“Awak nak rasa tak?”, tanya seorang remaja lelaki yang
duduk di hadapan Puteri. Bekas berisi makanan diunjukkan kepada gadis yang
sedari tadi melontarkan pandangan ke luar tingkap keretapi.
Puteri mengerutkan keningnya. Terasa pelik dengan
pelawaan remaja lelaki itu sedangkan mereka saling tidak mengenali. “Tak apa”,
balasnya tidak acuh. Dia kembali melayan lamunan yang terhenti, menyoroti
kenangan lalu yang indah bersama arwah ibunya. Bunyi enjin keretapi terasa
begitu indah di halwa telinga, bagaikan irama lagu Serenade hasil dentingan
piano yang sering dimainkan ibunya.
“Awak tak nak cuba ke?. Rugi tau. Nasi kebuli ni tak
selalu orang Kuala Lipis masak kecuali ada upacara tertentu. Saya ke rumah
pakcik saya di kampung Jeram Landak. Kebetulan ada majlis cukur bayi di sana.
Orang kampung pun gotong-royong masak nasi ni. Sultan Pahang pun turun ke
kampung Jeram Landak sebab nak rasa nasi ni”, cerita remaja lelaki itu
bersungguh.
Puteri menghela nafasnya. Dia benar-benar tidak mahu
diganggu kala ini. “Ya ke?. Bagus la”, sahutnya dengan malas.
Remaja lelaki itu tersenyum lebar. “Kalau awak tak nak
tak apa la. Tapi kan..saya baru tahu rupanya kampung Belimbing Kuala
Lipis betul-betul terletak di titik tengah Semenanjung Malaysia. Ada batu
tanda kat situ”, ceritanya lagi. Masih cuba memancing gadis berwajah keruh itu
untuk berbicara.
Puteri
mencemberutkan bibirnya. “Bukan batu bertanda 0 di sebelah pejabat pos Kuala
Lipis ke?”, soalnya kehairanan dengan fakta itu.
Lelaki itu tersenyum lebih lebar. Gadis ini akhirnya
memberikan reaksi tindak balas. “Tak”, balasnya seiring gelengan kepala. “Batu
0 di Bandar Kuala Lipis itu adalah lokasi permulaan ukuran jarak perbatuan
Kuala Lipis ke lain-lain destinasi di Pahang. Tapi..batu tanda di Kampung
Belimbing yang terletak di tepi jalan utama Jerantut-Lipis merupakan
pusat bagi Semenanjung Malaysia jika diukur daripada satu sudut Garis
Pusat”, lanjutnya lagi.
“Mana awak tahu?”. Mata Puteri merenung sangsi wajah
jejaka itu. Bola matanya kemudian dikalihkan pada cermin mata jenama Levis yang
dikenakan jejaka itu.
“Pakcik saya yang cakap. Dia bekerja di Jabatan Ukur dan
Pemetaan. Saya dapat nasi kebuli ni pun dari majlis cukur jambul anak dia”, balas
remaja itu dengan tenang.
Puteri terdiam. Mungkin ada benarnya. Tidak banyak fakta
yang diketahui berkenaan daerah Kuala Lipis, cuma dia punya sebuah nostalgia
semasa menetap sementara di daerah yang juga tempat membesar seorang penyanyi
tersohor tanah air. Mindanya hanya tersimpan ingatan bahawa daerah kecil itu
ada mengandungkan jasad arwah ibu dan adiknya. Itu sahaja.
“Awak tahu, orang cakap kan..keretapi dan cinta ada
perkaitan. Apa pendapat awak?”.
Puteri mendengus kuat. “Tak ada kaitan pun. Yang ada
orang putus cinta, baring di landasan keretapi nak bunuh diri ada la”, balasnya
dalam suara tinggi.
Jejaka itu ketawa besar mendengar kata-kata itu.“Awak
asal mana?. Saya asal Kuantan. Tapi sekarang menetap di Temerloh”. Jejaka itu
bercerita lagi.
Puteri malas melayan. Dia memejamkan matanya, melentokkan
kepalanya di tepi tingkap keretapi.
“Nama saya Putera cahaya. Awak pula mesti Puteri ais
kan?”.
Puteri serta merta membuka matanya. “Kenapa awak panggil
saya Puteri Ais?”, marahnya dalam riak tidak puas hati.
“Sebab awak memang beku. Sama seperti ais. Awak perlukan
Putera cahaya macam saya untuk cairkan ais yang keras dan beku dalam diri
awak”.
Mata Puteri mencerlung garang. Jari telunjuknya diarahkan
tepat ke wajah lelaki itu. “Jangan kacau saya lagi. Awak tak ada hak nak kata
saya macam tu. Awak tak kenal saya!. Jadinya saya harap awak duduk diam-diam
sehingga sampai ke destinasi yang awak nak turun. Faham?!”. Puteri memberikan
amarannya.
“Uih..takutnya”. Jejaka itu membuat muka takut yang
dibuat-buat sambil berpeluk tubuh. “Kalau saya nak kacau awak juga, apa yang
awak nak buat?”, cabarnya. Kedua kening sengaja diangkat-angkat ke atas.
Mata Puteri berlawan pandang dengan mata jejaka berkulit
putih itu. “Awak cabar saya?”, soalnya dalam geram.
“Ya..dan saya yakin awak tak berani punya la”, giat
jejaka itu lagi.
“Kenapa awak rasa saya tak berani?”.
“Sebab perempuan pengecut. Sikit-sikit menjerit”.
Telinga Puteri terasa berdesing mendengar pelekehan
lelaki itu terhadap kaum perempuan. Tanpa teragak-agak, Puteri terus menendang sepenuh tenaga ke arah
kaki kanan lelaki itu.
“Aow!”. Jejaka itu mengaduh kuat. Matanya membulat luas
sementara tangannya menggosok-gosok kaki yang disepak dengan kasut sukan itu.
Terasa kebas juga rasa sakit yang mula bertunas.
Puteri memetik jarinya. “Jangan rasa diri awak tu bagus
sangat. Lelaki adalah insan perosak alam ini,
insan paling teruk dan jahat dalam dunia ni!. Jangan kacau saya lagi!”,
jeritnya lantang. Dia kembali membuang pandang ke luar jendela kaca keretapi
itu. Puteri menarik nafasnya dalam-dalam, berusaha untuk mengawal emosi yang
tiba-tiba bergelodak dalam jiwa.
Jejaka melayu itu tersengih. Kepalanya digelengkan. Siapa
gadis berani ini?. Dia hanya ingin menambah kenalan dan berbual dengan warga
tempatan sepanjang perjalanan itu tetapi yang diharapkan berlaku sebaliknya.
Matanya merenung sisi tepi wajah gadis bertubuh gempal itu. Wajah gadis itu pernah
dilihatnya tetapi dia tidak pasti dimana. Apabila hatinya mula mengecam, mata
jejaka itu mencerlung luas. Eh..bukan kah dia...Denyutan di hati terasa dipalu
pantas.
*******
“Dia hensem kan?”, soal Shafawati kepada Puteri.
“Siapa?”, soal Puteri kembali. Matanya masih di fokuskan
pada buku rujukan Sejarah Dunia.
“Tu....”. Shafawati memuncungkan mulutnya ke arah tempat
duduk berhampiran mereka di dalam perpustakaan daerah Temerloh itu.
Puteri mengangkat wajahnya. Matanya menyorot seraut wajah
lelaki yang sedang menunduk, kusyuk membaca di hadapan meja mereka. Sesekali
lelaki itu membetulkan kedudukan cermin matanya. “Hensem ke?”, soalnya kembali. Dia tidak mahu
terlibat dengan orang yang tidak ada kena mengena dalam hidupnya.
Senyuman di bibir Shafawati terus mati. Perlahan dia
memukul lengan kanan Puteri. “Ish kau ni..memang tak ada mata. He’s too
handsome to be a human. Cuba kau tengok kulit muka dia. Putih siot. Tak ada
cela. Bibir dia tu yang mahal. Merah je. Mesti tak merokok ni“, simpulnya
sendiri seraya memberi pujiannya lagi. Pandangannya lama menatap wajah kacak
itu. Seakan tersihir dengan keindahan makhluk ciptaan tuhan itu.
Puteri menggelengkan kepalanya. “Biasa je”, jawabnya
selamba. Buku Sejarah itu kembali di berikan tumpuan.
Shafawati membulatkan matanya, merenung rakannya itu
dalam riak pelik. “Biasa je?. Puteri...Kau ni memang sakit. Ish..ish..ish”,
Shafawati menggelengkan kepalanya. Pandangannya dilontarkan kembali ke hadapan.
“Eh, mana dia?”. Mata Shafawati melingkar mencari empunya tubuh itu.
Puteri tiba-tiba bangun. “Kejap ek. Aku nak cari novel.
Kepala aku dah tak dapat terima fakta-fakta ni”, beritahunya.
Shafawati lekas membalas. “Aku pun nak cari novel”. Dia
juga pantas bangun mengekori langkah Puteri. Sambil berjalan melepasi rak demi
rak, matanya melingkar ke setiap sudut.
“Kau ni kenapa?”, soal Puteri kehairanan melihat tingkah
Shafawati yang terhendap-hendap begitu.
“Aku cari lelaki hensem tadi tu. Dia dah hilang dari
tempat kita tengok dia tadi.”, balasnya seakan berbisik.
Puteri malas melayan. Novel Igauan Maut karya Ramlee
Awang Murshid di celahan rak dicapai. Dia meneliti bahagian sinopsis lantas
mengangguk-anggukkan kepalanya. “Aku nak pinjam cerita ni”. Puteri mengunjukkan
novel itu ke arah Shafawati.
Shafawati menghela nafasnya. “Novel thriller lagi.
Kau ni kan..apa salahnya sekali sekala baca novel cinta. Biar betul sikit otak
kau tu. Tengok lelaki hensem pun tak ada perasaan”, komennya selamba. Matanya
kembali menyeluruhi setiap sudut yang ada di ruang yang sempit itu.
Puteri memincingkan pandangannya . “Kau ingat cinta tu
indah ke?. Semuanya khayalan. Aku tak percaya langsung..Aku..
“Syys...”, Shafawati membuat isyarat supaya Puteri
merendahkan suaranya. “Tu..”, jari telunjuknya mengunjukkan ke satu batang
tubuh di rak sebelah mereka. “Lelaki hensem tu la”. Shafawati terjerit kecil
dalam teruja. Buku-buku di rak hadapannya di alihkan sedikit. Memudahkan
pandangannya terus pada wajah yang menyihirnya sejak tadi.
Puteri menepuk dahi Shafawati tiba-tiba, memegang kedua
belah bahu gadis itu, lalu menggoyangkan-goyangkan perlahan tubuh Shafawati.
Tepat pandangan Puteri ke mata hitam gadis itu. “Sha.....wake up...lelaki
memang tak guna. Tambah-tambah lagi..lelaki hensem. Lelaki gunakan perempuan
hanya sebagai alat pelepas nafsu buas mereka. Ok...kiranya di masa akan datang
bila kau dah ada teman lelaki, kau pasti nak kawin bukan?. Tau tak, perkahwinan
itu adalah pengakhiran sebuah cinta?. Macam mana nak rak pun kau
bercinta..macam mana agung pun cinta kau pada lelaki, tetapi pada satu
tahap..cinta lelaki akan hilang. Bila rasa cinta tu dah hilang..lelaki tu pasti
akan tinggalkan kau. Apa yang kau nak buat masa tu? Apa kau nak buat?”, soal
Puteri serius.
Mata Shafawati terkelip-kelip memandang sahabatnya itu.
Kemudian dalam suara yakin dia membalas. “Kalau takdir hidup aku begitu..apa
yang aku dapat buat adalah.....aku kawin lagi. Kenapa perlu berhenti bercinta?.
Mak aku kata...cinta tu seperti hidup kita juga. Tak selalu senang...dan juga
tak selalu beri kebahagiaan. Tapi hidup tetap diteruskan bukan?. Kalau kita
berhenti bercinta..seolah-olah kita berhenti daripada meneruskan perjalanan kehidupan”,
terangnya bersungguh.
“Uff...”, Puteri menepuk dahi sendiri dalam rasa geram
yang tidak terkata. “Lupakan...lupakanlah apa aku cakap tadi ok”. Bibirnya
dijuihkan ke hadapan. Bunyi gegaran di dalam poket kanannya terasa menganggu.
Pantas dikeluarkan telefon bimbitnya.
Shafawati tersengih sendiri. Dahi Puteri di sentuh dengan
belakang tangannya. “Ish ish ish..kau ni memang sakit Puteri. Kau harus jumpa
doktor sakit jiwa ni”, sarannya bersungguh.
Puteri tidak jadi membuka mesej yang masuk tadi. Matanya
membulat. “Aku sakit?. Tolong sikit”, nafinya sedikit keras.
Shafawati mengangguk-anggukkan kepalanya bersungguh.
Menyampaikan pesan yang dia memang serius dalam saranan itu.
Puteri menarik nafas panjang. “Cukup ok. Aku nak balik”,
ujarnya seraya meletakkan novel di rak semula. Hilang perasaan untuk membaca.
Dalam langkah panjang, dia meninggalkan Shafawati di situ. Hatinya membungkam,
menjerit dalam hati. Aku sakit?. Kau tu yang sakit!. Tengok lelaki hensem,
terus cair.
Shafawati menggelengkan kepalanya melihat perangai
rakannya itu. Semoga suatu hari nanti, ada seorang lelaki yang akan mengubah
kau Puteri. Doanya dalam hati.
*******
“Awak cari ni ke?”.
Mata Puteri terkelip-kelip beberapa ketika, mengangguk
bersungguh apabila dia menyedari telefon Sony Ericsson berwarna ungu di tangan
jejaka berbaju biru itu adalah miliknya. Tidak sia-sia dia ke perpustakaan itu
semula setelah menyedari telefon bimbitnya tidak ada padanya. Saat dia
terkocoh-kocoh mencari telefon bimbitnya di celah-celah susunan buku, dia
dihampiri seorang jejaka.
“Nah”. Jejaka berbaju biru itu menghulurkan telefon
bimbit Sony Ericsson itu kepada gadis itu.
Puteri lambat-lambat mengambilnya. Dia merenung selamba
apabila jejaka itu mengukir senyuman manis kepadanya. Pantas dia menyedari yang
jejaka di hadapannya ini adalah lelaki yang ditendangnya di dalam keretapi
dulu. Lelaki ini juga yang membuatkan Shafawati, sahabat baiknya itu seperti
tersihir. “Terima kasih”, ucapnya dalam riak wajah yang kosong. Puteri mengatur
langkah keluar dari perpustakaan.
“Macam ni ke cara awak ucap terima kasih pada orang
lain?”, soal jejaka itu apabila Puteri mula menapak pergi.
Puteri tidak jadi melangkah. Dia berpaling semula,
menatap wajah itu. “Habis tu..macam mana?”, soalnya sinis.
Lelaki itu tersenyum lagi. “Macam ni..”, balasnya seraya
tersenyum lebih lebar. “Senyum. Takkan tu pun susah”, nasihatnya lembut.
Puteri memincingkan pandangannya, merenung tajam wajah
lelaki itu. “Mak saya pernah cakap..ucapan terima kasih itu sudah mencukupi,
lebih berharga daripada segunung intan berlian!”, balasnya tegas.
Lelaki itu menatap tajam mata gadis dihadapannya. “Awak
ni kan..dah la tak minta maaf masa tendang saya dalam keretapi hari tu. Ucap
terima kasih lagi la payah. Nama awak memang puteri ais kan?. Dah la tak pandai
senyum. Perangai pula sedingin dan sebeku ais. Awak datang dari negara ais mana
ni?. Antartika ke?”, komennya selamba.
Puteri membulatkan
matanya. Hatinya panas membara. Serta merta kakinya dihayunkan ke arah kaki
kiri lelaki itu.
Lelaki itu pantas mengelak. Dia memberikan senyuman
mengejek pada gadis itu. “Ish..Ish..Ish..Awak memang perlukan cahaya untuk
cairkan hati awak tu”, perlinya lagi.
Puteri menghela nafas geram. “Saya memang begini..ini
cara saya..dan siapa awak nak ajar saya?. Huh!. Tepi sikit!”. Puteri sengaja
melanggar bahu lelaki itu, berlalu pantas dalam wajah yang kelat.
Lelaki itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
“Kalau panjang umur, kita akan jumpa
lagi”. Sengaja dia melaung kuat begitu.
Puteri berpaling semula, menjeling tajam. “Tak akan
lagi!”.
*******
“Geram aku tau tak. Baru je jumpa, terus tegur perangai
aku. Sengal betul!”, luah Puteri penuh perasaan apabila menceritakan sebab
musabab ketidakhadirannya ke kelas piano semalam.
Shafawati terangguk-angguk. “Siapa lelaki tu?”, soalnya
ingin tahu. Sempat dia mengerling jam di tangan. Lagi lima belas minit kelas
piano mereka akan bermula.
“Erm..mesti kau terkejut. Lelaki yang kau kata hensem tu
la”.
“What?. Kau biar betul?” soal Shafawati dalam mata
membulat. Gadis tinggi lampai itu benar-benar terkejut.
“Buat apa aku nak cakap tak betul pula. Kan aku dah
cakap..lelaki ni tak guna. Perasan diri hensem, terus rasa ada hak nak menegur
orang yang baru dikenali. Sengal! Sengal! Sengal!”. Puteri menekan-nekan papan
kekunci piano dihadapannya dengan geram.
Shafawati memuncungkan mulutnya. “Kenapalah bukan telefon
aku yang tertinggal”, ujarnya dalam riak yang kesal.
Puteri menjuihkan bibirnya. Terasa hairan juga melihat
sikap Shafawati yang tidak pernah terserlah sebelum ini. Dalam diam, dia
merenung wajah cantik itu. Rakannya itu ramai peminatnya. Penari kelab
kebudayaan itu sering mempersonakan ramai lelaki tatkala berada di atas pentas
dengan lemah gemalai tariannya. “Pelik la kau ni. Tak pernah-pernah kau kejar
lelaki. Biasanya lelaki yang kejar kau. Kau kan banyak peminat. Kenapa tak
terima je salah sorang lelaki yang mengorat kau tu?”, soalnya lagi.
Shafawati berdehem kecil. “Mak ayah aku garangla. Deorang
tak bagi aku couple masa sekolah. Lelaki semalam tu..entah kenapa aku
rasa lain dari yang lain. Eh...kau tak tanya ke budak lelaki semalam tu sekolah
mana, nama dia apa?”.
“Buat apa aku nak tahu?. Tak beri faedah langsung pun”.
“Kau ni la Puteri. Ok..kalau kau jumpa dia lagi, kau nak
buat apa?”.
“Huh. Selisih malaikat 44. Aku harap takkan jumpa lagi
dengan lelaki perasan bagus tu. Kalau pun aku jumpa dia balik...aku akan...aku
akan...”. Puteri berfikir sejenak.
“Hah?. Kau akan buat apa?”, gesa Shafawati.
“Aku akan cium dia”, jawab Puteri selamba.
“Hah?”, Shafawati membuntang kan matanya. “Kau waras ke
tak ni?”, soalnya seraya meletakkan belakang tangannya ke dahi Puteri.
Puteri menepis tangan itu. “Aku waras la”.
Shafawati ketawa besar. “Kau memang. Buatnya malaikat di
bahu kau tu aminkan apa yang kau kata tadi, akulah orang pertama yang akan
gelakkan kau”.
Puteri mengangkat-angkatkan kedua keningnya. “Mustahil.
Kalau aku jumpa dia lagi..aku buat tak tahu je la. Tapi..kalau dia cuba-cuba
nak nasihat aku, tegur aku..bersiap sedialah dia dengan ini..”. Kesemua jari
jemari kanannya dikembangkan, kemudian menyambung. “Tamparan wanita”.
Shafawati ketawa dan sesaat kemudian tawanya mati,
mulutnya terlopong.
“Kau kenapa?. Macam nampak hantu je?”, soal Puteri.
Shafawati terangguk-angguk, pandangannya masih terpaku
dihadapan pintu kelas piano itu. “Tu..”. Tangannya mengunjukkan ke arah
tersebut.
Puteri melarikan pandangan ke hadapan. Mulutnya terlopong
luas. Lelaki yang tidak ingin dijumpanya lagi sedang tercegat di hadapan pintu
kelas bersama dengan guru pianonya, Miss Raveena. Matanya menyoroti
langkah lelaki itu masuk ke dalam kelas.
Suasana kelas menjadi riuh. Terdengar siulan kecil
daripada pelajar perempuan.
“Perempuan sekarang memang tak tahu malu”. Puteri
mendengus geram.
Miss Raveena tersenyum kecil. “Handsome right?”,
soalnya kepada pelajar kelas itu berselang seli menatap wajah kacak jejaka itu.
“Yes!..”,
sahut beberapa orang pelajar perempuan.
“Class..today, we have a new student. So, it does
gonna be 12 members in our class. Ok, introduce yourself to the class”.
Puteri memekakkan telinganya. Malas untuk mendengar suara
itu. Malas untuk melihat wajah itu lagi. Dikerlingnya Shafawati di sebelahnya
yang seolah-olah terpukau memandang lelaki itu. “Semua orang dah jadi gila”,
ngomelnya sambil membuat muka meluat.
********
“Puteri..kamu ambil berapa subjek?”, soal Mei Ling di
hadapan mejanya.
Puteri mengangkat bahunya. Kepalanya diangkat saat
menunduk membuat latihan trigonomoteric function. “Tak tahu lagi.
Kamu?”, soalnya kembali.
“Semalam masa briefing, cikgu cakap kita boleh
ambik lebih dari sepuluh subjek kan?. Saya rancang nak ambik subjek ekonomi
asas, lukisan, prinsip akaun, dan banyak lagi la. Itu yang saya tanya kamu.
Kalau kamu ada ambik subjek-subjek lain, saya lagi suka”.
“Kenapa pula”, Puteri mengerutkan dahinya.
“Aiya..kamu banyak pandai. Selalu dapat nombor satu. Lagi
pun..kamu banyak baik. Itu tahun lepas, sebab kamu ajar saya..bahasa melayu
saya jadi bagus. Subjek Biologi saya dapat A tolak. Semua atas jasa kamu”,
balasnya seraya pujian bersungguh. Gadis cina berambut tocang itu benar-benar
terharu dengan kebaikan Puteri.
“Mei Ling dear, kamu dapat skor sebab kamu pun
bijak dan usaha keras”. Puteri kembali membuat latihan matematik tambahannya.
Dalam diam hati kecilnya menafikan kata-kata gadis cina itu. Dia tidak bijak,
cuma dia ada kaedah dalam belajar. Kaedah MOKDAR yang dipelajari seawal usia
tujuh tahun daripada seorang guru matematik telah membuatkan dia selalu muncul
sebagai pelajar terbaik.
“Kamu ni..suka sangat merendah diri. Eh..mana Shafawati?.
Dia datang tak hari ni?”, soal gadis cina itu lagi.
Puteri menatap jam bulat di dinding kelas. Lagi 5 minit,
pintu pagar sekolah akan ditutup. “Entah. Tak datang la kot. Dah lambat ni.
Budak ni..takkan la demam pula”, bebelnya.
“Dia demam apa Puteri?”, soal Mei ling lagi.
“Demam angau”, jawabnya selamba. Dia masih menunduk,
meneruskan latihan matematik itu.
“Apa tu?”
“Demam asmara”.
“Demam asmara?..Aiya..demam cinta ka?”
“Macam tu la”.
“Ish ish ish. Manyak hensem”.
Puteri menghentikan gerakan pensilnya, mengerutkan
keningnya dengan kata-kata gadis cina itu.
“Apa yang hensem nya?”, soal Puteri seraya mengangkat
wajahnya.
“Bangun”, arah ketua kelas 5 Einstein apabila guru kelasnya
Cikgu Yusof masuk ke dalam kelas.
Puteri turut bangun dan memberikan ucapan hormat kepada
guru lelaki itu.
Apabila Mei Ling yang tingginya mencapai 175 cm sudah
duduk dihadapannya, baru dia menyedari gerangan yang berdiri di sebelah Cikgu
Yusof. Dia lagi?. Hatinya menyoal dalam rasa sebal. Sayup-sayup kedengaran
suara Cikgu Yusof menyuruh pelajar baru itu memperkenalkan diri.
“Nama saya Tengku Hakim. Boleh panggil saya Hakim.
Sebelum ini saya bersekolah di MRSM Kota Bharu. Saya berpindah mengikut
keluarga ke sini. Saya harap rakan-rakan semua membantu saya dalam menyesuaikan
diri di sekolah ini”.
Puteri menjuihkan bibirnya. “Hakim?. Patutlah
pandai-pandai je menghakimi orang lain suka-suka hati dia”, ngomelnya sendiri.
Puteri menyedari pelajar-pelajar perempuan berbisik antara satu sama lain.
Masing-masing memuji kekacakan lelaki itu. Pelik betul. Apa menariknya lelaki
itu?.
“Hakim..kamu boleh duduk di sebelah Mei Ling”, arah Cikgu
Yusof.
Puteri mengetap giginya. “Kenapa la Firdina pindah
sekolah tahun ni. Tak pasal-pasal budak lelaki tu duduk sebelah Mei Ling ”.
Puteri masih mengomel, pensil di tangan
kanannya digenggam kemas. Kepalanya ditundukkan. Berusaha untuk tidak
menghiraukan suasana sekelilingnya. Latihan geometri itu cuba di selesaikannya.
Hakim mengambil tempat duduk di sebelah gadis cina itu.
Dia menghadiahkan senyuman kepada beberapa pelajar perempuan berhampiran tempat
duduknya. Sebaik melihat gadis itu dibelakang tempat duduknya, hatinya berdetak
kencang. Masih tergiang di benaknya kata-kata puteri ais itu tatkala di dalam
perpustakaan dua hari lalu mengenai perkahwinan. Secara tidak sengaja dia
terdengar, bukan bermaksud untuk mencuri dengar. Mengapa gadis melayu itu
berpendapat sedemikian?. Hatinya berbisik.
Puteri menarik nafas dalam-dalam. Memejamkan matanya
rapat-rapat, berharap hatinya kembali tenang. Matanya dibuka perlahan-lahan.
Puteri pantas memalingkan wajahnya ke kiri apabila ekor matanya menangkap satu
susuk tubuh di sebelahnya. Sebaik matanya bertembung dengan mata hitam lelaki
itu, amarahnya serta merta terbit. “Awak?. Apa pasal awak duduk sini?.
Pergi!.”. Mata Puteri membulat, kemudian dicerlungkan pandangan tajam ke wajah
lelaki itu yang kelihatan selamba duduk di sebelahnya.
Hakim mengenyetkan mata kirinya kepada Puteri. “Hai
puteri ais. Kita jumpa lagi. Mungkin antara kita ada kisah yang tertulis di luh
mahfuz tak? ”, soalnya seraya tersenyum meleret. Dunia ini memang kecil. Wajah
garang gadis iras pelakon Bollywood Madhuri Dixit itu direnung lembut.
Puteri menjegilkan matanya. “Tiada kisah antara kita. Nothing!.
Baik awak duduk di sebelah Mei Ling selagi saya boleh bersabar”. Puteri
memberikan amarannya.
“Ok..ok”, Hakim mengangkat kedua belah tangannya tanda
mengalah, kembali duduk di sebelah gadis cina itu.
Puteri menggenggam buku limanya kuat-kuat. Berusaha untuk
menenangkan perasaannya yang terganggu kini. Dia telah berjaya membuatkan
lelaki menjauhinya dengan menaikkan berat badannya tetapi lelaki ini..?. Puteri
memejamkan matanya, menarik nafas dalam-dalam. Berharap hatinya yang panas
beransur sejuk.
*******
“Puteri...kalau kau ni kurus kan, dah lama aku ngorat
kau?”, ujar Farid yang tiba-tiba muncul entah dari mana.
Puteri mengangkat wajahnya, merenung selamba ke wajah
lelaki berkening lebat itu. Dia kenal lelaki kaki perempuan itu. “Oh ya ka?.
Aku tak tahu pula. Kalau macam tu..selama-lamanya la aku tak akan kurus.
Sekian, terima kasih. Sila pergi jika tiada berita lagi”, ujarnya dalam nada
sinis.
Wajah Farid terus berubah. Lebih-lebih lagi dia menangkap
senyuman di wajah beberapa pelajar yang berdekatan. Dengan geram, dia berlalu
dengan rasa malu.
Puteri menggeleng-gelengkan kepalanya. “Lelaki gila.
Macam tu la”, rungutnya sendiri.
Shafawati tersenyum nipis melihat wajah Farid yang keruh.
Kembali memandang wajah rakan baiknya itu. “Kau tak nak kurus ke?. Setiap
perempuan berlumba-lumba nak kurus. Tapi kau..”
“Untuk apa kurus?. Mati nanti..masuk kubur kena makan
ulat juga”, bidas Puteri selamba.
Shafawati menggelengkan kepalanya. “Kau ni kan
Puteri..ada saja jawapannya. Aku cuma hairan je. Mak aku cakap, orang perempuan
ni kena pandai jaga penampilan, bentuk badan. Nanti tak ada lelaki yang nak
datang meminang”, ceritanya bersungguh.
Puteri memetik jarinya di hadapan wajah Shafawati. “Itu
yang aku mahu”.
Shafawati menggelengkan kepalanya.
“Puteri..puteri..setiap perempuan mengimpikan perkahwinan impian masing-masing.
Kau pula tak pernah menginginkan sekalipun?”. Shafawati merenung wajah jelita
yang tersembunyi disebalik wajah tembam itu.
Puteri menggeleng. “Aku akan kekal begini sampai
bila-bila. Aku tidak ingin menunjukkan kelebihan aku kepada lelaki, aku tak nak
lelaki perasan kehadiran aku, dan aku tak akan kurus sampai bila-bila.
Nokhtah”, balasnya tenang.
“Saya setuju dengan pendapat awak tu”. Hakim tiba-tiba
menyampuk.
Puteri menjeling geram, sementelah Shafawati memandang
wajah Hakim dengan rasa tidak percaya. “Kau biar betul Hakim?”, soalnya penuh
kaget.
Hakim tersenyum, merenung wajah yang sengaja dipalingkan
ke arah bertentangan. “Sebab saya suka chubby girl. Ciri-ciri idaman
isteri saya adalah perempuan berisi..macam Puteri ni”, pancingnya seraya
menjeling pandang wajah masam itu.
Puteri kembali memandang wajahnya, merenung tajam.
“Kenapa awak suka perempuan badan macam saya ni?”, soalnya bersulam rasa
hairan.
Hakim merenung lama wajah itu. “Sebab...sedap buat bantal
bila tidur”, jawabnya selamba.
Puteri membulatkan matanya, merenung geram pada
sahabatnya yang tersenyum senyum begitu. Kemudian dia merenung tajam ke arah
mata lelaki itu lebih lama. “Apa yang awak nak dari saya?. Saya tak pernah
kacau awak, tetapi kenapa awak suka masuk campur dalam hal saya?. Hah?”. Puteri
benar-benar geram.
Hakim hanya tersenyum. Merapatkan jari jemarinya, bertaut
erat kesemuanya. “Sebab saya yakin..antara kita..pasti ada kisah. Kisah yang
telah tertulis dalam takdir”, jawabnya tenang.
Puteri terpempan mendengar kata-kata itu, kemudian
cepat-cepat dia tersedar. “Kita tak akan ada kisah kalau awak tak masuk campur
dalam hal saya!”.
Hakim tetap tersenyum. “Ok. Saya tak akan masuk campur.
Tapi..saya tetap akan cakap satu perkara. Awak nampak seksi dengan badan
berisi. Awak tak boleh kuruskan badan awak ok.”, pesannya seraya mengenyetkan
mata.
Puteri sudah merengus geram. “Suka hati saya lah. Awak
jangan nak masuk campur ok!”.
“Kenapa awak suka marah-marah?. Mak saya kata..marah tu
tanda sayang. Awak sayang pada saya ke?”, usik Hakim lagi.
Puteri mengerlipkan matanya beberapa kali dalam mulut
yang separuh terbuka. Lelaki ni memang sakit!. Dalam rasa geram yang
membengkak, dia bangun, menapak keluar dari kelas.
“Sha..bila kali terakhir Puteri tu senyum?”, soal Hakim
saat Puteri hilang dari pandangannya. Sempat dia menangkap wajah keruh gadis
itu.
Shafawati mengumam beberapa ketika. Matanya
terkedip-kedip, berfikir dengan penuh konsentrasi. “Err...mungkin....err...”,
mata gadis itu membulat, kemudian menatap mata hitam Hakim. “Soalan yang baik.
Sha sendiri pun tak pernah nampak dia senyum selama ni”, kepalanya
terangguk-angguk sendiri. Bagaimana dia tidak perasan selama ini.
Hakim mengerutkan dahinya. “Berapa lama Sha kenal dia?”,
soalnya lagi, cuba mencungkil rahsia gadis yang tiba-tiba memenuhi ruang fikirannya.
“Sejak tingkatan 1. Puteri ni dulu..dia ada ramai
peminat. Tapi sejak badan dia naik macam ulat sagu..terus tak ada lelaki yang
cuba nak dekat dengan dia. Dia kawan yang baik, sebab tu kami boleh get
along together. Erm..tentang senyum tu...pertama kali Sha kenal dia pun,
dia tak pernah senyum...haa..memang tak pernah nampak dia senyum”, Shafawati
menekankan suaranya.
Hakim membetulkan duduknya. Wajah Shafawati dipandang
lama. “Ada apa-apa sebab dia jadi macam tu?. Masalah keluarga ke?”, soalnya
cuba mencungkil rahsia hidup Puteri.
Shafawati terdiam lama, memandang wajah Hakim. Lama
pandangan itu menusuk masuk ke dalam anak mata lelaki itu.
*******
“Apa yang Ustazah
nak kamu semua belajar hari ini adalah kesempurnaan dalam sujud. Sujud adalah
waktu yang paling hampir dengan ALLAH, sebab itu digalakkan melakukan sujud
dalam tempoh yang lama seiring memanjatkan doa peribadi masing-masing. Sebab
tu..dalam hidup ni..pencarian ilmu tu tidak akan pernah habis. Menuntut ilmu
itu wajib bagi setiap orang mukmim. Tapi apa yang ustazah lihat hari
ini..pemuda pemudi ramai yang tidak mahu menuntut ilmu, terutamanya lelaki.
Sayang sekali...bila golongan lelaki ramai ke pusat serenti..perempuan pula
ramai di universiti”. Ustazah Maimunah menggeleng kesal.
Puteri mengangkat tangannya. “Tapi ustazah..keadaan ini
bagus untuk meninggikan martabat kaum wanita. Sekarang ni pun dah ada perdana
menteri wanita. Bukan ke wanita juga baik dalam kepimpinan?”, hujahnya penuh
yakin.
Ustazah Maimunah menggeleng. “Wanita kalau memimpin
negara..akan rosak kelak negaranya. Tengoklah apa jadi pada sebuah negara di
rantau kita ni. Kucar kacir lagi ada. Saya bukan menidakkan peranan atau
kebolehan wanita dalam memimpin sebuah negara..tetapi itu telah melanggar
fitrah. Lelaki dijadikan dengan kelebihan akal juga daya kepimpinan secara
semulajadi. Kalau orang perempuan turut terlibat dalam hal ehwal rayat atau
pekerja, anak-anak di rumah..siapa yang menjaga?. Makan pakai mereka, adakah
terurus?. Bagaimana pula nasib anak-anak muda yang tidak terdidik ini?. Ini lah
juga penyebab kepada gejala sosial hari ini. Ingat, terdidik wanita terdidik
generasi”. Ustazah Maimunah melontarkan hujahnya pula.
Bunyi loceng kedengaran menandakan waktu pendidikan islam
telah tamat. Ustazah Maimunah mengemaskan barang-barang dan berlalu
keluar.
“Kau tau Sha.. kalau aku kawin nanti kan, aku nak isteri
aku nanti duduk rumah. Jaga anak-anak aku, makan pakai aku”, ujar Hakim sebaik
berpusing ke belakang. Dia menopang dagu memandang wajah comel Shafawati, namun
ekor matanya mengerling Puteri Ishika. Gadis itu seperti tidak menghiraukan
kata-katanya.
Shafawati mengerutkan keningnya. “Maksud Hakim..jadi suri
rumah sepenuh masa?. Biar betul?. Zaman sekarang kan dah lain. Perempuan
sekarang ni kan dah bekerjaya. Lebih banyak berjaya daripada lelaki. Mana boleh
kau sekat isteri kau nanti kalau dia berpendidikan tinggi”, tingkahnya kurang
bersetuju dengan jejaka itu.
Hakim tersenyum. “Sha..ingat tak asal kejadian adam dan
hawa?. Hawa diciptakan untuk memberi ketenangan kepada adam kan. Aku rasa..aku
akan dapat ketenangan kalau isteri aku menguruskan semua keperluan rumah juga
mendidik zuriat aku nanti. Sebab tu aku nak isteri aku sentiasa ada dengan aku.
Lagi pula, setinggi mana pun pendidikan seorang perempuan tu..tempat yang layak
hanya di sisi suami”, terangnya panjang lebar.
“Kenapa perlu isteri korbankan kerjaya pula?. Seorang
perempuan yang bijak adalah perempuan yang beramal dengan ilmunya”. Tinggi
suara Puteri meningkah kata-kata Hakim.
Shafawati tercengang, berbalas pandang dengan Hakim
sesaat. Mereka menyembunyikan senyuman yang hampir-hampir terukir.
Hakim merenung wajah keruh itu. “Lelaki adalah khalifah
yang terbaik untuk memimpin. Sebab tu lelaki diciptakan dengan sembilan akal
dan satu nafsu tetapi perempuan sebaliknya. Ada pernah terpikir tak, kenapa
ciptaan dan inovasi dalam dunia ni..boleh kata hampir semuanya adalah ciptaan
kaum lelaki?, soalnya serius.
Puteri menjuihkan bibirnya. “Tidak ada beza perempuan
atau laki-laki melainkan minda yang baik dapat menciptakan segala-galanya.
Wanita pada zaman dulu, tidak diberikan hak yang sama rata dengan lelaki. Sebab
tu lelaki yang lebih banyak mendominasi. Sekarang ni kita sendiri boleh lihat
kan kebangkitan kuasa wanita”, balasnya yakin.
“Ok. Kalau begitu, boleh berikan contoh ciptaan teknologi
dalam dunia hasil daripada kebijaksanan perempuan?”, cabar Hakim.
Puteri mengerutkan dahinya. Cuba mengumpul fakta-fakta
yang diketahuinya. “Ada. Ada banyak inventor perempuan contohnya Randi Altschul yang mencipta disposible cellphone pertama di
dunia. Kemudian...ada Grace Hopper yang merupakan computer
compiler pertama di dunia. Mary Walton
pula wanita yang bertanggungjawab mengembangkan kaedah untuk mengalihkan pembebasan cerobong
dan yang paling penting pencipta enjin carian terbaik di dunia..Google dicipta
oleh wanita yang bernama Anna Patterson”, terangnya seraya menekankan suaranya.
Hakim tersenyum mendengar jawapan itu. “Ada satu yang
salah. Google bukan dicipta oleh Anna Patterson. Google adalah
hasil ciptaan dua orang lelaki yang bernama Larry Page dan Sergey Brin. Memang
Anna patterson ni inventor tetapi dia jurutera yang mencipta satu
perisian yang membantu meningkatkan enjin carian Google, tetapi tidak terlibat
dalam penciptaan Google”, ujarnya membetulkan fakta itu.
Puteri Ishika mendengus. “Apa yang penting..dia antara
perempuan yang menjadi pencipta teknologi”, tingkahnya tidak mahu kalah.
Shafawati tersengih. “Dan yang paling penting...disebalik
kejayaan seorang lelaki tu, pasti ada seorang wanita dibelakangnya”, sampuknya
selaku penenang keadaan.
Hakim ketawa senang. “Ya betul..itu la fungsi wanita
sebenarnya. Sebab itu saya nak isteri saya nanti jadi suri rumah. Selalu ada
ketika saya susah dan senang. Tetapi..antara lelaki dan perempuan..lelaki
adalah yang terbaik!”.
Hati Puteri Ishika membakul geram mendengar kata-kata
itu. “Perempuan yang terbaik!”, tingkahnya.
“Lelaki yang terbaik!”. Hakim tetap tidak mahu kalah.
“Surah An-Nissa adalah surah yang ALLAH S.W.T turunkan
khusus untuk perempuan. Maknanya perempuan yang terbaik!”. Puteri masih
berusaha bertahan.
“Memang. Tetapi jangan lupa ada juga Surah Muhammad,
surah Yusoff, surah Yunus, Surah Hud, surah Ibrahim dan banyak lagi surah yang
menceritakan tentang nabi dan rasul yang diutuskan hanya dari golongan lelaki.
Itu menunjukkan lelaki adalah khalifah terbaik!”.
Puteri terdiam dalam mata yang masih tajam merenung
Hakim. Nafasnya turun naik. “Ok. Kita buat pertandingan untuk tentukan siapa
yang terbaik. Petang ni..jumpa di library selepas kelas piano. Kita
lawan chess”, cabarnya.
Semakin lebar senyuman Hakim. “Done”.
*******
Puteri Ishika mengambil buah catur berwarna putih.
Manakala Tengku Hakim berwarna hitam. Puteri kelihatan garang menyerang pihak
lawan dengan menjalankan dua langkah bidak putih ke arah buah raja lawan. Hakim
memilih strategi pertahanan sisilia naga untuk menghadapi serangan bidak muka
raja itu. Apabila permainan memasuki peringkat pertengahan, permainan itu
kelihatan begitu sengit.
Shafawati sebagai pemerhati terangguk-angguk sendiri
melihat gerakan-gerakan pintar daripada kedua belah pihak. Terkadang Shafawati
terasa lelah menunggu tindakan mereka apabila masing-masing berfikir dalam
jangka masa yang lama.
“Ceque”, ujar Hakim apabila buah raja gadis itu
berada di laluan buah menterinya. Dia menunggu tindakan gadis itu dalam usaha
menyelamatkan rajanya. Apabila dia melihat gadis itu tidak bersedia untuk
menggerakkan buah permaisuri itu, dia berpeluk tubuh, merenungi wajah putih
bersih itu. “Awak tahu..dalam kisah cinta agung antara Mumtaz Mahal dan
Shahjahan, diceritakan mereka selalu bermain catur bersama”, cerita Hakim
sengaja ingin meraih perhatian gadis itu.
Puteri mendengus geram. Konsentrasinya sedikit terganggu.
Pertandingan tanpa pengadil itu benar-benar menguji mindanya. Lawannya ini
bukan sebarangan. Dia harus membuat benteng memandangkan itu adalah strategi
umpanan pihak lawan supaya dia menyerahkan buah penting itu. Dalam rasa berat
hati, dia menggerakkan buah permaisuri di hadapan petak buah Raja. “Apa yang
awak cuba sampaikan?”, soalnya garang, merenung wajah yang selalu murah dengan
senyuman itu. Pelik. Tak sakit ke pipi dia bila asyik senyum macam tu?. Hatinya
berbisik.
Hakim senyum lebih lebar. Merenung seketika papan catur
itu. Kemudian menjatuhkan pandangannya ke wajah gadis itu. “Mungkin kisah kita
berdua boleh ulang kembali cinta agung mereka”, ujarnya tenang.
Puteri menahan nafasnya. Benar-benar dia terkesima.
Keadaan sekelilingnya terasa berhenti sebaik mendengar kata-kata itu. Dia hanya
dapat mendengar deruan nafasnya sendiri. Wajah sayu arwah ibunya menampan
benaknya. Kemudian dia cepat tersedar. “Merepek!”, sangkalnya bersungguh.
Hakim tersengih seraya menggerakkan buah gajah ke arah
lawan, lantas membaham buah permaisuri lawan. “Cheque”, ucapnya lagi
apabila buah gajah itu berada di petak hadapan buah raja putih. “Tinggal buah raja.
Puteri ada keyakinan ke untuk menang?”,soalnya dalam senyum licik.
Puteri mencemberutkan bibirnya. Dalam keadaan geram, dia
menggerakkan buah raja lantas membaham buah lawan. Merenung sejenak papan catur
itu, dia mengeluh dalam diam. Strategi menyerang muka raja tidak menjadi..malah
sekarang dia pula yang diserang. Pertahanan sisilia naga yang dilakukan lelaki
itu nampaknya berhasil. Apabila Hakim menyerang, mengatur strategi untuk
mengumpan buah raja miliknya..dia mengelak seboleh mungkin.
Hakim sengaja bermain-main tarik tali, membiarkan gadis
itu melarikan buah raja daripada di perangkap. “Sejauh mana awak cuba
lari..saya pasti akan sampai..dan awak akan mengalah juga. Setuju?”, ujarnya
memancing emosi lawan.
Puteri mengangkat wajahnya, merenung tajam mata itu.
“Tak!”, balasnya enggan mengalah. Fikirannya jenuh berfikir bagaimana untuk
membaham buah benteng lawan. Ternyata mustahil dengan fungsi buah raja yang
terhad. Buah raja itu digerakkan satu petak ke hadapan.
Hakim tersenyum lalu menggerakkan buah raja mengiring
satu petak ke kiri, berhadapan buah bentengnya. Kini yang membezakan satu petak
daripada kedudukan raja lawan dalam kedudukan yang sama baris. “Awak perasan
tak, apa yang kita buat sekarang, sama dengan apa yang berlaku antara kita.
Walau awak mengelakkan diri sejauh mana pun daripada saya, kita tetap akan
bertemu. Kita pasti akan diekori oleh ketetapan takdir-Nya, bukan?”. Hakim
merenung mata bundar itu.
Mata Puteri mencerlung tajam. “Takdir tidak tetap. Boleh
berubah!”, balasnya dalam nada geram. Sedaya upaya dia memperlahankan suaranya
apabila menyedari pandangan pelik beberapa orang berhampiran meja mereka.
“Raja dah mati!”. Hakim membuat pengumuman.
Puteri mengerutkan dahinya memandang wajah lelaki itu.
Kemudian matanya membuntang luas, terus pandangannya jatuh pada papan catur.
“Hah?!”. Kenapa dia tidak menyedari telah terperangkap?. Buah rajanya itu cuba
di bawa ke kanan..hadapan..kiri...ahh susahla buah raja lawan turut membuat
perangkap di situ. Bibir bawahnya diketap. Sungguh sukar menerima kekalahan
itu.
“Cheque mate!!”, ujar Hakim sekali lagi seraya
tersenyum lebar melihat wajah cemberut gadis itu.
Puteri menarik nafasnya dalam-dalam. Dalam keterpaksaan,
dia mengalah.
Shafawati tersenyum kecil. Pertandingan tidak bertauliah
itu menghiburkan dirinya.
Hakim mengangkat keningnya memandang wajah keruh itu.
“Kan saya dah kata..lelaki yang terbaik. So, orang yang kalah harus
tunaikan permintaan orang yang menang kan?”, ujar Hakim.
“Betul. Aku setuju”, sokong Shafawati.
Puteri mengeluh keras. “Apa yang awak nak?”, soalnya
dalam nada geram. Aduh la kenapa aku boleh terperangkap ni?. Keluh hatinya.
Hakim mendekatkan wajahnya ke wajah gadis itu.
“Senyum..tak perlu kata apa-apa..senyum....dan senyum...”, balasnya tenang.
Puteri mengerdipkan matanya beberapa kali. Dia cuba
mengukir senyuman tetapi terasa sungguh sukar. Akhirnya dia memejamkan
mata..cuba lagi mengukir senyuman...
Hakim terkesima melihat lesung pipit yang berlekuk di
kedua pipi itu biarpun gadis itu memberikan senyuman paksa dalam mata terpejam.
Entah bagaimana tanpa sedar, dia menghulurkan tangan...menyentuh pipi itu.
Puteri terus membuka matanya. Matanya bertembung dengan
mata Hakim, kemudian apabila dia menyedari tangan kanan lelaki itu di pipi
kirinya..rasa amarahnya terus meletus. Tangan kanannya dihayunkan, kuat
menampar pipi Hakim. “Awak...saya paling benci awak!. Benci!. Lelaki semuanya
sama!!!!!!!!!!!!!”. Air mata laju turun di pipi nya. Puteri mencapai beg dan
buku di atas meja, langsung berlari keluar dari perpustakaan.
Hakim terpinga-pinga. Shafawati tidak terkata apa.
*******
“Kenapa kau gelisah sangat ni?”, soal Puteri kehairanan
melihat wajah cemas Shafawati. Kotak kecemasan dikemas semula apabila digunakan
sebentar tadi untuk merawati kaki seorang pelajar perempuan yang terseliuh.
Shafawati memandang wajah Puteri seketika. “Tengku
Hakim...budak tu tak berapa sihat. Tapi degil nak masuk merentas desa. Aku
risau ni”, terangnya seraya berjalan ulang-alik dihadapan Puteri.
Puteri menggelengkan kepalanya. “Kalau kau suka kan Hakim
tu..cakap je la Sha”, ucapnya selamba.
Shafawati hampir tergelak mendengar kata-kata itu. “Aku
akui..dulu aku sukakan dia. Sekarang, aku hanya suka dia sebagai kawan. Hakim
sukakan perempuan lain. Kau nak tahu tak siapa yang Hakim suka?”, Shafawati
menyiku pinggang Puteri dalam riak wajah nakal.
Puteri menjeling tajam. “Apa-apa sahaja mengenai
Hakim..tolong jangan cerita pada aku. Aku benci!! Menyampah!!. Tahu tak?”.
Shafawati menggelengkan kepalanya.
“Puteri..Puteri...ingat!..Islam pesan kalau benci biarlah berpada, takut-takut
apa yang dibenci itu akan menjadi kecintaan di kemudian hari”, pesannya seraya
menggoyang-goyangkan jari telunjuknya.
Puteri mendengus. “Kalau lelaki dalam dunia ni semua dah
mati pun, aku takkan suka dia sampai bila-bila pun. Dah la..malas nak cakap
tentang dia lagi”. Melihat Shafawati yang berkerut wajahnya, menimbulkan rasa
hairan di hati Puteri. “Kau ni kenapa?”, soal Puteri kembali.
Shafawati memegang perutnya, memandang wajah rakannya
itu. “Aku nak buang air la. Tolong pegang botol Hakim ni kejap”, Shafawati
menghulurkan sebuah botol lonjong berwarna hijau berlambang jenama Wristly
firming Gum.
Puteri memuncungkan bibirnya. “Kenapa aku pula yang kena
pegang?”, soalnya tidak puas hati.
Shafawati tidak betah lagi duduk di situ apabila terasa
sudah tidak berdaya bertahan. Botol itu terus diletakkan di atas tangan
rakannya itu. Sebenarnya dia tidak ingin meninggalkan botol itu pada rakannya
itu, namun saat kecemasan begini..dia terpaksa.
Puteri menahan nafasnya. Terasa sakit hati apabila
mengenangkan jejaka berkaca mata itu. Dia menghitung masa, memerhatikan detik
jarum jam di lengan. Sudah hampir lima belas minit berlalu. Di kejauhan,
sekoyong-koyong peserta merentas desa sudah kembali dan masing-masing
mempercepatkan larian untuk sampai ke garisan penamat.
Melihat wajah Hakim yang muncul dahulu, rasa bencinya
kian membara. Lelaki itu berjaya mencapai garisan penamat sebelum beberapa
pelajar lelaki turut mengikut jejak langkahnya. Peristiwa lelaki itu menyentuh
pipinya kembali terbayang. Dalam rasa marah berbaur geram itu, dia mencampakkan
botol berwarna hijau itu ke dalam longkang padang. Bibirnya diketap kuat. Padan muka!.
“Ada pelajar pengsan!!”, laung seorang guru.
Puteri yang bertugas di bawah persatuan St.John Ambulance
turut berlari ke kawasan padang yang telah dikerumuni pelajar dan guru.
Shafawati yang baru pulang dari tandas terus berlari ke
kawasan itu. Melihat tubuh Hakim yang rebah di atas rumput, wajahnya bertukar
cemas. Tubuh itu dipangku di atas riba. Dada Hakim berombak-ombak kencang.
Shafawati memandang Puteri yang terpinga-pinga di situ. “Puteri, bagi botol
tadi”, pintanya. Botol mineral pantas di keluarkan dari beg, membuka penutup
lantas direnjiskan ke wajah Hakim. Tangannya cekatan menekan dada sasa jejaka
itu apabila sudah tiada gerakan di dada itu.
Puteri membulatkan matanya. “Hah?. Aku...aku..dah buang”,
jawabnya dalam serba salah.
Mata Shafawati terjegil. “Apa??. Kau dah gila ke?.. Botol
tu ada ubat sakit jantung. Bukan chewing-gum!. Hakim ada sakit
jantung!”. Shafawati tidak mahu bertingkah pada saat genting itu, lantas dia
terus menerus menekan dada Hakim.
Puteri terpempan mendengar kata-kata Shafawati. Tangannya
serta merta menggigil. Aku...aku...dah bunuh dia?. Hatinya menyoal cemas.
Melihat sudah tiada gerakan di dada Hakim Puteri pantas menunduk, berlutut di
antara bahu Hakim sekaligus mengambil alih tugas Shafawati. Tangannya cekatan
melonggarkankan butang di leher baju biru Hakim. Kepala Hakim dimiringkan ke
belakang seraya mengangkat dagu jejaka itu. Puteri meletakkan telapak tangan
kiri pada dahi Hakim, dengan lembut didorongkan ke bawah. Lalu tangan kanannya
menggerakkan dagu Hakim ke depan untuk membuka jalan udara.
Puteri memerhatikan dada Hakim. Melihat tiada gerakan di
situ, pantas diperiksa nafas Hakim dengan mendekatkan mukanya ke wajah mulut
Hakim. Apabila pasti tiada nafas dirasai di pipi dan telinganya, tanpa teragak-agak
Puteri menjepit hidung Hakim lalu melekapkan mulutnya ke mulut Hakim untuk
menutup ruang udara. Nafas pertama diberi dengan menahan selama 1 saat. Melihat
dada jejaka itu telah naik, jari jemarinya disilangkan, menekap dada jejaka itu
seterusnya menekan bersungguh.
Shafawati membulatkan matanya memandang tindakan spontan
rakannya itu. Kemudian dia tersenyum sendiri. Kata-kata Puteri beberapa bulan
lepas kembali tergiang.
“Kalau pun aku jumpa dia balik...aku akan...aku akan cium
dia”.
Puteri menggunakan beratnya seraya mendorong kuat dan
cepat tekanan di dada Hakim. Dua tekanan diberikan bagi setiap satu saat.
Apabila tubuh Hakim bertindak balas, dia berhenti memberikan tekanan. Peluhnya
yang merinding di dahi pantas diseka. Jejaka itu terbatuk-batuk seketika.
Menyedari Hakim telah sedar, Puteri meloloskan diri dari tempat itu
perlahan-lahan tanpa disedari orang sekeliling. Dia berjalan cepat, memegang
pipinya yang terasa panas. Dia tidak ingin untuk menoleh ke belakang lagi.
*******
“Mesti kau suka kan?”, soal Shafawati sambil mengopek
kulit buah epal.
“Kenapa pula aku mesti suka?”, soal Hakim kembali. Dia
membetulkan kedudukan wayar yang dicucukkan di lengan kirinya.
“Ya la. Tak pasal-pasal kau dapat ciuman percuma”.
Shafawati tersengeh nakal. Buah epal merah yang sudah dipotong kecil dihulurkan kepada Hakim.
Hakim menyambut buah epal itu seiring tawa besar. “Ciuman
maut pula tu”, balasnya pantas. Potongan buah epal itu dimasukkan ke dalam
mulut, dikunyah perlahan.
“Memang ciuman maut. Eh, mana mak ayah kau?. Tak nampak
pun”, soal Shafawati kehairanan. Bilik Hakim kosong. Bagaikan tiada pelawat
yang pernah hadir sebelum kedatangannya tengah hari itu.
“Oh. Mereka ke Paris. Sambut ulang tahun perkahwinan di
sana. Abang aku ada datang malam tadi. Aku yang larang abang aku beritahu pada
mak ayah aku. Kalau mak aku tahu aku masuk hospital, mesti deorang terus
terbang ke Malaysia masa tu juga. Aku tak nak la merosakkan percutian deorang.
Dah lama mereka rancang nak pergi Paris. Lagi pula aku nak menjaga kesihatan
telinga aku”.
“Telinga kau?. Apa pasal pula?”.
“Ish. Kau tak kenal mak aku. Sekali dia membebel, mahunya
berdarah telinga”, sahut Hakim selamba.
Shafawati ketawa besar mendengarnya. “Memang pun kau tu
patut dapat bebelan. Degil sangatnya. Lain kali jangan nak masuk apa-apa
pertandingan sukan. Takut gila aku masa kau pengsan hari tu. Nasib baik Puteri
pandai aplikasi kaedah CPR”.
Hakim tersengeh. “Tapi aku bersyukur sebab pengsan tau.
Merasa juga aku bibir dia yang susah sangat nak senyum tu”, ulasnya.
Shafawati tergelak lagi. “Ha..sebut pasal Puteri..dia
datang tak lagi?”.
Hakim menggeleng. “Tak”, sahutnya lemah.
Shafawati tersenyum lebar. “Kau jangan risau. Puteri tu
hati baik. Dia pasti akan datang”, ujarnya yakin. Dia sudah mengangkat
punggung.
“Eh, kau dah nak balik ke?”, soal Hakim.
“Ya..aku ada latihan petang ni”.
“La..tunggu la
dulu sampai asar nanti. Lepas asar nanti, abang aku datang jenguk aku. Aku nak kenalkan dengan abang aku”.
“Ish. Tak boleh la. Aku ada latihan tarian zapin petang
ni. Lain kali je la”.
“Tarian zapin?”. Hakim sudah tersenyum. “Kalau kau nak
tahu, abang aku sangat mengagumi perempuan yang pandai menari zapin. Nasib baik
saja dia dah ada jodoh. Kalau tak dah lama aku padankan kau dan abang aku tu”.
Shafawati ketawa halus. “Pandai la kau nak memadankan
jodoh aku. Ok, la. Aku nak balik dulu. Makan ubat doktor bagi dan jangan nak
memandai bergerak sendiri. Panggil jururawat kalau ada apa-apa yang
diperlukan”, pesannya serius.
“Baik, Dr.Sha”. Hakim memberikan lambaian tabik
hormatnya.
Shafawati menggeleng dalam sisa tawanya. “Jumpa lagi di
sekolah. Semoga cepat sembuh. Assalamualaikum”. Shafawati menapak keluar dari
bilik itu.
Hakim kembali berbaring. Jari jemarinya menyentuh bibir.
Dia tersenyum bahagia. Tidak apa la jika dia tak datang...
Bunyi ketukan di pintu membuatkan Hakim terkejut.
“Masuk”, arahnya dalam kehairanan. Siapa pula?. Jika doktor yang merawatnya
pasti sudah masuk selepas ketukan pertama.
Tombol pintu ditolak dari luar. Melihat gerangan yang
muncul di situ, Hakim mengerlipkan matanya beberapa kali. Dia benar-benar tidak
percaya.
“Err..salah ke..err...saya datang?”, soal Puteri
teragak-agak. Jari jemarinya dipatah-patah kan sambil merenung lantai bilik.
Terasa asing melihat pandangan lelaki itu.
Hakim lekas tersedar . “Eh. Tak. Masuk la”, pelawanya
dalam gembira berbaur rasa kaget.
Puteri menghela nafasnya. Dia serba salah untuk masuk.
“Saya cuma..nak minta... maaf”, ucapnya lambat-lambat.
Hakim tersenyum senang. Benarlah hati gadis ini tidak
sekeras ais. “Tak ada apa la. Bukan salah awak”.
Puteri bermain-main dengan jari jemarinya. Wajah Hakim
ditatap sekilas sebelum menjatuhkan pandangan ke lantai bilik. “Kalau macam
tu..saya balik dulu. Awak pun dah sedar”. Puteri meminta diri.
“Pulangkan balik”. Hakim bersuara tegas saat gadis itu
mula menapak pergi.
Puteri kembali berpaling dalam rasa serba salah yang
menggunung. “Nanti saya ganti la botol chewing gum awak tu”, sahutnya
dalam suara sedikit bergetar.
Hakim menggeleng. “Saya tak maksudkan botol tu”,
sangkalnya.
“Habis tu apa?”.
“Pulangkan sesuatu yang awak curi”.
“Apa pula yang saya curi daripada awak?”, bentak Puteri
dalam suara tinggi.
Hakim merenung wajah keruh itu. “Awak buat tak tahu pula
ya. Pulangkan balik ciuman pertama saya. Isteri saya tak sempat sentuh bibir
saya lagi, awak dah buat.. Awak dah mencabul maruah saya. Saya nak awak
bertanggungjawab”. Tegas suaranya kedengaran.
Buntang mata puteri mendengar kata-kata itu. “Awak jangan
nak memandai-mandai!. Kalau tahu diri tu sakit, tak payah nak masuk mana-mana
acara sukan. Dah la. Menyesal saya datang!”. Puteri melangkah laju keluar dari
bilik itu. Kita dah selamatkan dia..boleh dia cakap macam tu!. Giginya diketap
geram. Pintu bilik itu disentapnya kasar. Sebelum keluar, Puteri berpaling
semula menatap wajah lelaki itu dengan geram. “Hari tu rawatan kecemasan tau
tak?!!. Saya pun tak hingin nak cium awak!!”, marahnya dalam suara keras.
Hakim tersengih. “Bukan ke bila bibir dengan bibir bertemu,
itu sudah dikira satu bentuk ciuman?. Lagi pula, banyak saksi nampak awak cium
saya”, usiknya lagi.
“Argh!!!”, jerit Puteri kuat. Matanya mencerlung garang
memandang wajah Hakim. Bagai ingin ditelannya lelaki itu. “Saya tarik balik
ucapan maaf saya!”, ujarnya seraya menghentam kuat pintu bilik dari luar. Dia
berjalan laju sambil menonyoh-nonyoh bibirnya beberapa kali. Beberapa jururawat
yang berpapasan dengannya tidak langsung dihiraukannya.
Hakim tersenyum
sendiri. “Antara kita pasti ada kisah. Kan?”.
********
“Puteri..boleh ajarkan saya macam mana nak buat karangan
bahasa melayu yang baik?”, soal Tong Lek Kian. Jejaka cina tinggi lampai itu
duduk di kerusi Mei Ling saat gadis cina itu keluar ke tandas.
Puteri mengangguk. Buku Sodoku dialihkan ke tepi. “Boleh.
Erm..biasanya Ah Kian tulis guna tangan kanan ke kiri?”, soalnya lembut.
“Saya guna tangan kanan”.
“Pernah cuba menulis guna tangan kiri?”.
“Tak pernah”.
“Ok..mulai sekarang cubalah tulis guna tangan kiri”,
saran Puteri.
Mata Tong Leik Kian membulat. “Ha?. Err..susah la. Tulis
pun jadi lembab nanti”.
Puteri memetik jarinya. “Sebab susah la orang tak pernah
cuba. Seperti yang kita tahu, tangan kanan mengawal fungsi otak sebelah kiri
iaitu otak logik, otak matematik, pengiraan. Tapi ramai yang tak mahu
menggunakan tangan kiri kerana tidak selesa lalu sukar dibiasakan. Mulai hari
ni, cubalah biasakan menulis menggunakan tangan kiri. Fungsi otak kanan akan
mampu digunakan semaksimum mungkin. Bila dah biasa, kedua-dua fungsi otak logik
dan kretif akan kita kuasai dengan jaya. Macam permainan Sodoku ni...memerlukan
minda logik untuk selesaikan, tapi gerakan tangan kiri digunakan untuk membantu
minda lebih kretif. Paduan kedua fungsi minda ni la yang membezakan kita dengan
orang lain, membuatkan seseorang itu lebih berjaya sedangkan fungsi minda dalam
diri setiap manusia adalah sama. Selain tu, Ah Kian harusla banyak membaca.
Faham tak?”, terang Puteri panjang lebar.
Tong Leik Kian mengangguk laju. “Wah...tak hairanla
Puteri bijak. Terima kasih banyak-banyak”, ucapnya dalam nada terharu.
Puteri mencemberutkan bibirnya saat jejaka cina itu
menghadiahkannya senyuman lalu menapak pergi ke tempat duduknya semula.
Hakim menghela nafas sebaik melihat kedua lesung pipit
berlekuk di pipi gadis itu. Gadis itu seperti tidak menghiraukan kehadirannya
di situ sedangkan dia setia mendengar perbualan mereka sambil menompang dagu
merenung wajah Puteri. Melihat gadis itu bangun lalu keluar melalui pintu
belakang kelas, Hakim mengalihkan pandangan ke wajah Tong Leik Kian di belakang
kelas kemudian bola matanya tepat memandang wajah Shafawati. “Sha....pelik la”.
“Apa yang peliknya?”, Shafawati mengangkat wajahnya.
Latihan biologi ditinggalkan sebentar.
“Tak rasa pelik ke?. Selama yang Hakim perhatikan, Puteri
tak pernah layan lelaki dengan baik. Tapi..bila dengan Ah Kian...”. Hakim
menjatuhkan pandangan semula pada wajah comel lelaki cina itu. Tong Leik Kian
kelihatan terkial-kial menulis menggunakan tangan kiri.
Shafawati memusingkan kepalanya, memandang sekilas wajah
jejaka cina itu. “Erm...Sha dah perasan sejak dulu lagi. Soalan tu juga pernah
Sha tanyakan pada Puteri. Tapi Puteri cuma berdiam, tidak mahu mengulas lanjut.
There’s something fishy between them, right?”. Shafawati
memainkan pensil ditangan, matanya dipicingkan bagaikan sedang memikirkan
sesuatu.
Hakim membetulkan duduknya. Lama pandangannya menatap
wajah jejaka cina itu. Melihat Puteri muncul di pintu belakang kelas, dia
mengalihkan pandangannya. Gula-gula batang berbentuk bibir berwarna merah
dikeluarkan dari pembungkusnya lalu melekapkan ke bibirnya. Sengaja dia
menghayun-hayunkan gula-gula itu dihadapan Puteri.
Shafawati menahan senyumnya melihat wajah nakal Hakim
juga wajah keruh Puteri.
Puteri menjeling sekilas saat matanya bertembung dengan
mata Hakim. Dia tidak mahu mengambil peduli. Selepas kejadian dia menyelamatkan
jejaka itu juga kata-kata menyakitkan di hospital dulu, dia mengambil keputusan
untuk berdiam diri walaupun Hakim seringkali mencabar kesabarannya. Buku Sudoku
dibuka lalu dia tenggelam dalam permainan minda itu.
*******
“58 kilogram!!”, jerit Puteri gembira melihat angka yang
tertera di alat penimbang itu. Dia berjaya akhirnya menurunkan 20 kilogram
dalam jangka masa yang singkat. Sudah tiga bulan dia berusaha menurunkan
beratnya juga dalam tempoh itu juga dia tidak menghiraukan Hakim biarpun jejaka
itu bersungguh-sungguh untuk berbual dengannya. Tidak sia-sia dia berdiet hanya
dengan mengamalkan yoga dan yogurt. Wajah Hakim terbayang di mindanya. Puteri
tersenyum sinis. Aku takkan jadi isteri impian kau!. Jerit hatinya.
Dia bersiap-siap untuk keluar ke Tasik Taman Lipis.
Berniat untuk berjoging di situ. “Pak Akob..nanti Puteri telefon bila dah habis
joging”, sempat dia meninggalkan pesan. Pemandu yang sudah berkhidmat selama
tujuh tahun untuk keluarga Dato’ Mirza menganggukkan kepalanya.
Puteri membuat aktiviti pemanasan badan. Setelah sepuluh
minit, dia mula berjoging. Sampai di kawasan bata di tengah-tengah tasik,
Puteri berhenti berlari. Tangannya memegang dadanya yang terasa nyilu. Dia
terduduk di situ dalam nafas yang tercungap-cungap.
“Awak tak apa-apa ke?”
Puteri mengangkat wajahnya. Matanya membulat melihat
wajah itu. “Kau!!. Kau ikut aku ke?”, tebaknya penuh prasangka. Sakitnya
langsung telah hilang saat menatap wajah itu.
Hakim tersenyum geli hati. “Puteri..Puteri..tak pernah
berubah. Kan saya dah cakap, antara kita pasti ada kisah. Walaupun awak sering
mengelakkan diri daripada saya, takdir tetap akan menemukan kita”, ujarnya
seraya menghulurkan tangannya.
Puteri menepis tangan itu. “Tak ada. Antara kita tak
pernah ada kisah!”, sahutnya dalam suara keras.
Hakim menarik tangannya kembali. Dia duduk mencangkung
menghadap wajah gadis itu. “Kenapa awak kuruskan badan?. Awak nampak macam
tengkorak berjalan tau sekarang”, ujarnya lagi bersulam senyum nakal.
Puteri mendengus geram. “Suka hati saya lah!”. Dalam hati
yang membengkak, Puteri bangun mendadak. Kepalanya terasa pening, tubuhnya
terasa berpusing lalu dia rebah di situ.
Hakim sempat menyambar tubuh itu. “Puteri!!.Puteri!!”,
panggilnya dalam suara cemas. Dapat dirasakan bahang panas dari tubuh gadis
itu. “Kenapa panas sangat ni?”. Bertambah cemas intonasi suaranya. Hakim
menggoncangkan tubuh itu berkali-kali. Melihat tiada reaksi, dia bergelut
mengambil telefon bimbit dalam poket seluarnya sambil memangku tubuh gadis itu.
“Abang Haikal, datang di Taman Tasik Lipis. Ada orang
pengsan!”.
********
Hakim bersandar pada dinding bilik itu. Dia berpeluk
tubuh merenung wajah gadis itu. Melihat tubuh Puteri bergerak-gerak,
hampir-hampir dia terjatuh dari bersandar begitu.
Puteri membuka matanya. Terasa hairan melihat suasana
asing di sekelilingnya. Puteri cuba bangun namun tubuhnya benar-benar lemah.
Hakim meluru cuba membantu, namun ditepis tangan Puteri.
Hakim menghela nafas panjang.
“Macam mana saya ada di sini?”, soal Puteri dalam suara
lemah. Matanya menangkap satu salur wayar dicucuk di tangan kanannya.
“Kenapa demam panas pun nak berjoging?. Doktor kata awak
kena Hepatitis A disebabkan kehilangan berat badan terlalu cepat”, terang
Hakim
Puteri menghela nafasnya. Terasa kepalanya berat. Dia
memejamkan matanya namun suasana di Taman Tasik Lipis menerpa dibenak. Semasa
dia bercakap dengan Hakim, dia bangun lalu tak ingat apa-apa. Apakah aku
pengsan di sana?. Hatinya menebak. Matanya dibuka, mencari wajah Hakim. “Saya
pengsan ke?. Awak yang tolong saya?”, soalnya bertalu-talu.
Hakim mengangguk perlahan.
Puteri terasa malu sendiri. Masih berprasangka buruk pada
orang yang telah menolongnya. “Terima kasih”, ucapnya perlahan.
Hakim tersenyum. “Tak ada apa-apa la. Tidurlah. Badan
awak masih lemah”, sarannya.
Puteri mengangguk lemah.
Hakim mengeluarkan sesuatu dari dalam sweaternya.
“Ambillah. Dalam ni ada ceramah Mufti negeri Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin.
Tajuknya mencari sakinah. Sebelum ni, saya selalu merasakan hidup saya tidak
adil. Diberi sakit jantung dalam usia yang muda bukan mudah saya terima dengan
hati yang lapang. Tapi lepas dengar ceramah ni, hati saya kembali tenang. Saya
mula melihat hidup ini dengan pandangan yang positif, berlapang dada dan yakin
dengan janji ALLAH. Saya mula ketawa dan tersenyum dengan bebasnya. Saya harap
awak pun akan dapat manfaatnya juga”, ujar Hakim lalu menghulur VCD berbentuk
empat segi itu.
Puteri mengambil VCD itu dalam rasa terharu. Lelaki ini
selalu berniat baik pada dia, tapi dia yang selalu berburuk sangka. “Kenapa
awak buat semua ni?’, soalnya sebaik jejaka itu menarik tombol pintu.
Hampir-hampir saja air matanya menitis.
Hakim berpaling, tersenyum manis memandang wajah Puteri.
“Sebab saya ada kawan yang takut untuk bergembira, takut untuk tersenyum. Saya
ingin menunjukkan betapa mudahnya untuk kembali tersenyum”, balasnya tenang
lalu menapak keluar.
Puteri terkesima. Akhirnya luruh juga air matanya yang
ditahan. Cakera padat ditangan, dimasukkan ke dalam hard disk laptop apple
putih di atas mejanya. Dia berusaha menumpukan perhatian pada isi ceramah itu.
“Bila mukmim itu diuji..kata ALLAH...iman dia tambah.
Bukan kita kata pasal apa la ALLAH uji aku, apa la dosa aku. Tidak.Tidak. Kata
quran, iman mereka bertambah. Mereka kata HasbiyALLAH wal nikmal hakim.
Cukup la bagi kami Ya ALLAH, dia lah sebaik-baik tempat diserahkan urusan.
Siapa yang tidak melaluinya tidak dapat memahami maksudnya. Orang-orang yang
pernah hidup dan bertawakal, dia akan mengetahui tentang keajaiban tawakal.
Manusia seringkali manusia itu lupa pada kehidupan akhirat apabila diuji dunia.
Insan..jika melihat
dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil,
kehidupan ini sangat luas. Nabi sebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim. ALLAH bawa pada hari kiamat seorang manusia yang paling derita dalam
dunia ini..ALLAH ambil dia...ALLAH masukkan dia ke dalam syurga..dicelupkan ke
dalam syurga, kemudian dia dikeluarkan..lalu ditanyanya, wahai fulan, adakah
kau pernah rasa derita dalam hidup?. Dia menjawab, tak. Aku tak pernah derita
pun dalam hidup ini. Hanya kerana masuk sekelip mata dalam syurga, lupa cerita
derita. ALLAH ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini..segala yang
nikmat dia miliki..kemudian ALLAH celupkan sahaja ke dalam neraka lalu dikeluarkan.
Pernah kah kau rasai nikmat dalam hidup ini?. Dia menjawab, tak. Aku tak pernah
ada nikmat pun dalam hidup ini. Ha..nya kerana satu celupan sahaja ke dalam
neraka..manusia lupa dengan cerita nikmat dalam hidupnya..”.
Puteri menyapu air matanya berulang kali. Ceramah itu
bagaikan memberi penawar kepada hatinya yang penuh dendam. Dia terlupa mengenai
kehidupan akhirat apabila terlalu larut dalam lara dunia. Dia teresak-esak
sambil menjatuhkan mukanya ke atas lututnya. Ya..aku akan lepaskan segala kenangan
pahit yang berlaku Puteri mengangkat wajahnya setelah tangisannya reda. Matanya
merenung langit malam dari jendela biliknya. “Mama..Puteri akan lepaskan semua
rasa marah dan dendam. Abah pasti akan berubah. Puteri..Puteri tak akan hidup
dalam kekesalan lagi”.
********
“Dah sihat?”, soal Shafawati sejurus rakannya itu duduk
disebelahnya.
Puteri tersenyum manis. “Dah”.
Shafawati membulatkan matanya tidak percaya.
“Kau..se...senyum?”, suaranya bergetar dalam rasa terkejut.
“Ya. Mulai hari ni, Puteri Ishika akan menjadi orang
baru. Orang baru yang positif, yang
tidak takut untuk tersenyum lagi”, ucapnya tenang.
Hakim tersenyum saat gadis itu menghadiahkan senyuman
kepadanya. Dia meletakkan begnya lalu memusingkan tubuhnya merenung wajah ayu
itu. “Aii..kalau senyum selalu macam ni, matahari pun boleh pudar sirnanya’,
ucapnya dalam perasaan kagum dengan perubahan gadis itu. Benarlah kata-kata
indah bertunjangkan Al-Quran dan hadis nabi boleh memberi penawar pada hati
manusia. Merawat hati yang rosak dan beku.
Syafawati memandang dua wajah itu silih berganti.
“Err..ada sesuatu yang aku tak tahu ke?”, soalnya penuh minat. Adakah Hakim
yang berjaya ubah Puteri. Jika begitu, benarlah mereka berdua ada kisah.
“Nanti aku cerita ya Sha”, balasnya tenang. Wajah Hakim
dipandang lama. “Terima kasih Hakim atas segalanya”, ucapnya penuh telus.
Hakim mengangguk, merenung wajah iras pelakon jelita
Madhuri Dixit itu. Dia baru mengetahui Puteri Ishika berdarah campuran india
melayu melalui abangnya. Menatap anak mata coklat terang itu, Hakim tiba-tiba
tersengih nakal. “Hei Miss Universe. Mujhse dhosti karoge? (Mahukah kau
berkawan dengan aku?)?”, soal Hakim. Sengaja mengambil ayat yang digunakan
Hritik Roshan dalam filem Mujhse Dhosti Karoge..
Puteri menggeleng perlahan “Hey Mr.America. Dehkungi
sochungi kal parso kuch kahungi (Tengokla, pikir dulu, esok lusa baru bagi
jawapan)”, balas Puteri dalam nada berlagak seperti yang dibalas Kareena
Kapoor .
Shafawati ketawa kuat. Dia tahu adengan itu dari filem
hindustan lakonan Hritik Roshan. “Wah. Mujhe yakin hai ki tum dono kahani ke
sath hai (Aku yakin korang berdua ada
kisah bersama)”, sampuknya cuba berbahasa hindi juga.
Hakim dan Puteri ketawa besar mendengar kata-kata itu.
Puteri berdehem sekali. “Kahani? Nehin janta
(Kisah?Entahla)”, sahutnya selamba.
“Aiya...kamu semua guna bahasa planet mana?”, celah Mei
Ling sambil mengerutkan keningnya. Sejak tadi dia mengikuti perbualan mereka,
ingin menyampuk dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan.
Hakim, Puteri dan Shafawati ketawa bersama melihat wajah
keruh gadis cina itu.
“Haa..lupa nak tunjuk. Semalam Hakim ada lukis pelan. Nak
pendapat korang berdua”, ujarnya seraya mengeluarkan kertas lukisan dari bawah
mejanya. Dia membentangkannya di atas kedua meja Shafawati dan Puteri.
“Wahh..”. Shafawati menutup mulutnya yang ternganga.
Puteri memerhatikan setiap inci pelan itu dengan penuh
kagum. Lelaki ini ada bakat menjadi seorang arkitek yang baik. Kepalanya
terangguk-angguk sendiri. Pelan sebuah rumah banglo bak istana itu direnung
lama. “Kolam renang pada sudut tengah rumah ni memang unik Ha..di depan rumah
ni, boleh ditanam bunga ros putih dan lavender.. Kawasan di sudut kanan ni,
boleh digunakan untuk bina kandang kuda dan aktiviti memanah”, usulnya penuh yakin.
“Kuda?. Puteri suka kuda ke?”, soal Hakim ingin tahu.
Puteri pantas menggelengkan kepalanya. “Berkuda kan
adalah sunah nabi Muhammad S.A.W. Di
akhir zaman nanti, manusia akan menunggang haiwan seperti kuda sebagai
tunggangan. Sekarang ni, sumber minyak dah semakin kurang di seluruh dunia.
Suatu saat nanti, nikmat minyak itu akan
di tarik balik oleh Allah S.W.T. Ini bermakna kereta kebal, senapang, pistol
dan seumpamanya tidak boleh digunakan lagi, jadi kalau berperang gunakan apa?.
Sebab itu ada hikmah di sebalik saranan baginda dalam menunggang kuda dan
berlatih memanah. Jadinya Hakim, ini saja saranan daripada Puteri”.
“Bagus sangat”. Kepala Hakim terangguk-angguk. Matanya
dialihkan pada wajah Shafawati. “Cadangan Sha pula..”, pintanya.
Shafawati melaga-laga kan gigi atas bawahnya. “Kan hebat
kalau rumah ni dibina di atas tebing sungai. Macam makam Taj Mahal”, usulnya
pula.
“Ok juga tu”. Kepala Hakim terangguk-angguk. Matanya
menangkap wajah Puteri disisi Shafawati.
Gadis itu bagaikan sedang melamun, fikiran melayang entah kemana.
“Puteri rasa..warna apa paling sesuai untuk warna dalaman
banglo ni?”, tanya Hakim.
“Hah?”. Puteri tersedar daripada lamunan. Dia larut dalam
kenangan bersama ibunya. “Oh..warna ya..erm...Puteri suka warna dinding
lavender, perabot dalaman warna putih. Sangat cantik”.
Shafawati menepuk meja. “Betul tu. Ungu dan putih memang
gabungan yang sempurna. Di luar rumah ni pula ditanam bunga ros putih dan bunga
lavender. Memang terbaik la”, usulnya lagi.
Hakim tersenyum senang. “Macam tahu tahu je kan. Hakim
paling suka gabungan dua warna ni selain gabungan hitam dan ungu. Tapi kalau
nak tanam bunga Lavender..hanya kawasan sederhana sejuk je la dapat bertahan
lama”.
“Apa kata kau bina rumah ni di Cameron Highland.
Macam-macam bunga boleh tanam”. Shafawati memberikan pendapatnya.
Puteri memuncungkan bibirnya. “Sha mengingatkan Puteri
terhadap novel Ungu Karmila. Arif membina rumah ungu khas untuk isterinya
Karmila yang sangat sukakan warna ungu. Di Cameron Highland pula tu. Jangan
nasib permaisuri istana Hakim berakhir dengan tragedi macam yang dialami
Karmila pula”.
Hakim dan Shafawati berpandangan. Mereka tidak memahami
apa yang cuba disampaikan Puteri. “Ungu Karmila?. Novel apa tu?”, soal
Shafawati.
Puteri menepuk dahinya sendiri. “Korang ni la..tu novel
karya Ramlee Awang Murshid. Nanti aku bawa bagi korang baca. Korang mesti tak
sangka apa sebab rumah ungu tu terbiar begitu, Karmila ditemui mati bersama
pembantu rumahnya, setiap orang yang masuk ke sana akan berakhir dengan
kematian juga”, ceritanya bersungguh.
“Ish..novel thriller lagi”. Shafawati membuat muka
bosan.
Hakim kelihatan teruja. “Nak..Hakim nak baca”, balasnya.
“Ok. Petang ni Puteri bagi dalam kelas piano”.
Hakim tersenyum lebar. “Ha..Korang tahu tak apa bendanya
walaupun dijual dengan harga seringgit, malah satu sen...benda ni tetap mahal.
Ha..jawab-jawab”, Hakim mula berteka-teki. Keningnya terangkat-angkat apabila Puteri memandang wajahnya.
Shafawati menggaru dagunya. “Istana kot”, balasnya.
“Salah!”.
“Erm.. emas”. Puteri mencuba nasib.
Hakim menggeleng laju. “Salah. Jawapannya Taj Mahal.
Walaupun dijual dengan harga yang murah pun, nama dia tetap Mahal kan?’,
jawabnya selamba.
Puteri ketawa bersungguh. Dia menutup mulutnya apabila
tawanya sukar dikawal. Nafasnya termengah-mengah sambil menekan perutnya yang
sakit akibat terlebih ketawa .
Hakim tersenyum senang mendengar tawa gadis itu. Sungguh
merdu!. Dia terbuai seketika. Wajah putih bersih itu direnung lama. Mereka
pasti ada kisah bersama. Pasti ada!. Hatinya bersuara penuh yakin.
*******
“Puteri..lagu apa yang paling Puteri suka?”, soal Hakim
sambil menekan kekunci piano. Dia mengambil kesempatan bertanya saat Miss Raveena
keluar sebentar menjawab telefon.
Puteri mencemberutkan bibirnya. “Dengar ya. Rasanya Hakim
tahu lagu ni”. Jari jemari Puteri lincah menari di atas papan kekunci piano.
Satu tune bunyi keluar lantas bergema di dalam kelas.
“Serenade? Frank Schubert?”. Mata Hakim membulat. Itu
lagu klasik paling disukainya.
Puteri tersenyum lebar. Jari jemarinya memainkan lagu itu
sehingga tamat. “Serenade. Lagu yang sedih..tapi tune yang sangat menarik.
Sebenarnya..Serenade...lagu kegemaran arwah mama. Puteri harap yang Puteri tak akan terlibat
dalam tragedi kisah cinta, seperti yang mama alami. Kisah cinta Puteri
nanti..pasti akan bahagia sehingga ke akhir hayat”, ceritanya dalam wajah
teruja.
Hakim menompang dagu merenung wajah putih bersih itu.
“Apa ciri-ciri lelaki idaman Puteri?”, soalnya ingin tahu.
“Betul ni nak tahu?”.
Hakim mengangguk bersungguh.
“Erm..Puteri pun tak tahu. Siapalah Puteri ni untuk
mendambakan lelaki sempurna. Cukuplah lelaki itu nanti menyintai Puteri
seadanya dan membuatkan semua impian Puteri tercapai. Itu sudah cukup”,
beritahu Puteri dengan tenang.
“Impian?. Apa impian Puteri?”, soal Hakim lagi.
Puteri tersenyum manis. “Impian cinta mama sebenarnya.
Mama mendoakan Puteri akan bertemu dengan cinta seorang lelaki setia, lelaki
yang akan membina tugu cinta lambang cintanya kepada Puteri dan..erm..
mengulang kembali kisah cinta suci Shahjehan dan Mumtaz. Entah bila..entah
siapa lelaki itu. Tapi Puteri tahu..dia pasti ada. Jodoh yang telah ditakdirkan
untuk Puteri”.
Hakim merenung wajah gadis itu. “Bagaimana pula dengan
kisah kita?”.
Puteri mengerutkan keningnya. “Kisah kita?”.
“Ya. Kisah kita. Mungkin kita ada kisah bersama. Kisah
yang indah di masa hadapan”. Hakim berpeluk tubuh memandang wajah Puteri.
Puteri mengangkat bahunya. “Mungkin saja ada. Mungkin
juga kita tiada kisah”, balasnya perlahan. Jari jemarinya lincah bermain di
atas kekunci piano. Lagu Serenade kembali dimainkan, seketika dirinya terasa
berada di dunia lain, dibawa bersama
irama indah itu.
*******
“Esok, ada ujian kertas sejarah. Cikgu Rosli nak uji
pemahaman kita tentang empayar islam. Sebelum tu, boleh tak kita bertiga
bincangkan sejauh mana yang kita faham tentang empayar islam dalam tamadun
islam”, Hakim memulakan bicara sejurus mereka melabuhkan punggung di kerusi.
Mereka memilih meja di ruang paling hujung bilik perbincangan dalam
perpustakaan awam itu.
Shafawati berdehem beberapa kali. “Empayar gemilang Islam
bermula pada 1400 tahun yang lalu pada waktu Nabi Muhammad S.A.W diangkat
menjadi Rasul utusan ALLAH S.W.T. Pada
waktu itu bermula lah dakwah baginda menyeru umat menyembah ALLAH, tuhan yang
satu. Pada 625 Masihi, peperangan Badar meletus. Ini lah peperangan pertama
dalam sejarah umat islam dengan 313 muslimin menentang 1000 musyrikin. Pada
waktu itu juga telah disyariatkan umat islam untuk berpuasa, tetapi dalam
keadaan puasa, kemenangan berpihak pada umat islam. Pembukaan kota Mekah
berlaku pada 631 Masihi. Disebabkan musyrikin Mekah gagal mematuhi perjanjian
Hudaibiyyah, 360 buah berhala dimusnahkan termasuk Latta dan Uzza. Selepas
baginda wafat pada 632 Masihi, perjuangan diteruskan oleh para sahabat. Islam
berkembang bertitik tolak di bawah pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin seperti
Khalifah Umar Al-Khatab yang menawan Baitul Maqdis pada 638 Masihi yang
sebelumnya berada dibawah empayar Byzantium. Pada 661 Masihi pula Khalifah
Muawiyyah mengasaskan Dinasti Umayyah. Pada waktu itu ilmu berkembang pesat di
bawah pemerintahan Umar Abd Aziz. Ok, itu sahaja. Puteri pula”. Shafawati
memandang wajah rakannya itu.
Puteri merapatkan jari jemarinya. “Pada 752 Masihi, zaman
pemerintahan kerajaan Abbasiyyah bermula. Di zaman Khalifah Harun Ar-Rashid dan
anaknya Al-Makmun, dikenali zaman keemasan Abbasiyyah pada 786 Masihi. Pada 800
Masihi, kaedah saintifik dicipta, Al-Khawarizmi mengasaskan algebra dan ilmu
falak bermula. Buku Al-Razi diterjemahkan ke bahasa Latin dan menjadi rujukan
kimia di barat. Teori Al-Kindi dalam bidang optik telah mempengaruhi seorang
pakar mata barat Roger Bacon. Buku tulisan Ibnu Sina, Qanun fi-Tibb juga sangat
berpengaruh di barat. Pada zaman itu, bilangan doktor terlalu ramai sehinggakan
ditapis pengambilan untuk jurusan kedoktoran. Perterjemahan buku daripada
tamadun lain juga giat dilakukan. Pada waktu itu, kerjaya sebagai penterjemah
adalah profesion paling kaya. Bagaimana pula islam di Andalusia Hakim?”. Puteri
menyerahkan sambungan perbincangan kepada jejaka itu pula.
Hakim terdiam lama sebelum menyambung. “Spanyol hari ini..bagaikan
tiada jejak bahawa tamadun islam pernah bertapak di sana, pernah berkuasa pada
suatu ketika. Apa pun, tidak salah kita menceritakan kembali sejarah lalu. Di
Andalusia, kerajaan Bani Umayyah Spanyol telah diasaskan pada 756 Masihi.
Cordoba menjadi pusat ilmu pada kurun ke 10 Masihi. Terdapat sebuah universiti
dan perpustakaan besar yang menjadi tumpuan seluruh dunia juga menjadi pusat
ekonomi antarabangsa suatu ketika dahulu. Pada 1238 Masihi, Istana Al-Hambra di
Granada dibina. Istana ini menjadi tempat kediaman kerajaan Nasrid yang terukir
kata-kata hikmah walagholiballah yang membawa maksud tiada penakluk
berkuasa melainkan ALLAH sebagai peringatan bahawa kehebatan mereka hanyalah
kecil berbanding kuasa ALLAH S.W.T. Andalus telah banyak melahirkan ramai
tokoh-tokoh ilmuwan yang disegani khususnya dalam bidang falsafah, muzik dan
astronomi. Ilmuwan-ilmuwan Baghdad dan Andalus berjaya mengharmonikan falsafah
Yunani tua dengan tamadun islam lalu membuka mata orang-orang Barat sehingga
mencetuskan suatu zaman yang dikenali sebagai Renaissance. Era pemerintahan
Islam di Andalusia telah melonjakkan tamadun Islam secara
keseluruhannya sehingga ada yang menganggap lebih hebat daripada tamadun
Islam di Timur yang berada di bawah pemerintahan Bani Umayyah dan
Abbasiyyah.”.
Puteri merenung wajah Hakim. “Apa punca kejatuhan tamadun
islam di Spanyol?”.
Hakim menghela nafasnya. “Hiburan yang melalaikan,
masuknya rokok dan arak, hilangnya nilai moral yang tinggi dan berleluasanya
kuku besi antara punca kejatuhan islam di Spanyol”.
Kepala Puteri terangguk-angguk. Sungguh sayang sekali.
Tamadun islam jatuh kerana berpunca daripada umat islam itu sendiri.
Sha..ada apa-apa yang nak tambah lagi?”, soal Hakim.
“Ada”, balas Shafawati dengan yakin. “Dalam sejarah
ketamadunan islam, Sha paling kagum zaman pemerintahan Salahuddin Al-Ayubi. Di
bawah pemerintahan beliau, Baitul Maqdis kembali ditawan pada 1187 Masihi. Umat
islam disatukan dari Lembah Nil sehingga Lembah Furat. Dalam peperangan salib
ini, ketokohan Salahuddin telah menyebabkan kaum muslimin patuh kepadanya.
Orang-orang Arab dan Mesir berduyun-duyun menyerahkan diri apabila diajak
berjihad. Salahuddin ternyata berjaya menyatukan mereka sehingga tiada yang
memberontak sewaktu pemerintahannya..”
“Betul tu. Memang penakluk Jerusalem itu amat hebat
ketokohannya”, sokong Hakim.
“1453..”. Puteri mencelah tiba-tiba. “Tahun yang paling
bermakna dalam tamadun islam”, lanjutnya lagi.
“Apa yang berlaku Puteri?”, soal Hakim ingin tahu.
“Pada tahun itu, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan
Konstantinopel yang sebelum ini dibawah kekuasaan Byzantium”, jelas Puteri.
Shafawati mengerutkan keningnya. “Konstantinopel?. Macam
pernah dengar. Terangkan Puteri siapa Sultan Muhammad yang Puteri cakap ni”,
pintanya penuh minat.
“Kota Konstantinopel berada di antara benua Asia dan
Eropah yang sekarang dikenali sebagai kota Istanbul di Turki. Kota ini tidak
dapat dikuasai tentera islam sejak zaman nabi Muhammad S.A.W. Nabi kita cuba
cara lain dengan menghantar surat menyarankan Byzantium memeluk islam tetapi
ditolak dengan baik. Baginda bersabda akan ada sebaik raja dan sebaik tentera
yang akan menawan kota itu kelak. Ramai tentera muslim yang mencuba untuk
menawan kota itu termasuk Salahuddin Al-Ayubi, tetapi gagal..sehinggalah
kemunculan Sultan Muhammad yang merupakan seorang raja berusia 24 tahun ketika
itu. Sultan Muhammad dipanggil Al-Fateh atau pembuka kerana berjaya membuka
kota ini menerima islam. Dia lah raja yang dimaksudkan dalam hadis nabi sebagai
sebaik pemimpin dan tenteranya ketika itu...”.
“Err..Salahuddin Al-Ayubi pun tak dapat masuk?. Bukan kah
dia penakluk yang hebat?”, soal Shafawati kehairanan.
Hakim yang tekun mendengar cerita Puteri, mengalihkan
pandangannya ke arah Shafawati. Persoalan yang sama turut terbit di
hatinya.
“Memang Salahuddin Al-Ayubi seorang pahlawan islam yang
hebat, tetapi mungkin kerana teknologi dan strategi yang mereka ada tidak
membolehkan menembusi kota Konstantinopel. Untuk pengetahuan korang, benteng
dua lapis yang dibina memagari kota Konstantinopel memang sulit untuk ditembus,
selain di sisi luar benteng pun dilindungi oleh parit 7 meter. Dari arah timur
kota iaitu di selat sempit pelabuhan Golden Horn sudah dilindungi dengan rantai
besar hingga kapal perang ukuran kecil pun tidak boleh masuk. Sultan Muhammad
dan tenteranya melakukan pelbagai strategi untuk menembus kota Konstantinopel
tetapi tidak berhasil..”.
“Then?”, celah Shafawati penuh minat.
Puteri menyambung ceritanya. “Akhirnya, strategi yang
diakui sejarawan barat antara strategi paling bijak dilakukan dengan
memindahkan kapal-kapal dari laut ke darat untuk menghindari rantai penghalang.
Sebanyak tujuh puluh ribu kapal diseret melalui darat kemudian diluncurkan
semula ke dalam laut. Hanya semalamam,
semua tentera berjaya memasuki wilayah selat Golden Horn. Di situ la Sultan
Muhammad menyerang kota Konstantinopel dengan teknologi terbaru iaitu meriam
yang dihasilkan oleh seorang jurutera berbangsa Hungary. Tentera baginda
berjaya menembak peluru seberat 300 kilogram sejauh satu batu sehingga berjaya
menguasai kota yang gagal dilakukan selama 800 tahun..”.
Kepala Hakim dan Shafawati terangguk-angguk penuh kagum
mendengar peristiwa bersejarah itu.
Hakim merenung wajah Puteri. “Macam mana Puteri tahu
cerita ni?. Setahu Hakim, pahlawan islam yang dikenali ramai adalah Salahuddin
Al-Ayubi. Err..terus terang..memang tak pernah dengar mengenai Sultan Muhammad
Al-Fateh ni..”, ujarnya jujur.
Puteri terdiam sejenak. “Dia lah wira islam yang
tersembunyi dalam sejarah. Puteri ke Istanbul tahun lepas. Ikut keluarga
bercuti. Itu..yang Puteri tahu..”, jelasnya lambat-lambat.
“Ooooo”. Panjang muncung Shafawati terzahir mendengar
penjelasan itu.
“Tetapi kini...tamadun islam kita yang hebat
dulu..bagaikan hilang ditelan zaman. Anak-anak muda islam sekarang..terlalu
lalai dengan dunia hiburan semasa...”. Puteri menggeleng kesal.
Hakim menghela nafasnya. “Tamadun islam akan kembali
gemilang..akan bangkit kembali Puteri. Kumpulan Raihan pernah masyur dengan
lagu Puji-pujian. Pelbagai bangsa, agama turut melagukan lagu itu saat
diputarkan di corong radio. Apabila peminat menyarankan mereka mencipta lagu
yang membawa fenomena yang sama..vokalis Raihan menjawab tidak dapat berbuat
demikian kerana katanya kemasyuran hanya berlaku sekali..begitu juga dengan tamadun
islam dahulu. Tapi..suatu masa nanti tamadun islam akan kembali bangkit,
gemilang semula..”.
“Sha yakin tamadun islam akan kembali bangkit.
Perbincangan korang ni mengingatkan Sha tentang satu puisi hasil nukilan Syed
Naquib Al-Attas”, celah Shafawati.
“Bacakan Sha”, pinta Hakim.
Aku melihat dunia hari ini
Orang-orang Islam ibarat digenggam belenggu
orang-orang kafir
Akhirat mereka luput..dunia pun tercicir
Budaya jahil tidak diambil peduli
Melampau-lampau dalam hiburan..khayalan
keterlaluan
Luas..luas membanjir
Teruk..tak tertaksir orang-orang yang karam
Barus, Singkel, Pasai, Ranir, Cordoba,
Baghdad, Andalus
hilang..hilang ditelan zaman
Kita lupa semua jawapan persoalan kehidupan
Yang mahir dihafal
Mampukah kita nak jawab di depan Mungkar dan
Nakir nanti?
Setengah-setengah orang kata, sejarah ini
ibarat pentas bermain wayang
Cerita-cerita lampau dihurai,
dipanjang-panjangkan
Bila tamat, diulang..dan diulang...ulang
kembali
Itulah sejarah
Kalau begitu, takkanlah mustahil
untuk giliran Islam pula yang mendatang
Tamadun kita yang lama dahulu..yang indah
gemilang
Hidup semula, kembali segar bugar terbentang,
di dunia yang luas
“Puteri pasti, tamadun islam akan kembali gemilang”.
“Insyaallah”, balas Hakim dan Shafawati serentak.
“Kalau Puteri ada zuriat nanti, Puteri akan namakan
Muhammad Al-Fateh. Semoga sifat baik, alim, bijaksana dan legasi seorang pemuda
bernama Sultan Muhammad Al-Fateh akan diwarisinya kelak ”, ujar Puteri
tiba-tiba.
Shafawati
mengangguk. “Sha pula akan namakan Salahudin Al-Ayubi. Semoga nanti dia
menjadi antara pemuda yang membebaskan bumi palestin daripada yahudi zionis”.
Hakim tersenyum sendiri. “Niat korang berdua memang
bagus. Hakim kalau boleh nak anak kembar nanti. Boleh la letak dua nama tokoh
yang korang berdua suka tu”.
“Wah..kembar?”. Mata Shafawati membulat. “Teror la Hakim.
Dah set di minda awal-awal nak dapat anak kembar”.
Puteri tersengih. “Suatu masa nanti..Puteri pasti akan
sampai ke bumi Andalusia. Puteri nak lihat tinggalan tamadun islam di sana. Istana
Al-Hambra, masjid Cordoba, Granada..tunggula kedatangan Puteri Ishika”,
beritahunya bersungguh.
Hakim dan Shafawati sama-sama mengangguk.
“Hakim ingin ke kota Konstantinopel yang Puteri cerita
tadi. Suatu masa nanti...selepas Hakim sihat, Hakim nak menjelajah ke seluruh
negara di dunia ini”, ujar Hakim penuh semangat.
“Sha pun sama. Semoga impian kita semua akan tercapai”,
celah Shafawati pula.
“Insyaallah. Amin”.
*******
“Sunyi kan Hakim tak ada. Mana la dia pergi?’, Shafawati
bersuara perlahan. Tangannya menyelak buku latihan Kimia, namun matanya
ditumpukan pada kerusi kosong di hadapannya.
Puteri menghela nafas panjang. Matanya merenung tempat
duduk kosong itu. Musim berganti musim, hari bertukar hari, bulan berganti
bulan. Peperiksaan percubaan telah lepas. Kini, dalam tempoh yang berbaki,
Puteri meningkatkan usahanya untuk menghadapi peperiksaan besar SPM pula.
Hatinya berlagu hairan dengan kehilangan Hakim secara tiba-tiba. Sudah puas
ditanya kepada ayahnya khabar keluarga Dato’ Tengku Haris namun jawapannya
tetap sama. Tidak pasti.
Mei Ling menghela nafasnya melihat kedua rakan kelasnya
itu. Sejak pemergian Hakim yang bagaikan sudah kehilangan jejak, kedua remaja
perempuan itu banyak berdiam diri. Dia turut terasa sunyi dengan ketiadaan
jejaka kacak itu. “Puteri..Sha..mau dengar cerita kah?”, Mei Ling bersuara
membuka cerita.
“Apa”, sahut mereka serentak.
“Itu aa..Tong Leik Kian. Dia sudah peluk islam ma”, beritahunya
dalam nada berbisik.
“Hah?”. Puteri dan Shafawati berpandangan. “Macam mana
kamu tahu?”, soal Shafawati penuh minat.
“Itu aa..saya jiran dia. Saya tahu la. Dia kena halau
dari rumah ma. Sekarang dia duduk dengan Ustaz Asri. Nama baru dia Iman...Iman...macam
tu la”, cerita Mei Ling lagi.
Puteri mengalihkan pandangannya ke belakang. Matanya
bertembung dengan jejaka cina itu. Puteri turut tersenyum saat Tong Leik Kian
menghadiahkan senyum manis ke arahnya. Jejaka cina itu amat berjasa dalam
hidupnya, menyelamatkan maruahnya daripada direnggut oleh buruh-buruh dari
negara seberang empat tahun lalu. Dia
mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menaip mesej di situ.
Hi. Saya dengar awak dah peluk islam. Betul ke?
Telefon itu bergegar. Puteri membuka peti mesej.
Ya. Alhamdulillah. Hidayah yang dikurniakan ALLAH lewat
sebuah lagu
Lagu apa?
Menanti di Barzakh. Nyanyian kumpulan Far East. Saya tak
sengaja dengar saat saya alihkan siaran radio ke Ikim.fm.
Puteri merenung lama mesej itu. Hidayah itu datang dalam
pelbagai bentuk dari ALLAH. Siapa sangka hanya dengan sebuah lagu nasyid yang
menceritakan tentang kematian dalam islam, membuka pintu hati seorang bukan
muslim. Tangannya cekatan membalas mesej itu lagi.
Syukur alhamdulillah kan. Apa nama islam Ah Kian?
Muhammad Iman Saifullah. Saya ingin menjadi pedang ALLAH
yang menegakkan islam berdasarkan kalam suci Al-Quran dan hadis nabi.
Bagus sangat tu. Good luck dalam SPM nanti.
Kamu juga, Puteri Ishika.
*******
TIGA TAHUN KEMUDIAN
Dalam keriuhan orang ramai di majlis perkahwinan seorang saudara
jauhnya, dia berjalan mengikut naluri ke satu arah. Matanya menangkap sepasang
tubuh mengenakan kebarung ungu lembut dalam kedudukan membelakanginya. Hatinya
mula dipalu rasa berdebar. Tawa itu masih sama. Masih merdu seperti dulu. Dia
kah?.Insan yang sama seperti tiga tahun dulu?. “Puteri Ishika??”, tegurnya
sedikit teragak-agak.
Puteri pantas berpaling. “Ya”, jawabnya. Sebaik memandang
wajah kacak itu, dia terlopong. “Hakim?”. Air mata bergenang di pelupuk
matanya. Lelaki ini hilang tanpa pesan suatu masa dahulu. Dia bagaikan sukar
mempercayai lelaki berkumis nipis, berkaca mata Levis itu berada dihadapannya
kini. Masih kacak seperti dulu dan pastinya lebih kacak tatkala berkemeja biru
turqoise petak-petak itu dipadankan dengan seluar jeans Levis.
Hakim mengangguk laju..tersenyum lebar dalam rasa
terharu. Kemudian senyumannya perlahan surut apabila melihat seorang
kanak-kanak perempuan di dalam dukungan Puteri. “Err...anak Puteri sama cantik
dengan ibunya”, pujinya dalam rasa yang hati yang bermacam-macam.
Puteri tersenyum nipis. “Semua orang cakap macam tu”,
sahutnya lembut. Dia membetulkan letak tudung putih dikepalanya apabila
kanak-kanak perempuan itu menarik hujung tudungnya.
“Ok la..saya kena balik ni. Ada kerja sikit”, pinta Hakim
dalam senyuman pahitnya.
“Eh..makan la dulu. Biar Puteri yang sediakan. Tengku
Shafika kawan puteri di UM. Saja tolong-tolong di majlis orang”. Puteri menahan lelaki itu dari
pergi. Ada banyak perkara yang ingin dia ketahui mengenai diri Hakim.
“Oo..tak apa..”, tolaknya lagi.
“Erika...mari dekat mama”, Erina datang mencelah antara
mereka, mendukung kanak-kanak comel itu lantas membawanya pergi.
Puteri melambai kanak-kanak perempuan itu sambil
tersenyum.
Hakim membulatkan matanya. “Dia.....dia....bukan anak
Puteri?”, soalnya dalam riak kaget.
Puteri ketawa kecil. “Tak. Tapi ramai kata wajah kami
seiras. Sebab tu Puteri kata tadi ramai cakap macam tu”, terangnya dalam senyum
yang tidak putus.
Hakim turut ketawa kecil. Terasa lucu apabila
mengenangkan semula tanggapannya sebentar tadi. Wajah yang dirindui itu di
tatap sepenuh hati. Lesung pipit itu..masih sama. Mata itu..wajah itu...terlalu
indah.
“Arr..Hakim..betul ni tak nak makan dulu?”, soal Puteri lagi.
“Nak. Tiba-tiba rasa lapar pula”, ujarnya seraya memegang
perutnya.
“Mari..ikut puteri. Kita makan kat sana”, ajaknya seraya
melangkah ke satu arah.
Hakim akur, mengekori gadis itu sambil tersenyum panjang.
“Oh..begitu”, Puteri terangguk-angguk, mula memahami
punca lelaki itu menghilangkan diri tiga tahun lalu. Memandang wajah kacak
jejaka itu lama. “Tak hairanlah Puteri tak jumpa Hakim. Tiga tahun..jangka
waktu yang agak lama kan?. Hakim dah benar-benar sihat ke?. ”, soalnya penuh
prihatin. Nasi minyak digaul bersama lauk ayam masak merah bersama rendang
daging di masukkan ke dalam mulut. Dikunyah perlahan.
Hakim mengangguk, meneguk air oren di dalam gelas.
“Alhamdulillah. Selepas operasi di Hospital Chenai, doktor yang merawat Hakim
selalu buat pemeriksaan susulan. Dia kata, Hakim dah sembuh sepenuhnya. Teknik
perubatan di Chenai India memang sangat maju. Tau tak, operasi pembedahan Hakim
tiga tahun lepas, dibuat menggunakan teknik robot surgery?”, beritahunya
lanjut.
Puteri berhenti mengunyah. Sebelah pipinya cembung dengan
makanan. “Robot?. Wah. Tak sangka. India bakal menjadi negara maju sedikit masa
lagi kan. Berapa lama Hakim duduk sana?. Ada jumpa Shah Rukh Khan tak?”,
usiknya seraya meneguk air oren.
Hakim tersengih. “Tak jumpa la. Tapi kan...Hakim banyak
kali ke Agra. Hakim masuk dalam Taj Mahal. Sangat mengagumkan apabila melihat
tugu cinta yang dibina Shahjahan kepada Mumtaz di hadapan mata”, ceritanya
lagi. Matanya menyorot wajah ayu dihadapannya yang sedang menunduk.
Tangan kanan puteri berhenti menyuap nasi. Butir-butir
nasi di dalam pinggan di pandang lama.
“Taj Mahal”, ujarnya seperti berkata kepada diri.
Wajahnya diangkatkan memandang wajah Hakim. “Ceritalah..apa yang buat Hakim
kagum”, ajunya dalam riak bersungguh. Seleranya telah mati lalu dia membasuh
tangan dengan air basuh tangan di atas meja. Tisu putih diraih lalu dilapkan
kedua belah tangannya.
“Pemandangan di Taj Mahal membangkitkan perasaan duka dan
membuatkan matahari serta bulan menitiskan air mata”, ujar Hakim sedikit
berpuisi.
“Wah..indah sungguh. Sejak bila pandai bersastera ni?”,
usik Puteri dalam senyuman manis.
Hakim memuncungkan bibirnya. “Bukanlah. Kata-kata puitis
tu ditulis oleh Abdul Hamid Lahori mengenai pemerintahan Shahjahan dalam buku Badshah
Nama. Semasa Hakim di sana, berada di dalam Taj Mahal..Hakim rasa sangat
sayu. Seakan Hakim dapat merasa, menyelusuri kembali cinta agung Mumtaz dan
Shahjahan yang romantis, tulus dan penuh tragedi. Mula-mula Hakim pelik kenapa
Taj Mahal termasuk dalam satu daripada bangunan ajaib dunia..tetapi lepas
beberapa kali ke sana..benarlah memang Taj Mahal bangunan ajaib. Mengagumkan!”,
ujarnya bersungguh.
Puteri memanggungkan dagunya selepas mengelap tangannya.
“Apa yang buatkan Taj Mahal tu banggunan ajaib?”, soalnya ingin tahu.
Hakim tersenyum manis memandang wajah Puteri. “Hakim
lapar la. Nanti Hakim beritahu”, sahutnya langsung menghadap hidangan yang
tidak disentuh sejak tadi. Dia makan dengan penuh selera.
Puteri ingin memprotes, namun melihat cara Hakim
menikmati hidangan itu, dia tidak jadi menyuarakannya. Biarlah..banyak lagi
masa. Bisik hatinya. “Hakim...lama ke Hakim balik ni?”.
Hakim berhenti mengunyah. “Malam ni Hakim balik ke UK
semula. Ada dua tahun lagi, lepas tu
konvo”, balasnya.
Puteri membulatkan matanya. “UK?. Hakim ambik perubatan
ke?”, soalnya lagi.
Hakim menggeleng. “Tak. Ingat tak dulu..Hakim pernah lukis
satu pelan sebuah rumah?”.
Puteri pantas mengangguk. Mana mungkin dia lupa. Lukisan
itu merupakan satu karya yang mengagumkan.
“Hakim ambil kos architecture sebab nak tunaikan
impian Hakim untuk bina rumah tu”, terangnya dalam suara perlahan.
Puteri terpempan. Mata Hakim direnung lama. “Are you
serious?”, soalnya tidak percaya.
Hakim mengangguk beberapa kali. “Hakim akan bina sebagai
tanda cinta Hakim kepada Mumtaz Mahal. Permaisuri istana Hakim”.
Mata Puteri tidak berkedip. Wajah arwah ibunya kembali
bermain di benaknya. Ayahnya telah menunaikan janji kepada ibunya dengan
membangunkan sebuah rumah yang menjadi tugu cinta Mirza kepada Mumtaz.
Kini..lelaki ini pula cuba menunaikan impian cintanya. Wajah Hakim direnung
lama. “Err..siapa mumtaz mahal...err..permaisuri istana Hakim tu?”, soalnya
ingin tahu.
Tiba-tiba dia merasa cemburu begitu. Cemburu kepada gadis
bertuah itu.
Hakim terdiam, merenung mata bundar bening itu.
“Malam nanti..Hakim bagitau. Tapi Puteri kenalah hantarkan Hakim ke Airport”,
balasnya berbau saranan.
Puteri tersenyum lebar. “Boleh. Malam ni pun Tengku
Shafika akan terbang ke UK. Honeymoon kat sana. “Haa..lupa tanya. Abang
Haikal buat apa sekarang?”.
“Insyaallah, tahun depan dapatla gelaran Dr. Haikal.
Abang Haikal ambil perubatan di India”, Hakim bercakap dalam mulut penuh.
Puteri menganggukkan kepalanya. “Kak Erina pun dah kawin.
Dah ada anak pun. Masa berlalu dengan cepat kan?. Esok-esok giliran Puteri
pula...”.
Hakim berhenti menyuap, wajah Puteri direnung lama.
“Giliran apa?”, soalnya serius.
“Di sini rupanya puteri”, tegur satu suara lelaki.
Hakim mengangkat wajahnya. Matanya membulat melihat
gerangan lelaki yang amat dikenalinya. “Tong Leik Kian?”, soalnya kaget.
Lelaki berkulit putih cerah itu mengangguk.
“atau..Muhammad Iman Saifullah”, dia membetulkan lantas menyalami Hakim.
Puteri tersenyum manis kepada lelaki cina itu kemudian
bangun, berdiri di sebelah Saifullah. Saling menghadap Hakim yang tidak
berkelip mata sedari tadi.
“Hakim..perkenalkan..Muhammad Iman Saifullah...tunang
Puteri. Bakal suami Puteri”.
Hakim terasa dirinya terbelah menjadi dua, lalu hancur
berkecai.
*******
“Nah,
hadiah..untuk Puteri”, Hakim menyerahkan satu kotak sederhana besar kepada
Puteri. Matanya tidak puas menatap penampilan Puteri yang kelihatan anggun
walaupun tatkala mengenakan t-shirt putih lengan panjang, bertudung hitam
dipadankan dengan seluar jeans hitam.
Puteri menyambut senyuman itu. “Terima kasih. Buat susah
je”, ucapnya terharu.
“Mana Saifullah?”, soalnya tercari-cari kelibat jejaka
itu.
“Oh..dia pergi tandas tadi. Haa..sekarang bagitau
Puteri..siapa Mumtaz Mahal tu?”, soalnya tidak sabar.
Hakim tersenyum pahit. Kemudian dia mengeluarkan satu compact
powder berwarna putih dari kocek jaket jeans biru lalu dihulurkan kepada
gadis itu.
Puteri mengerutkan dahinya. Dalam hairan, dia meletakkan
kotak berbalut kertas putih itu ke bawah. Dengan teragak-agak dia menyambut
lantas membuka penutup bedak padat itu. Dia tersenyum saat melihat biasan
wajahnya di cermin bekas berbentuk empat segi itu. Wajah Hakim dipandang dengan
geram. “Apalah Hakim ni. Apa kena mengena benda ni dengan Mumtaz Mahal?. Cepat
cakap, siapa permaisuri bertuah tu?”, gesanya tidak sabar.
Hakim mengenyetkan matanya, menjelirkan lidahnya. “Cari
lah sendiri”, cabarnya.
Puteri mencemberutkan bibirnya. “Ala..bagitau je la. Lagi
pun kita tak tahu bila akan berjumpa lagi”, desaknya.
Hakim menggoyangkan jari telunjuknya. “Kita akan berjumpa
lagi. Pasti. Kerana kisah kita pasti ada”, balasnya tenang.
“Kisah kita?”, sampuk Saifullah tiba-tiba.
Puteri yang terkejut dengan kata-kata Hakim bertambah
cemas dengan kehadiran tunangnya itu secara tiba-tiba. “Ohh..tak adalah. Hakim
ni, dia ungkit kisah kita orang masa kat sekolah dulu”,
terangnya berselindung. Tidak mahu tunangnya itu salah
faham.
“Oh..kisah korang dulu..”, Saifullah menepuk dahinya.
Perlahan dia mendekatkan wajahnya ke wajah Hakim. “Dulu..saya ingatkan kamu
berdua yang akan kawin. Tapi tak sangka..takdir kembali menemukan saya dan
Puteri setahun yang lepas. Selepas membuat solat istikharah..saya yakin dia
permaisuri istana saya. Tak sangka dia terima saya akhirnya”, ceritanya sambil
merenung manja ke mata Puteri.
Puteri tersenyum segan. Telefon di dalam tas tangan
berbunyi. Dia membuka tas tangan, mengambil telefon i-pad berwarna putih.
Melihat nama Tengku Syafiqa yang tertera di skrin telefon, dia tahu dia
harus menjawabnya. Pasti pengantin baru itu tercari-cari kelibatnya. “Maaf ya”,
ucapnya seraya menjarakkan kedudukannya daripada mereka.
“Oh..begitu..Senang tak, nak dapatkan Puteri?”, soal
Hakim kembali memandang lelaki cina
dihadapannya.
Saifullah menggelengkan kepalanya. “Susah..dia bukan
mudah untuk dijinakkan. Saya sampai sekarang tak percaya dia akan jadi isteri
saya dua bulan lagi. Rasanya...dia terima saya sebab saya pernah kata macam ni
pada dia. Saya nak ulang kembali kisah cinta Shahjahan dan Mumtaz. Saya akan
jadikan dia permaisuri istana saya di dunia juga di akhirat kelak”, ceritanya
lebih lanjut.
Hakim terpempan dengan cerita itu. Adakah aku terlambat?.
Soal hatinya. Mendengar panggilan terakhir penumpang ke UK di corong speaker,
dia tersenyum pahit kepada lelaki cina itu. Bersalaman lantas berpelukan erat.
“Jaga Puteri baik-baik. Semoga berbahagia bersama permaisuri istana, Puteri
Ishika”, ucapnya tulus.
Saifullah mengangguk dalam senyuman manis.
Puteri melangkah laju ke arah dua lelaki itu apabila
selesai bercakap dengan rakannya. Tengku Shafika akan terbang ke UK untuk
berbulan madu. Dia menunggu kelibat gadis dari keluarga diraja itu di terminal
yang sama. “Dah nak masuk?”, soalnya memandang wajah Hakim.
Hakim mengangguk. Beg sandangnya dibetulkan letak
kedudukan. “Pergi dulu..Assalamualaikum”, ucap Hakim mengangkat
tangannya seraya melangkah perlahan ke balai perlepasan.
“Waalaikumussalam”, sahut mereka serentak. Puteri
dan Saifullah melambaikan tangan mereka kepada Hakim.
Bahu Saifullah ditepuk dari arah tepi. Melihat wajah Megat Shahran
disebelah Tengku Shafika dia terus menumbuk lembut bahu lelaki itu.
“Puteri”, panggil Tengku Shafika dari jauh. Terasa pelik
melihat rakannya itu menapak perlahan ke satu arah.
Puteri berpaling, membuat isyarat tangan supaya gadis itu
menunggunya. Puteri kembali merenung tampang Hakim beberapa meter di
hadapannya. Tanpa sedar, kakinya semakin melangkah laju, bagaikan mengekori
langkah Hakim. Hatinya berat melepaskan jejaka itu pergi. Dia tidak tahu
mengapa. Adakah jejaka itu akan hadir pada hari perkahwinannya?. Kahwin?!!.
Matanya membuntang luas. Dalam langkah tergesa-gesa dia berjalan laju, cuba
menyaingi langkah Hakim.
“Kenapa Puteri?”, soal Hakim kaget melihat Puteri muncul
di hadapannya dalam nafas yang termengah-mengah.
Puteri membuka tas tangannya, mengambil satu sampul
berwarna ungu lembut lalu dihulurkan kepada Hakim.
Hakim membuka sampul itu. Satu kad cantik berwarna putih
bertulisan warna silver. Kad undangan perkahwinan itu di renung kosong. Kembali
memandang wajah ayu itu.
“Hakim akan datang kan?”, soal Puteri meminta kepastian.
Hakim merenung sayu menatap wajah gadis itu, kemudian
kepalanya digelengkan. “Tak”, balasnya sepatah. Melihat ada garis pertanyaan di
wajah gadis itu, Hakim menambah. ”Hakim
tak akan datang...”, ucapnya seraya berlalu menuju ke pintu balai perlepasan.
Puteri Ishika tergamam. Dia benar-benar terpempan dengan
kata-kata itu. Masa seakan berhenti, terasa seluruh terminal itu menjadi
lengang. Bedak padat ditangan, dibukanya kembali. Melihat imej wajahnya di
cermin empat segi itu..membuatkan matanya membuntang. “Aku kah..aku
kah..permaisuri istana yang dimaksudkan Hakim?”, soalnya dalam rasa tidak
percaya.
Hakim berjalan laju sejurus melepasi pegawai yang
bertugas di pintu balai pelepasan. Air mata yang ingin menitis, sedaya upaya
ditahannya. Kepalanya digelengkan beberapa kali. “Tak. Kisah kita...akan
ada..pasti ada...”, ucapnya kepada diri.
*******
DUA TAHUN KEMUDIAN - ITALY
“Meri mehbooba...meri mehbooba (gadis impian ku)”.
Hakim bernyanyi kecil sambil terus melukis seraut wajah seorang gadis di atas
sekeping kertas putih. Wajah yang dirindui itu sering menghiasi mimpi indahnya.
“Puteri Ishika...bagaimana caranya untuk aku melupakan kau?”. Hakim mengeluh kecil.
Pandangannya dilontarkan ke tepi. Dia tersenyum puas menikmati pemandangan
indah yang terbentang dari jendela kaca kereta api kendalian syarikat nasional
Itali Ferrovie dello Stato itu. Perjalanan yang bermula dari stesen Centrale
Brindisi ke Milan itu menghidangkan kawasan penanaman anggur dan jagung yang
cukup luas. Tidak jauh berbeza daripada pemandangan di negara-negara Eropah
lain yang pernah dilaluinya.
Suara gadis yang sedang berbual di telefon selang sebaris
dari tempat duduknya membuatkan Hakim terbangun mendadak. Kertas lukisannya
melurut jatuh. “Thanks”, ucap Hakim pada seorang kanak-kanak lelaki
berambut perang yang menghulurkan lukisan itu kepadanya.
Hakim beralih tempat duduk lalu melabuhkan punggungnya di
hadapan gadis yang masih leka berbual dengan telefon bimbitnya. Kertas yang
terlakar potret wajah gadis itu diangkat ke paras kepala, membandingkan wajah
dihadapannya dengan potret lukisan itu. Benarlah gadis itu berada dihadapannya
kini. Wajah iras pelakon Madhuri Dixit itu masih sama. Lama matanya menyorot
wajah yang dirindui itu. Gadis itu bertambah anggun tatkala mengenakan tudung
coklat cair dipadankan dengan baju jaket warna tanah dan seluar jeans biru.
Entah bagaimana takdir sekali lagi menemukan mereka, malah di negara orang pula.
Tetapi kenapa wajah gadis itu kelihatan lesu dan sayu?.
Puteri terpaku sebaik matanya menangkap wajah kacak yang
amat dikenalinya sedang merenung dalam senyuman manis. Suara Shafawati yang
sedang rancak bercerita di talian tidak dihiraukannya lantas memutuskan talian.
“Hakim?”, soalnya seakan meminta kepastian.
Hakim tersenyum lebih lebar, pantas mengangguk laju.
“Buat apa di sini?. Hakim sengaja melancong
ke sini. Baru je habis belajar, ingat nak tenangkan fikiran dulu ke
Eropah”, terangnya ramah tanpa disuruh.
Puteri tersenyum nipis dengan keramahan jejaka itu. Sikap
yang tidak pernah berubah sejak dulu. “Bagus la. Nanti bila mula kerja, dah tak
ada masa nak melancong kan?. Puteri ada perbentangan thesis di Geneva
kelmarin. Bila semua dah selesai, ambil kesempatan sementara melihat negara
orang”, terangnya pula mengenai kehadirannya di bumi Eropah itu.
“Oh, bagusnya. Puteri sambung master ke? Masih dalam
bidang sains botani?”, soal Hakim berminat ingin tahu.
“Ya. Sambung di Universiti Manchester. Kebetulan ada convention
di Geneva, jadinya ambil peluang untuk bentangkan hasil thesis yang dah
hampir siap pun”, balasnya lembut.
Kepala Hakim terangguk-angguk. “Sha buat apa sekarang?.
Lama sungguh tak dengar berita tentang dia”.
“Shafawati sekarang di Rusia. Ambil jurusan perubatan.
Tadi baru bercakap dengan dia. Kalau dia tahu Puteri jumpa Hakim di sini, pasti
dia terkejut”.
“Ya?. Bakal doktor la tu kan. Sama dengan abang
Haikal...”. Hakim mengetap bibirnya apabila mengingati perjanjian perkahwinan
yang telah terkubur sejak sekian lamanya. Ibunya ada bercerita mengenai
hubungan rapat yang terus terjalin antara ayahnya dengan Dato’ Mirza. Masih
jelas diingatannya wajah kecewa Tengku Haikal setelah diberitahu hal
perkahwinan Puteri Ishika dengan seorang lelaki cina muslim. Perasaan kecewa
abangnya itu tidak sama dengan kehampaan menggunung yang ditanggungnya. Hanya
kepada ilahi sahaja dia mengadu setiap malam untuk mengubat hati yang kecewa.
Sisi wajah Puteri direnung lembut. Mengingati Haikal membawa ingatan kepada
kakak tiri gadis itu. “Oh ya..Kak Erina kahwin dengan siapa?. Hari tu masa di
majlis kahwin Tengku Shafiqa tak sempat tanya”.
Puteri yang sedang menikmati pemandangan indah melalui
jendela itu tersentak. Kembali mengalihkan pandangan ke wajah Hakim. “Kak Erina
kawin dengan seorang anak kenalan abah, Ikhwan. Bahagia dia sekarang. Anak dah
ada dua orang. Anak sulung nama Erika dan tiga bulan lalu dapat Erissa pula”,
terangnya lalu kembali melontarkan pandangan ke luar jendela. Menyedari renungan
Hakim melalui ekor matanya, hatinya dipagut resah. Dia kembali memusatkan
pandangan ke wajah Hakim. “Erm...kenapa Hakim ke Italy?. Percutian selepas
belajar semuanya ke negara Eropah sahaja?”. Puteri cuba menghidupkan suasana
mesra. Entah mengapa berjumpa tiba-tiba begitu membuatkan dia sedikit kekok,
lebih-lebih lagi mengetahui rasa hati lelaki itu terhadapnya.
Hakim tersenyum lebar. “Buat masa ni memang di Eropah
sahaja. Bukan bercuti semata, tetapi merenung, meneliti tinggalan tamadun islam
silam. Minggu lepas Hakim ke Istanbul, bekas tanah jajahan Byzhantium”,
ceritanya.
“Kota Konstantinopel?”. Mata Puteri membulat.
“Ya. Kota Konstantinopel yang Puteri pernah cerita dulu.
Tak sangka...sampai juga Hakim ke kota yang pada zaman nabi tidak dapat ditembus
oleh tentera islam termasuk pada zaman Salahudin Al-Ayubi. Rantai besi yang
memagari pelabuhan Golden Horn suatu ketika dulu masih ada dipamerkan di sebuah
Muzium Haghia Sophia. Masa Hakim masuk ke dalam Masjid Biru, hanya kalimah maha
suci Allah sahaja yang terlafaz. Sebuah binaan agung yang sangat luar biasa.
Sebuah keberhasilan dan kehebatan tamadun islam silam tinggalan Sultan Muhammad
Al-Fateh.. Dia lah raja yang dimaksudkan dalam hadis Nabi yang akan menawan
konstantinopel daripada kuasa Byzantium selepas lapan ratus tahun menunggu.
Kini, selepas lima belas abad, tiada tanda-tanda Islam bertapak di kota Rom
negeri ini. Apa pendapat Puteri?”, soalnya kembali. Cuba membawa topik
perbualan yang pernah menjadi topik perbincangan mereka dahulu.
Puteri terangguk-angguk. Dia memang merindui perbincangan
ilmiah antara mereka. “Ya...kita sekarang dalam fasa keempat dunia selaras
dengan hadis nabi. Mungkin sahaja Kota Rom hanya akan dikuasai islam pada fasa
kelima dunia”.
Hakim mengerutkan keningnya. “Hakim kurang jelas mengenai
perkara ni. Boleh terangkan tak?”. Wajah Hakim kelihatan serius.
“Begini..nabi kita kata, fasa pertama umatnya adalah
ketika nabi masih hidup, zaman ini telah pun berlalu. Kemudian datang pula
zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian. Pada fasa kedua ini, umat islam
diperintah oleh empat khulafa’ ar-Rasyidin. Zaman ini pun telah berlalu. Kemudian datang pula kerajaan yang
menyerahkan kekuasaan pada keturunan mereka pada fasa ketiga. Kita dapat lihat
pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniah yang berkuasa dengan
menggunakan sistem monarki. Zaman ini pun telah berlalu. Kemudian datang pula
satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan
bermaharajalela. Fasa ini adalah pada zaman sekarang. Kemudian setelah
berlalunya fasa keempat ini, akan datang pula fasa kelima. Pada fasa kelima,
dunia akan diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat islam. Nabi pernah
mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa keempat ini akan kedatangan satu
fitnah. Fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia. Itulah
fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Pada fasa ini la peluang iblis mengumpul pengikutnya
seramai mungkin yang akan ke neraka dan fasa keempat itu adalah zaman yang kita
sedang berada di dalamnya sekarang..”, terang Puteri panjang lebar.
Hakim menggaru dagunya. “Maknanya fasa ini juga adalah
waktu turunnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mahdi yang akan pindahkan kita ke
fasa kelima. Begitu?”, soalnya kembali.
Puteri mengangguk. “Semuanya telah ditetapkan oleh ALLAH
S.W.T. di kitab Luh Mahfuz. Walaupun pengikut dajjal sekarang sedang menggali
masjid Al-Aqsa yang didakwa bekas tapak kuil Sulaiman untuk menyambut
kedatangan Nabi Isa a.s, tapi hakikatnya mereka semua akan kalah juga. Mereka
tak akan mampu mencabar kebesaran ALLAH. Tamadun Islam akan kembali gemilang
kelak. Semuanya telah ditentukan oleh ALLAH, bukan?”. Puteri memasukkan telefon
ke dalam tas tangannya.
Tengku Hakim tersenyum lagi. “Betul...macam pertemuan
kita hari ini...kisah kita...”. Hakim turut terbangun apabila Puteri sudah
berdiri. “Eh, Puteri..kita baru bertemu..dah tak sudi ke nak berbual lagi
dengan Hakim?”. Riak wajahnya bertukar kecewa.
Puteri menahan senyum, menggeleng perlahan. “Bukan
begitu. Stesen Puteri dah sampai. Ada kawan yang menunggu di sini”, terangnya
lembut.
Hakim terkesima. Melihat papan tanda bertulis Bologna di
satu tiang bangunan stesen itu, Hakim menepuk dahinya, ketawa sendiri dengan
anggapan sebentar tadi. Dia turut menghantar Puteri di depan pintu keretapi.
Dalam hatinya berlagu hairan. Air wajah gadis itu kelihatan lesu, bagaikan
telah lama tidak tersenyum. Sinar matanya juga seakan padam. Gadis itu bagaikan
kembali menjadi puteri ais sebagaimana mula-mula dia mengenalinya.
“Gembira jumpa Hakim. Assalamualaikum”, ucap Puteri
sejurus pintu keretapi terbuka.
Tengku Hakim mengangguk, menjawab salam di dalam hati.
Sebaik gadis itu turun dari keretapi, dia lantas teringat sesuatu. “Hei
Puteri...”, panggil Hakim. Apabila gadis itu berpaling, dia melanjutkan bicara.
“Kirim salam pada Saifullah”.
Puteri tersentak. Wajahnya bertukar menjadi lebih sayu.
Dalam keriuhan penumpang yang naik turun keretapi itu, Puteri bersuara
perlahan. “Saifullah....dia sudah tiada dalam hidup Puteri lagi”.
Hakim terpempan di situ. Pintu keretapi tertutup rapat
dihadapannya, langsung membawa kenderaan itu ke stesen seterusnya.
********
“Mama..beri Hakim nombor telefon Tengku Shafika. Ada hal
penting. Ok. Hakim tunggu SMS mama”, Hakim meletakkan telefonnya. Dia menghela
nafas panjang. Matanya menyorot pemandangan kota Venice itu dengan penuh kagum.
Sebuah bandar terapung yang sungguh mempersonakan. Gondola yang membawa
penumpang bersilih ganti, menjadikan bandar Venice kelihatan sungguh indah dan
unik. Suasana romantik sekitarnya menjadikan percutian terasa lebih bermakna.
Namun, entah mengapa hatinya bergalau resah.
Hakim menjatuhkan pandangannya pada aliran air yang
berkocak kesan laluan gondola yang membawa penumpang dari Asia. Ada wajah sayu
Puteri di situ. Hatinya melonjak ingin tahu apa yang telah berlaku pada kisah
antara Puteri dan lelaki cina muslim, Saifullah. Dia menyedari wajah itu
bagaikan menyerlahkan dalaman yang tidak bahagia saat bertemu secara mengejut
di atas kereta api pagi tadi.
Apa sudah jadi?. Puteri...adakah kau menderita lagi?.
Satu SMS masuk, Hakim cepat-cepat membukanya. Dia tersenyum lebar melihat
nombor telefon yang diberi ibunya. Dia tahu hanya pemilik nama Tengku Shafika
sahaja yang boleh menerangkan segala persoalan yang bermain di hati dan mindanya.
“Hello..Tengku Shafika?. Maaf menganggu. Saya Hakim. Saya
pernah datang masa Shafika kawin dulu. Ya..sepupu jauh. Listen..ada
perkara yang Hakim nak tahu dari Shafika. Tentang Puteri. Puteri Ishika dan
suami dia Saifullah”.
Hakim berjalan lambat-lambat. Lututnya terasa lemah,
fikirannya menerawang jauh entah kemana. Dia menyelusuri suasana senja kota
Venice itu dalam perasaan galau pelbagai rasa. Fikirannya penuh dengan pemilik
wajah bernama Puteri Ishika. Gadis itu..sudah terlalu banyak diuji tuhan.
Terlalu banyak...Tuhan...kau kuatkanlah hati gadis itu. Beri lah padanya
kebahagiaan yang didambakan sejak sekian lama. Doanya dalam hati penuh tulus.
Dalam remang senja itu, kata-kata Tengku Shafika kembali kedengaran di
telinganya.
“Sebenarnya Hakim..Puteri Ishika tidak pernah berkahwin.
Ah Kian..atau Muhammad Iman Saifullah..meninggal dunia tiga minggu sebelum
majlis perkahwinan mereka. Dia meninggal dalam sebuah kemalangan langgar lari.
Ibu tiri Puteri dikatakan dalangnya, tapi tidak cukup bukti lalu dilepaskan.
Puteri...dia bagai mayat hidup dalam jangka masa yang agak lama. Banyak lamaran
datang..tapi semua dia tolak. Sekarang dia membawa diri ke Manchester”.
*******
Puteri terbangun dari tidur yang pulas. Wajah Saifullah
bercahaya saat hadir dalam lenanya sebentar tadi. Air matanya menuruni laju
dari pelupuk matanya. Sungguh dia merindui kekasih hatinya itu. Dia bingkas
bangun, menyibak langsir hotel lalu merenungi bangunan-bangunan pencakar langit
di kota Milan itu. Deretan kedai yang memaparkan jenama-jenama fesyen terkenal
di seluruh dunia berasal dari kota terkenal ini. Benarlah kata orang, Itali
adalah syurga fesyen dunia. Puteri menyibak rambut panjangnya yang terurai
lembut. Dalam pekat malam itu, kejadian dua tahun lepas kembali bermain di
benaknya, bagaikan sebuah tayangan filem yang tidak berhenti-henti dipasang.
“Saifullah, apa erti cinta sebenarnya?”, soal Puteri
ingin tahu. Dalam kepenatan membeli-belah barangan hantaran, sempat soalan itu
diajukan kepada tunangnya.
Jejaka cina itu tersenyum lebar. Dia membetulkan duduknya
di kerusi kayu itu. Sesekali matanya melingkar memandang orang yang lalu lalang
di pusat beli belah Mid Valley itu. “Cinta itu layaknya seperti kehidupan kita.
Tak selalu senang dan tak selalu memberi kebahagiaan. Tetapi..hidup tetaplah
kehidupan...jika cinta yang ada telah hilang..kita seharusnya mencari cinta
yang seterusnya. Begitulah selayaknya perjalanan kehidupan yang tidak akan
berhenti. Kalau kita berhenti bercinta..samalah kita cuba memberhentikan
kehidupan kita. Cinta itu pasti ada di sepanjang jalan kehidupan”, ulasnya
panjang lebar.
“Ala..itu terlalu umum. Cuba bagi pada Puteri definisi
cinta secara khususnya?”.
Saifullah tersenyum lebih lebar. “Erm..cinta...kata orang
cinta itu terlalu misteri, datangnya tanpa amaran, hilangnya tanpa dapat
dikesan. Bagi Saifullah, cinta itu bermulanya dari pandangan mata pertama,
berakhir pada helaan nafas terakhir”, sahutnya tenang.
Puteri mengerutkan keningnya. “Sila terangkan”.
“Begini. Saat pertama kali saya jumpa Puteri dulu,
sebenarnya..itulah pandangan cinta pertama saya pada Puteri. Sejak itu, Puteri
selalu muncul dalam mimpi saya sehinggala kini. Perasaan cinta itu tetap
ada..tak pernah berubah walaupun ada beberapa perempuan yang cuba menggugah
rasa cinta saya pada Puteri. Puteri Ishika..hanya awak saja yang ada dalam hati
saya..dan kekal dalam nubari sampai bila-bila..sehingga pada akhir nyawa, akhir
nafas yang dihela”, penuh perasaan kata-kata itu diucapkan Saifullah.
Puteri sudah menyeka air matanya yang keluar. “Suka buat
Puteri nangis tau”, ngomelnya dalam suara manja.
Saifullah ketawa kecil. “Jangan menangis sayang.
Haa..saya ada satu lagu untuk Puteri. Lagu kegemaran saya dari filem Andaz.
Dengar ya”. Saifullah berdehem beberapa kali. “Zindagi ek safar hai
suhana..Yahan kal kya ho kisne jaana” (Hidup adalah satu perjalanan yang
panjang. Tiada siapa yang tahu apa akan jadi pada hari esok).
Puteri membulatkan matanya. Tidak dia sangka tunangnya
itu boleh menyanyikan lagu hindi itu dengan baik. “Lagi..lagi...”, pintanya
dalam rasa teruja.
Saifullah menyambung lagi. “Maut aani hai ayegi ik
din...jaan jaani hai jayegi ik din..Aisi baaton se kya ghabrana?..yahan kal kya
ho kisne jaana” (Maut tetap akan tiba suatu hari nanti..nyawa pasti akan
diambil suatu hari nanti..kenapa perlu dirisaukan tentang perkara ini?..Tiada
siapa yang tahu apa akan jadi pada hari esok)..
Puteri ketawa senang. Dia bertepuk tangan.
Sungguh-sungguh dia gembira mendengar
lagu itu. Tawanya beransur mati saat telefon bimbitnya berbunyi. Melihat
nombor asing yang tertera, dia mengerutkan keningnya. Pantas diangkatnya.
“Hello”.
“Hello. Lama tak dengar berita kan??. Dengar cerita kau
akan berkahwin. Kau tak akan bahagia!. Kau dengar tak!!. Kau tak akan bahagia
sebagaimana kau hancurkan hidup aku!!”
Puteri terus terbangun dari duduknya. Matanya membulat
dalam rasa terkejut yang amat. Entah dari mana ibu tirinya itu mendapat
nombornya. “Hei perempuan jahat, kau dengar sini!. Aku akan bahagia...hidup aku
memang bahagia. Kau yang tak akan bahagia!!...”, hampir terjerit suaranya
keluar. Telefon itu tercampak ke lantai, isinya berteraburan.
Saifullah menuntun tubuh Puteri supaya duduk semula.
Berusaha menenangkan tunangnya itu. “Sabar Puteri. Puteri kena ingat satu perkara. Jika ALLAH
hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang..dia tidak akan dapat ditahan
oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika ALLAH menghalang kebahagiaan kepada
seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun”, nasihatnya
lembut.
Puteri terduduk semula. Matanya kembali berkaca mendengar
kata-kata itu. Air mata yang ditahan akhirnya gugur juga. “Saifullah. Terima
kasih atas segalanya”, ucapnya lirih.
Saifullah tersenyum lagi. Dia merenung wajah sayu itu
dengan penuh kasih. “Jangan menangis lagi sayang. Insyaallah bahagia itu pasti
ada untuk Puteri Ishika. Haa..nak shopping lagi tak?”. Suara Saifullah
kedengaran ceria. Isi telefon di lantai dikutipnya lalu diberikan kepada
Puteri.
Puteri menyambut lambat-lambat seraya mengesat air
matanya. “Dah la. Cukup untuk hari ni”.
“Kita balik?”.
Saifullah menyarankan.
Puteri mengangguk lantas tersenyum manis.
Mereka berjalan seiringan menuju ke tempat letak kereta.
Ketika Saifullah berjalan ke arah bonet kereta, sebuah hilux hitam tiba-tiba
datang dari arah hadapan dengan kelajuan yang tinggi. Tubuh Saifullah melayang
tinggi saat kereta itu melanggar batang tubuhnya.
“Saifullah!!!”, jerit Puteri tiba-tiba. Tangannya
dihulurkan ke hadapan, bagai cuba menggapai bayang tubuh itu. Dadanya berombak
kencang. Air matanya menitis laju. Bibirnya terketar-ketar. Masih jelas di
ingatannya tubuh lelaki cina itu bermandi darah, juga wajah ibu tirinya yang
tersenyum puas di tempat duduk pemandu Hilux hitam itu. Barang-barang hantaran
perkahwinan yang dibeli bertaburan di atas jalan. Dia terduduk di situ sambil
memangku tubuh penuh darah itu. Saifullah sempat mengucap beberapa kali di atas
ribaannya. Lelaki tionghua itu kembali pada tuhan dalam wajah tersenyum.
Tinggal tiga minggu sahaja dia bakal bergelar isteri kepada Muhammad Iman
Saifullah, namun takdir tuhan mengatasi perancangan manusia.
Puteri kembali menangis, melepaskan rasa sebak yang
mencengkam dada. Namun, dia kembali mewarasi diri apabila menyedari dirinya
kini berada di kota Milan, bukan di tanah air sendiri. Lagu terakhir yang
dilagukan kekasihnya itu dahulu sebelum maut memisahkan mereka kembali tergiang
di pendengaran. Dalam sendu yang tersangkak, Puteri melagukan lagu hindi dari
filem Andaz itu.
“Zindagi ek safar hai suhana..Yahan kal kya ho kisne
jaana”(Hidup adalah satu perjalanan yang panjang..tiada siapa yang akan
tahu apa akan jadi pada hari esok).
*******
3 BULAN KEMUDIAN - INDIA
“Destiny Hotel?”. Puteri merenung tulisan di papan
tanda berwarna biru kuning itu yang diukir dalam ukiran kubah seperti kubah Taj
Mahal. Wajah Sanjana, seorang pelajar Phd yang dikenali semasa di Geneva
menyerbu ingatannya. Wanita cantik sekitar umur akhir 30-an itu menyarankannya
ke Kerala dahulu sebelum ke tempat tinggalnya di Lucknow. Menurut wanita itu,
terdapat sebuah hotel destiny di kawasan india selatan itu yang sering
menemukan jodoh ramai pelancong selain Taj Mahal di Agra.
Puteri tersenyum sendiri. Tujuannya ke india selatan itu
kerana ingin merasai medical tourism yang ditawarkan di resort-resort
dalam bentuk rawatan spa. Kerala dianggap sebagai pusat rawatan bentuk purba
perubatan Ayurveda. Dia ingin melihat sendiri ubat-ubat herba dan
tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam menyediakan rebusan herba untuk rawatan
Ayurveda. Setelah berada seminggu di
Kerala, tahulah Puteri mengapa Kerala menjadi destinasi tempat pelancongan
paling digemari para pelancong tempatan dan asing dari seluruh dunia. Dari backwaters
yang indah sehingga keindahan pemandangan semulajadi, tidak hairanlah mengapa
Kerala mendapat jolokan “God’s Own Country”.
Lamunan Puteri terhenti apabila gegendang telinganya
ditampar bunyi bising hon kenderaan juga
suara kanak-kanak yang menjerit disulami tawa. Matanya kembali dipusatkan pada
hotel budget yang dihadapannya terdapat grill berwarna biru. Perlahan Puteri
menapak masuk sambil menarik beg bagasi ungu gelap itu.
“Aye..aye khobsurat ladkhi hai (Mari..mari si gadis
cantik)”, sambut seorang lelaki india tatkala gadis bertudung ungu lembut itu
menghampirinya.
Puteri mengerutkan dahinya. Terasa pelik apabila lelaki
india berjambang lebat itu bercakap dengannya dalam bahasa hindi. Bukankah
bahasa utama daerah Kerala adalah malayalam?. Oh mungkin sahaja kerana hindi
adalah bahasa kebangsaan negara India, jadi tidak hairan bahasa itu turut
dikuasai pelbagai suku kaum di mana-mana daerah India. Hatinya menyimpulkan
begitu. “Kyu?. Meri chehra hindi star kitara kya?” (Kenapa?. Wajah saya macam
bintang hindi ke?)”, soalnya, sengaja ingin menduga.
“Bilkul!. Bilkul sehi!”(Betul!. Sangat betul!), balas
lelaki itu dengan serius.
“Aacha?. Kis ke liye?” (Benar ke?. Macam siapa?), soal
Puteri kembali, menahan senyum.
“Tum hara chehra bilkul Madhuri Dixit kitara. Tumhara
dimple Preity Zinta kitara. Bohout khobsurat hai.” (Wajah awak seperti Madhuri
Dixit. Lesung pipit awak seperti Preity Zinta. Sangat cantik), puji lelaki
india itu lagi.
Puteri tersentak. Kata-kata itu pernah dilontarkan Hakim
kepadanya. Baginya jauh amat jika dibandingkan dengan pelakon-pelakon jelita
itu. Hakim?. Bayang lelaki itu tiba-tiba menyerbu ingatannya. Puteri malas
melayan lintasan yang mengganggu ketenangan mindanya. Wajah lelaki india
dihadapannya itu kembali jelas dipandangan. “Aap galad hai. Yeh sachamuch..”
(Awak dah silap. Yang sebenarnya..), ujar Puteri seakan berbisik.
“Kya?” (Apa?).
“Mein Indian nehi ti lekin Malaysia aye hain.” (Saya
bukan orang India tapi datang dari Malaysia). Puteri membetulkan.
“Kya?!”(Apa?!). Mulut lelaki itu terlopong. “Lekin
tumhara hindi bohout aacha hai. Tumhara chehra India ladkhi kitara” (Tapi
bahasa hindi awak sangat baik. Wajah awak seperti gadis India), tingkahnya
seakan tidak percaya.
Puteri tersenyum simpul. Ingin sahaja dia menerangkan
mengenai ibunya yang berasal dari negara Mahatma Gandhi itu, namun tiada
gunanya jika dia berbuat demikian. “Jo bhi ho” (Apa-apa saja la). Puteri
tidak mahu melanjutkan perbualan lantas mengeluarkan pasport antarabangsa dan
dompet dari dalam tas tangan. “Ek kamra ek raat ke liye”(Satu bilik
untuk satu malam). Puteri menghulurkan pasportnya kepada lelaki itu.
Puteri Ishika?. Wow!..Ishq..dekha..tumhara name hindi
ladkhi kitara”, ujar lelaki itu sebaik melihat nama gadis
itu tertera di dalam pasport berwarna hijau itu. Tangannya cekatan mencatatkan
maklumat diri gadis itu dalam sehelai borang.
“Ishq?. Memang nama yang cantik”.
Puteri tersentak. Suara itu amat dikenalinya. Matanya
terus mencari sasaran di sebelah kirinya. Melihat senyuman terukir di wajah
Hakim, mata Puteri membulat luas. Jejaka itu tampil kacak dalam jaket jeans
biru bersama t-shirt putih di dalamnya. “Kenapa saya asyik jumpa awak?. Awak
ekori saya selama ni kan?”, tuduhnya dalam mata separuh terjegil.
Hakim tersengih sinis lalu mendekatkan wajahnya ke wajah
Puteri. “Orang cerdik pandai kata..biar buruk rupa, jangan buruk sangka”.
Wajah Puteri berubah merah. Kata perlian itu membuatkan
dia malu sendiri. “Habis tu..kenapa awak ada di sini?”, soalnya masih tidak
berpuas hati.
“Sebab kita pasti ada kisah. Kan saya dah cakap sejak
dulu lagi. Kita berdua pasti ada kisah bersama”, balas Hakim seraya
mengenyetkan mata kirinya. Dia sendiri benar-benar terkejut sebaik menyedari
kehadiran gadis itu apabila melangkah ke dalam hotel itu. Hotel destiny telah
menemukan mereka semula sejak pertemuan terakhir di Italy.
Puteri menjeling tajam. “Tak. Kita berdua tak mungkin ada
kisah”, sangkalnya pantas. Dia tidak mahu menerima kata-kata itu..dia tidak
ingin mendengar suara itu lagi.
Hakim menanggalkan cermin matanya, merenung lembut ke
dalam anak mata coklat terang itu. “Puteri Ishika sekarang bertukar menjadi
puteri ais. Kaku dan beku. Tidak lincah seperti dulu. Hidup ini indah bukan?.
Kenapa kita harus tenggelam dalam kenangan duka silam?. Lepaskan semua derita
semalam, semua yang kelam pasti akan padam. Kita semakin dewasa, seharusnya
pengalaman semakin mematangkan kita, bukan semakin menjauhkan kita dari rasa
bahagia”, nasihatnya lembut.
Puteri tersentak dengan kata-kata itu. “Siapa awak nak
nasihatkan saya?. Awak tak pernah rasa apa yang saya alami, jadi awak tak layak
nak tegur saya, nasihatkan saya!”, marahnya dalam suara keras.
Hakim menggelengkan kepalanya. “Puteri..Puteri. Saya
minta maaf. Saya bersimpati dengan peristiwa pahit yang awak alami. Kematian
arwah Saifullah telah ditakdirkan dalam kitab Luh Mahfuz. Kita hanya merancang,
ALLAH yang menentukan. Kita hanya diberi sebahagian peta kehidupan, selebihnya
ada dalam rahsia ALLAH, terletak dalam takdir yang telah ditentukanNya. Kalau
kita berdua ditakdirkan ada kisah bersama, awak lari la ke hujung dunia mana
sekalipun..takdir pasti membawa awak dan saya bertemu semula. Kenapa awak
selalu lari dari kenyataan?. Pertemuan kita berdua bukan suatu kebetulan,
tetapi suratan yang telah ditakdirkan. Awak masih nak nafikan lagi?”, cabar
Hakim dalam suara tegas.
Bibir Puteri terketar-ketar. Dia ingin membalas kata-kata
itu, namun tiada suara yang keluar. Sudahnya dia hanya membalas pandang
renungan tajam Hakim.
Hakim melembutkan renungannya. “Puteri...jangan biarkan
diri berkubang dalam derita dunia sedangkan Puteri ada kekuatan untuk keluar
dari lubuk duka. Dunia ini adalah tapak ujian, Puteri. Jika di dunia kalah pada
derita, takut-takut di akhirat nanti derita bertimpa-timpa. Kenapa perlu kita
biar bahagia menjauh dari diri kita, sedangkan ALLAH tidak suka pada insan yang
berputus asa. Insan...jika rapat dengan penciptanya...wajahnya tidak selalu
muram, hatinya sentiasa lapang dan akan menyedari keajaiban tawakal apabila
seluruh hati, seluruh diri diserahkan bulat-bulat kepada ALLAH S.W.T. Jangan
bersedih Puteri. La tahzan. Innallah ha ma’naa. Sesungguhnya
ALLAH ada bersama kita”. Hakim mengenakan cermin matanya semula. Perlahan
kakinya menapak keluar dari hotel itu bersama beg bagasi hitamnya. Dia
meninggalkan gadis itu tanpa pamitan mahupun kata-kata selamat tinggal.
Puteri terpaku di situ. Ayat itu..dia masih ingat.
Kata-kata yang pernah di dengarnya itu daripada CD ceramah mencari sakinah oleh
Dr.Asri. Hadiah pemberian Hakim sewaktu dia di hospital dahulu. Air matanya
keluar laju dari tubir matanya. “Ya ALLAH..benarkah aku telah jauh dari-MU?
Kerana itu kah...aku tidak dapat menggapai bahagia?”.
********
“Puteri di mana?”, soal Dato’ Mirza di hujung talian.
“Puteri di Lucknow dan sekarang nak gerak ke Agra ni
abah”, beritahu Puteri saat berada di dalam perut keretapi Lucknow Agra
Intercity SF Express.
Puteri membalas lambaian Sanjana yang sedang tersenyum di
sisi suaminya Aryan. Keretapi perlahan-lahan bergerak dari landasan.
“Ok. Puteri jaga diri baik-baik. Jangan lupa melawat Taj
Mahal. Tempat abah dan mama berjumpa dulu”, pesan Dato’ Mirza.
“Ok abah. Puteri dalam bas ni. Abah jangan lupa makan
ubat darah tinggi ya”.
“Abah tak lupa la. Ok, abah ada kerja ni. Nanti dah
sampai, telefon abah”.
“Ok. Bye. Assalamualaikum”.
Puteri menghela nafas lega. Dia mengeluarkan tiket
keretapi itu, menatapi waktu berlepas dan tiba yang tertera. “Sampai pukul 9:35
malam..Lebih daripada tujuh jam ni.”, keluh Puteri. Pandangannya dilontarkan ke luar tingkap kaca
itu. Tidak ada apa yang menarik selain gunung ganang dan pokok-pokok hijau yang
dilihat sepanjang perjalanan itu. Puteri mengeluarkan permainan Sodoku untuk
mengisi masa yang ada.
Seorang wanita separuh baya yang mengenakan sari berwarna
merah dihadapannya menghulurkan makanan kepadanya. Puteri menggeleng sambil
memberikan senyuman. Teringat pesan Sanjana supaya berhati-hati dengan
penyeluk saku dan tidak minum
atau makan apa-apa jua yang ditawarkan oleh orang yang
tidak dikenali. Menyedari pandangan nakal seorang lelaki berkulit gelap,
berambut ikal di sebelah wanita bersari merah itu, membuatkan Puteri
diselubungi gelisah. Dia cuba menumpukan perhatian pada buku sodoku
ditangannya.
“Anything for
lunch, miss?”, tanya seorang wanita muda berambut panjang bersama troli
yang berisi pelbagai jenis makanan.
Puteri melihat hidangan yang ada sebelum membuat membuat
keputusan. “Yes, I want curry and chapatti with mineral water”.
Wanita yang mengenakan sari biru itu menghulurkan
hidangan yang diminta Puteri.
Hakim pantas berpaling ke belakang apabila mendengar
suara itu. Sebaik melihat wajah empunya suara, dia terbangun mendadak. “Hai,
Puteri..”, tegurnya dalam gembira.
Puteri tersentak. Dia tidak jadi menyuap roti chappati
yang telah dicecah kari. Melihat wajah Hakim yang tersenyum lebar membuatkan
dia menarik nafas panjang. Adakah ini juga takdir?. Suratan atau kebetulan?.
Namun jauh disudut hatinya, dia gembira dengan pertemuan itu.
Sekurang-kurangnya ada teman berbual yang lebih selesa berbanding wajah-wajah
asing disekelilingnya. “Hai, Hakim. Err..boleh awak duduk di sebelah saya?”,
pintanya penuh mengharap.
Hakim mengangguk laju. “Tapi ada syaratnya”.
“Apa?”.
“Saya nak duduk tepi tingkap. Boleh?”.
“Boleh”, balas Puteri pantas seraya bangun dari tempat
duduknya.
Hakim tersenyum lebar. Tanpa banyak soal, Hakim mengambil
tempat di sebelah tingkap.
Puteri mengambil tempat duduk di sebelah Hakim sambil
menghela nafas lega. Tray hidangan chappati itu dialihkan dari meja
Hakim ke mejanya. “Err...Hakim tak makan?”, soalnya sambil mencicah roti
chappati ke dalam kari.
“Tak. Dah kenyang. Tadi dah makan banyak sebelum
bertolak. Tau la kan, adab orang india, kasi perut tetamu penuh baru dilepaskan
balik”, jawab Hakim sambil terus menerus merenung wajah yang dirindui itu.
Penampilan gadis itu tidak pernah menjemukan matanya. Puteri kelihatan anggun
dalam pakaian Salwar ungu lembut dipadankan dengan seluar traditional india
dalam rona warna yang sama. Hanya jenis tudung sahaja membezakan gadis
melayu-india itu dengan gadis india yang lain.
Puteri mengerling Hakim yang sedang merenungnya dari
tepi. “Hakim tinggal dimana sebelum ni?’, soalnya ingin tahu. Chapatti dikunyah
perlahan. Gabungan chappati dan kari terasa enak ditekak.
“Hakim tinggal di rumah Dr.Sharma yang merawat Hakim
dulu. Dia sedang bercuti bersama keluarga di Lucknow, itu yang Hakim diajak
tinggal bersama keluarga mereka. Puteri pula buat apa di sini?. Bukan ke kita
jumpa di Kerala hari tu...”.
Puteri berdehem kecil. Terasa bersalah mengenangkan sikapnya
terhadap Hakim sewaktu bertemu di hotel destiny. “Ohh..tentang Kerala
tu..Puteri nak minta maaf atas kata-kata Puteri dulu. Puteri tak tahu..kenapa
Puteri marahkan Hakim bila kita jumpa di hotel tu.”, ucapnya jujur.
Hakim mengangguk sambil tersenyum. “Saya maafkan. Tak bawa kudis pun dalam hati saya ni”.
“Betul?”. Puteri meminta kepastian.
“Betul la. Puteri makan dulu ya”, saran Hakim pula.
Puteri tersenyum manis. “Terima kasih”, ucapnya seraya
menyambung makan. Hidangan itu terasa lebih enak. Dia benar-benar menikmati
makanan kegemarannya itu.
Hakim tersenyum panjang melihat gadis itu menikmati
hidangan masakan india itu. Senyuman gadis itu telah kembali. Sungguh indah!.
Dia terus menerus menatap wajah itu sepuas hatinya.
“Jadinya, kenapa Puteri ke India?. Bukan semata-mata
untuk melawat Taj Mahal?”, soal Hakim sebaik Puteri kembali dari membasuh
tangan di tandas.
Puteri menggelengkan kepalanya. “Sebenarnya, Puteri ke
sini untuk berjumpa dengan Sanjana di Lucknow, seorang pelajar Phd yang bekerja
di Central Drug Research Institut. Masa convention di Geneva dulu, Sanjana
membentangkan kajian yang dilakukan terhadap tumbuhan yang bernama Brahmi yang
digunakan dalam rawatan perubatan tradisional Ayurveda. Tumbuhan ini dikatakan
dapat merawat beberapa kecelaruan, terutama yang melibatkan kemurungan,
pemikiran dan lemah daya ingatan”.
“Brahmi?. Pelik je bunyi nya. Macam Brahmin pun ada”,
celah Hakim.
“Jangan dikisahkan namanya la. Nama saintifik untuk
brahmi adalah Bacopa monnieri. Tumbuhan bernama Brahmi ini herbal berdaun wangi
yang yang tumbuh menjalar di kawasan berpaya di seluruh India, Nepal, Sri
Lanka, China, Taiwan dan Vietnam. Sanjana banyak bekalkan sampel tumbuhan
brahmi untuk Puteri kaji”. Beg sandangnya dibuka lalu mengeluarkan satu bekas
putih. Di hulurkan kepada Hakim. “Ini la brahmi”, ujarnya lagi.
Hakim menyambut bekas itu dengan teruja, membuka dengan
hati-hati. Tumbuhan berdaun hijau itu dicapai lantas dibawa ke hidung. “Memang
wangi”. Kepalanya terangguk-angguk sambil menyentuh bunga kecil lima kelopak
berwarna putih. “Apa kebaikan brahmi?”,
soal Hakim. Dia kembali memusatkan pandangan ke wajah gadis itu. Tumbuhan itu
dihidu lagi.
Puteri mengambil sehelai daun hijau di dalam bekas, turut
menghidu beberapa kali. Daun herba itu direnung bersungguh. “Menurut cerita
Sanjana, brahmi adalah makanan yang menjadi amalan rakyat india sejak zaman
kerajaan-kerajaan silam India untuk meningkatkan kesihatan, meransang daya
fikir dan keberanian rakyatnya. Taj Mahal adalah salah satu keberhasilan hebat
tamadun bangsa Asia yang mengamalkan brahmi. Apabila kajian dibuat, penyelidik
menemui keajaiban tumbuhan brahmi iaitu terdapat molekul Bacosides A &
B..”.
“Macam menarik. Terangkan fungsinya?”.
Puteri mengumam sejenak. “Bacoside A membantu dalam
membebaskan oksida nitrik yang menyebabkan kelonggaran urat dan membolehkan
darah mengalir lebih lancar dalam badan. Bacoside B ialah sejenis protein yang
menyuburkan sel-sel otak. Dua molekul ajaib ini selain menjadi tonik kepada
sistem otak dan saraf, juga memberi kesan positif apabila digunakan dalam
rawatan penyakit kulit dan menggalakkan pertumbuhan rambut dan
kuku. Setelah mengetahui manfaat brahmi daripada Sanjana di Geneva dulu,
Puteri menyatakan hasrat untuk ke India. Sebab itu, Puteri bukan ke sini
semata-mata untuk melawat Taj Mahal..”.
Kepala Hakim terangguk-angguk. “Tak sangka kan. India
yang kita selalu perlekehkan dengan kemiskinan, ada makanan minda sendiri dan
tinggalan tamadun yang hebat”.
Puteri tersenyum. “India miskin?. Waktu Puteri ke Amerika
tiga tahun lepas, banyak Puteri jumpa orang-orang tidur dalam rumah-rumah kotak
di kaki lima. Di UK, Jepun, German, Italy...setiap negara biar maju sekalipun,
pasti ada rakyat yang miskin. Baru-baru ini..seorang lelaki keturunan India yang
tinggal di Amerika Syarikat telah menyelesaikan satu masalah matematik yang
paling sukar di dunia. Nama dia Vinay Deolalikar, seorang pekerja HP di
Amerika Syarikat. Lelaki bijak ni telah menyelesaikan masalah matematik yang
paling sukar di antara tujuh masalah seperti yang dikategorikan oleh Institut
terkenal matematik, Massachusetts. Ingat tak masa kita belajar matematik
tambahan dulu, Mr. Hong ada cakap tentang masalah matematik ni kan?”.
Hakim terdiam sejenak sebelum membalas. “P vs NP kan?”,
tebaknya dengan teragak-agak.
“Haa..ingat pun. Scott Aaronson, seorang tokoh popular di
Massachusetts Institute of Technology memberitahu bahawa masalah matematik P vs
NP tidak begitu mudah untuk dibuktikan. Beliau akan membayar Vinay Deolalikar $
200,000 jika dapat membuktikan secara praktikal. Bangsa india memang dikenali
dunia dalam kepintaran matematik. Sistem pendidikan di India sangat cenderung
mengajar matematik dengan cara keras untuk anak-anak semenjak usia yang sangat
muda. Ini adalah satu sebab mengapa kita melihat banyak bangsa india berkerja
dalam syarikat-syarikat perisian terkemuka dunia”, cerita Puteri bersungguh.
Hakim menganggukkan kepalanya. “Betul juga tu. Baru Hakim
teringat. Inventor e-mel dan microsoft
adalah bangsa india. Bill Gates hanya beli dan meraih keuntungan berlipat kali
ganda”.
Puteri tersenyum. “Tahu tak apa”.
Hakim tersengih.
Puteri merenung wajah Hakim. “Hakim telah banyak kali
berkunjung ke Taj Mahal kan?”, soalnya.
Hakim mengangguk laju.
“Erm..Hakim rasa Taj Mahal layak dikategorikan sebagai
bangunan ajaib dunia?”, soal Puteri ingin tahu.
“Ya!”, sahut Hakim penuh yakin.
“Macam mana tu?. Puteri tak faham. Bagi Puteri..Taj Mahal
hanyalah sekadar bangunan putih dengan sebuah kubah. Cantik lagi bangunan
bercirikan islam di Turki dan Iran”. Puteri menyatakan pendapatnya.
Hakim tersengih. “Taj Mahal hanya dapat disaksikan
keajaibannya apabila kita berada di hadapan dan juga di dalam bangunan putih
itu. Hakim jamin yang Puteri pasti akan berubah fikiran saat berdiri di hadapan
Taj Mahal”. Hakim mengangkat-ngangkat keningnya.
Puteri mencemberutkan bibirnya. “Cuba cerita sedikit apa
yang buatkan bangunan Taj Mahal termasuk antara tujuh binaan ajaib dunia?”.
Hakim merapatkan jari jemarinya. “Baynard Taylor, seorang
novelis Amerika pernah menulis mengenai Taj Mahal begini. Pernahkah engkau
membina istana di udara?. Inilah istananya yang dibawa turun ke bumi dan
dipasangkan untuk terus dikagumi oleh setiap insan”.
Puteri terdiam. “Istana di udara?”, soalnya lambat-lambat.
Hakim mengangguk. “Kedudukan Taj Mahal yang dibina di
atas tebing Sungai Yamuna seakan istana dari kayangan yang terapung di udara”,
lanjutnya lagi.
Puteri semakin berminat. “Wah. Macam menarik. Selain itu,
apa yang membuatkan Taj Mahal dianggap bangunan ajaib dunia?”.
“Puteri tengokla sendiri nanti”.
“Ala..cerita la lagi”, pinta Puteri. Dia benar-benar
tidak berpuas hati.
Hakim tetap menggeleng. “Mata adalah lensa terbaik
kurniaan ilahi. Puteri harus melihat dengan mata kepala sendiri. Sama seperti
kecantikan golden of paradise, taman-taman di istana Alhambra”.
Puteri membulatkan matanya. “Alhambra?. Hakim pernah ke
Spanyol?”.
Hakim tersenyum kecil. “Erm..”. Hakim mengumam sejenak.
“Selepas Hakim ke Italy tiga bulan lepas, Hakim bercuti ke Spanyol”, ceritanya.
Puteri kelihatan
teruja. “Bagaimana bangunan tinggalan islam di sana?. Masjid Cordoba,
Al-Hambra, Istana Sultan Nasyrid..Hakim masuk tak?”, soalnya bertalu-talu.
Hakim mengangguk dalam senyuman penuh makna. Wajah teruja
gadis itu membuatkan hatinya benar-benar bahagia. “Puteri belum pernah sampai
ke Spanyol ke?”, soalnya kembali.
Puteri menggelengkan kepalanya. “Memang Puteri dah
rancang nak melancong ke Spanyol selepas perbentangan thesis di Geneva, tetapi
Puteri harus pulang ke Manchester dulu untuk selesaikan thesis”, terangnya
lembut.
“Sayang kan. Sedangkan itu tempat yang Puteri nak sangat
pergi masa zaman sekolah dulu kan?”. Hakim merenung wajah gadis itu lagi.
“Hakim masih ingat?”, soal Puteri dalam rasa tidak
percaya.
“Pasti..Hakim tak pernah lupa apa-apa yang berkaitan
dengan Puteri Ishika”. Renungan mata Hakim semakin lembut. Dia benar-benar berharap
isyarat hatinya sampai kepada gadis itu.
Puteri terkesima menatap pandangan penuh kasih itu.
Biarpun jejaka itu tidak melafazkan sebarang kata-kata cinta, sinar mata Hakim
terkesan sedang menyampaikan rahsia hati kepadanya. Puteri jadi tidak keruan.
“Err...Hakim ada gambar istana Al-Hambra tak?”, soal Puteri dalam usaha
meredakan degupan hati yang tiba-tiba berdetak kencang.
Hakim menyeluruhi wajah gadis itu lagi sebelum
mengangguk. “Wait a minute”. Hakim mengeluarkan Kamera Nikon di dalam
beg sandangnya. Tangannya cekatan menekan butang kamera itu, mencari gambar
yang diambilnya semasa berada di negara yang dahulunya dikenali sebagai
Andalusia. “Nah..tengoklah”. Hakim menghulurkan kamera itu kepada Puteri.
Puteri malu-malu menyambut kamera buatan Jepun itu.
Tangannya tanpa sengaja menyentuh tangan kanan Hakim. Puteri terpaku. Terasa
bagaikan ada kejutan elektrik yang disalurkan haba tangan lelaki itu ke seluruh
tubuhnya. “Maaf”, ucapnya. Cepat-cepat ditarik semula tangannya disulami rasa
kaget dan malu. Darah di seluruh badan terasa menyerbu ke wajahnya. Tindak
balas itu seakan sama berlaku pada dirinya ketika memberi bantuan pernafasan
kepada Hakim sewaktu jejaka itu pengsan di padang sekolah tujuh tahun lepas.
Hakim tersenyum senang biarpun hatinya berdegup pantas
dengan sentuhan tidak sengaja itu. “Nah. Ambil la”, hulurnya lagi.
Puteri menyambut kamera itu lambat-lambat. Sedaya upaya
dikawal air muka dan perasaan segan yang menyelubungi. Butang demi butang
ditekan, mulut Puteri semakin terlopong melihat bangunan tinggalan islam di
bandar yang pernah dikuasai kerajaan islam Bani Umayyah Spanyol. “Hakim...yang
ini taman dalam istana Al-Hambra, kan?”, soal Puteri merujuk pada gambar taman
kolam air pancut yang dihiasi dengan patung-patung singa yang berbaris
melingkar.
Hakim menjenguk gambar yang dimaksudkan gadis itu. “Ya.
Betul la tu. Istana Alhambra terletak di bukit La Sabica, Granada, Spanyol.
Istana ini menjadi bukti sejarah kejayaan Islam di Spanyol. Istana Alhambra
beerti Istana Merah sebab bangunan istana ini banyak dihiasi jubin-jubin dan
bata-bata berwarna merah”, terangnya panjang lebar.
Puteri menganggukkan kepalanya. Gambar demi gambar
ditelitinya. Benar la istana merah yang menjadi kediaman Sultan Nasyrid itu
banyak menggunakan warna merah termasuk penghias dinding yang agak
kemerah-merahan dengan seramik yang bercirikan seni binaan Islam yang hebat.
Meneliti taman-taman, pancuran air, keunikan senibina, perhiasan kaligrafi dan
hiasan dalaman istana merah itu membuatkan terbit perasaan kagum dalam hatinya.
“Subhanallah”, ucapnya perlahan. “Ini taman syurga buatan manusia, kalau di
syurga bagaimana pula ya?”. Puteri memulangkan kembali kamera itu kepada Hakim.
“Keindahan taman syurga tidak terjangkau di fikiran
manusia, tidak tergores di hati. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu”, balas
Hakim seraya menyimpan kamera di dalam begnya.
“Puteri..”, panggil Hakim.
“Ya”.
“Suatu masa nanti, Puteri pasti akan sampai ke Spanyol.
Itu janji Hakim”.
Puteri mengerutkan keningnya. “Kenapa Hakim cakap
begitu”.
Hakim mendekatkan wajahnya dengan wajah Puteri. “Sebab
kisah kita pasti ada”.
Puteri menahan
nafasnya. Entah mengapa Hakim sering mengucapkan kata-kata itu sejak dahulu.
“Mungkin ada..dan mungkin tidak”, balasnya perlahan. Matanya dipejamkan sambil
terus menyandarkan kepalanya di belakang kerusi
“Tak. Kita berdua pasti ada kisah bersama”, tegas Hakim
lagi.
“Hakim..Puteri mengantok la. Nanti dah sampai cakap ya”,
pesannya dalam mata yang terpejam. Dia tidak mahu memanjangkan perbualan dan
bertingkah saat ini.
“Ok”, sahut Hakim sepatah. Matanya tekun meneliti wajah gadis
itu dari sisi tepi.
“Jangan renung Puteri macam tu”, tegur Puteri dalam mata
masih terpejam.
“Macam mana Puteri nampak?”.
“Puteri tahu la. Baik Hakim pandang tempat lain”.
“Kalau Hakim tak nak?”.
“Suka hati Hakim la”.
“Hakim betul-betul rindukan Puteri selama ni”, luah Hakim
bersungguh.
Puteri terdiam. Dia menghela nafas. Matanya kembali
dibuka, berpaling merenung wajah lelaki kacak itu. “Terima kasih”, ucapnya lalu
kembali memejamkan matanya.
“Untuk apa?”. Dahi Hakim berkerut.
“Sebab ada juga orang yang masih rindukan Puteri”.
“Erm..Puteri tak rindukan Hakim ke?”, soal Hakim kembali.
“Puteri nak tidur”, beritahu Puteri pantas. Kepalanya
dipalingkan ke sebelah kiri, memejamkan mata rapat-rapat.
Hakim tersenyum penuh makna. “Tidurla. Nanti dah sampai
Hakim kejutkan Puteri”. Matanya dikalihkan di luar jendela, cuba memberikan
perhatian pada pemandangan yang terhidang sepanjang perjalanan. Tiada apa yang
menarik. Getus hatinya. Bayang Saifullah terlintas dibenak. Siapa menyangka
jejaka cina mualaf itu dipanggil ilahi tatkala usia yang begitu muda sebelum
dapat bersatu bersama Puteri Ishika. Biarpun dia turut bersedih, namun
memikirkan pertemuan mengejut bersama Puteri Ishika membuatkan senyumannya
lebar terukir dibibir.
Bukan kah sudah aku katakan dulu yang kita berdua pasti
ada kisah?. Hatinya berlagu riang. Matanya membulat apabila bahu kanannya
terasa berat. Menyedari beban itu adalah kepala si gadis jelita yang terlentuk
di atas bahunya, senyuman di bibirnya
semakin melebar.
Bunyi tangisan bayi menampan telinga Puteri. Lenanya
sedikit terganggu. Tangisan berselang-seli bunyi enjin keretapi membuatkannya
langsung tersedar. Dalam terpisat-pisat, Puteri terasa bulu romanya tegak
berdiri. Debaran hatinya terasa berdetak pantas. Kantuk yang masih berbaki
membuatkan dia malas memikirkan perasaan pelik itu. Bantal dikepalanya terasa
empuk dan panas.
Puteri mengisar punggung, membetulkan letak kepalanya
dengan lebih selesa pada bantal empuk itu. Bantal?. Eh, bukan ke aku dalam
keretapi sekarang?. Mindanya kembali mewarasi diri. Matanya terasa segar serta
merta apabila hidungnya terbau minyak wangi Hugo Boss. Ini bau..Hakim!. Hatinya
pantas mengecam. Secepat kilat, kepalanya dikalihkan dari bahu Hakim, langsung
memusatkan bola matanya pada lelaki di sebelahnya. Pipinya merona merah melihat
senyuman nakal Hakim. “Maaf”, ucapnya dalam suara perlahan, agak bergetar.
“Tak apa. Puteri nak tidur di riba Hakim pun boleh”, usik
Hakim.
“Terima kasih saja la”, balas Puteri dalam senyum
kelatnya. Dia kembali menyandarkan kepala pada belakang kerusi, berusaha
memejamkan mata.
“Puteri..”, panggil Hakim.
“Erm..”, sahut Puteri tidak acuh.
“Seronok tak tidur atas bahu Hakim?”.
“Macam baring atas batu”, sahutnya selamba.
“Ooo..batu ek. Nanti..bila Puteri jadi isteri Hakim,
tiap-tiap malam Puteri nak tidur atas bahu Hakim kan?”.
“Jangan nak berangan”, sangkal Puteri. Kepalanya
dipalingkan ke sebelah kiri.
“Erm..tidur tu..mimpikan Hakim ya”, usik Hakim lagi.
“Mimpi Shah Rukh Khan lagi bagus. Dah la. Jangan kacau
lagi”. Puteri mendengus geram.
Hakim ketawa bersungguh. “Ya lah. Tidurlah wahai puteri
jelita. Sang putera kacak lagi tampan ini dengan rela hati akan menjaga
tidurmu”. Hakim mengeluarkan pemain mp3 berwarna putih lalu meletakkan ear
phone di telinga kanannya. “Nah”. Hakim
menghulurkan sebelah lagi earphone bertali putih itu kepada Puteri.
Puteri berpaling. Melihat earphone yang dihulurkan
Hakim, wajahnya serta merta berkerut. “Untuk apa?”.
“Untuk memudahkan Puteri lena”, balas Hakim.
“Lagu apa?”. Puteri semakin ingin tahu.
“Dengar la dulu”, saran Hakim lantas menekan butang play
pada pemain mp3 itu.
Puteri mencemberutkan bibirnya. Dalam teragak-agak, dia
menyambut earphone itu, menyelitkan ke dalam tudung dan meletakkan ke
dalam lubang telinga. Sebaik irama lagu itu bergema di telinganya, dia
membulatkan matanya, merenung wajah Hakim dalam rasa tidak percaya. “Serenade?.
Hakim masih ingat?”, soalnya dalam rasa terharu.
“Hakim kan pernah cakap. Hakim tak akan pernah lupa
apa-apa berkaitan Puteri Ishika. Serenade..lagu yang sedih tetapi tune yang
sangat menarik. Puteri pernah berkata begitu bukan?”.
Puteri menahan rasa sebak di dadanya. Dia kembali
memejamkan matanya, menikmati irama lagu klassik ciptaan Frank Schubert itu.
Wajah ibunya terlintas dibenak, bersilih wajah ayahnya dan tersisip wajah
Saifullah. Nota-nota muzik itu bagaikan sedang melayang-layang dihadapannya
sekaligus membawa dirinya ke satu dunia lain. Dunia yang penuh dengan
keindahan. Bunyi enjin keretapi, suara orang ramai yang berborak itu ini
semakin menghilang dari pendengarannya.
Dia kembali terlena.
*******
“Taj Mahal”, bisik Puteri perlahan dari aras bumbung
hotel bajet itu. Hotel Kamal pilihan ayahnya itu terletak betul-betul di arah
selatan pintu masuk Taj Mahal. Kubah Taj Mahal terasa dekat pada jarak sekitar
dua kilometer. Angin pagi yang menampar pipinya terasa kesejukan sehingga ke
tulang hitam. Hatinya berkobar-kobar untuk melawat Taj Mahal pagi itu. Selepas
menikmati capati, kari dan kopi panas,
Puteri mengatur langkah menuju ke pintu gerbang yang
berwarna merah. Kawanan burung diudara bagaikan sedang mengawal pintu gerbang
itu. Jam ditangan dikerling sekilas. Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi. Masih
awal tetapi masa yang tepat, cuaca juga baik. Puteri tersenyum lebar melihat
cahaya mentari yang baru sahaja memancarkan wajahnya di kaki langit. Cerah dan
hening sekali, secerah hatinya saat ini.
Puteri beratur di pintu masuk untuk membeli tiket masuk.
Puteri membayar tiket masuk dengan harga 750 rupee. Puteri mencongak dalam
kepalanya. Kira-kira RM 50 dikenakan kepada pelancong asig manakala rakyat
india hanya dikenakan RM 1 sahaja.
Untungnya mereka!. Getus hatinya. Selepas mendapatkan tiket, sebotol air
mineral dan sarung sepatu putih yang diperbuat daripada kain, Puteri menuju ke
kawasan pemeriksaan di pintu masuk gerbang.
Terdapat dua bahagian pintu masuk. Kaum lelaki beratur di
sebelah kanan manakala wanita berada di sebelah kiri. Di hujung barisan sebelah
kiri, terdapat dua wanita dalam pakaian seragam warna perang memeriksa beg
pengunjung dengan teliti. Puteri hanya membiarkan seluruh tubuhnya diperiksa.
Dia bersyukur kerana telah diingatkan oleh pakcik Kamil untuk tidak membawa
segala macam barang daripada telefon sehingga gincu. Tidak dia menyangka, gincu
dilarang dibawa masuk kerana pihak berkuasa bimbang tindakan menconteng dinding
menggunakan gincu akan merosakkan marmar Taj Mahal.
Akhirnya Puteri dapat bernafas lega sejurus dibenarkan
masuk ke dalam Taj Mahal. Puteri berjalan memasuki pintu gerbang yang terbuat
daripada batu bata merah. Kakinya dibawa menyelusuri taman bunga dan terusan
yang menghubungkan antara Taj Mahal dengan pintu masuk. Terdapat satu pintu
gerbang lain kelihatan di hadapannya yang merupakan gerbang masuk menuju ke
Kompleks Taman dan Makam Taj Mahal. Matanya menikmati penuh kagum kehijauan 4
taman dalam kompleks Taj Mahal. Setiap taman dibahagikan kepada empat yang
menjadikan 16 buah kesemuanya. Puteri benar-benar terpana sejurus melihat
bangunan Taj Mahal yang tersergam kukuh dihadapan matanya Bangunan makam itu
tampak dikawal oleh empat buah menara yang kelihatan membikai
bangunan itu. Struktur itu juga membuatkan simetri bangunan Taj Mahal kelihatan
luar biasa sempurna.
Di kawasan belakang Taj Mahal tidak kelihatan sebarang
bangunan atau pohon. Kedudukan Taj Mahal yang kelihatan tinggi dari permukaan
tanah membuatkan Taj Mahal kelihatan seperti terapung di udara. Ibarat kapas
yang terapung di kayangan. Bangunan berwarna putih itu kelihatan sangat cantik
dan anggun, apalagi dihiasai kolam dan taman-taman yang indah indah di latar
hadapannya. Hatinya mula menerima hakikat bahawasanya bangunan itu layak
dikategorikan sebagai binaan ajaib dunia. Apabila menyedari dirinya yang
terlalu taksub dengan pemandangan dihadapannya, dia beristigfar sejenak. Kamera
Canon yang digantung dileher mula memainkan peranan. Puteri mula mengambil
gambar dari pelbagai sudut.
Merenung makam tanda cinta itu, menerbitkan rasa cemburu
dijiwa mengenangkan keagungan cinta Shahjahan terhadap Mumtaz. Masih ada kah
lelaki yang akan mencintainya seperti kisah cinta agung itu?. Terasa sebak di
dada apabila mengingati wajah arwah Saifullah yang tiba-tiba menerpa di ruang
ingatannya. “Cinta itu ada di sepanjang jalan kehidupan”. Kata-kata terakhir
lelaki thionghua itu menampar gegendang telinganya. Benar kah begitu?. Puteri
menarik nafas dalam-dalam sambil memejamkan mata rapat-rapat. Ya
Allah..bagaimana mungkin aku bertemu dengan lelaki yang ditakdirkan untukku
jika hati ini begitu keras, begitu sukar untuk dibuka kembali?. Ya
Allah..temukanlah aku dengan lelaki yang baik, pemimpin yang bijaksana dan
suami yang tidak akan mempersiakan diri ini. Doanya didalam hati. Matanya
dibuka perlahan-lahan. Hampir sahaja dia menjerit terkejut sebaik melihat
senyuman Hakim. Lelaki itu berdiri dihadapannya dalam senyuman lebar.
“Hai Ishq. Kita jumpa lagi. Awak rasa ini suratan atau
kebetulan?”, soal Hakim sambil merenung sepasang mata indah itu. Takdir sekali
lagi menemukan mereka, malah di hadapan tugu cinta Shahjahan dan Mumtaz.
Puteri tidak terkata apa. Dia benar-benar tiada jawapan
untuk persoalan itu. Renungan Hakim dibalas lembut. Terasa dirinya melayang ke
udara. “Err..maaf untuk hal semalam. Ada kawan abah yang ambil di stesen,
langsung terlupa tentang Hakim”. Puteri bersuara setelah lama mata mereka
bertaut begitu.
“Siapa?”, soal Hakim.
“Nanti Puteri cerita. Err.Hakim maafkan Puteri tak?”,
pintanya memohon kepastian. Dia benar-benar dihimpit rasa bersalah.
Hakim merenung wajah Puteri tanpa sebarang reaksi.
Hati Puteri berdetak cemas. Bola matanya dikalihkan pada
bingkai cermin mata Levies lelaki dihadapannya. tidak berani memandang terus ke
dalam anak mata Hakim.
“Boleh”, sahutnya sepatah. “Tetapi ada syaratnya”, lanjut
Hakim lagi.
“Apa?”.
“Puteri kena benarkan Hakim jadi pemandu pelancong selama
Puteri berada di India. Setuju?”.
Wajah cemas Puteri langsung bertukar cerah. Dia tersenyum
lebar. “Boleh. Pasti boleh”, sahutnya dengan teruja.
Hakim turut mengukir senyum. “Puteri nampak cantik sangat
hari ni. Dari mana Puteri beli sari moden ni?”, soal Hakim sambil matanya
meneliti pakaian moden masyarakat India itu di tubuh Puteri. Sari yang diperbuat daripada kain sutera
berwarna putih itu benar-benar padan dengan tubuh sederhana tinggi gadis itu.
Puteri tersenyum lebar. “Kawan abah yang bagi. Namanya
pakcik Kamil. Dia yang ambil Puteri di stesen semalam”.
“Ya?. Pakcik Kamil buat apa di India?”.
“Erm..Pakcik Kamil ada rumah di sini. Dia kawin dengan
orang sini. Hari ni katanya terbang ke Dubai. Ada urusan perniagaan di sana”,
terang Puteri.
Hakim menganggukkan kepalanya. “Puteri..pakai sarung
kasut tu cepat. Ada banyak benda yang Hakim nak tunjuk pada Puteri”, sarannya
dalam rasa teruja.
“Ok”, sahut Puteri dengan gembira. Cekatan tangannya
menyarung kasut dengan sarung putih daripada kain yang disediakan pihak
berkuasa. Sempat matanya mengerling penampilan kacak Hakim. Biarpun sekadar
mengenakan jaket jeans biru dan t-shirt putih didalamnya, lelaki itu tetap
nampak bergaya dimatanya. Sebelum melangkah masuk ke dalam Taj Mahal, Puteri
menyeluruhi kawasan sekitar bangunan itu. Kelihatan perkarangan Taj Mahal mula
dipenuhi dengan pelancong-pelancong dari seluruh dunia. Puteri tersenyum lebar
apabila melihat beberapa pasangan kekasih yang berpimpin tangan, bagai lagaknya
Shah Jahan memimpin tangan Mumtaz ke
dalam tugu cinta bangunan berwarna putih itu.
*******
Puteri tersenyum lebar. Pengembaraannya
di Agra terasa lebih bermakna dengan adanya Hakim disisi. Segalanya tampak
mudah memandangkan pemuda itu sudah beratus kali mengunjungi makam cinta itu.
Dia hanya mengikut saranan Hakim yang mengajaknya untuk melalui jalan yang
selalu digunakan Shah Jahan semasa tuanya untuk mengunjungi Taj Mahal. Puteri
memejamkan matanya. Deruan air sungai Yamuna menampar gegendang tangannya.
Perahu yang dinaikinya bersama Hakim dan seorang pengemudi perahu meluncur perlahan. Bayaran 20 rupee terasa
berbaloi dengan menyeberangi sungai ini dan menikmati Taj Mahal dari seberang
sungai. Suara merdu pengemudi perahu mendendangkan lagu memuji keindahan Sungai
Yamuna dan makam Taj Mahal. Sungguh indah sekali!. Bisik hati
Puteri.
Terbayang di benak Puteri
mengenai kisah Shah Jahan yang terlalu mencintai dan merindui isterinya, Mumtaz
sehingga dizahirkan dengan membina tugu cinta khas buat sang isteri. Upacara
kebesaran melalui gerbang utama tidak selalu digunakan sang raja ketika ia
sangat rindu kepada kekasihnya. Dia lebih memilih mendekati Taj Mahal dengan berperahu
dari istananya di Agra Fort ke Taj Mahal melalui Sungai Yamuna. Pasti raja itu
parah merindui isterinya setelah ia dipenjarakan oleh anaknya sendiri sehingga
meninggal pada 1666 Masihi di Muthumman Burj, sebuah ruang di puncak Agra Fort
yang menghadap langsung ke Taj Mahal.
“Ishq..”, panggil Hakim dalam suara romantis.
Puteri membulatkan matanya. “Kenapa Hakim panggil Puteri
Isk..Isk ni”.
Hakim tersengih. “Bukan Isk..tapi Ishq. Ada huruf q dibelakang
yang membawa maksud cinta. Bukan ke kita berada di negara yang bahasa utamanya
bahasa hindi. Jadinya Ishq adalah panggilan yang sangat secocok untuk Puteri
walaupun ada dua perkataan lain yang membawa maksud cinta. Ishq, pyar,
mohabbat adalah rangkuman perkataan yang menjelaskan Puteri Ishika Mirza
dalam hati saya”, jelas Hakim.
Puteri terdiam, menundukkan pandangannya ke lantai perahu.
Dia hilang punca untuk mematahkan kata-kata lelaki itu.
“Ishq...”, panggil Hakim.
Serta merta Puteri mengangkat wajahnya.
“Ha..kan dah cakap..Ishq memang sesuai untuk panggilan
selain Puteri”
.
Puteri mengetap bibirnya. Entah mengapa dia mudah terikut
apa yang dikatakan Hakim. Matanya mencerlung garang. “Siapa bagi kebenaran untuk
Hakim ubah panggilan tu?”.
“Mera dil” (Hati ku), balas Hakim.
Mata Puteri terkedip-kedip memandang wajah serius Hakim.
“Jangan nak bergurau la...”.
“Hakim tak bergurau. Ishq ada dalam hati Hakim. Ishq
adalah cinta pertama dan Permaisuri
istana yang Hakim katakan dulu. Kalau dulu..Hakim tidak sempat menyatakan
perasaan Hakim pada awak. Tapi hari ni..di depan Taj Mahal ini...Hakim nak buat
pengakuan. Sejak dulu..sejak pertama kali kita berjumpa..Hakim dah sukakan
Puteri Ishika”. Hakim merenung sepasang mata bundar milik gadis itu.
Puteri terdiam. Dia hanya membiarkan matanya sahaja
berkata-kata, berlawan pandang dengan mata hitam itu.
“Kisah kita...pasti ada. Kan?”. Hakim membetulkan topi
putih dikepala, merenung wajah gadis itu lebih bersungguh.
Puteri terkedu lalu menahan nafasnya. “Kalau ada..”.
“Pasti ada”, sahut Hakim dengan yakin.
“Kenapa Hakim yakin sangat?”.
“Hakim ada sebab kukuh, tetapi tak boleh cakap apa sebab
itu. Sangat kukuh sehingga Ishq pun tak
dapat menolaknya”.
Puteri jadi kaku begitu mendengar kata-kata itu. Masa
seakan berhenti, semua benda terasa hilang dari sekelilingnya. Dia hanya
mendengar helaan nafas sendiri disulami detak jantung juga kehadiran seraut wajah tampan
dihadapannya.
*********
“Kadang-kadang
satu pertemuan sahaja sudah mencukupi”, Puteri bersuara perlahan. Dia tersenyum
sendiri melihat dua mempelai di atas pelamin berwarna merah itu. Siapa sangka
dengan sekali pertemuan, cinta mula berputik lalu kedua pihak bersetuju untuk
bersatu dalam jangka masa yang singkat.
Hakim turut menjatuhkan pandangan pada wajah gembira
abangnya. “Namun adakalanya sesetengah kisah memerlukan banyak kali pertemuan.
Seperti kisah kita”. Hakim menatap wajah Puteri sejurus gadis itu memandangnya.
“Kisah
kita..mungkin ada”, Puteri menjawab perlahan, menatap sepasang mata teduh itu.
Puteri membuka tas tangannya, mengeluarkan bekas cincin berbaldu merah lalu
dihulurkan kepada Hakim.
Wajah Hakim bertukar kecewa. “Tak nak pertimbangkan
lagi?”, matanya bersinar penuh mengharap menatap wajah puteri impiannya itu.
Puteri menggeleng laju. “Dah pertimbangkan pun”. Melihat
kumpulan kugiran yang ditempah khas mula memainkan muzik mereka, Puteri
berjalan perlahan, menapak naik ke pentas. Dia bercakap sebentar dengan ketua
kugiran. Persetujuan dicapai lalu Puteri duduk di kerusi piano berwarna putih
itu.
Hakim memejamkan matanya rapat-rapat. Menahan perit
penolakan itu. Dia tidak betah berada di situ, lalu mula melangkah keluar dari
dewan hotel. Langkahnya mati apabila mendengar suara gadis itu bergema dalam
dewan itu. Matanya membulat tatkala melihat gadis itu melambaikan tangan
kepadanya dalam kedudukan menghadap piano.
“Lagu ini saya tujukan kepada Tengku Hakim. Fahami dan
hayati la apa yang Puteri cuba sampaikan”, Puteri tersenyum lebar sebelum jari
jemarinya lincah menekan kekunci piano. Irama Serenade ciptaan Frank Schubert
bergema. Hatinya penuh yakin bahawa dia tidak akan lagi mengalami tragedi cinta
sebagaimana yang pernah dilaluinya. Jiwanya terasa benar bersatu dengan lagu
itu. Sejurus lagu itu tamat dimainkan, tepukan gemuruh bergema dari segenap
dewan hotel itu. Puteri memejamkan matanya. Jari jemarinya lincah menekan
kekunci piano. Kali ini irama lagu I surrendur yang dipopularkan
penyanyi asal Canada, Celine Dion bergema di dalam dewan. Puteri melontarkan suaranya penuh
penghayatan.
There’s so much
life I’ve left to live
And this fire’s burning still
When I watch you look at me
I think I could find the will
To stand for every dream
And forsake the solid ground
And give up this fear within
Of what would happen if they ever knew
I’m in love with you
’cause I’d surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it to
We’d make it through
A thousand dreams I still believe
I’d make you give them all to me
I’d hold you in my arms and never let go
I surrender
I know I can’t survive
Another night away from you
You’re the reason I go on
And now I need to live the truth
Right now, there’s no better time
From this fear I will break free
And I’ll live again with love
And no the they can’t take that away from me
And they will see...
’cause I’d surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We’d make it through
A thousand dreams I still believe
I’d make you give them all to me
I’d hold you in my arms and never let go
I surrender
Every night’s getting longer
And this fire is getting stronger, babe
I’ll swallow my pride and I’ll be alive
Did you hear my call
I surrender all
’cause I’d surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We’d make it through
A thousand dreams I still believe
I’d make you give them all to me
I’d hold you in my arms and never let go
I surrender
Right here, right now
I give my life to live again
I’ll break free, take me
My everything I surrender all to you
Right here, right now
I give my life to live again
I break free, take me
My everything I surrender all to you
And this fire’s burning still
When I watch you look at me
I think I could find the will
To stand for every dream
And forsake the solid ground
And give up this fear within
Of what would happen if they ever knew
I’m in love with you
’cause I’d surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it to
We’d make it through
A thousand dreams I still believe
I’d make you give them all to me
I’d hold you in my arms and never let go
I surrender
I know I can’t survive
Another night away from you
You’re the reason I go on
And now I need to live the truth
Right now, there’s no better time
From this fear I will break free
And I’ll live again with love
And no the they can’t take that away from me
And they will see...
’cause I’d surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We’d make it through
A thousand dreams I still believe
I’d make you give them all to me
I’d hold you in my arms and never let go
I surrender
Every night’s getting longer
And this fire is getting stronger, babe
I’ll swallow my pride and I’ll be alive
Did you hear my call
I surrender all
’cause I’d surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We’d make it through
A thousand dreams I still believe
I’d make you give them all to me
I’d hold you in my arms and never let go
I surrender
Right here, right now
I give my life to live again
I’ll break free, take me
My everything I surrender all to you
Right here, right now
I give my life to live again
I break free, take me
My everything I surrender all to you
Tepukan lebih gemuruh diberikan para tetamu kepada si
cantik manis yang mengenakan baju kebaya hitam bersulam itu. Puteri sempat
berpelukan dengan Shafawati di atas pelamin itu sebelum turun mencari kelibat
Hakim.
“Maknanya...Puteri terima Hakim?”, Mata Hakim membulat
tidak percaya.
Puteri tersenyum-senyum sendiri. Jari jemari kanannya di
sua-sua di hadapan jejaka itu disulami dehem yang dibuat-buat.
Hakim menutup mulutnya tatkala diserang rasa terkejut
amat. Cepat-cepat dikeluarkan bekas cincin berbaldu merah itu. Dia menahan
nafas saat menyedari isi bekas itu telah tiada. Perlahan senyumannya terukir
dibibir melihat cincin emas putih bertakhtah berlian itu tersarung indah di
jari manis Puteri Ishika. “Betul ni?”, mata Hakim memancarkan sinar bahagia.
Puteri tersenyum manis. “Tapi ada syarat nya”. Kening
Puteri terangkat-angkat.
Hakim mendepangkan kedua tangannya. “Apa sahaja syarat
pun Hakim akan terima”.
Puteri merenung manja wajah kacak itu. “Mari beritahu
pada orang tua kita”, ajaknya tanpa teragak-agak.
Hati Hakim sudah melonjak riang pada saat itu. Akhirnya,
dia berjaya juga memiliki sekeping hati milik gadis idamannya itu. Terima kasih
Ya Allah. Hatinya memanjatkan rasa syukur.
*******
“Aku nikah kan dikau Tengku Hakim bin Dato’ Tengku Haris
dengan puteri kandungku, Puteri Ishika Binti Dato’ Mirza dengan mas kawinnya RM
7000 tunai”, tangan kanan Dato’ Mirza kejap dalam genggaman Hakim.
“Aku terima nikahnya Puteri Ishika Binti Dato’ Mirza
dengan mas kawin RM 7000 tunai”, lafaz Hakim dengan lancar.
Beberapa lelaki berhampiran mengesahkan pernikahan itu
lalu masing-masing menadah tangan tatkala kadi yang bertugas mula berdoa lalu
diaminkan ramai.
“Alhamdulillah”, ucap Hakim dalam rasa syukur yang
menggunung. Rumah bak istana hasil lakaran dan kerja kerasnya itu menjadi saksi
bukti cintanya kepada permaisuri istana yang dipilih, Puteri Ishika. Tengku
Shafika dan Shafawati melontarkan cebisan-cebisan kuntum bunga ros putih dan
lavender dari tingkat atas ke tingkat bawah. Masing-masing bersorak riang melihat
suasana indah itu. Puteri menahan rasa terharunya lantas menadah tangan, ingin
menyambut helaian bunga putih dan ungu yang sengaja dilontarkan dua rakannya
itu ke arahnya. Dua helai cebisan bunga ros putih mendarat di atas tapak tangan
kanannya membuatkan dia ketawa halus. Erina di sisi memeluk bahunya. Kolam
sederhana besar di tengah ruang tamu itu dipenuhi dengan cebisan-cebisan bunga
cinta itu. Puteri Ishika menangkap pandangan lelaki yang baru sahaja bergelar
suaminya itu. Dia menyambut renungan itu dalam rona segan.
Hakim tersenyum bahagia. Dia yang tampan dalam baju
melayu putih lengkap bersampin dan bersongkok bangun perlahan-lahan mendekati
Puteri Ishika yang kini sah menjadi miliknya. Wajah cantik semulajadi yang
disolek tipis itu ditatap penuh kasih. Puteri Ishika menyerlah jelita dalam
kebaya moden putih dari kain lace bersulam manik silver di bahagian
bawah. Tudung dari rona warna yang sama menaikkan seri wajah gadis itu. Cincin
emas putih berukir huruf P disarungkan ke jari manis Puteri. Sejurus Puteri
menyarungkan cincin emas putih berukir huruf H di jari manisnya, dagu isterinya
disentuh, di angkat ke atas lalu bibirnya melekap ke dahi isterinya.
“Cium lama sikit. Tak dapat shoot lagi ni”, arah
Haikal dalam senyum tertahan. Butang kamera Nikonnya ditekan lagi.
“Puteri...senyum lebar lagi...”, arah Shafawati pula.
Mata kanannya dikenyitkan tatkala gadis itu mencemberutkan bibir ke arahnya.
Hakim menahan senyumnya.
Puteri menahan nafasnya. Ikut hati mahu sahaja dia
mencekik leher rakan baikya itu. Dia mengukir senyum lebih lebar dan bibir
Hakim kembali melekap di dahinya.
Sesi bergambar berjalan dengan meriah. Ramai rakan-rakan
sekolah mereka dahulu hadir, turut memeriahkan majlis pernikahan kecil itu. Ada
yang terkejut dengan pernikahan dua rakan itu tetapi ada juga yang menyatakan
gembira dengan penyatuan dua hati itu.
“Meine kahata na..tum dono hai kahani ki sath hai (Kan
aku dah kata..korang berdua ada kisah bersama)”, Shafawati bersuara saat sesi
bergambar telah berakhir.
Hakim ketawa kecil mendengar bahasa hindi itu. Bagaikan
mengulang kembali kenangan zaman remaja lalu yang indah. “Kaha hai hum
mara kahani (Dimana kisah kita?)”, Hakim merenung manja wajah Puteri di
sisi.
Puteri tersenyum lebar. Renungan Hakim dibalas penuh
kasih. “Tabe se..hameesha se” (Sejak dulu. Selamanya)”.
“Aiya!!”, Mei Ling mencelah dalam wajah berkerut. “Kamu
bertiga ni dari zaman sekolah tak pernah berubah. Masih cakap bahasa planet apa
entah”.
Masing-masing melampiaskan tawa besar. Seakan kenangan
manis semasa remaja terulang kembali.
*******
Shafawati memerhatikan penuh kagum setiap inci ruang
rumah bak istana itu. Bagaikan rumah dalam taman. Rumput hijau yang dibentuk
cantik, taman bunga mawar putih di satu sudut juga adanya ukiran pancuran air
yang direka bentuknya menyerupai makam Taj Mahal. Sama seperti yang pernah
dilukis Hakim di dalam sebuah pelan. Perlahan dia menghampiri Puteri Ishika
yang sedang menyendiri di atas buaian kayu di satu sudut taman bunga di
belakang rumah itu. Gadis itu telah mengganti pakaiannya kepada kebarung moden
silver bersulam renda putih. Gadis jelita itu seperti sedang bertafakur. Majlis
pernikahan telah tamat, ramai tetamu telah pulang. “Puas aku cari kau Puteri”,
tegurnya lembut. Turut melabuhkan punggung di atas buaian putih itu, di sebelah
gadis itu.
Puteri mengangkat wajah, tersenyum simpul memandang rakan
baiknya itu. “Saja. Merenung takdir yang telah digariskan ALLAH untuk aku.
Macam-macam ALLAH uji aku kemudian ALLAH jua lah yang mengeluarkan aku dari
ranjau kehidupan. Begini rupanya peta kehidupan Puteri Ishika. Siapa
menyangka..jodoh aku sebenarnya telah ada di depan mata sejak dulu.
Berkali-kali ALLAH S.W.T menemukan kami bersama, tapi aku yang lambat menangkap
isyarat itu. Semua impian aku akhirnya tertunai hanya kerana menerima lamaran
Tengku Hakim. Aku...aku sebenarnya sangat bahagia..sungguh aku bersyukur dengan
rahmat dari Nya”. Mata Puteri mula berkaca-kaca.
Shafawati menyentuh bahu Puteri. “ALLAH S.W.T uji manusia
dengan apa yang mampu dilalui hambaNya. Syukur..akhirnya terbuka juga hati kau
untuk lelaki lain. Sejak kematian arwah Saifullah, aku sangat bimbangkan kau.
Kau tak nak senyum, apatah lagi ketawa. Kau kunci hati kau rapat-rapat
sehinggakan menutup peluang lelaki lain. Syukur sangat kau terima Hakim”.
Puteri menyeka air matanya. Menggeleng perlahan. “Arwah
Saifullah..dia cuma penyelamat maruah aku. Tetapi Hakim...dia penyelamat hidup
aku. Berkali-kali dia menyelamatkan aku. Hakim berjaya mengeluarkan aku
daripada hidup dalam dendam, marah, dan duka yang berpanjangan. Sejujurnya,
apabila aku tilik hati sendiri..Hakim telah lama ada dalam hati aku sebelum
arwah Saifullah mengambil tempat seketika. Aku dan Hakim telah lama ada kisah
bersama”..
“Erm..bagaimana kau boleh menerima Hakim?”, soal
Shafawati. Ingin merungkai rahsia
disebalik pernikahan mengejut itu.
“Aku buat solat istikharah pada malam selepas Hakim
melamar aku. Hakim muncul dalam mimpi aku dengan renungan penuh mengharap. Kita
pasti ada kisah. Itu ayat yang Hakim sebut. Kemudian tampang Hakim berganti
pula dengan Arwah Saifullah. Saifullah..muncul dalam pakaian serba putih,
wajahnya bersinar. Dia tersenyum manis..bagaikan merestui hubungan aku dengan
Hakim. Kemudian kata-katanya sebelum
meninggal dahulu diucapkan kembali..”.
“Apa dia?”, celah Shafawati tidak sabar.
“Cinta itu seperti kehidupan kita juga. Tidak selalu
senang dan tidak selalu memberi kita kebahagiaan. Kalau kita berhenti
bercinta..samalah seperti kita menghentikan kehidupan kita. Bercintalah kembali...bukalah
ruang hati..kerana cinta itu ada di sepanjang jalan kehidupan. Aku terus
terbangun dari tidur. Benar lah..selepas arwah Saifullah pergi..aku telah
menghentikan kehidupan dengan menutup serapat-rapatnya ruang hati daripada
cinta lain. Apabila aku berjumpa Hakim di Itali kemudian di India..aku rasakan
kehidupan aku telah kembali. Hakim menyedarkan aku tentang makna kehidupan. Aku
kembali menikmati hidup. Aku kembali tersenyum. Tanpa aku sedar sebenarnya
cinta Hakim telah tersemadi di ruang hati yang aku tak pernah tahu, tak pernah
sedar. Sejak dulu lagi sebenarnya cinta Hakim telah ada dalam hati aku. Bila
Hakim lamar aku...aku jadi kelu. Ego aku menghalang aku menerima pada saat itu
juga....”
“Sebab tu kau gunakan majlis perkahwinan aku sebagai
kiasan kau terima lamaran Hakim kan?”, tebak Shafawati
Puteri mengangguk.
“Aku sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyatakan kepada Hakim yang aku
telah menerima lamarannya. Ternyata majlis kau membantu aku memberitahu Hakim
tanpa menjatuhkan ego aku”, terangnya tenang.
Shafawati mula
mengukir senyum. “Kau tahu tak...malam tu, kau kelihatan anggun dan hebat. Bermain piano sambil membuat pengakuan
cinta menerusi lirik sebuah lagu. Ramai
lelaki mula merisik tentang kau..”.
.
Puteri ketawa besar mendengarnya.
Shafawati turut ketawa. Matanya merenung wajah jelita
berdarah campuran india melayu itu. “Kau memang gadis impian ramai lelaki.
Tengku Hakim sangat bertuah memiliki kau”, pujinya melangit.
Puteri menyiku pinggang Tengku Shafika. “Lebih-lebih pula
kau ni. Sebetulnya..aku yang bertuah kerana memiliki Hakim. Dia lelaki
sempurna”.
“Sempurna?. Malam
pertama pun tak lepas lagi”. Shafawati mula
tersengeh nakal.
Wajah Puteri merona merah. “Kau ni la. Ke situ pula
pikirnya”.
“Aku ni wanita yang berpengalaman dalam alam rumah
tangga. Aku nak nasihatkan kau sikit je. Ni nasihat mak aku sebenarnya. Lelaki
ni..senang je jaga. Dia akan setia dan sayangkan kita selagi kau jaga perut
dia..dan...kehendak syawat...Walaupun lelaki diciptakan dengan sembilan akal
dan satu nafsu.. tapi...nafsu lelaki ni kadang-kadang kalah dengan sembilan
akal. Jadi..faham-faham la”. Shafawati mengenyetkan mata kanannya.
Puteri ketawa kecil, menggeleng perlahan. Matanya bersinar
nakal. “Hakim..tak akan dapat sentuh aku. Ada syaratnya”. Puteri tersenyum
penuh makna. Bagaikan ada muslihat yang dirancang.
“Kau ni..dah buang tebiat ke? Buat syarat-syarat
segala..”, marah Shafawati dalam mata separuh terjegil.
Puteri ketawa lebih besar. Jari telunjuknya
digoyang-goyangkan dihadapan Shafawati. “Kau tak perlu tahu..dan tak boleh tahu
rahsia rumah tangga aku”. Puteri menjelirkan lidahnya lalu menapak pergi dari
situ.
*******
“Erm...”. Hakim menggaru dagunya. Mengerah mindanya
sedaya upaya untuk mengalahkan isterinya dalam permainan catur itu. Itu syarat
isterinya sebelum melayari malam pertama mereka. Sesekali dia menelan liurnya
saat terpandang leher jinjang itu, rambut panjang hitam berkilat itu juga
sebahagian dada yang terdedah tatkala Puteri mengenakan pakaian tidur seksi
buatan kain sutera putih. Dia tahu itu taktik isterinya untuk memancing emosi
dan nafsunya. Sengaja menguji kekebalan iman yang ada juga nilai sebuah janji.
Puteri berdehem beberapa kali. “Macam mana?. Bersedia
untuk kalah lagi?”.
Hakim menjeling paras jelita itu yang sedang tersenyum
nakal merenungnya. “Kenapa Puteri pandai sangat?”, soalnya dalam suara sedikit
merungut.
Puteri ketawa kecil. “Lapan tahun..Puteri berlatih catur
setiap hari. Ini la hasilnya. Puteri tak akan kalah lagi dengan Hakim”,
balasnya serius. Laju jarinya menggerakkan buah permaisuri di laluan buah raja
Hakim. “Raja dah mati!!”, laung Puteri dalam senyum puas.
Hakim mengetap bibirnya. Dia kalah lagi buat kali yang
ketiga. Hakim menjeling jam di dinding. Sudah hampir menjangkau pukul 12 malam.
Dia terpaksa berpegang pada janji terhadap isterinya. Selagi dia tidak dapat
menewaskan Puteri dalam permainan catur itu, selagi itulah dia terpaksa menahan
diri daripada menyentuh isterinya.
Puteri menutup mulutnya tatkala menguap, berusaha menahan
kantuk beberapa kali. Tubuhnya benar-benar penat setelah melalui hari yang
meletihkan. “Sambung esok je la. Puteri dah mengantok”, ucapnya selamba lalu
bangun, meluru dan merebahkan tubuh di atas katil serba putih yang ditaburi
dengan cebisan bunga lavender di atasnya. Bau aromatherapy membuatkan matanya
bertambah layu. “Selamat malam sayang”,
ucapnya dalam suara manja, menarik selimut menutupi tubuh lalu mematikan lampu
di meja sebelah kiri katil.
Hakim mengetap bibirnya. Menahan geram. Dia sebetulnya
telah hilang sabar, namun apabila mengingati janjinya dahulu..nafsunya terus
kendur. Akhirnya dia menapak ke bilik air. Berniat untuk mengambil wudu’ dan
bersolat sunat sebelum tidur.
Puteri tersedar dari tidurnya yang pulas. Dia menggeliat
puas apabila tubuhnya kembali segar selepas rehat yang cukup. Dalam pisat,
Puteri menatap jam di meja sebelah katil. Sudah hampir masuk pukul lima pagi.
Sepertiga malam masih berbaki. Puteri bingkas bangun, menapak ke bilik air.
Solat tahajud dua rakaat didirikan dengan penuh kusyuk. Panjang doanya
dipanjatkan ke hadrat ilahi. Bayang wajah Hakim melintasi benaknya. Dia
mengerutkan keningnya, kemudian mulutnya terlopong luas. “Aku dah nikah dengan
Hakim kan?. Eh..mana dia pergi?”. Matanya menyeluruhi segenap ruang bilik.
Puteri diserbu rasa panik. Dalam bertelekung, dia keluar dari bilik.
Menyedari pintu bilik tetamu sedikit terkuak, pantas dia
menapak ke dalam bilik itu lalu memasang lampu. Puteri menghela nafas lega
melihat suaminya itu tidur pulas tidak berbaju di atas katil empuk bercadar
ungu lembut. Perlahan dia melabuhkan punggung di tubir katil, merenung penuh
kasih wajah tampan itu. Memikirkan kesanggupan suaminya berpegang pada janji,
dia yakin Hakim lelaki yang tidak akan memungkiri janji..tidak akan mudah
melupakan dirinya kelak. Puteri tersenyum melihat tahi lalat di bawah dagu
suaminya. Kata arwah ibunya itu tanda lelaki penyayang dan setia. Puteri terus
menerus merenung wajah itu sambil membelai rambut hitam itu. Mama...Puteri
bahagia kini. Tengku Hakim..dia suami yang baik. Cinta kami pasti akan kekal,
kisah cinta Shah Jehan dan Mumtaz pasti akan terulang.
*******
“Tahniah Puteri..Hakim”, ucap Shafawati saat menepung
tawar dua mempelai itu di atas pelamin cantik gabungan warna putih, silver dan
ungu. Warna ungu yang melatari latar belakang pelamin menghadirkan aura ketenangan
kepada tetamu.
“Terima kasih”, sahut mereka serentak yang tampil anggun
dan tampan dalam busana putih sedondon.
Shafawati mendekatkan bibirnya ke telinga Puteri sejurus
berlaga pipi. “Kau bukan anak dara lagi kan?”, bisiknya perlahan.
Puteri menahan segan yang menyerbu mukanya. Sedaya upaya
dia mengawal air mukanya. “Hakim..memang lelaki sempurna”, sahutnya selamba
dalam nada berbisik juga.
Shafawati menutup mulutnya dari terhambur tawa. Puteri
memang telah berubah. Sekali lagi Shafawati melagakan pipinya dengan pipi
Puteri. Pipi kanan Puteri dicium pantas. “Aku sayang kau. Aku doakan kau
bahagia”. Matanya dikalihkan kepada Hakim pula. “Jaga Puteri dengan baik. Kau
bertuah memiliki dia”, ucapnya tulus lalu berlalu dengan senyum puas.
Hakim dan Puteri saling berpandangan lalu berbalas
senyum. Hakim turut memberikan senyuman lebar kepada pengapitnya, Tengku
Haikal. Matanya kemudian dikalihkan pada Shafawati yang menjadi pengapit
isterinya. Wajah jelita Puteri dikerling beberapa kali. Memang aku bertuah
memiliki dia. Hatinya berbisik. Kejadian subuh semalam bagaikan kembali
terpapar dihadapannya. Isterinya dengan rela hati membatalkan janji yang dibuat
lalu memberikan kebahagiaan yang tidak terhingga kepada dirinya. Hakim
menyentuh tangan kiri Puteri, menggenggam erat lalu mendekatkan bibirnya ke
telinga Puteri. “Nak tahu tak..kenapa selama ini Hakim selalu kata antara kita
pasti ada kisah?”.
Puteri lekas mengangguk. “Kenapa?. Ada rahsia yang Puteri
tak tahu?”, bisiknya nya kembali.
“Sebab Puteri pernah muncul dalam ‘mimpi laila’ dulu”,
balas Hakim dalam senyuman nakal.
“Mimpi laila?”. Puteri mengerutkan keningnya. Namun
apabila dia memahami kiasan itu..wajahnya merona merah. “Biar betul?”. Matanya
membulat. Takkan la Hakim ingat adengan yang dipaparkan dalam mimpi itu sebelum
bertukar baligh?.
“Betul la. Subuh semalam...apa yang berlaku antara
kita..bagaikan mengulang kembali adengan mimpi dulu. Puteri...dah lama muncul
dalam hidup Hakim. Kita telah lama ada kisah bersama..”, cerita Hakim lagi. Pandangan penuh kasih dilontarkan
ke wajah isterinya.
Dalam rasa kaget mendengar cerita suaminya itu, Puteri
mengukir senyum manis apabila Mei Ling naik ke pentas pelamin untuk menepung
tawar. Pipinya bergesel kiri dan kanan dengan gadis thionghua itu. Setelah
gadis yang bekerja sebagai pakar forensik itu menapak turun, Puteri kembali
merenung wajah Hakim yang tersenyum-senyum nakal.
“Kisah kita...telah ditakdirkan. Sejak sebelum kita lahir
lagi. Semuanya telah ditentukan dalam kitab Luh Mahfuz. Kisah kita..kisah luar
biasa. Kisah yang memerlukan beberapa kali pertemuan”, ujar Puteri sambil mengukir
senyum manis kepada Hakim. Jari jemari kirinya yang di dalam genggaman suaminya
di eratkan sulamannya.
Hakim mengucup jari jemari Puteri. Wajah gebu itu
direnung lembut. “Terima kasih sayang.
Terima kasih kerana menerima Hakim. Hakim akan pastikan kisah kita akan
menjadi kisah cinta sejati yang akan dikenang sehingga anak cucu kita nanti”.
Puteri tersenyum bahagia. “Kisah kita...kisah luar biasa.
Kisah yang mengambil masa yang lama”.
“Kisah yang memerlukan beberapa kali pertemuan”. Hakim
lekas menyambung.
Puteri dan Hakim berlaga pandang, berbalas senyuman
bahagia.
*******
Puteri mengerling entah berapa kali jam di tangan.
Matanya merenung wajah kaget suaminya yang sedang berbual di dalam talian
telefon. Hatinya membungkam geram apabila melihat suaminya berpaling menghadap
ke arah lain apabila dia mengunjukkan jam ditangan, memberi isyarat mereka
punya sedikit masa untuk proses check in ke dalam kapal terbang.
Puteri mencemberutkan bibirnya. “Entah siapalah yang
penting sangat tu”, ngomelnya dalam nada
separuh geram. Dia merenung tiket kapal terbang yang akan menerbangkannya ke
Barcelona, Spanyol. Serta merta senyuman terukir lebar dibibirnya apabila
terbayang istana Al-Hambra, di Granada. Istana merah itu pernah menjadi kediaman Sultan Nashriq semasa zaman
kegemilangan tamadun islam di sana. Dia ingin melihat sendiri taman yang diberi
nama Golden of Paradise. Adakah taman itu lebih indah daripada taman di dalam
kawasan Taj Mahal?. Ah..dia benar-benar teruja. Senyumannya mati apabila
melihat wajah muram Hakim yang menapak ke arahnya.
“Sayang..err...”. Hakim tergagap-gagap untuk memulakan
bicara.
“Kenapa abang?. Abang sakit ke?”, soal Puteri dengan
cemas. Wajah pucat suaminya itu diteliti bersungguh. Pagi tadi sebelum bertolak
ke Lapang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, suaminya itu muntah selepas
mengambil sarapan.
Hakim meramas rambutnya. Dia mengeluh beberapa kali.
“Abang..cakaplah kenapa?”, desak Puteri tidak sabar.
Wajah suaminya dipegang supaya menatap wajahnya. “Dengan siapa abang bercakap
tadi?. Ada sesuatu yang abang sembunyikan daripada Puteri?”, soalnya
bertalu-talu.
Hakim menarik nafas panjang-panjang. Wajah risau
isterinya ditatap bersungguh. “Puteri benar. Abang..ada sembunyikan sesuatu
daripada Puteri”, balasnya bersulam nafas berat.
“Apa?”. Mata Puteri sudah membulat luas.
“Pada mulanya, abang rasa abang dapat rahsiakan daripada
pengetahuan Puteri. Tapi..kebenarannya tidak dapat disembunyikan lagi”. Hakim
menundukkan wajahnya.
Mata Puteri sudah bergenang dengan air mata. Apakah yang
ingin dikatakan suaminya?. Dia tidak mahu mendengarnya, tetapi kakinya bagaikan
terlekat di lantai marmar itu.
Hakim menatap mata isterinya yang sudah mula
berkaca-kaca. “Apa Puteri akan lakukan kalau mendapat tahu ada orang lain yang
akan berkongsi kasih dengan Puteri?”, soalnya serius.
Empangan di tubir mata pecah sebaik mendengar kata-kata
Hakim. Air mata Puteri terus luruh menitis ke pipi. “Abang..sejak bila semua
ini berlaku?. Kenapa baru sekarang Abang beritahu?”, soalnya lagi.
Hakim hanya diam..tidak menyahut. Wajah isterinya
direnung lama.
“Abang..cintakan dia?”, soal Puteri lagi. Berusaha untuk
mengawal emosi yang sudah rapuh.
Hakim menggeleng. “Tak. Tapi..akan bermula tak lama
lagi”, balasnya dengan tenang.
“Apa maksud abang ni?. Puteri tak faham!”, luah Puteri
dalam nada separuh geram.
Hakim memegang bahu isterinya, cuba menenteramkan emosi
wanita itu yang jelas sudah tidak terkawal. “Shafawati telefon tadi...”,
beritahu Hakim. Anak mata kecoklatan isterinya direnung penuh kasih. “Dia
beritahu..Puteri Ishika hamil dua minggu”.
“Hah?!”. Puteri benar-benar terkejut dengan berita itu.
Hakim sudah tergelak besar melihat wajah kaget dan air
mata yang luruh dipipi isterinya.
“Abang jahat!!”. Puteri Ishika memukul lengan suaminya
beberapa kali. Apabila Hakim cuba memeluknya, dia menolak dada bidang itu
dengan kuat. Dia kembali menangis. Tangisan yang lahir dari rasa geram amat
bersulam rasa tertipu. Terasa sia-sia air mata yang luruh seketika tadi.
“Mujhe maaf karna (Maafkan saya)”, pinta Hakim sambil
membuat muka manja. Kedua tapak tangannya disatukan tanda memohon maaf.
Puteri menjeling. “Kabhi nehi!! (Tak nak!!)”.
Hakim memuncungkan bibirnya. “Please mera jaan...mera pyar..(Tolonglah
kekasihku, cintaku)”, rayunya lagi.
Puteri tidak mahu melayan lagi. Apabila dia terpandang
tiket kapal terbang ditangan, matanya membulat seluasnya. Terketar-ketar
tangannya sambil berjalan ke arah skrin TV yang memaparkan jadual penerbangan.
Tiket kapal terbang ditangan terlepas sebaik melihat status pesawat dari Kuala
Lumpur ke Barcelona telah berlepas.
Hakim yang berdiri di sebelah isterinya terasa bersalah.
Dia sengaja menyakat isterinya untuk menyekat rasa teruja yang dirasainya sebaik
menerima berita gembira daripada Shafawati. Pasti isterinya bertambah marah
dengan peristiwa terlepas pesawat yang tidak disengajakannya. Dia tahu betapa
besarnya keinginan Puteri Ishika untuk berkunjung ke Sepanyol.
Puteri berpaling pantas, merenung geram pada wajah
suaminya.
Hakim menutup mulutnya. Isi perutnya terasa bergelodak
kencang.
Puteri terkebil-kebil melihat suaminya berlari-lari anak
mencari tandas sambil menutup mulut.
********
“Tiba-tiba teringat kenangan kita semasa mula-mula jumpa dulu
kan?”, ujar Hakim sambil tersenyum-senyum sendiri. Bunyi enjin keretapi terasa
enak dihalwa telinganya.
Puteri memasamkan mukanya. “Erm..”.
Hakim menahan senyumnya. “Kenapa ni?. Sayang masih marah
dengan abang ya?”. Hakim mencuit hidung mancung itu.
Puteri memuncungkan bibirnya. “Tak apa la. Dah orang
mengidam, ikut kan saja la”, balasnya selamba. Dia memalingkan wajahnya ke arah
tingkap keretapi.
“Sayang..abang janji..lepas kita makan nasi kebuli nanti,
kita terus ambil flight ke Barcelona. Ok tak sayang?”, pujuk Hakim sambil
menyentuh bahu isterinya.
Puteri menahan senyumnya. Dia berpaling merenung wajah
suaminya. “Pelik sungguh. Puteri yang mengandung, abang yang terkena
tempiasnya”.
Hakim tersengih menyeringai. Kepalanya disandarkan pada
bahu isterinya. “Ada la kes macam ni, tapi jarang berlaku. Tak sangka berlaku
pada abang. Tapi seronok juga. Sekurang-kurangnya, sayang tak marah abang.
Kalau tak, mesti sayang hangin satu badan punya la”.
Puteri ketawa halus. Rambut suaminya diusap lembut.
“Puteri tak marah dah. Pergi ke Sepanyol..bila-bila masa boleh pergi. Apa yang
Puteri inginkan cuma abang disisi. Itu sudah cukup”, luahnya dalam suara
lembut.
“Betul ni?”. Hakim merenung mata isterinya. Sinar matanya
memancarkan cahaya bahagia.
Puteri mengangguk bersungguh. “Nasib baik la ada kenduri
cukup jambul bayi di Kampung Jeram Landak. Kalau tak, nak cari dimana nasi
kebuli?”.
Hakim tersengih. Dia kembali menyandarkan kepala dibahu
isterinya. “Sedapnya...dah lama sangat abang tak datang ke Kuala Lipis. Nasi
kebuli..sangat istimewa sebab hanya akan dimasak bila ada majlis-majlis
tertentu sahaja. Mesti sayang pun akan teringat-ingat bila dah sekali pekena
nasi kebuli”, ceritanya lagi.
Puteri tersenyum meleret. Dia teringat pada pertemuan
pertama dengan suaminya diatas keretapi. Tanpa segan silu, Hakim mempelawanya
makan hidangan istimewa daerah Kuala Lipis itu. “Abang..keretapi dengan
cinta..ada kaitan tak?”, soalnya ingin tahu.
Hakim mengalihkan kepalanya lalu bersandar di belakang
kerusi keretapi. Wajah isterinya direnungi lalu menganggukkan kepala. “Sangat
berkaitan”.
“Oh?.Macam mana tu?”.
Hakim merenung sejenak. “Datang dan pergi. Itu persamaan
keretapi dan cinta”.
Puteri tersentak. Bayang Saifullah menjengah benaknya
buat seketika. Sejujurnya, dia sudah lupa terhadap perasaan cinta kepada jejaka
cina itu biarpun memorinya tetap kekal dalam nubari. Perlahan Puteri
menganggukkan kepalanya. “Ya..cinta itu datang dan pergi. Hati dan perasaan
boleh dipindahkan”.
Hakim mengelus pipi isterinya. “Tapi..abang berdoa..abang
berharap, Puteri Ishika adalah keretapi terakhir abang. Abang ingin perasaan
cinta ini kekal sehingga ke alam sana. Jika maut memisahkan kita...abang
yakin..cinta kita tetap abadi”. Hakim menyatakan rasa hatinya.
Puteri menggenggam tangan suaminya. “Apa yang buatkan
abang yakin begitu?”.
Hakim tersenyum. Hidung isterinya dicuit lagi.
“Kerana..kita pasti ada kisah bersama”.
Puteri sudah tersenyum manis. “Ya..kisah kita tetap ada.
Pasti. Kerana kisah kita akan bersambung di syurga”, ujarnya penuh yakin. Dia
melentukkan kepala di bahu suaminya.
Hakim tersenyum senang. Pemain MP3 dikeluarkan, lalu
menghulurkan earphone kepada isterinya.
Puteri menyambut ear phone bertali putih itu dengan
gembira lalu diletakkan di telinga. Irama lagu Serenade ciptaan Frank Schubert
mengiringi perjalanan mereka ke daerah Kuala Lipis. Tangan mereka saling
menyatu lalu masing-masing tersenyum bahagia.
-TAMAT-
PS/: Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca
cerpen ‘pendek’ ini. Semoga ada sesuatu daripada kisah mereka yang pembaca perolehi, barangkali ada
secebis ilmu yang pembaca nikmati. Akhir kalam, KADANG-KADANG SATU PERTEMUAN
ITU SUDAH MENCUKUPI. NAMUN ADA KISAH YANG MEMERLUKAN BEBERAPA KALI PERTEMUAN.
Sekian.
waaa... bahagianya puteri...
ReplyDeleteterasa macam melancong ke serata tempat pula..., seronok sangat....
akak.... PENDEK sangat la cerpen nie...hehe
gud luk akak..=)))
leguh leher den tau nak abiskan baca....
Deletehaha akk...mmg bkn cerpen...ni dah cerpan....berpinar2 mata menghabiskan...lelaki mcm hakim......i wish i can find one toooo....=P
ReplyDeletekisah yg sgt menarik......berapa pages ni? jenuh nak abiskan,tp best sgt
ReplyDeletetahniah cik writer
kak mia..sy seyes..suka sgt2 dgn cerpen ni..sronok sgt bacenye..n byak ilmu pengetahuan dalam cerpen ni..:) from lot of love
ReplyDeleteakak miaa ..bes sgt3 citer ni ..sweet sgt dieorg :D
ReplyDeletegood job akak ! mmg the bessss!
terbaikkk :)
Mia...best sangat2 cerpen ni...walaupun agak panjang
ReplyDeleteTeruskan berkarya Kak Mia :)
~Eina~ (^_−)−☆