BAB 3

Puteri Ishika mengambil buah catur berwarna putih. Manakala Tengku Hakim berwarna hitam. Puteri kelihatan garang menyerang pihak lawan dengan menjalankan dua langkah bidak putih ke arah buah raja lawan. Hakim memilih strategi pertahanan sisilia naga untuk menghadapi serangan bidak muka raja itu. Apabila permainan memasuki peringkat pertengahan, permainan itu kelihatan begitu sengit.
Shafawati sebagai pemerhati terangguk-angguk sendiri melihat gerakan-gerakan pintar daripada kedua belah pihak. Terkadang Shafawati terasa lelah menunggu tindakan mereka apabila masing-masing berfikir dalam jangka masa yang lama.
Ceque”, ujar Hakim apabila buah raja gadis itu berada di laluan buah menterinya. Dia menunggu tindakan gadis itu dalam usaha menyelamatkan rajanya. Apabila dia melihat gadis itu tidak bersedia untuk menggerakkan buah permaisuri itu, dia berpeluk tubuh, merenungi wajah putih bersih itu. “Awak tahu..dalam kisah cinta agung antara Mumtaz Mahal dan Shahjahan, diceritakan mereka selalu bermain catur bersama”, cerita Hakim sengaja ingin meraih perhatian gadis itu.
Puteri mendengus geram. Konsentrasinya sedikit terganggu. Pertandingan tanpa pengadil itu benar-benar menguji mindanya. Lawannya ini bukan sebarangan. Dia harus membuat benteng memandangkan itu adalah strategi umpanan pihak lawan supaya dia menyerahkan buah penting itu. Dalam rasa berat hati, dia menggerakkan buah permaisuri di hadapan petak buah Raja. “Apa yang awak cuba sampaikan?”, soalnya garang, merenung wajah yang selalu murah dengan senyuman itu. Pelik. Tak sakit ke pipi dia bila asyik senyum macam tu?. Hatinya berbisik.
Hakim senyum lebih lebar. Merenung seketika papan catur itu. Kemudian menjatuhkan pandangannya ke wajah gadis itu. “Mungkin kisah kita berdua boleh ulang kembali cinta agung mereka”, ujarnya tenang.
Puteri menahan nafasnya. Benar-benar dia terkesima. Keadaan sekelilingnya terasa berhenti sebaik mendengar kata-kata itu. Dia hanya dapat mendengar deruan nafasnya sendiri. Wajah sayu arwah ibunya menampan benaknya. Kemudian dia cepat tersedar. “Merepek!”, sangkalnya bersungguh.
Hakim tersengih seraya menggerakkan buah gajah ke arah lawan, lantas membaham buah permaisuri lawan. “Cheque”, ucapnya lagi apabila buah gajah itu berada di petak hadapan buah raja putih. “Tinggal buah raja. Puteri ada keyakinan ke untuk menang?”,soalnya dalam senyum licik.
Puteri mencemberutkan bibirnya. Dalam keadaan geram, dia menggerakkan buah raja lantas membaham buah lawan. Merenung sejenak papan catur itu, dia mengeluh dalam diam. Strategi menyerang muka raja tidak menjadi..malah sekarang dia pula yang diserang. Pertahanan sisilia naga yang dilakukan lelaki itu nampaknya berhasil. Apabila Hakim menyerang, mengatur strategi untuk mengumpan buah raja miliknya..dia mengelak seboleh mungkin.
Hakim sengaja bermain-main tarik tali, membiarkan gadis itu melarikan buah raja daripada di perangkap. “Sejauh mana awak cuba lari..saya pasti akan sampai..dan awak akan mengalah juga. Setuju?”, ujarnya memancing emosi lawan.
 Puteri mengangkat wajahnya, merenung tajam mata itu. “Tak!”, balasnya enggan mengalah. Fikirannya jenuh berfikir bagaimana untuk membaham buah benteng lawan. Ternyata mustahil dengan fungsi buah raja yang terhad. Buah raja itu digerakkan satu petak ke hadapan.
Hakim tersenyum lalu menggerakkan buah raja mengiring satu petak ke kiri, berhadapan buah bentengnya. Kini yang membezakan satu petak daripada kedudukan raja lawan dalam kedudukan yang sama baris. “Awak perasan tak, apa yang kita buat sekarang, sama dengan apa yang berlaku antara kita. Walau awak mengelakkan diri sejauh mana pun daripada saya, kita tetap akan bertemu. Kita pasti akan diekori oleh ketetapan takdir-Nya, bukan?”. Hakim merenung mata bundar itu.
Mata Puteri mencerlung tajam. “Takdir tidak tetap. Boleh berubah!”, balasnya dalam nada geram. Sedaya upaya dia memperlahankan suaranya apabila menyedari pandangan pelik beberapa orang berhampiran meja mereka.
“Raja dah mati!”. Hakim membuat pengumuman.
Puteri mengerutkan dahinya memandang wajah lelaki itu. Kemudian matanya membuntang luas, terus pandangannya jatuh pada papan catur. “Hah?!”. Kenapa dia tidak menyedari telah terperangkap?. Buah rajanya itu cuba di bawa ke kanan..hadapan..kiri...ahh susahla buah raja lawan turut membuat perangkap di situ. Bibir bawahnya diketap. Sungguh sukar menerima kekalahan itu.
Cheque mate!!”, ujar Hakim sekali lagi seraya tersenyum lebar melihat wajah cemberut gadis itu.
Puteri menarik nafasnya dalam-dalam. Dalam keterpaksaan, dia mengalah.
Shafawati tersenyum kecil. Pertandingan tidak bertauliah itu menghiburkan dirinya.
Hakim mengangkat keningnya memandang wajah keruh itu. “Kan saya dah kata..lelaki yang terbaik. So, orang yang kalah harus tunaikan permintaan orang yang menang kan?”, ujar Hakim.
“Betul. Aku setuju”, sokong Shafawati.
Puteri mengeluh keras. “Apa yang awak nak?”, soalnya dalam nada geram. Aduh la kenapa aku boleh terperangkap ni?. Keluh hatinya.
Hakim mendekatkan wajahnya ke wajah gadis itu. “Senyum..tak perlu kata apa-apa..senyum....dan senyum...”, balasnya tenang.
     Puteri mengerdipkan matanya beberapa kali. Dia cuba mengukir senyuman tetapi terasa sungguh sukar. Akhirnya dia memejamkan mata..cuba lagi mengukir senyuman...
     Hakim terkesima melihat lesung pipit yang berlekuk di kedua pipi itu biarpun gadis itu memberikan senyuman paksa dalam mata terpejam. Entah bagaimana tanpa sedar, dia menghulurkan tangan...menyentuh pipi itu.
     Puteri terus membuka matanya. Matanya bertembung dengan mata Hakim, kemudian apabila dia menyedari tangan kanan lelaki itu di pipi kirinya..rasa amarahnya terus meletus. Tangan kanannya dihayunkan, kuat menampar pipi Hakim. “Awak...saya paling benci awak!. Benci!. Lelaki semuanya sama!!!!!!!!!!!!!”. Air mata laju turun di pipi nya. Puteri mencapai beg dan buku di atas meja, langsung berlari keluar dari perpustakaan.
     Hakim terpinga-pinga. Shafawati tidak terkata apa.  
*******
     “Kenapa kau gelisah sangat ni?”, soal Puteri kehairanan melihat wajah cemas Shafawati. Kotak kecemasan dikemas semula apabila digunakan sebentar tadi untuk merawati kaki seorang pelajar perempuan yang terseliuh.
     Shafawati memandang wajah Puteri seketika. “Tengku Hakim...budak tu tak berapa sihat. Tapi degil nak masuk merentas desa. Aku risau ni”, terangnya seraya berjalan ulang-alik dihadapan Puteri.
Puteri menggelengkan kepalanya. “Kalau kau suka kan Hakim tu..cakap je la Sha”, ucapnya selamba.
Shafawati hampir tergelak mendengar kata-kata itu. “Aku akui..dulu aku sukakan dia. Sekarang, aku hanya suka dia sebagai kawan. Hakim sukakan perempuan lain. Kau nak tahu tak siapa yang Hakim suka?”, Shafawati menyiku pinggang Puteri dalam riak wajah nakal.
Puteri menjeling tajam. “Apa-apa sahaja mengenai Hakim..tolong jangan cerita pada aku. Aku benci!! Menyampah!!. Tahu tak?”.
Shafawati menggelengkan kepalanya. “Puteri..Puteri...ingat!..Islam pesan kalau benci biarlah berpada, takut-takut apa yang dibenci itu akan menjadi kecintaan di kemudian hari”, pesannya seraya menggoyang-goyangkan jari telunjuknya.
Puteri mendengus. “Kalau lelaki dalam dunia ni semua dah mati pun, aku takkan suka dia sampai bila-bila pun. Dah la..malas nak cakap tentang dia lagi”. Melihat Shafawati yang berkerut wajahnya, menimbulkan rasa hairan di hati Puteri. “Kau ni kenapa?”, soal Puteri kembali.
Shafawati memegang perutnya, memandang wajah rakannya itu. “Aku nak buang air la. Tolong pegang botol Hakim ni kejap”, Shafawati menghulurkan sebuah botol lonjong berwarna hijau berlambang jenama Wristly firming Gum.
     Puteri memuncungkan bibirnya. “Kenapa aku pula yang kena pegang?”, soalnya tidak puas hati.
     Shafawati tidak betah lagi duduk di situ apabila terasa sudah tidak berdaya bertahan. Botol itu terus diletakkan di atas tangan rakannya itu. Sebenarnya dia tidak ingin meninggalkan botol itu pada rakannya itu, namun saat kecemasan begini..dia terpaksa.
     Puteri menahan nafasnya. Terasa sakit hati apabila mengenangkan jejaka berkaca mata itu. Dia menghitung masa, memerhatikan detik jarum jam di lengan. Sudah hampir lima belas minit berlalu. Di kejauhan, sekoyong-koyong peserta merentas desa sudah kembali dan masing-masing mempercepatkan larian untuk sampai ke garisan penamat.
Melihat wajah Hakim yang muncul dahulu, rasa bencinya kian membara. Lelaki itu berjaya mencapai garisan penamat sebelum beberapa pelajar lelaki turut mengikut jejak langkahnya. Peristiwa lelaki itu menyentuh pipinya kembali terbayang. Dalam rasa marah berbaur geram itu, dia mencampakkan botol berwarna hijau itu ke dalam longkang padang. Bibirnya diketap kuat.  Padan muka!.
“Ada pelajar pengsan!!”, laung seorang guru.
     Puteri yang bertugas di bawah persatuan St.John Ambulance turut berlari ke kawasan padang yang telah dikerumuni pelajar dan guru.
Shafawati yang baru pulang dari tandas terus berlari ke kawasan itu. Melihat tubuh Hakim yang rebah di atas rumput, wajahnya bertukar cemas. Tubuh itu dipangku di atas riba. Dada Hakim berombak-ombak kencang. Shafawati memandang Puteri yang terpinga-pinga di situ. “Puteri, bagi botol tadi”, pintanya. Botol mineral pantas di keluarkan dari beg, membuka penutup lantas direnjiskan ke wajah Hakim. Tangannya cekatan menekan dada sasa jejaka itu apabila sudah tiada gerakan di dada itu.
     Puteri membulatkan matanya. “Hah?. Aku...aku..dah buang”, jawabnya dalam serba salah.
     Mata Shafawati terjegil. “Apa??. Kau dah gila ke?.. Botol tu ada ubat sakit jantung. Bukan chewing-gum!. Hakim ada sakit jantung!”. Shafawati tidak mahu bertingkah pada saat genting itu, lantas dia terus menerus menekan dada Hakim.
     Puteri terpempan mendengar kata-kata Shafawati. Tangannya serta merta menggigil. Aku...aku...dah bunuh dia?. Hatinya menyoal cemas. Melihat sudah tiada gerakan di dada Hakim Puteri pantas menunduk, berlutut di antara bahu Hakim sekaligus mengambil alih tugas Shafawati. Tangannya cekatan melonggarkankan butang di leher baju biru Hakim. Kepala Hakim dimiringkan ke belakang seraya mengangkat dagu jejaka itu. Puteri meletakkan telapak tangan kiri pada dahi Hakim, dengan lembut didorongkan ke bawah. Lalu tangan kanannya menggerakkan dagu Hakim ke depan untuk membuka jalan udara.
Puteri memerhatikan dada Hakim. Melihat tiada gerakan di situ, pantas diperiksa nafas Hakim dengan mendekatkan mukanya ke wajah mulut Hakim. Apabila pasti tiada nafas dirasai di pipi dan telinganya, tanpa teragak-agak Puteri menjepit hidung Hakim lalu melekapkan mulutnya ke mulut Hakim untuk menutup ruang udara. Nafas pertama diberi dengan menahan selama 1 saat. Melihat dada jejaka itu telah naik, jari jemarinya disilangkan, menekap dada jejaka itu seterusnya menekan bersungguh.
     Shafawati membulatkan matanya memandang tindakan spontan rakannya itu. Kemudian dia tersenyum sendiri. Kata-kata Puteri beberapa bulan lepas kembali tergiang.
“Kalau pun aku jumpa dia balik...aku akan...aku akan cium dia”.
Puteri menggunakan beratnya seraya mendorong kuat dan cepat tekanan di dada Hakim. Dua tekanan diberikan bagi setiap satu saat. Apabila tubuh Hakim bertindak balas, dia berhenti memberikan tekanan. Peluhnya yang merinding di dahi pantas diseka. Jejaka itu terbatuk-batuk seketika. Menyedari Hakim telah sedar, Puteri meloloskan diri dari tempat itu perlahan-lahan tanpa disedari orang sekeliling. Dia berjalan cepat, memegang pipinya yang terasa panas. Dia tidak ingin untuk menoleh ke belakang lagi.
*******
                     
“Mesti kau suka kan?”, soal Shafawati sambil mengopek kulit buah epal.
“Kenapa pula aku mesti suka?”, soal Hakim kembali. Dia membetulkan kedudukan wayar yang dicucukkan di lengan kirinya.
“Ya la. Tak pasal-pasal kau dapat ciuman percuma”. Shafawati tersengeh nakal. Buah epal merah yang sudah dipotong kecil  dihulurkan kepada Hakim.
Hakim menyambut buah epal itu seiring tawa besar. “Ciuman maut pula tu”, balasnya pantas. Potongan buah epal itu dimasukkan ke dalam mulut, dikunyah perlahan.
“Memang ciuman maut. Eh, mana mak ayah kau?. Tak nampak pun”, soal Shafawati kehairanan. Bilik Hakim kosong. Bagaikan tiada pelawat yang pernah hadir sebelum kedatangannya tengah hari itu.
“Oh. Mereka ke Paris. Sambut ulang tahun perkahwinan di sana. Abang aku ada datang malam tadi. Aku yang larang abang aku beritahu pada mak ayah aku. Kalau mak aku tahu aku masuk hospital, mesti deorang terus terbang ke Malaysia masa tu juga. Aku tak nak la merosakkan percutian deorang. Dah lama mereka rancang nak pergi Paris. Lagi pula aku nak menjaga kesihatan telinga aku”.
“Telinga kau?. Apa pasal pula?”.
“Ish. Kau tak kenal mak aku. Sekali dia membebel, mahunya berdarah telinga”, sahut Hakim selamba.
Shafawati ketawa besar mendengarnya. “Memang pun kau tu patut dapat bebelan. Degil sangatnya. Lain kali jangan nak masuk apa-apa pertandingan sukan. Takut gila aku masa kau pengsan hari tu. Nasib baik Puteri pandai aplikasi kaedah CPR”.
Hakim tersengeh. “Tapi aku bersyukur sebab pengsan tau. Merasa juga aku bibir dia yang susah sangat nak senyum tu”, ulasnya.
Shafawati tergelak lagi. “Ha..sebut pasal Puteri..dia datang tak lagi?”.
Hakim menggeleng. “Tak”, sahutnya lemah.
Shafawati tersenyum lebar. “Kau jangan risau. Puteri tu hati baik. Dia pasti akan datang”, ujarnya yakin. Dia sudah mengangkat punggung.
“Eh, kau dah nak balik ke?”, soal Hakim.
“Ya..aku ada latihan petang ni”.
 “La..tunggu la dulu sampai asar nanti. Lepas asar nanti, abang aku datang jenguk aku.  Aku nak kenalkan dengan abang aku”.
“Ish. Tak boleh la. Aku ada latihan tarian zapin petang ni. Lain kali je la”.
“Tarian zapin?”. Hakim sudah tersenyum. “Kalau kau nak tahu, abang aku sangat mengagumi perempuan yang pandai menari zapin. Nasib baik saja dia dah ada jodoh. Kalau tak dah lama aku padankan kau dan abang aku tu”.
Shafawati ketawa halus. “Pandai la kau nak memadankan jodoh aku. Ok, la. Aku nak balik dulu. Makan ubat doktor bagi dan jangan nak memandai bergerak sendiri. Panggil jururawat kalau ada apa-apa yang diperlukan”, pesannya serius.
“Baik, Dr.Sha”. Hakim memberikan lambaian tabik hormatnya.
Shafawati menggeleng dalam sisa tawanya. “Jumpa lagi di sekolah. Semoga cepat sembuh. Assalamualaikum”. Shafawati menapak keluar dari bilik itu.
Hakim kembali berbaring. Jari jemarinya menyentuh bibir. Dia tersenyum bahagia. Tidak apa la jika dia tak datang...
Bunyi ketukan di pintu membuatkan Hakim terkejut. “Masuk”, arahnya dalam kehairanan. Siapa pula?. Jika doktor yang merawatnya pasti sudah masuk selepas ketukan pertama.
Tombol pintu ditolak dari luar. Melihat gerangan yang muncul di situ, Hakim mengerlipkan matanya beberapa kali. Dia benar-benar tidak percaya.
“Err..salah ke..err...saya datang?”, soal Puteri teragak-agak. Jari jemarinya dipatah-patah kan sambil merenung lantai bilik. Terasa asing melihat pandangan lelaki itu.
Hakim lekas tersedar . “Eh. Tak. Masuk la”, pelawanya dalam gembira berbaur rasa kaget.
Puteri menghela nafasnya. Dia serba salah untuk masuk. “Saya cuma..nak minta... maaf”, ucapnya lambat-lambat.
Hakim tersenyum senang. Benarlah hati gadis ini tidak sekeras ais. “Tak ada apa la. Bukan salah awak”.
Puteri bermain-main dengan jari jemarinya. Wajah Hakim ditatap sekilas sebelum menjatuhkan pandangan ke lantai bilik. “Kalau macam tu..saya balik dulu. Awak pun dah sedar”. Puteri meminta diri.
“Pulangkan balik”. Hakim bersuara tegas saat gadis itu mula menapak pergi.
Puteri kembali berpaling dalam rasa serba salah yang menggunung. “Nanti saya ganti la botol chewing gum awak tu”, sahutnya dalam suara sedikit bergetar.
     Hakim menggeleng. “Saya tak maksudkan botol tu”, sangkalnya.
“Habis tu apa?”.
“Pulangkan sesuatu yang awak curi”.
     “Apa pula yang saya curi daripada awak?”, bentak Puteri dalam suara tinggi.
     Hakim merenung wajah keruh itu. “Awak buat tak tahu pula ya. Pulangkan balik ciuman pertama saya. Isteri saya tak sempat sentuh bibir saya lagi, awak dah buat.. Awak dah mencabul maruah saya. Saya nak awak bertanggungjawab”. Tegas suaranya kedengaran.
Buntang mata puteri mendengar kata-kata itu. “Awak jangan nak memandai-mandai!. Kalau tahu diri tu sakit, tak payah nak masuk mana-mana acara sukan. Dah la. Menyesal saya datang!”. Puteri melangkah laju keluar dari bilik itu. Kita dah selamatkan dia..boleh dia cakap macam tu!. Giginya diketap geram. Pintu bilik itu disentapnya kasar. Sebelum keluar, Puteri berpaling semula menatap wajah lelaki itu dengan geram. “Hari tu rawatan kecemasan tau tak?!!. Saya pun tak hingin nak cium awak!!”, marahnya dalam suara keras.
Hakim tersengih. “Bukan ke bila bibir dengan bibir bertemu, itu sudah dikira satu bentuk ciuman?. Lagi pula, banyak saksi nampak awak cium saya”, usiknya lagi.
“Argh!!!”, jerit Puteri kuat. Matanya mencerlung garang memandang wajah Hakim. Bagai ingin ditelannya lelaki itu. “Saya tarik balik ucapan maaf saya!”, ujarnya seraya menghentam kuat pintu bilik dari luar. Dia berjalan laju sambil menonyoh-nonyoh bibirnya beberapa kali. Beberapa jururawat yang berpapasan dengannya tidak langsung dihiraukannya.
Hakim tersenyum  sendiri. “Antara kita pasti ada kisah. Kan?”.

3 awesome commentator:

terima kasih berikan komen ya.

 
Back To Top