BAB 4

     Puteri merenung kosong nasi di dalam pinggan itu. Matanya menyorot setiap wajah ahli keluarga yang lain. Masing-masing berselera dengan hidangan lauk kari kepala ikan masakan Mak Uda, tukang masak rumahnya. Ayahnya lebih-lebih lagi berselera. Matanya kembali jatuh pada nasi di dalam perut pinggan. Seakan wajah Hakim mengalu-alukan dia untuk menikmati makanan itu. Rasa benci yang mendalam terhadap lelaki itu..membuatkan dia menolak pinggan itu. “Maaf. Puteri tak ada selera”, ucapnya seraya berlalu.
Dato’ Mirza mengekori langkah anak gadisnya itu. Dia kaget apabila melihat pertama kali Puteri menolak makan malam. Selama ini puas dia menasihati Puteri untuk menjaga makan, menjaga tubuhnya, siap dibelinya beberapa pil diet..tetapi anak itu memang degil dalam hal yang satu itu. Perkara lain biasanya dituruti tanpa sebarang bantahan, tetapi bab makan, apa yang dilarang, itu yang makannya. Biarpun kerap kali dia mendengar isteri dan anak tirinya menggelar Puteri dengan panggilan yang kasar berkaitan berat badannya, namun Puteri seolah-olah sudah kebal dengan kata-kata sindiran. Kunyahan nasinya bertambah perlahan. Dia jadi hilang selera memikirkan apa yang menganggu fikiran Puteri.
Selepas makan malam, Dato’ Mirza menjengah Puteri di dalam bilik tidur. Melihat Puteri yang sedang kusyuk membaca buku, senyuman lebar terukir di bibir. Anak itu memang tidak pernah mengecewakannya. Selalu membuatkan dirinya berbangga tatkala guru-guru kelasnya sering memuji kecemerlangan Puteri dalam pelajaran. Perlahan dia menapak ke dalam bilik yang dicat warna lavender dipadankan dengan perabot berwarna putih. Dua warna itu juga merupakan warna kegemaran isteri pertamanya dahulu. Melihat Puteri Ishika bagaikan melihat Mumtaz Khan. Cinta pertamanya.“Assalamualaikum”, ucapnya.
Puteri menjawab salam. Kepalanya ditundukkan masih menghadap latihan Biologi. “Ada apa abah?”, soalnya.
“Semuanya ok?”, soal Dato’ Mirza prihatin. Melihat puterinya itu mengangguk, dia melanjutkan kata. “Kalau ada apa-apa, cakap je pada abah”.
Puteri masih mengangguk.
Melihat anaknya itu seolah tidak senang dengan kehadirannya, dia mula menapak pergi.
 Puteri akan mula bersenam, Puteri akan jaga makan lepas ni”, ujar Puteri tiba-tiba. Matanya masih tepat pada isi buku dihadapannya. Matanya masih tepat pada buku dihadapannya.
Dato’ Mirza tersenyum senang. Akhirnya gadis itu mendengar kata juga. Entah angin apa yang membuatkan anak itu berubah fikiran. Dompetnya di dalam poket seluar dikeluarkan lalu menarik sebuah kad kredit berwarna emas. “Guna ni untuk beli apa yang Puteri nak”, ujarnya seraya menghulurkan kad itu. Puteri berpaling, mengambil kad berlambang VISA Mastercard itu.
“Terima kasih”, ucap Puteri perlahan. Kepalanya masih ditundukkan. Tidak mahu memandang wajah ayahnya. Lelaki tua itu memang dihormatinya namun tatkala memandang wajah ayahnya itu seringkali menyemarakkan bara dendamnya, membuahkan rasa kekesalan yang menggunung.
Dato’ Mirza menghela nafasnya lalu menapak keluar dari bilik Puteri. Walaupun dia gembira dengan keputusan anaknya itu, namun hatinya diselimuti rasa terkilan. Anak itu..bagaikan sebuah patung yang bernyawa. Tidak senyum, tidak ketawa, wajahnya sentiasa keruh..bagaikan telah hilang segala rasa di jiwa. Dia sedar, perkahwinan keduanya itu yang membuatkan anak gadisnya berubah sedemikian. Mumtaz...abang tahu...abang yang bersalah...Hatinya merintih hiba.
“Puteri..boleh ajarkan saya macam mana nak buat karangan bahasa melayu yang baik?”, soal Tong Lek Kian. Jejaka cina tinggi lampai itu duduk di kerusi Mei Ling saat gadis cina itu keluar ke tandas.
Puteri mengangguk. Buku Sodoku dialihkan ke tepi. “Boleh. Erm..biasanya Ah Kian tulis guna tangan kanan ke kiri?”, soalnya lembut.
“Saya guna tangan kanan”.
“Pernah cuba menulis guna tangan kiri?”.
“Tak pernah”.
“Ok..mulai sekarang cubalah tulis guna tangan kiri”, saran Puteri.
Mata Tong Leik Kian membulat. “Ha?. Err..susah la. Tulis pun jadi lembab nanti”.
Puteri memetik jarinya. “Sebab susah la orang tak pernah cuba. Seperti yang kita tahu, tangan kanan mengawal fungsi otak sebelah kiri iaitu otak logik, otak matematik, pengiraan. Tapi ramai yang tak mahu menggunakan tangan kiri kerana tidak selesa lalu sukar dibiasakan. Mulai hari ni, cubalah biasakan menulis menggunakan tangan kiri. Fungsi otak kanan akan mampu digunakan semaksimum mungkin. Bila dah biasa, kedua-dua fungsi otak logik dan kretif akan kita kuasai dengan jaya. Macam permainan Sodoku ni...memerlukan minda logik untuk selesaikan, tapi gerakan tangan kiri digunakan untuk membantu minda lebih kretif. Paduan kedua fungsi minda ni la yang membezakan kita dengan orang lain, membuatkan seseorang itu lebih berjaya sedangkan fungsi minda dalam diri setiap manusia adalah sama. Selain tu, Ah Kian harusla banyak membaca. Faham tak?”, terang Puteri panjang lebar.
Tong Leik Kian mengangguk laju. “Wah...tak hairanla Puteri bijak. Terima kasih banyak-banyak”, ucapnya dalam nada terharu.
Puteri mencemberutkan bibirnya saat jejaka cina itu menghadiahkannya senyuman lalu menapak pergi ke tempat duduknya semula.
Hakim menghela nafas sebaik melihat kedua lesung pipit berlekuk di pipi gadis itu. Gadis itu seperti tidak menghiraukan kehadirannya di situ sedangkan dia setia mendengar perbualan mereka sambil menompang dagu merenung wajah Puteri. Melihat gadis itu bangun lalu keluar melalui pintu belakang kelas, Hakim mengalihkan pandangan ke wajah Tong Leik Kian di belakang kelas kemudian bola matanya tepat memandang wajah Shafawati. “Sha....pelik la”.
“Apa yang peliknya?”, Shafawati mengangkat wajahnya. Latihan biologi ditinggalkan sebentar.
     “Tak rasa pelik ke?. Selama yang Hakim perhatikan, Puteri tak pernah layan lelaki dengan baik. Tapi..bila dengan Ah Kian...”, Hakim menjatuhkan pandangan semula pada wajah comel lelaki cina itu. Tong Leik Kian kelihatan terkial-kial menulis menggunakan tangan kiri.
     Shafawati memusingkan kepalanya, memandang sekilas wajah jejaka cina itu. “Erm...Sha dah perasan sejak dulu lagi. Soalan tu juga pernah Sha tanyakan pada Puteri. Tapi Puteri cuma berdiam, tidak mahu mengulas lanjut. There’s something fishy between them, right?”, Shafawati memainkan pensil ditangan, matanya dipicingkan bagaikan sedang memikirkan sesuatu.
     Hakim membetulkan duduknya. Lama pandangannya menatap wajah jejaka cina itu. Melihat Puteri muncul di pintu belakang kelas, dia mengalihkan pandangannya. Gula-gula batang berbentuk bibir berwarna merah dikeluarkan dari pembungkusnya lalu melekapkan ke bibirnya. Sengaja dia menghayun-hayunkan gula-gula itu dihadapan Puteri.
     Shafawati menahan senyumnya melihat wajah nakal Hakim juga wajah keruh Puteri.
     Puteri menjeling sekilas saat matanya bertembung dengan mata Hakim. Dia tidak mahu mengambil peduli. Selepas kejadian dia menyelamatkan jejaka itu juga kata-kata menyakitkan di hospital dulu, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri walaupun Hakim seringkali mencabar kesabarannya. Buku Sudoku dibuka lalu dia tenggelam dalam permainan minda itu.
*******
     Mata Puteri bergerak-gerak dalam tidurnya. Dia seakan gelisah. Mimpi ngeri  itu bertandang lagi. Peluh merinding keluar dari tubuhnya. 
“Kita nak pergi mana ni makcik?”, soal Puteri Ishika ingin tahu. Kereta mewah keluaran negara Jerman itu laju membelah jalan daerah Kuantan. 
     “Kita nak jumpa bakal suami Puteri. Abah dah ada di rumah sana”, beritahu Datin Mona dalam nada tegas.
     Erina dan Puteri menyambung pandang.
“Kenapa tentukan jodoh Puteri?. Puteri baru umur 13 tahun. Puteri nak cari suami  sendiri!”, jeritnya kuat. Sungguh-sungguh dia tidak bersetuju dengan tindakan ibu tirinya itu.
     Datin Mona mengetap bibirnya. Anak itu tidak pernah mahu menghormatinya. Laju sahaja tangannya dihayunkan ke pipi anak tirinya itu.
     Puteri mendengus geram. “Makcik jahat!!. Makcik perempuan jahat!!”, jeritnya sekuat hati.
     “Pak Akob!. Berhentikan kereta!”, perintah Datin Mona kepada pemandunya.
     Kereta Mercedez biru itu berhenti mendadak di bahu jalan. Datin Mona keluar dari kereta dalam wajah yang merah, pintu belakang penumpang dibuka lalu menarik anak tirinya keluar dengan kasar.
     Puteri bergelut beberapa saat namun tenaganya tidak dapat melawan tenaga ibu tirinya. Tubuhnya tercampak di atas jalan tar dan mengena batu-batu kecil. Darah keluar dari hujung sikunya.
     Datin Mona menunduk, menarik tudung yang dipakai Puteri. Rambut itu ditarik lalu digenggam kuat. “Kau dengar sini baik-baik. Hidup kau dah ditentukan oleh aku!. Kau tak nak ikut arahan aku kan?. Rasakan!. Pandai-pandailah kau cari jalan balik!. Aku doakan kau mati disini!”, marahnya lalu masuk semula ke dalam kereta. “Pak Akob!. Jalan. Perkara ni jangan sampai ke pendengaran Dato’ Mirza. Kalau dia mati pun, kata tak tahu apa-apa”.

Puteri teresak-esak menangis.Matanya merenung punggung kereta itu dengan geram. Kereta itu meluncur laju meninggalkannya. Tubuhnya terasa sakit yang amat. Perlahan dia bangun, cuba berdiri. Dalam terik mentari yang menyengat kulitnya, dia berjalan perlahan sambil matanya meliar kesana kemari. Tempat itu kelihatan sunyi. Hatinya mula diserang rasa takut apabila menyedari dua tapak banggunan yang masih dalam pembinaan di kiri dan kanan jalan. Tudungnya dibetulkan semula, menyapu debu di baju putih lengan pendek dan dipunggung seluar jeans.  
“Hai cik adik, buat apa jalan sorang-sorang kat sini?”, usik seorang lelaki berambut panjang di tepi bukit rumah kotak itu.
Puteri sudah tidak keruan. Dia pantas berlari selaju mungkin. Dapat didengarinya beberapa pasang kaki turut mengejarnya. “Argh!!”, jeritnya apabila seorang lelaki memeluknya dari belakang, menariknya ke tepi semak yang tinggi. Dua lelaki lain mula meraba seluruh tubuhnya. “Jangan!!. Tolong!!”, jeritnya dalam air mata ketakutan. Dia sudah pasrah apabila tangan dan kakinya dipegang kejap. Terasa seluar jeansnya ditarik kasar. “Argh!!!..Tolong jangan buat macam ni!!”, jeritnya lagi.
Wajah ibunya menjelma dibenaknya. Riak wajah itu bagaikan menyuruhnya melawan kembali. Entah dari mana kekuatan itu datang, dia menendang sekuat hati celah kangkang lelaki yang sedang menindih tubuhnya. Puteri bergelut, memerahkan semua tenaganya. Pegangan lelaki itu turut terlepas. Dia menendang kaki lelaki yang paling hampir dengannya pula. Dengan pantas dia bangun dan berlari ke tengah jalan. Sebuah kereta BMW hitam berhenti mengejut. Lelaki-lelaki itu sudah hilang entah kemana. Puteri duduk melutut di atas jalan raya sambil menangis, mengongoi kuat.
“Awak tak apa-apa?”.
Puteri mengangkat wajahnya yang basah dengan air mata. Melihat wajah cemas remaja lelaki keturunan cina itu dia kembali menangis. 
“Awak janganla menangis. Mari masuk dalam kereta saya”.
Puteri terbangun mendadak. Nafasnya menderu laju, peluh merecik keluar dari seluruh tubuhnya.  Peristiwa itu menjadi rentetan menyebarnya benih kebencian kepada kaum lelaki. Dia tidak mahu tubuhnya menjadi tumpuan lelaki lagi lantas dia berdendam dengan melepaskannya ke tubuh sendiri. Dia mula melepaskan rasa dendamnya melalui makanan sehingga berat badannya naik mendadak. Usahanya berhasil, lelaki perlahan-lahan menjauhkan diri darinya. Tapi kini...kehadiran lelaki bernama Tengku Hakim membuatkannya tekad untuk menguruskan badannya. Dia benci dengan kata-kata Hakim mengenai tubuhnya. Aku tak akan menjadi perempuan idaman kau!. Jerit hatinya.
Puteri turun dari katil, membentangkan yoga matt lalu berbaring di situ. Dia mula melakukan tekan tubi sebanyak yang mampu. Apabila letih, dia berbaring terlentang sehingga nafasnya kembali teratur.  Perlahan-lahan Puteri bangun lalu memasang CD Yoga for loose weight. Setiap gerakan yang dipaparkan, sedaya upaya diikuti sebaik mungkin. Ternyata pergerakan-pergerakan tersebut amat memenatkan namun apabila wajah Hakim melintas dibenaknya, dia menguatkan hati supaya bertahan biarpun tubuhnya mula menggeletar, peluh pula merecik keluar.
******
“Cepatlah sikit. Terhegeh-hegeh”, bebel  Erina apabila melihat adik tirinya itu terkial-kial membuat air untuk tetamu yang datang.
Puteri mengetap bibirnya, menggenggam jari jemarinya kemas. Dalam menahan rasa sakit hati yang mula menjalar, dia meneruskan tugas mengacau air milo panas itu di dalam teko. Hatinya mula menyumpah seranah kakak tirinya itu di dalam hati. Kau tu yang terhegeh!. Kau kan pandai buat air, kenapa kau tak buat pula?!.
“Ish..lambat la. Tepi sikit!”, Erina menolak tubuh Puteri sedikit. “Macam ni ke kau buat air?. Dah la badan tu gemuk gedempol, buat kerja pula lambat. Nanti..tak ada orang nak kawin dengan kau”, bebelnya lagi sambil tangannya ligat menyusun beberapa cawan kaca ke dalam dulang putih.
Puteri menghela nafasnya keras apabila dia sudah tidak dapat bertahan lagi. “Eh, apa kaitannya buat air dengan kawin?. Buat pengetahuan kau lah kan, aku tak ingin pun kawin!. Kawin tu hanya layak untuk anak perampas macam kau!”, tinggi kedengaran suaranya membalas kata-kata itu.
Pang!!!!.
Mata Puteri membuntang. Pipi kirinya terasa perit. Tangan kirinya menggosok perlahan kawasan tamparan itu, tajam pandangannya menyorot wajah garang ayahnya.
“Siapa anak perampas?. Kenapa Puteri tak pernah suka dengan Erina?. Cuba cakap dengan abah..apa yang tak puas hati sangat selama ni?. Jangan buat malu abah. Kat luar tu ada keluarga Dato’ Tengku Hafiz. Kalau mereka dengar korang bergaduh ni..mana nak letak muka abah ni?. Ini amaran terakhir abah...sekali lagi abah dengar kata-kata kasar keluar dari mulut Puteri...tu...cili padi tu..”, Dato Mirza mengunjukkan jarinya pada semangkuk cili padi atas meja makan. “Abah gonyoh-gonyoh kat mulut tu. Faham?”, lanjutnya lagi. Mata Dato’ Mirza mencerlung tajam ke arah anak tunggalnya itu, hasil daripada perkahwinan pertamanya.
Puteri mengetap bibirnya kejab. Menahan nafas, amarah yang menggeledak dalam jiwa. Dalam melawan perasaan marahnya, dia menapak ke arah meja makan, menarik kasar kerusi kayu itu dan menghenyakkan punggungnya disitu. Beberapa tangkai cili padi di dalam mangkuk hijau dicapai. Satu persatu cili hijau dan merah itu dikunyah, diratah mentah-mentah. Air matanya perlahan-lahan menuruni pipinya. Kulit wajahnya berubah merah. Tangannya tidak henti-henti menyuapkan beberapa tangkai cili itu lagi ke dalam mulut.
Dato’ Mirza dan Erina terlopong menyaksikan tindakan Puteri itu. Dengan pantas Dato’ Mirza menerpa ke arah Puteri, mengambil mangkuk hijau itu, lalu diletakkan jauh di hujung meja makan. “Puteri!!”, marahnya. “Dah tak betul ke? Cepat minum air ni!”, arahnya seraya menghulur segelas air kosong itu kepada anaknya.
Puteri tidak menyambut, sebaliknya dia bangun dari kerusi, menapak keluar dari dapur menuju ke biliknya. Tidak dia peduli mata-mata asing yang memandangnya saat melintasi ruang tamu. Pintu bilik dibuka kasar dari luar, terus dia merebahkan diri di atas katil. Air mata yang keluar pantas diseka. “Uhhh....Uhhh”, tangannya mengipas lidah yang terjelir. “Pedas betul. Aku ingatkan tadi tak berapa pedas”, gerutunya dalam nafas tersiut-siut. Air matanya tidak berhenti keluar apabila kepedasan yang melingkar mulutnya terasa bagai menggigit lidahnya.
Dalam keadaan tidak selesa itu, dia bangkit dari katil, melabuhkan punggung di atas kerusi solek. Botol mineral 500ml di tepi sudut meja dicapai, dengan pantas..diteguk rakus. Tisu di atas meja solek dicapai, di gosok perlahan permukaan lidah yang terasa terbakar. Terasa sungguh kepedasan itu menjalar sehingga ke saraf otaknya, keluar melalui lubang telinga. Dalam langkah yang longlai dia memanjat katil semula.
Bunyi ketukan dari luar pintu bilik membuatkan dia memejamkan mata. Berharap rasa pedas itu hilang perlahan-lahan. Tangannya menggenggam kejap bucu cadar katil, membalikkan tubuhnya ke sebelah kanan. Tidak mahu memandang gerangan yang datang.
Dato’ Mirza masuk ke dalam bilik Puteri membawa semangkuk madu. Apabila dia melihat anaknya itu berpura-pura tidur, mangkuk putih itu diletakkan di atas meja belajar di sebelah katil. “Maafkan abah. Jangan siksa diri lagi. Makan madu ni”, arahnya dalam nada suara lembut. Dia tahu saat ini pendekatan lembut yang harus digunakan. Anaknya itu kuat memberontak sejak kecil lagi kerana itulah dia bersikap strict dengan mengatur jadual waktu harian untuk mendisplinkan Puteri. Kemudahan seperti pemandu peribadi juga tidak diberikan. Didikannya berhasil namun jika ada perkara yang tidak disetujui Puteri, anak itu cenderung menunjukkan protes dengan cara menyakiti diri sendiri.  Dato’ Mirza mengeluh. Perlahan dia menapak keluar dari bilik itu.
Puteri bangun dari katil, melangkah ke arah pintu lalu menutup dan mengunci tombol. Mangkuk madu itu dicapai, dalam agak tergopoh dia menyuap cecair kuning itu ke dalam mulut. “Fuhh..lega”, ujarnya sambil bersandar selesa di kepala katil. Kepedasan beransur-ansur hilang. Dia merenung baki madu yang masih tinggal dalam mangkuk itu.
Wajah Erina muncul di benak, bersilih ganti dengan wajah ibu tirinya. Mereka itu memang perampas!. Ayah aku jadi jahat kerana dua perempuan jahat tu!. Puteri menghela nafasnya berkali-kali. Badannya kembali direbahkan di atas katil. Kepalanya dipalingkan ke arah meja belajarnya. Dengan pantas, Puteri bangun dari pembaringan, melangkah ke arah meja belajarnya. Buku Biologi dibuka. “Aku harus belajar bersungguh. Ini saja caranya untuk aku pergi jauh dari sini”, bisiknya perlahan.
*******
“Assalamualaikum”, seorang jejaka memberikan salam di depan pintu pagar banglo putih itu.
“Waalaikumussalam”, sahutnya dalam kening berkerut. “Nak cari siapa?”.
“Saya Haikal. Err..saya nak bagi ni..”, jejaka itu menghulurkan sejambak bunga ros berwarna putih kepada Puteri.
“Abang Haikal!. Bila datang?”, Erina menyiku adik tirinya itu  sehingga Puteri terdorong ke tepi.
Puteri mengetap bibirnya dalam rasa geram.
Haikal serba salah. “Err..abang ada hal pergi dulu”, ujarnya sambil melangkah pergi tergesa-gesa.
“Abang Haikal!!”, panggil Erina lagi. Dia menghentakkan kaki di tanah melihat bakal suaminya itu tidak berpaling sedikitpun. Matanya menangkap sejambak bunga ros ditangan Puteri. “Ni untuk aku kan?”, soalnya cuba merampas bunga itu.
Puteri lekas mengelak. Dia tersengih sinis apabila memperoleh idea untuk mengenakan kakak tirinya itu. “Bukan untuk kau. Dia kata dia sukakan aku. Erina bukan perempuan pilihan dia”, ujarnya dalam nada mengejek. Jambangan bunga itu diangkat tinggi melepasi kepalanya.
“Kau tipu!!.Kau tipu!!. Bagi sini bunga tu”. Erina melompat-lompat ingin meraih jambakan bunga itu.
“Kesian..kesian...ini lah pembalasan anak perempuan perampas!!”. Puteri mencampakkan bunga itu ke bawah. Kad berwarna putih terjatuh dari celahan jambakan bunga ros putih itu.
Erina lekas menunduk, mengambil kad yang belum dibuka itu. “Ceh, kad pun tak buka lagi. Kau tu yang perasan!”, ngomelnya seraya membuka kad itu. Sejurus membaca isi tulisan itu, dia terduduk dalam riak terkejut. Erina memandang wajah Puteri dalam rasa tidak percaya.
Puteri mengerutkan keningnya melihat Erina berlari masuk ke dalam rumah sambil menangis. Dalam rasa hairan, dia menjenguk isi kad itu.
Kepada Puteri Ishika,
Pertama kali abang nampak Puteri di rumah kelmarin, abang terus jatuh suka. Air muka Puteri yang keruh membuatkan abang ingin mengenali Puteri dengan lebih rapat. Abang ingin menyapu duka dan membahagiakan Puteri. Walaupun keluarga abang ingin menjodohkan Abang dengan Erina, tetapi abang akan bincangkan hal ini dengan keluarga abang. Lagi pula, Puteri merupakan jodoh asal untuk abang.
Yang Benar,
Tengku Haikal
Kad itu serta merta dicampak ke bawah. Mata Puteri membuntang luas. “Gila!!”




0 awesome commentator:

Post a Comment

terima kasih berikan komen ya.

 
Back To Top