BAB 9

           
          
“Apa maksud Zharif?” Mata Yasmin membulat luas.
            Zharif tersengih sinis. Fail-fail di atas mejanya dialihkan ke tepi. Dia berpanggung dagu menghadap wajah yang kelihatan innocent itu. “Yasmin...Yasmin. Kenapa tak tukar profession? Erm...Jadi pelakon saya rasa paling sesuai,” ujarnya penuh sinis.
            Yasmin terdiam. Lama matanya menyorot wajah selamba lelaki dihadapannya itu. “Kenapa Zharif rasa saya bukan teruterubozu?” soalnya tanpa rasa bersalah.
            “Erm...” Zharif mengumam seketika. Penampilan wanita dihadapannya diteliti bersungguh. Blouse tidak berlengan berwarna merah mata dipadankan skirt pendek bercorak abstrak warna yang sama itu membuatkan dia tidak berapa selesa. “Pertama sekali...hati saya tak pernah meyakinkan saya yang awak adalah teruterubozu. Kedua, awak...tiada ciri-ciri teruterubozu yang saya kenal.”
            “Saya memang teruterubozu!” beritahu Yasmin bersungguh.
            Zharif tersengih lagi. Wajahnya didekatkan ke wajah Yasmin. “Teruterubozu yang saya kenal...seorang gadis melayu moden yang bertudung, tidak mewarna rambut, tidak bermekap tebal dan juga...sudah pasti tidak akan berpakaian seperti awak. Itu sudah cukup menjadi bukti kukuh...yang tidak melayakkan awak menjadi teruterubozu saya.”
            Yasmin menahan nafasnya. Kekuatan yang cuba dibangunkan kembali rapuh. “Habis tu...awak ingat Zawin tu layak ke jadi teruterubozu?” soalnya dalam rasa sakit hati yang membukit.
            Zharif mengangkat keningnya. “Bila masa pula saya cakap tentang Zawin?”
            Wajah Yasmin mula berubah. Perasaan panik mula menguasai diri. “Err...tak la...err...”
            Zharif tersenyum penuh makna. Perangkapnya mengena juga. “Mengaku saja la Yasmin. Saya tidak akan apa-apa kan awak, malah kerjaya awak di syarikat ini pun saya tak akan usik. Perkara yang paling saya tak suka adalah sikap menipu. Kalau awak mengaku sekarang, saya anggap perkara ini tidak pernah berlaku,” sarannya lembut.
            Yasmin menundukkan wajahnya, menghela nafas berat. “Kenapa semua yang terbaik mesti menjadi milik Zawin?”
            Zharif mengerutkan keningnya. “Kenapa awak cakap begitu?”
            “Wan Zaidi...dia masih belum dapat lupakan Zawin. Itu yang buatkan saya semakin sakit hati. Dan sekarang...awak dah tahu...teruterubozu adalah Zawin. Pasti awak semakin sukakan Zawin...”
            “Memang saya sukakan Zawin...sejak dulu lagi,” akui Zharif.
            Sejak dulu? Adakah lelaki ini telah mengenali Zawin sejak dulu? Bukan hanya mengenali lewat perkenalan di dunia maya? “Err...sejak bila Zharif tahu Zawin...adalah teruterubozu?”Yasmin benar-benar ingin tahu biarpun hatinya melarang untuk bertanya. Mendengar nama Zawin sahaja, sering mengundang kemarahannya.
            Zharif tersenyum lebar. “Pada malam Zawin main piano di hotel dulu. Lagu Once in a blue moon adalah lagu kegemaran saya dan juga teruterubozu. Itu satu-satunya lagu yang teruterubozu boleh main menggunakan piano. Zawin kata hanya lagu itu sahaja yang dia tahu main. Saya benar-benar terkejut. Apabila saya tanya pada awak, lagu itu pun awak tak tahu,” jelasnya panjang lebar.         
            Yasmin mengetap bibirnya. Terasa ingin sahaja diketuk kepalanya ketika itu mengenangkan kebodohan diri. Aku sendiri yang telah memberi laluan kepada Zawin? Argh!!
            Zharif merenung wajah wanita yang sudah berubah keruh itu. “Yasmin...kenapa awak mengaku sebagai teruterubozu?” soalnya dalam nada lembut. Dia hanya ingin tahu bagaimana wanita itu boleh mengetahui tentang teruterubozu dan Mr.Hata.  
            Yasmin memainkan jari jemarinya. “Waktu saya rapat dengan Zawin dulu...Zawin pernah bercerita pada saya mengenai Mr.Hata yang dia kenali menerusi YM. Zawin memberikan segala data mengenai topik yang dibualkan termasuk tentang lagu once in a blue moon. Tapi saya tak pernah mendengar lagu itu...kerana saya tidak berminat untuk mengenali Mr.Hata. Sengaja saya letakkan alamat email itu sebagai email kedua dalam resume kerana kata Zawin, alamat email itu sudah lama tidak dibukanya. Siapa sangka...semasa interview dulu, Encik Fuad banyak bertanya tentang alamat email itu dan siapa sangka pula Mr.Hata itu adalah Zharif...sebab itu saya ambil peluang ini mendekati Zharif,” terangnya.
            Zharif termanggu mendengar penjelasan itu. “Kenapa awak ingin dekati saya?”
            “Saya sukakan awak Zharif,” ucap Yasmin tanpa segan silu. Wajah kacak dihadapannya direnung penuh nafsu. Dia tidak mahu kehilangan lelaki itu. Wajah iras pelakon Thai, Mario Maurer itu sering dibayangkan saat ‘bersama’ dengan suaminya mahupun dengan Zamri.
            Zharif mengerdipkan matanya beberapa kali. Benarkah perkataan itu baru sahaja keluar dari mulut seorang wanita berstatus isteri orang? “Apa ni Yasmin? Awak tak patut ucap kata-kata tu. Awak isteri orang!” marah Zharif dalam gamam.
            “Saya cintakan awak...Zharif,” ucap Yasmin lagi penuh perasaan. Zharif Zahir sering menganggu mimpi malamnya. Lelaki ini sahaja yang mampu membuatkan lututnya lemah biarpun sekadar melemparkan senyuman nipis kepadanya. Tangannya perlahan menyentuh kura tangan Zharif.
            Zharif pantas menepis. Sungguh dia terkejut dengan tindakan itu. Tidak hairan la Wan Zaidi boleh jatuh ke tangan wanita penggoda ini! “Yasmin! Jaga batasan awak! Sila keluar dari bilik saya sekarang,” arahnya tegas.
            “Zharif boleh beri Yasmin peluang kan?” rayu Yasmin sambil cuba memegang lengan Zharif semula.
            Zharif menepis, menarik nafas, cuba mengawal rasa marah yang tiba-tiba mencanak naik. “Jangan melampau Yasmin! Keluar dari bilik saya!” arahnya dalam nada tinggi.
            Yasmin merengus kuat. Matanya mencerlung tajam pada wajah tampan itu. “Aku akan pastikan yang kau akan melutut pada aku...suatu hari nanti!” Yasmin memberikan amaran sebelum menapak keluar dari bilik ketua pengarah syarikat Gemleo.
            Zharif terduduk di atas kerusi empuk itu. Tangannya beberapa kali meramas rambut sendiri. “Perempuan...jika diberi muka...beginilah jadinya,” bebelnya penuh geram. Amaran Yasmin sebentar tadi membuatkan dia mencebirkan bibirnya. Kembali mempertimbangkan samada mahu mengekalkan wanita itu sebagai pekerjanya atau sebaliknya. 
            Telefon bimbitnya bergetar kuat. Melihat nama yang tertera di skrin telefon, Zharif pantas menjawab panggilan itu. “Ya, Raj. Apa perkembangan siasatan kamu?”
            “Saya sudah emailkan segala maklumat yang saya kumpul. Saya harap Bos berpuas hati dengan hasil kerja saya.”
            “Saya tahu hasil kerja kamu memang selalu bagus. Terima kasih.” Zharif meletak telefon. Tangannya cekatan membuka Mac Book Air, mencari maklumat dalam inbox email. Sebaik membuka isi emel yang dihantar Raj, mata Zharif membuntang luas. Gambar–gambar yang dihantar Raj itu memang hasil kerja yang professional, namun apa yang dipaparkan dalam gambar itu di luar jangkaannya. ”Ya rabbi...” Zharif menggelengkan kepalanya beberapa kali.
*******
            Zawin menggelengkan kepalanya melihat kerja-kerja yang bertimbun di atas meja itu. Banyak kertas tugasan pelajar yang perlu disemak juga ujian pertengahan sem. Zawin menghela nafas dalam-dalam. Dia perlu keluar dari bilik itu untuk mencari ruang udara yang menyegarkan. Zawin menapak keluar dari bilik. Sebaik melihat kelibat rakan serumahnya di ruang tamu sedang menonton TV, Zawin mengambil tempat di sebelah wanita itu. Wajahnya berkerut melihat Puteri Nur Deanna  menangis teresak-esak. “Kenapa kak? Ada masalah ke?” tegurnya.
            “Tu...” Puteri mengunjukkan tangannya ke arah peti televisyen. “Drama korea yang sungguh menyedihkan,” beritahunya sambil mengesat air mata menggunakan tisu.
            “Ha?” Zawin menatap peti televisyen itu dalam keadaan terpinga. Seorang lelaki korea sedang menikmati magge sambil mengalirkan air mata. “Apa yang sedihnya kak Puteri?” soalnya ingin tahu.
            Puteri mengesat air matanya lagi. “Ni episod akhir drama ni. Lelaki tu sebenarnya dah nak mati. Dia kembali ke Korea selepas doktor sahkan peluru yang masuk ke dalam otaknya tidak boleh dikeluarkan. Kesannya, tumor tumbuh di situ. Dia balik ke Korea untuk cari mak dia semula. Tapi lepas lihat mak dia hidup mewah sebagai pelakon terkenal, dia nak balas dendam sebab mak dia pernah buang dia masa dia bayi. Tapi akhirnya dia dapat tahu bukan mak dia yang buang dia tapi ayah kepada perempuan yang dia suka. Tu...dia nak makan dari air tangan mak dia untuk kali terakhir biarpun mak dia tak tahu siapa dia,” jelasnya dalam suara serak.
            “Oh...ya ke?” Zawin mula menunjukkan minat untuk menonton drama itu. Irama sedih yang mengiringi drama korea itu, lakonan yang mantap serta dialog-dialog yang mengesankan, berjaya membuatkan air mata Zawin mengalir keluar. Dia pula menangis teresak-esak melihat adengan heroin drama itu baring di sebelah kubur lelaki itu. Apabila berita mengumumkan tentang kematian seorang gadis korea yang terbaring di sebelah kubur, Zawin menggeleng tidak percaya.  “Ha!! Perempuan tu pun mati?!”
            Puteri semakin teresak-esak. Berapa kali dia mengesat hingus yang keluar.  “I’m sorry i love you. Itu kata-kata keramat lelaki tu. Karma telah membalas kembali apa yang dilakukan ayah perempuan tu pada lelaki itu. Argh!! Ini bukan kisah sedih...tapi sebuah kisah yang penuh penderitaan,” luahnya penuh perasaan.
            Zawin mengangguk. Biarpun dia tidak mengikuti kisah itu dari awal, namun dia masih boleh memahami keseluruhan cerita itu. Air matanya dikesat lagi apabila muzik sedih yang mengiringi drama itu berjaya membuatkan emosinya kembali runtuh.
            Bunyi loceng pintu rumah, menganggu suasana sedih itu.
            Mata Zawin bersabung pandang dengan Puteri.
            Zawin mengangkat punggung, mengintai dari celahan lubang tengah pintu. Jantungnya berdetak laju sebaik melihat kelibat  Iskandar di hadapan pintu. “Sekejap...nanti Zawin keluar” beritahunya apabila loceng kembali berbunyi. Zawin meluru ke dalam biliknya, mencapai tudung hitam dan menyarungkan sweater kuning ke tubuhnya. Sempat dia mengerling mata yang sembab di hadapan cermin. “Ah...pedulikan.” Dia tidak mahu kekasihnya itu menunggu lama di luar.
            “Kak Puteri...Zawin keluar sekejap ya,” beritahunya.
            Puteri mengangguk dalam air mata yang masih mencurah-curah turun.
            Zawin cepat-cepat membuka pintu rumah. Dia tersenyum manis saat wajah lelaki yang dirinduinya itu berada di hadapannya. “ Kenapa susah susah datang ni?”
            “Salam. Saja datang bawa ni untuk zawin.”  Iskandar mengunjukkan plastik sushi king.
            Zawin menyambut plastik berisi sushi itu dalam perasaan terharu. “susah susah je. Terima kasih.”
            “Ala...tak ada apa la. Is nak pastikan zawin makan makanan yang berkhasiat.”  Nah...ole-ole dari Jepun.”  Iskandar menghulurkan  satu kotak hadiah bercorak bunga sakura.
            Zawin tersengih. “Apa ni?” Zawin menggoncangkan kotak itu. cuba menebak isi didalamnya.
            “Nanti dah masuk baru buka ya. Ok nak balik dah ni. Esok masuk kerja awal.”
            “Ok...berhati-hati di jalan raya,” pesan Zawin.
            “Eh...cuba tukar sikit terma ayat tu. Bosan tau.”
            “Hah? Macam mana?”
            “Macam ni.”  Iskandar tersengih nakal. “Berjantung-jantunglah di jalan raya.”
            Zawin tidak dapat menyembunyikan tawanya lagi. “Dah la. Kalau cakap dengan is ni...sampai esok pun tak ada kesudahannya.”
            “Eleh...cakap is macam tu...zawin pun sama.”
              Zawin menjeling manja. “Dah lewat ni. Terima kasih atas hadiah dan sushi ni. masuk dulu ya,” pintanya sambil membuka tombol pintu dari luar.
            Iskandar cuma tersenyum sambil memerhatikan kekasihnya itu menghilang ke dalam rumah. Dia mengerutkan keningnya apabila Zawin menjengulkan kepalanya dari celahan pintu.            “Kenapa zawin
            Zawin tersengih nakal. “Berjantung-jantung di jalan raya,” ucapnya seiring kenyitan di mata kiri lantas menutup pintu rumah.
            Iskandar menahan tawanya. Kepalanya digeleng-gelengkan.
*******
            “Wah...bahagia nampak,” tegur Najla waktu Zawin melenggang dengan senyuman ke dalam biliknya.     
            “Dah habis kelas. Mestila bahagia,” jawab Zawin selamba. Dia melabuhkan punggung di kerusi hadapan meja kerja Najla.
            Najla merenung wajah ceria dihadapannya itu. “Ada apa-apa ke yang aku tak tahu?” tebaknya.
            “Ya...banyak yang kau tak tahu.”
            “Erm...ceritala. Aku kan pendengar setia cerita kau sejak dulu.”
            Zawin tersengih. “Malam...tadi. Is datang rumah, bagi sushi dan ole-ole dari Jepun,” beritahunya dalam senyuman.
            Najla tersenyum simpul. “Patutla senyum sampai ke telinga. Apa yang dia bagi?”
            “Sekuntum bunga sakura di gurun Sahara.”
            “Haha...Lawak...lawak...tak ada yang lebih lawak ke?” perli Najla dalam wajah selamba.
            Zawin ketawa halus. “Is bagi kimono warna merah jambu,” beritahunya.
            Najla terdiam sejenak. “Erm...orang-orang tua kata, tak baik pasangan couple saling memberi hadiah yang berasaskan benang. Sebab benang kan mudah putus.”
            Zawin mencemberutkan bibirnya. “Maksud kau...memberi lambang hubungan pun mudah retak...putus. Begitu?”
            Najla mengangkat kedua bahunya. “Aku cuma kongsi cerita orang-orang yang lebih berpengalaman. Macam Wan Zaidi dulu. Dia beri kau baju kebaya sebelum hubungan korang retak. Erm...mungkin juga hanya kebetulan. Tak payah percaya la,” sarannya bersungguh.
            Zawin mengangkat bahunya. “Memang aku tak percaya.” Zawin terdiam apabila wajah Arnida menggamit benaknya. “Najla...Arnida hanya menunggu masa. Dia dalam keadaan tenat,” beritahunya.
            “Err...tenat? Dia sakit apa?”
            “Kanser serviks. Peringkat akhir. Dia...pesakit dibawah pemantauan Is.”
            Najla menggelengkan kepalanya. “Kesian. Kau...pernah melawat dia?”
            Zawin menggeleng. “Belum ada masa nak melawat. Mungkin minggu depan. Kesian Arnida. Dato’ Zawawi...dah ceraikan dia.”
            Najla menelan liurnya. “Teruknya! Eee...aku tak tahu la nak cakap apa tentang perangai lelaki yang macam ni. Bila kau cakap tentang ni, rasa marah aku pada Arnida terus hilang. Mungkin sudah tiba masanya...untuk kita terima dia kembali.”
            Zawin mengangguk perlahan. “Kau teman aku nanti ya jumpa Arnida. Mak aku pun nanti nak melawat dia.”
            “Insyaallah.”
            “Najla...Dato’ Zawawi...sedang memikat mak aku semula.”
            “Hah? Lepas dia ceraikan Arnida...dia nak kembali semula pada mak kau pula ya. Habis tu...apa reaksi mak kau?”
            Zawin menghela nafasnya. “Mak aku cakap pada Dato’ Zawawi ayat yang sama sejak dulu lagi. I will forgive but i won’t forget. Mak aku takkan sesekali kembali pada lelaki itu. Kalaulah dia bukan darah daging aku, dah lama aku pergi serang, beri amaran supaya jangan ganggu keluarga aku. Tapi...walau berjuta kali aku menafikan hak dia ke atas diri aku, dia tetap ayah aku bukan? Sebab itu...aku ambil langkah berdiam itu lebih baik daripada bersuara. Biar masa menentukan segalanya.”
            Najla menganggukkan kepalanya. Terasa kasihan dengan nasib yang menimpa diri sahabatnya itu. “Masa akan menjadi penyembuh yang paling ampuh pada setiap luka yang ada. Eh, mamat Thai hensem tu apa cerita?” soalnya lantas membawa topik perbualan yang baru.
            Zawin mengangkat bahunya. “Entah. Dia tak hubungi aku pun sejak kebelakangan ni. Sibuk kot. Tuan CEO la katakan.”
            Najla tersengih. “Ya la. Kau tahu...kenapa aku tiba-tiba ingat tentang mamat thai tu?”
            “Ha...kenapa?”
            “Baby aku ni...teringin makan soup of perfection di restoren Zharif,” beritahu Najla sambil mengusap-usap perut yang masih lagi tidak kelihatan.
            Zawin menepuk dahinya seraya ketawa halus. “Ooo...aku ingatkan apa la tadi. Jom la. Kau pun tak ada kelas lepas ni kan? Boleh kita makan sesuka hati.”
            Najla tersengih lantas bangun. Tas tangan di atas meja dicapai. “Jom.”
            Zawin beriringan berjalan bersama Najla ke kawasan letak kereta.
            “Uih...penghantar bunga ni masih tak serik,” ulas Najla tatkala matanya menangkap sejambak bunga mawar kuning di atas kereta kelisa Zawin.
            “Kadang-kadang aku rasa seram la Najla. Terasa gerak geri aku diperhatikan,” luah Zawin menyatakan kegusarannya. Jambak bunga itu diambil, direnung bersungguh.
            “Maksud kau...Mr.Hata?”
            Zawin mengangkat kedua bahunya. “Aku pun tak tahu. Kalau Mr.Hata adalah seorang hacker, dia tidak akan tahu mengenai aku dengan mudah. Maklumat dalam YM tu takkan mampu digunakan untuk jejak aku. Cuma kata-kata dia yang satu tu buat aku selalu berfikir. Dia kata...kami banyak kali bertemu. Entah bila, bagaimana kami bertemu tu pun aku tak tahu. Hidup Zawin Az-Zahra memang rumit kan?”
            Najla memicit pipi sahabatnya itu. “Kalau tak rumit, itu bukan hidup namanya. Bagi aku la...hidup kau sangat unik.”
            Zawin ketawa halus. “Unik la sangat. Huh. Kalau la kau boleh scan kepala aku ni, mesti kau nampak ranting-ranting persoalan yang tak sabar-sabar nak terkeluar dari otak aku. Silap hari bulan boleh masuk hospital bahagia. Ha...itu baru unik.” Zawin mencampakkan jambangan bunga itu ke arah tempat duduk belakang lalu mengunci pintu keretanya.
            Najla tergelak kecil. “Ya la. Unik sangat.”
            Zawin berpaling, membuat muka manja. “Najla...guna kereta kau ya?”
            Najla tersengih. “Ya la. Kalau kau tak minta pun...memang aku tahu Honda City aku juga yang jadi pilihan kau.”
            Zawin menggoyangkan jari telunjuknya serentak menggeleng kepala. “Kita kena amalkan saranan kerajaan untuk berkongsi kereta. Jadinya, bila kurang karbon monoksida dalam udara, kuranglah pencemaran udara. Malaysia pun akhirnya aman makmur sihat sejahtera. Tak gitu?”
            Najla tergelak lagi. “Ya la wahai Prof Zawin Az-Zahra. Cakap dengan kau memang tak pernah nak kalah.”
            “Terima kasih,” balas Zawin seiring kenyitan mata kanan.
            “Ucap terima kasih dengan kereta aku dulu.” Najla mengunjukkan bibirnya pada Honda City putihnya.
            “Wahai Honda City kekasih Najlaku. Terima kasih atas jasamu menabur bakti untukku,” ujar Zawin sedikit berpuisi.
            Najla tersenyum nakal sambil mengangkat keningnya. “Kerana Honda City ku...kau bertemu dengan  bakal suamimu.”
             Zawin menjuihkan bibirnya. “Wahai Najla jangan nak merepek.”
            Najla ketawa besar melihat reaksi Zawin. “Kalau kau tak tersilap pandang malam tu, kalau kau tak masuk ke dalam kereta Zharif...mesti kau tak akan berjumpa dengan mamat thai tu kan? Semuanya atas jasa keretaku...” bidasnya sambil mengangkat kening.
            Zawin berdehem kuat sekali. “Erm...kita guna kereta aku saja,” putusnya dalam riak wajah masam.
            Najla mengangkat kedua tangannya tanda mengalah. “Ok...ok...dipersilakan masuk tuan puteri.”
            Zawin tersenyum menang.
*******
            hata state I can’t forget my teruterubozu. Allah...please help me to cope with this feeling
            Zawin menghela nafas sebaik membaca status Mr.Hata. Tangannya cekatan menaip pada ruang status profilnya.
            Teruterubozu state to find a special love, it is rare, like “once in a blue moon” but once you find it, it is always with you. I believe that i already find my “blue moon.”
            Lama Zharif menatap ayat itu. Wajah Zawin terbayang di ruang mata. Zawin dan teruterubozu adalah dua orang yang sama. Tidak hairanlah selama ini dia selalu berasa dekat dengan gadis itu. Nampaknya malam ini...dia dan Zawin hanya saling berbalas status. Dia tahu...siapa la dia dalam hidup Zawin berbanding  Iskandar.
            Hata state I still believe that one day, my teruterubozu will be together with me because were both shared a blue moon. We were both forever bound by destiny, even if were not together in temporarily, but our love unites by heart.
            Zawin menyandarkan belakang tubuhnya pada kerusi empuk itu. Matanya merenung syiling biliknya. “Siapa kau wahai Mr.Hata?” bisiknya perlahan. Mindanya dikerah mencari wajah-wajah asing yang sering berpapasan dengannya namun semuanya masih samar-samar. Tangan Zawin cekatan membuka window chatt Mr.Hata.
            Teruterubozu:  Siapa awak sebenarnya?
            Hata : Erm...kalau awak tahu siapa saya...pun tak guna juga kan.
            Teruterubozu : Kenapa? Sebab saya dah berpunya? Begitu?
            Hata : Boleh kata begitu la.
            Teruterubozu : Tapi...tak adil. Awak kenal saya...tapi saya tak kenal awak. 
            Hata : Awak kenal saya.
            Teruterubozu : Saya tak kenal awak la!!
            Hata : Saya tak bergurau. Awak kenal saya. Cuma mungkin kehadiran saya tidak memberi bermakna dalam hidup awak, sebab itu...wajah saya tiada dalam minda mahupun hati awak.
            Teruterubozu : Erm...kalau betul la saya kenal awak, bila kali pertama kita berjumpa?
            Hata : Tahun 2003.
            Teruterubozu : Ish...awak ni. Lama dah tu. Mengarut je. Kita baru je kenal tahun 2008 dulu.        
            Hata : Saya dah kata pada awak... saya tak bergurau dalam hal ini. 2003 adalah tahun saya jumpa awak buat pertama kali. Tapi masa tu...awak tak sedari pun kehadiran saya. Tahun 2008, kita berjumpa di laman maya dan tahun 2009, ada beberapa pertemuan yang tidak disengajakan telah menemukan kita. Sebab itu saya cakap yang awak memang mengenali saya.  
            Ah! Siapa dia ni? Zawin bangun dari kerusi empuk itu. Mundar mandir dia berjalan, memikirkan siapa gerangan Mr.Hata yang dikenali tetapi tidak berapa diingati. Zawin menyelak langsir tingkap biliknya. Matanya menangkap bulan penuh yang muncul di dada langit. “Subhanallah!” ucapnya apabila melihat bulan penuh yang kelihatan berwarna biru.
            I-Phone dicapai lalu mula mendail nombor telefon  Iskandar. Zawin kecewa apabila nombor telefon kekasihnya itu tidak dijawab biarpun didail beberapa kali. Melihat senarai nama yang ada dalam I-Phone pemberian Najla itu, Zawin tersentak apabila melihat sebaris nama. Zharif? Wajah kacak lelaki thai-cina itu bermain di mindanya. Adakah dia...Mr.Hata? Hatinya menebak.
            Zawin memejamkan matanya, mula memanggil memori yang ada mengenai lelaki bernama Zharif Zahir. Ya...memang ada beberapa pertemuan tidak sengaja antara dia dan Zharif tahun lalu. Mr.Hata yang dikenalinya bukan melayu dan Zharif...”Tak...takkanlah.” Zawin menggelengkan kepalanya beberapa kali. Suara Anas pula mula tergiang di benaknya.
            “Zharif pernah belajar di Jepun...”
            Zawin meluru ke arah lap-topnya dan mula mencari YM Archieve yang secara automatik tersimpan dalam dokumennya.
            Hata :  Ada banyak perkara yang saya tahu mengenai awak dan kerana sebab awak juga la membawa saya pulang ke Malaysia
            Nafas Zawin sudah tidak teratur. Hatinya terasa berdebar semacam. Benarkah Mr.Hata adalah Zharif? Mindanya cuba menafikan, namun hatinya kuat mengatakan Zharif adalah Mr.Hata.
            Hata : Hello...are you still there?
            Zawin merenung kosong pada mesej yang muncul di window itu. Mindanya menyarankan sesuatu yang membuatkan dia tersengih sendiri.
            Teruterubozu : Saya nak jumpa awak.
            Hata : Erm...tak perlu.
            Teruterubozu : Saya rasa memang sangat perlu. Awak cadangkan tempat dan masa. Insyaallah saya akan cuba untuk beri masa lapang saya untuk awak.
            Hata : Awak serius ni?
            Teruterubozu : Ada saya kata saya bergurau ke?
            Hata : Erm...ok. Kalau macam tu...jumpa saya di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Seksyen 13, hari ahad pukul 11 pagi. Boleh?
            Teruterubozu : Boleh.
            Hata : Erm...kenapa awak tiba-tiba nak jumpa saya? Kalau dulu awak la yang akan menolak awal-awal.
            Teruterubozu : Saja. Lagi pula saya teringin nak kenal dengan awak. Saya tak pernah ada kawan berbangsa thai-cina. Muslim pula tu. Saya rasa awak lelaki yang unik.
            Hata : Mungkin sahaja. Zawin...bulan penuh malam ni...ada sedikit biru. Adakah kita berkongsi blue moon yang sama?
            Zawin menghela nafasnya. Kepalanya menoleh ke arah jendela yang terbuka. Bulan kelihatan membiru di dada langit. Satu panorama indah yang paling dinantikan untuk melihat bersama insan tersayang, namun malangnya Daniel Iskandar sering tiada pada waktu-waktu istimewa begini. Matanya kembali di arahkan pada skrin lap-top dihadapannya. Tangannya cekatan menaip.
            Teruterubozu: Erm...saya berkongsi blue moon dengan Gemleo.  
            Hata : Ok. Saya faham. Erm...tak sabar nak jumpa awak nanti. Sudah  lama kita tak bertemu.
            Teruterubozu : Ya la tu. Ok Mr.Hata...saya tidur dulu. Selamat malam.
            Hata : Selamat malam Zawin Az-Zahra...eyes smile princess.
            Zawin mencemberutkan bibirnya. Memang sah Mr.Hata adalah Zharif! Hanya lelaki itu sahaja yang sering memanggilnya dengan nama itu. Zawin menutup lap-top lalu menapak ke tepi tingkap. Bulan telah beransur-ansur hilang dari dada langit. Nombor 2003 terukir di dada langit yang kelam. Zawin puas memerah mindanya. Dia benar-benar yakin yang dia tidak pernah bertemu dengan Zharif pada tahun 2003. Tahun itu...dia bercuti ke Jepun bersama ibunya. Jepun? Mata Zawin membuntang luas. Adakah Zharif maksudkan...di Tokyo? Pada saat dia sedang menikmati musim bunga sakura?
*******
            “is...jangan la main-main!” marah Zawin apabila air kolam itu terperecik ke wajahnya.  Batang pancing kembali di pegang erat.
            Iskandar ketawa besar melihat wajah masam gadis itu. Tangannya menyauk  air didalam kolam lalu di simbahkan ke arah Zawin.
            Zawin mencerlungkan matanya. “Daniel iskandar!!” Bibirnya diketap geram melihat wajah selamba itu.
            Iskandar mengangkat keningnya. “Syss...jangan bising. Nanti ikan lari,” ujarnya seperti tiada apa yang berlaku.
            “Huh!” Zawin menghela nafas geram. Batang pancingnya di angkat tinggi. Melihat umpan di mata kail sudah semakin mengecil, dia melepaskan keluhan kecil. “Eee...ikan puyu ni dah pandai lari lepas makan umpan,” bebelnya sambil meletakkan umpan tepung yang dibancuh bersama serbuk kunyit di mata kail.
            “Tu la. Lain kali guna la cacing. Ini guna tepung kunyit. Ingat ikan nak makan cucur ke?” perli  Iskandar.
            Zawin menjeling wajah nakal itu. “Cucur lagi sihat daripada cacing tu. Dah la membunuh nyawa cacing. Memang tak berperikemanusiaan!”
            “Amboi...mulut tu. Ambil ini.”  Iskandar kembali memercikkan air kolam ke wajah Zawin.
            Zawin sudah tidak dapat menahan sabar. Batang pancing dilontar ke tepi kolam lalu mengambil bekas umpan, mencedok air kolam dan menyimbahnya ke arah jejaka itu.
            Iskandar membalas pantas. Dia turut menggunakan bekas umpannya menyimbah air.
            Zawin yang tidak dapat bertahan dengan serangan balas itu, tanpa berfikir panjang terus mengambil baldi berisi air tanah di hujung kolam.
            Iskandar membulatkan matanya. Mendadak dia bangun.  “zawin az zahra..jangan nak buat loklak na...”        
            Zawin tersengih nakal. “Kenapa? Zawin memang loklak pun,” balasnya lalu terus menyimbah air tanah itu ke arah Iskandar.            
            Iskandar tidak sempat mengelak. Habis satu badannya bermandi air tanah. Kemeja putih di tubuhnya sudah bertukar warna kecoklatan.
            Zawin ketawa terbahak-bahak melihat wajah masam itu. “Ingat. Kalau kail panjang sejengkal...lautan dalam usah diduga.” Dia terus berlari kencang sebaik jejaka itu mengejarnya.
*******
            Hata : Salam. Di manakah kamu wahai Ms.Teruterubozu? Adakah kau telah melupakan janji yang diberikan?
            Zawin menggigit bibir bawahnya sebaik membaca YM Mr.Hata di I-Phone miliknya. Dia terlupa dengan janjinya sendiri. “Aduh...” keluh Zawin. Tangannya beberapa kali mengetuk kepalanya sendiri. Dia bukan jenis orang yang tidak berpegang pada janji malah dia paling benci dengan orang yang tidak berpegang pada janji. Cekatan tangannya membalas YM itu.
            Teruterubozu : Salam. Maaf. Maaf sangat-sangat. Saya terlupa.  Saya ada di kampung ni.
            Hata : Waa...sedihnya. Mengapa kau lupakan janji yang kau berikan...janji yang ku harapkan...siang ku nantikan dan malam...aku impikan. Mengapa kau lupakan...(Mode lagu JANJI- Siti Nurhaliza).
            Zawin menekup mulutnya. Berusaha menahan tawa dengan tulisan itu.
            Teruterubozu : Maaf la. Saya tak sengaja, bukan melupakan dengan rela.
            Hata : Rela ku pujuk (Mode lagu kumpulan SPIDER)
            Teruterubozu : Syabas. Awak tahu lagu melayu juga ya?
            Hata : Mestilah. Saya suka lagu melayu...termasuk gadis melayu...
            Zawin menelan liurnya. Dia tidak mahu masuk ke daerah yang lebih merbahaya.
            Teruterubozu: Erm...saya dah mungkir janji ni. Apa yang perlu saya buat untuk tebus salah saya?
            Zharif tersenyum sendiri. Jemputan Dato’ Wan Zahid untuk makan malam di rumah ahli perniagaan itu bermain di fikirannya. Adakah aku perlu mengajak Zawin? Zharif menggelengkan kepalanya. Tak boleh. Tapi...aku tak selesa kalau Yasmin ada. Erm...kalau aku ajak Fuad pun ok kot? Ala...Fuad ada hal malam tu. Ish...nak tak nak, Zawin adalah pilihan yang tepat. Hatinya memutuskan begitu.
            Hata : Temankan saya makan malam boleh?
            Teruterubozu : Boleh. Di mana?
            Hata : Jumpa saya dulu di Pusat Akuatik Darul Ehsan. Saya akan beritahu ke mana kita akan makan malam. Ok?
            Teruterubozu : Ok.
            “Zawin...dah selesai solat Asar?” laung Puan Dahlia dari luar pintu bilik anaknya.
            “Ya mak,” sahut Zawin. I–phone dicampakkan ke atas tilam katil. Cekatan dia menanggalkan telekung putih dari tubuhnya.
            “Ha...bagus la. Cepat keluar. Tolong Is buat kek.”
            Buat kek? Zawin menjuihkan bibirnya. Boleh ke doktor perubatan tu buat kek? Hatinya menyatakan rasa sangsi. Telekung yang sudah dilipat diletak di atas rak besi. Dia mencapai tudung hitam di dinding bilik sebelum keluar dari bilik. Sebaik melihat jejaka iras Shahir AF8 itu sedang membancuh duh, matanya membulat luas. Dia mendekati, duduk bersila mendepani  Iskandar. “Wah...Pa betul-betul boleh buat kek?” soalnya dalam kagum.
            Iskandar tersenyum lebar. “Kek dah biasa jadi mainan di Jepun dulu. Ada kawan dari Perancis yang rajin buat kek, tu yang belajar dengan dia,” jelasnya sambil memasukkan baking powder ke dalam adunan.
            Zawin terangguk-angguk. “Hebat la is. Pakar macam Martha Stewart dah tengok,” pujinya.
            Iskandar tersengih. “zawin...boleh buat kek?”
            Zawin pantas  menggeleng. “Tak reti la. zawin ni macam Racheal Ray. Boleh masak yang biasa-biasa tapi bila masuk bab masakan pastry ni memang gagal la.”
            “Oo...memang. Nak buat kek ni agak remeh sikit.”
            “Erm...zawin pernah cuba buat kek, tapi tak naik. Kenapa ya?”
            “Baking powder letak tak?”  Iskandar berhenti mengacau adunan.
            “Letak la.”
            “Erm...selain baking powder, cara adunan pun main peranan.”
            Zawin berfikir sejenak. “Apa yang akan berlaku kalau terlebih baking powder?”
            Iskandar ketawa halus. “Kek tak sedap dan akan jadi tak sedap la.”
            “Oo...macam mana nak naikkan kek buah? Macam mana nak buat buah tak tenggelam?”
            “zawin ni tanya pula. Kek buah nak buat naik macam mana pula. Berat la dengan buah. Powder tu untuk kek jadi span je.”
            “So, nak buat kek buah yang baik macam mana?”
            “Adunan mesti guna air suam, guna butter la sedap. Buah jangan banyak sangat.”
            Zawin semakin berminat mendengar kuliah tidak rasmi itu. “Macam mana nak bagi buah tu timbul pula?”
            “Timbul apa pula ni?”
            “Sebab ada yang buat kek buah, selalunya buah tenggelam.”
            Iskandar tersengih. Dia memasukkan buah-buahan campuran ke dalam doh. “Macam ni. Kita kacau buah sekali dengan adunan utama la.”
            “Macam mana kek di pasaran tu boleh ada buah didalam dan di atas kek?”
            “Kalau nak ada atas kek, masa nak bakar tu kita tabur sikit buah.  Doh kan likat , jadinya masa nak bakar baru tabur buah untuk bahagian atas. Nak bakar kek ni ambil masa lama, sempat la buah yang di tabur tadi jatuh ke bawah. Sebab tu bila potong buah ada atas dan bawah. Kalau doh cair sangat, buah akan turun ke bawah semua. Kalau jatuh ke bawah semuanya tak kisah sangat, tapi lebih teruk bila kek masak, terasa pahit. Ada faham?”  Iskandar tersenyum nipis.
            Zawin menjuihkan bibirnya. “Erm...kalau guna microwave boleh tak untuk bakar kek?”
            Iskandar ketawa besar. “Tak boleh la...micro ni jangka pendek. Kek kene suhu yang konsisten .So kalau untuk 20 minit boleh la. Microwafe dengan oven lain tau. Microwafe masalahnya panas tak setara, takut over panas la. Is  tak pernah cuba lagi. Kalu ada set untuk kek try la buat, tapi is tak jamin la.”
            “So...oven la yang terbaik?”   
            “Memang la.”
            “Ok thanks,” balas Zawin dalam wajah selamba. Sukar dia menerima hakikat doktor perubatan itu lebih berpengetahuan luas dalam masakan pastry berbanding dirinya.
            Iskandar menggeleng dalam senyum nipis. “zawin ni ada-ada saja tau.”  Tangannya cekatan mengacau doh. “Ha...dah likat ni. Boleh la kita bakar sekarang.”  Iskandar bangun, menuangkan adunan doh ke dalam bekas empat segi lalu di masukkan ke dalam ketuhar.
            “Erm...nampak sedap.” Zawin mencuit sedikit baki doh didalam balang kaca itu lalu dimasukkan ke dalam mulut. “Wergh...tak sedap,” komennya dalam wajah yang berkerut.
            Iskandar tergelak besar.
            Puan Dahlia masuk ke dalam dapur. “Tadi...mak jumpa dengan Ustaz Kamil di kedai. Bila dia tahu Zawin dan Is ada di sini, ustaz minta kamu berdua ke gelanggang silat malam ni.”
            Zawin dan  Iskandar saling berpandangan lantas masing-masing mengukir senyuman penuh makna. 

1 awesome commentator:

  1. salam..best citer ni..byk info...
    tp satu je, x suke la panggilan zawin & is tu ma gn pa..euww..geli u kawen pun blum lg, pastu de pulak main cubit pipi, kate muslimah & bkn mahram:(.dh mcm fickle je zawin nie...maaf trase skadar pendapat sy yg membace...

    ReplyDelete

terima kasih berikan komen ya.

 
Back To Top