Maafkan Zharif. Zharif tahu Zharif salah. Zharif tak patut buat Zawin macam tu tadi. Please, bagi peluang untuk Zharif berikan penjelasan
            Jari jemari Zawin lincah menekan kekunci skrin telefon dengan geram.
            Saya tak perlukan apa-apa penjelasan. Hubungan ini sudah berakhir. Tolong pergi dari hidup saya!
            Zawin membiarkan telefon pintarnya terus berbunyi nada dering Detective Conan. Lelaki itu nampaknya tidak jemu menghubunginya. Akhirnya, telefon pintar itu di setkan silent. Tumpuannya beralih pada laman facebook. Tidak cukup dalam telefon, laman sosial itu juga menjadi ruang untuk Zharif cuba berkomunikasi dengannya. Dia benar-benar bosan. Nama Zharif dicari dari senarai kenalan lalu ditekan butang block. Dia menghela nafas lega. Satu kotak kecil muncul diruang bawah. Zawin membetulkan duduk diatas tilam, menyandar selesa pada katil bujang lalu menumpukan perhatian pada Nadiah. Dia tersenyum sendiri. Gadis yang pernah berada diantara dia dan Iskandar itu dahulu, kini menjadi teman rapatnya. Hidup betul-betul penuh dengan kejutan dan takdir yang tak disangka.  
            Nadiah : Awak...
            Zawin :  Ya sayang
            Nadiah: Busy ke?
            Zawin: Tak sangat. Kenapa sayang? Ada masalah ke?
            Nadiah: Huhu. Tak ada la. Saja...
            Zawin: Awak...walaupun kita kenal tak lama, tapi faham sangat dirimu itu. Cerita la.
            Nadiah: Entah la...Biasa la. Masalah yang sama. Dia terlalu sibuk. Tak ada masa mesej dan cakap pun. Stress! Hati saya dah jadi kosong dan tawar hati.  
            Zawin: Erm...Dah agak. Cinta itu ngek kan?
            Nadiah: Sangat ngek.
            Nadiah: Nak jadi solo balik. Senang cerita. Tak payah peduli siapa-siapa. Peduli diri sendiri saja. Awak macam mana?Ok ke?
            Zawin: Erm...terasa diri ini mahu bebas sebebasnya
            Nadiah: Tahu tak apa. Best kan? Tengok la nanti. Kalau dia diamkan diri selama sebulan dah tiba masa untuk saya solo balik. Hari rabu haritu chat fb dengan dia. Dia cakap jangan buat perangai dan jangan jadi pembunuh semangat dia. Saya balas balik la yang dia sebenarnya pembunuh semangat saya. Lepas tu dia diam saja. Sakit hati beb orang buat begitu.
            Zawin: Erm..ku memahaminya. Sangat.
            Nadiah: Huhu..thanks. Awak kan laling saya.
            Zawin: Hati jadi tawar kan? Masa nak dapat sanggup buat apa saja, bila dah dapat, lepas macam tu saja.
            Nadiah: Yup betul. Lepas tu suruh kita faham dia. Mereka tak nak pula faham kita. Baik tak payah ada awek.
            Zawin mencemberutnya bibirnya. Kekunci laptop ditekan dengan kuat apabila bayangan wajah Zharif muncul dibenak.
            Zawin: Yup! Setuju sangat! Geram sangat kan
            Nadiah: Memang geram sangat-sangat. Tunggu nak luah je. Kene tunggu jumpa baru boleh luah. Kalau dalam telefon mesti tak jadi. Kalau depan-depan boleh cakap macam-macam.  Nasib baik saya boleh kawal diri lagi. Tak serabut sangat pun. Kadang-kadang saja pun. Malas nak fikir sangat. Nanti makan diri.
            Zawin: Betul tu. Jangan fikir sangat.
            Nadiah: Thanks sayang. Dah lega sikit ni. Nanti borak lagi. Nak keluar makan. Makan memang terapi yang terbaik.
            Zawin: Haha. Jom. Saya pun nak turun beli makan ni. Malas masak.
            Nadiah: Haha. Ok sayang. Bye. As-salam.
            Zawin memejamkan matanya sambil mengurut-ngurut belakang tengkuknya. Hati Zawin berlagu tidak tenang. Bayangan Zharif datang mengasak benaknya.  Wajah lelaki itu seakan-akan merayu padanya. Merayu hanya dengan pandangan mata. Bibirnya melafazkan kalimah istighfar beberapa kali sehingga hatinya kembali tenang. Zawin membuka matanya. Dia cuba muhasabah diri. Selama ini Zharif tidak pernah melayannya seperti pagi tadi. Pasti lelaki itu ada sebab kukuh berbuat demikian.
            Aroma wangi dari arah dapur membuatkan perutnya mengalun keroncong. Entah siapa yang masak didapur. Zawin bangun dari katil, mencapai tudung putih, menyarung jaket kuning pastel dan mencapai tas tangan. Langkah Zawin mati apabila ternampak satu beg kertas berwarna coklat diatas meja kayu diluar rumah. Kad bersampul kuning dilekatkan pada kertas itu bertulis namanya.
            Pasti Zharif punya kerja. Desis hati Zawin. Beg kertas itu dibuka selajur melabuhkan punggung diatas sofa. Ada patung spongebob squarepant sederhana besar dan juga sebuah novel Manikam Kalbu yang pernah dipinjamkan lelaki itu kepadanya. Zawin mengerutkan keningnya. Untuk apa semua ini? Kad bersampul kuning itu dibuka dengan penuh rasa tanda tanya.
            Kepada bakal zaujah,
            Berjuta maaf Zharif pohon atas kesilapan diri ini. Zharif tahu itu bukan cara terbaik untuk mendidik tetapi Zharif harap Zawin memahami perubahan sikap Zharif pagi tadi dengan merujuk pada mukasurat tertentu novel Manikam Kalbu. Sila rujuk muka surat  356-357.
            Zawin terus membuka halaman mukasurat yang dimaksudkan Zharif. Ayat-ayat itu sudah digariskan dengan highlighter kuning.
            Agar busana Melayu tidak diikuti di seluruh dunia hanya pada gaya dan fesyen, bahkan pada prinsip dan falsafahnya… bahawa pakaian itu pelindung malu, petunjuk budi dan adab. Busana Melayu akan menjadi senjata keamanan sejagat!
            Zawin pegun dan membaca semula bait-bait ayat itu. Kepalanya terasa dihenyak batu yang besar. Dia sudah dapat menangkap makna disebalik perubahan sikap Zharif. Matanya terus membaca ayat-ayat lain yang digariskan dalam novel itu.  
            Tuanku, pacal namakan busana pertama ini baju kurung. Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan.Tetapi, dengan sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama busana ini dikurung oleh syarak. Pakaian melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat. Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak mengetam. Adapun kurung itu juga bermakna dikurung adat.
            Zawin menghela nafas dalam-dalam. Kata-kata rakan sekerja Iskandar mengapung dalam mindanya. Hot chick? Terasa aib apabila diberi gelaran seperti itu. Kembali membaca kad di tangannya, Zawin menutup mulut menahan tawa.
            Kalau masih marah pada Zharif, sila tumbuk spongebob squarepant tu sepuas hati.  
            Zawin mencapai patung berwarna kuning itu dari dalam beg kertas, dibawanya keatas riba lantas tersenyum lebar.  
            “Zawin dah maafkan Zharif?”  
            Zawin tersentak mendengar suara itu. Jantung tiba-tiba melantung kencang. Dia terus terbangun dari sofa. Zharif tetap kelihatan segak dalam kemeja putih bersih dipadankan dengan sut hitam walaupun dasi bergumpal di dalam poket sut.
            “Maafkan Zharif ya?” Zharif bergerak menghampiri gadis itu dan merenung lembut wajah gadis itu apabila tiada jawapan soalannya tadi.
            Zawin melarikan pandangan matanya jauh daripada mata Zharif. Tubuh Zharif yang begitu hampir dengannya membuatkan hati yang sememangnya berdebar kian rancak debarannya. Haruman minyak wangi dari tubuh lelaki itu menyerap dalam rongga hidungnya bagaikan minyak pengasih. Apa jadi pada aku ni? Hati Zawin menjerit. “Zawin yang salah,” ujarnya dalam suara bergetar.
            Zharif meneliti wajah Zawin. Sebentar tadi gadis itu merenunginya bagaikan menembusi dirinya, kini tidak mahu bertentang mata pula. Besar sangat kah kesalahannya? “Zawin nak Zharif buat apa? Kalau spongebob tu tak cukup untuk dibelasah, Zharif rela jadi galang gantinya,” ujar Zharif mengulum senyum.  
            Zawin tergelak kecil, cuba menyembunyi gelodak perasaan. Patung spongebob digenggam kuat. Perlahan-lahan dia memberanikan diri memandang wajah Zharif. Membalas pandang mata bening lelaki itu, hatinya tiba-tiba bergetar lagi tetapi sedaya upaya dicekalkan hatinya . “Zawin lapar. Belanja Zawin makan,” getusnya setelah beberapa ketika berbalas pandang.
            Zharif ketawa kecil. “Ok. Tunggu Zharif mandi dulu. Berlengas badan. Tunggu tau,” ujar Zharif dalam gembira. Syukur. Mujur rajuk gadis itu tidak lama. Dia cepat-cepat masuk ke dalam rumah.   
            Zawin melabuhkan punggung diatas sofa. Tangannya menyentuh dada. Seharian dihantui bayangan wajah Zharif membuatkan jiwanya tidak tenang. Kemana sahaja dia melangkah, nama itu tetap utuh dalam kotak fikirannya. Dia resah dan rimas memikirkan semua itu. Bagaimana mahu menjelaskan perasaan yang kuat menggamit hatinya kini? Kenapa baru hari ini semua itu berlaku? Kenapa aku rasa marah melihat Zharif melemparkan senyuman pada Dr.Husna? Kenapa aku rasa sakit hati sangat bila Zharif melayan gadis lain? Kenapa aku rasa geram bila diabaikan Zharif? Tiba-tiba sahaja beberapa soalan terbetik dihatinya.
            Cintakah ini? Aku jatuh hati dengan Zharif? Bukankah rasa cemburu yang membuak di dada selalu dikaitkan dengan rasa cinta? Tersentak Zawin dengan jawapan yang tiba-tiba sahaja terdetik di minda. Darah tersirap pantas ke wajah. Zawin bangun mendadak, mundar-mandir dihadapan rumah. Berkali-kali dia menggeleng, cuba menafikan perasaan cinta yang sedang tumbuh dalam hati nuraninya untuk lelaki itu.
            “Maaf, lama tunggu?” Zharif membetulkan kedudukan jaket jeansnya. Dia tersenyum senang melihat gadis itu dalam jaket kulit kuning pastel dipadankan dengan tudung biru laut.
“Padanan biru dan kuning nampak harmoni bila bersama. Kan?“ usiknya.
            Zawin menahan nafas melihat penampilan Zharif. Jeans biru dipadankan dengan t-shirt Polo kuning lembut. Lelaki itu nampak segar dan tampan sekali. Senyuman lelaki itu membuatkan alam sekelilingnya berseri-seri. Terasa seakan melihat pelangi selepas hujan. Zawin berdehem sekali, cuba mematikan tarikan pesona lelaki itu. “Kuning memang manis dan ceria, namun kalau kuning tidak mahu berdampingan bersama warna lain maka hanya akan terlihat sebagai warna yang egois, kesepian dan menyedihkan,” balasnya cuba berlagak tenang.    
            “Setuju sangat.” Zharif benar-benar lega kerana gadis itu masih melayannya dengan baik. “Kita nak makan dimana?”
             “Kita berjalan ya? Hari ni tak bersenam pun,” saran Zawin.
            “Berjalan ke mana?”    
            “Pernah berjalan lalu bukit belakang tak?” soal Zawin.
            Zharif pantas menggeleng. “Belakang ni ada apa sahaja?”
            “Macam-macam ada. Marilah cepat. Dah hampir pukul 9 malam.”
            Zharif akur dan mengikuti langkah Zawin menuruni tangga. Matanya meliar ke merata arah dalam cahaya suram bertemankan pokok-pokok besar dikiri dan kanan jalan. Sejurus melepasi ruang kecil pagar besar berwarna hijau itu, mulutnya terlopong. Dia tidak pernah tahu banyak kereta yang diparkir di luar pagar belakang. “Selamat ke parkir di sini? Ada Toyota Alphard lagi tu.”
            “Selamat. Tak ada siapa berani nak ke sini pada awal pagi. Pak guard pun kata selama mereka menjaga pangsapuri ni, tak ada kes kehilangan kenderaan di belakang ni. Kawasan belakang ni agak keras. Mereka tak akan meronda pada waktu 3 pagi ke atas,” beritahu Zawin.
            Zharif hanya mengangguk. “Biasalah. Mana-mana tempat pun ada benda-benda halus ni.” Matanya seronok melihat suasana indah dari cahaya-cahaya yang terbit dari kawasan perumahan bawah bukit.
            Zawin menatap sisi wajah Zharif sambil berjalan. “Zharif pernah jumpa ke?” soalnya selamba.
            Zharif tergelak kecil. “Berani ya cakap tentang ni di tempat begini?”
            Zawin mengulum senyum. Dia sengaja mahu menguji lelaki ini. Jika dia keluar bersama Iskandar, topik hantu atau kisah seram tidak akan dilayan sama sekali. Matanya menatap langit malam yang suram. Pasti sebentar lagi akan hujan. Desis hatinya.
            “Maafkan Zharif sebab layan Zawin pagi tadi macam tu,” ucap Zharif tiba-tiba.
            “Maaf juga sebab pergi macam tu saja.”
            Masing-masing terdiam buat berapa ketika.
            “Baju kebaya nyonya tu Zawin tak akan pakai lagi sampai bila-bila. Itulah pertama dan terakhir kali.” Zawin bersuara memecah sunyi.
            Zharif tersenyum senang. “Jangan terfikir lagi untuk memakai kebaya itu. Baju ketat, singkat dan jarang dibahagian lengan. Tambah pula tudung yang tidak dilabuhkan untuk menutupi dada. Iman anak Adam pasti tergoncang melihat pakaian yang diketatkan dibahagian tertentu pada tubuh perempuan walaupun memakai tudung. Ramai perempuan membungkus aurat, bukan menutup aurat. Bukan semua yang memakai tudung akhirnya menutup aurat, walaupun kita tahu semua yang menutup aurat itu memakai tudung,” ulasnya dengan lebih berhemah.   
            Zawin menghela nafas dalam-dalam. Dia sedar akan kekhilafannya itu. “    Why I can do that stupid mistake?” soalnya kepada diri dalam kesal.
            “Sometimes a smart girl can do a stupid mistake too. Not because she was stupid but because she is a human and human made mistakes.” Zharif mengangkat kening kirinya, cuba memujuk hati gadis itu.
            “Thanks.” Zawin tersenyum senang. Dia insan biasa. Pasti tidak lepas membuat kesilapan. Dia bersyukur, setidak-tidaknya masih ada lagi orang sekeliling yang berani menegur kesilapannya dalam berpakaian.
            “Tak sangka ada banyak kedai dibelakang ni.” Mata Zharif menyeluruhi kawasan itu.
            “Nak makan dimana ni?” soal Zawin. “Restoren mamak?” Zawin mengunjukkan sebuah restoren india muslim tidak jauh daripada tempat mereka berdiri.
            Zharif pantas menggeleng. “Zharif tak nak Zawin ingatkan Iskandar bila bersama Zharif,” akuinya tanpa mahu berselindung. “Kempen mesti adil!” tambahnya lagi dan kemudian ketawa perlahan.  
            Zawin tersenyum lembut. Lelaki ini benar-benar serius ingin memikatnya. “Kita makan dibelakang sana la. Ada Arabic food court.”
            Zharif mengangguk tanda setuju. Langkahnya diatur mengiringi langkah Zawin. Dia tercengang-cengang sendiri melihat bermacam-macam jenis food court dalam sebuah bangunan besar. Matanya melilau menyeluruhi kawasan yang agak padat dengan orang ramai itu. Usai Zawin mengambil tempat dihadapan Arabic food court, dia terus menempah hidangan roti nan, nasi arab, jus epal dan jus tomato. “Kenapa Zawin terus pergi pagi tadi? Marah sangat sebab Zharif tak layan ya?” Zharif bersuara sebaik duduk mendepani gadis itu.
            Mendengarkan soalan itu, Zawin terus menjatuhkan pandangan ke bawah. Tangannya bermain-main dengan tali jaket. Wajahnya berubah muram. Perlukah dia berterus-terang? Baru sahaja dia ingin membuka mulut, nada dering telefon pintar Zharif berlagu nyaring.
            “Sekejap ya.” Hakim tersenyum melihat nama yang tertera pada skrin telefon lalu menjawab panggilan itu. “Ya, Husna.”
            Zawin tersentak. Jantungnya melantun laju sebaik nama itu meluncur dibibir Zharif. Tangannya menarik-narik hujung jaket dengan geram. Telinganya terasa panas mendengar tawa Zharif. Sudahnya dia memekakkan telinga dan melontarkan pandangan ke arah lain.
            Zharif segera menamatkan perbualan apabila menyedari perubahan wajah Zawin. Dahinya berkerut hairan melihat riak gelisah berbaur ekpresi tidak senang pada wajah gadis itu. Dia tidak berani untuk menafsirkan perubahan mendadak itu walaupun hatinya kuat menyatakan gadis itu seakan mengesyaki hubungannya dengan Dr.Husna.     
             “Zharif...err... rapat dengan Dr.Husna?” soal Zawin lambat-lambat.
            Zharif mengangguk. “Dia satu-satunya kawan perempuan yang rapat dengan Zharif. Kenapa?” soalnya semula, merenung mata bening itu yang tiba-tiba sahaja melirik tajam.
            Zawin tersenyum hambar. Sungguh dia geram dengan perubahan ‘angin’ yang sedang melandanya kini. Sudah puas dipujuk hatinya untuk tidak melayan rasa cemburu yang menggila namun gagal jua.
            “Apa yang bermain dalam fikiran Zawin sekarang? Katakanlah,” pujuk Zharif apabila gadis itu hanya membisu.
            “Tak ada mood,” luah Zawin akhirnya. Dia tidak mahu nampak lemah dihadapan lelaki itu. Lebih baik dia berdiam diri daripada menonjolkan kelemahan diri.
            Zharif tersenyum panjang. “Nak datang bulan kan? Faham sangat mood swing tu,” usiknya.
            Zawin membundarkan mata. “Macam mana Zharif tahu?” soalnya tidak puas hati. Itu berkaitan hal sulit dan terlalu peribadi pada dirinya.
            “Rasanya tempoh kitaran haid Zawin adalah normal. Zawin pernah cerita semasa kita di hospital dahulu. Tak ingat?”
            Zawin menahan merah wajahnya. Dia berdehem beberapa kali. “Kenapa Zharif ambil tahu tentang hal sulit macam tu?”    
            “Bakal suami wajib ambil tahu. Sekurang-kurangnya nanti dalam merancang keluarga. Kalau isteri tak tunaikan solat pada waktunya dan datang bulan sebelum sempat tunaikan solat, suami kena ingatkan isteri supaya qada’ kan solat yang tak sempat dilakukan. Jangan main-main hal solat. Itu amalan yang pertama dihisab dalam kubur dan hari akhirat nanti,” jelas Zharif panjang lebar.
            Zawin hilang kata-kata. Lelaki itu sering membuatkan hujah-hujahnya hanya terkulum didalam mulut.  Minuman yang dipesan tiba. Zawin menyisip jus tomato perlahan.
            “Suka sangat dengan tomato ya?” Zharif merenung wajah mencuka itu sambil menikmati jus epal. “Muka pun sama masam macam tomato,” usiknya.
            Zawin menjuihkan bibirnya. Dia terus menghulurkan gelasnya kepada Zharif. “Minum lah kalau berani,” cabarnya.
            “Jangan menyesal.” Zharif memberikan amaran. Matanya bersinar penuh licik.
            Zawin menggeleng. “Cuma jangan malukan Zawin dengan muntah disini,” ujarnya penuh sinis.
            Zharif terus mencapai gelas Zawin, menyisip perlahan jus merah itu sehingga kering.
            Mulut Zawin terlopong luas. Terpacak matanya merenung wajah Zharif.
            Zharif tersengih menang. “Selama sebulan Zharif belajar untuk makan tomato. Muntah banyak kali tak usah cakap la. Nampaknya usaha Zharif tak sia-sia,” terangnya tanpa dipinta.
            “Tapi kenapa?” Zawin cuba mematikan bunga-bunga asmara yang kian mekar berputik dalam hatinya.
            “Orang yang mencintai kamu akan belajar untuk menyukai apa yang kamu suka walaupun dia terpaksa korbankan sesuatu. Fahami kata-kata itu wahai bakal zaujah ku!” ujar Zharif penuh yakin.
             Zawin menahan nafasnya. Sungguhkah begitu? Matanya berkaca-kaca menahan sebak. Zaujah? Getus hati Zawin. Bukankah perkataan arab yang beerti isteri itu ada digunakan Zharif dalam puisi yang diberikan dahulu?                
            Zharif membelek bawah gelas minuman, meraba-raba poket jaket jeans malah menjenguk bawah meja.
            Zawin mengerutkan dahinya. Lelaki itu seolah-olah sedang mencari sesuatu. “Zharif cari apa?”
            Zharif menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Mencari sesuatu...” balasnya lalu membelek bawah telefon pintar Zawin pula.
            “Mencari apa?” soal Zawin dalam bingung.
            “Senyuman Zawin Az-Zahra,” ujar Zharif separuh berbisik bersulam senyum nakal.
            Zawin tergelak besar. Dia benar-benar tidak menjangka langsung.
            Zharif tersenyum senang. Tergamam dia melihat mata dan wajah itu bercahaya penuh ceria. Zawin Az-Zahra benar-benar menawan! “Senyum begini selalu ya? Senyum sang mentari yang memberi tenaga kepada sang pelangi.”
             Zawin mengulum senyum. Wajah ceria Zharif sangat berseri-seri umpama pelangi. Lelaki ini sering membawa warna-warna indah dalam hidupnya. Wajah tenang Dr.Nabil muncul pada wajah lelaki itu. Apabila mengingati kembali cerita Dr.Nabil mengenai hubungan Zharif dan Dr.Husna, sedikit sebanyak melegakan hatinya. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia bertanya lebih lanjut mengenai Dr.Husna namun egonya menghalang dirinya daripada berbuat demikian. “Dr.Nabil ada cerita yang Zharif anti perempuan masa belajar dulu. Kenapa jadi begitu?” soalnya ingin tahu. 
            Pelayan datang menghantar hidangan yang dipesan.
            “Sebenarnya, sejak masuk sekolah menengah Zharif  bersikap anti perempuan. Zharif cuak apabila sering diganggu perempuan sehinggakan telefon di rumah pun tak berhenti berbunyi. Bila Zharif hantarkan isyarat yang Zharif anti perempuan, panggilan gay tu memang tak boleh elak la tapi yang bagus, hidup jadi tenang tanpa gangguan.”
            Zawin mencemberutkan bibirnya. “Hantarkan isyarat? Macam mana tu?”
            “Zharif selalu pakai t-shirt bertulisan I hate girls. Ada seorang perempuan ni tak puas hati. Dia kata... hate girls konon, habis tu mak kau tu bukan girl ke? Zharif balas balik la. Mak aku women. Sampai sudah perempuan tu bengang pada Zharif,” cerita Zharif bersungguh bersulam tawa besarnya.
             Zawin ikut ketawa. Dia benar-benar gembira berada disisi Zharif.
            “Sabtu ni dah genap tiga bulan hubungan kita. Zharif lepas tak tempoh percubaan?
 Zharif bersuara tiba-tiba.
            Zawin terkedu. Tiga bulan? Cepat benar masa berlalu. “Ok. Kita boleh cuba untuk tempoh seterusnya,” putusnya dengan senang hati.
            “Syukur,” ucap Zharif dalam gembira. Dia merenung sepasang mata bening yang bersinar indah itu. Jantungnya bagai dipalu apabila dia mengesan sesuatu yang telah lama diharapkan dari gadis itu. Apakah ini sebuah realiti atau semata-mata ilusi?
 *******
           
            “Agaknya apa ilmu Pak Lang guna hingga tapak tangannya tidak terbakar?” soal Zharif dalam nada berbisik kepada Zafuan. Dia benar-benar kagum melihat Pak Lang Zulkarnain memegang besi panas tanpa sebarang pelapik.
            “Tak pasti,” balas Zafuan ringkas. Matanya memerhatikan penuh minat kemahiran lelaki tua itu membentuk besi panas dengan tangan. Dia bangun perlahan-lahan dari pelantar dan melabuhkan pungung berdekatan tempat membakar besi.
            Zharif turut melabuhkan punggung tidak jauh daripada Zafuan. Bahang panas membuatkan kulitnya terasa bagai mahu terbakar. Mendadak dia mengambil tempat yang lebih jauh. Dia hairan melihat Zafuan seperti tidak terkesan dengan bahang api.  
            “Ada tujuh jenis besi dicampurkan sebelum besi ini dibakar.” Zulkarnain bersuara tiba-tiba sambil tangannya lincah menempa besi hingga menjadi sebilah keris berlok tujuh.
            Zafuan mengangguk sambil terus meneliti hasil kerja penseni keris itu. Besi itu meliuk lentukkan keris untuk menghasilkan pamor yang sangat cantik pada mata keris.  “Ada petua yang Pak Lang guna?” soalnya lembut.
            Zulkarnain mengesat peluhnya menggunakan lengan baju. “Bahan asas untuk membuat keris adalah besi waja, besi tawar, besi melela yang diikat kemas sebelum dibakar untuk dimampatkan menjadi satu kepingan logam aloi. Ikut petua, perlu dicampur dengan tujuh jenis besi yang namanya berpangkal dengan huruf ‘P’ iaitu besi paku, payung, pagar, pahat, puting, pisau dan pencebok,” balasnya.
            Kepala Zafuan terangguk-angguk tanda faham. “Zaf ada kenal dengan seorang professor di Jerman dahulu. Dia mengkaji keris selama sembilan tahun dan cuba menggabungkan beberapa jenis besi tetapi besi-besi tersebut menjadi berlapis-lapis. Katanya, keris melayu bukan manusia yang buat, tapi mesti ada unsur mistik yang terlibat dalam pembuatan keris. Tengok pada cara Pak Lang buat keris, tiada pula unsur mistik yang Zaf kesan.”
            Zulkarnain tersengih sinis. “Mistik? Ini ilmu islam. Tapi tak nafi memang ada unsur mistik dalam pembuatan keris terutama semasa zaman majapahit yang menggunakan doa hindu. Bila kerajaan melayu demak naik, keris dibuat dengan kalimah Allah dan beribu-ribu doa diperisikan dalam keris. Beribu-ribu aura ada didalamnya,” terangnya bersungguh. Matanya mengerling wajah merah Zharif yang duduk berhampiran tempat bakar besi itu. “Zharif tak tahan panas?” soalnya lembut.
            “Ya. Tak biasa. Macam nak terbakar kulit,” akui Zharif.
            Zulkarnain tersenyum penuh makna. “Sebagai manusia, kita tidak akan melepaskan diri dari berhadapan dengan unsur tanah, air, api dan angin.”
            “Kenapa pula begitu? Ada ustaz yang kata manusia hanya diciptakan daripada tanah. Siap kata orang yang percaya manusia ni ada empat unsur itu adalah sesat.” Zharif bersuara ingin tahu.  
            Zulkarnain hanya membiarkan soalan itu seketika. Tangannya berhenti menempa keris apabila pamor yang terhasil cukup sempurna pada matanya. “Ilmu Allah sangat luas. Sesiapa yang mencari ilmu Allah, dia bakal rasai dan nikmati ilmu itu. Jangan berfikiran sempit dan mudah menuduh orang sesat kalau kita sendiri tak tahu apa-apa.” Zulkarnain melirik beberapa keris tanpa hulu yang tersusun di atas pelantar bangsalnya sebelum meneliti pamor pada keris di tangannya. “Asal tanah daripada air, asal air daripada angin dan asal angin daripada api. Keempat-empat anasir ini berasal daripada Nur. Tanah yang disebut oleh Allah asal kejadian manusia yang berbagai perangai dan sikap adalah asas wujudnya air, angin dan api sebagai pengimbang ketahanan diri jasmani apabila Rohani di tempatkan padanya,” ulasnya lebih lanjut.
            Zafuan tersenyum lebar. “Ada ulama tasawuf berpendapat unsur api pada aliran darah, air pada bahagian tekak, udara pada bahagian hidung dan tanah pada kulit,” tambahnya lagi.
            Zharif terangguk-angguk. Terasa diri sungguh kerdil bila berada di samping dua insan hebat  itu. “Pak Lang buat keris ni untuk siapa?” soalnya ingin tahu apabila melihat lelaki tua itu meletakkan keris yang baru dibuatnya ke atas pelantar bersama beberapa keris tanpa hulu.
            “Orang Brunei. Dia tempah bulan lepas. Keris untuk kamu, Pak Lang buatkan 10 Muharram nanti. Itu waktu terbaik untuk buat keris sebenarnya.”
            Zharif mengangguk.
            “Zharif dan Zawin bila nak kahwin?” soal Pak Lang Zulkarnain tiba-tiba. Senyum penuh makna tersemat pada bibirnya.
            Zharif mengulum senyum. “Zharif sedia bila-bila masa. Tunggu Zawin beri lampu hijau saja,” balasnya selamba.
            Pak Lang Zulkarnain menepuk bahu Zharif beberapa kali. “Biasa lah perempuan. Cara perempuan bernafas pun berbeza daripada lelaki. Sebab itu kadang-kadang kita tidak memahami golongan hawa,” ulasnya.
            “Cara perempuan bernafas berbeza dengan lelaki?” Zharif benar-benar teruja.
*******         
            “Wah, ada hajat apa sang puteri datang ke mari?” Fuad menjuling-julingkan matanya sebaik menyedari Zawin berdiri tercegat dihadapannya dalam busana kurung moden biru firus.
            Zawin tergelak halus. “Tak sudi la tu patik datang ke sini.” 
            “Eh, boleh saja. Duduk lah,” pelawa Fuad. Dia turut mengambil tempat menghadap Zawin.         
            “Nak tengok barang kemas. Saja cuci mata.” Zawin melontarkan pandangan pada barangan kemas di dalam kaca jernih itu.
            “Pelik...” Fuad menyeluruhi wajah Zawin.
            “Apa yang pelik?”
            “Berseri-seri. Macam orang yang dilamun cinta,” tegur Fuad selamba.
            Tersentak Zawin mendengar kata-kata itu. “Err...mana ada!” nafinya.
            “Zharif atau Iskandar?” Fuad tersenyum penuh makna.
            Zawin mengembungkan kedua pipinya. “Bosan. Soalan lain?”
            “Bila nak kahwin?”
            Zawin menahan tawa. “Kahwin? Jangan nak merepek la.”
            “Tak apa. Nanti Fuad tahu juga. Sekejap ya.” Fuad meminta diri dan terus hilang ke dalam sebuah bilik kedai emas itu. Tidak lama kemudian Fuad muncul bersama satu bekas bentuk hati berbaldu merah. Fuad meletakkan bekas berbaldu merah itu dihadapan Zawin. “Ini kalung permata delima Burma. Cantik kan?”
            Zawin tergamam. Bukan kerana kecantikan batu permata itu, namun kerana huruf arab yang terukir di situ. “Maha suci Allah. Ada kalimah Allah.”
            “Delima kalimah Allah ni mungkin satu dalam sejuta. Barang yang sangat-sangat jarang untuk didapati,” terang Fuad.
            “Agak-agak berapa harga delima ni?”
            “Tak dapat dinilaikan sebab sangat susah nak dapat. Tengok la puas-puas ya. Kalung delima ni dah ada orang tempah,” beritahu Fuad lagi.
            Zawin tersenyum nipis. Matanya tertacap pada cincin dijari manis Fuad. “Itu permata kecubung bukan?” jari telunjuknya dihalakan pada tangan lelaki berkemeja biru laut itu.
            Fuad menatap cincin permata berwarna ungu kebiruan itu. “Ya. Orang kata permata kecubung sesuai untuk bintang Aquarius. Bila dah guna, terasa serasi pula. Kebetulan mungkin.”
            Zawin mengembungkan kedua pipinya.“Tak tahu pula ada permata khusus untuk zodiak. Kalau Leo, batu permata apa yang serasi?” soal Zawin sambil membelek-belek kalung permata delima di tangan.
            “Permata delima sebab permata ini adalah simbolik matahari. Ini raja segala permata dan lambang zodiak Leo yang dipengaruhi matahari. Sejak beribu tahun, delima menjadi batu permata paling bernilai di atas muka bumi. Bukan semua orang boleh serasi dengan permata delima, tapi golongan bintang Leo sudah semestinya ini batu permata paling tepat untuk mereka,” cerita Fuad bersungguh.
            “Begitu ke?” Zawin terus membelek-belek kalung delima ditangan dengan penuh kagum. Padanlah selama ini dia begitu tertarik dengan permata delima. Telefon pintarnya bergegar, mengeluarkan nada dering I’ll be back. Mia? Seingatnya gadis itu tidak pernah menelefonnya pada hari cuti. Oh ya. Minggu ni Mia tak balik rumah. Hatinya berbicara sendiri. Pantas dia menjawab panggilan itu. “Elektrik tak ada? Bil elektrik dah bayar kan? Habis tu kenapa? Ya la. Akak balik sekarang.”
            Zawin terus meminta diri untuk beredar. Dalam perjalanan pulang, telefon pintarnya melagukan Yakinlah Aku Menjemputmu. “Ya tuan doktor. Ada pesakit bisol hari ni?”
            Iskandar ketawa besar dihujung talian. “Dah meletup pun bisolnya. Apa pun, I miss you,” ucapnya selamba.  
            Zawin tersenyum sendiri. Iskandar memang berubah 180 darjah. “Tak sibuk hari ini? Makan dah?”
            “Dah makan. Sedang rehat sekarang ni. Ingat tak pesakit kanser ovari yang pa cerita minggu lepas?”
            “Ya. Dah selamat bedah ke?”
            “Tak. Geram betul la. Ada nurse pelatih buat silap. Dia kasi itu pesakit makan. Ikut prosedur, sebelum pembedahan, pesakit tak boleh makan. Ni kena tengok jadual balik. Jadi kerja pula nak berebut dengan doktor lain guna bilik OT.”
            “Dugaan. Biasalah pahit manis dalam bekerja kan? Ma pun tengah bengang ni. Elektrik putus la di rumah. Pa pandai baiki sistem elektrik?” adu Zawin pula.
            “Tak. Baiki orang pandai lah,” seloroh Iskandar bersulam tawa anak.
            Zawin turut ketawa kecil. “Macam-macam.”
            Sejurus sampai ke rumah, Zawin terus meneliti suis utama di bahagian depan rumah. “La...suis utama off. Macam mana boleh off?” soal Zawin kepada Damia dan Alina. Dengan berhati-hati suis utama itu ditolak ke atas. Lampu ruang tamu serta merta menyala.
            Alina membundarkan matanya. “ Suis utama rupanya. Lina takut nak sentuh suis tu sebab masa Lina balik tadi, bila pasang kipas dalam bilik, Lina ada dengar bunyi di depan ni dan terus elektrik putus,” ceritanya bersungguh.
            “Cuba Lina pasang suis kipas dalam bilik,” saran Zawin.
            Alina akur dan melakukan seperti disuruh.
            Zawin menghela nafas berat apabila bekalan elektrik putus serta merta sejurus gadis tinggi lampai itu menghidupkan kipas di bilik masterbedroom itu. “Nampaknya kipas bilik Lina tu ada masalah,” simpulnya.
            “Macam mana ni kak? Aduh. Tanpa kipas, berpanas la dalam bilik tu. Dengan haba laptop lagi. Aduhai.” Alina benar-benar gelisah.
            “Jangan risau. Nanti akak minta tolong kawan akak.” Zawin memberikan jaminannya.
            “Nak minta tolong dengan si pembuka mangga hati tu ke?” bisik Damia berbaur usikan.
            Zawin tersenyum simpul. “Siapa lagi? Dia kan superman akak. Mesti dia akan datang serta merta.”
            Damia mengerdipkan matanya tidak percaya. Lelaki kacak itu berdiri dihadapan rumah selepas lima belas minit Zawin memintanya untuk membaiki kipas.  
            Zharif tersenyum meleret sebaik matanya meneliti wayar yang disambungkan dari bilik air ke bilik utama. Dia menaiki tangga dan membelek wayar berwarna hijau itu. “Ini punca short berlaku. Wayar ni jenis re-cond. Jenis tak berkualiti. Tambah pula, kerja penyambungan wayar yang kurang cerdik. Siapa yang buat kerja kurang cerdik ni?” bebelnya.
            “Encik Azam, pemilik rumah ni.  Alina pernah tengok dia sambungkan wayar tu,” balas Alina.
            “Ini kerja orang kurang arif tentang sistem elektrik. Sambungan yang dibuat ni boleh menyebabkan letupan. Bahaya betul!” komen Zharif lagi.
            “Tapi...Encik Azam tu...jurutera elektrik,” beritahu Alina lagi.
            Zharif menggelengkan kepalanya. Malas dia mahu memberikan sebarang komen lagi. Jurutera kelas ketiga! Marahnya didalam hati. Kalau berlaku kejadian buruk kepada Zawin, memang dia sendiri yang akan berdepan dengan lelaki itu. Akan diberikan syarahan pedas seperti mana yang sering dilakukan pada jurutera-jurutera yang tidak bertanggungjawab.
            Alina dan Damia saling berbalas senyum apabila melihat Zawin seakan-akan terpesona memerhatikan lelaki tinggi lampai itu melakukan kerja membaiki.
            Damia menyenggol lengan Zawin bersulam senyum nakal.
            Zawin berdehem beberapa kali. Dia pura-pura tidak nampak senyum nakal gadis itu. Dia menumpukan perhatian sepenuhnya pada Zharif. Dirinya bagaikan disihir untuk terus menatap wajah yang disimbahi keringat itu. Zharif kelihatan seksi tatkala duduk di atas tangga besi dalam kemeja merah jambu dan seluar jeans biru. Cara lelaki itu membuat kerja begitu teliti. Semua tentang lelaki itu begitu sempurna pada matanya. Wajah Iskandar melintas di ruang matanya. Dia tersentak tiba-tiba. Wajah siapa yang ada dalam hati ini sebenarnya?
*******   
            “Dah pukul lima ni,” bisik Zharif usai matanya mengerling jam dinding. PS2 ditinggalkan lalu mencapai i-phone di atas meja ruang tamu. Nama My lovely baby dicari dari senarai kenalan.
            “Ada di mana?” soal Zharif usai Zawin menjawab salamnya.
            “Baca novel,” sahut Zawin tidak acuh.
            “Jom la teman Zharif joging.”
            “Malas la. Zawin nak habiskan baca novel Hatiku di Harajuku ni”.
            “Ala..kisah yakuza tu ke? Akhirnya Ryu Watanabe dan Noriko kawin dan tinggal di Cameron Highland. Sabrina pun kecewa.”
            “Eee...Zharif ni!! Kenapa beritahu? Malas nak baca dah!”
            Zharif ketawa. “Jom temankan Zharif joging.”
            “Jangan harap. Tak apa. Zawin ada satu lagi novel. Huh!”
            “Apa tajuknya?”
            “Biar la rahsia. Ala...Zharif jangan la kacau hari cuti Zawin. Zawin nak baca novel ni.”
            “Zawin di mana ni?”
            “Sedang baca novel la.”
            “Tengok tu. Zharif tanya di mana bukannya sedang buat apa. Tarik telinga tu baru tau!”
            “Ya la. Di taman permainan blok 4.”
            “La...buat apa baca di situ?”
            “Saja suka suka.”
            “Pandaila suka suka. Zharif nak join boleh?”
            “Datang saja la.”
            Zharif terus bangun lalu menyarung kemeja hitam jalur putih. Dia tersenyum sendiri dihadapan cermin. “Zawin Az-Zahra...can’t you feel my heartbeat?” bisiknya perlahan.
            Zawin sedang kusyuk membaca novel thriller karya penulis kegemarannya. Kakinya menolak tanah. Buaian itu  berbuai lagi. Angin petang yang bertiup lembut membuatkan Zawin benar-benar selesa berada disitu.
            “Di sini rupanya Zawin melayan jiwang,” usik Zharif sambil melabuhkan puggungnya di atas buaian bersebelahan gadis itu.”
            Zawin mengerutkan keningnya melihat Zharif yang lengkap berpakaian kasual hitam putih. “Kata nak pergi berjoging?” soalnya.
            “Malas. Tak ada orang teman.” Zharif memuncungkan bibirnya.
            Zawin tersengih. Malas dia mahu melayan lelaki itu lantas menyelak muka surat baru pada novel di tangannya.
            Zharif menjengul isi novel yang dipegang Zawin. “Haris? Karmila? Bukan ke ni novel Ungu Karmila?” tebaknya.
            Zawin berhenti membaca. Berpaling menatap wajah Zharif dalam kehairanan. “Zharif banyak baca novel melayu?” soalnya tidak percaya.
            Zharif mengangguk. “Bacalah juga terutama jenis thriller macam ni. Kalau Zawin nak Zharif ceritakan penghujung cerita Ungu Karmila, Zharif sangat-sangat lapang tau sekarang,” sarannya.
            Zawin malas melayan. Novel di tangan dibuka semula. Dia ingin mengetahui kisah selanjutnya mengenai pembunuhan di villa ungu Karmila.
            Zharif mula bosan apabila gadisnya itu kembali tenggelam dalam novel thriller itu. “Zawin ni...jom la teman Zharif jalan-jalan. Baca la malam nanti.” sarannya dalam nada manja.
            Zawin menggelengkan kepalanya. “Ala...bagila Zawin baca sampai habis. Ish...cerita ni macam ada unsur-unsur mistik je,” soalnya dalam nada berbisik.
            Zharif tersengih nakal. “Mana ada unsur mistik. Semua tu gara-gara bunga ungu yang Haris ambil di kawasan yang tok batin larang pergi,” beritahunya.
            Zawin berhenti membaca, mengerutkan keningnya. “Kenapa pula?”
            Zharif mendekatkan wajahnya. “Sebab bunga tu beracun. Bila debunga tu dihidu manusia, kesannya membawa pada muntah dan sakit pada tubuh manusia. Manusia mula berhalusinasi. Itu yang Haris boleh bunuh isteri dan orang gaji rumah dia sebab dia dah berhalusinasi isteri dia curang.”
            Air muka Zawin berubah keruh apabila menyedari Zharif telah memberitahu isi cerita yang paling penting. Novel itu terus ditutupnya lantas berdiri mendadak. “Zharif! Eee...geramnya!!!” Zawin menggunjukkan penumbuknya.
            Zharif ketawa besar melihat reaksi Zawin. “Cepat pergi siap. Teman Zharif makan.” Dia tersenyum menang.
            Zawin mencemberutkan bibirnya dalam rasa geram yang membungkit. “Tak nak! Pergi la sendiri!” Zawin terus bangun dari buaian, lantas mengatur langkah.
            Zharif terus memintas langkah gadis itu. Kedua tangannya dirapatkan ke dada. “Ok, Zharif minta maaf. Ala..jom la temankan Zharif. Bosan la. Please...” Zharif membuat muka manja.
            Zawin menahan rasa geli hatinya melihat wajah itu. “Erm...apa yang Zawin dapat kalau Zawin temankan Zharif?” soalnya dalam wajah serius.
            Zharif mengangkat-angkat keningnya. “Lepas makan, kita pergi MPH tak pun POPULAR. Zawin boleh borong apa saja buku yang Zawin nak. Semuanya dibawah tanggungan Zharif. Macam mana?” ujarnya dalam senyuman lebar.
            Zawin mencemberutkan bibirnya. Kepalanya digelengkan lalu terus melangkah.
            Zharif sudah mati akal. Tidak tahu bagaimana caranya untuk memujuk gadis itu.
            Zawin berhenti berjalan, berpaling semula. “Tunggu Zawin bersiap. Sepuluh minit,” beritahunya sambil menjelirkan lidah.
            Zharif gembira bukan kepalang. “Aishiteru Terterubozu!” laungnya penuh perasaan.
*******
            “Kata orang bijak pandai, kita boleh kenal seseorang itu dengan melihat pada jenis buku yang dibaca,” ujar Zharif tiba-tiba usai Zawin meletakkan buku Buat Duit Dengan Rumah ke dalam bakul. Gadis itu ternyata tidak menghadkan pembacaannya pada satu bidang sahaja.
            Zawin tersenyum simpul. “Kata orang bijak pandai, bangsa yang berjaya adalah bangsa yang membaca,” balasnya bersahaja. “Zawin sering membayangkan suatu hari nanti, Malaysia juga akan capai tahap yang sama dengan Jepun terutama daripada segi tabiat membaca. Asas kepimpinan ialah membaca. Membaca hari ini akan melahirkan pemimpin masa hadapan,” sambungnya lagi.
             Zharif mengangguk tanda bersetuju. “Bangsa Jepun sejak puluhan tahun meraikan buta huruf terakhir di Jepun. Tiada buta huruf di Jepun. Kosong peratus. Majoriti bangsa Jepun membaca tidak kira masa dan tempat. Iqra’ warobbukal Akrom. Allah S.W.T sudah berjanji dalam Al-Quran yang dengan membaca, Allah akan muliakan dirinya. Paling kurang di dunia. Sudah jelas terbukti, bangsa yang maju adalah bangsa yang membaca. Allah muliakan bangsa Jepun dengan kemajuan di dunia kerana amalkan prinsip itu. Ia hukum alam,” tambahnya pula.
            “Pasti seronok menetap lama di bumi Jepun kan?” Zawin menatap sisi wajah Zharif yang sedang leka membelek deretan buku genra kewangan.
            Zharif ketawa kecil. “Mula-mula hidup di Tokyo, terasa bagai berada di sebuah planet lain.”
            “Kan? Itu lah Zawin rasa semasa mula-mula datang ke Jepun,” sokong Zawin teruja.
            Zharif mengangkat keningnya. “Berapa kali Zawin ke Jepun?”
            Zawin mengembangkan kelima jari kanannya. “Lima kali. Masa mula-mula datang ke Tokyo tahun 2003 dulu. Masa bunga sakura luruh.”
            Zharif tersenyum bahagia. Memori lapan tahun lalu kembali terbentang dalam benaknya. “Zawin sangat sukakan negara Jepun?”
            Zawin mengangguk. “Kalau diberi peluang, nak juga tinggal di sana. Akhlak orang Jepun sangat mengagumkan. Kadang-kadang Zawin rasa akhlak mereka lebih baik daripada segelintir orang islam sendiri. Tidak kira kita pergi ke mana-mana sahaja di Jepun, kita sentiasa disambut bangsa Jepun dengan tunduk hormat. Itu bukan kebetulan,” komennya lagi.
              “Zawin pernah ke sekolah-sekolah Jepun?” soal Zharif.
            Zawin menggeleng.
            “Nanti Zharif tunjukkan buku-buku yang diajarkan kepada anak-anak Jepun. Zawin pasti sangat kagum dengan apa yang Zawin akan temui. Di situ ada faktor yang sangat besar menyumbang pada kemajuan Jepun hari ini,” beritahu Zharif.
            Zawin menepuk tangannya dengan gembira. “Zawin tunggu saat itu.”
            “Kalau la orang kita nampak tujuan Tun Mahathir asaskan Dasar Pandang ke Timur, mereka pasti akan  memilih budaya Jepun untuk dicontohi. Zharif selalu kaitkan dasar pandang ke timur dengan saranan Al-Quran yang menyebut, mudah-mudahan mereka berfikir atau merenung. Zharif simpulkan orang Jepun banyak amalkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W walaupun mereka bukan islam dan tidak pernah tahu tentang Islam.”
            “Dari segi apa?” soal Zawin.
            “Sikap amanah, kebersihan, menghargai nyawa, disiplin, menghargai masa, mencipta banyak inovasi yang bermanfaat kepada manusia dan sebagainya. Kita kalau disuruh menyebut hadis nabi...laju saja menjawab. Tapi realitinya, kita hanya tahu teori sahaja, sedangkan kita tidak praktikkan dalam kehidupan. Sungguh ironi sekali, kebanyakan hadis nabi, Zharif nampak ada dipraktikkan dalam kehidupan orang Jepun.”
            Zawin tersenyum senang. “Sangat setuju. Zawin ingatkan, Zawin sahaja yang berfikir begitu. Dulu, semasa zaman Tun Mahathir perkenalkan Dasar Pandang ke Timur, sesetengah orang kita yang berfikiran dangkal bersungguh-sungguh mengkritik kerana kononnya Tun Mahathir suruh ikut orang Jepun sembah matahari. Sedangkan jika kita berfikir dan merenung budaya dan etika kerja bangsa jepun, kita akan dapat manfaat yang sangat besar,” hujahnya pula.
            “Kaizen. Etika kerja bangsa Jepun yang bermaksud berubah untuk jadi lebih baik. Zawin rasa, budaya kerja Kaizen ini ada kaitan dengan ajaran islam tak?” Zharif menghulurkan buku Why We Want You to To Be Rich kepada Zawin.
            Zawin membaca tajuk buku itu sekilas sebelum memasukkan ke dalam bakul. “Kalau tak silap Zawin, ada persamaan dengan konsep Ihsan.”
            “Mengapa?”
            “Konsep Ihsan adalah membuat sesuatu dengan terbaik seolah-olah merasakan Allah S.W.T sedang memerhatikan setiap tindak tanduk yang dibuat. Tidak jauh bezanya dengan sistem kaizen yang bermatlamatkan kualiti kerja yang ditingkatkan ke tahap maksimum. Di Jepun, budaya Kaizen diaplikasi dalam bidang teknologi, budaya mahupun politik sehingga mendorong produktiviti bangsa yang hebat. Malah ramai pakar hebat barat seperti Frederick Winslow Taylor juga mengikut budaya kerja bangsa Jepun,” jelas Zawin.
            “Banyak membaca nampak?” Zharif mengangkat keningnya berulang kali.
            Zawin mengembungkan pipinya. “Kata ulama, orang yang membaca, dia susah untuk dijatuhkan,” balasnya tenang.
             Zharif tersenyum meleret. “Zharif baca baru-baru ini yang kerajaan Jepun ada menyatakan kebimbangan mereka terhadap perkembangan generasi kedua. Generasi sekarang lebih suka menikmati hasil yang dikeluarkan generasi pertama daripada berusaha untuk menghasilkan inovasi baru yang lebih baik,” ceritanya.
             “Memang wajar mereka merasa bimbang. Menurut sejarawan barat, musuh terbesar mana-mana tamadun adalah keselesaan,” komen Zawin. Bakul diletakkan di atas lantai. Buku yang diberikan Zharif sebentar tadi dibelek secara rawak. Bayang Iskandar tiba-tiba melintas di ruang matanya. Cerita arwah datuknya berlegar dalam mindanya.
            Zharif menapak ke arah rak buku bahasa inggeris apabila matanya menangkap sebuah buku yang sering disebut Fuad. Sinopsis buku Men Are From Mars, Women Are From Venus membuatkan bibirnya mengukir senyuman lebar. Apabila menyedari Zawin tiada disisinya, matanya berkelintar pandang setiap sudut kedai buku itu. Gadis berbaju kemeja hitam stripe putih itu rupanya masih berada di ruangan buku kewangan. Matanya memincing kehairanan. Mengapa gadis itu seakan-akan merenung jauh. Perlahan-lahan langkahnya diatur. “Ada sesuatu mengganggu fikiran Zawin?” tegurnya.
            “Hah?” Zawin tersentak apabila ditegur dalam keadaan fikirannya menerawang jauh. “Err...tak ada lah,” nafinya lembut lalu mengukir senyum nipis.
            “Zawin ingatkan Iskandar?” duga Zharif.
            Zawin mengangguk dan kemudian menggeleng pantas. “Bukan seperti apa yang Zharif fikir,” ujarnya. Risau jika Zharif salah mentafsir. Walaupun Zharif sekadar menduga, dia tidak sepatutnya membiarkan Zharif membuat andaian bahawa fikirannya sentiasa terisi dengan lelaki bernama Daniel Iskandar.
            “Adakah berlainan dengan apa yang Zharif fikir sekarang?” Zharif tersenyum sarat  berisi.
            Zawin mengumam, menatap sepasang mata memukau itu. Jantungnya berdegup kencang. Bertentang mata dengan Zharif akhir-akhir ini membuatkan dia serba tidak kena. Dia cuba mengawal arus yang mengalir dalam hati nuraninya lalu mengalih pandangan pada rak buku. “Bila sebut tentang tamadun tadi, bayang arwah datuk dan Iskandar tiba-tiba datang. Masa Zawin putus cinta zaman sekolah dulu, pada saat Zawin sedang bersedih, arwah datuk berikan nasihat dalam bentuk cerita. Kisah keruntuhan tamadun Andalus. Nak dengar cerita?”
            Zharif mengangguk bersulam senyum lemak bergula. Dia benar-benar yakin, gadis dihadapannya ini mempunyai perasaan yang sama sepertinya. Sudah beberapa hari dia memerhati. Selama ini Zawin tidak pernah peduli dengan perasaannya tetapi dia mengesan Zawin berusaha menjaga hatinya apabila nama Iskandar muncul diantara mereka. Mata Zawin bersinar apabila ditatap dan pipi gadis itu berubah merah apabila dia merenung nakal. Zawin tidak ubah seperti remaja yang pertama kali jatuh cinta! Zharif sudah mula membayangkan corak kehidupannya yang kian bahagia bersama bunga-bunga cinta yang mula terputik di hati Zawin untuknya. “Apa perkaitannya dengan putus cinta dan tamadun Andalus? Ceritalah.”
            “Pada zaman Al andalus dikuasai umat islam, Portugis turut berminat menawan andalus. Mereka menghantar pengintip untuk siasat pemuda-pemudi di sana. Mereka mendapati pemuda di sana sibuk belajar mengumpul ilmu. Mereka memutuskan bahawa  itu bukan masa yang sesuai untuk menyerang...”
            “Kenapa berhenti cerita?” soal Zharif.
            Zawin menjeling. “Jangan la renung Zawin sampai macam tu,” marahnya.
            Zharif ketawa kecil. “Sejak bila Zawin tak tahan dengan renungan Zharif?”
            Zawin menjeling geram. Sejak bila? Soalan itu turut berlegar dalam laut fikirnya. Zawin berdehem sekali lalu menyambung ceritanya. “Selepas 800 tahun, pengintip dihantar lagi. Seorang pengintip berjumpa seorang pemuda dalam kesedihan sedang duduk di bawah pokok. Setelah ditanya, pemuda itu jawab, dia telah ditinggalkan kekasihnya. Ketika itu pihak Portugis tahu, itulah masa sesuai untuk menawan Andalus. Empayar kukuh yang diasaskan pahlawan terbilang islam akhirnya jatuh ke tangan Portugis. Salah satu sebab adalah keutamaan para pemudanya bertukar daripada kepentingan membina tamadun kepada cinta yang melalaikan.”
            Zharif berdiri tercegat menatap wajah Zawin. Lama pandangannya itu tertacap pada wajah manis itu.
            “Kenapa?” soal Zawin. Dia tidak dapat menahan renungan romantis lelaki itu. Terasa jantungnya seperti hendak meletup.
            “Zawin pernah tertanya-tanya kenapa Zharif tidak pernah ada teman wanita sejak zaman remaja?”
            Zawin mengangguk. “Seringkali Zawin tertanya tapi malas nak tanya sebab nanti Zharif paksa Zawin kahwin dengan Zharif.”
            Zharif tergelak besar. “Soalan ini satu pengecualian tau.”
            “Abang Zharif...” tegur Tengku Azura yang sejak tadi memerhatikan gelagat dua insan itu. Untuk memujuk hati supaya bertenang memang payah sekali. Mindanya cuba untuk menafikan gadis pilihan Zharif adalah Zawin Az-Zahra namun hatinya tidak dapat meyakinkan penafiannya itu melihat pada cara Zharif memandang gadis itu. Pandangan itu sama dilihatnya semasa di restoren perancis beberapa bulan lalu.
            “Hai Zura” sapa Zawin teragak-agak. Ekor matanya menangkap wajah terkejut Zharif dan riak tidak selesa pada wajah gadis tinggi lampai itu. Hatinya dilanda gelisah apabila mengenangkan kata-kata Zharif tiga bulan lalu untuk menunaikan permintaan Tengku Azura.
            “Erm...” Tengku Azura tersenyum tawar.
            Merasa diri menjadi orang ketiga di tengah-tengah dua insan itu, Zawin meminta diri.
            “Zawin, tunggu dulu.” Zharif menahan langkah Zawin.
            Zawin mengetap bibirnya, menghantar isyarat mata kepada Zharif yang menyatakan dia belum bersedia.
            Zharif tidak peduli dengan isyarat mata gadis itu. Bagi dirinya, pertemuan mereka bertiga hari ini adalah takdir yang telah tersurat. Dia tidak mahu bermain tarik tali lagi dengan Tengku Azura. “Zura, seperti yang abang janjikan pada Zura tiga bulan lalu, inilah dia gadis yang ada dalam hati abang. Zawin Az-Zahra,” ujarnya dalam tenang. Rasa lega menyusup ke hati. Berterus-terang memang banyak nikmatnya.
            Terpanar Tengku Azura mendengar kata-kata Zharif. Terpacak matanya merenung wajah Zawin. Tak mungkin! Hatinya menjerit. Tidak semena-mena air matanya merembes keluar. Tanpa sebarang ucapan, kakinya terus melangkah laju. Dia tidak ingin berada disitu biarpun sesaat!
            Zharif diserang rasa bersalah namun dia tetap mahu batukan hati. Dia tidak ingin peduli. Belum ada lagi undang-undang di muka bumi ini yang mewajibkan seseorang membalas cinta.
            “Zharif rasa...dia akan ok?” soal Zawin lambat-lambat. Cara Tengku Azura merenungnya sebentar tadi bagaikan menghantar pesanan amaran. Dia benar-benar cuak.
            Zharif mengangguk. “Doakan sahaja,” sahutnya ringkas. Zharif membaca kandungan mesej yang baru masuk. Wajah Zawin ditatap dalam rasa bersalah. “Zawin...maaf. Tak dapat teman dinner.”
            “Kenapa? Zharif nak pergi mana?”
            “Erm...Khalid. Dia jemput ke parti harijadi isteri dia.”
            “Ok. Go on. Jangan balik lewat sangat,” pesan Zawin.
            “Zawin tak kisah ni?”
            “Ya. Tak kisah. Di mana parti tu dibuat? Rumah Khalid ke?”
            “Err...Beach Club,” beritahu Zharif lambat-lambat.
            Zawin membundarkan matanya. “Kenapa perlu buat parti di tempat macam tu?” Zawin meluahkan rasa tidak puas hatinya.
            Zharif mengangkat kedua belah bahunya.
            Zawin menghela nafas dalam-dalam. “Tahun lepas ada sebuah disko di Thailand terbakar semasa sambutan tahun baru. Ramai yang tak dapat keluar dan dibakar hidup-hidup,” ceritanya selamba.
            Zharif memincingkan pandangannya. “Jangan la cerita lagi. Nak doakan Zharif jadi macam tu ke?” tuduhnya.
            Zawin tersengih. “Takut juga rupanya. Ingatkan tak takut mati.” Zawin mengangkat bakul berisi buku ke arah kaunter bayaran.  
            Zharif cepat-cepat memintas langkah Zawin dan mengambil bakul ditangan gadis itu. “Zharif dah kata yang Zharif belanja.”
            Zawin hanya membiarkan dan berdiri di belakang Zharif. “Bawa Zawin sekali. Boleh?” pintanya.
            Zharif berpaling ke belakang. “Zawin tak betul ke ni? Jangan nak mengarut la. Zawin bukan pernah masuk ke tempat-tempat macam tu,” tingkah Zharif.
            “Zawin pernah masuk la!”  bidas Zawin.
            Zharif tersengih. “Jangan nak auta sangat la. Zaf cakap, masa Zawin di Scotland, dia ada ‘mata-mata’ suruh tengokkan Zawin. Ryan kan nama dia? Mamat Spain tu yang pastikan Zawin tak  ke tempat-tempat hiburan. Betul tak?”
            Berubah air muka Zawin mendengar kata-kata itu. “Benci sungguh la. Kenapa lah abang Zafuan cerita pada Zharif,” rungutnya dengan geram.
            Zharif ketawa kecil. “Lagi pula dua minggu lepas, masa Zharif dan Nabil cakap tentang The Beach Club, Zawin boleh tanya pantai mana? Naif sungguh Zawin ni ya?” usiknya.
               Zawin memuncungkan bibirnya. “Berbakul-bakullah kutukan Nabil tu pada Zawin. Malu sungguh!” Zawin ketawa kecil, lebih kepada ketawakan dirinya sendiri.
             “Tak la. Nabil tak pernah kutuk Zawin. Puji melangit ada lah.”
            “Sungguh?”
            Zharif mengangguk. “Nabil kata, zaman sekarang...susah nak jumpa gadis macam Zawin. Nabil suruh jaga Zawin elok-elok.”
            Zawin mencemberutkan bibirnya. “Tak best la jadi good girl. Nak jadi bad girl. Boleh la ya? Please...bagi Zawin ikut,” pintanya bersungguh.
            Zharif tercengang seketika. Adakah ini Zawin Az-Zahra yang dikenalinya? Gadis itu tidak pernah menggunakan nada manja seperti itu kecuali kepada abangnya. “Ada orang kata, perempuan akan menjadi manja dan akan menunjukkan perangai kebudak-budakkan bila bersama dengan orang yang dia sayang. Zawin dah sayangkan Zharif ke? Betul tak?” usiknya.
            Zawin mengangkat keningnya. Tidak mahu menjawab soalan itu.
            “Biarpun seminit?” soal Zharif lagi.
            Zawin mengulum senyum. Pandangannya dilontarkan pada orang ramai yang memenuhi ruangan toko buku itu.
            “Biarpun sesaat?” Zharif masih mencuba. Dia tahu gadis ini mempunyai perasaan terhadapnya, namun tidak mahu mengaku. Setiap kali perasaan itu terserlah, Zawin pasti mengelak daripada menatap wajahnya.
            “Zawin akan jawab...tapi dengan satu syarat.” Zawin mengangkat kening kirinya.
SORRY YOU ALL TUNGGU LAMA. INSYAALLAH CERITA INI AKAN DIBUKUKAN. DOAKAN YA. TERIMA KASIH KERANA BERSABAR DAN MENUNGGU SAMBUNGAN KISAH INI. LOVE U ALL. 
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

46 awesome commentator:

  1. alhamdulillah.. nk dibukukn..seronoknya.. sentiasa tertunggu2 cerita ni.. TQ so much

    ReplyDelete
  2. Tahniah cerita ini penuh dengan ilmu.

    Cuma diharap penulis sedikit berhati-hati dari segi tatabahasa, contoh: imbuhan 'di' jika perkataan selepas 'di' adalah tempat, maka harus dijarakkan - di hadapan, di situ, di sini, di antara, di belakang, di bibir (sekadar mengambil beberapa contoh)

    Selamat maju jaya

    ReplyDelete
  3. Terima kasih byk3 atas komen membina. Sangat saya nanti-nantikan teguran begini. Insyaallah saya akan betulkan tatabahasa dan kesilapan lain

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..x sabar tunggu ne..ehehehe..saya doakan semoga semua brjln dgn lancar..amin.

    ReplyDelete
  5. Salam..kak maira syg..eija ni..lme eija tgu smbungn.siap tgk bln..huhu..alhamdulillah smbgn mmg best. xsbr nk tgu dibukukn..nnti update lg ye. syg akk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum..kak maira..eija lg ni..hehe..akk ...rindu gemleo..!! duk bkk je tgu nxt ep..hehe..
      #smga urusan kak maira diprmudahkn ye..In Shaa Allah..aamiin :)

      Delete
  6. Boleh semak di sini penggunaan 'di' sama ada dekat atau dijauhkan. harap dapat membantu.

    http://kelaspenulisankreatif.blogspot.com/2014/01/kata-sendi-di-kedudukan-yang-betul.html

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Finally keluar juga cerita ini dalam bentuk cetakan. Saya sentiasa menanti. Ceritanya sarat dengan ilmu yang saya tidak jangka. Saya sentiasa menunggu sambungan cerita ini. Tahniah sis! Dan teruskan menulis

    ReplyDelete
  8. salam tuan rumah,
    akak marathon citer ni 2 hari tanpa skip
    best sgt,tunggu jd buku ye,

    ReplyDelete
  9. As salam... Gemleo adalah jalan cerita yg sangat menarik.. memang cerita yg sya sngt nanti2kan.. sya ingin bertanya adakah novel yg bertajuk puteri pelangi telah di bukukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ws. Terima kasih atas kesabaran saudari mengikuti Gemleo. Saya terpaksa menolak tawaran terbit Puteri Pelangi atas beberapa sebab peribadi tapi insyaallah saya akan fkir semula selepas Gemleo tamat.

      Delete
  10. Dh lme tggu cter ni kt blog p2u..,rpany just kt blog jer..Msih igt sy??Penilai...

    ReplyDelete
  11. Kenangan bersamamu kasih
    Seumpama mimpi di dalam mimpi
    Terasa engkau di sisi
    Menemaniku saban hari

    Pabila kupejamkan mata
    Akan terasa hangatnya asmara
    Walaupun sekian lama
    Telah terpadam cinta kita

    Luka yang tak terasa
    Mengalair darah yang tak berwarna
    Bagai jeritan tanpa
    Suara

    Tangisan dalam ketawa
    Sedu sedan menjadi syair cinta
    Terasa ingin ku sentuh
    Bayanganmu

    Walau hanya seketika cuma
    Agar hilang rindu dan dahaga
    Agar pulih semangat kasih dan mesra
    Seperti baru kenal cinta

    Kenangan bersamamu kasih
    Membakar gedung fikiranku kini
    Terasa hidupku ini
    Umpama mimpi dalam mimpi



    ReplyDelete
  12. dah siap dibukukan ke?? nak beli huhuhu.. gilekk best !!!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum sis..
    dah setahun, rindu sangat kat gemleo.
    Hope dipermudahkan urusan n can't wait for gemleo. =)

    p/s: xde teaser ke sis? =p

    ReplyDelete
  14. @Akmaliah Azmi

    Waalaikumsalam dear. Sabar ya. Sedang edit dan cari masa yang cukup untuk sempurnakan cerita ini. Terima kasih kerana bersabar dan masih menanti cerita ini dibukukan. Teaser? Mungkin akan dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  15. @hafizah mahfuzah

    Ija my dear: Dont worry my dear. Dalam proses nak siapkan. Doakan ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak maira. Miss u..miss gemleo. Hehe
      Setia menunggu.

      Delete
    2. miss u too...sabar na...banyak rombakan karya berlaku.Doakan moga dipermudahkan...amin...

      Delete
  16. Akak... Buku ni dah keluar ke belom akak. Tak sabar dah nii... ehhehehe

    ReplyDelete
  17. Assalam.. Lamanya kami menunggu sambungan cerita ni. 😭 Harap-harap cepatlah dibukukan ye. 😀

    ReplyDelete
  18. Salam.... cerita ni dah di bukukan blm kak?

    ReplyDelete
  19. jaga diri..jgn pernah berubah

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum sis...
    sihat sis?
    zharif n zawin sihat? =)
    agak2 bila ye penantian kami akan berakhir?
    can't wait to meet them!!
    salam sayang <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam

      Terima kasih sabar menunggu kisah gemleo....sedang edit edit sampai moody...hehe doakn ya penyakit mood terbang ke laut ni sembuh..

      Delete
  21. zawin n zharif..kesudahannya? jadi buih2 dilautan??? nite prend..

    ReplyDelete
  22. Salam sis.
    Bila Gemleo akan menembusi pasaran?
    Cant wait to read this story.
    Its inspiring

    ReplyDelete
  23. Kak mairaaaaaaa 😍. Ingat lagi x? Eja di sini..kakk, eja setia menunggu gemleo. Rindu sgt dgn ZawinXZharif. Semoga urusan karya gemleo dipermudahkan. Love u like always.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum penulis! Sudah lama tidak melawat ke blog penulis. Tiba-tiba rasa nak baca kisah zawin dan zharif. Sentiasa menanti sambungan kisah mereka. All the best penulis ��

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum kak penulis! Apa khabar? Hihi apa pula khabar zharif dan zawin? Saya merada rindu, ingin tahu sambungam kisah mereka�� all the best to uu

    ReplyDelete
  26. lama dah cari buku ni tapi belum bertemu. apa nama tajuk sebenarnya?

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum...cerita ini dah terbit ke?
    rindu juga nak tahu cerita keseluruhan...

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum novel ini dah penghujung ke...nak sangat tahu kisah semua dan berakhir.

    ReplyDelete

terima kasih berikan komen ya.

 
Back To Top