BAB 5
“Macam mana ni mama. Abang Haikal tak suka dengan Erina”, adu Erina diselangi tangisan. Dia menggoncang-goncangkan tangan ibunya.
Datin Mona menepis tangan itu. “Tak kira la Puteri ke Erina ke asalkan berkahwin dengan anak lelaki Dato’ Tengku Haris. Harta keluarga kita akan bertambah. Mama dah lama idamkan syarikat perlabuhan milik Keluarga Dato’ Tengku Haris. Syarikat keluarga kita banyak membuat perniagaan eksport-import, kalau bergabung, untung akan berlipat ganda”, ceritanya penuh bersemangat mengenai impiannya selama ini.
Erina mencerlung tajam memandang wajah ibunya. “Betul kata Puteri. Mama memang perempuan jahat!”, jeritnya seraya melangkah keluar dari bilik bacaan ibunya.
Datin Mona benar-benar marah dengan kata-kata itu. Dia membatalkan niat untuk memukul Erina apabila ada urusan lebih penting bermain dimindanya. Wanita itu turun ke dapur mengambil segelas susu dan sepiring buah starwberry. Kakinya mendaki tangga menuju ke bilik Puteri. “Boleh mama masuk?”, pintanya dalam suara lembut.
 Puteri mengerutkan dahinya melihat kehadiran wanita itu berdiri di depan pintu. “Masuk je la”, jawabnya selamba.
Datin Mona tersenyum manis. Dia berjalan ke dalam lalu meletakkan dulang ditangan di atas meja belajar Puteri.
Puteri menghela nafasnya. Hatinya menebak pasti ada sesuatu tersembunyi.. “Ada apa?”, soalnya sambil terus melakarkan graf matematik di kertas graf.
Datin Mona melabuhkan punggung di pinggir meja belajar itu. Matanya tepat memandang anak mata coklat itu. “Dengar cerita Haikal sukakan kau?”.
Puteri menjuihkan bibirnya. Hal itu rupanya. “Habis tu?”.
“Dulu aku nak jodohkan kau dengan Haikal, tapi kau memberontak. Aku tinggalkan kau kat tepi jalan, tapi umur kau masih panjang. Kali ni aku nak kau kawin dengan Haikal!”, perintahnya garang.
Dato’ Mirza yang kebetulan lalu di bilik itu membulatkan matanya mendengar kata-kata isterinya. Bila masa Puteri ditinggalkan?. Matanya tiba-tiba membulat apabila mengingati ketidakhadiran Puteri saat keluarga mereka bertandang ke rumah Dato’ Tengku Haris. Apabila ditanya kepada isterinya tentang ketiadaan anaknya itu, katanyanya anak itu sakit. Rupa-rupanya..isterinya berniat membunuh darah dagingnya!. Hatinya menggelegak marah. Dia ingin melihat sejauh mana tindakan isterinya biarpun hatinya benar-benar panas membara.
“Puteri kata, Puteri tak nak!!. Walaupun Puteri diancam bunuh, Puteri tak akan kawin!!”.
Datin Mona sudah tidak dapat mengawal kemarahannya. Gelas susu dicapai lalu di campakkan isinya ke muka Puteri. Rambut Puteri digenggam kemas. “Kau dengar sini..aku boleh bunuh kau sekali lagi, jadi kalau kau nak cabar aku..buatlah!!”, ugutnya dalam suara keras.
Puteri mengerang menahan sakit rambutnya ditarik begitu. Dia menendang kuat kaki ibu tirinya itu sehingga wanita itu terjatuh dari meja.
Datin Mona mengejar Puteri sambil mengeluarkan tali pinggang yang telah siap dibawa di dalam baju. Tanpa belas kasihan, tubuh gadis itu dilibas kuat menggunakan tali pinggang itu. Dia menolak tubuh anak tirinya itu ke atas katil. Bersungguh-sungguh dia melepaskan kemarahan pada tubuh itu. Melibas dengan sekuat hati.
Puteri menyembamkan mukanya di atas bantal. Dia menjerit kuat disitu. Tidak berdaya membalas perbuatan itu.
Dato’ Mirza tidak dapat bertahan lagi. Pangg!!.
Bulat mata Datin Mona, terkejut dengan tindakan suaminya itu.
 Dato’ Mirza memberi tamparan kedua di wajah isterinya itu yang telah berubah karekter. “Mona Binti Mukhriz!..Aku ceraikan kau dengan talak tiga!!’, ucapnya lantang.
Mata Datin Mona terkelip-kelip. Tidak percaya dengan tindakan suaminya. “Awak!!. Awak akan menyesal!. Keluar dari rumah saya!!”, perintahnya dalam suara tersekat-sekat. Matanya yang merah mencerlung tajam ke wajah Dato’ Mirza.
Dato’ Mirza tersengeh sinis. “Awak dah lupa ke?. Semua harta Dato’ Mukhriz diberikan kepada saya. Semua dokumen dari rumah ni sehingga seluruh harta termasuk syarikat-syarikat di atas nama saya. Baik awak keluar!!. Keluar sekarang dari rumah ni!!”, arahnya keras.
Datin Mona merengus kuat. Hatinya menyumpah kebodohan silam yang membenarkan semua harta diletakkan dibawah nama Dato’ Mirza. Sedikit pun tidak terlintas dihatinya perceraian akan terjadi. Dalam mata berkaca-kaca, dia menarik tangan Erina yang menangis di muka pintu. “Ikut mama!”, arahnya keras.
Erina menggeleng laju lantas merentap tangannya. “Mama perempuan jahat. Erina tak nak ikut mama!”, balasnya tegas diselangi esakan kecil.
“Kau pun sama!!. Semua orang akan menyesal!!. Tunggu lah!!”, jerit Datin Mona kuat sebelum tergesa-gesa melangkah keluar.
Dato’ Mirza mendekati Puteri yang masih menangis sambil menekup mukanya dibantal. “Maafkan abah. Abah betul-betul tak tahu selama ni. Maafkan abah”, ucapnya seraya membelai rambut Puteri.
     Puteri memandang wajah sayu ayahnya, perlahan-lahan dia bangun dari katil. Apabila ayahnya cuba membantunya, cepat-cepat dia menepis tangan itu. “Puteri takkan maafkan abah. Abah lelaki yang tidak berpegang pada janji, abah lelaki yang mensia-siakan cinta mama, abah juga lelaki yang tidak punya hati”, sahutnya dalam nada sinis.
Dato’ Mirza terkesima mendengar luahan anaknya itu. “Apa...apa...yang Puteri cuba cakap?”, soalnya tersekat-sekat.
     Puteri tersengeh sinis. “Malam tu..Puteri masih ingat lagi peristiwa malam tu. Walaupun umur Puteri hanya enam tahun masa tu, Puteri boleh faham segala-galanya. Malam tu..mama mengadu yang mama sakit perut. Mama kata baby dalam perut buat hal. Mama ajak abah pergi hospital. Tapi abah tengking mama. Abah marah mama sebab sengaja nak susahkan abah. Abah memang kejam. Masa tu Puteri menangis dalam diam. Puteri tahu mama menangis dalam hati dia. Puteri tahu hati mama lagi sakit berbanding sakit dalam perutnya. Abah boleh tidur dengan lena malam tu sedangkan ada dua insan yang menangis dibelakang abah. Esoknya, abah boleh keluar rumah tanpa rasa bersalah, tanpa mahu membawa mama ke hospital. Puteri tanya mama kenapa abah berubah sebegitu kejam. Mama cakap abah cuma tertekan dengan kerja. Mama kata abah tak jahat...”. Puteri berhenti berkata, mengetap bibir. Sedaya upaya dikawal sebak yang membungkam di dada.
     Bibir Dato’ Mirza terketar-ketar. Lututnya sudah terasa lemah.
Setelah reda, Puteri menyambung. “Mama kata juga yang abah tetap lelaki yang mama cinta walaupun cinta abah dah tak ada.  Mama kata mama gagal ulang balik cinta sejati Mumtaz dan Shahjahan. Cinta Mumtaz dan Mirza hanya sebuah kisah cinta yang telah hilang ditelan masa. Mama suruh Puteri berjanji masa tu untuk tunaikan impian cinta mama. Mama doakan Puteri akan bertemu dengan cinta seorang putera yang akan membina sebuah istana cinta untuk Puteri. Puteri terpaksa berjanji sedangkan mama bergelut menahan sakit bersalin. Puteri menangis melihat penderitaan mama. Puteri panggil jiran untuk tolong mama, tetapi semua jiran tak ada di rumah masa tu. Mama tumpah darah sangat banyak..sangat banyak. Depan mata Puteri...akhirnya mama pergi.. Puteri menjerit, menangis, meraung masa tu. Puteri berdoa suruh ALLAH kembalikan nyawa mama dan gantikan dengan nyawa lelaki kejam bernama Mirza!. Abah....bagaimana abah boleh jadi sekejam itu...”. Puteri berhenti berkata apabila dadanya perit menanggung sebak yang mencengkam.
Dato’ Mirza sudah terduduk di atas lantai. Air matanya berjuraian turun. Terasa dosa silam bagaikan ditelanjangkan kembali.
Puteri lekas-lekas menyapu air matanya. “Kematian mama..abah pandang sebelah mata. Kehilangan zuriat dalam perut mama langsung tidak menyentuh rasa. Tiada perubahan yang berlaku selepas kehilangan mereka. Abah semakin keras hatinya, malah mengahwini seorang perempuan jahat semata-mata kerana hartanya. Abah sibuk mengumpul harta dan mengulit kasih dengan cinta baru. Puteri menonton kisah cinta baru abah dengan penuh dendam dan sakit hati. Bagaimana bisa seorang lelaki tidak tersentuh dengan kehilangan isteri dan zuriat sendiri?. Betul kata mama yang kisah cinta mama bukan seperti Mumtaz. Kematian Mumtaz ditangisi Shah Jahan. Ada tugu cinta yang dibina untuk memperingati Mumtaz, tetapi kematian mama dipandang sepi dan seperti tidak ada apa erti. Sungguh Puteri hidup dalam dendam selama ini. Dendam yang disaluti dengan kekesalan yang teramat. Kematian mama hanya sia-sia, tidak membawa apa-apa. Namun yang paling Puteri kesalkan, kematian mama dan adik tidak berjaya membuat abah berubah. Puteri hidup dalam penuh kekesalan dengan fakta ini. Jadi bagaimana boleh Puteri tersenyum, berlapang dada dengan semua ketidakadilan, kekesalan ini?”. Puteri merenung ayahnya yang kelihatan terpempan mendengar luahannya. Hatinya terasa sedikit ringan setelah beban perasaan yang disimpan selama ini telah diluahkan keluar.
“Maafkan abah..Puteri..Maafkan abah...”, rintih Dato’ Mirza dalam suara lirih.
Puteri menjatuhkan pandangan pada lukisan gambar di dinding biliknya. Melihat tugu cinta berwarna putih itu semakin menyemarakkan rasa terkilannya. “Minta maaf pada mama... minta ampun pada ALLAH kerana mensia-siakan seorang wanita yang baik. Lawatlah kubur mama dan adik. Tunaikan impian cinta mama...barula selepas itu...Puteri akan maafkan abah”, ujarnya serius. Air mata yang jatuh disekanya lagi.
Dato’ Mirza menangis bersungguh. Bahunya terhenjut-henjut menahan esakannya. Erina menyapu air matanya yang keluar dalam tubuh yang menggeletar. Padanlah gadis itu begitu beku selama ini, rupanya ada rahsia duka silam yang terpendam. Erina memeluk ayah tirinya itu dan mereka bersama-sama larut dalam tangisan yang panjang.
*******
“58 kilogram!!”, jerit Puteri gembira melihat angka yang tertera di alat penimbang itu. Dia berjaya akhirnya menurunkan 20 kilogram dalam jangka masa yang singkat. Sudah tiga bulan dia berusaha menurunkan beratnya juga dalam tempoh itu juga dia tidak menghiraukan Hakim biarpun jejaka itu bersungguh-sungguh untuk berbual dengannya. Tidak sia-sia dia berdiet hanya dengan mengamalkan yoga dan yogurt. Wajah Hakim terbayang di mindanya. Puteri tersenyum sinis. Aku takkan jadi isteri impian kau!. Jerit hatinya.
Dia bersiap-siap untuk keluar ke Tasik Taman Lipis. Berniat untuk berjoging di situ. Dia meminta Pak Akob menghantar ke sana. Sejak ibu tirinya pergi dari banglo besar itu, dia bebas menggunakan segala kemudahan keluarganya. Hubungannya dengan Erina turut pulih. Cuma hubungannya dengan ayahnya sahaja yang masih dingin. Puteri keluar dari kereta. “Pak Akob..nanti Puteri telefon bila dah habis joging”, sempat dia meninggalkan pesan. Pemandu yang sudah berkhidmat selama tujuh tahun untuk keluarga Dato’ Mirza menganggukkan kepalanya.
Puteri membuat aktiviti pemanasan badan. Setelah sepuluh minit, dia mula berjoging. Sampai di kawasan bata di tengah-tengah tasik, Puteri berhenti berlari. Tangannya memegang dadanya yang terasa nyilu. Dia terduduk di situ dalam nafas yang tercungap-cungap.
“Awak tak apa-apa ke?”
Puteri mengangkat wajahnya. Matanya membulat melihat wajah itu. “Kau!!. Kau ikut aku ke?”, tebaknya penuh prasangka. Sakitnya langsung telah hilang saat menatap wajah itu.
Hakim tersenyum geli hati. “Puteri..Puteri..tak pernah berubah. Kan saya dah cakap, antara kita pasti ada kisah. Walaupun awak sering mengelakkan diri daripada saya, takdir tetap akan menemukan kita”, ujarnya seraya menghulurkan tangannya.
Puteri menepis tangan itu. “Tak ada. Antara kita tak pernah ada kisah!”, sahutnya dalam suara keras.
Hakim menarik tangannya kembali. Dia duduk mencangkung menghadap wajah gadis itu. “Kenapa awak kuruskan badan?. Awak nampak macam tengkorak berjalan tau sekarang”, ujarnya lagi bersulam senyum nakal.
Puteri mendengus geram. “Suka hati saya lah!”. Dalam hati yang membengkak, Puteri bangun mendadak. Kepalanya terasa pening, tubuhnya terasa berpusing lalu dia rebah di situ.
Hakim sempat menyambar tubuh itu. “Puteri!!.Puteri!!”, panggilnya dalam suara cemas. Dapat dirasakan bahang panas dari tubuh gadis itu. “Kenapa panas sangat ni?”. Bertambah cemas intonasi suaranya. Hakim menggoncangkan tubuh itu berkali-kali. Melihat tiada reaksi, dia bergelut mengambil telefon bimbit dalam poket seluarnya sambil memangku tubuh gadis itu.
“Abang Haikal, datang kat Taman Tasik Lipis. Ada orang pengsan”.   
*******
     “Macam mana abang kenal dengan Puteri?”, soal Hakim. Matanya menyorot tubuh Puteri di atas katil. Gadis itu kelihatan tenang dalam lenanya. 
“Puteri Ishika...adik tiri Erina. Ingat tak dulu, keluarga depa datang rumah kita. Puteri je tak ada. Sepatutnya Abang yang dijodohkan dengan Puteri..tapi...”. Haikal berhenti berkata.
“Abang dijodohkan dengan Erina. Kan?”. Hakim menyambung ayat itu. Dia menghela nafas panjang. Dunia ini benar-benar kecil.
“Hakim..abang nak balik ni. Jaga Puteri kat sini. Kejap lagi Dato’ Mirza datang”, beritahu Haikal lalu keluar dari bilik itu.
     Hakim bersandar pada dinding bilik itu. Dia berpeluk tubuh merenung wajah gadis itu. Melihat tubuh Puteri bergerak-gerak, hampir-hampir dia terjatuh dari bersandar begitu.
Puteri membuka matanya. Terasa hairan melihat suasana asing di sekelilingnya. Puteri cuba bangun namun tubuhnya benar-benar lemah.
     Hakim meluru cuba membantu, namun ditepis tangan Puteri. Hakim menghela nafas panjang.  
     “Macam mana saya ada di sini?”, soal Puteri dalam suara lemah. Matanya menangkap satu salur wayar dicucuk di tangan kanannya.
     “Kenapa demam panas pun nak berjoging?. Doktor kata awak kena Hepatitis A disebabkan kehilangan berat badan terlalu cepat”, terang Hakim 
     Puteri menghela nafasnya. Terasa kepalanya berat. Dia memejamkan matanya namun suasana di Taman Tasik Lipis menerpa dibenak. Semasa dia bercakap dengan Hakim, dia bangun lalu tak ingat apa-apa. Apakah aku pengsan di sana?. Hatinya menebak. Matanya dibuka, mencari wajah Hakim. “Saya pengsan ke?. Awak yang tolong saya?”, soalnya bertalu-talu.
Hakim mengangguk perlahan.
Puteri terasa malu sendiri. Masih berprasangka buruk pada orang yang telah menolongnya. “Terima kasih”, ucapnya perlahan.
     Hakim tersenyum. “Tak ada apa-apa la. Tidurlah. Badan awak masih lemah”, sarannya.
     Puteri mengangguk lemah.
     Hakim mengeluarkan sesuatu dari dalam sweaternya. “Ambillah. Dalam ni ada ceramah Mufti negeri Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin. Tajuknya mencari sakinah. Sebelum ni, saya selalu merasakan hidup saya tidak adil. Diberi sakit jantung dalam usia yang muda bukan mudah saya terima dengan hati yang lapang. Tapi lepas dengar ceramah ni, hati saya kembali tenang. Saya mula melihat hidup ini dengan pandangan yang positif, berlapang dada dan yakin dengan janji ALLAH. Saya mula ketawa dan tersenyum dengan bebasnya. Saya harap awak pun akan dapat manfaatnya juga”, ujar Hakim lalu menghulur VCD berbentuk empat segi itu.
     Puteri mengambil VCD itu dalam rasa terharu. Lelaki ini selalu berniat baik pada dia, tapi dia yang selalu berburuk sangka. “Kenapa awak buat semua ni?’, soalnya sebaik jejaka itu menarik tombol pintu. Hampir-hampir saja air matanya menitis.
     Hakim berpaling, tersenyum manis memandang wajah Puteri. “Sebab saya ada kawan yang takut untuk bergembira, takut untuk tersenyum. Saya ingin menunjukkan betapa mudahnya untuk kembali tersenyum”, balasnya tenang lalu menapak keluar
     Puteri terkesima. Akhirnya luruh juga air matanya yang ditahan. Kepalanya yang terasa berat membuatkan matanya terpejam semula. Dia memeluk VCD itu didadanya. Dalam sekejapan dia tertidur kembali.
     Dato’ Mirza menapak perlahan ke dalam bilik itu. Melihat Puterinya itu nyenyak dalam lena, dia tersenyum senang. Lelaki separuh baya itu meletakkan bakul buah-buahan dan laptop putih Apple di atas meja. Pasti anaknya bosan jika tiada laptop pemberiannya itu. Dato’ Mirza duduk dibirai katil, perlahan rambut itu diusap dengan penuh kasih. “Maafkan abah Puteri”, ucapnya lembut. Matanya menangkap sekeping bekas VCD dalam dakapan Puteri. Dengan berhati-hati dia menarik bekas VCD itu. Melihat tajuk di atas VCD itu, matanya terpaku lama. Mencari sakinah?. Mencari ketenangan?. Pantas punat laptop putih itu ditekan, apabila sudah muncul cahaya di skrin, CD dimasukkan ke dalam hard disk. Matanya tekun menatap wajah tenang dan bersih penceramah itu.
     “Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidup. Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, dengan faktor kekayaan. Walaupun itu boleh menjadi penyumbang, tapi itu bukan segala-galanya. Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar, tidur di atas katil yang empuk, tetapi dia tidak lebih lena atau lenanya tidak nyenyak. Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk, kadang-kadang dia lebih lena daripada kita. Ada orang yang..berada di hadapannya hidangan yang hebat, lauk pauk yang bagus..tetapi lidahnya tidak enak.  Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang makan dengan satu dua mata lauk, tapi dia lebih sedap dan selesa makannya. Kata Hamka...lihatlah bagaimana ALLAH membahagi-bahagikan nikmatnya. Semua orang sangka kalau orang tu ada rumah besar, makanan yang sedap tentulah hidup dia bahagia dan tenang. Belum tentu!. Jika ALLAH hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang..dia tidak akan dapat ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika ALLAH menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika ALLAH tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata..dunia boleh berbuat apa-apa, tapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran ALLAH.  Ketika kita kata “Ya ALLAH..tolonglah aku..aku susah Ya ALLAH”. Hari ini kita pun telah lupa kepada perkataan itu dan kita pun lupa untuk bersyukur di atas perbagai ranjau hidup yang ALLAH telah keluarkan daripadanya...”.
     Dato’ Mirza menekan butang Pause apabila pandangannya kabur. Air matanya merembes keluar. Dia teresak-esak kecil. Kata-kata itu bagaikan satu tamparan kepadanya. Selama ini dia terlalu mengejar harta kerana menganggap hanya dengan kekayaan yang akan membuatkan dirinya bahagia. Tetapi ternyata dirinya selalu resah gelisah mengenangkan kematian isteri dan anaknya gara-gara sikap tidak bertanggungjawabnya. Saat jirannya memberitahu kematian isteri dan anaknya, saat itu juga dia bergelar menantu Dato’ Mukhriz.
Walaupun hatinya sedih dengan berita kematian itu, sengaja dikeraskan hatinya untuk tidak nampak terkesan dimata orang lain terutama Puteri. Hakikatnya, dia terasa sungguh berdosa, namun mengenangkan cita-citanya setinggi langit, dia melupakan semua itu lalu berusaha dan akhirnya berjaya meraih kepercayaan Dato’ Mukhriz untuk menguruskan semua harta orang tua itu. Namun, hatinya sering tidak tenang lebih-lebih lagi menatap wajah Puteri yang saling tidak tumpah wajah isterinya. Melihat wajah keruh Puteri, mengingatkannya kembali dosa silamnya seterusnya menghapus ketenangan dalam diri. Dato’ Mirza membelai rambut Puteri dengan penuh kasih kemudian orang tua itu berdiri. Dalam langkah longlai, dia menapak keluar dalam pelbagai rasa bergalau di dalam jiwa.
     Air mata Puteri keluar dari kedua pelupuk matanya dalam keadaan mata yang terpejam. Dia mendengar ceramah itu, dia turut mendengar tangisan ayahnya. Perlahan dia menggagahkan diri bangun, menekan butang Play dan ceramah itu kembali dimainkan.
     “Bila mukmim itu diuji..kata ALLAH...iman dia tambah. Bukan kita kata pasal apa la ALLAH uji aku, apa la dosa aku. Tidak.Tidak. Kata quran, iman mereka bertambah. Mereka kata HasbiyALLAH wal nikmal hakim. Cukup la bagi kami Ya ALLAH, dia lah sebaik-baik tempat diserahkan urusan. Siapa yang tidak melaluinya tidak dapat memahami maksudnya. Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal, dia akan mengetahui tentang keajaiban tawakal. Seringkali manusia itu lupa pada kehidupan akhirat apabila diuji dunia. Insan..jika melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil, kehidupan ini sangat luas. Nabi sebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. ALLAH bawa pada hari kiamat seorang manusia yang paling derita dalam dunia ini..ALLAH ambil dia...ALLAH masukkan dia ke dalam syurga..dicelupkan ke dalam syurga, kemudian dia dikeluarkan..lalu ditanyanya, wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?. Dia menjawab, tak. Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini. Hanya kerana masuk sekelip mata dalam syurga, lupa cerita derita. ALLAH ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini..segala yang nikmat dia miliki..kemudian ALLAH celupkan sahaja ke dalam neraka lalu dikeluarkan. Pernah kah kau rasai nikmat dalam hidup ini?. Dia menjawab, tak. Aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini. Ha..nya kerana satu celupan sahaja ke dalam neraka..manusia lupa dengan cerita nikmat dalam hidupnya..”.
     Puteri menyapu air matanya berulang kali. Ceramah itu bagaikan memberi penawar kepada hatinya yang penuh dendam. Dia terlupa mengenai kehidupan akhirat apabila terlalu larut dalam lara dunia. Dia teresak-esak sambil menjatuhkan mukanya ke atas lututnya. Telinganya menangkap kata-kata indah dalam ceramah itu lagi.
     “Tuan puan, apabila kita melihat hidup ini secara keseluruhan, kita akan rasa MasyaALLAH..hidup ini. Apa yang ALLAH kurniakan pada kita lebih daripada harapan kita sebenarnya. Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan, rumah tuan-tuan dilahirkan sehingga tempat tuan-tuan ada sekarang..MasyaALLAH..tak dapat nak diucapkan syukur, berapa kali pun tak mampu. Pesan nabi kepada sahabatnya Abu Bakar As-Sidiq ketika berada dalam gua, ketika Abu Bakar cemas dengan tindakan golongan kafir Quraisy yang ingin menyerang mereka...La Tahzan, innalllaha Ma’naa. Jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH ada bersama kita”.
     Puteri mengangkat wajahnya setelah tangisannya reda. Matanya merenung langit malam dari jendela biliknya. “Mama..Puteri akan lepaskan semua rasa marah dan dendam. Abah pasti akan berubah. Puteri..Puteri tak akan hidup dalam kekesalan lagi”.






0 awesome commentator:

Post a Comment

terima kasih berikan komen ya.

 
Back To Top