1
Komen
KHASIAT SELAWAT KAMILAH


Selawat Tafrijiyyah ini benar-benar berkesan untuk yang istiqamah mengamalkan selawat ini. Saya juga telah banyak mengalami pelbagai macam dugaan, namun dipermudahkan, rezeki yang tidak disangka dan pelbagai keistimewaan lain.

Antara kebaikan pengamal selawat ini :-

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.

2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya, dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.

3.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai

5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.

6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.

7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.

Diantara kebaikan yang lain ialah :

1.Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul

2.Kata Iman al-Dainuri, " sesiapa yang kekal membaca selawat ini selepas setiap solat fardhu sebanyak 11 kali, rezekinya tidak akan putus serta meraih suatu kedudukan yang baik dan tinggi".

3. Sesiapa yang kekal mengamalkan selawat ini selepas setiap kali solat subuh sebanyak 41 kali, Allah akan menyampaikan segala hajat dan cita-citanya.

4. Sesiapa yang sanggup mengamalkan sebanyak 100 kali setiap hari, akan mendapat apa yang diinginkan serta meraih semua daripada apa yang dia hajati dan kehendaki.

5. Sesiapa yang mengamalkan selawat ini sebanyak 313 kali (bil para rasul) setiap hari, akan terbuka Asrar 9Rahsia). sesungguhnya dia akan dapat melihat segala sesuatu yang dikehendakinya.

6. Sesiapa yang mengamalkan selawat ini dengan kekal sebanyak 1000 kali setiap hari, maka dia akan memperolehi segala apa yang dihajatkan jugak mendapat sesuatu yang belum pernah dia terfikir sebelum ini.

7. Istiqamah la dalam mengamalkan selawat ini..insyaallah ada sesuatu yang baik di luar jangkaan akan berlaku 

Fadilat berselawat 

1. Amalan yang paling utama. 

2. Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa. 

3. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi S.A.W 

4. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir. 

5. Selamat dari huru hara Hari Akhirat.
 
6. Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah. 

7. Tiket untuk mudah masuk syurga dan terlepas dari perhisaban yang rumit. 

8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah. 

9. Dikasihi oleh Nabi S.A.W dan dapat turut serta mendampingi baginda di syurga kelak. 

10. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas dari segala yang mendukacitakan. 

P/S: Di sini saya sertakan video lagu selawat tafrijah/nariyah ini untuk memudahkan penghafalan. 

 



SEMOGA KITA SEMUA DAPAT KHASIAT DARIPADA PENGAMALAN INI. AMIN...



♡ JIKA SUKA ^_^ KOMEN SAJA ♡

Post a Comment

1 comment:

hAzIm hAzIm said...

thnx sudi berkongsi :) tapi sumber rujukan ukhti berkenaan fadhilat ini daripada mana yee ? just nak tahu jea :)

Followers

Uploaded with ImageShack.us