Asam gelugur atau nama botaninya Garcinia cambogia merupakan buah  yang dikatakan berasal dari India dan Asia Tenggara ini juga dikenali eksotik berwarna kuning dan berbentuk seakan buah labu. Buah yang dengan nama Malabar tamarind, brindle berry dan juga asam keping terutamanya setelah buahnya dikeringkan.

Pokok asam gelugur boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Batang pokok mempuyai kulit berwarna kelabu yang licin dan dahannya mencecah sehingga ke tanah. Daun pokok asam gelugur berwarna hijau gelap, berkilat, panjang sehingga ke penghujung daun. Bunganya berwarna merah. Buah yang sudah masak berwarna kuning dan selalunya akan dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan atau direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

Pokok yang tergolong dalam keluarga Guttiferea ini telah mendapat perhatian luas semenjak kebelakangan ini kerana dikatakan isi buahnya yang telah direbus dan kemudian diminum airnya, dikatakan mampu dijadikan sebagai bahan untuk mengurangkan berat badan. Alasan yangdiberikan adalah, buah asam gelugur kaya bahan yang dipanggil asid hydroxycitric atau HCA.

Kajian saintis telah membuktikan bahawa asid HCA mampu merangsangkehilangan berat badan dalam dua cara asas. Cara pertama, HCAbertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepadalemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekatpenghasilan lemak. Cara kedua, melalui penemuan terbaru mendapatimelalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak sepertiserotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan. HCA juga dikatakan meningkatkan pengeluaran glikogendalam hati dan meningkatkan suhu badan dengan merangsangkan proses themogenesis.

Sebenarnya terdapat pelbagai kegunaan ubatan lain daripada pokok asam gelugur. Antaranya adalah, di India tumbuhan ini digunakan untuk merawat edema, masalah haid, sembelit dan jangkitan cacing di dalam usus. Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Dalam pertubatan ayurveda pula, asam gelugur dikatakan mampu merangsang penghadaman dan kadangkala digunakan sebagai julap.

Herba yang kerapkali digunakan sebagai ramuan di dalam masakan ini juga dikatakan mempunyai keupayaan mengurangkan tekanan darah tinggi. Orang-orang Melayu di zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untu menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu dijadikan pelega kepada gusi yang sakit. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih dan sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 ? 15 minit. Kemudian buanglah asam tadi dan berkumurlah dengan air suam.

-Saya dapat maklumat ini dalam satu blog karya Ilham Karya Sari.


Amalkan minum air asam kepin/gelugor....Caranya:

Bilas 3 keping asam gelugor dengan air bersih, kemudiannya masukkan dalam bekas minuman (botol air/ tupperware - 500ml-1liter) rendamkan dalam air panas - TIDAK PERLU TAMBAH GULA.

Setelah suam , buat seperti minuman biasa...diminum sentiasa..air habis ..tambah lagi...sehingga hilang rasa...tukar asam keping lain...

Cubalah..anda pasti terkejut dengan hasilnya...Badam terasa badan ringan sedikit dan paling mengejutkan..senggugut saya hilang. What a miracle?..Alhamdulillah...

6 awesome commentator:

  1. waa..nanti saya cuba doa laa mudah-mudahan boleh turun berat badan saya nii

    ReplyDelete
  2. Banyak khasiat rupanya asam keping ni..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. sy br bc khasiat asam gelugor utk kurus tp x pasti pasal senggugut.skali hr ni senggugut teruk plak..tengahari seblm nk rehat sbb sakit sgt minum air asam gelugor.nk test utk kurus..rupanya ia blh membantu hilangkn senggugut. Alhamdulillah

    ReplyDelete

terima kasih berikan komen ya.

 
Back To Top