BAB 36
           
            “Lain macam bunyi lap-top  Mia tu,” tegur Zawin. Dia meletakkan jurnal e-commerce ketepi lalu berpaling menatap wajah gadis kecil molek itu yang sedang kusyuk menghadap lap-top nya diatas katil.
            “Ya la. Risau juga. Keluar haba panas sangat,” sahut Damia.
            “Jangan letakkan lap-top  di atas tilam atau permukaan yang lembut. Lap-top  akan menjadi overheating sebab aliran udara kipas lap-top  tertutup,” beritahu Zawin.
            Damia akur lalu mengalihkan lap-top  ke atas meja belajar. Pendingin pad dipasang dibawah lap-top . Damia mengalih pandangan pada lap-top  Macbook Pro Zawin. “Kak Zawin tak cabut bateri bila pasang adapter?” soalnya hairan.
            “Kenapa?” soal  Zawin kembali. Jarinya laju menaip diatas papan kekunci.
            “Ramai orang kata, kalau nak bateri tahan lebih lama, buka bateri lap-top  bila dah dicas penuh. Hanya guna kuasa adapter saja. Kalau terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.”
            “Oh...itu.” Zawin berhenti menaip lalu menatap wajah gadis itu. “Sebenarnya, semua jenis lap-top  akan skip charging bateri lap-top , jadi tak ada makna cabut bateri tu. Mana-mana bateri ada jangka hayat dalam dua hingga empat tahun dan lepas tu mati. Sama macam bateri kereta, sama ada bateri kereta dicas atau tak, lepas dua tahun bateri itu akan kong juga. Sebenarnya hayat bateri cepat habis bila guna bateri tanpa pasang adapter. Setiap bateri ada tempoh pusingan berapa kali discharge seperti seribu kali pusingan baru jadi kong. So, baik pakai saja bateri tu masa hidup lap-top  tapi kalau turn off  utk tempoh masa panjang...baik cabut bateri sebab elektrik mengalir dalam circuit board bila ada bateri,” jelasnya panjang lebar.
            Damia membundarkan mata. “Jadi, pendapat bateri akan kong bila kerap dicas dengan adapter tu mitos sajalah?”
            Zawin mengangguk bersungguh. “Mitos dan lebih pada psikologi. Kalau Mia ambil  elektrik masa sekolah dulu, cuba buka balik buku tu. Bila sepenuhnya dicas, aliran elektrik takkan lalu, kalau ada pun hanya sedikit. Kesimpulannya tak perlu percaya. Baik biar sahaja bateri ditempatnya. Kalau ada masalah kuasa elektrik, bateri Itu akan lindungi hardware.”
            Damia mengusap dagunya beberapa kali. “Erm...”
            Zawin tersengih melihat reaksi gadis itu. “Ala...kalau Mia tak yakin, teruskan sahaja dengan apa yang Mia percaya.”
            Damia tersengih. “Mungkin bateri setiap lap-top  berlainan kot?”
            Zawin menjungkitkan bahunya. “Mungkin. Ada juga yang kata bergantung kepada pembuat notebook macam Apple macbook dan Dell Alienware. Bateri digunakan jenis dalaman yang ada fungsi automatic cut off.”
            Damia mengangguk. “Dulu Kak Zawin ambil IT kan? Macam mana boleh terjebak mengajar perniagaan dan akaun?”
            “Takdir mungkin. Lagi pula pensyarah memang kena flexible. Sakit jiwa bila nak buat modul setiap subjek yang diajar. Ada subjek yang tak pernah belajar pun kena mengajar. Tapi banyak kaitan perniagaan dan Teknologi Maklumat. Contoh E-commerce. Apa pun, akak rindu kenangan masa belajar IT dulu. Ada satu subjek, pensyarah suruh akak kaji filem-filem barat yang ada kaitan dengan dunia IT terutama hacker.”
            “Betul? Mia tak tahu pula. Ada ke filem tentang hacker?” Damia membetulkan duduknya diatas kerusi sambil menumpukan sepenuh perhatian pada Zawin.  
            The Net. Itu filem lakonan Sandra Bullock. Filem The Net dikatakan cerita pertama tentang hacker tapi kalau ikutkan zaman sekarang, cerita The Net kira paling cikai la.” Zawin bangun, menuju ke rak bukunya lalu mengeluarkan satu bekas cakera padat. “Nah. Kalau Mia nak tengok filem tentang hacker ada satu akak simpan. Ini dia..” Zawin menghulurkan bekas CD itu kepada Damia.
            Die hard 4?” ujar Damia usai membaca tajuk yang tertera disitu.
            “Ya. Cuba perhatikan apa saja yang bersangkut-paut dengan hacking. Filem ini tidaklah berkisar tentang penggodaman seratus peratus, tetapi lebih kepada aksi. Ada terdapat babak-babak tentang penggodaman seperti algorithm c++, hijack, encrypted dan lain-lain.”
             “Ok. Mia tengok sekarang!” ujar Damia teruja. Dia membuka bekas CD, mengambil cakera padat dan memasukkan kedalam hard disk lap-top .
            “Mia...mana Kak Wan pergi? Dah dua hari tak nampak dia kan?” soal Zawin tiba-tiba.
            “Ha...tu lah. Biasanya kalau dia nak balik kampung ke, kerja luar ke...dia akan beritahu kita. Ini mesej pun tak,” balas Damia.
            “Ada hal kecemasan kot.” Zawin membuat kesimpulan. Dia bangun dan membuat senaman ringkas untuk melegakan tubuh yang terasa kejang. Melihat Damia yang kusyuk menonton filem barat itu, Zawin kembali menghadap lap-top . Mindanya sudah letih berfikir lantas mengalihkan tumpuan pada laman Facebook. Satu kotak bual muncul dibawah.
            Nadiah: As-salam. Sihat?
            Zawin: Wassalam. Baik-baik saja. Dah habis tempoh Houseman kan? Dapat department mana?
            Nadiah: Ya. Dapat department Emergency. Penat. Tak tentu rehat department ni. Is pun dapat department Emergency
            Zawin: Erm. Good.
            Jari jemari Zawin berhenti menaip. Tiba-tiba sahaja mindanya kosong sebaik melihat nama Daniel Iskandar.
            Nadiah: Still there?
            Zawin: Ya. Is...sihat?
            Nadiah: Dia sihat. Badan dia naik semacam. Entah apa la dia makan
            Zawin: Ya ke? Hati dia dah bahagia la tu
            Nadiah: Bahagia?Dia tu nampak je bahagia tapi saya tahu dia menderita. Mungkin dia mengubat hati dengan makanan
            Zawin: Biarlah dia. Saya dah tak nak tahu apa-apa tentang dia
            Nadiah: Ok. Saya cuma kesiankan dia. Daniel Iskandar tak pernah ingat harijadi saya mahupun kawan-kawan yang lain tapi dia ingat hari jadi awak. 16 Ogos yang lepas, dia beria-ria nak telefon awak, tapi saya larang dia sebab nanti dua-dua akan jadi sedih.   
            Zawin menarik nafas dalam-dalam. Wajah Zharif melayang dimindanya. Hubungannya dengan Zharif Zahir masih pucuk amat. Lelaki itu melayannya dengan baik. Dia tidak mahu melukai lelaki itu. 
            Zawin: Jangan cakap tentang Iskandar lagi boleh tak?
            Nadiah: Maaf. Oh ya. Lupa nak ucap. Selamat hari jadi. Semoga panjang umur dan cepat kahwin
            Zawin: Terima kasih. Harap awak yang cepat kahwin
            Nadiah: Haha. Awak la cepat kahwin. Awak kan tua setahun daripada saya
            Zawin: Semakin tua semakin laku! Ingat tu
            Nadiah: Haha. Ya la tu
            Zawin: Erm...cakap pasal kahwin, awak dah ada pengganti ke?
            Nadiah: Alhamdulillah. Doakan saja ok
            Zawin: Wah! Padanlah hati senang. Siapa dia? Doktor juga ke?
            Nadiah: Ya. Dia doktor senior disini
            Zawin: Untunglah. Tapi kan...
            Nadiah: Tapi apa?
            Zawin: Kelahiran 86, ada nombor pelaris. Selalunya terjebak dalam hubungan sulit.
            Nadiah: ish...ish....is...mulut
            Zawin: Bukan mulut la...tapi tangan
            Nadiah: Haha. Macam-macam la awak ni. Ok. Saya ada kerja. Ada masa senang, kita berbual lagi.        
            Zawin tersengih sendiri. Matanya melihat waktu yang tertera dibawah skrin lap-top . Sudah hampir pukul enam petang. Wajah Zharif mengapung dalam laut fikirnya. Lelaki itu tidak menghubunginya seharian. Timbul rasa bimbang dihatinya. Sedang dia mengelamun sendirian, satu mesej masuk ke peti simpanan. Melihat nama Zharif pada skrin telefon, hatinya melonjak gembira. Cekatan tangannya membuka isi mesej.         
            Sometimes I forget to say hi, sometimes I forget to reply, sometimes my message doesn’t reach you, but it doesn’t mean I forget you. I am just giving you time to miss me
            Zawin tersenyum senang usai membaca isi mesej itu. Tangannya laju membalas.
I Looked at my back, I thought I saw you. I Listened eagerly because I thought I heard you,but NO. You  were not there. This made me realized only one thing...Damn! I miss you!
            Zawin tersenyum meleret melihat panggilan masuk daripada Zharif.  
            “Wah. Padanlah mata kanan bergerak. Ada orang rindu kita rupanya.”
            Zawin ketawa halus. “Kemana pergi hari ini? Senyap saja.”
            “Maaf baby. Zharif sibuk sangat hari ni. Tak sempat nak beritahu. Zharif di Johor. Ada urusan di pelabuhan.”
            “Johor? Bermalam disana?”
            “Tak. Tengah malam nanti sampailah di Shah Alam. Mana boleh lama-lama disini. Nanti ada orang rindu...”
            Zawin ketawa lagi. “Kalau begitu, cepatlah balik.”
            Baby...”
            “Ya...”
            “Ada apa-apa yang baby lupa nak buat hari ini?”
            “Apa?”
            “Mana laporan hari ini?”
            Zawin berdehem sekali. “Maaf. Sibuk. Tak sempat nak tulis.”
            “Erm...adakah itu kata-kata perlian?”
            “Mungkin...”
            “Zawin...walau macam mana sibuk sekalipun, tolong beri laporan pada Zharif. Zharif perlu tahu apa yang berlaku pada Zawin.”
            Zawin mengetap bibirnya. “Ya la. Nanti Zawin buat.”
            Baby...kalau dah buat salah, perlu kata apa?”
            “Aye Aye captain!”
            “Tengok tu...main-main ek?”
            “Ya la. Maaf. Zawin tak buat lagi.”
            “Pandai. Tunggu Zharif balik ya. Ada ole-ole untuk Zawin.”
            “Ole-ole?Macam sedap je. Lapar ni...”
            “Haip! Puasa! Tunggu ya. Zharif nak sambung mesyuarat ni. Nanti beritahu juga apa yang Zawin makan masa buka puasa. Ok sayang, bye. Assalamualaikum.”
            “Wah, dalam hati ada taman tu,” tegur Damia bersulam senyuman nakalnya.
            Zawin tersentak. Terasa segan pula apabila sedar perbualannya didengari gadis itu. Dia memuncungkan bibirnya. “Dalam hati ada iman la,” sahutnya selamba. 
*******
            “Apa? Mengandung lagi?” Mata Zawin membulat mendengar berita itu daripada Anas. Raut wajah lelaki berkulit sawo matang, berbaju biru dan berkaca mata itu jelas bahagia.
            Najla tersipu segan. “Ya. Kandungan dah masuk dua minggu,” tambahnya pula.
            “Ya rabbi. Tahniah Anas, Najla,” ucap Zawin gembira.  
            “Terima kasih,” balas Anas. Jari jemari isterinya dikucup lembut.
            Najla menggenggam erat jari jemari suaminya. “Aku risau juga sebenarnya. Al-Fateh baru berusia dua bulan. Takut pula aku tak mampu uruskan,” luah Najla.
            “Tak apa. Kanda kan ada. Lagi pula, kalau kanda tak ada, ada dua zuriat kita dapat temankan dinda,” pujuk Anas lembut.
            Zawin mengangguk. “Betul tu. Rezeki anak tu. Bukan semua orang dapat nikmat mengandung dan melahirkan. Insyaallah. ALLAH akan permudahkan segala urusan kau Najla,” sokongnya pula.
            “Mudah-mudahan,” sahut Najla seraya mengukir senyuman manis.
            “Berita kedua yang kami nak sampaikan...” Anas mengambil cek dari dalam beg tangan Najla lalu menghulurkan kepada Zawin. “Ini...durian runtuh untuk Zawin Az-Zahra.”
            Zawin lambat-lambat menyambut cek itu. Matanya menatap sangsi wajah Anas dan Najla yang tersenyum-senyum penuh makna. Sejurus melihat jumlah nombor yang ditulis pada cek itu, Zawin membundarkan matanya. “Banyaknya!” ujarnya dalam terkejut amat.
            “Kan aku dah kata. Harga pasaran rumah di Shah Alam memang tinggi,” ujar Najla.
            “Aku...tak tahu nak buat apa dengan duit sebanyak ini...” Zawin mengira berulangkali jumlah digit yang tertera.
            “Tu...cuba kau tengok sana,” saran Najla sambil mengunjukkan jari ke arah kapal-kapal dan bot-bot kecil yang berlabuh, berlayar keluar dan masuk ke pelabuhan. Konsep terbuka restoren makanan laut itu membolehkan pengunjung melihat dengan jelas kapal-kapal dagang membawa kontena yang berlabuh di Pelabuhan utara dari Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.
            Zawin mengerdipkan matanya beberapa kali. “Kau mahu aku beli kapal?”
            Najla tergelak kecil. “Bukan ke impian kau dulu, nak beli sampan. Alang-alang beli sampan, baik kau beli kapal.”
            Zawin tersenyum lebar. Hadiah pemberian Zharif terapung dalam laut fikirnya. Kapal layar didalam botol yang sungguh unik. SunShip nama kapal itu. Selajur nama SushiShip melintas dibenaknya, Zawin ketawa halus. Nama kedua yang diberikan Zharif untuk kapal itu benar-benar menggeletek hatinya. “Kapal? Nantilah aku fikirkan,” balasnya ringkas lalu menyimpan cek ke dalam tas tangan. Pandangannya dilontarkan pada cahaya-cahaya neon daripada kapal-kapal yang berlabuh masuk. Pemandangan matahari terbenam ditemani deruan angin pantai begitu cantik dan mengasyikkan!
            “Kau fikir apa tu Zawin?” soal Najla usai merakamkan pemandangan matahari terbenam bersama Anas.
            Zawin tersentak lalu menggelengkan kepalanya. Pandangannya dilontarkan pada kapal-kapal yang sedang berlayar ditengah lautan. “Kapal-kapal itu, masing-masing ada sejarah tersendiri. Manusia juga begitu.”
            Anas dan Najla serentak melontarkan pandangan ke tengah laut.
            “Bila tiba masa kita juga akan berlayar ke destinasi masing-masing. Entah esok lusa, kita akan berpisah, berlayar ke destinasi masing-masing dan mungkin akan berjumpa lima tahun akan datang. Boleh jadi juga tiada lagi pertemuan selepas itu,”tambah Zawin lagi.   
            Najla mengangguk. “Sedih pula apabila memikirkan. Takdir. Siapa boleh jangka bukan?”
            “Anas teringat dua ayat dalam surah Luqman. Tidakkah engkau memerhatikan bahawa sesungguhnya kapal itu belayar di laut dengan nikmat Allah, agar diperlihatkanNya kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kebesaran-Nya. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran-Nya bagi setiap orang yang sangat sabar dan banyak bersyukur.”
            Zawin berpaling, menatap wajah Anas. Lelaki berkaca mata levis itu memang serupa dengan abangnya. Mereka sering mengaitkan dengan apa sahaja yang dilihat dengan kalam Allah, sentiasa mengingatkan insan-insan disekeliling mereka untuk kembali berpaksi pada hadis dan Al-Quran. Bunyi azan maghrib sayup-sayup kedengaran dari masjid berhampiran. Makanan laut yang ditempah mampir ke meja. Zawin makan bersungguh. Hidangan-hidangan yang disediakan terasa enak dan menyelerakan.  
            “Dah lama tak jumpa Zharif. Dia sibuk ke sekarang?” Anas bersuara tiba-tiba.
            “Dia di Johor. Malam nanti balik la,” sahut Zawin bersahaja. Tangannya lincah meleraikan tulang dalam isi ikan bakar, mencicah ke dalam sos kicap lantas memasukkan kedalam mulut. Dia terkedu sebaik mengangkat wajah, menyedari pandangan penuh sangsi  Anas dan Najla.
            “Ada apa-apa yang kau sorok daripada kami?” soal Najla sambil memincingkan pandangan.         
            “Kenapa?” soal Zawin kembali.
            “Zawin nampak berseri lain macam. Tak nak kongsi cerita?” tambah Anas pula.
            Zawin berhenti mengunyah. Sudu dan garfu tergantung ditangan. “Ok. Fine.  Zawin dah terima...err...Zharif,” beritahunya lambat-lambat.
            Anas dan Najla tersenyum penuh makna.
            Najla menyentuh kura tangan Zawin. “Tindakan yang bijak. Kau takkan jumpa lelaki yang lebih baik daripada Zharif,” ujarnya penuh yakin.
            Zawin hanya mampu tersenyum. Hampir pukul sebelas malam, Zawin  sampai ke rumah. Melihat Damia dan Alina sedang menonton televisyen, dia turut menyertai mereka. “Mana Mira?”
            “Dia buka puasa dengan Jamal. Nanti balik la tu,” sahut Alina sambil matanya tetap ditumpukan pada peti televisyen. 
              “Makan kuih beras ni Kak Zawin.” Damia menghulurkan pinggan berisi kuih beras beraneka jenis inti.
             Zawin mengangguk. Dia mengeluarkan snek dari dalam plastik. “Cuba Mia rasa snek rumpai laut ni,” sarannya seraya membuka bungkusan snek  lalu menghulurkan kepada gadis itu.
            “Sedap juga,” komen Damia. “Produk dari Thailand?” Damia meneliti tulisan yang tertera pada bungkusan snek.
            “Ya. Dari Thailand. Mira...ambil satu.” Zawin menghulurkan snek itu kepada Amira. Zawin hampir tergelak melihat gadis itu tetap menatap peti televisyen sambil tangan teraba-raba mencari isi dalam bungkusan snek. “Cerita apa korang tengok ni?” soal Zawin ingin tahu lalu mengalihkan pandangan pada peti televisyen.
            Laverage. Robin Hood versi zaman moden,” balas Damia dalam mulut penuh.
            “Oh cerita ni. Memang bagus.” Zawin mencapai kuih beras berisi kacang merah lalu dimasukkan ke dalam mulut.
            TING!TONG!
            Zawin dan Damia saling berpandangan. Zawin bangun sukarela untuk membuka pintu memandangkan dia masih mengenakan tudung dikepala. Sebaik pintu dibuka, Zawin sudah tersenyum manis melihat wajah ceria Zharif. “Oh, maaf. Salesman tak dibenarkan menjual disini,” selorohnya.
            Zharif sudah ketawa besar. “Tapi saya nak beli anak orang disana,” sahutnya sambil menjuling-julingkan mata.
            Zawin menjeling manja. Pintu pagar dibuka. Wajah ceria lelaki itu ditatap bersungguh.
            Miss me?” soal Zharif bersulam senyum nakal.
            “Mungkin,” balas Zawin.
            Zharif tersenyum senang. “Tak nak mengaku la tu. Nah. Khas untuk eyes smiles princess.” Zharif menghulurkan sebuah bungkusan sederhana besar kepada Zawin.
            “Terima kasih.” Zawin membelek-belek bungkusan berwarna biru itu. “Ini ke ole-ole johor?”
            Zharif ketawa menyeringai. “Ole-ole untuk Zawin peluk.”
            Zawin menjeling manja.
            “Sayang...Zharif nak masuk dulu. Belengas badan. Nanti Zharif telefon ya,” pinta Zharif. Tali leher putih dilonggarkan daripada kemeja hijau lumut.
            “Ya. pergilah mandi.” Zawin menutup pintu pagar dan mengunci mangga. Menyedari
Zharif masih berdiri disitu, Zawin terus menatap wajah lelaki itu.
            “Jangan lupa satu perkara...”
            “Apa?”
            “Aishiteru...teruterubozu...” ucap Zharif, mengenyetkan mata kiri lalu berlalu pergi.
            Zawin menahan senyum. Sambil mengatur langkah ke bilik, bungkusan hadiah itu direnung penuh sangsi. “Ole-ole untuk dipeluk? Apakah maksudnya?” bisiknya perlahan. Zawin melabuhkan punggung diatas tilam dan membuka hadiah itu. Melihat bantal lonjong berwarna kuning dengan ukiran wajah kartun spongebob disitu, Zawin tergelak besar. “Ooo...ini yang dia kata untuk dipeluk.”
            TING TONG!!!
            Sekali lagi bunyi pintu rumah kedengaran. Zawin mengerutkan keningnya. Zharif kah? Tebak hatinya. Pantas langkahnya diatur keluar dari bilik. Dia hairan melihat Wan Ezza muncul dalam kurung merah dalam wajah sugul. Rambut gadis itu kelihatan berserabut. “Kak Wan dari mana?” soalnya usai membukakan mangga untuk gadis asal Kedah itu.
            “Dari kampung. Maaf, kunci Kak Wan tertinggal,” jawab Wan Ezza tenang. Dia berjalan masuk, meletakkan tas tangan diatas meja makan dan melabuhkan punggung diatas kerusi.
            Zawin mengunci semula mangga lalu bergegas masuk ke dalam rumah.
            “Eh Kak Wan. Kemana hilang?” soal Damia usai menyedari kelibat gadis itu.
            “Balik kampung. Ayah Kak Wan meninggal,” beritahu Wan Ezza.
            “Hah? Meninggal?” Damia dan Alina serentak bangun dan mendekati Wan Ezza.
             Zawin kaget mendengar berita itu. Dia hanya memerhatikan Damia dan Alina saling mengucapkan takziah kepada Wan Ezza.
            “Tak apa. Takdir. Kak Wan tak menyesal sebab ayah Kak Wan meninggal dalam keadaan baik, atas riba mak. Cuma tak sangka dia pergi secepat ini...”
            “Sabarlah Kak Wan. Ujian. Entah esok lusa...kami pula,” pujuk Alina.
            Zawin hanya membungkam. Badannya disandarkan pada dinding berhadapan meja makan.
            “Tak apa. Apa yang penting, adik-beradik kami bersama-sama mandikan mayat ayah. Masa mayat...”
            TING TONG!!!
            “Oh mak kau!!!” Damia melatah seraya mengurut dadanya. Dia yang sejak tadi berasa seram sejuk dengan berita kematian itu, bertambah terkejut dengan bunyi loceng itu.
            Masing-masing  mengurut dada gara-gara terkejut dengan bunyi loceng yang menganggu perbualan mereka.
            Zawin yang berada berhampiran pintu, terus membuka pintu. “Mira rupanya. Tertinggal kunci ke?” soalnya sejurus melihat gadis itu didepan pintu pagar.
            “Err...bukan...” balas Amira dalam serba salah.
            “Dah tu kenapa?” Zawin menyarung kasut lalu menghampiri pintu pagar.
            “Kunci ni....patah....” beritahu Amira lambat-lambat.
            “Hah?” Zawin berusaha menahan tawanya daripada terhambur melihat separuh kepala kunci berada ditangan gadis itu, bahagian lain yang patah berada didalam mangga. “Macam mana kunci boleh patah?” soalnya. Tangannya berusaha menarik kunci yang patah dari dalam mangga.
            “Kunci tu macam lembik saja. Tak sangka boleh patah.” Amira bersuara lirih.
            Zawin berdehem beberapa kali. Dia menahan senyum melihat wajah gadis itu seperti mahu menangis. Tangannya bergilir-gilir dengan tangan Amira mengeluarkan kunci daripada mangga namun masih tidak berjaya.
            “Biar Kak Wan cuba pula.” Wan Ezza datang menghampiri.
            Zawin pantas berundur dan masuk ke dalam rumah semula. Pintu dibiarkan terkuak luas dan diselak dengan penahan pintu. Dia hanya memerhatikan usaha Wan Ezza dan Alina mengeluarkan kunci itu pula.
            “Tak boleh la. Kunci masuk makin dalam,” rungut Wan Ezza. Dia berpaling memandang Zawin dan Damia yang tercegat didepan muka pintu. “Ada tukul tak? Besi ke? Nak tak nak kita kena potong mangga ni.”
            Damia dan Zawin pantas menggeleng.
            “Macam mana ni? Rumah ni memang tak ada tool box.” Wan Ezza mengurut bawah dagunya. “Macam mana nak buat ni...” Wan Ezza mengerah mindanya. Cuba mencari solusi masalah yang berlaku ditengah-tengah malam itu.
            “Ala...dah pukul dua belas tengah malam ni...” Amira menatap jam tangannya dalam gelisah.
            “Itulah. Kami semua didalam. Boleh tidur. Mira nak tidur dimana?” usik Wan Ezza.
            “Ala...Mira nak tidur juga...” Amira hampir-hampir menangis disitu apabila membayangkan dia terpaksa tidur di luar.
            “Kita ada jiran lelaki kan? Cuba tekan loceng rumah dia,” saran Alina tiba-tiba.
            “Boleh ke?” soal Amira.
            “Apa pula tak boleh? Kalau betul lelaki tu budiman, dia akan tolong kita. Cuba la Mira,” saran Alina bersungguh.
            Zawin membundarkan matanya. Dia tidak terfikir pula untuk meminta bantuan lelaki itu.
            Amira teragak-agak menapak ke rumah jiran sebelah sebelum menekan loceng rumah itu. Ditekannya beberapa kali sebelum seorang lelaki kacak muncul dimuka pintu dalam pakaian tidur. “Maaf menganggu. Err...kunci mangga rumah kami...patah. Boleh...tolong tak?” pintanya tersekat-sekat.
            “Boleh. Tunggu sekejap ya,” balas Zharif sebelum menghilang kembali ke dalam rumah.
            Amira meloncat-loncat kegembiraan. “Yes. Dia nak tolong!” ujarnya lalu menghela nafas lega.
            Beberapa minit kemudian Zharif muncul bersama peti pekakas. Dia membelek lubang mangga, meneliti serpihan kunci yang tertinggal sebelum mengambil peralatan yang tepat untuk mengeluarkan kunci. “Dahsyat la kunci boleh patah. Makan tongkat ali ke apa?” selorohnya bersahaja, menatap sekilas wajah gadis manis berdahi denjul itu sebelum menyudahkan tugasnya.
            Amira ketawa terkekeh. Dia tidak menyangka lelaki kacak itu pandai melawak. Tawanya berderai mengiringi tawa Alina, Wan Ezza, Zawin dan Damia.
            “Ok. Dah selesai,” ujar Zharif apabila lebihan kunci yang patah itu berjaya dikeluarkannya.
            Masing-masing bertepuk tangan tanda kagum.
            “Wah. Lelaki memang hebatlah. Semua benda boleh diselesaikan” puji Alina bersungguh.
            “Lelaki memang hebat...” Zharif mengangkatkan keningnya, menjeling sekilas wajah Zawin di hadapan muka pintu sebelum menyambung kata. “Lelaki bukan sahaja boleh bukakan kunci dalam mangga, tapi juga bukakan mangga hati.”
            “Oh! Sweet nya....” Amira terasa lututnya lemah mendengar kata-kata itu apalagi melihat senyuman lelaki itu.
            Zawin mengigit bibir bawahnya. Kata-kata itu betul-betul terkena pada batang hidungnya.
            Zharif tersengih. Dia berundur ke belakang. “Have a nice sleep you all. Assalamualaikum, ” ucapnya lalu beredar pergi.
            “Terima kasih....” ucap Amira dan Alina serentak.
            Wan Ezza ketawa halus lalu menapak masuk ke dalam rumah.
            Zawin menghampiri pintu pagar dan membukakan mangga untuk Amira. Dia menggelengkan kepalanya mendengar kata-kata pujian Amira dan Alina mengenai Zharif.
            “Untunglah siapa dapat lelaki tu,” ujar Damia sebaik pintu ditutup. Dia tersenyum nakal merenung wajah Zawin.
            Zawin tersenyum lebar, mengangkat bahu dan beredar masuk ke dalam bilik. Nada dering detektif Conan menjerit nyaring. Zawin menanggalkan tudung hijau dari kepala sebelum menjawab panggilan itu.
            “Ada apa-apa nak cakap pada Zharif?”
            Zawin ketawa halus. “Ya. Zharif memang hebat. Terima kasih sebab tolong kami.”
            “Mangga hati Zawin dah terbuka. Kan? Kan?” usik Zharif.
            Zawin menahan senyum. “No comment,” balasnya ringkas.
            “Tak nak ngaku ek?. Tak apa. Banyak lagi masa. Baby...letih sangat hari ini. Sahur nanti kejut macam biasa ya?”
            “Ya. Ada apa-apa yang Zharif nak makan? Kalau Zawin tahu masak, Zawin usahakan.”
            “Ala...Zawin buat nasi goreng pun dah sedap tak terkata. Masak apa-apa pun Zharif makan.”
            “Erm....cuba fikir. Apa makanan yang Zharif dah lama tak makan tapi Zharif teringin nak makan.”
            Zharif membetulkan bantal dibawah kepalanya, berfikir sejenak. Matanya merenung syiling bilik kemudian berkalih baring ke arah kanan. Fram gambar diatas meja kerja dicapai. Wajah ibunya ditatap bersungguh. “Khao Man Gai,” beritahunya.
            Khao Man Gai? Nasi ayam? Kan?” soal Zawin.
            Zharif tersentak. “Zawin tahu?”
            “Tahu. Arwah kak ipar suka masak. Dia asal dari Fatani, tempat Abang Zafuan belajar ,” jelas Zawin.
            Zharif tersenyum senang. “Kalau macam tu...Zawin masak Khao Man Gai. Sekalipun tak sama macam yang Zharif biasa makan pun tak apa.”
            “Insyaallah takkan sama,” seloroh Zawin lalu tergelak kecil.
            Zharif turut tergelak. “Baby...”
            “Ya...”
            “Chan Rak Khun...”
            Zawin tersenyum meleret. Kata-kata cinta dalam bahasa Thai itu kerap dilafazkan abangnya untuk mengusiknya. “Ya.”
            “Ala...Zawin jawab tu saja? Tak nak balas?”
            “Zharif pergi tidur. Letih kan? Zawin nak perap ayam dulu sebelum tidur. Ok?”
            “Ya la. Ada apa-apa pesanan sebelum Zharif tidur?”
            “Baca niat puasa.”
            “Lagi?”
            Sit-up. Perut tu makin buncit.”
            “Zawin...kenapa anggap Zharif macam Mr.Krab? Ketam buncit itu jenis mata duitan dan pentingkan diri. Zharif bukan macam tu...”
            Zawin tersengih. “Ya la. Zharif macam spongebob. Setiakawan, suka buat lawak, pandai masak, perut kempis, mata bulat, bulu mata lentik...”
            Zharif tergelak dihujung talian. “Ha...itulah Zharif. Jangan lupa peluk bantal spongebob masa tidur ya.”
             Zawin ketawa lagi “Ya. Sila tidur.” Usai mematikan talian,  Zawin mencapai kotak hitam berbaldu biru tua pemberian Fuad diatas meja. Loket kunci berbentuk hati itu direnung bersungguh. Tangannya menyentuh dada. “Adakah pintu hati ini...telah terbuka?” bisiknya perlahan.
********
            “Bangun!” sergah Zawin apabila Zharif dilihatnya menyambung tidur diatas sofa putih. Dulang yang ditatang, diletakkan atas meja kayu dan melabuhkan punggung diatas sofa berhampiran. 
            Zharif menggeliat beberapa ketika. “Mengantoknya...” ujarnya lalu membuka mata dan duduk tegak. Matanya terbuka luas sebaik hidungnya menangkap bau hidangan yang diatas meja. “Bau ini...”
            Khao Man Gai,” ujar Zawin. “Dah lupa ke? Zharif yang minta Zawin masakkan.”
            Zharif menganggukkan kepalanya. “Memang. Tapi...”
            “Ya...Zawin tahu...bukan seperti yang Zharif biasa makan. Zawin buatkan nasi ni jadi kuning. Khao Man Gai biasanya nasi warna putiih.”
            Zharif menatap wajah Zawin sejenak sebelum membaca doa makan dan menyuap hidangan nasi ayam ala Thai itu. “Macam...” Zharif memejamkan mata.
            Zawin mengangkat keningnya.
            “Sama....macam...” Zharif memasukkan isi ayam yang dicicah sos cuka ke dalam mulut, mengunyah perlahan sambil matanya menatap wajah Zawin dalam mata yang bersinar gembira. “Sama macam...nasi ayam ibu Zharif,” beritahunya bersungguh. Sup ayam dihirup berulang kali.
             Zawin terpana. “Betul ke?”
            Zharif mengangguk bersungguh. “Sedap. Mesti Zawin masukkan serbuk kunyit dan serbuk kari dalam nasi kuning ni kan?”
            Zawin tersengih. “Ya. Zawin suka buat resepi ciptaan sendiri.”
            Zharif merenung wajah Zawin sejenak. “Zawin banyak ingatkan Zharif pada arwah ibu.”
            “Kenapa?” Zawin tersenyum simpul. Sup ayam dihirup perlahan.
            “Ibu suka warna kuning. Ibu selalu kata yang kuning adalah warna matahari dan warna cinta,” jelas Zharif lalu menyuap gaulan nasi bersama isi ayam kedalam mulut.
            “Oh begitu...” Zawin merenung bersungguh wajah lelaki itu.
            “Selama bertahun kata-kata ibu tergiang-giang pada telinga dan selepas jumpa Zawin baru Zharif mengerti. Zawin bukan sahaja berjaya pegang hati ini tetapi juga berjaya mengubat rindu Zharif pada arwah ibu. Terima kasih. Zharif betul-betul maksudkannya. Ikhlas dari hati ini.” Zharif meletakkan tapak tangan pada dadanya.
            Zawin tersenyum simpul. Tangannya mengipas wajahnya yang tiba-tiba terasa hangat. Kata-kata lelaki itu kedengaran telus dan terasa menusuk kedalam jiwa. Pandangannya dilarikan pada sofa putih yang diletakkan ditepi koridor berdepan rumah lelaki itu. “Panjang pula hayat sofa ni disini. Biasanya dah kena kebas awal-awal,” ujarnya bersahaja.
            “Nak tahu kenapa?” Bibir Zharif menguntum senyuman nakal.
            Zawin mengangkat kedua bahunya.
            “Zharif kata pada pihak pengurusan macam ni. Encik, jangan ambil sofa depan rumah saya. Saya nak dating dengan buah hati saya disitu.”           
            Zawin membulatkan matanya. “Zharif kata macam tu?”
            Zharif mengangguk seraya ketawa halus. Hidangan nasi ayam dalam pinggan dinikmati bersungguh. “Sedap betul. Zawin memang pandai masak,” pujinya lagi.
            Zawin menahan senyum. “Bukan semua hidangan Zawin boleh masak. Kek dan pastry memang mengaku kalah awal-awal,” beritahunya.
            “Kenapa?”
            “Memang tak reti nak ukur bahan. Sungguh leceh,” rungut Zawin.
            “Eh, bukan ke Zawin yang buat kuih tepung pelita dikampung dulu?” soal Zharif.
            Zawin ketawa halus. “Zawin buat adunan tu dengan pantauan mak. Kalau buat sendiri, pasti takkan menjadi.”
              Zharif merenung wajah Zawin. “Zawin tak pandai buat kuih atau kek pun tak apa. Zharif tetap sayang Zawin.”
            Zawin terasa wajahnya membahang. Dia berdehem-dehem beberapa kali untuk meredakan rasa pelik yang hadir. “Makan tu bagi habis!” arahnya dalam nada keras.
            Zharif tersenyum-senyum penuh makna sambil  menyuap nasi kedalam mulut. “Apa rancangan hari ini? Cuti kan?”
            Zawin mengangguk. Sup ayam dihirup perlahan. “Kemas rumah. Bulan puasa, nak pergi mana sahaja kan?”
            “Esok teman Zharif boleh?”
            “Kemana?”
            “Bandar Kinrara.”
********
            “Zawin berminat nak beli?” soal Zharif usai melawat dua buah unit rumah teres. Dia bersandar selesa pada badan Mercedes biru metalik itu.
            Zawin meneliti brosur ditangan, membaca setiap informasi berkaitan rumah teres di kawasan perumahan Sentosa Kinrara itu. “Kenapa ejen hartanah Zharif tawarkan dua unit rumah ni?” soalnya ingin tahu.
            “Rumah lot tepi tu pinjaman bank tak lepas dan lot tengah tu pula pelanggan tolak,” jelas Zharif.
            Zawin menimbang-nimbang dalam laut fikirnya. Terbayang wajah Najla dan Anas yang menyarankannya melakukan pelaburan hartanah. “Apa pendapat Zharif?” Zawin menatap tepat sepasang mata memukau lelaki itu.
            Zharif merenung rumah teres dua tingkat dihadapannya. “Ikut pengalaman, bandar ini bagus untuk buat pelaburan. Tiga tahun lalu bandar ini tidaklah sibuk seperti hari ini. Kawasan baru tak banyak dibuka. Harga rumah pun masih boleh tahan. Rumah lot tengah masih ada yang berharga tiga ratus ribu sahaja, tetapi sekarang, lot tengah dah capai harga lima ratus ribu ke atas dan harga rumah dijangka terus melambung naik. Apa lagi sejak pasaraya Giant dibuka, deretan kedai-kedai dibina, rumah pangsapuri, lot banglo dan kondominium pun tumbuh macam cendawan selepas hujan. Bandar Kinrara merupakan pelaburan terbaik untuk pelaburan hartanah,” jelasnya lebih lanjut.
            Zawin mengangguk beberapa kali. “Zharif ada rumah disini?”
            Zharif mengangguk. “Mari Zharif tunjukkan.” Zharif membuka pintu kereta bahagian penumpang. Sebaik Zawin memasuki perut kereta, dia turut meloloskan diri masuk. “Pak Hadi, kita ke BK6 Melodi Kinrara,” arahnya kepada lelaki separuh baya berambut putih, berjanggut nipis itu.
            “Baik boss.”
            Kereta buatan Jerman itu meluncur perlahan menuju tempat yang dituju.
            “Ini...rumah yang Zharif beli tahun lepas,” beritahu Zharif sebaik berada dihadapan rumah teres tiga tingkat itu.
            “Berapa harga rumah ni?” soal Zawin.
            “Enam ratus tujuh puluh ribu. Itu harga awal tahun lepas. Harga tahun ni dah naik sehingga ke lapan ratus ribu. Ramai telefon berminat nak beli, ejen-ejen hartanah tak usah cakap la tapi bila datang tengok, tak jadi nak beli.”
            “Kenapa?”
            “Bangsa cina sangat percayakan Feng Shui. Hanya kerana ada stesen TNB di belakang rumah ini, mereka tak nak beli sebab katanya panas, hilangkan rezeki dan mendatangkan penyakit. Jadi, rumah ini masih belum dapat dijualkan. Tak apa la Zharif belajar sesuatu, jika nak beli rumah yg sederhana tinggi, mesti belajar sedikit tentang unsur Feng Shui. Bukan percaya sangat tetapi jika nak membuat pelaburan untuk beli dan jual rumah, ilmu Feng Shui kena tahu juga.”
            Zawin mencemberutkan bibirnya. “Kenapa cina? Bangsa lain tak ada beli ke?”
            “Bukan tak ada pembeli bangsa lain berminat nak beli tetapi pinjaman bank selalu tak lepas. Pendapatan mereka tak cukup. Gaji lima ribu pun tidak lepas sebab kalau harganya enam ratus ribu, bayar deposit terus enam puluh ribu. Hanya orang berniaga seperti bangsa cina yang mampu membeli rumah berharga lebih tujuh ratus ribu ke atas. Mereka sekali beli sehingga lima atau enam unit rumah.”
            Tangan Zawin mengusap bawah dagunya berulang kali. “Kalau kata kedudukan rumah ni tak baik, apa kata rumah ni wakaf sahaja untuk anak-anak yatim. Jadilah baik dan berkat nanti,” sarannya.
            Zharif tersenyum lebar, menatap wajah gadis itu dengan pandangan penuh makna. “Zawin memang sama dengan ibu,” ujarnya bersahaja.
            Zawin menjeling sekilas sambil berpeluk tubuh. “Area mana lagi Zharif beli rumah?”
            “Awana Kinrara,” balas Zharif.
            “Awana Kinrara...erm...sedap namanya,” puji Zawin.
            “Marilah kesana.”
            Kereta Mercedez itu bergerak lagi. Zawin tersenyum melihat pembangunan bandar Kinrara. Memang pesat dan padat. Bisik hatinya. Zawin mengalihkan pandangan pada Zharif disebelahnya yang tersenyum-senyum sendiri membaca sekeping kertas. “Apa yang lawak tu?” tegurnya.
            “Soalan skala hubungan minggu ini. Setiap minggu petang jumaat setiausaha Zharif, namanya Salina akan jawab soalan dalam kertas ni. Nak baca?” Zharif mengangkat keningnya.
            “Boleh baca ke?” soal Zawin teragak-agak.
            “Ya.” Zharif menghulurkan kertas biru itu kepada Zawin.
            Zawin akur dan pantas membaca.
            Dalam skala 1 sehinga 10, berikan nilai kualiti hubungan minggu ini
            “Wah, ini dah macam borang penilaian yang Zawin beri pelajar pada setiap akhir semester, tapi tak sangka pula Zharif buat juga pada staf. Mingguan pula tu,” ujar Zawin teruja.
            Zharif mengangguk. “Zharif belajar buat macam ni daripada seorang taikun perniagaan di England. Soalan begini sangat bagus untuk mengetahui ketidakpuasan hati seseorang terutamanya pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan. Selain itu bagus untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan pekerja apatah lagi pasangan. Berapa skala Salina nilaikan hubungan kami minggu ini?” soalnya.
            Zawin meneliti nombor yang dibulatkan dalam senarai nombor yang tertera. “Lapan,” balas Zawin.
            “Soalan seterusnya?”
            “Apa yang perlu dilakukan untuk mencapai skala 10?”
            “Cuba bacakan komen Salina,” arah Zharif lagi.
            Zawin berdehem sekali sebelum membaca komen itu. “Kita sepatutnya berjumpa untuk bincangkan tentang jadual minggu depan tetapi bos sering tak ada masa malah tak pernah telefon saya semula. Saya rasa tak penting dan tidak diperdulikan. Saya nak bos berikan perhatian pada saya juga. Hal lain, saya rasa bos tak berikan kerja yang penting pada saya. Saya nak lebih tanggungjawab, saya nak bos percayakan saya untuk tugas lain. Saya perlukan cabaran.” Mata Zawin dikerdipkan beberapa kali. Seakan tidak percaya. Matanya dikalihkan pada Zharif. “Sungguh berterus terang...”
            Zharif ketawa halus. “Memang bukan sesuatu yang mudah diterima tetapi dengan melakukan seperti yang diminta, situasi menang-menang akan terjadi. Dia akan menjadi setiausaha yang gembira dan mampu bertugas dengan lebih baik untuk Zharif dan syarikat.”
            Zawin mengangguk lalu menghulurkan kembali kertas ditangan kepada Zharif. Dia bingung apabila Zharif menghulurkan kertas yang lain kepadanya.
            “Zharif rasa sudah tiba masa untuk membuat penilaian pada hubungan kita.” Zharif tersenyum lebar sambil mengangkatkan keningnya.
            Zawin memuncungkan bibirnya. “Perlu ke?”
            “Terpulang.”
            Zawin mencapai kertas itu lambat-lambat. “Selepas tiga bulan, baru Zawin nilaikan. Boleh?” pintanya.
            Zharif mendepakan tangannya. “Terpulang pada sayang.”
            Zawin tersenyum senang. Dia melontarkan pandangan ke luar tingkap. “Kita dah sampai?”
            “Dah. Tak perasan ke?”
            Zawin tersenyum segan. Entah bila kereta itu berhenti. Lelaki separuh baya ditempat pemandu tersenyum simpul apabila bersabung pandang dengannya. Zawin pantas keluar daripada perut kereta. Tiupan angin bukit terasa mendamaikan perasaannya. Dia merenung papan tanda didepan kawasan perumahan yang masih dalam pembinaan itu. “Awana...nama yang menarik,” ujarnya kepada Zharif.
            Zharif mengangguk. “Semua nama perumahan di bandar ini...ada kaitan dengan Feng Shui. Semakin tinggi kedudukan di atas bukit, Feng Shui akan lebih bagus,” jelasnya.
            “Rumah teres juga disini?”
            Zharif menggeleng. “Perumahan jenis banglow dan semi-D. Harganya semua jutaan. Tak ada ratusan ribu.”
            “Membazir saja,” getus Zawin seraya menggelengkan kepalanya.
            Zharif ketawa besar. “Inilah yang dinamakan pelaburan. Jangan tak tahu, Najla dan Anas pun dah booking rumah di Awana Kinrara ni,” beritahunya.
            Zawin menjuihkan bibirnya. “Mereka berdua tu memang tak sayang duit. Tak takut ambil risiko besar,” bebelnya.
             Zharif tersenyum lebar. “Baby kan ada dalam kelas MBA dulu. Pelaburan hartanah adalah pelaburan paling bijak sebab cukai yang dikenakan rendah malah ada sesetengah pelaburan yang tidak dikenakan cukai langsung. Baby kan bijak. Sayang sangat kalau baby lepaskan dua rumah teres di Sentosa Kinrara tadi.”
            Zawin menimbang-nimbang dalam laut fikirnya. Dia sedar selama ini dia sentiasa berada dalam zon selesa dan takut mengambil risiko. Memikirkan ada Anas, Najla dan Zharif sebagai rujukannya kelak, sudahnya dia membuat keputusan sebulat hati. “Ok. Zawin beli,” putusnya.
            Zharif tersenyum gembira. “Memang keputusan yang bijak. Kita uruskan pembelian rumah dulu, lepas tu pergi Giant ya.”
            “Nak buat apa?”
            Zharif tersenyum-senyum penuh makna.
*******
           











BAB 37

            “Kuih Seri Muka? Ala...Zawin tak pandai buat...” rungut Zawin. Matanya meneliti bahan-bahan yang dipilih Zharif dalam troli.  
            “Tak reti, boleh belajarkan?. Minggu ini kan minggu Zawin masak,” balas Zharif lembut.
            “Beli saja la...ya?” rayu Zawin.
            Zharif menggeleng. “Tak nak. Biasa kalau Kuih Seri Muka yang beli di bazar, susah nak dapat yang betul-betul sedap. Selalu dapat yang tak cukup lemak, bahagian atas banyak tepung, pulut keras dan macam-macam lagi.”
            “Ala...Zawin buat tak pernah jadi sebelum ni sampai fobia.  Kepala kuih tu asyik cair saja lepas tu masuk dalam pulut. Kalau tak jadi lagi macam mana?”
            Zharif tersenyum simpul. “Zharif akan makan semuanya,” ujarnya memberikan jaminan.
            “Betul ni?” Zawin merenung wajah lelaki itu.
            “Ya sayang. Percaya lah. Zharif tak akan gelakkan Zawin pun.”
            Zawin menghela nafas lega. “Ok. Kalau macam tu, Zawin cuba,” putusnya.
            “Lepas ni kita cari bunga telang pula ya?”
            “Untuk apa tu?”
            “Kalau tengok nasi kerabu, guna bunga telang lah untuk beri warna biru secara semulajadi. Jadinya, warna biru ni untuk lapisan pulut      Kuih Seri Muka.”
            Zawin mengerutkan keningnya. “Tak pernah tengok pula ada warna biru pada pulut Kuih Seri Muka. Resepi mana tu?”
            “Resepi cina-peranakan. Nenek suka buat. Suatu masa nanti, Zharif akan bawa Zawin jumpa nenek.” Zharif menyorong troli perlahan.
            Zawin membundarkan mata lantas menahan troli daripada bergerak. “Jumpa ne...nek? Biar Betul?” soalnya tersekat-sekat. Tiba-tiba dia diserang rasa gelabah tak menentu.
            “Apa pula tak betul? Zharif serius ni.”
            “Err...tapi...hubungan kita baru lagi...”
            Zharif berpeluk tubuh, merenung nakal wajah gadis dalam tudung putih dan blouse merah jambu itu. “Siapa kata dalam masa terdekat?”
            Zawin terasa wajahnya hangat. Dia menjeling geram. Matanya dikalihkan pada kemeja merah jambu yang dikenakan lelaki itu. “Pakai warna ni, tak takut kena kacau dengan gay dan mak nyah ke?” perlinya, memalingkan wajah lalu menyorong troli ke kaunter bayaran.
            Zharif meneliti kemejanya. Sejurus memahami maksud perlian itu, dia  ketawa besar. Peristiwa ditepuk punggung oleh golongan transgender dalam tandas KLCC dahulu terlayar dibenaknya. Laju dia menapak, menghampiri Zawin yang sedang beratur menanti giliran. “Kalau Zharif kena kacau lagi, Zawin kan ada Silat. Nanti boleh seligi-seligi kepala nyah and the geng,” ujarnya selamba.
            Zawin menjuihkan bibirnya. “Apa guna ada Tomoi? Dengan nyah pun boleh lemah.”
            Zharif ketawa halus. “Zharif memang insan yang lemah.”
            Zawin menjeling geram. “Ada saja nak dijawabnya,” bebelnya.
            “Dah ada mulut, jawab saja la,” usik Zharif lagi.
            Zawin malas melayan lelaki itu. Barang-barang dalam troli dipunggah dan diletakkan diatas meja kuanter bayaran. Melihat wajah nakal Zharif, Zawin terus berundur ke belakang. “Zawin kedekut bulan ni. Lagi pun banyak barang-barang Zharif. Sila bayar sendiri,” ujarnya bersahaja.
            Zharif tersenyum meleret. “Tak apa. Jumlah ini nanti, Zharif tolak daripada duit hantaran,” balasnya selamba.
            Zawin berusaha menahan tawanya. Dia memang tidak akan menang setiap kali berdebat dengan lelaki ini. Matanya meneliti pergerakan tangan lelaki itu sewaktu barang-barang diimbas oleh mesin pengimbas. Zharif menyebut jumlah harga barang-barang itu sebelum jumlah itu tertera di mesin bayaran. Hatinya berputik rasa kagum. Sejak dulu, hatinya tertanya-tanya apa rahsia disebalik gerakan tangannya itu.
            “Pak Hadi, kita ke Kristal Heights dulu ya? Ada barang saya nak ambil,” pinta Zharif sejurus kereta itu berhenti pada lampu isyarat. 
            “Ok.”
            Zharif berpaling memandang Zawin disisi kanannyaa. “Dari tadi ekor mata Zharif tengok Zawin pandang Zharif lain macam. Ada apa-apa persoalan yang berlegar dalam kepala tu?” tegurnya.
            Zawin tersipu malu. Dia berdehem beberapa kali. “Zharif pernah kata dulu kan, bila Zawin dah jadi pasangan Zharif, Zawin boleh tanya apa sahaja kan?”
            Zharif tersenyum lebar. “Ya. Tanya lah.”
            “Apa rahsia disebalik gerakan tangan Zharif dikaunter tadi?” soal Zawin tidak tunggu lagi.
            “Itu kalimah Subhanallah,” balas Zharif. “Guru silat pernah ajar. Bila kita gerakkan jari jemari kita mengikut bentuk kalimah subhanallah, minda kita akan bekerja dengan pantas. Pengiraan dalam minda akan lebih pantas berbanding kalkulator itu sendiri,” tambahnya lagi.
            Zawin terangguk-angguk penuh kagum. Itu rahsianya. Desis hatinya.
            BUMMP!!!
            Kereta terasa bergegar. Sebuah motosikal yang ditunggangi remaja lelaki menghentam bahagian depan kereta. Bunyi break kecemasan berkeriut nyaring.
            “Kamu berdua ok?” soal Pak Hadi sedikit cemas.
            Zharif dan Zawin serentak mengangguk.
            Zawin terpaku dengan kejadian tidak disangka itu. Dia merenung tangan Zharif yang berada dilehernya, menahan wajahnya daripada menghentam kerusi pemandu. 
            “Zawin ok?” soal Zharif tenang.
            Zawin mengangguk.
            Zharif menghela nafas lega. Dia keluar dari perut kereta bersama dengan Pak Hadi. Melihat remaja lelaki yang sedang mengerang kesakitan diatas jalan raya, pantas dia membantu.
*******
            Apa tak kena dengan lap-top  Mia tu kak Zawin?” soal Damia dalam resah. Tugasan kelas masih banyak tidak disiapkan, lap-top  Compaq itu pula buat hal pada saat-saat penting begini. 
            Tangan Zawin lincah bekerja, mencari punca skrin lap-top  itu tidak berfungsi biarpun setelah dihidupkan. “Hari itu akak ada tegur kan, lap-top  Mia berbunyi pelik dan panas semacam. Akak rasa masalah motherboard.” simpulnya.
            Damia mengeluh berat. “Mahal tak kalau nak baiki?”
            Zawin menatap wajah gadis lalu mengangguk. “Motherboard mahal. Paling murah yang akak tahu, lima ke lapan ratus. Better Mia beli lap-top  baru. Lagi pula syarikat Compaq ni dah dibeli syarikat HP tahun lepas. Kalau berlaku kerosakan mana-mana lagi, takut susah nak cari sparepart,” sarannya bersungguh.
            “Rasa nak menangis...adoyai.” Damia terus berbaring diatas katilnya sambil bergolek-golek dalam resah. “Lap-top  mahal! Kerja berlambak lagi ni,” rungutnya geram.
            Zawin menahan tawa. “Akak ada lap-top  ACER. Dah lama tak guna sejak ada MacBook. Nak guna tak?”
            Damia terus bangun. “Boleh ke?”
            Zawin mengangguk lalu menarik keluar beg hitam daripada bawah katil. “Guna lah.” Zawin menghulurkan beg hitam itu kepada gadis berkulit putih kuning itu.
            “Terima kasih. Tak tahu nak kata apa,” ucap Damia dalam nada manja.
            Zawin menepuk lengan gadis itu. “Cepat buat kerja.”
            “Lelaki tak guna! Sial!”
             Zawin dan Damia saling berpandangan. Mereka serentak keluar dari bilik sejurus mendengar suara marah-marah di ruang tamu.
            “Lelaki memang tak guna!” Wan Ezza penuh geram. Dia mencampakkan tas tangannya diatas meja lalu terduduk diatas lantai dan menangis teresak-esak. 
            “Kenapa Kak Wan?” soal Damia teragak-agak.
            “Aizat! Dia curang! Bunga kantan tu memang nak kena ganyang!” balas Wan Ezza berapi-api. Air matanya luruh bagaikan air hujan.
            “La...macam mana Kak Wan dapat tahu?” soal Damia lagi.
            Facebook!  Akak tengok si bunga kantan tu pos ayat-ayat cinta di wall Facebook Aizat. Akak bagi mesej pada Facebook bunga kantan. Dia memang mengaku bercinta dengan Aizat! Bila akak tanya Aiman, dia mengaku akhirnya. Memang la kami ada krisis baru-baru ini, tapi tak sangka dia pasang perempuan lain! Memang lelaki tak guna!” Wan Ezza menyapu air matanya berulang kali. Dia bangun, mencapai tas tangan lalu bergegas masuk ke bilik. Berdentum kuat pintu itu apabila ditutup dengan sekuat tenaga.
            Zawin menelan liurnya. “Kesian. Dahsyatnya penangan Facebook,” komennya. Mindanya melayang pada hari media sosial itu menemukannya dengan Dr.Dian seterusnya mencetuskan pergaduhan dengan Daniel Iskandar.
            Damia menghela nafas pendek. “Tak hairan la Kak Zawin. Tahun lepas, Facebook menjadi antara punca kenaikan kadar penceraian di negara Eropah. Isteri tukar status berkahwin kepada bujang pun menjadi punca penceraian sampai ada kes membunuh. Pasangan berkahwin pun boleh bercerai, ini kan pula pasangan biasa,” komennya pula.
            Zawin mengangguk. “Baru sahaja hari tu Kak Wan cerita perancangan dia nak kahwin. Jadi macam ni pula...”
            “Ayah dia pula baru meninggal. Erm...macam-macam menguji dibulan puasa ni,” tambah Damia pula.
            Zawin terdiam. Matanya dihalakan pada jam dinding. Sudah hampir pukul enam petang. “Akak nak masak Kuih Seri Muka. Mia nak tolong?”
            “Kuih Seri Muka? Sedap tu. Akak nak suruh Mia buat apa?”
            “Mia kisar daun pandan boleh?” pinta Zawin.
            “Kerja enteng saja tu.” Damia tersengih bangga.
            Zawin tersenyum senang. Kakinya melangkah ke dapur, mencapai mesin pengisar, daun pandan, pisau, bawang dan pelandas lalu membawa ke meja makan. “Mia hiris daun pandan dan bawang ni,” arahnya.
            Damia terus menghiris daun pandan itu dengan senang hati.
            “Nak tolong juga,” pinta Alina yang baru muncul dari arah biliknya.
            Zawin yang muncul dari dapur bersama lesung batu dan sepinggan bunga telang terus tersenyum lebar. “Ha...bagus. Lina tumbuk bunga Telang ni,” arahnya.
            “Bunga warna biru? Boleh makan ke?” soal Damia tidak yakin.
            “Boleh la Mia,” jawab Alina dalam suara serak. “Lina biasa guna bunga ini untuk birukan nasi kerabu,” beritahunya lebih lanjut.
            Zawin meletakkan lesung batu di atas lantai yang telah dilapik dengan kain bersih.
            Alina duduk bersimpuh. Bunga Telang dimasukkan kedalam lesung batu lalu ditumbuk perlahan.
            Zawin merebus pulut susu yang telah direndam lebih daripada empat jam. Sejurus dia kembali keruang tamu, matanya menangkap air mata Alina jatuh dipipi. Gadis itu cepat-cepat menyeka air matanya. Kenapa dia? Bisik hatinya. Gadis itu menumbuk bunga itu bagaikan seperti melepaskan geram. “Kenapa Lina?” soalnya.
            Alina menggelengkan kepalanya. Air mata masih menitis laju.
            “Cuba cerita. Bulan puasa ni. Tak baik menipu tau,” pujuk Zawin. Dia turut duduk bersimpuh mendepani Alina.
            “Alif...dia...” Alina tersedu-sedu tiba-tiba. “Dia...ada orang lain...”
            Zawin terkedu. “La...macam mana Alina tahu?”soalnya ingin tahu. Matanya bertembung dengan mata Damia.
            “Alif cakap dia sibuk. Tak ada masa untuk Lina. Lina terima saja la. Minggu lepas, Lina saja set Facebook akan kelihatan offline walaupun Lina sedang online. Bila Lina buat begitu, Alif berbalas status Facebook dengan Ain, kawan Lina sendiri. Cakap tentang hati dan perasaan...” Lina mengesat air matanya lagi kemudian menyambung cerita. “Selama seminggu, Lina bersabar dan lihat saja semua yang berlaku. Selama itu juga Alif kata dia sibuk. Baru tadi Lina berdepan dengan Alif dan Ain tentang hal ni. Akhirnya mereka mengaku sedang bercinta. Lina tak tahu nak kata apa...rasa seperti ditikam dari belakang!” Lina menangis dalam tersedu-sedu.
            “Sabar lah. Ujian semua ni.” Zawin menggosok belakang badan Alina.
            Alina mengesat air mata dengan hujung baju lengan panjangnya. Dia menatap wajah Zawin. “Kak Zawin, buat kuih ni banyak-banyak. Lina nak makan sampai kembung perut. Biar jadi gemuk. Kurus macam model pun lelaki pasang girlfriend lain juga.”
            Zawin dan Damia saling berpandangan lalu menghamburkan tawa.
            Alina tersengih.Dia tidak mahu terlalu melayan emosinya lalu menyambung tugas menumbuk Bunga Lewang itu. “Lepas ni...memang susah nak percaya pada lelaki dah. Memang tak akan. Kalau ada pun untuk kedua kali nanti, Lina rasa Lina takkan beri hati Lina sepenuhnya,” ujarnya lagi.
             Zawin menelan liurnya berulang kali. Kata-kata gadis itu adalah refleksi dirinya. Biarpun hatinya mula menerima Zharif, walaupun berputik rasa kagum yang menggunung pada lelaki itu, namun hatinya sentiasa berjaga-jaga untuk tidak diberikan sepenuhnya kepada lelaki itu. 
********  
            “Maaf. Tak dapat teman Zawin berbuka tadi,” ujar Zharif sejurus mengambil tempat disebelah buaian Zawin.
            Zawin menatap jam tangannya. Hampir pukul sepuluh malam baru lelaki itu pulang selepas menghantarnya tengah hari tadi ke rumah. “Tak apa. Macam mana urusan kes tadi?”
            “Semua dah selesai. Budak lelaki tu patah kaki. Nasib baik tak teruk.”
            “Tapi bahaya betul la. Salah budak lelaki tu sebab langgar lampu isyarat.”
            “Ada asbab semua tu berlaku. Mungkin kita tak nampak hikmahnya. Mungkin nak beri kesedaran pada kita, dan paling penting beri peringatan pada Zawin. Degil sangat tak nak pakai tali pinggang belakang!” Zharif menjuling-julingkan matanya sejurus bersabung pandang dengan renungan tajam gadis itu.
            Whatever...” sahut Zawin selamba lalu berbuai perlahan.
            “Mana Kuih Seri Muka?” soal Zharif.
            “Dah habis.”
            “Hah? Dah habis?” Zharif membundarkan matanya.
            Zawin mengangguk bersungguh. “Tadi makan dengan Damia dan Alina. Tak sangka kuih tu menjadi dan sedap...”
            Zharif menumbuk dadanya beberapa kali. “Batu belah...batu bertangkup...makan lah aku...telan lah aku. Aku kempunan Kuih Seri Muka...”
            Zawin ketawa halus melihat lelaki itu membuat mimik wajah kecewa. Dia mencapai beg sandang, mengeluarkan bekas makanan lalu menghulurkan kepada Zharif. “Nama kuih ni Kuih Seri Muka blue moon.”
            Zharif menyambut bekas biru itu dengan teruja. Dibuka penutup bekas itu tidak sabar-sabar. Sejurus melihat kuih tradisional melayu yang telah dipotong empat segi itu, bibirnya tersenyum lebar.  Lapisan atas berwarna hijau muda, lapisan tengah bahagian pulut berwarna biru dan lapisan bawah berwarna putih. “Berseri-seri kuih ini. Cantik kejadiannya. Pasti sedap!” ujarnya tidak sabar lalu mencapai sepotong kuih dan dimasukkan kedalam mulut. Dia memejamkan mata sambil menikmati keenakan kuih itu. “Pulut yang lembut, cukup lemaknya...tapi...” Zharif membuka matanya, menatap wajah Zawin. “Ada rasa lain...”
            “Rasa apa?” soal Zawin, menatap wajah lelaki dalam kemeja biru firus itu.
            “Rasa luar biasa. Sangat lain. Tapi memang sedap!” komen Zharif.
            Zawin tersengih. “Cuba teka, apa bahan istimewa yang Zawin letak?”
            Zharif menyuap baki kuih itu lantas memejamkan matanya. Berkerut-kerut keningnya, cuba memerah mindanya untuk mengesan bahan rahsia itu. “Macam bawang pun ada...macam...kayu manis...takkan la kot?” Zharif membuka mata, menatap wajah Zawin yang tersenyum-senyum penuh makna.  
            “Ada yang betul dan ada yang salah. Itu resepi mak. Berbeza sedikit la dari yang biasa orang buat. Lapisan hijau tu ada campur bawang merah dan jintan manis,” beritahu Zawin.
            Zharif membulatkan matanya. “Padanlah...” Tangannya mencapai sepotong kuih lagi lalu dimasukkan kedalam mulut.
            “Zharif memang suka makan manis-manis ke?” soal Zawin sambil mengerutkan mukanya melihat lelaki itu makan bersungguh.
            “Apa guna hidup kalau tak suka makanan manis?” Zharif mengangkat keningnya beberapa kali.
            Zawin menjuihkan bibirnya. “Betul orang kata. Lelaki hanya sweet dan hensem hanya semasa bercinta. Selepas kahwin, benda paling manis yang mereka beri adalah dijangkiti kencing manis,” ujarnya selamba.
            Zharif terkekeh ketawa mendengar ayat gadis itu. “Jangan risau. Benda paling manis yang Zharif akan beri selepas kahwin nanti adalah zuriat kita.”
            Zawin terasa wajahnya hangat. Sudahnya dia hanya diam. Tidak mahu membalas kata-kata itu.
            Zharif merenung wajah gadis itu penuh kasih. “Baby...” panggilnya.
            “Ya...” Zawin menggosok lengannya. Setiap kali lelaki itu memanggil nama itu dalam nada romantis begitu, bulu romanya pasti meremang.
            Be my wife...” pinta Zharif bersungguh.
            Zawin terkedu. “Belum masanya lagi...” balasnya lambat-lambat. Buaian dihayun perlahan.
            Zharif tersenyum tawar. “Ok. Zharif faham.” Dia menikmati baki kuih sehingga bekas itu licin. “Zawin...”
            “Ya..”
            “Kuih ni...Zharif sangat suka. Harap Zawin takkan lupa sampai bila- bila.”
            “Insyaallah. Zawin tak akan lupa.”
            “Zawin...Zharif serius tentang tadi...tali pinggang keledar.”
            Zawin mencemberutkan bibirnya. “Ok. Lain kali Zawin lebih hati-hati,” balasnya tidak acuh.
            “Bahaya tau. Buatnya tadi Zawin terhantuk, mau patah hidung tu.”
            Zawin merenung wajah serius lelaki itu. “Kalau hidung Zawin patah, kalau muka Zawin cedera...jadi cacat, belum tentu Zharif dapat terima Zawin seadanya.”
            Zharif pantas menggeleng. “Zawin berubah fizikal macam mana sekalipun, Zharif tetap sayangkan Zawin. Datanglah perempuan hebat macam mana sekalipun, hati ini hanya ada nama Zawin Az-Zahra sahaja,” ujarnya bersungguh.
            Zawin menahan nafas. Kata-kata itu membuatkan dia terpaku. Dia tidak tahu kenapa wajah lelaki itu nampak bersinar dan berseri. Entah kerana penangan Kuih Seri Muka atau sebab lain. Senyuman lelaki itu terasa lain macam. Pipi kanan lelaki itu ditatap bersungguh. Selama ini dia tidak menyedari lelaki itu mempunyai lesung pipit panjang disebelah pipi kanan. Dia tersedar daripada lamunan apabila lelaki itu melambai-lambaikan tangan dihadapan wajahnya.
            “Zharif memang hensem kan? Kan?” usik Zharif.
            Zawin mencebirkan bibirnya. “Tak pun,” nafinya lalu mengalihkan pandangan pada langit malam. “Tiba-tiba rasa rindu dengan langit Kanada.”
            Zharif turut mendongak, merenung langit malam yang dipenuhi dengan bintang-bintang. “Zawin pernah tengok Northern lights?” soalnya.
             Zain mengangguk. “Zawin lebih suka panggil fenomena itu sebagai Aurora Borealis. Semasa belajar dulu, Zawin memang suka melancong. Tahun pertama, Zawin dah sampai Canada sebab pengaruh cerita seorang rakan. Katanya, langit Kanada di Yellowknife akan bercahaya dengan sendirinya tanpa sumber elektrik. Cahaya yang dikeluarkan bermacam-macam warna dan bentuknya. Betul lah seperti yang dikata. Sangat indah. Entah bila Zawin akan dapat ke sana lagi.”
            “Kita akan pergi bersama...dalam masa terdekat. Itu janji Zharif.”
            Zawin tersenyum lebar. “Mungkin. Aurora Borealis dijangka berlaku biasanya dibulan Oktober. Takkan nak ambil cuti pada waktu itu.”
            “Ada penyelesaiannya.” Zharif mengelap tangannya dengan tisu.
            “Apa?”
            “Berhenti kerja, jadi isteri Zharif,” balas Zharif bersungguh.
            Zawin terdiam.
            “Tahu tak apa pekerjaan yang paling mulia dan banyak pahala?” soal Zharif.
            “Cikgu? Ustazah?” tebak Zawin.
            Zharif menggeleng. “Suri rumah.”
            Zawin terdiam lagi. “Tapi sekarang, masyarakat kita lebih menyanjungi wanita yang bekerjaya,” komennya.
            “Itu terjadi apabila masyarakat kita semakin dikuasai dengan materealistik. Mereka tidak lagi melihat suri rumah sebagai pekerjaan paling mulia sedangkan anak-anak yang sedang membesar, sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu. Bukan kata wanita bekerjaya ni tidak bagus, cuma masa yang diberikan pada anak-anak sangat terhad. Berapa banyak kes diluar sana berlaku, anak-anak lebih rapat dan menyayangi pengasuh berbanding ibu sendiri. Zharif tak nak perkara sama berlaku pada zuriat Zharif kelak.”
            Zawin merenung wajah serius lelaki itu. Kenapa lelaki ini sungguh berbeza? Desis hatinya. “Erm...makcik Zawin ada pesan pada Zawin satu perkara. Wanita yang dah berkahwin jangan terlalu bergantung pada suami sebab kita tidak tahu bila-bila masa sahaja lelaki akan menzalimi kita dan tinggalkan kita untuk perempuan lain.”
            “Zawin rasa Zharif akan buat macam tu?” Zharif merenung lembut seraut wajah manis itu.
            Zawin terdiam lagi buat kesekian kali.
********
            “Kau nak buat apa dengan bunga tu?” soal Fuad apabila melihat Zharif membawa jambangan bunga ros merah ditangan.
            “Aku nak beri Zura. Dia baru sembuh dari demam,” ujar Zharif.
            Fuad langsung menahan langkah Zharif. “Baik Jangan,” larangnya. 
            “Kenapa pula? Bunga sahaja kan?” Zharif tidak memahami tindakan Fuad melarangnya.
            “Jangan cari pasal la Zharif. Perempuan mudah perasan bila diberi bunga oleh lelaki,” beritahu Fuad.
            “Zura tu dah macam adik...”
            “Memang la kau anggap adik. Aku takut dia anggap kau lain. Kalau Zawin tahu tentang ni, tak ke bergaduh besar korang nanti?”
            “Zawin perempuan matang. Dia akan faham,” balas Zharif lagi.
            Fuad memincingkan pandangannya. “Kau tak begitu mengenali perempuan sebagaimana aku. Pengalaman aku menguruskan perempuan bertahun-tahun, aku rasa dah cukup melayakkan aku untuk nasihatkan kau. Lagi pula kau tak ingat kes Zura yang dulu?” ujarnya tegas.
            “Semua orang lakukan kesilapan. Relak Fuad. Bunga saja. Small matter.” Zharif menepuk bahu Fuad lalu masuk kedalam rumah banglo tiga tingkat milik Tengku Amir.
            Fuad menggelengkan kepalanya. Dia turut melangkah masuk ke dalam rumah itu.
            “Abang Zharif...” tegur Tengku Azura dengan mata bersinar-sinar. Dia benar-benar gembira dengan kehadiran lelaki itu berbuka puasa dirumahnya.
            “Nah. Untuk Zura. Jaga kesihatan ok?.” Zharif menghulurkan jambangan bunga ros merah itu kepada gadis dalam kurung moden merah hati.
            “Wah...terima kasih,” ucap Tengku Azura. Terasa ingin melompat kegembiraan kala ini. “Macam mana Abang Zharif tahu bunga kegemaran Zura?” Dia mencapai sekuntum bunga ros merah itu lalu membawanya ke hidung.
            “Abang agak saja,” balas Zharif seraya mengukir senyum manis. “Manis Zura pakai macam ni. Amalkan la selalu ya?” pujinya.
            Tengku Azura terasa berada diawangan apabila dipuji begitu. Dia memegang pipi sendiri yang terasa hangat. “Abang suka tengok?”
            Zharif mengangguk. “Gadis melayu semakin manis dalam kurung moden,” beritahunya.
            Fuad yang hanya memerhati terus datang mendekati. “Zura...mana ruang dapur?” soalnya lalu menatap jam tangan. “Sudah hampir waktu berbuka dah ni,” ujarnya bersahaja.
            Tengku Azura akur dan membawa dua lelaki itu ke ruang dapur.
*******
            “Terima kasih Zharif. Isteri saya dah berubah. Mahu dia dengar cakap saya. Zura pun dah berhenti pergi kelab malam. Tak tahu nak beri apa pada Zharif,” ucap Tengku Amir bersungguh. Sempat dia mengerling anak gadisnya yang melambai-lambaikan tangan dari muka pintu rumah ke arah Zharif.  
            Zharif membalas lambaian gadis itu. Matanya menyeluruhi wajah lelaki lewat 30-an dihadapannya itu. “Doakan kebahagiaan saya. Itu sudah cukup,” balasnya lalu membuka pintu kereta.
            “Insya-Allah. Akan saya doakan begitu. Sebut tentang bahagia, Zharif dah ada calon ke?” soal Tengku Amir dalam nada mengusik.
            Zharif tersenyum meleret lantas menekap tapak tangannya pada dada. “Hati ini sudah dimiliki.”
            “Wah. Tahniah. Siapa gerangan yang bertuah itu?”
            “Kalau Tengku ingat, saya ada bawa seorang gadis semasa makan malam di rumah Wan Zaidi dulu. Dia lah orangnya. Zawin Az-Zahra namanya,” beritahu Zharif dengan semangat.
            Tengku Amir berfikir sejenak. Apabila ingatannya berjaya memanggil seraut wajah gadis manis berblouse biru yang merenungnya dengan pandangan tajam pada malam itu, dia terus membundarkan matanya. “Kawan Puteri tu kan? Pensyarah Zura?”
            Zharif mengangguk bersungguh. “Dia la orangnya.”
            “Tahniah. Memang padan dengan Zharif. Saya doakan kalian bahagia sehingga ke syurga.”
            “Terima kasih. Ok Tengku. Dah lewat ni. Panjang umur kita jumpa lagi.” Zharif meminta diri.
            “Bawa kereta baik-baik,” pesan Tengku Amir.
            Zharif terus masuk ke dalam perut Honda City itu. Pantas kereta putih itu keluar dari perkarangan rumah itu. Zharif menghidupkan pendakap telinga sejurus melihat panggilan daripada Fuad pada skrin telefon pintar.
            “Ya. Baru nak gerak balik. Apa yang mustahak sangat si Khalid tu nak jumpa?”
            “Dia nak kahwin lah. Bulan sepuluh nanti.”
            “Oh. Dengan Amanda ke?” Minda Zharif terhimbau gadis jelita kacukan melayu-belanda yang ditemuinya semasa sambutan hari lahir Khalid April lalu.
            “Bukan. Anak Dato’ Suhaimi. Suhaila. Kau kenal kan?”
            “La...aku ingat dia kahwin dengan Amanda tu. Macam-macam la Khalid ni.”
            “Dato’ Suhaimi yang aturkan perkahwinan tu. Tahu la kan tujuannya. Untung kedua belah pihak. Semua atas kepentingan perniagaan. Kita tengok saja, berapa lama bertahan tu.”
            Zharif tersengih sendiri. “Kita doakan saja mereka bertahan lama.”
            “Kalau dua bulan kahwin, lepas tu bercerai, memang lah kita berada dalam dunia akhir zaman.”
            Zharif ketawa halus. “Zawin...Zawin...”
            “Weh, apa kes pula keluar nama Zawin tu?
            Zharif terkedu. “Eh...aku sebut nama Zawin ke tadi?”
            “Kau ni memang dah parah. Cepat-cepat la kahwinnya.”
            Zharif ketawa lagi. “Kalau la Zawin terima lamaran aku, bahagianya hidup ini.”
            “Cukup-cukup sudah. Nak jumpa dengan kau sekarang punyalah susah. Esok aku ada urusan di PKNS. Nak tengok emas baru sampai. Kau nak ikut sekali tak?”
            “Esok? Aku nak jumpa Zawin, nak tengok senyuman dia, ketawa lepas dia...”
            “Aku letak ni.”
            Talian terus mati.
            Zharif ketawa besar. Sengaja dia membuat lelaki itu merasa meluat. Tangannya mendail nama my lovely baby. Talian terus disambungkan. “Miss me?”
            Zawin tergelak halus. “Malas jawab.”
            “Rahsia dihati...Zharif tetap tahu. Dapat bunga tak tadi?”
             Zawin merenung tiga kuntum bunga matahari dalam pasu biru di atas meja belajar. “Dapat. Terima kasih. Kenapa tak hantar sendiri?”
            “Zharif ada hal.”
            “Erm...cantik pula bila warna kuning bergabung dengan warna biru.”
            “Nak tahu kenapa biru dan kuning nampak indah bersama?”
            “Kenapa?” soal Zawin semula.
             “Warna asas ada tiga. Merah, biru dan kuning. Warna-warna ini asli, bukan datang daripada campuran warna lain malah semua warna yang lain dicipta daripada tiga warna asas ini. Ada sesuatu tentang biru yang tenang bersama dengan hangatnya kuning yang seakan memberi keseimbangan.”
            “Erm...betul juga. Bagaikan refleksi cahaya matahari diatas permukaan laut.” Zawin mengalihkan pandangan pada botol yang terdapat replika kapal didalamnya. “Sebut tentang laut...sejak bila kapal dalam botol dibina? Adakah pelaut yang merekanya?”
            “Ada yang kata...kapal dalam botol dicipta oleh pelaut tapi susah nak dibuktikan sebab tiada rekod. Setakat yang ada dalam rekod, kapal dalam botol yang tertua dicipta tahun 1784 berada di muzium Lueback, Jerman tetapi berdasarkan kajian pakar, kapal dalam botol itu bukan dicipta oleh pelaut.”            
            “Erm...bagus Zharif ni. Macam-macam tahu,” puji Zawin.
            Zharif tersenyum meleret. “Adakah sihir cinta Zharif Zahir sudah mula berkesan?”
            Zawin tersengih sendiri. “Apa pendapat Zharif?”
            “Zharif rasa...”
            “Apa yang Zharif rasa?”
            “Zharif rasa...bagus Zawin pergi tidur. Dah lewat  ni.”
            Zawin ketawa lagi. “Ya la. Ada apa-apa pesanan sebelum tidur?”
            “Eh, itu ayat Zharif!”
            “Ala biar la. Sekali sekala. Cepat lah. Pesanan buat kekasih.”
            “Zawin...kekasih Zharif ek?” usik Zharif.
            “Mengadalah Zharif ni. Cepat.”
            “Ok...jangan lupa satu perkara...”
            “Apa?”
            Aishiteru teruterubozu...” ucap Zharif penuh perasaan.
            Zawin menahan senyum. “Ok.”
            “Tak nak balas?”
            “I hate you Mr Hata.”
            “Sampai hati dia. Tak apa. Esok, waktu rehat tengahari, datang ke PKNS boleh?”
            “Ada apa disana?”
            “Ada Ahmad Fuad.”
            Zawin ketawa besar. “Serius la Zharif!”
*******
            “Wah...”
            Para pelajar dalam dewan kuliah itu terpegun dengan adegan sebuah filem hollywood yang ditayangkan pada skrin dihadapan kelas.
            “Cuba perhatikan jenis telefon yang digunakan         hacker?” Saran Zawin.
             “Nokia!” sahut satu suara lelaki.       
            “Ya la. Nokia 9300. Boleh ke Miss guna Nokia untuk menggodam maklumat?” soal suara yang lain pula.
            Zawin tersenyum. “Siapa kata tak boleh? Jangan pandang Nokia sebelah mata sahaja. Nokia menggunakan operasi sistem Symbian. Jangan tak tahu, Nokia adalah perintis pada telefon pintar yang terawal. Sebelum itu saya nak tanya. Nokia berasal dari negara mana?”
            “Jepun?”
            “Bukan.”
            “China?”
            “Bukan juga. Nokia berasal dari Finland.”
            “Ooo...”
            Miss, ada yang kata I-Phone dan Blackberry bukan telefon pintar. Kenapa ya?”
            Zawin mengumam sejenak. “Sebenarnya, definasi telefon pintar itu ada banyak perpindahan. Nokia mendefinasikan telefon pintar sebagai telefon yang mempunyai teknologi kamera yang tinggi. Kemudian pertengahan abad muncul Blackberrry yang menggunakan operasi sistem  RIM mendefinasikan telefon pintar sebagai peranti email. Pada tahun 2007, Apple Inc mengeluarkan I-Phone yang mendefinasikan telefon pintar sebagai peranti pelayaran. Tahun 2008, telefon pintar didefinasikan sebagai Apps. Definasi telefon pintar kerap bertukar mengikut teknologi dan trend. Namun orang tidak pernah tahu operasi sistem Symbian adalah perintis awal kategori telefon pintar,” jelasnya panjang lebar.
            Miss, kalau begitu, telefon Nokia 9300 yang Hacker guna dalam filem Die Hard 4 tu memang betul la boleh dibuat untuk capaian ke satelit?”
            Zawin mengangakat kedua bahunya. “Mungkin sahaja. Kebanyakan filem Hollywood menggunakan peranti Symbian sebagai ikon teknologi.” Zawin mengulang kembali video yang memaparkan adegan penggodam membuat operasinya. “Cuba tengok, hacker mampu mengawal hampir keseluruhan sistem keselamatan, capaian ke satelit dan membuat mainframe hacking dengan hanya menggunakan telefon Symbian, Nokia 9300. Nokia N90 pula digunakan terrorist dalam operasinya. Namun, disebabkan filem ini bersifat fiksyen, maka kebanyakkan kita akan melabelkan sebagai tidak masuk akal sedangkan kalau kita betul-betul memahami teknologi yang digunakan, akan lahir rasa kagum dan menyayangi teknologi.”
            “Tapi Miss, boleh ke    telefon digunakan untuk menembak? Macam mustahil saja?”
            Zawin tersenyum lebar. “Saya adalah die-hard-fan peranti Symbian. Walaupun saya menggunakan I-Phone sekarang, tetapi saya masih menggunakan telefon Symbian dalam perkara-perkara lain. Siapa perasan, apa alat yang saya gunakan untuk mengendalikan slide power point tadi?”
            Satu dewan kuliah senyap tiba-tiba.
            Miss, saya perhatikan tadi. Macam telefon. Tapi saya fikir mustahil, sebab itu saya abaikan saja,” sahut pelajar lelaki berambut tegak yang duduk dibarisan hadapan kelas.
            “Kamu betul,” sahut Zawin. “Saya menggunakan telefon Symbian untuk kawal slaid,” tambahnya lagi.
            “Hah?”
            Zawin mengunjukkan telefon itu kehadapan kelas, kemudian menekan butang untuk mengawal slide di paparan skrin putih . “Ini telefon Panasonic X800 yang menggunakan operasi sistem Symbian. Nampak telefon ini macam tak ada guna, tapi kamu semua lihat bukan kehebatan Symbian? Berbalik pada isu tadi, semasa saya belajar dulu, saya ada kenalan lelaki yang kerjanya sebagai hacker. Dia pernah tunjukkan pada saya telefon Symbian boleh mengaktifkan bom pada jarak 30-100 meter. Jika saya buktikan pada kamu semua, takut-takut nanti saya digelar pengganas pula,” selorohnya.
            Satu kelas dipenuhi gelak ketawa.
            Miss...macam mana Miss boleh ubahsuai telefon panasonic tadi menjadi alat kawalan jauh?”       
            Zawin merenung telefon Symbian ditangannya. “Ini terhasil daripada pengaturcaraan menggunakan bahasa Symbian C++. Saya gunakan perisian Bluetooth Remote Control yang ditulis dalam Java J2mE. Kalau kamu mahir menggunakan JavaJ2mE, kamu juga mampu menghasilkan teknologi kawalan jauh jika sokongan framework dan API berjaya dikendalikan pada peringkat awal penulisan perisian.” Zawin melihat kebanyakan pelajar mengerutkan dahi masing-masing, terpinga-pinga. Baru dia menyedari, kelas yang diajarnya ini terdiri daripada pelajar yang bukan dari latar belakang Informasi Teknologi.“Faham tak ni? Kalau tak faham, buat-buat la faham,” ujarnya bersahaja.
            Sekali lagi gelak tawa memenuhi ruang kelas. 
            “Saya nak tegaskan disini. Jika anda memahami teknologi, anda akan berfikir dua tiga kali untuk mengatakan adegan telefon digunakan untuk menembak dan meletupkan bom itu satu penipuan dan tidak masuk akal,” tegas Zawin.
             “Bravo! Bravo! Bravo!”
            Zawin membundarkan matanya. Suara itu amat dikenalinya. Pantas dia mencari pemilik suara itu dalam wajah-wajah dihadapannya. Zharif! Bibirnya diketap geram. Entah bila lelaki itu menyelinap masuk kedalam kelasnya. Dia juga menangkap wajah Najla yang tersenyum-senyum penuh makna disebelah Zharif.
********
            “916 ini apa maksudnya Fuad?” soal Zawin yang duduk mendepani Fuad. Matanya ditumpukan pada cincin-cincin emas didalam meja kaca. 
            “Nombor itu mewakili 91.6 peratus emas tulen, selebihnya 8.4 peratus adalah unsur-unsur lain yang dicampurkan supaya barang kemas menjadi lebih kuat,” jelas Fuad. Dia membuka laci meja itu, mengambil sebentuk cincin emas berlian lalu diletakkan diatas meja. 
            “La...begitu ke? Ingatkan apa la nombor tu. ” Zawin tersenyum sendiri sambil meneliti nombor yang tertera pada benang cincin itu. Cincin itu sarungkan pada jari manis. “Cantik...” pujinya. 
            “Zawin nak ke? Ambil la,” ujar Fuad.
            Zawin menggelengkan kepalanya. “Macam mana nak tahu emas tulen atau tak?”
            “Nak beli barang kemas, kena ada ilmu supaya tak mudah tertipu. Fuad ada seorang pembeli yang tertipu dengan tawaran istimewa harga emas. Bila dia nak jual semua barang kemas di kedai Fuad, dia tunjukkan resit asal belian. Ada tertera barang kemas yang dibeli ialah emas 916. Apa yg berlaku selepas diuji, hanya cangkuk rantai diperbuat dari emas 916. Bahagian lain adalah emas 750,” cerita Fuad bersungguh.
            “Dahsyat la. Lebih bagus tak perlu beli barang kemas. Tak perlu bayar zakat. Senang hidup,” ujar Zawin sambil meneliti cincin emas berlian dijari manisnya.
            Fuad mengerutkan keningnya. “Zawin tak suka emas ke?” Dia menyedari gadis itu tidak langsung mengenakan barang kemas biarpun dijari. Sudah lama diperhatikannya namun tidak pernah menyuarakan persoalan itu.
            “Cuba beri sebab kukuh kenapa Zawin perlu pakai barang kemas?” cabar Zawin.
            “Emas tulin boleh melembutkan kulit dan akan meningkatkan hormon baik dalam diri perempuan. Ahli fizik kata, atom pada emas mampu menembus ke dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia. Jika digunakan dalam tempoh yang lama, atom emas akan dipindahkan dalam darah dan air kencing. Ini tidak merbahaya pada seorang perempuan kerana partikel berbahaya itu keluar dari tubuh perempuan melalui darah kotor setiap bulan,” terang Fuad.
            “Kesan pada lelaki pula?”
            “Ada hikmah larangan pemakaian emas pada lelaki. Pakar sains barat kata lelaki bila pakai emas, hormonnya akan huru hara iaitu meransang sikap sombong dan ego. Pakar akupuntur pula kata, emas yang dipakai lelaki akan meransang sifat ganas dalam diri. Sebab itu kita tengok ramai samseng suka sangat pakai emas. Kalau lelaki pakai emas untuk jangka yang lama, atom emas akan jadi partikel berbahaya dalam darah dan mengakibatkan penyakit Alzheimer,” terang Fuad panjang lebar.  
            Zawin terangguk-angguk. Benar kata Zharif. Lelaki ini memang banyak pengetahuan mengenai emas dan berlian. Ilmu agama juga bagus. Dia tersengih melihat wajah Fuad yang serius. “Zawin tetap takkan pakai emas,” ujarnya bersahaja.
             Fuad mengumam sejenak. “Zawin nak cincin yang lebih mahal ke?”
             Zawin meneliti harga cincin dijari manis. “RM150? Murah pula cincin berlian ni. Atau...tiruan ni?” selorohnya.
            Fuad tergelak besar. “Amboi mulut. Itu emas 916 tapi bertatahkan berlian Swiss. Itu berlian buatan. Kalau ikut logik, manalah dapat harga berlian semurah itu. Kalau barang kemas ada berlian harganya murah, itu pasti berlian Swiss.”
            “Ooo...begitu...” Zawin ketawa halus lalu menghulurkan semula cincin itu kepada Fuad.
            “Betul ni tak nak?”
            Zawin menggelengkan kepalanya. “Banyak keburukkan dari kebaikan bila perempuan pakai barang kemas. Nak tahu apa keburukan barang kemas?”
            Fuad mengangguk bersungguh.
            “Kes-kes ragut semakin berleluasa. Itu dari sosial. Kata sains pula pemakai barang kemas terdedah bahaya bila berada dalam kawasan litar elektrik yang tinggi dan mudah dipanah petir. Sekian terima kasih.” Zawin menundukkan kepalanya, meletak tapak tangan diperut, seakan baru sahaja melakukan persembahan.
            Fuad ketawa besar mendengar kata-kata gadis itu.  “Kamu ni memang pelik. Perempuan berebut-rebut nak beli emas, pakai barang kemas, kamu pula sebaliknya.”
            Zawin tersengih. “Dah lama ke Fuad terlibat dalam perniagaan emas?” soalnya ingin tahu.
            “Sejak Zharif balik dari Jepun. Masa tu baru ada masa untuk buat perniagaan lain. Kalau Zharif lebih kepada hartanah, Fuad lebih kepada emas dan berlian.”
            “Apa istimewanya emas dan berlian?”
            “Zawin ni macam polis kan? Banyak tanya sungguh.” Fuad ketawa lagi.
            “Teruja. Sebab tak ada kawan yang terlibat dalam perniagaan emas. Nak tahu saja. Tak salah kan?”
            “Boleh. Kalau nak tahu, Zawin kena beritahu kenapa Zawin tak pakai barang kemas. Boleh?”
            Zawin mengangguk. “Ok.”
            Fuad menarik keluar sebentuk cincin berlian. Warna berlian yang bersinar-sinar itu membuatkan bibirnya menguntum senyuman. “Begini...sejak remaja, Fuad suka tengok emas terutamanya berlian. Ibu Fuad, ada beritahu Fuad tentang disiplin diri dan kaitannya dengan berlian. Apabila kita meningkatkan disiplin diri, kita ada satu kuasa yang bakal mempengaruhi fikiran dan perasaan. Itu yang menjadikan kita orang yang berbeza dalam setiap perkara. Umpama berlian yang terhasil daripada tekanan yang tinggi dalam tempoh yang panjang. Berlian...pada asalnya hanya atom karbon yang wujud dalam tanah cair tetapi apabila tanah itu membeku bersama tekanan yang tinggi, struktur dalaman akan berubah dalam jangka masa panjang. Hasilnya karbon akan bertukar bentuk kepada pepejal dan terbentuk berlian yang mempunyai kekerasan nilai yang tinggi. Peribadi kita juga sama seperti dengan karbon yang bertukar menjadi berlian itu.      Pada permulaannya kita tidak mempunyai sifat-sifat yang dikenali, peribadi yang menonjol ataupun kejayaan-kejayaan yang nyata tetapi sekiranya kita boleh mengamalkan disiplin diri yang bagus, sifat-sifat baik kita juga menyerlah bercahaya.”
            Zawin tersenyum meleret. Sedikit terharu dengan cerita itu. Semua manusia juga begitu. Bermula dengan tiada apa-apa sehingga ada kejayaan yang nyata. Kepuasan berusaha itu tidak dapat dibayar dengan nilai wang.  “Dengan disiplin diri yang baik, kita menjadi orang baru yang 100 kali lebih baik daripada diri kita yang sebelumnya. Kita akan menjadi orang yang pandai mengawal diri dan berpandangan jauh,” tambahnya pula.
            “Betul sangat tu,” sokong Fuad. Fuad menghulurkan cincin berlian berwarna biru kepada Zawin. “Ini cincin paling Fuad suka. Baru sahaja tiba. Cincin Berlian Asli Nilam Ceylon. Emas 750YG, paten 100 peratus sama dengan cincin Puteri Diana.”
            “Wow...” Zawin terkedu melihat kecantikan cincin itu sebaik disarungkan ditangannya. “Berapa harga?”
            “RM12,700.”
            “Mahalnya...tapi memang berbaloi la dengan harganya.” Zawin masih terpegun dengan kecantikan berlian berwarna biru laut itu.
            “Kata orang, berlian adalah teman seorang perempuan. Betul la kan?” Fuad mengangkat keningnya sejurus mata Zawin menikam matanya.
            Zawin tersedar lalu tersenyum simpul. Dia mengurut dadanya. “Astaghfirullah. Godaan di bulan Ramadhan.”
            Fuad tergelak melihat reaksi Zawin. “Zawin bukan tak suka barang kemas tapi Zawin cuba elak. Ceritalah.”
            “Zharif mana? Kata sekejap saja dia keluar tadi?”
            “Jangan nak alih topik. Jawab saja soalan itu.”
            Zawin berdehem-dehem seketika, menjeling sekilas wajah Fuad. Lelaki itu tampak tegak dalam kemeja putih bersih dipadankan dengan tali leher biru muda. “Fuad memang suka biru ya?”
            “Tengok tu...dia alih topik lagi!” Fuad menjegilkan matanya.
            Zawin menjuling-julingkan matanya. “Manalah tahu Fuad sama seperti Mark Zuckerbergh, rabun warna. Hanya nampak warna biru sahaja. Sebab itu Facebook berwarna biru.”
            “Tolong sikit. Fuad tak rabun warna la. Fuad masih boleh bezakan warna hijau dan merah. Facebook bukanlah satu-satunya laman web yang berwarna biru tapi warna biru merupakan warna yang paling popular dan dominan bagi lebih dari 100 laman web popular di dunia. Biru adalah salah satu warna paling penting dalam Branding sesuatu perniagaan. Gemleo Corp pun menggunakan warna biru dan putih sebagai warna logo,” jelas Fuad bersungguh.
            Zawin terangguk-angguk tanda faham.
            Fuad merenung lembut wajah gadis itu. “Apa sebenarnya yang menghalang Zawin
daripada sukakan barang kemas?” soalnya lembut.
            Zawin terdiam seketika. Dia merenung wajah tenang lelaki dihadapannya ini. “Dahulu, abang Zafuan ada bawa mak dan Zawin pergi kursus agama selama tiga hari. Pada hari pertama lagi, ustaz yang berceramah pesan kepada kaum ibu supaya tanggalkan barang kemas dibadan. Katanya, dengan ada emas di badan, susah nak dapat kefahaman agama dan mudah datang kesombongan.”
            Fuad terkebil-kebil mendengar cerita gadis itu.
            Zawin membelek-belek cincin berlian biru pada jarinya. “Bila balik kursus, kami jual semua barang kemas. Yang tinggal pun barang kemas pusaka. Duit yang ada, ustaz tu pesan supaya simpan untuk tiga perkara. Bayar hutang, pergi haji dan sambut keperluan agama. Begitulah ceritanya...”
            Fuad tersenyum segan. “Insaf pula rasa...” luahnya.
            Zawin tersenyum meleret. “Siapa yang paksa suruh cerita?” Cincin biru itu ditanggalkan dari jari manisnya.
            “Zawin?”
            Zawin terus berpaling kebelakang, mencari suara perempuan yang menegurnya. Sejurus matanya menangkap wajah Yasmin, dia tersenyum pahit. “Kenapa?” soalnya.
            “Wah, cincin berlian. Sama macam cincin Puteri Diana.” Yasmin terus mengambil cincin berlian biru itu dari tangan Zawin lalu menyarungkan pada jari manisnya. “Nanti I suruh darling I beli,” ujarnya dalam senyuman sinis.
            Zawin malas melayan wanita itu. Dia memberikan isyarat tangan kepada Fuad untuk berlalu pergi. Sebaik mencapai tas tangan, kakinya diatur keluar. Kakinya berhenti melangkah apabila hampir-hampir bertembung dengan satu tubuh lelaki separuh baya. Zawin terperangah.   Lelaki tua itu turut terpaku.
            Mata masing-masing bersabung pandang. Tiada kata-kata yang terucap. 
            “Darling...belikan I cincin ni. Cantik kan?” Yasmin datang menghampiri Dato’ Zawawi, memeluk lengannya lalu mengunjukkan cincin dijari.        
            Dato’ Zawawi merasa serba salah. Tidak menyangka akan bertembung dengan anak gadisnya. Perlahan dia merungkai pelukan Yasmin pada lengannya. “Nanti I belikan,” janjinya.
            Yasmin menguatkan pelukannya. “Ala...I nak sekarang...” rayunya dalam suara manja. Dia tersenyum puas apabila ekor matanya menangkap wajah Zawin sudah berubah riak. 
            Mata Zawin membulat luas. Degup jantungnya berdenyut laju. Tangannya menggigil tiba-tiba. Peristiwa ayahnya menikahi Ainida terlayar diruang ingatan. Kini Yasmin pula yang menjadi pasangannya! Lelaki itu...tidak pernah berubah! Dia menggenggam penumbuknya dengan kuat sambil berusaha untuk tidak menitiskan air mata. Dia menarik nafas dalam-dalam, mencari kekuatan untuk melangkah keluar.

10 awesome commentator:

  1. So sweet.... #^_^
    By the way...apa tajuk lagu tu ye?

    ReplyDelete
  2. suka sangat bila buka dah ada bab 37.

    ReplyDelete
  3. suka sangat bila buka dah ada bab 37.

    ReplyDelete
  4. suka sangat bila buka dah ada bab 37

    ReplyDelete
  5. Love . <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3

    ReplyDelete
  6. Kn dh agk msti gaduh sbb zura t...huaaa sedih skli ble zawin sedih..kak maira... <3<3<3<3

    ReplyDelete
  7. akak . bile nak post n3 bru ? rindu zawin dengan zariff . hee ~

    ReplyDelete
  8. Entry yang comel. Walaupun mula mula geram ngan zura, tapi cara Zharif pujuk Zawin tu sangat memikat hati. Heroin falling in love? Finally! Banzai! Cant wait for the continues

    ReplyDelete
  9. padan muka zarif, kalau zawin sudah marah baru tahu,

    ReplyDelete

terima kasih berikan komen ya.

 
Back To Top