Indahnya pulang ke kampung setelah lama mengharungi cabaran kehidupan di bandar. Semalam sewaktu merenung sambil melayan jiwang di taman bunga mak...ternampak pokok daun lidah buaya..lantas membawa ingatan pada cerita makcik yang jual nasi lemak di pangsapuri. Makcik ini bekas pesakit kanser payudara dan telah menjalani rawatan kemoterapi yang membuatkan separuh tubuhnya melecur. Suatu malam, dia bermimpi didatangi seorang lelaki tua yang menyuruhnya mengamalkan minuman campuran lendir lidah buaya dikisar bersama epal hijau.Subhanallah. Maha suci ALLAH. Menurut makcik ini, kulit yang melecur, perlahan-lahan sembuh malah menjadi halus dan licin. Dia memperolehi tenaga yang cukup untuk melakukan pelbagai kerja rumah. Kisah makcik ini sesungguhnya membuatkan saya menyedari, penawar segala penyakit ada di sekitar kita, namun malangnya ramai yang tidak mahu mengambil tahu malah mencari ilmu. Saya teringat pada perbualan Tamar dengan datuknya tentang lendir lidah buaya di dalam buku bersiri BERCAKAP DENGAN JIN
Justeru itu, saya mula mencari fakta mengenai daun lidah buaya dan mahu penjelasan dari segi saintifik. Antara yang saya temui di laman web oldtrafford.
Selain menyuburkan rambut, lidah
buaya juga dikenal berkhasiat untuk mengobati sejumlah penyakit. Di antaranya
diabetes melitus dan serangan jantung.
Lidah buaya, tumbuhan ajaib
dengan sejuta khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Kebaikan dan khasiat
lidah buaya amat tinggi sehinggakan ratu Mesir termasyhur, Cleopatra, juga
menggunakan Lidah Buaya sebagai bahan perawatan wajahnya. Lidah Buaya
bukan sahaja digunakan oleh ratu jelita tersebut, bahkan penggunaannya popular
di seluruh dunia. Kepercayaan yang tinggi terhadap herba ini menjadikan Lidah
Buaya sebagai bahan utama dalam bidang kecantikan terutamanya kecantikan dan
kesihatan kulit.
Apa itu lidah buaya?
Lidah buaya lebih dikenali
sebagai ‘aloe vera’ pada masyarakat dunia hari ini. nama saintifik bagi
tumbuhan berguna ini adalah ‘aloe Vera Linn’ dipercayai amat baik untuk
kesihatan kulit. Terdapat lebih 300 spesies tumbuhan ‘aloe’,tetapi hanya beberapa
jenis sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan kecantikan. antara tumbuhan
‘aloe’ yang dijadikan herba untuk tujuan rawatan kecantikan adalah seperti aloe
perry yang banyak ditemui di kawasan utara afrika dan aloe ferox yang terdapat
di afrika Selatan.
Anti Penuaan
Kehadiran polisakarida dan
monosakarida di dalam Lidah Buaya akan melindungi kulit daripada penuaan dan
membantu kulit agar sentiasa muda. Pendedahan kepada sinaran matahari dan
proses penuaan normal mengurangkan penghasilan protein sokongan kulit yang
dipanggil kolagen. Minuman herba Lidah Buaya boleh menggalakkan penghasilan
kolagen melalui peningkatan kegiatan penggabungan sel. Ia juga menggalakkan lebih banyak penghasilan elastin
fibroblas yang mana boleh mengelak penuaan. Proses itu membantu mengekalkan
keremajaan kulit.
Selain itu, agen anti oksidan
seperti beta karoten, vitamin C, E , B12 serta selenium bertindak apabila sel
merekah dan berfungsi sebagai anti penuaan kulit yang dipanggil kolagen.
Minuman herba Lidah Buaya boleh menggalakkan penghasilan kolagen melalui
peningkatan kegiatan peng-gabungan sel. ia juga menggalakkan lebih banyak
penghasilan elastin fibroblas yang mana boleh mengelak penuaan. Proses itu
membantu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu, agen anti oksidan seperti
beta
karoten, vitamin C, E , B12 serta
selenium bertindak apabila sel merekah dan berfungsi sebagai anti penuaan.
Dalam perawatan ayurveda
misalannya, lidah buaya dikenali sebagai ‘Kumari’ atau ‘gadis’ kerana ia
ipercayai dapat mengembalikan tenaga dan turut digunakan untuk tujuan awet
muda. Kajian klinikal manusia yang dilakukan oleh The Korean Food and Drug
administration (FDa) dengan minuman Lidah Buaya menunjukkan penurunan yang
ketara ke atas kedutan wajah dan meningkatkan elastisiti kulit wajah. Kesemua
responden diminta mengambil 1.2g/d minuman lidah buaya selama 3 bulan.
Penyembuh Luka & Penghilang
Parut
Lidah Buaya tidak bertoksik dan
banyak digunakan dalam kaedah perubatan tradisional di China, Jepun, dan India.
Walaupun ia dikatakan amat baik untuk menyembuhkan luka dan menghilangkan
parut, terdapat bebe-rapa kajian lain yang menunjukkan sebaliknya.
Selain berupaya menyembuhkan
luka, Lidah Buaya dikaitkan dengan khasiatnya yang mampu meredakan kandungan
gula dalam darah serta mampu meredakan kanser-kanser tertentu. Malangnya,
suntikan ekstrak Lidah Buaya yang diberikan kepada beberapa pesakit kanser
didapati tidak berkesan. Walaupun begitu, keberkesanan Lidah Buaya dalam bidang
rawatan kecantikan tidak boleh dinafikan.
Ekstrak Lidah Buaya mempunyai
enzim yang akan menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang mengakibatkan
penyakit kulit.
Kajian di Afrika Selatan
menunjukkan pengambilan dalaman Khasiat Lidah Buaya sebenarnya mempunyai lebih
banyak manfaat. Dikatakan polisakarida yang terkandung di dalam daun lidah
buaya memberikan kesan biologikal termasuk penyembuhan luka, aktiviti anti
kulat,kesan anti diabetik dan kesan anti keradangan.
Kandungan aloectin B dalam Lidah
Buaya menstimulasi sistem imun dan membuatkan ia menjadi bahan terbaik untuk
menyembuhkan luka terbakar.
Selain itu, sejenis bahan lain
dalam Lidah Buaya iaitu szponin juga memiliki kemampuan sebagai pembersih dan
anti septik yang menjadikan gelnya sangat efektif untuk mengubati luka
terbakar.
Bahan selulosa dalam gel Lidah
Buaya mampu menembus dan meresap ke dalam kulit dan menghalang cairan tubuh
pada wajah yang mengakibatkan berlakunya kulit kering.
Masyarakat arab menggunakan Lidah
Buaya bagi menyembuhkan bekas luka. Luka yang telah kering akan disapukan
dengan Lidah Buaya agar ia tidak menjadi parut atau menjadi lebih teruk.
Kandungan lignin dalam Lidah
Buaya mampu tembus dan meresap ke dalam kulit membuatkan ia baik untuk
mengubati luka.
Tumbuhan ini juga mengelakkan
kulit daripada menjadi kering kerana ia mampu mengawal kehilangan air dari
dalam tubuh. Pemakaian lidah buaya pada kulit secara berterusan juga akan
menjadikan kulit sentiasa lembap dan lembut.
Bagi masyarakat Melayu pula,
mereka percaya apabila menyapukan lendir lidah buaya pada bahagian yang
tercedera, luka lebih mudah sembuh. Petua orang Melayu dahulu kala pula, lendir
lidah buaya akan disapukan pada bulu mata untuk melentikkannya.
Selain masalah ruam, kulit yang
dijangkiti kulat juga boleh dikurangkan dengan meletakkan lendir lidah buaya
pada bahagian bermasalah. Lidah buaya mengandungi anti biotik yang mampu
merangsang pertumbuhan sel kulit baru dan mengelakkan jangkitan kuman pada
bahagian yang tercedera.
Lain pula dengan masyarakat
China, mereka mengamalkan lidah buaya dengan menyapu lendirnya pada seluruh
wajah bagi menaikkan seri muka serta mempercepatkan penyembuhan
jerawat.Masyarakat Cina juga banyak menggunakan Lidah Buaya dalam perubatan
tradisional mereka. Lidah Buaya digunakan oleh mereka untuk mengatasi masalah cacing.
Alore vera adalah antara jenis
herba semulajadi yang paling banyak mempunyai khasiat penyembuhan kepada
manusia. Pengamal nutrien, Mike Adams dalam kajiannya berpendapat aloe vera
adalah herba yang terbaik dalam beribu-ribu herba yang ditemuinya, manakala
Garlic (bawang putih) menduduki tempat kedua. Memang tiada tumbuhan lain yang
boleh memberi sebegitu banyak faedah perubatan seperti aloe vera. Lihatlah apa
faedah yang boleh didapati dari sebatang pokok aloe vera;
1. menghentikan pertumbuhan tumor
2. merendahkan kadar kolesterol
3. memperbaiki sel darah
4. menambah oksigen di dalam
darah
5. menghalang penyakit kidney
stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
6. memberi keseimbangan
asid/alkali di dalam badan
7. menyembuhkan penyakit ulser,
sistem penghadaman
8. mengurangkan tekanan darah
tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simtom
9. menambah mineral, vitamin,
enzim dan nutrien di dalam badan
10. mempercepatkan sembuh dari
kesan melecur, terbakar
11. merawat luka sehingga tidak
meninggalkan parut
12. menggantikan first aid kit
(peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai bandage kerana ia bersifat
anti-bakteria
13. menghentikan kanser colon
14. sebagai pelincir salur
perkumuhan
15. menghilangkan buasir
16. meneutralkan gula di dalam
darah
17. memelihara buah pinggang dari
penyakit
18. menghalang jangkitan
19. memberi keseimbangan
elektrolit seperti minuman tenaga
20. memelihara muka, kulit dan
membaiki sel yang rosak
21. menguatkan ketahanan badan
(sistem imunisasi)
...dan banyak lagi!!!
Tiada tumbuhan yang dapat
menandingi potensi pengubatan yang terdapat di dalam aloe vera. Tetapi
kebanyakan orang masih tidak menyedarinya, atau berfikir ia hanya sekadar untuk
memelihara kulit dari kesan sunburn. Lebih menyedihkan, ia hanya dijadikan
pokok hiasan di halaman rumah atau taman. Pada hal, aloe vera sangat berfaedah
untuk kegunaan luaran mahupun dalaman.
Pembentukan Jeli Aloe Vera
Pokok aloe vera memang dijadikan
Tuhan untuk memerangkap air dan menyimpannya di dalam "tangki" yang
besar yang terdapat pada daunnya yang keras dengan kulit yang tebal. Air yang
terkumpul diubah kepada bentuk jeli. Jeli inilah yang memberikan khasiat
pengubatan untuk kegunaan manusia. Apabila daunnya dikerat, dalam masa beberapa
jam, jeli ini akan bertindak membaluti bahagian yang dikerat dengan sendirinya.
Maka bahagian jeli yang terdedah tadi akan terlindung dari serangan
bakteria. Begitulah ia bertindak
untuk memelihara kulit manusia apabila terluka.
Sehingga kini, hanya satu cara
yang terbaik untuk mendapatkan faedah dari jeli aloe vera ini - iaitu
menanamnya sendiri. Sudah bertahun saya lakukannya. Apabila ingin mendapatkan,
saya akan pergi ke halaman rumah, potong seulas daunnya, siat kulit dan ambil
jelinya. Kemudian jeli tersebut dimasukkan ke dalam pengisar, lalu campurkan di
dalam air minuman atau air bertapis. Anda akan mendapat faedah yang optimum
dari herba semulajadi ini. Ia mempunyai gred yang lebih tinggi, bebas dari
racun serangga dan penuh kepekatan. Cecair aloe vera yang terdapat di pasaran
(biasanya dibotolkan) adalah sangat lemah. Sebahagian dicampur dengan pemekat
supaya ia kelihatan seperti jeli. Sesetengah pula langsung
tidak mengandungi jus aloe vera sedikitpun. Malah ia dijual dengan harga yang
sangat mahal. Sesetengah lagi dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga
memusnahkan nutrien-nutrien berfaedah di dalamnya.
Faedah Kesihatan Dari Jeli Lidah
Buaya
Kenyataan di sini adalah
kenyataan ikhlas secara peribadi dari saya tentang faedah kesihatan dari jeli
aloe vera. Menariknya, jika saya seorang pengusaha atau penjual produk aloe
vera, saya tidak berani membuat kenyataan ikhlas ini kerana Kementerian
Kesihatan sudah tentu akan membekukan atau merampas produk saya dan mendakwa
saya menjual "dadah yang tidak diluluskan". Atau mereka menuduh saya
menjual herba yang "merbahaya"!!!
Tapi sebenarnya saya tidak
terlibat dalam perniagaan produk aloe vera. Saya hanya berkempen untuk
menyedarkan masyarakat tentang kebaikan produk-produk semulajadi, memberi
saranan supaya mencari kaedah perubatan semulajadi, dan saya tidak akan
merahsiakan kebenaran tentang faedah penyembuhan yang terdapat dari pohon lidah
buaya ini.
Humbankan Peti Pertolongan Cemas
Di Dapur Anda (First Aid Kit), Gantikan Dengan Aloe Vera. Aloe Vera adalah anti-bakteria,
anti-viral dan anti-kulat. Ia boleh menyembuhkan kesan luka pada kulit tanpa
meninggalkan parut. Ia jelas terbukti apabila saya pernah terluka di tangan
selepas terjatuh, kemudian saya hanya usapkan bahagian yang luka dengan jeli
aloe vera, 3 bulan kemudian tiada lagi parut pada luka tersebut. Bahagian yang
luka itu akan tertutup kembali mengikut warna kulit badan kita, jika kulit anda
cerah atau gelap, ia akan menuruti warna kulit anda. Sukar untuk saya mengesan
di manakah zon luka saya dahulu. Berbagai produk kosmetik berasaskan kimia dan
ubat-ubatan untuk kulit yang diusahakan oleh industri-industri bernilai
berbilion dolar dengan pelbagai jenama yang popular sebenarnya tidak diperlukan
jika anda sudah mengenali peranan pohon lidah buaya ini.
Ia juga boleh digunakan sebagai
bahan pengawet makanan semulajadi. Ia memelihara kesegaran makanan. Anda tidak
perlukan pengawet dari kimia merbahaya yang boleh mendatangkan kanser. Tetapi
mengapa masih ramai tidak yakin atau kurang menggunakan aloe vera? Sebabnya
mudah. Ia tidak berjenama dan tidak dapat dipatentkan. Ia boleh didapati dengan
mudah dan murah apabila kita sendiri menanamnya.
Pengusaha-pengusaha besar tentu
tidak dapat menggunakan 100% bahan asli dari aloe vera sebaliknya mencampurkan
dengan formula-formula kimia mereka sendiri dan mendakwa kononnya produk aloe
vera mereka lebih hebat dan lebih berkuasa dari aloe vera jenama lain.
Anda tidak perlu lagi mendapatkan
produk aloe vera yang dibotolkan yang dijual dengan harga berpuluh-puluh
ringgit sebotol kerana anda boleh dapatkan yang lebih asli dan pekat dengan
menanamnya sendiri di belakang rumah anda. Aloe vera yang dijual begitu mahal
sebenarnya adalah strategi pemasaran dan psikologi pengguna, kerana pengguna
hari ini sudah sinonim berfikiran, "barang yang mahal tentu nilainya lebih
baik, dan yang murah tentu tidak berkualiti atau tiruan".
Jika mereka menjual sebotol aloe
vera dengan harga RM3 sebotol, tentu ramai yang tidak yakin malah tidak percaya
botol tersebut mengandungi lidah buaya! Mereka menganggap, jika ia ubat yang
berkualiti, harganya tentu lebih mahal. Itulah kesilapan kita para pengguna
hari ini. Pengguna sendiri yang menggalakkan pengusaha menaikkan harga.
Sebenarnya aloe vera yang boleh
ditanam sendiri dan khasiatnya lebih baik dari yang terdapat di pasaran. Tetapi
memang sudah menjadi budaya, pengguna lebih suka membeli dari menanam sendiri.
Apa Yang Terkandung Di Dalam
Lidah Buaya:
1. Air
2. 20 mineral
3. 12 vitamin
4. 18 asid amino
5. 200 phytonutrien
6. enzim
7. triterpen (phytonutrien yang
mengurangkan gula dalam darah)
8. glyconutrien &
glycoprotein
9. polisakaraid
10. acemann, mannose-6-fosfat
polimannan
11. fenolik glikosid
12. dihidrokomari
Resepi:
1. sekeping jeli segar aloe vera
2. 1 sudu teh gula tebu organik
atau madu lebah
3. 1 mug air bertapis
~ Masukkan jeli, gula organik
atau madu lebah dan sedikit air bertapis ke dalam mesin pengisar.
~ Kisarkan sehingga menjadi
halus. Kemudian tuangkan ke dalam mug berisi air minuman bertapis.
Minum airnya. Lakukan 2-3 kali
seminggu. Anda akan mendapat sistem pertahanan tubuh yang kuat.
*Airnya juga boleh disapukan pada
muka sebelum tidur untuk mendapat kulit yang licin, halus dan berseri
*******Semoga pembaca turut mendapat ilmu yang tidak seberapa ini. Amin********
Terima kasih banyak untuk informasi yang sangat berguna ni. Saya ni penghidap eczema, cari punya cari kaedah tradisional jumpa blog ni. Rasanya resepi aloe vera tu boleh ntuk kulit eczema kan? Saya ni tak percaya sangat perubatan modern ni (bukan tak percaya langsung ye)
ReplyDeleteTerimakasih RAHIMAH HUMAIRAH info terbaik. Saya nak tambah sikit, jika seorang muslim lebih indah dan sempurna jika kita sisipkan doa tertentu sebelum mengamalkanya kerana setiap kejadian ciptaanNya itu mengandungi hikmah dan rahsia. Daun lidah buaya ini adalah mahluk ciptaanNya juga. Setiap mahkluk ciptaanNya boleh mendengar dan melihat. Apabila kita mengambilnya untuk tujuan perubatan dan diiringi dengan doa, sudah pasti ia juga mendoakan untuk kita juga. Kita bukan sahaja dapat pahala apabila mengamalkannya, tetapi kita akan dapat kesan penyembuhan yang lebih baik atau dalam lain perkataan lebih mujarab InsyaAllah.
ReplyDeleteAPA DOANYA????
Deleteterima kasih atas info yang dikongsikan.
ReplyDeleteLidah buaya mmg byk khasiatnya. Lidah buaya mmg terkenal terutama dalam penjagaan kulit. Terima kasih kongsi info yg baik ini.
ReplyDeletehttp://aloeveramujarab.com
Assalam..terima kasih atas info yg berguna..sy baru sj mencuba produk aloe vera jenama always 21,memang berkesan..kulit jd lembab sepanjang masa...b4 tu mang kering muka smpai naik jeragat...recomanded sngt...:)
ReplyDeleteInfo terbaik untuk di kongsi saya juga adalah pengedar aloevera , produk organic yg mendapat pengiktirafan dunia boleh layari blog saya di http://kakchahjelita.blogspot.com
ReplyDeletepenulisan yang cukup bagus.
ReplyDeleteJelas ketara bukan copy & paste article.
Memang pasti sekali seorang pencinta semulajadi dari nama mike adam dan top artikel termasuk zai beauty formula.
Pernah singgah dahulu di blog ini ketika mengoogle tentang zai beauty formula kerana saya penguna produk ini semenjak 2007 lagi.
Semoga terus diizinkan menulis dan berkongsi ilmu.
Terima kasih atas penulisan ini.
Sayang sekali tiada butang share kerana ingin sekali share artikel ini di google saya.
good info prend...must try one day..but garlic yg u tergila2 kan tu,sgt bombastic rasa n bau dia.huhu.but ada satu yg i nak share,for diabetic patient,garlic sgt bagus utk turunkan reading kencing manis.i dah cuba kat my dad..and memang berkesan.just amalkan 3 ulas garlic setiap kali makan.breakfast,lunch n dinner(total 9 ulas 1 hari).n satu lagi,sgt berkesan untuk turunkan darah tinggi.cubalah.prend,ternyata obsesmu terhadap tumbuhan dan herba betul2 berbaloi...
ReplyDeleteterima kasih berkongsi maklumat manfaat lidah buaya
ReplyDeleteslm
ReplyDelete💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
ReplyDelete💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....
Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.👉🏼 *En Mohd Zuhairi- 0174687570*
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺👍🏻
3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....
5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .
Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .💪🏼
Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
*Skg sudah sembuh dr kanser.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..😉
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
*En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*
👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼
*NOTE* :
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*
😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring