BAB 2
     “Puteri..kamu ambil berapa subjek?”, soal Mei Ling di hadapan mejanya.
     Puteri mengangkat bahunya. Kepalanya diangkat saat menunduk membuat latihan trigonomoteric function. “Tak tahu lagi. Kamu?”, soalnya kembali.
     “Semalam masa briefing, cikgu cakap kita boleh ambik lebih dari sepuluh subjek kan?. Saya rancang nak ambik subjek ekonomi asas, lukisan, prinsip akaun, dan banyak lagi la. Itu yang saya tanya kamu. Kalau kamu ada ambik subjek-subjek lain, saya lagi suka”.
     “Kenapa pula”, Puteri mengerutkan dahinya.
     “Aiya..kamu banyak pandai. Selalu dapat nombor satu. Lagi pun..kamu banyak baik. Itu tahun lepas, sebab kamu ajar saya..bahasa melayu saya jadi bagus. Subjek Biologi saya dapat A tolak. Semua atas jasa kamu”, balasnya seraya pujian bersungguh. Gadis cina berambut tocang itu benar-benar terharu dengan kebaikan Puteri.
Mei Ling dear, kamu dapat skor sebab kamu pun bijak dan usaha keras”, Puteri kembali membuat latihan matematik tambahannya. Dalam diam hati kecilnya menafikan kata-kata gadis cina itu. Dia tidak bijak, cuma dia ada kaedah dalam belajar. Kaedah MOKDAR yang dipelajari seawal usia tujuh tahun daripada seorang guru matematik telah membuatkan dia selalu muncul sebagai pelajar terbaik.
     “Kamu ni..suka sangat merendah diri. Eh..mana Shafawati?. Dia datang tak hari ni?”, soal gadis cina itu lagi.
     Puteri menatap jam bulat di dinding kelas. Lagi 5 minit, pintu pagar sekolah akan ditutup. “Entah. Tak datang la kot. Dah lambat ni. Budak ni..takkan la demam pula”, bebelnya.
     “Dia demam apa Puteri?”, soal Mei ling lagi.
     “Demam angau”, jawabnya selamba. Dia masih menunduk, meneruskan latihan matematik itu.
     “Apa tu?”
     “Demam asmara”.
     “Demam asmara?..Aiya..demam cinta ka?”
     “Macam tu la”.
     “Ish ish ish. Manyak hensem”.
     Puteri menghentikan gerakan pensilnya, mengerutkan keningnya dengan kata-kata gadis cina itu.  “Apa yang hensem nya?”, soal Puteri seraya mengangkat wajahnya.
     “Bangun”, arah ketua kelas 5 Einstein apabila guru kelasnya Cikgu Yusof masuk ke dalam kelas.
     Puteri turut bangun dan memberikan ucapan hormat kepada guru lelaki itu.
     Apabila Mei Ling yang tingginya mencapai 175 cm sudah duduk dihadapannya, baru dia menyedari gerangan yang berdiri di sebelah Cikgu Yusof. Dia lagi?. Hatinya menyoal dalam rasa sebal. Sayup-sayup kedengaran suara Cikgu Yusof menyuruh pelajar baru itu memperkenalkan diri.
     “Nama saya Tengku Hakim. Boleh panggil saya Hakim. Sebelum ini saya bersekolah di MRSM Kota Bharu. Saya berpindah mengikut keluarga ke sini. Saya harap rakan-rakan semua membantu saya dalam menyesuaikan diri di sekolah ini”.
     Puteri menjuihkan bibirnya. “Hakim?. Patutlah pandai-pandai je menghakimi orang lain suka-suka hati dia”, ngomelnya sendiri. Puteri menyedari pelajar-pelajar perempuan berbisik antara satu sama lain. Masing-masing memuji kekacakan lelaki itu. Pelik betul. Apa menariknya lelaki itu?.
     “Hakim..kamu boleh duduk di sebelah Mei Ling”, arah Cikgu Yusof.
     Puteri mengetap giginya. “Kenapa la Firdina pindah sekolah tahun ni. Tak pasal-pasal budak lelaki tu duduk sebelah Mei Ling ”. Puteri  masih mengomel, pensil di tangan kanannya digenggam kemas. Kepalanya ditundukkan. Berusaha untuk tidak menghiraukan suasana sekelilingnya. Latihan geometri itu cuba di selesaikannya.
Hakim mengambil tempat duduk di sebelah gadis cina itu. Dia menghadiahkan senyuman kepada beberapa pelajar perempuan berhampiran tempat duduknya. Sebaik melihat gadis itu dibelakang tempat duduknya, hatinya berdetak kencang. Masih tergiang di benaknya kata-kata puteri ais itu tatkala di dalam perpustakaan dua hari lalu mengenai perkahwinan. Secara tidak sengaja dia terdengar, bukan bermaksud untuk mencuri dengar. Mengapa gadis melayu itu berpendapat sedemikian?. Hatinya berbisik.
Puteri menarik nafas dalam-dalam. Memejamkan matanya rapat-rapat, berharap hatinya kembali tenang. Matanya dibuka perlahan-lahan. Puteri pantas memalingkan wajahnya ke kiri apabila ekor matanya menangkap satu susuk tubuh di sebelahnya. Sebaik matanya bertembung dengan mata hitam lelaki itu, amarahnya serta merta terbit. “Awak?. Apa pasal awak duduk sini?. Pergi!.”. Mata Puteri membulat, kemudian dicerlungkan pandangan tajam ke wajah lelaki itu yang kelihatan selamba duduk di sebelahnya.
     Hakim mengenyetkan mata kirinya kepada Puteri. “Hai puteri ais. Kita jumpa lagi. Mungkin antara kita ada kisah yang tertulis di luh mahfuz tak? ”, soalnya seraya tersenyum meleret. Dunia ini memang kecil. Wajah garang gadis iras pelakon Bollywood Madhuri Dixit itu direnung lembut.
     Puteri menjegilkan matanya. “Tiada kisah antara kita. Nothing!. Baik awak duduk di sebelah Mei Ling selagi saya boleh bersabar”. Puteri memberikan amarannya.
     “Ok..ok”, Hakim mengangkat kedua belah tangannya tanda mengalah, kembali duduk di sebelah gadis cina itu.  
     Puteri menggenggam buku limanya kuat-kuat. Berusaha untuk menenangkan perasaannya yang terganggu kini. Dia telah berjaya membuatkan lelaki menjauhinya dengan menaikkan berat badannya tetapi lelaki ini..?. Puteri memejamkan matanya, menarik nafas dalam-dalam. Berharap hatinya yang panas beransur sejuk.
*******
“Puteri...kalau kau ni kurus kan, dah lama aku ngorat kau?”, ujar Farid yang tiba-tiba muncul entah dari mana.
     Puteri mengangkat wajahnya, merenung selamba ke wajah lelaki berkening lebat itu. Dia kenal lelaki kaki perempuan itu. “Oh ya ka?. Aku tak tahu pula. Kalau macam tu..selama-lamanya la aku tak akan kurus. Sekian, terima kasih. Sila pergi jika tiada berita lagi”, ujarnya dalam nada sinis.
     Wajah Farid terus berubah. Lebih-lebih lagi dia menangkap senyuman di wajah beberapa pelajar yang berdekatan. Dengan geram, dia berlalu dengan rasa malu.
     Puteri menggeleng-gelengkan kepalanya. “Lelaki gila. Macam tu la”, rungutnya sendiri.
     Shafawati tersenyum nipis melihat wajah Farid yang keruh. Kembali memandang wajah rakan baiknya itu. “Kau tak nak kurus ke?. Setiap perempuan berlumba-lumba nak kurus. Tapi kau..”
     “Untuk apa kurus?. Mati nanti..masuk kubur kena makan ulat juga”, bidasnya selamba.
     Shafawati menggelengkan kepalanya. “Kau ni kan Puteri..ada saja jawapannya. Aku cuma hairan je. Mak aku cakap, orang perempuan ni kena pandai jaga penampilan, bentuk badan. Nanti tak ada lelaki yang nak datang meminang”, ceritanya bersungguh.
Puteri memetik jarinya di hadapan wajah Shafawati. “Itu yang aku mahu”.
     Shafawati menggelengkan kepalanya. “Puteri..puteri..setiap perempuan mengimpikan perkahwinan impian masing-masing. Kau pula tak pernah menginginkan sekalipun?”. Shafawati merenung wajah jelita yang tersembunyi disebalik wajah tembam itu.
     Puteri menggeleng. “Aku akan kekal begini sampai bila-bila. Aku tidak ingin menunjukkan kelebihan aku kepada lelaki, aku tak nak lelaki perasan kehadiran aku, dan aku tak akan kurus sampai bila-bila. Nokhtah”, balasnya tenang.
“Saya setuju dengan pendapat awak tu”. Hakim tiba-tiba menyampuk.
     Puteri menjeling geram, sementelah Shafawati memandang wajah Hakim dengan rasa tidak percaya. “Kau biar betul Hakim?”, soalnya penuh kaget.
     Hakim tersenyum, merenung wajah yang sengaja dipalingkan ke arah bertentangan. “Sebab saya suka chubby girl. Ciri-ciri idaman isteri saya adalah perempuan berisi..macam Puteri ni”, pancingnya seraya menjeling pandang wajah masam itu. Ternyata pancingannya menjadi.
Puteri kembali memandang wajahnya, merenung tajam. “Kenapa awak suka perempuan badan macam saya ni?”, soalnya bersulam rasa hairan.
     Hakim merenung lama wajah itu. “Sebab...sedap buat bantal bila tidur”, jawabnya selamba.
     Puteri membulatkan matanya, merenung geram pada sahabatnya yang tersenyum senyum begitu. Kemudian dia merenung tajam ke arah mata lelaki itu lebih lama. “Apa yang awak nak dari saya?. Saya tak pernah kacau awak, tetapi kenapa awak suka masuk campur dalam hal saya?. Hah?”. Puteri benar-benar geram. 
Hakim hanya tersenyum. Merapatkan jari jemarinya, bertaut erat kesemuanya. “Sebab saya yakin..antara kita..pasti ada kisah. Kisah yang telah tertulis dalam takdir”, jawabnya tenang.
     Puteri terpempan mendengar kata-kata itu, kemudian cepat-cepat dia tersedar. “Kita tak akan ada kisah kalau awak tak masuk campur dalam hal saya!”.
     Hakim tetap tersenyum. “Ok. Saya tak akan masuk campur. Tapi..saya tetap akan cakap satu perkara. Awak nampak seksi dengan badan berisi. Awak tak boleh kuruskan badan awak ok.”, pesannya seraya mengenyetkan mata.z`
Puteri sudah merengus geram. “Suka hati saya lah. Awak jangan nak masuk campur ok!”.
     “Kenapa awak suka marah-marah?. Mak saya kata..marah tu tanda sayang. Awak sayang pada saya ke?”, usik Hakim lagi.
     Puteri mengerlipkan matanya beberapa kali dalam mulut yang separuh terbuka. Lelaki ni memang sakit!. Dalam rasa geram yang membengkak, dia bangun, menapak keluar dari kelas.
     “Sha..bila kali terakhir Puteri tu senyum?”, soal Hakim saat Puteri hilang dari pandangannya. Sempat dia menangkap wajah keruh gadis itu.
     Shafawati mengumam beberapa ketika. Matanya terkedip-kedip, berfikir dengan penuh konsentrasi. “Err...mungkin....err...”, mata gadis itu membulat, kemudian menatap mata hitam Hakim. “Soalan yang baik. Sha sendiri pun tak pernah nampak dia senyum selama ni”, kepalanya terangguk-angguk sendiri. Bagaimana dia tidak perasan selama ini.
     Hakim mengerutkan dahinya. “Berapa lama Sha kenal dia?”, soalnya lagi, cuba mencungkil rahsia gadis yang tiba-tiba memenuhi ruang fikirannya.
“Sejak tingkatan 1. Puteri ni dulu..dia ada ramai peminat. Tapi sejak badan dia naik macam ulat sagu..terus tak ada lelaki yang cuba nak dekat dengan dia. Dia kawan yang baik, sebab tu kami boleh get along together. Erm..tentang senyum tu...pertama kali Sha kenal dia pun, dia tak pernah senyum...haa..memang tak pernah nampak dia senyum”, Shafawati menekankan suaranya.
     Hakim membetulkan duduknya. Wajah Shafawati dipandang lama. “Ada apa-apa sebab dia jadi macam tu?. Masalah keluarga ke?”, soalnya cuba mencungkil rahsia hidup Puteri.
     Shafawati terdiam lama, memandang wajah Hakim. Lama pandangan itu menusuk masuk ke dalam anak mata lelaki itu.
*******
     Hakim beralih ke sisi kiri pula. Kemudian menelentang, memandang siling biliknya. Kedua tangan disilangkan, disandarkan ke bawah kepala. Matanya terkelip-kelip beberapa ketika. Cerita Shafawati mengenai kisah kehidupan Puteri Ishika terasa masih tergiang di telinga.
     “Puteri yang Sha kenal selama ni..sangat perahsia orangnya. Jangan harap dia akan bercerita apa-apa. Sehingga lah tahun lepas, baru Sha tahu siapa Puteri yang sebenarnya. Masa tu, Pak Su ambik Sha selepas kelas piano. Bila pak Su nampak Puteri..dia terkejut. Dia tak sangka Sha kawan rapat dengan Puteri. Masa dalam kereta, Pak Su buka cerita tentang keluarga Puteri. Rupanya ayah saudara Sha ni pernah bekerja dengan ayah puteri. Masa tu la baru Sha tahu..rupanya Puteri adalah anak Dato’ Mirza”.
  Hakim melurut rambutnya. Gigi atas dan gigi bawah dilagakan beberapa kali. Dato’ Mirza?. Dia pernah bertemu dengan lelaki di dalam lingkungan 50-an itu. Malah keluarga Dato’ itu cukup dikenalinya. Tapi kenapa dia tidak pernah bertemu dengan Puteri Ishika?. Hatinya menyoal. Cerita Shafawati cuba dikaitkan dengan dengan persoalan itu.
“Sha terkejut sangat bila tahu dia anak Dato’ Mirza. Biasanya anak Dato’ ni..driver yang ambil kan..tapi Puteri selalu guna bas ke sekolah, ke kelas piano..ke mana-mana saja la.. Sama macam anak orang biasa. Tapi Sha simpan apa yang Sha tahu ni sendiri. Pak Su cerita yang ayah Puteri dulu bekerja dengan seorang Tan Sri yang kaya raya. Entah jodoh entah apa..ayah puteri akhirnya berkahwin dengan anak perempuan Tan Sri ni lepas kematian ibu puteri. Padanlah tu kot, duda anak satu kawin dengan janda anak satu. Dato’ Mirza ni memang otak business. Dia bijak dan pandai cari peluang..sebab tu  seluruh harta diamanahkan kepadanya selepas kematian Tan Sri. Daripada industri keluli, balak, pembinaan..sampailah industri makanan. Kaya kan?. Macam manalah agaknya hidup sebagai Puteri Ishika?. Adakah seperti puteri di dalam istana?. Tak pun macam Cinderella?. Sebab Pak Su cerita yang Puteri ni dilayan agak tidak adil berbanding kakak tiri dia”.
Hakim bangun dari pembaringannya. Adakah kehidupan gadis itu penuh dengan duka?. Adakah itu puncanya wajah itu sentiasa keruh, tiada segaris senyuman yang mampu terukir?. Hatinya berbicara sendiri. Hakim menapak ke arah meja belajarnya. Apabila terpandang dua buah botol putih di atasnya, dia menepuk dahi sendiri. Air mineral di atas meja belajar dicapai apabila beberapa butir  pil dimasukkan ke dalam mulutnya. Pantas air itu diteguknya. Tekak yang kering terasa dingin. Tangan kanannya mengurut-ngurut perlahan dada sendiri. Maaf ye..terlupa memberi vitamin pada kau. Hakim menghela nafas, menutup matanya rapat-rapat seraya mendongakkan kepalanya ke atas. Wajah Puteri Ishika muncul dalam pandangan kelam itu. Hakim tersenyum, membuka matanya kembali. Perlahan dia memegang dadanya. “Dia juga vitamin. Kan?”, soalnya kepada hati.
*******
     “Anggota sujud ada berapa?”, soal Ustazah Maimunah.
“Tujuh”, hampir serentak jawapan itu dijawab.
Ustazah Maimunah tersenyum. Murid kelas 5 Al-Kawarizmi itu memang di kalangan pelajar bijak. “Ok. Untuk lebih memahami dan penjelasan, saya ingin menjemput satu model ke hadapan. Erm..Tengku Hakim..sila datang ke depan”, arah guru pendidikan islam itu.
Hakim akur lalu membetulkan songkok yang dipakainya, menanggalkan cermin mata lantas mendekati guru wanita bertudung labuh itu.
“Sekarang, kamu naik atas meja dan tunjukkan kedudukan sujud yang biasa kamu buat”.
Hakim agak terpempan dengan arahan itu lebih-lebih lagi apabila telinganya menangkap suara-suara pelajar yang ketawa. Namun, dia lekas menenangkan diri. Ini dilakukan demi keberkatan ilmu. Perlahan dia menanggalkan kasut hitam, memijak kerusi lantas memijak permukaan meja kelabu itu dengan penuh cermat. Tanpa membuang masa, dia melutut lalu membuat gerakan sujud.
Ustazah Maimunah tersenyum senang, lantas menghampiri jejaka itu. “Maaf ya Hakim. Ustazah nak semua orang nampak. Ok..sujud yang dilakukan Hakim ni..boleh dikatakan sempurna. Dahi rapat ke lantai yakni kening sekaligus hidung, dua tapak tangan, dua lutut, dan perut jari kaki. Peha hendaklah direnggangkan dengan tidak menopang perut juga tegakkan telapak kaki dan saling merapatkan antara dua tumit. Kebanyakan orang menghadapi kesulitan untuk merapatkan perut-perut jari kaki ke lantai.  Kedudukan siku yang paling afdal adalah separas bahu atau tidak diletakkan pada lantai. Ok Hakim, kamu boleh duduk”, arahnya setelah melihat tangan anak muda itu sudah bergetaran.
Hakim akur, bangun dari sujud lantas duduk di antara dua sujud. Dia tidak berganjak selagi tidak mendapat arahan untuk turun dari meja.
“Kenapa Ustazah?. Saya kalau solat, siku saya memang saya letak kat lantai sebabnya lenguh. Tak boleh ke?”, soal Jamilah tiba-tiba.
Ustazah Maimunah menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. “Tidak digalakkan sebab dalam hadis nabi, menyamakan keadaan itu seperti anjing yang sedang menghamparkan kakinya”, jawabnya tegas.
“Ooh..”. Keluar ayat itu daripada mulut ramai pelajar.
Ustazah Maimunah berpaling ke sisi kirinya. “Hakim..kamu boleh turun.”, arahnya. Melihat jejaka itu yang akur pada arahannya, dia tersenyum. Bukan mudah menemui muda mudi yang patuh seperti ini.
Pandangannya kembali disorotkan pada wajah-wajah pelajarnya. “Apa yang Ustazah nak kamu semua belajar hari ini adalah kesempurnaan dalam sujud. Sujud adalah waktu yang paling hampir dengan ALLAH, sebab itu digalakkan melakukan sujud dalam tempoh yang lama seiring memanjatkan doa peribadi masing-masing. Sebab tu..dalam hidup ni..pencarian ilmu tu tidak akan pernah habis. Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang mukmim. Tapi apa yang ustazah lihat hari ini..pemuda pemudi ramai yang tidak mahu menuntut ilmu, terutamanya lelaki. Sayang sekali...bila golongan lelaki ramai ke pusat serenti..perempuan pula ramai di universiti”. Ustazah Maimunah menggeleng kesal.
Puteri mengangkat tangannya. “Tapi ustazah..keadaan ini bagus untuk meninggikan martabat kaum wanita. Sekarang ni pun dah ada perdana menteri wanita. Bukan ke wanita juga baik dalam kepimpinan?”, hujahnya penuh yakin.
Ustazah Maimunah menggeleng. “Wanita kalau memimpin negara..akan rosak kelak negaranya. Tengoklah apa jadi pada sebuah negara di rantau kita ni. Kucar kacir lagi ada. Saya bukan menidakkan peranan atau kebolehan wanita dalam memimpin sebuah negara..tetapi itu telah melanggar fitrah. Lelaki dijadikan dengan kelebihan akal juga daya kepimpinan secara semulajadi. Kalau orang perempuan turut terlibat dalam hal ehwal rayat atau pekerja, anak-anak di rumah..siapa yang menjaga?. Makan pakai mereka, adakah terurus?. Bagaimana pula nasib anak-anak muda yang tidak terdidik ini?. Ini lah juga penyebab kepada gejala sosial hari ini. Ingat, terdidik wanita terdidik generasi”. Ustazah Maimunah melontarkan hujahnya pula.
Bunyi loceng kedengaran menandakan waktu pendidikan islam telah tamat. Ustazah Maimunah mengemaskan barang-barang dan berlalu keluar.  
“Kau tau Sha.. kalau aku kawin nanti kan, aku nak isteri aku nanti duduk rumah. Jaga anak-anak aku, makan pakai aku”, ujar Hakim sebaik berpusing ke belakang. Dia menopang dagu memandang wajah comel Shafawati, namun ekor matanya mengerling Puteri Ishika. Gadis itu seperti tidak menghiraukan kata-katanya.
Shafawati mengerutkan keningnya. “Maksud Hakim..jadi suri rumah sepenuh masa?. Biar betul?. Zaman sekarang kan dah lain. Perempuan sekarang ni kan dah bekerjaya. Lebih banyak berjaya daripada lelaki. Mana boleh kau sekat isteri kau nanti kalau dia berpendidikan tinggi”, tingkahnya kurang bersetuju dengan jejaka itu.
Hakim tersenyum. “Sha..ingat tak asal kejadian adam dan hawa?. Hawa diciptakan untuk memberi ketenangan kepada adam kan. Aku rasa..aku akan dapat ketenangan kalau isteri aku menguruskan semua keperluan rumah juga mendidik zuriat aku nanti. Sebab tu aku nak isteri aku sentiasa ada dengan aku. Lagi pula, setinggi mana pun pendidikan seorang perempuan tu..tempat yang layak hanya di sisi suami”, terangnya panjang lebar.
“Kenapa perlu isteri korbankan kerjaya pula?. Seorang perempuan yang bijak adalah perempuan yang beramal dengan ilmunya”. Tinggi suara Puteri meningkah kata-kata Hakim.
Shafawati tercengang, berbalas pandang dengan Hakim sesaat. Mereka menyembunyikan senyuman yang hampir-hampir terukir.
Hakim merenung wajah keruh itu. “Lelaki adalah khalifah yang terbaik untuk memimpin. Sebab tu lelaki diciptakan dengan sembilan akal dan satu nafsu tetapi perempuan sebaliknya. Ada pernah terpikir tak, kenapa ciptaan dan inovasi dalam dunia ni..boleh kata hampir semuanya adalah ciptaan kaum lelaki?, soalnya serius.
Puteri menjuihkan bibirnya. “Tidak ada beza perempuan atau laki-laki melainkan minda yang baik dapat menciptakan segala-galanya. Wanita pada zaman dulu, tidak diberikan hak yang sama rata dengan lelaki. Sebab tu lelaki yang lebih banyak mendominasi. Sekarang ni kita sendiri boleh lihat kan kebangkitan kuasa wanita”, balasnya yakin.
“Ok. Kalau begitu, boleh berikan contoh ciptaan teknologi dalam dunia ni hasil daripada kebijaksanan perempuan?”, cabar Hakim.
Puteri mengerutkan dahinya. Cuba mengumpul fakta-fakta yang diketahuinya. “Ada. Ada banyak inventor perempuan contohnya Randi Altschul yang mencipta disposible cellphone pertama di dunia. Kemudian...ada Grace Hopper yang merupakan computer compiler pertama di dunia. Mary Walton pula wanita yang bertanggungjawab mengembangkan kaedah untuk mengalihkan pembebasan cerobong dan yang paling penting pencipta enjin carian terbaik di dunia..Google dicipta oleh wanita yang bernama Anna Patterson”, terangnya seraya menekankan suaranya.
Hakim tersenyum mendengar jawapan itu. “Ada satu yang salah. Google bukan dicipta oleh Anna Patterson. Google adalah hasil ciptaan dua orang lelaki yang bernama Larry Page dan Sergey Brin. Memang Anna patterson ni inventor tetapi dia jurutera yang mencipta satu perisian yang membantu meningkatkan enjin carian Google, tetapi tidak terlibat dalam penciptaan Google”, ujarnya membetulkan fakta itu. 
Puteri Ishika mendengus. “Apa yang penting..dia antara perempuan yang menjadi pencipta teknologi”, tingkahnya tidak mahu kalah.
Shafawati tersengih. “Dan yang paling penting...disebalik kejayaan seorang lelaki tu, pasti ada seorang wanita dibelakangnya”, sampuknya selaku penenang keadaan.
Hakim ketawa senang. “Ya betul..itu la fungsi wanita sebenarnya. Sebab itu saya nak isteri saya nanti jadi suri rumah. Selalu ada ketika saya susah dan senang. Tetapi..antara lelaki dan perempuan..lelaki adalah yang terbaik!”.
Hati Puteri Ishika membakul geram mendengar kata-kata itu. “Perempuan yang terbaik!”, tingkahnya.
“Lelaki yang terbaik!”. Hakim tetap tidak mahu kalah.
“Surah An-Nissa adalah surah yang ALLAH S.W.T turunkan khusus untuk perempuan. Maknanya perempuan yang terbaik!”. Puteri masih berusaha bertahan.
“Memang. Tetapi jangan lupa ada juga Surah Muhammad, surah Yusoff, surah Yunus, Surah Hud, surah Ibrahim dan banyak lagi surah yang menceritakan tentang nabi dan rasul yang diutuskan hanya dari golongan lelaki. Itu menunjukkan lelaki adalah khalifah terbaik!”.
Puteri terdiam dalam mata yang masih tajam merenung Hakim. Nafasnya turun naik. “Ok. Kita buat pertandingan untuk tentukan siapa yang terbaik. Petang ni..jumpa di library selepas kelas piano. Kita lawan chess”, cabarnya.
Semakin lebar senyuman Hakim. “Done”.

1 awesome commentator:

terima kasih berikan komen ya.

 
Back To Top