Saturday, January 12, 2013

GEMLEO 26

BAB 26

            “Awak dimana?” soal Ridwan dihujung talian.
            “Hospital.”
            “Sakit apa?”
            Zawin menghela nafas pendek. “Bukan saya sakit. Kawan saya nak bersalin. Saya tunggu di luar bilik bersalin,” jelasnya.
            “Ooh...nak saya temankan?”
            “Tak apa. Saya baik-baik sahaja.”
            “Ok. Kalau awak nak, saya boleh temankan,” tawar Ridwan.
            “Tak apa. Saya nak berseorangan. Awak tidur la.”
            “Betul ni?”
            “Ya.”
            “Erm...kalau esok saya ajak awak keluar...nak tak?”
            Zawin menghela nafas. Dia benar-benar tiada rasa untuk keluar. “Tengoklah,” balasnya.
            “Ok. Saya anggap awak setuju keluar dengan saya.”
            Zawin mendengus perlahan. Lelaki ini memang tidak memahami. “Saya tak ada mood. Maaf. Saya tak nak keluar,” beritahunya dengan lebih jelas.
            “Err...maaf. Ok. Kalau awak tak nak keluar, saya masih boleh call awak kan?” Ridwan masih mencuba.
            “Ok,” sahut Zawin dengan malas. “Got to go. Nite. Bye.” Zawin terus menekan butang tamat panggilan. Zawin menyandarkan kepala di belakang kerusi. Sempat matanya mengerling jam di lengan kiri. Sudah hampir pukul sebelas malam. Najla didalam masih bertarung nyawa. Hatinya berlagu cemas dan pastinya Anas lebih-lebih lagi. Lelaki itu tidak makan dan minum sejak Najla dimasukkan dalam bilik bersalin. Anas hanya keluar untuk solat maghrib dan isyak dan kemudian masuk semula bilik bersalin untuk menemani Najla. Hatinya benar-benar tersentuh. Apakah masih wujud lagi lelaki baik seperti Anas? Apakah suaminya nanti akan melakukan tindakan yang sama seperti itu? Apakah...
            Nada dering hey ladies menganggu lamunan Zawin. Dalam malas, Zawin menatap skrin telefon pintar itu. Zharif? Cekatan panggilan itu disambut. Salam berbalasan.
            “Hai eyes smile princess,” usik Zharif.
            Zawin tersenyum nipis. Sudah lama dia tidak diusik begitu. “Yes prince jambu. Tak tidur lagi?”
            “Tak boleh tidur.”
            “Kenapa?”
            “Erm... Zawin masih di luar?” soal Zharif ingin tahu apabila mendengar bunyi bising.
            “Ya.”
            “Kenapa? Bahaya anak dara masih diluar pada waktu sekarang. Buat apa? Di mana?” soal Zharif bertalu-talu.
            “Di hospital.”
            “Hah? Zawin sakit apa? Hospital mana? Teruk tak?” soal Zharif dalam cemas.
            Zawin menahan senyum. “Bukan Zawin la,” jelasnya bersahaja.                  
            “La...habis tu, siapa yang sakit?” Suara Zharif sudah mengendur. Dia menghela nafas lega.
            “Najla. Dia dah nak bersalin. Tunggu di luar bilik bersalin ni.”
            “Ooo...boleh Zharif datang sana?”
            “Kenapa?”
            “Najla pun kawan Zharif. Tak salah kan?”
            “Terpulang. Nak ke tunggu didalam hospital yang panas ni?”
            “Nak. Nak. Nak. Asalkan Zawin ada.”
            Zawin tersengih. Kadang-kadang dia merasakan Zharif lebih muda daripadanya. Sifat keanak-anakan lelaki kacukan thai-cina itu kadang-kadang mengundang senyumnya. “Ok. Datang lah,” ajaknya.
            Hampir empat puluh lima minit Zawin menunggu, Zharif muncul dihadapannya dengan membawa plastik putih bertulisan Restoren Miyako. Sebelah tangannya pula memegang beg kertas sederhana besar berwarna biru. “Mari makan,” ajaknya.
            “Di sini?” Zawin menelan liurnya. Perutnya memang berbunyi semenjak tadi, namun seleranya mati melihat makanan yang ada di kantin hospital.
            “Kantin. Mari ke sana.” Zharif tersenyum lebar.
            Zawin mengangguk lalu mengekori langkah Zharif menuju ke kantin.
            “Wah! Nigiri Sushi...california roll...” Zawin benar-benar teruja melihat hidangan di atas meja.
            Zharif tersengih melihat reaksi gadis itu. Pantas penyepit dikeluarkan daripada bungkusan dan dihulurkan kepada gadis itu. “Itadakimasu.”
            Haiik!” Zawin mengangguk bersungguh seraya menyambut penyepit buluh. Sushi Nigiri dijepit, dicicah bersama kicap soya lalu dimasukkan kedalam mulut. Matanya dipejamkan sambil mengunyah perlahan-lahan. “Oishii desu!” ucapnya sambil terus mengunyah. Entah mengapa makanan itu paling sedap ditekaknya sejak seleranya mati beberapa minggu lalu.
            Zharif tersenyum. Matanya terlalu seronok melihat gadis itu makan. Satu demi satu sushi Nigiri itu dihabiskan gadis itu.
            “Err...Tak makan ke?” tegur Zawin apabila melihat Zharif tidak menyentuh langsung makanan yang dibawanya.     
            Zharif menggeleng.
            “Dah tu...kenapa tengok Zawin macam tu?”
            Samishii desu,” ucap Zharif bersahaja.
            Zawin mengerutkan dahinya. Cuba mencari maksud perkataan itu daripada minda jangka pendeknya. Banyak perkataan dia sudah lupa sejak meninggalkan kelas bahasa Jepun. “Apa maksudnya?” soalnya. 
            “Rindu... Anata ga inakute samishii. Saya rindu awak,” jelas Zharif sambil mengangkat keningnya.
            Zawin menjuihkan bibirnya. “Doudemo ii,” balasnya selamba.
            Zharif ketawa besar. “Amboi...whatever versi Jepun nampak?”
            Zawin menjeling sekilas wajah lelaki itu sebelum menyuapkan California Roll ke dalam mulut. Dia tidak mahu mengambil serius kata-kata Zharif biarpun hatinya tersentuh dengan luahan itu. Zawin menjempit sushi Nigiri lalu disuakan ke arah mulut Zharif.
            Zharif terpana. “Zawin nak suap ke?” soalnya tidak percaya.
            Zawin membuat muka bosan. “Nak ke tak nak?”
            Zharif tersenyum lebar. Matanya dikalihkan pada jam Rolex ditangan. “Kanpeki!’ ucapnya sebaik jarum jam menunjukkan pukul dua belas malam. Zharif mengangakan mulutnya dengan senang hati.
            Zawin terus menyuapkan sushi isi ikan itu ke dalam mulut Zharif. Mindanya mula tertanya-tanya. Kanpeki? Tepat? Apa yang tepat?
            Zharif tidak henti-henti tersenyum. Mulutnya mengunyah nasi kepal berisi isi ikan itu sambil menatap wajah ayu itu. Termos kuning dikeluarkan daripada beg kertas biru. Penutup termos dibuka lantas menuangkan minuman didalam penutup termos. Zharif menghulurkan kepada Zawin. “Nonde mite kudasai,” pelawanya dengan sopan.
            “Air apa ni? Jus oren?” soal Zawin sambil meneliti air berwarna oren itu.
            Nori.”
            “Rumpai laut?” Zawin membundarkan matanya.
            “Ya. Minumlah. Baik untuk kesihatan dan awet muda.”
            Zawin menghirup sedikit air rumpai laut itu. “Erm...kenapa rasa macam jus oren twister ya?”
            Zharif tersengih. “Memang campur oren twister pun. Lebih sedap diminum.”
            “Kenapa tak ada bau hanyir?” soal Zawin lagi sambil terus menikmati minuman itu sehingga kering.
            “Oh, masa rebus rumpai laut, masukkan daun pandan. Bau hanyir laut memang hilang,” jelas Zharif.
            Zawin mengangguk. “Sedap juga,” akuinya. Balang termos dicapai, dituangkan ke dalam penutup lantas dihulurkan kepada Zharif. “Nonde kudasai,” pelawanya pula.
            Haiit!” Zharif tersenyum meleret lantas menyisip minuman rumpai laut.
            Zawin memincingkan pandangan matanya. “Zharif tak kisah ke minum dalam bekas orang lain?”
            “Tak,” balas Zharif sepatah. “Masa zaman sekolah lagi dah biasa makan dan minum berkongsi bekas yang sama. Bukankah dalam hadis ada mengatakan makan bersama akan memberikan berkah sesama kita?” lanjutnya lagi.
            Zawin mengangguk. “Baguslah. Ingat Zharif jenis penggeli.”
            “Siapa penggeli? Bukan Zawin ke?” ujar Zharif kembali.
            “Zawin? Bila masa pula?”      
            “Ala masa Zharif suap isi ketam pada Zawin di restoren Perancis dulu. Takkan dah lupa?”
            Zawin mencebirkan bibirnya usai mengingati peristiwa dia mengelap garfu menggunakan tisu usai menyuap Zharif. “Bukan lupa...tapi tak ingat,” balasnya selamba.
            Zharif merenung dalam-dalam wajah gadis itu. “Semua tentang Zharif...Zawin banyak lupa kan?”
            Zawin menghela nafas dalam-dalam. Dia sedar amat yang ada dalam fikiran dan hatinya setiap masa adalah Daniel Iskandar. Memori-memori yang tersimpan kejab dalam ingatannya hanya bersama lelaki itu. Wajah Zharif ditatap lama. “Apa pendapat Zharif?”
            Zharif mengangkat keningnya. “Zharif rasa...”
            “Apa Zharif rasa?”
            Zharif merenung wajah gadis itu. Dia tahu dia bukan sesiapa pun dalam hidup gadis itu dan dia tak nak gadis itu mengungkapkan kebenaran itu dihadapannya. “Zharif rasa...baik Zawin habiskan California Roll tu dulu,” sarannya. Tangannya mencapai penutup termos lantas air rumpai laut dihirup sehingga kering.
            Zawin memandang hidangan di atas meja dan kemudian pada wajah Zharif. “Zawin dah kenyang...”
            “Erm...Anas dah makan ke?” soal Zharif.
            “Belum. Sejak petang tadi Anas tak makan apa-apa.”
            “Kalau begitu, bagi Anas sahaja lah semua California Roll ni,” saran Zharif pula.
            “Zharif...” panggil Zawin.
            “Ya.”
            Arigatou gozaimasu.”
            Zharif tersenyum nipis. Biarpun expresi wajah gadis itu hambar, tetapi kata-kata itu sudah cukup mengembirakan hatinya.“Dou itashimashite.
            “Hari ni mood cakap Jepun pula ya?” Zawin mengangkat keningnya.
            Zharif tersengih. “Saja nak uji Zawin. Pernah ambil kelas bahasa Jepun?”
            “Ya. Semasa di kampus dulu.”
            Nada dering teman sejati berbunyi lantang. Zawin cekatan menjawab panggilan daripada Anas. “Ya Anas.”
            “Zawin...alhamdulilah. Dapat anak lelaki!” beritahu Anas dengan teruja.
            Zawin terus berdiri mendengar berita itu. “Really? Syukur. Najla ok?”
            “Najla baik-baik sahaja. Datang sini cepat.”
            “Ok...Zawin datang sekarang.”
*******
            “Macam mana keadaan bayi saya?” soal Najla usai melihat bayinya dimandikan dan didukung Dr.Harlina.  
            “Alhamdulillah. Bayi sihat. 3.3 kilogram,” kata Dr.Harlina sambil mengusap rambut lebat bayi comel itu.   
            “Tahniah Najla,” ucap Zawin sambil menatap wajah Najla yang terbaring lemah.
            Najla tersenyum nipis sambil menganggukkan kepalanya. Dia turut tersenyum membalas senyuman Zharif yang berdiri disisi Zawin. Mengerling wajah suami disisi, dia benar-benar bersyukur. Anas tidak pernah berenggang dengannya sejak dia mengalami sakit bersalin.
            “Terima kasih sayang,” ucap Anas dalam rasa syukur yang menggunung. Dahi isterinya dikucup penuh syahdu. 
            Dr. Harlina menyerahkan bayi lelaki dalam selimut putih halus itu kepada Najla.
            Najla tersenyum lebar menatap wajah bayi comel itu lalu mengucup pipi yang mulus itu. Terasa hilang segala pedih pahit maung menentang maut sebelumnya.
            Anas menyambut bayi yang dihulurkkan Najla dengan hati-hati. Kening bayi itu dikucup perlahan. Bayi itu bergerak sedikit, hampir-hampir membuka mata. Anas menahan sebak dalam dada. Dalam sayu, dia mengalunkan azan dengan suara lunak. Melihat bibir zuriatnya itu terbuka kecil, air matanya bergenangan di pelupuk mata.   
            Zawin dilanda perasaan terharu melihat suasana itu. Tanpa sedar air matanya mengalir keluar. Apabila dia menyedari Zharif merenungnya tanpa kata, cepat-cepat dia menyeka air mata dipipi.
            “Zawin?” tegur satu suara perempuan.
            Zawin pantas berpaling ke belakang. Dia terpana. Dia kenal pemilik wajah itu. Wajah bulat dalam jubah putih. “Dr.Dian?”
*******
            “Tak sangka, jumpa juga kita.” Dian bersuara sambil menghulurkan tin minuman air bunga matahari. Dia menyeluruhi kantin hospital yang kelihatan lengang.
            Zawin menyambut tin minuman itu dalam terkejut. “Suratan atau kebetulan?” soalnya.
            “Apa? Pertemuan kita ini?” Dian meminta kepastian.
            Zawin menggeleng. “Air bunga matahari ini,” beritahunya sambil mengunjukkan tin minuman itu.
            “Oh...itu.” Dian mengumam sejenak sebelum menyambung kata. “Is pernah beritahu yang awak menyukai air bunga matahari.”  Dian membuka penutup tin minuman lalu meneguk air soya.
            Zawin terdiam. Wajah Daniel Iskandar semakin kuat menghimpit benaknya. Sejak kakinya menjejakkan kaki di hospital besar negeri Selangor itu, matanya tercari-cari kelibat lelaki itu namun takdir tidak menemukan mereka.
            “Awak mencari Is?” soal Dr.Dian sambil merenung wajah gadis itu. Hatinya membenarkan kata Daniel Iskandar yang gadis ini memang ada iras Thalia, pelakon kelahiran Mexico yang diminati lelaki itu.
            Zawin tersentak. Dalam rasa segan dia mengangguk. Untuk apa menyorokkan rahsia hati pada saat begini. Lagi pula tebakan gadis itu memang kena pada saat yang tepat.
            “Is ada di Peadiatrics. Wad kanak-kanak,” jelas Dian.
            Zawin hanya diam. Lidahnya kelu seribu bahasa.
            “21 jun ni genaplah dua tahun Is, saya dan beberapa doktor pelatih lain bertugas sebagai housemanship di sini,” cerita Dr.Dian lagi.
            “Tahniah. Selepas ini bakal dapat title Medical Officer,” ucap Zawin dalam senyum nipis.
            Dian tersenyum lebar. “Alhamdulillah. Tak sangka boleh survived dalam tempoh dua tahun ini,” ceritanya sambil menghela nafas lega.
            Zawin mengangguk. Dia tahu gadis ini bercerita untuk menghilangkan rasa kekok pada pertemuan tidak sengaja itu. Mungkin juga untuk meredakan tekanan bertugas di wad bersalin.        “Hospitalku rumahku. Tak gitu?” celahnya apabila mengingati cerita Daniel Iskandar mengenai pengalaman bertugas sebagai houseman.
            Dian tersenyum lebar. “Dalam tempoh dua tahun, ada enam department doktor pelatih kena posting. Is dapat posting ke Obstetrics & Gynecology Department pada awal posting, saya pula pada penghujung posting. Erm...nanti bila dah naik pangkat jadi Medical Officer kena pilih satu department untuk teruskan kerja dan hidup,” ceritanya panjang lebar.
            “Dah buat keputusan?” soal Zawin.
            Dian menjungkitkan bahunya. “Entahlah. Tapi dalam banyak-banyak posting, Department O&G paling mencabar minda dan fizikal. Kalau takdir menyatakan separuh hidup saya akan dihabiskan di O&G, redha saja la,” luahnya sambil terus meneguk air soya.
            Zawin mengangguk. Iskandar juga pernah meluahkan begitu.
            “Saya cemburu dengan Najla,” luah Dian tiba-tiba.
            “Kenapa?” Zawin merenung wajah tenang gadis bermata sepet itu.
            Dian merenung tin minuman soya itu sejenak. “Anas. Dia lelaki dan suami yang baik. Najla sangat bertuah.”
            “Ya. Tak semua gadis bertuah seperti Najla. Ceritalah. Apa sebab awak melabelkan Anas begitu?”
            “Saya dengar perbualan Anas dan Dr.Harlina semasa Najla sedang menahan sakit. Anas...kelihatan sangat bimbang walaupun Dr.Harlina menerangkan Najla perlu ada contraction yang kuat untuk bersalin. Anas...dia kata dia kasihan tengok Najla dan tak pernah tengok Najla sakit macam tu. Dia suruh Dr.Harlina buat operation sahaja.”
            Zawin menggelengkan kepalanya. Dia tahu Anas terlalu sayangkan Najla tapi dia tidak terfikir pula sampai begitu sekali permintaan lelaki itu. “Then.”
            “Dr.Harlina kata bersalin normal lebih baik daripada buat pembedahan. Operation hanya dibuat jika ada indikasi seperti anak lemas, jalan tak buka, anak songsang. Operation sangat berisiko. Kalau ceaser, Najla ada risiko pendarahan sebab kita belah perut dan rahim. Macam-macam komplikasi terhadap Najla nanti lagi susah. Akhirnya, Dr.Harlina suruh Anas doakan Najla selamat bersalin. Nasib baik Anas kelihatan tenang selepas Dr.Harlina buat penjelasan. Erm...saya benar-benar cemburu dengan Najla.” Dian meremukkan tin minuman menggunakan tangan selepas tin itu kosong.
            Zawin hanya mendiamkan diri. Jika dia seringkali berasa cemburu dengan pasangan itu apatah lagi orang luar yang baru mengenali mereka.
            “Awak pun gadis bertuah,” ujar Dian tiba-tiba selepas lama dia melayan perasaan.
            “Saya hanya gadis biasa,” balas Zawin.
            “Tak. Saya betul-betul maksudkan kata-kata itu. Is...walaupun dia pernah melukakan hati saya, tapi dia seorang kawan yang baik. Dia banyak tolong saya. Dua hari lepas, kereta saya rosak. Is temankan saya ke bengkel kereta.” Dian menghela nafas dalam-dalam sebelum menyambung kata. “Saya tengok dia pelik sangat masa makan. Makan pun tak selera. So, saya tanya mengapa dia jadi begitu tapi dia diam saja. Pelik. Lepas itu baru dia cerita. Masa dia cakap dia putus dengan awak, saya gelakkan dia sampai tak habis nasi saya,” cerita Dian bersungguh.
            Zawin menahan sebak. Siapa sangka, lelaki ego itu akan jadi begitu. Dia menyangka, Daniel Iskandar tidak terkesan langsung dengan perpisahan itu. “So..dia ada cakap kenapa kami putus?” soalnya dalam suara sayu.
            Dian merenung wajah sendu Zawin. Semakin kuat tangannya mengenggam tin minuman yang telah separuh renyuk itu. Hatinya diserang cemburu yang menggila apabila sedar gadis jelita ini berjaya membuatkan Daniel Iskandar separuh nanar. “Erm...dia ada tanya saya tentang khasaf. Mana la saya tahu apa benda tu. Dia cakap, awak dah tahu apa yang sepatutnya awak tak patut tahu. Saya rasa kelakar sangat masa tu sebab selalunya bila ada perempuan menangis kerana dia, dia akan gembira,tapi awak berjaya buatkan dia sedih. Masa tu hati saya bersorak,  padan muka dia sebab banyak sangat main perempuan. Tapi bila tengok dia macam orang gila sahaja selepas tu, saya rasa kasihan pula.”
            Zawin menelan liur, cuba meredakan perasaan sayu yang semakin menghimpit perasaannya. Seperti Iskandar, dia juga merana. “Saya tahu dia bijak. Dia akan berjaya mengatasi semua ini. Perpisahan ini baik untuk kedua belah pihak. Itu sahaja yang saya boleh kata,” ulasnya dalam suara perlahan.
            Dian merenung tajam wajah gadis itu. “Tapi saya betul betul hairan. Apa yang Is dah lakukan sampai awak putuskan hubungan? Setahu saya, dia betul-betul sayang awak,” soalnya ingin tahu.
            “Biarlah rahsia,” balas Zawin pendek. Dia tidak mahu mengenang perkara lalu biarpun kesan luka itu masih berbekas.
            Dian mengetap bibirnya. Dia sedar, tidak ada gunanya mencari punca perpisahan itu.         “Erm...awak mesti perasan kan, dia ada iras pelajar AF8 yang baru menang tu.” Dian sengaja mengalih isu perbualan.
            Zawin tersenyum pahit. Seraut wajah kacak itu muncul dibenaknya. Air mata yang ditahan akhirnya gugur juga. “Ya. Sangat iras. Rambut dia, senyuman dia, janggut dia...braces dia. ‘Kebahagiaan dalam perpisahan’. Saya akan ingat lagu tu sampai bila-bila,” luahnya sambil menyapu kesan air mata dipipi.
            Dian mengigit bibir bawahnya. Nampaknya gadis ini juga sama seperti Daniel Iskandar. Dia tidak kisah apa punca perpisahan itu, namun pada pandangannya kedua-dua pihak saling merana. “Semalam, saya baru sahaja perli Is dengan lagu itu. Adakah perpisahan ini beri kebahagiaan pada awak?”
            Zawin menelan liurnya berkali-kali. Cuba menghalau rasa sebak jauh-jauh. “Ya...rasa sengsara itu mengatasi bahagia sebenarnya. Tapi itu adalah kebaikan untuk jangka panjang. Walau apa pun, saya takkan dapat lupakan dia. Saya tak akan mampu. Dia...cinta pertama saya. Selama-lamanya ada dalam jiwa dan minda saya. Saya doakan dia bahagia. Itu sahaja.”
            Dian mengeluh berat. Dia pasti sebab musabab punca perpisahan mereka sangat kuat. Jika tidak, mustahil gadis ini boleh berkata begitu. 
            “Zawin...” panggil Zharif setelah lama berdiri di belakang Zawin.
            Zawin cepat-cepat menyeka sisa air matanya usai mendengar suara lelaki itu. “Ya,” sahutnya dalam suara yang sengaja ditinggikan lantas berpaling menatap wajah lelaki itu.
            “Mari balik. Najla dah tidur,” ajak Zharif.
            “Ok.” Zawin bangun, membetulkan kedudukan kemeja dan mengemaskan kedudukan tas tangan dibahu. Tangannya menyalami tangan Dr.Dian yang turut berdiri mendepaninya. “Terima kasih dan selamat bertugas,” ucapnya bersulam senyum tawar.
            Be strong,” balas Dian sambil menyentuh lengan gadis itu.
            Zawin menghela nafas dalam-dalam sambil memejam mata. Dia perlu kuat menghadapi ujian perasaan itu. Sejurus membuka matanya, dia benar-benar terpana. Seraut wajah yang dirindui itu muncul dihadapan pintu masuk kantin hospital.
            Iskandar turut terpaku. Zawin! Hatinya memanggil kuat nama itu. Apabila sedar Dr.Dian dan Zharif turut ada disitu, dia mengukir senyum pahit. Dia dengar suara Dr.Firas memanggilnya namun dia masih terpaku disitu sehingga tidak menyedari lengannya ditarik doktor pelatih itu.
            Zawin tidak mahu air matanya gugur lagi. Dia turut mengorak langkah bersama Zharif. Sempat matanya melirik wajah sayu itu sewaktu berpapasan dan kemudian terus berpaling ke hadapan. Dia tidak ingin berada disitu lagi biarpun sesaat!
*******
            “Zawin...cuba tengok matahari yang baru terbit di ufuk timur tu,” saran Zafuan dihujung talian. Dia mati akal apabila adiknya itu hanya membisu sejak dia menjawab panggilan Zawin sepuluh minat lalu.  
            Zawin menolak pintu lunsur kaca lalu melangkah ke ruang balkoni. Matanya merenung jauh pada langit yang sudah bertukar warna jingga. Sedikit masa lagi sang mentari pasti akan memancarkan cahaya terangnya. Dia memeluk tubuh apabila angin bukit bertiup perlahan. Semalaman dia berjaga, memikirkan tentang lelaki bernama Daniel Iskandar. Terkadang ada rasa bersalah, terkadang ada rasa marah, seringkali dia keliru dengan perasaaan sayang yang bercampur baur. Wajah Iskandar berganti wajah ayahnya. Segala kisah sedih zaman remajanya dahulu kembali terbayang, saat keluarganya berpecah belah. Saat keluarga mereka dilimpahi rezeki melimpah ruah pada saat itu jugalah ayahnya berubah 360 darjah. Dia seakan tidak mengenali lelaki itu lagi.
            Zawin menghela nafas berat. Terasa semua memori yang tinggal didalam mindanya kini hanya memori sedih, hitam dan kelam. Apa sudah jadi pada dirinya? Apakah ini dikatakan sebagai kesedihan? Tidak. Dia tahu...tiada kesedihan yang ada. Kosong. Ya itu yang setepatnya. Apakah ini...yang dikatakan kemurungan? Zawin membulatkan matanya. Apakah itu kebenaran yang dia sengaja tidak mahu menerima sebelum ini?
            “Zawin...cuba cakap pada abang masalah Zawin. Zawin nak abang datang sana?” pujuk Zafwan lagi apabila dia hanya mendengar dengus nafas adiknya itu.
            “Abang Zafuan...” panggil Zawin.
            “Ya...”
            “Padanlah Zeyra bunuh diri. Semua memori bahagia...pasti telah hilang,” luah Zawin sambil terus menerus menatap kaki langit.
            “Apa Zawin cakap ni?” soal Zafuan cemas.
            “Yang tinggal...hanya memori hitam sehitamnya...”
            “Zawin cakap apa ni?!” suara Zafuan sudah meninggi.
            “Sangat gelap...” luah Zawin lagi.
            “Istighfar Zawin. Istighfar...” nasihat Zafuan.
            “Abang Zafuan...” panggil Zawin lagi.
            “Zawin...jangan begini...Abang datang sekejap lagi ya.”
            “Abang...benarkah kita tidak layak bahagia seperti orang lain? Emak...tidak bahagia dalam perkahwinannya. Abang pula kehilangan isteri. Zawin pula...”
            “Zawin...” celah Zafuan dalam mata yang mula bergenang. “Jangan begitu. Dalam hidup ini, kita akan sentiasa diuji. Lagi banyak ujian, semakin kita disayangi tuhan. Semakin perit ujian yang datang, semakin kita sabar, semakin darjat kita diangkat pada mata ilahi.  Bahagia akhirnya pasti akan jadi milik kita. Jangan putus asa dengan rahmat-Nya,” nasihatnya panjang lebar biarpun air matanya sudah merembes keluar.
             “Abang...semuanya akan kembali semula seperti biasa? Kan?”
            “Ya. Insyaallah. Allah S.W.T pasti punya rahsia atas tiap takdir yang tercipta. Kita...sebagai hamba kadang-kadang gagal melihat melalui mata hati. Lambat laun kita akan sedar, semua yang berlaku ada hikmah tersembunyi.”
            “Kita akan bahagia seperti dulu...kan?” soal Zawin lagi.
            “Ya...insyaallah,” balas Zafuan seraya mengesat air matanya menggunakan hujung baju. Dia juga manusia biasa. Emosinya runtuh saat mendengar luahan adiknya.
             “Dato’ Zawawi...Zawin benci dia! Zawin nak Zawawi Zainal yang dulu. Lelaki yang sentiasa ada untuk kita...lelaki yang sentiasa mendengar kita bercerita. Lelaki sederhana yang sentiasa tersenyum. Kemana dia pergi?!” luah Zawin, melepaskan rasa amarah yang tiba-tiba hadir.
            Zafuan mengetap bibirnya. “Zawin...hati manusia Allah yang pegang. Kita juga sama. Hari ini mungkin kita baik, hari esok belum tentu lagi. Sekelip mata Allah boleh bolak balikkan atas lafaz kun fa yakun. Percayalah, suatu masa nanti...apabila Dato’ Zawawi telah letih, dia akan berhenti berterbangan dengan nikmat dunia dan akan tunduk ke bumi, kembali menjadi Zawawi Zainal yang zuhud. Pada saat itu, insyaallah. Kita akan bahagia kembali,” ujarnya dalam nada tegas.
            Zawin terdiam mendengar kata-kata abangnya. Matanya menangkap segaris cahaya di kaki langit. Cahaya itu semakin terang. “Mentari...pasti akan muncul lagi,” ujarnya separuh berbisik.
            “Ya. Begitulah.” Zafuan menghela nafas lega. Dia dapat merasakan, Zawin sudah beransur baik.
            “Terima kasih abang Zafuan. Terima kasih kerana menjadi abang yang baik, anak yang baik,” luah Zawin dengan tenang.
            “Sama-sama. Abang nak siap-siap ni.”
            “Abang nak pergi mana?”
            “Shah Alam.”
            “Tak apa. Zawin ok,” tegah Zawin.
            “Abang nak datang juga,” tegas Zafuan.
            “Zawin tak apa-apa. Jangan risau.” Zawin cuba meyakinkan.
            Zafuan terdiam. “Ok. Abang percaya tapi kalau abang rasa tak sedap hati, jangan terkejut kalau abang muncul depan pintu rumah Zawin.”
            “Ya. Zawin nak tidur. Pening kepala dah ni.”
            “Ok. Rehat cukup cukup.”
            “Assalamualaikum.”
            “Waalaikumussalam.”
            Zawin merenung sang mentari yang semakin terang memancarkan cahaya. Ya. Tidak kira berapa lama malam gelap dan sunyi, bumi pasti akan terang kembali saat mentari muncul lagi.
Bunyi loceng rumah berbunyi nyaring. Zawin mengerutkan dahinya. Mustahil Kak Wan! Bisik hatinya. Gadis itu outstation ke Terengganu sehingga hari ahad. Zawin pantas mengorak langkah mendekati pintu, menjenguk daripada lubang kecil di tengah pintu.
            “Zharif?” Zawin benar-benar terkejut dengan kehadiran lelaki itu dalam kemeja merah jambu di depan pintu rumahnya. Dari mana Zharif dapat alamat rumahnya? Laut fikirnya mula bergerak aktif. Zawin menepuk dahinya sendiri sejurus mengingati sesuatu. Bukankah Zharif yang menghantarnya sehingga ke depan pintu rumah sebaik pulang daripada hospital? Kereta Zharif juga mengikuti keretanya daripada belakang sejurus keluar daripada kawasan hospital. Terasa seakan golongan V.I.P pula apabila diperlakukan begitu.
            Zawin mengurut dadanya apabila bunyi loceng mengejutkannya daripada lamunan panjang. “Sekejap,” beritahunya lalu masuk ke bilik mencapai tudung hitam pada penyangkut, menyarungkan pada kepala. Pintu rumah dikuak lebar. Perkara pertama yang dia nampak adalah senyuman lelaki itu yang manis berlemak. Kedua, sekuntum bunga matahari didalam pasu kaca lutsinar berwarna biru. Zawin mengangkat keningnya. “Kepada orang di sana, kalau nak jual bunga, orang di sini tak ada duit nak beli,” ujarnya selamba.
            Zharif sudah terkekeh ketawa. “Sebab itu orang di sini nak sedekahkan bunga pada orang di sana,” balasnya sambil memuncungkan bibirnya ke arah mangga grill putih itu.
            Zawin mencemberutkan bibirnya lalu membuka mangga grill.
            “Nah. Ikhlas dari hati orang di sini.” Zharif menghulurkan pasu bunga yang menyerupai bentuk badan wanita itu kepada Zawin.
            Zawin menatap bunga matahari itu dengan perasaan sangsi. “Ada apa-apa istimewa hari ini?”
            Zharif tersenyum penuh makna. “12 Jun. Zharif harap, Zawin akan ingat tarikh ini.”
            Zawin menjungkitkan kedua bahunya. Pasu bunga itu disambut dalam senyuman nipis.     “Zharif beli ke?” soalnya sambil meneliti bunga berwarna kuning itu dengan teruja.
            “Zawin rasa?” Zharif mengangkat keningnya.
            “Erm...entah-entah Zharif cilok di mana-mana ni?” tebak Zawin sambil memincingkan pandangannya.
            You never know,” balas Zharif bersahaja.
            Whatever.” Zawin malas mahu bertelegah pada saat ini. Dia benar-benar gembira menerima bunga yang mendapat namanya melalui ciri bunganya yang akan sentiasa berpaling mengikut arah matahari.
            “Sunflower...your favorite. Right?”
            Zawin menjeling Zharif. “Tak pun,” balasnya bersahaja.
            Zharif tersenyum meleret. Sekeping kad berbentuk bunga matahari dikeluarkan daripada poket seluar jeans, dihulurkan kepada gadis itu. “Untuk eyes smile princess.”
            Zawin memincingkan pandangannya. “Cuba cakap direct. Zharif nak apa sebenarnya ni?”
            Zharif berdehem sekali dalam wajah yang serius. “Teman kan Zharif hari ini,” pintanya tanpa berselindung.
            “Untuk apa?”
            “Saja.”
            Zawin merenung wajah serius lelaki thai-cina itu. “Tak nak.”
            Please...  rayu Zharif bersungguh.
            “Kenapa perlu Zawin temankan Zharif hari ini?”
            “Baca dulu kad ini...and for sure Zawin akan setuju temankan Zharif.” Zharif menghulurkan kad comel itu sekali lagi kepada Zawin.  
            Zawin menyambut kad itu lambat-lambat. Dia merenung tajam wajah lelaki itu sebelum menutup pintu dan hilang didalam rumah. Kad comel itu dibuka sejurus meletakkan pasu kaca lutsinar biru laut tu di atas meja panjang.
            I love sunflowers
            Sunflowers always smile...
            And you? Have you smile today?
            Zawin tersenyum simpul. Tulisan di sebelah kanan kad pula dibaca.
            Let's smile...
            Always be happy,always wear a smile.
            Not because life is full of reasons to smile
            But because your smile itself is a reason for many Others to smile...
            Zawin mengetap bibirnya. Matanya merenung bunga matahari didalam pasu. Tidak ramai yang tahu mengenai bunga kegemarannya itu. Sejujurnya, dia benar-benar terkejut menerima bunga itu daripada Zharif. Mengenangkan kesungguhan Zharif, dia tidak sampai hati pula menolak permintaan lelaki itu. Pintu dibuka kembali. Sejurus melihat wajah kacak itu, dia bersuara. “Tunggu setengah jam. Kalau tak sanggup menunggu, sila terjun dari tingkat enam ini. Sekian terima kasih.”
            Zharif menahan senyum, merapatkan kedua tapak tangan ditengah dada. “Patik menjunjung perintah wahai tuan puteri,” ucapnya sambil menundukkan kepalanya.
            Zawin memuncungkan bibirnya lalu pintu itu kembali ditutup. Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyum meleret.

7 comments:

  1. errrk,,seram takut saya! ! tapi best sangat2

    ReplyDelete
  2. eh zarif dah rindu kat , zawin la tu! Bnyak pelajaran saya dapat dari kisah ini, tp yg paling saya suka, , duga an ataupun fitnah, dalamya cepat terungkap tak sampai lama2,yg bkin panas baran. Suka suka suka. . Nany

    ReplyDelete
  3. Boleh mati terkejut bila baca bab yang Zeyra bunuh diri tu...sungguh menakutkan.... -_-#

    ReplyDelete
  4. ya ALLAH arwah nya penasaran!

    ReplyDelete
  5. heh.. pinjam word dz.. hahaha

    nway, mmg heh pom bab kalini.. xcukop nafas den bacoo... adehh.. but, yg plg berkesan.. tang baco muko pompuan tuh..dasatt oo zhariff ngn abg zaquan...hehehe.... zeyra da xdo.. p d watak baruu,,.. HANTU ZEYRA... heeeee

    ReplyDelete
  6. suka dngan karakter zarif.

    ReplyDelete
  7. Kak..x nk dibukukan ke?
    X sabar nk tunggu nxt entry

    ReplyDelete

terima kasih berikan komen ya.

 
Copyright 2016 Reserved to puteripelangi