BAB 8

           
            Bunyi ringtone detektif Conan dari I-Phone di atas meja, membuatkan Zawin mencemberutkan bibirnya. Dia hanya membiarkan sehingga panggilan itu mati. Apabila panggilan daripada Zharif itu kembali berbunyi, dengan malas Zawin mencapai I-Phone lalu meletakkan earphone ke dalam telinga. “Salam. Erm...kenapa Zharif?” sambutnya dengan tidak acuh.
            “Zawin...erm...Zawin marahkan Zharif ke?” Perlahan suara Zharif kedengaran dari hujung talian.
            “Untuk apa Zawin marah Zharif? Malam tadi...memang takdir telah menetapkan yang Zawin dapat tahu rahsia hidup Zharif. Jangan bimbangla. Kita kan kawan. Zawin tak kecil hati pun.”
            “Erm...apa pun, Zharif tetap nak minta maaf. Zharif tak berniat pun nak rahsiakan daripada Zawin, cuma masa tak mengizinkan.”
            “Zawin kata tak apa la. Maaf, tadi Zawin tak sempat nak jumpa Zharif. Housemate Zawin terlupa bawa kunci, tak dapat masuk rumah. Itu yang Zawin balik awal, bukan sebab Zawin marah Zharif.”
            “Ooo...ok. Zawin...tapi kan….”
            “Tapi apa?”
            “Zawin Az-Zahra...sangat menakjubkan malam tadi. Dah lama ke belajar main piano?”
            Zawin tergelak besar mendengar kata pujian itu. “Jangan nak puji dulu. Sebenarnya kan...Sebenarnya kan...”
            “Apa?”
            “Sebenarnya...hanya lagu itu je yang Zawin tahu main. Kalau Yasmin cabar main lagu lain, tak tahu la apa akan jadi pada Zawin. Agaknya Zawin main tekan do re mi je kot.”
            “Ha!!!?”
            “La...Kenapa Zharif terkejut pula? Zawin ingatkan Zharif akan gelak.”
            Zharif mengawal nafasnya yang tiba-tiba diserang rasa terkejut yang amat. Adakah...benar Zawin Az-Zahra adalah teruterubozu yang sebenarnya? “Err…Zawin…Siapa pencipta lagu yang Zawin main malam tadi?” ujinya dalam hati yang berdebar.
            “Oh, lagu tu bertajuk Once in a blue moon, karya Ban Kazuhiko. Tahu kan, lagu tu yang Hasegawa Takeishi cipta dalam drama With Love dan kemudian tersalah hantar ke email Mukarame Amane?”
            Zharif terdiam sejenak. Zawin perlu diuji lagi. “Ha...Zharif ingat. Lagu Once in a blue moon...sebuah lagu yang sangat memberi kesan mendalam kepada pendengar kan?”
            “Tau tak apa. Once in a blue moon, sebuah karya yang sangat menyentuh hati. Sewaktu Hasegawa Takeishi terangkan pada Mukarame Amane bahawa bulan penuh walaupun membawa maksud peristiwa misteri akan berlaku namun bukan satu malam yang misteri.”
            “Apa maksud Zawin?”
            “Erm...mungkin maksud yang cuba dikatakan Hasegawa Takeishi adalah ‘Once in a blue moon’ tidak perlu selalu berlaku kerana untuk mencari cinta yang istimewa adalah sangat jarang berlaku seperti ‘Once in a blue moon’, tetapi apabila kita berjaya memperolehnya, cinta itu akan sentiasa bersama kita.”
            Zharif sudah terduduk di atas tilam katil. Matanya masih tetap merenung bulan penuh di dada langit dari biliknya itu.
            “Err...betul tu. Zawin….”
            “Ya saya?”
            “Zawin pernah ke Perancis?”
            “Pernah. Sebelum mengajar di UITM, Zawin melancong ke Perancis.”
            “Berapa lama? Zawin berpuasa di sana tak?”
            “Lebih kurang dua bulan Zawin di sana. Waktu tu memang bulan puasa dan sambut syawal di Paris. Kenapa Zharif? Err...macam mana Zharif tahu?”
            Hati Zharif diserang badai yang hebat. “Zawin...Zawin masih merindui gemleo?”
            Zawin tersentak lantas serta merta bangun daripada tilamnya. “Err...apa maksud Zharif ?”
            Zharif menghela nafas berat. Dia tahu gadis itu akan mengelak, namun hatinya benar-benar yakin Zawin adalah teruterubozu yang pernah bersembang dengannya di dunia maya. “Zawin…nanti Zharif call balik. Salam.”
            Zawin termanggu-manggu sendiri. Hatinya tertanya-tanya bagaimana Zharif boleh mengetahui rahsia dirinya. Dalam kehairanan berbaur rasa pelik, Zawin kembali menyambung menonton video di youtube. Bibir Zawin tersenyum lebar. Rasa rindu pada kekasih hatinya terubat hanya dengan merenung wajah Shahir. “Iskandar...miss you,” bisiknya perlahan.
********
            “Yasmin tahu tak, lagu apa yang Zawin main semalam?” soal Zharif seraya merenung wajah yang bersolek tebal itu. Sesekali matanya bertembung dengan mata Fuad yang duduk di sebelahnya di restoren perancis itu.
            Yasmin mengerutkan keningnya. Lagu apa pula? Hatinya masih sakit apabila mengenangkan kejadian semalam. Siapa menyangka, Zawin punya bakat bermain piano dalam diam. Wajah Zharif direnung lama.
            “Err...Yasmin tak pasti. Kenapa Zharif tanya?” soalnya kembali.
            Fuad berdehem perlahan. Nampaknya Yasmin telah terperangkap!
            Zharif merenung tajam wajah Yasmin yang kelihatan tercengang. Dia perlukan bukti lagi untuk mengukuhkan sangkaannya. “Ingat tak lagu yang Mr. Hata tersalah hantar pada teruterubozu?”
            Yasmin mengangguk. “Once in a blue moon. Kenapa?” soalnya semula.
            “Hasegawa Takeishi pernah terangkan pada Mukarame Amane bahawa bulan penuh walaupun membawa maksud peristiwa misteri akan berlaku namun bukan satu malam yang misteri. Apa maksud kata-kata Mr.Hata tu? Zharif dah lupa apa yang Yasmin tulis dulu. Boleh terangkan tak?” Zharif berpeluk tubuh, matanya masih menatap wajah wanita itu. Cuba mengesan perubahan riak wajah itu.
            Yasmin terperangah. Dia sudah mula panik. Mindanya cuba untuk mengingati kembali YM archieve milik Zawin yang pernah dibacanya dulu, namun semuanya masih samar-samar. “Err…Yasmin pun tak ingat la. Kan dah lama kita chatt,” balasnya dalam wajah selamba, berusaha melindungi perasaan panik.
            Zharif tersengih sinis. “Once in a blue moon...sangat jarang berlaku. Mungkin maksud yang cuba dikatakan Hasegawa Takeishi adalah “Once in a blue moon” tidak perlu selalu berlaku. Untuk mencari cinta yang istimewa adalah sangat jarang berlaku seperti “Once in a blue moon,” tetapi apabila kita berjaya memperolehnya, cinta itu akan sentiasa bersama kita. Kata-kata ini adalah daripada teruterubozu . Yasmin...mustahil...awak tak boleh ingat semula, sebab saya yakin, kata-kata itu adalah lahir daripada nubari jiwa. Melainkan….”
            Yasmin benar-benar terpempan saat ini. Dia lekas mencelah. “Melainkan apa? Saya memang teruterubozu yang chatt dengan awak. Saya ni manusia...kalau ada perkara yang saya tak ingat masa kita chatt dulu, itu lumrah,” ujarnya dalam usaha membela diri. Cuba meyakinkan empat mata di hadapannya.
            Fuad berdehem lagi.
            Zharif bertembung pandang dengan Fuad. Matanya kembali dilarikan pada wajah Yasmin. “Saya bukan meragui...cuma ingin mengenang kembali isu-isu yang pernah kita bualkan dulu.”
            Yasmin tersenyum dalam kelegaan mendengar penerangan itu.
            Fuad memberi isyarat matanya pada Zharif.
            Zharif mengukir senyuman sinis. “Ok...Yasmin…dulu Yasmin pernah cakap, Yasmin hanya tahu mainkan lagu Once in a blue moon. Erm...boleh tak...Zharif nak buat permintaan?” pintanya bersungguh.
            Yasmin mengawal debaran hatinya. Aduh! Macam mana aku boleh terperangkap ni. Sedaya upaya Yasmin menganggukkan kepalanya dalam senyuman yang dibuat-buat.
            “Ok...Boleh tak Yasmin mainkan lagu Once in a blue moon...guna piano di depan tu…?” Zharif dan Fuad saling mengangkat kening tatkala mata mereka bertembung.
            Yasmin menahan nafas yang terasa sesak tiba-tiba.
            “Kenapa Yasmin?” soal Fuad tiba-tiba sejurus melihat wajah itu berubah pucat. Wanita itu memicit kepalanya berulang kali.
            “Rasa tak sihat. Pening kepala. Boleh tak kita tamatkan perbincangan kita? Yasmin nak balik,” pintanya dalam suara lemah.
            Zharif menghela nafasnya. “Ok. Fuad hantarkan Yasmin. Aku ada hal lain.” Zharif terus bangun dari kerusi dan menapak keluar dari Restoren perancis itu. Biarlah Yasmin masih ingin bertarik tali dengannya, apa yang penting di kepalanya sekarang adalah Zawin. Adakah Zawin pernah berkongsi cerita mengenai hata dan teruterubozu kepada Yasmin? Bukan kah Zawin pernah beritahu yang dia dan Yasmin pernah rapat sewaktu tinggal serumah dahulu? Ahh! Apa kebenaran di sebalik semua ini?
*******
            “Raj, apa yang kamu dapat?”
            “Suspek sedang menuju ke Hotel Okura.”
            “Ok, teruskan memerhati.”
            “Ok, tuan.”
            Zharif mencampakkan I-Phone di atas tilamnya. Dia mengesot turun dari katil lalu berjalan mundar mandir. Matanya manangkap fail bertulis extra urgent di atas meja kerjanya, namun dia sudah tiada rasa untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertunda. Fikirannya benar-benar bercelaru. Wajah Zawin Az-Zahra muncul di benaknya. Dia harus dapatkan kepastian samada gadis itu benar-benar teruterubozu yang pernah berbual dengannya di dunia maya. Zharif menapak ke arah meja kerjanya. Lap-top Macbook Air dibuka tergesa-gesa. Sekejapan dia melayari dunia maya. Melihat status yang muncul daripada ruang profile Yahoo messenger, membuatkan matanya membulat luas.
            Teruterubozu said I’m started miss Mr.Hata. He went to Japan again for medical conference. If i had wings, i would fly to Japan right away!
            Tangan Zharif cekatan membuka window teruterubozu, lantas mula menaip mesej.
            Hata: Salam. Sampai hati teruterubozu menyepi tanpa khabar berita. Mr.Hata di sini setia menunggu sehingga kini. Apa punca kehilangan jejak selama ini?
            Teruterubozu: Salam? Mr.Hata…err…islam?
            Hata: Saya pernah cakap dulu yang saya bukan melayu tetapi itu tak bermakna saya bukan islam.
            Teruterubozu: Oh...maafla. Erm...berkenaan kehilangan saya...maaf sangat-sangat. Saya telah pulang ke Malaysia.
            Hata: Then...kenapa awak membisu? Saya tunggu awak selama ini.
            Teruterubozu: Kenapa awak tunggu saya? Kita tidak ada apa-apa ikatan bukan?
            Hata: Memang. Tapi kehilangan awak buatkan saya tertanya-tanya. Saya sedari, awak perlahan-lahan menjauhi saya setelah saya ujarkan pertemuan di antara kita. Betul kan?
            Teruterubozu: Maaf. Mungkin benar telahan awak. Tapi saya juga terlalu sibuk dengan kerja. Tuntutan kerja memerlukan saya membuat email baru, itu yang saya sudah lama tidak membuka akaun teruterubozu.
            Hata: Ok. Erm...status awak tu…membuatkan saya cemburu.
            Teruterubozu: Kenapa?
            Hata: Awak ada Mr.Hata yang lain.
            Teruterubozu: Oh! Status tu….Ingat tak saya pernah menyatakan yang saya merindui Gemleo?
            Hata: Ya. Err...saya rasa...Mr.Hata yang sedang terbang ke Jepun sekarang adalah Gemleo. Kan? Seseorang yang jauh dan kemudian kembali jauh...
            Teruterubozu: Saya tak tahu nak kata apa. Awak memang bijak. Erm...awak nak tahu...kenapa saya menghindari awak?
            Hata: Sangat ingin tahu. Memang saya tunggu penjelasan awak.
            Teruterubozu: Erm...awak tahu kenapa saya melayan awak selama ini? Sebab id YM awak. Hata_616.
            Hata: Kenapa?
            Teruterubozu: Mr.Hata saya…lahir pada tarikh itu. 16 jun. Saya menyangka...awak adalah dia. Awak ada ciri-ciri dia...dan awak berada di Tokyo. Bila awak ingin menemui saya, baru saya menyedari awak bukan orang yang sama. Awak bukan melayu dan awak banyak tak tahu tentang diri saya.
            Hata: Mungkin itu dulu. Tapi awak silap. Ada banyak perkara yang saya tahu mengenai awak dan kerana sebab awak juga la membawa saya pulang ke Malaysia.
Teruterubozu: Oh really? Ok, cuba terangkan siapa saya?
            Hata: Awak...Zawin Az-Zahra, berumur 25 tahun dan awak seorang muslimah.
            Zharif tersengih sendiri usai menaip ayat itu.
            Zawin terjerit kecil di hadapan skrin lap-topnya. “Hah? Macam mana dia tahu?” Degupan jantung Zawin berdenyut pantas. Dalam tangan sedikit terketar, cekatan jari jemarinya menaip.
            Teruterubozu: Awak...err…seorang hacker. Kan?
            Hata: Tidak. Saya orang biasa. Takdir telah mendekatkan kita. Kita banyak kali bertemu...sama seperti kisah Hasegawa Takeshi dan Murakame Amane. Tapi masing-masing antara kita tidak pernah menyedari yang kita telah berkenalan di dunia maya.
            Teruterubozu: Bertemu? Kita pernah bertemu? Banyak kali? Saya…Saya tak faham.
Hata: Hahahaha. Kalau dulu awak buatkan saya tak lena tidur malam. Sekarang giliran awak pula. Ok la. Dah lewat ni. Kalau tak boleh tidur, jangan salahkan saya. Esok awak ada kelas kan? Semoga awak menjadi pensyarah yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Salam.
            Zharif tersenyum puas. Fail extra urgent dibuka dengan hati yang tenang. Teruterubozu...adalah Zawin Az-Zahra! Esok, dia akan berhadapan dengan Yasmin dan hanya satu persoalan yang akan diujarkan. Wanita itu pasti tidak akan dapat mengelak lagi!
            Zawin terpempan. Dia kaku dihadapan skrin lap-top itu. Terasa seakan satu batu besar telah menghempap kepalanya. “Dia…dia…kenal aku?” bisiknya dalam suara tersekat-sekat. Mata Zawin membulat luas tatkala mengingati jambak-jambak bunga yang diterima daripada pengirim misteri sejak hari pertama dia menjejakkan kaki di kampus UITM. Adakah dia, pengirim bunga itu? Tapi siapa?

1 awesome commentator:

  1. kenapa dalm penulisan2u x sama dia punye bab....

    ReplyDelete

terima kasih berikan komen ya.

 
Back To Top