagai acuan buat isterinya.Terdidiknya seorang isteri itu apabila baiknya seorang suami maka apabila baiknya seorang suami itu...baik jugalah isterinya. Apabila solehnya suami itu maka solehah lah juga isterinya.”
            “Kalau dah sampai jodoh, kahwin sahaja biarpun masih belajar,” saran Najla.
            Lamunan Zawin tersentak mendengar kata-kata saranan itu.
            “Tapi mana la pelajar mampu nak kahwin, madam. Kahwin zaman sekarang ini, menuntut kewangan yang kukuh.”
            “Kahwin sahaja. Rezeki pasti datang. Allah dah janji dalam Al-Quran yang Allah akan beri rezeki dan kayakan orang yang berkahwin,” tegas Najla.
            “Madam cakap daripada pengalaman sendiri?”
            Najla mengangguk bersungguh. “Rezeki yang datang...masyaAllah. Tidak pernah dijangka langsung pun selama ini. Begini, jika kamu semua nak ikut sistem pelaburan seperti menyimpan seribu ringgit seperti pengiraan tadi, kamu harus bersabar sehingga tempoh tertentu. Pada saya, menyimpan duit di bank memang bagus kerana sifirnya mudah iaitu duit simpanan itu akan bertambah, tetapi tidak boleh digunakan untuk bayar bil. Kerana itu...sempena bulan puasa ini, saya terpanggil untuk berkongsi dengan kamu semua tentang sebuah buku hebat.” Najla menapak ke arah meja, menarik keluar sebuah buku dari dalam kotak putih. “Rich Dad Poor Dad. Ditulis oleh Robert Kiyosaki.”
            Zawin tersengih. Dia tahu amat, buku itu yang menemukan Anas dan Najla dahulu.
            “Ok. Ini kisah Robert yang mempunyai dua ayah. Seorang Profesor di universiti ternama, manakala seorang lagi tidak pernah habiskan sekolah pun. Kedua-duanya berjaya dalam karier, berjaya mendapat pendapatan yang besar tetapi Robert menyimpulkan seorang ayah sebagai rich dad dan seorang lagi sebagai poor dad. Seorang mati meninggalkan sepuluh juta dollar kepada keluarga manakala seorang lagi meninggalkan bil untuk dibayar. Ayah miskin nasihat, belajar kuat supaya dapat bekerja dalam syarikat yang kukuh manakala ayah kaya nasihat belajar kuat supaya nanti dapat membeli sebuah syarikat yang baik. Ayah miskin berkata kerana anak-anak, ayah menjadi miskin manakala ayah kaya berkata kerana anak-anak, ayah harus jadi kaya. Ayah miskin berkata rumah kita adalah pelaburan terbesar dan aset yang hebat manakala ayah kaya kata rumah adalah liabiliti atau hutang, jika anda merasakan rumah adalah pelaburan terbesar, anda dalam masalah yang besar. Sudahnya Robert mengambil keputusan untuk mengikuti nasihat rich dad biarpun poor dad itu ayah sebenar Robert yang juga bertugas sebagai Profesor.”
            “Hah?” Para pelajar kelihatan bingung seketika.
            “Maknanya Profesor itu yang dilabelkan ayah miskin?” soal Faizi dalam terkejut.
            Najla menganguk. “Menarik bukan? Buku ini antara buku kegemaran saya sebab sangat memotivasikan. Bahasa inggeris yang digunakan memang mudah difahami. Buku ini mengajar pembaca untuk mengubah minda tentang duit, mematahkan mitos yang anda harus mendapat pendapatan yang tinggi untuk menjadi kaya, mencabar kepercayaan yang mengatakan rumah adalah aset, menunjukkan pada ibu bapa yang mereka tidak boleh bergantung kepada sistem sekolah untuk mengajar anak mereka tentang duit dan membantu pembaca membezakan antara aset dan liabiliti. Bak kata-kata Robert dibelakang buku ini, punca utama kenapa ramai orang bergelut dengan masalah kewangan kerana mereka menghabiskan banyak masa belajar di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa tentang duit. Hasilnya, orang ramai diajar bekerja untuk duit tetapi tidak pernah belajar menjadikan duit bekerja untuk mereka.”
             “Tadi madam cakap tentang perbezaan aset dan liabiliti. Kenapa Robert mengatakan rumah bukan aset?” soal Jaja.
            Good question. Orang kaya membina aset manakala orang miskin dan kelas pertengahan membina liabiliti yang mereka rasa itu aset.” Najla mengambil marker pen dan melukis dua kolum di atas papan putih. “Ini balance sheet. Kolum pertama adalah aset dan kolum kedua adalah liabiliti. Ini basic akaun yang kamu semua dah belajar masa semester pertama lagi. Sekarang saya nak tanya kereta adalah aset atau liabiliti?”
            “Aset!”
            “Liabiliti!”
            Najla tersenyum lebar mendengar jawapan bercampur baur itu. “Ramai yang fikir kereta itu aset kan? Ok. Kalau rujuk kamus dan ilmu akaun, saya tak salahkan kamu jika merasakan kereta adalah aset tetapi menurut rich dad, aset itu adalah yang membawa duit masuk dalam poket. Liabiliti pula membawa duit keluar daripada poket. Definisi yang mudah bukan? Walaupun definisi ini memang tidak dipersetujui oleh akauntan dan profesional dalam bidang kewangan, tetapi ini yang difahami orang kaya. Kereta. Bayaran bulanan, minyak, maintanance, road tax, semua ini bawa masuk duit dalam poket atau bawa keluar duit dari poket?”
            “Keluar...”
            Kelas menjadi senyap sunyi tiba-tiba.
            “Rumah. Lebih besar rumah, lebih besar perbelanjaan keluar. Kamu kena bayar hutang mortgage, maintenance, cukai tanah, insurans, utiliti dan lebih banyak lagi perbelanjaan diperlukan untuk rumah. Jika begitu la sifirnya, pemilik rumah dipaksa untuk bekerja lebih keras untuk mendapatkan lebih banyak duit untuk menampung perbelanjaan yang keluar dari poket.”
            “Tapi madam, bukan ke rumah ada nilai yang tinggi dipasaran. Setahu saya, rumah-rumah di seksyen 7 ini, ada yang mencapai harga tujuh juta pada tahun lepas. Macam mana pula tu?”
            Najla tersenyum lebar pada pelajar bernama Jaja itu. “Saya tak kata jangan beli rumah tetapi saya nak suruh anda bezakan aset dan liabiliti. Jika anda berhasrat untuk membeli rumah, anda kena bersedia dengan perbelanjaan-perbelanjaan yang saya sebut tadi dan mula membina aset yang akan membawa duit masuk ke dalam poket sekaligus dapat menampung perbelanjaan yang keluar nanti. Malangnya dalam masyarakat kita sekarang, balance sheet tidak seimbang kerana mereka membina begitu banyak liabiliti berbanding membina aset untuk menghasilkan pendapatan. Mereka hanya bergantung pada duit gaji yang diperolehi semata. Jika kamu nak mulakan langkah pertama menjadi kaya, kamu kena membina kolum aset terlebih dahulu.”
            “Apa contoh aset?” tanya Faizi dengan pantas.
            Najla menahan senyum. Faizi dan Jaja, dua pelajarnya ini memang jenis aktif dalam kelas. Dia tidak hairan menerima soalan bertubi-tubi daripada mereka. “Sebelum itu saya nak tanya dulu. Apa perniagaan sebenar Ray Kroc?”
            “Pemilik Mcdonald?” tebak Faizi.
            Good general knowledge,” puji Najla. “Awak rasa apa perniagaan sebenar Ray Kroc?” Najla menatap wajah pelajarnya itu.
            Food. Specific, hamburger business,” balas Faizi dengan yakin.
            Najla menggeleng. “Real estate.”
            Faizi mengerutkan keningnya. “Why?”
            “Mcdonald antara syarikat persendirian yang mempunyai real estate terluas didunia. Bila mereka meluaskan cawangan ke seluruh dunia, orang yang membeli lesen franchise Mcdonald akan turut membeli real estate dibawah franchise organisasi Ray Krock. Ray Krock mendapat tanah dengan percuma. Walaupun perniagaan utama mereka adalah franchise hambuger, tetapi perniagaan sebenar Ray Krock adalah real estate,” terang Najla.
            “Ooo...”
            Real estate adalah pelaburan yang mempunyai kelebihan daripada dikenakan cukai selama mana didagangkan dalam nilai. Jika kamu semua pandai mencari peluang dalam pelaburan real estate, kamu akan membina aset kolum yang akan memberikan kamu kebebasan kewangan kelak,” tambah Najla lagi.
            “Selain itu madam, apa lagi contoh aset?” soal Faizi lagi.
            Najla tersenyum lebar lalu menggeleng. “Saya tak akan beritahu.”
            “Kenapa?”
            “Sebab saya akan beri buku ini kepada kamu semua,” balas Najla pantas lalu memberikan kotak putih berisi buku itu kepada pelajar paling hadapan. “Agihkan,” arahnya.
            “Alhamdulillah!” Faizi sudah ketawa besar.
            Suara-suara bersorak mula bergema dalam kelas itu.
            Zawin tersenyum penuh makna. Rupanya Najla merancang untuk bersedekah dalam bulan mulia ini. Dia merenung wajah Najla yang manis berseri. Jelas menunjukkan wanita itu sedang bahagia. Kehadiran Dr.Nurin dihadapan kelas menarik perhatian Zawin. Dia akur apabila wanita dalam kurung biru itu menggamitnya supaya datang kehadapan kelas.
            “Ada kenal dengan mana-mana pemilik syarikat atau golongan korporat tak? Ini untuk talk dalam kelas MBA. Urgent. ” Dr.Nurin menatap wajah Najla dan Zawin silih berganti.
            Zawin menggeleng laju.
            Najla sudah tersenyum manis sambil menyenggol lengan Zawin. “Insyaallah ada.”
            Kening Zawin terangkat sejurus mata Najla menikam matanya.
            Great.” Mata Dr.Nurin bersinar gembira.
            “Bila Doktor nak? Untuk subjek apa?” soal Najla.
            “Pagi ahad. Kelas Entrepreneur.”
            “Ok. Nanti saya beritahu kawan saya,” putus Najla.
            “Terima kasih Najla. Saya keluar dulu.” Dengan ayat itu Dr.Nurin menapak keluar.
            Zawin merenung wajah Najla dalam penuh tanda tanya. “Siapa?”
            Najla menggoyangkan jari telunjuknya. “You never know.



8 awesome commentator:

  1. Best sesangat . Mekaseh kak RH !! Hehe


    #AznieArtiey96*

    ReplyDelete
  2. Sharing is Caring

    KUNING

    WARNA KUNING YANG BERLEBIHAN BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG ITU MENJADI DIKTATOR DARI SEGI PEMIKIRAN

    WARNA KUNING YANG LEBIH CERAH MENUNJUKKAN KEASLIAN DALAM AKTIVITI PEMIKIRAN

    WARNA KUNING YANG LEBIH GELAP MENUNJUKKAN PEMIKIRAN YANG LEBIH CONDONG KE ARAH KECERIAAN DAN BERSANGKA BURUK

    http://diba-azmi.tripod.com/index-kuning.htm

    ReplyDelete
  3. tak jelas hala tju cinta zawin ni. Tak puas la. Ada budak hindi pulak tu.. Ish ish potong steam je. . . Tapi tanks to akak sbp dah update, tp mcm aneh,napa sebut pasal puase ye

    ReplyDelete
  4. salam kak maira..as usual.. best sgt..tp ble la zawin nk tme zharif ye.. :))..btw keep it up kak..eija doakn akk dpt trus brkarya..

    ReplyDelete
  5. best best . kak maira cpatcpat la update . da lme tunggu ni .
    xsaba nk taw pe yg akan jadi mse zawin n zharif tinggal sebelahsebelah . mesti best . :)

    -ain-

    ReplyDelete
  6. Ee Zawin ooi, amik aje si Zariff tuh, sungguh calon berkaliber

    ReplyDelete
  7. akhirnya siap gak bca.. well... NUYUE CORPORATION coming soon...haha.. lots of knowledge la mia.. thanx... zhariff dok sbelah ya.. leh datimg mnom teh jepun la pahni...haha

    ReplyDelete
  8. cik penulis, rasanya konflik dalaman zawin ni panjang sangat sampai naik bosan rasanya.

    boleh tak cepat sikit buat apa yang berlaku pada zawin-zharif

    ReplyDelete

terima kasih berikan komen ya.

 
Back To Top